Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Monday, August 25, 2008

Jaulah Maqam Iskandariah

Posted by The Pamiesz® | Monday, August 25, 2008 | Category: , |

LE JAULAH DE MAQAM ALEXANDERIA

Maqam Nabi Danial

ketika mula2 sampai di Alex.. masjid Nabi Danial

jalan masuk ke maqam Nabi Danial yang terletak dibawah tanah..

ni maqam Nabi Danial.. betul2 kat bawah tangga tempat masuk tadi..

bersama ust Amal di maqam Luqmanul Hakim yang kisahnya disebutkan didalam Quran.. juga dimaqamkan disini..

sempat dorang bergambo kat sini.. masa ni aku takde aku tengah sakit perut.. aku la orang paling last kuo bilik temenung tu.. ajk pun dah bisin2 tapi takleh nak cakap ape sebab temenung di bilik temenung tu lumrah alam.. hehe..

Maqam Imam Bushoiri

Beliau adalah Muhammad bin Sa'id bin Hammad As-Shanhaji. lahir pada tahun 608H. menerima tarekat As-Syazuly dari Imam Al-Mursi. beliau terkenal dikalangan umat Islam disebabkan syair qasidah burdah yang selalu dibaca dari barat hingga ke timur dunia. beliau meninggal dunia pada tahun 696H.

masa ni kitorang releks2 sementara tunggu makan tengahari (yang dimakan waktu petang) dengan melagukan qasidah burdah di maqam Imam Bushoiri..

dalam peti kaca tu serban Imam Bushoiri..

profil Imam Bushoiri

banyak masjid dekat2 n seblah2 je kat sini..

terase cam kat london plak tengok tengah jalan ade rel ketapi..

ni la ketapi yang race bersama2 ngan basikal kat tengah jalan tuh..

Maqam Abu Fatah Al-Wasithi

Beliau adalah syeikh dari syeikh-syeikh bahagian barat negeri Mesir. Imam Ahmad Rifa'ie mengutus beliau ke Iskandariah bagi menyebarkan tarekat di bandar tersebut. beliau meninggal dunia pada tahun 580H.

maqam Abu Fatah Al-Wasithi

ape yang ko tengok tu os sampai bulat mate.. huhu

Maqam Saiyid Mursi

Beliau adalah Abu Al-Abbas Ahmad bin Ali Al-Khazraji Al-Ansori Al-Maliki As-Syazuly. bersambung keturunan beliau kepada Sahabat Sa'ad bin Ubadah Al-Ansori. beliau dilahirkan dinegeri Andalusia pada tahun 616H. sejak kecil lagi telah menghafal Al-Quran dan belajar ilmu agama. ketika berumur 25tahun beliau beserta keluarga berangkat untuk melaksanakan haji. namun ketika belayar kapal yang mereka naiki karam ditengah laut menyebabkan ayah dan ibu beliau meninggal sementara beliau serta saudara terselamat. kemudian beliau bermukim di Tunis dan mengambil tarekat daripada Syeikh Abu Hasan Syazuly. setelah itu beliau menetap d Iskandariah bagi menyebarkan tarekat As-Syazuly dan dilantik menjadi khalifah bagi tarekat tersebut menggantikan Syeikh Abu Hasan yang wafat. beliau meninggal dunia pada tahun 686H.

profil Sayyid Mursi

maqam Sayyid Mursi

Maqam Yaqut Al-Arsyi

Beliau adalah Abu Ad-Dur Yaqut bin Abdillah Al-Habasyi Al-Qursyi. lahir di negeri Habsyah kemudian berpindah ke Iskandariah dan mengikut Syeikh Abu Al-Abbaas Al-Mursi sehingga dilantik menjadi khalifah setelah wafat Sayid Mursi. Ibnu Battutah pernah bertemu beliau dan mengambil tarekat dari beliau pada tahun 725H. beliau wafat pada tahun 732H.

masjid Yaqut Arsyi

maqam Yaqut Arsyi

Maqam Makinuddin Al-Asmar

Beliau adalah Muhammad Abdullah bin Mansur Al-Iskandarani lebih dikenali dengan Makinuddin Al-Asmar. beliau adalah Syeikh Qurra di Iskandariah. beliau melazimi Syeikh Abu Hasan Syazuli dan turut serta dalam peperangan salib pada tahun 648H. beliau meninggal dunia pada tahun 692H

aku di maqam Sidi Makinuddin

maqam Sidi Makinuddin

Maqam Saiyid Bashar

Beliau adalah Bashar bin Husin dari keturunan Basyar Jauhari. berhijrah ke Iskandariah pada awal abad ke 6hijrah sehingga ramai pengikut beliau. diantara pengikut beliau adalah Al-Hafiz Silafi. meninggal dunia pada tahun 528H.

pintu masuk maqam

maqam Saiyid Bashar

Currently have 7 Kata Komenan:

  1. salam bnyknye bunga kt makam sayyid mursi 2..mmg dihias ke?

  2. Wslm..agaknyela..dh memang ade byk kt c2..mmg dhias le gamaknye..mustahil plak klau bunge2 2 tumbuh snri kat ats 2 kn..hehe..

  3. bleh je bunge tu tumbuh sniri dgn qudrat dan iradatNYA.. innahu yaqdiru ala ma yasya'.. ye dak ustaz??

  4. btoi 2 ustazah nabila..
    mungkin jugak kan karamat para wali.. tak mustahil.. bunge tu leh tumbuh sniri.. tapi biasenye mmg dorang la yg hias.. ghalibnye.. hehehe..

  5. tidak sabar melangkah kaki ke bumi sana.

    *insyaallah. :)

  6. bila dr tyha dijadualkan nak jejakkan tapak kaki tu kat sini? cepat2 sikit.. bumi mesir ni dah melambai2 dah ni.. hehehe..

  7. salam ustaz.boleh tak smpaikan salam saya kepada maulana muhammad abd baeith ibrahim al kittani.dari (sif)


Leave a Reply

There was an error in this gadget