Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Wednesday, August 27, 2008
Tafaquh Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
salam pade semua pencinta ilmu~
saje nak selitkan iklan sket dalam blog ni.. ana nak mengajak kengkawan sume baik yang berada di mesir mahupun yang berade di malaysia untuk sama2 mengambil kesempatan bertafaquh bersama Syeikh Nuruddin yang datang ke mesir untuk melimpahkan ilmu beliau kepada para azhari yang berada disini.. janganlah kiranya kita memberatkan pungkoq untuk bermujahadah melawan nafsu malas kita untuk mengikuti pengajian ini..
Syeikh telah bersedia mencurahkan sebanyak mungkin ilmu yang amat bernilai maka kita juga perlu bersedia menadah ilmu itu dengan satu bekas tadahan yang besar.. janganlah kita sekadar menadah cawan megi terhadap setangki ilmu yang mahu dicurahkan oleh Syeikh.. jika tidak mampu untuk ke sampai ke tempat pengajian di rumah terengganu hayyu asyir.. maka janganlah kita membuat pelbagai alasan yang lapuk dan hanya akan menambahnyampahkan orang yang mendengar alasan itu.. teknologi yang dimanipulasi untuk dakwah sudahpun terang2 berada dihadapan kita.. jika kita sanggup meluangkan masa berejam2 mengomen gambo di friendster.. maka mengapakah kita tidak mampu meluangkan sedikit jam mengikuti pengajian yang juga ada dibuat secara online dan live daripada Syeikh ini..
bagi kengkawan di mesir umumnya dan di malaysia khususnya yang ingin mengikuti pengajian ini secara langsung dan online.. sila buka Al-Muttaqin TV dengan menekan link yang dibawah ini:
http://www.mymkkk.tv/live.php
pengajian terbahagi kepada 3 sesi.. sesi pagi.. petang.. dan malam.. waktu pengajian adalah seperti berikut:
Sesi pagi:
Waktu mesir - 8.30 pagi
Waktu malaysia - 1.30 petang
Sesi petang:
Waktu mesir - 5.00 petang
Waktu malaysia - 10.00 malam
Sesi malam:
Waktu mesir - 9.00 malam
Waktu malaysia - 2.00 pagi
InsyaAllah sangat banyak manfaat yang akan kita dapat dalam pengisian rohani kita yang sentiasa lalai daripada mengingati Allah ini.. jadi.. apa lagi tunggu.. rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali ni.. marilah kita bersama2 bertafaquh bersama Syeikhuna Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.. moga2 Allah menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mengerti dan memahami ilmu agama serta mengamalkannya dengan pengamalan yang benar.. ameen ya Rabbal alamin..
Currently have 0 Kata Komenan: