Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 23, 2011

Kompilasi Soal Jawab Bersama Ostat Pamie Sejak Dedulu Kala (Versi Jawapan Baik Sket)

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, November 23, 2011 | Category: , , , , , , | 7 Kata Komenan

Ini merupakan himpunan koleksi soal jawab bersama Ostat Pamie di laman Formspring beliau satu ketika dulu. Sengaja di postkan kembali di blog ini dengan tujuan moga-moga pembaca blog ni mendapat sedikit istifadah (kalau ade la..insyaAllah ade kot.)



1. salam ustaz,cane nk istiqomah? kdg2, nk istiqomah pkai tudung xxl nie sy rs brt sgt. ustz sure ada petua..


berat pakai tudung xxl? awak pakai tudung besi ke? hahaha. tudung labuh ni tahap kesempurnaan tutup aurat. sempurna tutup aurat bermakna sempurna niat kita untuk ikut syariat. nak bagi semangat pada diri seniri untuk istiqamah, tanya la diri sendiri.. nak syurga sikit2 je ke ataupun nak syurga sepenuhnya? nak Allah sayang sikit2 je ke atau nak Allah sayang sesempurnanya? jadi kalau sentiasa ada perasaan tu, insyaAllah bleh istiqamah. kat sini takleh jawap panjang2. ni pon dah panjang dah ni. hehehe





Tudung kite semua dibuat menggunakan bahan bernama kain, so jangan risau ye kengkawan sebab berat sekeping tudung takkan sama dengan berat sebuah kontena.

2. antara usrah n asgnment.kalau asgnment tu nak anto esoknye n malam tu pulak tetiba malam ade usrah.cemana?mana nak dipilih.ponin den.

pegi usrah kalau sempat. kalau rasa2 pegi usrah memang kompem tak siap asignment, tepon la naqib/ah mintak maap tak pat datang untuk kali tu je. ada musykilah. len kali datang plak. tak pon pegi la usrah jap. pehtu mintak balik awal. siapkan asignment plak. pendek kata, sape suh buat asignment lambat2. tu la keje tangguh2 je. dah tesepit baru nak cari minyak gamat. hahaha




Err..boleh tolong passingkan roti canai telur tampal kat bawah tu tak?

3. salam ostat,bahasa arab tu senang tak? ustaz tau x ape2 buku yg sesuai utk org yg ade asas tp da lupe = org yg xde asas b.Arab?maksudnye buku yg senang nak dipahami.^^


senang kot. ntah. bila ada minat ada kesungguhan plak, pape pun jadi senang kan. buku yg sesuai untuk mubtadiin banyak je. antaranya, mulakhas qawaid lughah arabiah yang kulitnye kaler biru. dalam tu diterangkan bab2 dalam nahu sorof secara mudah. cube la cari. tapi kalau nak lagi senang paham, banyak dah rase ust2 kita kat malaysia ni yg buat buku qawaid bahasa arab yg diterangkan dalam bahse melayu. tapi kalau saya tak puas. senang lagi paham yg bahse arab dpd yang bahse melayu. lebih memeningkan. same la macam kita pakai istilah komputer dalam bahasa melayu. kan lagi penin. contohnya, kayu bedik? tau hape tu kayu bedik? tak tau kan. kalau sebut joystick tau kan? cemtu la lebeh kuang..


Baguslah kalau belajar bahasa arab nak bagi cepat paham Quran. Orang sekarang ni ramai sangat yang nak cepat paham Quran dan Hadith tapi maleh belajor bahasa arab.

