Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 7, 2008

Tahukah Anda Asal Usul Binatang Ini?

Posted by The Pamiesz® | Thursday, August 7, 2008 | Category: , |

salam eberybady~
ape kabo sume sehat ke? hopefully sume sehat la.. anugerah sehat ni adalah antara anugerah nikmat Allah yang paling beso yang kita dapat.. kaya la stare mana pun.. banglo 18 bijik.. merc 34 bijik.. jet peribadi 87 bijik.. harete dalam bank berjuta bilion.. tapi kalau telantar dalam hospital.. nak benafas pun guna inhaler.. segala benda2 duniawi tu tak beguna sepatabuk pun.. tengok orang yang ada penyakit.. yang ada kencing manis.. dah takleh nak makan kanji banyak.. bedal gula banyak2.. yang ada darah tinggi.. takleh makan daging bebanyak.. garam kene control.. itu takleh makan.. ini takleh makan.. adeh.. makan tu nikmat tu.. kalau nikmat dah kene tarik.. bahagia tang mana lagi.. nak senang ati camne la.. senang lagi ati orang miskin yang sekadar buleh makan cukup2 makan.. tapi sehat.. senang ati je bleh makan roti canai bile dia nak makan.. nak makan daging? shiken chop? shopstik? nak ape sume bleh sumbat.. bile sehat buleh buat keje banting tulang cari nafkah untuk keluarga.. boleh senang ati beribadah pada Allah.. biar miskin pun.. janji bila sehat.. hati senang.. semoga Allah sentiasa mengurniakan kita kesihatan dan keceriaan dalam hidup.. dan semoga Dia segera menyembuhkan sesiapa dikalangan hambaNya yang telah sakit.. sedang sakit.. dan akan sakit.. termasuklah kita.. ameen ya rabbal alameen..

selain penyakit dan ketidaksehatan fizikal.. kesakitan hati juga perlu dipohon hidayah dan taufiq dari Allah untuk disembuhkan.. bahkan kesihatan hati itu hakikatnya lebih penting daripada kesihatan badan.. hati jenis mana yang sakit ni? bukanlah sakit hati itu pabila ditinggalkan pakwe dan awek.. bukanlah sakit ati itu pabila ditipu oleh arab.. bukan juga sakit ati sebab dikutuk dan dicela orang.. bukan juga sakit ati kerana duit dicuri orang.. bahkan hati yang sakit itu adalah hati yang jauh daripada Allah.. nauzubillahi min zalik.. moga kita tidak tergolong dalam golongan yang sedemikian..

arini ana nak kongsi sikit ngan kengkawan sume tentang asal usul nama binatang.. ataupun haiwan.. atau dalam bahse tranungnye natang.. ataupun dale bahso klatenyo natey.. selama ini kita dengar banyak nama2 menatang yang ada disekeliling kita namun tidak pula kita mengambil tahu tentang asal usul kewujudan nama mereka itu.. jadi.. marilah kita menambah ilmu pengetahuan dan thaqafah dengan mengetahui sejarah natang2 yang torsobut ini..

KANGAROO

pada suatu hari omputih dari england datang ke australia..lalu bertemulah orang london ni ngan orang asli australia diketika itu..alkisahnye lalulah dihadapan mereka itu seekor kangaroo..mat salleh london ni sangat teruja kerana tak penah menengok menatang itu lalu dengan segera beliau bertanya pada orang asli australia tu..
"what is that?" (ape bende tu?)
"kangaroo" maksudnye (awak cakap ape ni?) dalam bahasa asli ostralia
orang asli tu bukan paham cakap omputih pun.. jadi terus la mat salleh tu ingat nama menatang tu adalah kangaroo.. lepas tu tersebar luas la diseluruh pelosok dunia..hahaha..

aku sniri pun tak tau yang nama aku kangaroo.. memandai tolla manusia sume nih.. sesuka hati jantung pankreas dorang je nak letak nama aku..

AYAM

alkisah pada suatu hari pak mahat tengah memahat kat blakang umah.. lalu tetibe beliau rasa nak tebersin.. beliau pun panggil la isteri beliau yang tercinta tejerit2 suh bawakkan tuala hingos beliau..
"yaaamm..ooo yaaammm.."
tetibe datang la sekor minatang yang ntah tak tau daripade mana membawak sekeping tuala lalu diserahkan pada pak mahat..
"time kasih..aaa..aaa..[macam nak bersin tapi tak jadi..] yam.." kata pak mahat menyangkakan bahawa yang menghulurkan tuala tu adalah bininya..
"oo..name saya ayam rupenye..barula saya tau selama ni saya hilang ingatan.. lepas eksiden ngan stemrol aritu saya tak kenal sape diri saya.. time kasih kerana memberitahu nama saya.. saya berbangga saya mempunyai nama yang sangat sedap.. ayam!"
rupenye binatang bernama ayam tu la yang menghulurkan tuala tu.. skarang dia tau sape dia yang sebenarnya.. ayam.. hahahaha..

kita kena upgrade kehidupan kita ni wahai anak2.. jangan kais pagi makan pagi je.. skang ni kita kene kais pagi untuk setaun punye stok.. minyak pun dah naik kan skangni.. sok2 nanti korang plak nak masuk unibesiti..

BABI

pada suatu zaman di negara arab terdapat dua orang yang duduk berjiran.. sorang bernama aladin dan sorang lagi bernama alamat.. tengah aladin menyapu2 pasir kat luar umah dia di tengah padang pasir.. tetibe alamat kuar daripade umah dan menyapa aladin..
"ai..menyapu pasir ke.." sapa alamat
"tak ah..aku tengah tanam padi.." jawap aladin
"ade ke padi leh tumbuh tengah padang pasir?" ragu alamat
"dah tu ade ke orang menyapu pasir kat padang pasir?" aladin mula marah
"aku tanye leklok jawap leklok la hirbit" alamat pantang dicabar
"kalo anak jantan mai sini la gadoh" aladin bikin panas
tengah2 alamat bengang dan nak carik gadoh ngan aladin kat depan umah aladin.. tentibe ade sekor makhluk kale pink yang amat huduh dan gemok muncul menyerbu dan menyondol pintu umah alamat.. alamat yang sangat terkejut kerana tak pernah melihat natey tersebut terus meluru balik ke umah sambil menuding jari pada pintu umahnya yang disondol oleh makhluk pink tersebut sambil menjerit2..
"woooiii!!!!babiiii!!!babiiiii!!!"
"oooh.. hewan tu bernama babi rupenye.. baru aku tau.. pandai rupenye alamat ni.. tak kusangke jiranku seorang yang bijak.." aladin berasa kagum ya amat..
p/s= bab+i ataupun ba alip ba ya dalam bahse arab membawa maksud PINTU AKU! hahaha..
[memula aku cadang nak buh gambo babi kat sini.. tapi aku terasa geli kerana wajahnya yang amat huduh dan busuk.. jadi aku kensel la niat aku yang tak berape nak mulia tuh.. huhu..]

HIMAR

sebenarnya beliau ni asal daripada planet marih.. sebab smua orang tak tau nak panggil dia ape.. terus tebalik2kan hurup M.A.R.I.H. tu jadi HIMAR..hahaha

aku tingin nak tunggang himar ni.. tapi takut arab tu ngamuk lak.. sape sudi nak bagi himar dia kat aku? leh niaga bekyaaa wat part time..ngeh3..

KAMBING

beliau ni berasal daripada bangkok.. nama asalnye kambangkok.. tapi sebab orang duk slalu kutuk2 kate dia ni bengkok.. beliau jadi tak ske la.. sebab beliau ngaku beliau ni taf.. lalu beliau pun potong la nama beliau tu jadi kambing.. hehehe

pett ngan kamben kesayangan beliau.. saaayang diee~

LEMBU

beliau ni berasal daripada mengelembu.. so nama asal beliau ni adalah mengelembuwi kerana beliau menasabkan nama beliau pada negara kelahiran beliau.. tapi akhir2 kurun ke 3000seblum masihi beliau tanak mengaku nama beliau tu mengelembuwi sebab beliau takut nak dianggap sedara ngan kacang ngan yin kacang mengelembu.. beliau kata tak layak kacang tu nak mengaku sedara dalam keadaan dia tu kecik sedangkan beliau sniri bebadan beso dan kuat.. akhirnya beliau memotong nama beliau kepada lembu je setelah mengetahui kambing pun telah melakukan perkara yang sama sebelum ini.. ngeh3..

jaga2.. mata lembu ni dah dibedahtukar ngan mata cyclops.. skali skala dia bleh gune sharingan untuk memerangkap anda didalam genjutsu..

CACING

menatang ni ske main nyuruk2 dalam tanah..aktiviti mereka pagi petang siang malam main hide n seek.. satu hari ni ada 2 ekor cacing ni main la bersama2 lepas smayang dhuha.. tanpa disedari ada sorang profesor dokto hewan yang pekak sebelah telingenye tengah memerhatikan gelagat mereka sambil mencatat maklumat untuk dimasukkan dalam thesis phd beliau..
Cacing pertama nyuruk dengan mantapnye dengan menanamkan separuh badannye dalam tanah dan sparuh lagi dikaber oleh selai daun yang menutupi baki badannya yang atas sebagai kubu pertahanan..lalu dengan selambanya cacing kedua mengesot dan datang menyelak daun tu dan berkata..
"CAKK!"
"CEHH..." balas cacing pertama frust kerana kubunya dijumpai..
profesor yang separuh pekak itu mendengar kedua2 cacing itu berkata CAKKCEHH.. tapi beliau tak tulis masa tu sebab telupa bawak pen.. jadi beliau tulis hanya bile dah balik ke opis..dan apabila beliau nak tulis tu beliau dah telupa apa yang beliau dengar tadi dan hanya mengagak lebih kuang bunyi yang beliau dengar adalah CACING.. lalu tersebarlah kajian prof itu yang pertama kali menjumpai binatang bernama cacing..
p/s= bawakla pen kemana2 anda pergi..kehkehkeh..

comel la cacing ni.. cooomeel sangaat.. kite cadang nak bela la cacing ni.. kawaiiii~ [ape punye taste pelik nih?]

cukup dulu la wat masa ni..akan datang kita akan berkenalan lagi dengan menatang2 lain..selamat mengkaji!
hahaha..puas hati btoi dapat balas dendam upload 8 enri dalam sehari sekaligus setelah seminggu tak behapdet..ngahahahaha..

Currently have 4 Kata Komenan:

  1. tgh muskil pehal label tuh ade 'tazkirah'..
    wakaka

  2. hahahaha..
    aih~ 2 perenggan pertama tu kan ada tazkirah..
    hehehe..

  3. nampak serasi bersama kambing, hehehe ;p

  4. hehehe.. nama pun hewan peliharaan.. mestila serasi ngan tuan.. huhu..


Leave a Reply