Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 7, 2008

Episod 1 : Sebok Bukan Penyebok Bizi Bukan Bizibodi

Posted by The Pamiesz® | Thursday, August 7, 2008 | Category: , |

[perhatian : untuk posting kali ini..sila baca mengikut turutan episod untuk mendapatkan gambaran cite secara musalsal..]

salam.. wahai pembaca yang sangat budiman..
eh?.. ape ni?.. sawang?.. sarang lelabah pun ade?.. mak aih.. pasir pun betabo2?.. huh?.. kain buruk pun ade?.. ni macam kain akhawat je ni.. haha.. besi bekarat ape plak nih?.. laaa..busut anai2 pun ade?.. stalagmit dan stalagtit pun dah tumbuh?.. biar btui.. ni blog ke gua nih?.. haha.. setelah lebih dari seminggu blog ini dibiarkan tak berhapdet.. akhirnya ana selamat pulang ke zagzig setelah membizikan diri dengan program berbentuk jenjalan serta program ilmiah di tanta dan kaherah sane nun.. ade la isi mase sesikit wat keje befaedah setelah agak lame memerap dalam bilik..

ape nak cite eh.. banyak nak cite nih.. posting kali ni ana akan share ngan kengkawan sume ape yang ana wat disepanjang minggu yang dikatakan bizi tuh.. actualy takde la bizi mane pun.. cuma disebabkan program tu berlapis2 dan beturut2.. kejap kat sane kejap kat sini.. terasa cam penat la sikit.. orang arab kate ta3ban kal gaban (penat cam gaban) walaupun gaban memang tak penah ta3ban.. ngeh3.. jadi.. ape tunggu lagi.. mari kita saksikan drama bersiri yang dinantikan ramai nih.. heheh..

On Air : Rabu (30/7/2008)

Babak 1 : Tanta dan budak batak

Selama 2 hari khirwan sahabat ana daripada tanta menduyufkan diri beliau di umah ana yang bernama bait andalusia nih.. dan sepanjang 2 hari itulah beliau telah mengadakan kempen besar2an siap dengan poster dan sepanduk untuk mendakwah ana dan en pett mengikut beliau pulang ke umah beliau di tanta.. actually wan ni baru balik umrah.. so dia nak ajak la kitorang ziarah umah yang dia baru pindah tu sambil minum2 air zamzam ngan makan2 sikit hagah2 min makkah (barang2 yg dibawak daripade mekah) setelah dipujuk rayu dengan pujukan manja dan amat menggoda.. akhirnya kitorang pun wat keputusan untuk akur kepada kehendak beliau yang merupakan king control dalam bait ini diketika itu.. maka bermulalah perjalanan kitorang yang membawak baju terus 3 4 helai untuk bermusafir terus ke kaherah selepas melawat tanta ataupun lebih dikenali oleh ana dengan nama tonto.. bagi mr pett beliau tidaklah terasa teruja mana dek kerana beliau telahpun sampai seblum ni ke tonto tu ntah berape kali ana pun tak tau.. sebaliknya bagi ana yang terasa batak teruje sensorang sebab tak penah gi tonto ni.. ana merasakan ini satu peluang yang baik kerana kalau nak gi sensorang betuah sangat la.. alang2 dah ade orang nak bawak ni.. folow the leader jela.. 4 da 1st time ana sampai di mawaf tonto kat zagzig ni walaupun dah berkali2 tunjuk jalan kat orang len yang nak gi situ.. hehe.. sepanjang hampir staun keberadaan ana di mesir ni.. muhafazah (daerah) yang ana penah gi hanya zagzig dan mansurah.. [zagzig kompem la dah umah aku kat sini..] adapun muhafazah lain daripada itu tidaklah ana pernah menjejakkan kaki walaupun telah diajak berkali2 oleh kengkawan terutama untuk ke muhafazah iskandariah atau lebih dikenali dengan nama alex dengan tujuan mencari2 calon zaujah kot2 tejumpe di tepi2 pantai sane.. ngehehehe..

Babak 2 : Ma3rad, raya awal dan hagah min Makkah

kitorang betolak dalam area kul 11 dan sampai lebih kuang waktu zohor.. umah wan terletak di kawasan ma3rad yang mana tande nak ingat kawasan tu dedekat ngan flyover.. slepas menunaikan solat jamak qasar ana pun di jemput menunaikan kehendak nafsu perut oleh wan dan ahli baitnye talhah.. kari ayam beb.. feeling gile beliau masak.. dahla kari feeling.. tengah2 makan tu tentibe beliau menghulokan kat ana plak segugus plastik berisi bende coklet2.. memula ana ingat hape.. rupenye serunding.. pergh.. lagi laa tambah2 selera makan masa tu.. dah lame gile tak pekene serunding.. pulak tu raya taun ni dah tak balik.. memang raya awal 2bulan la mase tuh.. ngeh3.. pas makan tu ana ngan pett releks2 je kat bilik wan sambil nyembang2 pengalaman beliau wat umrah kat mekah.. petang pas asar beliau kuokan hagah2 dari mekah yang biasa dijamukan oleh mereka2 yang baru balik umrah.. air zamzam.. kacang cerodik.. gajuih.. aprikot.. kismis.. dan yang paling best.. tamar nabi! Kitorang melantak kaw2 setelah membaca bismillah kerana hagah2 itu sangatlah mahal harganya dan sedap rasanya..