4. ade sorang hamba Allah ni ckp kat saya,aku pakai tudung 60 inci ni masa sek dulu je.iman x kuat.(sambil tersipu2).ape ustz rase saya patut jwb.*aritu saya diam aje sambil sengih2 jugak.hehe...


dah tau tak kuat takkan nak biorkan terus kiok. carila kekuatan untuk bagi kuat balik. pakai tudung just masa kat skolah je tu maknanya sebab takut kat cekgu ataupun sebab hanya ikut budaya. bukannya takut kat Allah. sedangkan sepatutnya budaya meraikan syariat. bukan syariat yang meraikan budaya.

sepatutnya awak jawap camni: jangan salahkan iman sebab tak kuat. tak pasal2 iman dipersalahkan. kesian iman. salahkan diri seniri sebab saje2 biarkan diri jadi lemah tanpa mencari kekuatan diri. hidayah Allah bukan boleh datang bergolek. kena usaha untuk cari.


"Pilihlah penampilan anda dengan bebas, tapi bukannya dengan terbabas (kepada maksiat)"

5. kalau orang buat dek je kat kite ,kite pun buat dek je kat org tu,xpe ke?

dah kalau orang tu tak kenal kita dan kita pun tak kenal orang tu, memang la buat dek je. takkan la tetiba nak sengih2 sambil menampakkan gigi kunen? tapi in case kalau kenal, husnuzzhon la. mungkin dia tak perasan kita. kalau dia tak tegor kita, kita tegur la dia dulu. Nabi kita kan selalu jadi orang first yang bagi salam. ikut la sunnah baginda kan. in case lagi kalau dia memang sengaja pun buat dek kat kita sebab benci kat kita ke ape ke, terpulang la. kalau rasa2 kita ni hati suci murni, tegur la jugak dia sebab kita bukan jenis yang nak putuskan silaturahim. dia nak terime ke tak dia punye pasal. tapi kalau kita rasa buang mase jelah layan orang yang tak layan kita, biorkan aje la dia buat dek. pendek kata semuanya begantung pada situasi dan hati perasaan kita bermuamalah dengan orang lain samada kenal atau tak. apepun Nabi tetap menggalakkan kita menegur dan bagi salam samada kita kenal orang tu atau tak. wallahu a'lam.


Pokcik poduli hapo ekau nak buek dek ke apo ke pokcik sengih gak.


6. aper hukum nun mati bertemu wau..batal x air semayang?


makhluk yang dah mati takde taklifan. maka, hukum sah batal tak teraplikasi pada si mati. [serius gile aku jawap.hahaha]

Kesian kat nun. Dah mati tapi masih belum dikafan dan ditanam.

7. salam... akhie, kalau seseorang tu dapat pinjaman utk blajar, cam student u... tu dah di kire tanggungjawab kan.. mmm... kalau student tu main2x sesajer, x gunakan pinjaman tu dengan sehabis baik, apa hukum di situ? berdosakah dia...haram ker pinjaman tu?

takde la sampai berdosa kot..cuma impaknye la. dia buat pinjaman untuk belajo. pinjaman tu nanti dia jugak yg nak membayonye.bukan orang lain. kalau dia main2 masa belajo, kalau tak lulus peksa, tak dapat ijazah, dah camne nak keje dan bayo balik pinjaman tu? tak ke dia yang membongokkan diri dia sniri. tu satu sudut. satu sudut lagi, cam tajaan atau zakat atau duit yg mak bapak bagi, tu semua mewakili harapan dorang nak tengok kita bejaya. kalau kita main2 belajar, kita musnahkan harapan dan pengorbanan orang. tak ke kita terasa apa2 bila kita musnahkan impian orang lain..kalau takde terasa ape2..rasanya elok takpayah jadi orang la kot..


Adik-adik pinjam duit kami pehtu adik beli playstation, beli iphone, samsung galaxy, myvi SE1.5, adik semua ingat kami tak tau ke? Beli la ape adik nak beli yang penting adik bayo utang ye.


8. apa hukum lelaki dan perempuan ajanabi berwebcam???kat ym ke, skype ke, hp 3G ke...pape jela....


soalan terlalu umum. hukum asal harus. sebab muka dan tapak tangan wanita ajnabi bukan aurat. tapi kalau ada kes2 mendatang, contohnya berwebcam tak pakai tudung, tak tutup aurat, buat aksi2 ghairah menggoda, webcam takde tujuan saje2 nak seronok2 tengok muka berlainan jantina, kompem2 dah la haram hukumnye.. kan Allah suruh tundukkan pandangan terhadap wanita ajnabi..

Takkan la mak kat dapo anak kat dalam bilik pun nak cakap pakai webcam gak?


9. nk tnye.tp xnak ltak tanda tnya.hahaa.. bg sket tips keceriaan ostat pamie ni..cm hepi sokmo je..uhuuu


tipsnye, jagalah keceriaan kelas dengan menampalkan duty roster yang dilukis dengan indah. hahaha. nak ceria senang je.. elakkan perasaan2 negatif macam sedih, marah, benci, belagak, ego, dan sentiasa amalkan senyuman walaupun kita berhadapan dengan situasi yang tak menggembirakan.


Hensem kan saya? Ada iras-iras Shahir tak?


10. akhi ustat pe hukum pokok pisang yang di tanam menggunakan baja tahi @ najis babi? boleh kite makan tak? atau dikire syubhah? romate saye name syanti, leh ke tak sy pakai singlet je dalam bilik?


takde masalah buahan yang dibaja dengan najis babi. sebab yang makan najis tu kan pokok. pokok takde taklifan untuk pilih makanan halal dan haram. lagipun proses pembajaan tu, akar pokok tu dah bersihkan najis tu. lainla kalau kita sapu permukaan buah tu dengan najis babi. yang tu takleh la. duduk sebilik dengan prempuan kafirah, setahu saya mazhab kita mengatakan aurat sama macam lelaki ajnabi. muka dan tapak tangan je yang bleh bukak. tapi ada rukhsah dpd mazhab lain, saya lupa mazhab apa, aurat muslimah dengan kafirah sama macam muslimah sesama muslimah. seelok2nya cubalah untuk elakkan duduk dengan non muslim. tapi kalau tak boleh nak elak jugak, jaga lah aurat dan adab2nya. wallahu a'lam.


Ahhhhh..terberak merata plak. Lupa plak nak lepas bawah pokok pisang tadi.


11. perlu jamak r qada semayg klo tersangkut kt jlan jem...


solat dulu dalam kereta. solat hormat waktu. bila dah sampai rumah, qada solat tu. tu la sape suh semayang lambat2. dah tesangkut kat jem baru nak nyesal..

12. sambung soalan solat ketika jem..cmne nk solat hormat wktu..nk kne amek air smyg ke


tak payah amek wuduk. duduk je kat seat tu, dan buatlah perbuatan solat takat mana yang termampu. macam kita solat duduk jugak la. mana yang boleh buat, buatla. rukuk tunduk sket, sujud tunduk rendah sikit dpd rukuk. gitulah..



Di saat-saat indah seperti ini alangkah bagusnya kalau kita membuka Quran dan membacanya. Dalam kereta korang ada Quran tak? Takde ostat.. Patung angry bird penuh le kat dashboard..

13. ustaz sye nak tanye klau kite suke kat seseorg tu...n kite dah dpt...pe patut sye lakukan seleps tu...


kawen


Yeeeeaaaahhhhhh~ malam pertamaaaaaa~~berjayaaaaa!!


14. macam nak tau sama ada orang tu jodoh kita atau x?


tengok la orang tu kawen ke tak ngan kita.




Mirip dari segala segi bukan bermakna itu jodoh yang baik. Jodoh yang baik pasti ada pro dan kontra yang menjadikan pasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain.


15. apa hukumnya kalo perempuan meluahkan perasaan kat lelaki ajnabi??


jangan luahkan muntah ijo berkahak pekat sudahla. jenuh pulak mamat tu nak gosok gigi nanti.


Daripada anda sebok mengarang surat cinta, adalah lebih baik anda mengarang artikel ilmiah atau sekurang-kurangnya menyiapkan assignment anda yang bertimbun masih tak siap tu.