Babak 3 : Le tour de Tanta fil lail

pas maghrib tu wan bawak kitorang gi awal bahr untuk ziarah sebuah masjid yang terdapat padanya maqam Sidi Ahmad Badwi.. seorang ahli bait Rasulullah SAW.. bleh tahan gak besarnye masjid ni.. nampak besi2 betaburan sane sini didinding2 luar masjid menandakan masjid sedang direnovate.. tapi kate wan.. “dekat staun dah gitu.. daripade mula aku datang dulu lagi gitu.. cam tak siap2 je..”

aku ngan wan kat depan masjid Sidi Ahmad Badawi

aku ngan pett kat depan masjid Sidi Ahmad Badawi

berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan..

perut dah layan lagu heavy metal.. terus wan bawak kitorang ke sebuah kedai arab yang bername apentah ana pun lupe .. setelah duduk di salah sebuah daripada 3 buah meja yang ada kat kedai tu..[kedai beso.. meje ade 3 je.. nampak macam niage nak tanak je arab nih..] lalu datang sorang mamat arab yang agak putih kulitnya mengambik order..
“amil eh..kuwais? aiz eh?” (pe cite bro..ada bagus? ko nak makan pe?)
“nasik goreng ada?” tetibe wan cakap melayu menyebabkan ana tergelak.. biar betul ko ni wan.. sesuka ati je oder cakap melayu.. dah la oder nasik goreng.. ingat kedai mamak ke hape..
“ah.. fi.. aizhu? kam? talata?” (aah..ade..nak ke? bape? tige?) arab tu jawap lancor..
Lalu wan pun masuk dapor arab tu nak tengok nasik ada banyak mane..
“ah..hat kullu ruz..aiz kullu..masyi?” (aah..bak semua nasik..aku nak semua..paham?) wan membalas..
“mesy ya am..” (bereh bos)
Lalu wan pun kabo la yang nasik tinggal sepinggan je lagi.. dah kholas.. (habeh) nampaknye kene oder pizza jela jawapnye.. ana pun oder la pizza syawarma sekeping.. pehtu wan pun mula la bercerita tentang kisah arab ni yang agak faham dan pandai cakap melayu.. katenyeh bebudak melayu kita ni la yang ajo arab ni goreng nasik.. patutla pun.. tapi bleh tahan sedap gak la arab ni goreng.. nasik goreng kibdah (hati).. slacknye nasik tinggal spinggan je malam tu.. so ana merasa sesudu dua jela.. selebihnya pett yg mentekedarah.. ana makan pizza je ah sementara wan mentekedarah firakh (ayam).. actually perut masa tu terasa kenyang lagi sebab tengahari tu ana bedal sungguh2 kari ngan serunding tu.. memang banyak gile makan.. akibatnye.. pizza tu tak abeh dan dibungkus pulang..

Dengan perut yang penuh kitorang pulang berjalan kaki.. bila perut dah habis wat konsert.. tilam jela yang beliau carik.. tanpa bercakap banyak sampai je kat bilik wan smue terus baring telantar macam ular sawa baru makan kebau sekor.. eloknyelah perangai makan terus baring.. patutla boroi memasing.. haha..

Babak 4 : Perjanjian damai dimeterai dengan PPRAM

Malam tu pet tido ateh katil.. adapun ana ngan wan tido kat bawah beralaskan saratoga berlapik kain ihram wan.. stengah jam pertama kami tido ngan tenang senang dan lenang tanpa sebarang gangguan.. masuk second half.. ana telah mula diserang dari pelbagai sudut.. namun serangan itu masih tak berjaya membuahkan sebarang gol.. kalau penalti abes la nih.. ana jeling wan kat seblah.. relek plak mamat ni tido tak kene asak ke? Ana pun wat2 tenang macam takde pape yang berlaku.. mungkin ini hanya ilusi yang dicipta menggunakan genjutsu.. ana cuba berlakon tak gatal.. [hakikatnye memang aku seorang yang tak gatal kan?] namun lakonan ana terhenti sebaik sahaja tangan ni otometik bergerak2 dan menggaru2 dengan aktifnye.. dengan pantas ana mencapai henfon dan meng’on’kan lampu hempon tersebut untuk menjejak kasih bersama makhluk yang amat berani menempah maut menyerang hendap ana yang sedang lena diulit mimpi indah.. nak on lampu bilik takut ganggu dorang tido lak.. setelah diperjalankan lampu itu kekanan dan kekiri bantal.. hampa.. tiada seekor pun yang kelihatan.. ana cuba untuk mencari kubu mereka diceruk2 sana dan sini namun usaha ana tidak membuahkan sebarang hasil.. garuan semakin laju.. degupan jantung semakin kencang.. ana semakin saspen.. dah berapa banyak gol yang diorang jaringkan kat tangan ana nih.. lastnye ana pun ambik kputusan untuk keluo dari padang dan berpindah markaz tido ke ruang tamu.. huh.. memang banyak diorang golkan.. hampeh.. patut gatey gilo.. ana pun masuk bilik ayor dan mencurahkan ayor ke tempat kejadian.. lega sikit bila kene ayor tanta yang sejuk tu..

Keluar aje daripada bilik ayor tu mata ana terus tertumpu pada sekeping kipas yang tersemadi di depan pintu bilik talhah.. doa ana diketika itu.. mintak2 la kipas ni syaghal.. (berfungsi) lalu dengan selambenye ana mengutip kipas tu dan dibawak ke ruang tamu.. bla dicucuk je kat soket letrik.. ternyata kipas tu berpusing.. ana dah seronok dah.. baru cadang nak wat party.. tapi tak jadi sebab 2 saat pastu dia meninggal dunia.. innalillahi wa inna ilaihi raji’un.. kecewa rasa hati ini kerana tak sempat bermanja2 dengan beliau..baru berkenalan 2 saat beliau dah KO.. dalam kekecewaan itu tentibe timbul lak rasa hati nak chek kot2 beliau belum mati lagi.. ana pun dengan hati yang ghairah ingin melakukan CPR pada beliau.. lalu dengan perlahan2 ana membaringkan beliau.. belum sempat ana melakukan pendaratan kecemasan itu.. beliau dah bepusing balik.. ternyata beliau hanya pengsan dan belum mati.. alhamdulillah.. tapi bila ana tegakkan je bagi beliau bediri beliau pitam.. darah tinggi le ni.. tu la orang suh jangan banyak makan daging.. kurangkan garam.. degil la tu.. lalu ana pun sandorkanla beliau 45darjah kearah timur laut venezuela supaya beliau dapat benafas dengan tenang.. lalu ana baring beralaskan sebiji sejadah dan sekeping bantal busuk.. kipas tersebut berpusing dengan tenang pada suku jam yang pertama.. selepas itu beliau mula mengidap athma.. semput2.. terbangun ana bila beliau batuk2 minta diurut.. ana pun amik la minyak angin dan gosok blakang badan beliau.. lega kejap.. 2 3 minit lepas tu beliau semput balik.. ana gosok lagi.. ok balik.. pastu kejadian ini berulang2 sampai la beberapa ketika.. ana pun duk mikir ape kejadah aku duk ngurut kipas ni.. serupa aku tak payah tido.. lalu ana lepaskan beliau berdiri tegak.. pengsan beliau tak bepusing untuk seketika.. ana pun cubalah melelapkan mata tanpa berkipas.. ternyata setelah beberapa ketika ana rasa paneh.. tak tahan la.. lalu ana baringkan kipas tu balik supaya nyawa beliau dapat dikembalikan.. ternyata kali ini ana sudah terlambat.. beliau sudah benar2 meninggal dunia.. bermacam pose ana cuba letakkan beliau.. baring.. merangkak.. mencangkung.. menerap.. menelentang.. mengiring.. namun beliau tak juge hidup2.. akhirnya ana pasrah bahawa ajal beliau sudahpun sampai.. lalu ana tinggalkan je beliau tanpa berkafan dan ana lari balik masuk dalam bilik.. haha..

Otak ana ligat bepikir.. mana pulakla port aku nak baring nih.. dengan sejadah yang sama.. ana bentangkan tepat2 depan kipas dalam bilik wan.. kat atas lantai semata.. dan sebelum ana melelapkan mata.. ana telah membuzz semua ahli2 PPRAM (persatuan pijat republik arab mesir) melalui YM untuk berkumpul dan datang jumpa ana bersama presiden mereka untuk membincangkan sedikit isu semasa terkini tanah air.. akhirnya setelah bermesyuarat selama beberapa saat.. ana dan presiden PPRAM telah mencapai kata sepakat untuk menandatangani perjanjian damai yang dipersetujui oleh majoriti 2/3 daripada ahli supaya pihak PPRAM tidak lagi menyerang hendap ana yang dah ngantuk gile babas nak tido.. perjanjian ditandatangani dengan syarat jika mereka melanggarnya maka seluruh imarah umah wan tu akan ana bako semahunya.. hahaha.. dah ah.. ngarut gile.. tapi citer ni citer btui aa.. cume aku olah sikit la bahasa dia kasi menarik sikit.. ngeh3.. lastnye.. atas sejadah atas lantai tu jela aku tido nyenyak sampai subuh takde gangguan lagi.. tau pun takut.. heheh.. bila aku terjaga aku dapati pett yang asalnye ateh katil pun dah baring atas lantai depan pintu keluar balkoni tanpa sebarang alas.. ngeh3.. dia tak wat pejanjian le tuh.. sape suh.. len kali contohilah aku.. ngahahaha..

aku digeget lagi.. kali ni dah sah2 jelas kan kat mana beliau geget neh.. suke sangat ngan darah aku.. apekehe ntah..

Currently have 0 Kata Komenan:


Leave a Reply