16. salam ada org tnya kat formspring ana..apa itu salaf..nk jawab mcm mana ya?


golongan salaf adalah golongan terdahulu. khalaf plak golongan yang terkemudian. ada pendapat yang mengatakan yang termasuk dalam salaf ni 3 generasi. generasi sahabat, tabiin, tabi' tabiin. wallahu a'lam

17. Ustaz, apa hukum main alat muzik macam piano dan violin?


balik pada hukum main alat muzik. bab muzik ni senang citenye hukum khilaf sampai hari kiamat. tapi kebanyakan daripada ulama kata haram.



Sempoi gak wat rumah macam ni. Tapi jadi lagi sempoi kalau reban ayam atau kambing bentuk macam ni.

18. Ustaz, kelas saya start sebelum masuk waktu asar dan habis bila dah habis waktu. Saya tak boleh keluar kelas. Nak solat macam mana eh?


tak boleh keluar kelas langsung? lecturer tu islam ke tak? ke dia pun memang tak solat? abis kalau orang yang nak tekencin or terberak nak wat camne? mesti la bleh kuar gak kan. kuar la konon2nya nak gi jamban. tapi pegi la solat jap 5 minit. tapi kalau lecturer tu memang jenis tak bagi orang keluar walau nak berak skalipun, wat je mogok beramai2 berak kencin secara berjemaah dalam kelas. senang.


Kompem lecturer bebudak ni tengah mengajo sambil bercakap dengan papan putih jer ataupun sekadar baca slide powerpoint ulang-ulang slide yang sama 27x untuk mengabihkan masa lecture selama 3 jam demi mendapatkan gaji yang halal lagi diberkati Allah.

19. aper hukum bukk perniagaan pust hiburan keluarga(karoke)


soalan ni kena tengok banyak sudut ni. tengokla betul ke pusat hiburan tu untuk keluarga? biasa yang gi karaoke ni sape. lagu ape yang dia nyanyi. siapa yang nyanyi. pehtu kena tengok balik hukum menyanyi. perempuan kalau nyanyi lagu2 depan perempuan pun dah makruh hukumnya. kalau nyanyi depan lelaki, tak yah kabo hukum pun tau dah kot. jadi, cam karaoke tu, suara memang bleh kompem ke orang len dari bilik tu tak dengo? lepeh tu plak, biasanya pusat2 karaoke ada yang hidang skali ngan arak. dah becampo haram plak. senang katanya, bukakla meniaga lain banyak lagi ada yang halal. nak cari yang syubhah jugak..payah la. macam duk tengah2 curam. kejap2 nak jatuh kepada haram, kejap2 nak stay atas jalan halal. ingat senang nak jaga? jual goreng pisang lagi bagus..


Tak cukup-cukup ke nyanyi dalam bilik ayor hari-hari tu?

20. ostat tul ke kalo kita minum air sejuk tapi dengan gaya minum arak maka mcm kite minum arak


ya. ni dikira sebagai tasyabbuh. menyerupai. ada ulama yang berpendapat dosanya sama macam dosa minum arak jugak. yang gatai2 pi wat gaya arak tu wat ape. same jugakla macam botol2 air jus yang banyak kat supermaket skang ni. saje2 je dibuat bentuk botol arak. ni semua perancangan kafir laknatullah supaya umat islam hilang sensitiviti pada perkara yang diharamkan syarak.


Ayor sparkling ke ayor sparkplug ke kalau dah hilang sensitiviti agama dalam jiwa muslim sendiri memang susah nak cari ubat..

21. Ustaz, terangkan apa tu jizyah? Dan kenapa Islam kenakan jizyah?


jizyah tu cukai yang dikenakan kepada orang kafir yang bernaung bawah pemerintahan negara islam. islam kenakan jizyah bukan sebab saja2 nak amek harta orang kafir. tapi memandangkan dorang duduk dalam negara kita, menggunakan kemudahan yang ada di negara kita, duduk dibawah naungan kerajaan kita, dilindungi keselamatan oleh negara kita dan banyak lagi la kelebihan yang dia dapat. lagi pulak, dorang dah tak dikenakan zakat. makanya, selayaknyalah imamul muslimin yang berkuasa untuk mengenakan cukai untuk mereka bayar..


Bayor zakat yer. Dah Allah bagi rezeki lebih tu kena ingatla dalam harta kita tu ada bahagian muslim yang lain.

22. ustaz...camne nak pujuk mak bapak yg x bagi anak kawen awal?


carikan bapak calon bini kedua. pehtu ajak dia nikah serentak. hahaha.

"Abang..abang kawenla sorang lagi ye bang? Saya suka makan madu dan saya nak bermadu. Biar saya carikan abang isteri kedua yang solehah dan yang cun-cun ye bang? Saya percaya abang seorang yang adil, mampu bahagikan kasih sayang dan nafkah sama rata antara kami." <--- Dialog dalam mimpi seorang suami setiap hari kot. Hahaha.

23. salam ust..apa hukumnya non-muslim gna kalimah2 mcm "alhamdulillah"??


sama la hukumnya macam penggunaan kalimah Allah tu. kenapa plak dia nak guna kalimah tu. kenapa nak bagi segala puji pada Allah sedangkan Allah tu dorang tanak plak terima sebagai Tuhan. yg guna tu tak lebih sekadar nak main2kan ucapan dalam agama kita je. ucapan dia tu tak iklas pon. sia2 belaka.


Syukur itu ditunjukkan bukan sahaja sekadar lafaz di mulut bahkan perlu juga kepada penzahiran dari tindakan dan anggota serta redhanya hati terhadap segala nikmat dan ujian yang Allah beri.

24. Ustaz, saya ada banyak solat fardu yang kena qada. Tapi saya teringin nak solat sunat. Boleh tak saya solat sunat macam dhuha atau taubat di samping langsaikan qada solat saya tu?


boleh. no prob. tapi seelok2nya yang afdhalnye bayar hutang Allah dulu lah kan. dah selesai yang hutang baru rasa sedap nak wat overtime. tapi takde masalah kalau nak qada sambil wat yg sunat. yg penting buat..


Hutang dunia pun runsing kalau tak bayor. Hutang ibadat dengan Allah takkan tak masuk dalam list untuk disegerakan pembayarannya kot?

25. ustaz...nk minx nasihat sket(^_^)cmne nk istiqamah dalam amalan yek??


nak istiqamah ye. syaratnya jangan tamak nak buat amalan banyak2. bior sikit tapi berterusan. biasanya yang tak dapat istiqamah ni cepat sangat nak berubah. bior perubahan tu sikit demi sikit yang penting kekal. pastu doa la banyak2. Allahumma thabbit qulubana ala dinika wa ala to'atik. kita mintak Allah tetapkan hati. insyaAllah Dia bantu. Dia kan Maha Pembolakbalikkan Hati.

Persistence tu maksudnya istiqomah la. Dah ambik MUET belum? Camne nak grad USIM nih?

26. Taubat tu mesti ada solat taubat ke?


syarat taubat adalah nyesal dengan dosa, bejanji dan beriltizam utk tak ulang dosa. kalau ada melibatkan hak orang macam duit dan harta, kena pulangkan balik. solat taubat tu kita buat sebagai tanda keiklasan kita nak mintak ampun dpd Allah.


Setan memang panas pungkoq tak senang duduk kalau manusia ni bertaubat.

27. slm..apa pndpt ust klau kita nak kawin ngan org yg muallaf??


kawen jelah. apa ada masalahnye. cuma kena bersedialah nak didik dia. silap2 takut nanti dia tak kuat iman dia balik semula pada agama asal dia dan dia plak tarik kita. tapi bagusla kalau ada keinginan nak kawen ngan muallaf. skurang2nya ada tempat untuk dia mendalami islam dan jaga agama dia tu. tapi kalau kita tengok skarang pun banyak je muallaf yang dorang tu sniri lagi kuat agamanya daripada kita yang dapat islam ikut keturunan nih.




Welcome back to the Fitrah.

28. ustaz, tym solat, tapak tangan muslimah wajib kan kena sejadah sepertimana dahi kan?


yep.. paling kurang pun ada bahagian tapak tangan yang kena. syaratnya jari semua kena menghadap kiblat. tapi tak disyaratkan kulit kena lantai macam dahi. maknenye pakai sarung tangan pun takde masalah. wallahu a'lam



Sujud adalah suatu ketika yang manusia paling dekat dengan Tuhannya.

29. Saya baca al-Quran dengan meletakkan mushaf di atas katil (saya duduk atas lantai). Tiba-tiba kawan saya datang dan duduk di atas katil. Adakah tindakan saya atau dia bertentangan denga adab terhadap Quran?


tindakan awak tak bertentangan hinggalah dia duduk atas katil yang separas dengan tempat awak letak Quran tu. seeloknya untuk menjaga adab dengan Quran dia duduklah bawah ataupun masa dia nak duduk atas katil tu awak pindahkanla Quran tu letak atas meja atau rak. jangan letakkan Quran separas dengan punggung.


Jangan biarkan ada satu hari anda yang berlalu tanpa anda membaca walau sepotong dari ayat-ayat cinta firman suci Allah Yang Maha Esa.

30. ustat,leh ke kita sedekahkan selawat kepada orang mati?saya penah baca cite yg ade sorg pakcik sedekahkan selawat kat perkuburan,pastu org2 dlm kubur tu x diazabyg pada mulanya kena azab..betul ke ustat?


yang biasa kita dengo sedekahkan pahala bacaan Quran kepada si mati. yang tu boleh. selawat pun sama jugaklah. tapi yang bab orang dalam kubur tu diazab atau tak saya tak tau. nak tau try la masuk kubo dulu pastu suruhla kawan sedekah selawat tengok camne kena azab ke tak? hehehehe.


Kubur walau secantik dan seselesa nama pun tetap namanya kubur. Keadaan atas tanah tak semestinya sama dengan apa yang berlaku dalam tanah bawah nisan tu.


31. ustaz..kenapa kne blaja taranum ye?


taranum salah satu ilmu dan seni dalam Islam. untuk menghalusi keindahan Quran kerana dengan bertaranum kita tahu cara bacaan dan lagu yang kena dengan ayat2 Quran. bila dibaca dengan lagu yang betul, kita akan dapat lebih menghayati isi kandungan ayat yang dibaca. wallahu a'lam. saya tak blajo gak taranum.. idak le tau sangat. yang saya tau bila dengo bacaan bertaranum bacaan jadi sedap.. kan sunat hukumnya melagukan ayat Quran dengan suara yang merdu..


Tajwid dan tarannum tak dimaunye belajor semata pakai buku. Kena pi talaqqi musyafahah baru bleh. Pi blajaq ngan Ustat Don tuh pi lekaih.

32. ostat, saya nak tanya ni, ape pendpat ostat tentang pemakaian tudung biasa, maksud saya bukan tudung bidang 60 atau tudung labuh yang berjahit. Sebab ramai member2 saya yang sekolah agama, memandang sinis kpd saya, melalui pemakaian tudung saya ni.


rase macam penah jawap soalan nih. tudung labuh dan tudung bidang 60 tu kita boleh kata kesempurnaan dalam penutupan aurat. tudung biasa pun kalau syaratnya lengkap menutup dada takde masalah. cukup dah. cuma biasanya kalau sekadar 'cukup' tak bes la kan. afdhal la kita amek yg sempurna. pointer unibesiti pon takkan kita nak 2.0 je kan.. mesti nak kejo 4flat. macam tu la jugak muamalah kita dengan syariat Islam. sepatutnya sebagai daie takleh la pandang sinis. even pada orang yang tak pakai tudung pon takleh pandang sinis. sebaiknya kan lagi elok kalau ajak sama2 menuju kesempurnaan. tapi kalau orang tetap nak kekal dengan 'cukup' maka tak sepatutnya la disisihkan. kerja seorang daie hanya boleh mengajak kearah kebaikan. bukan menghukum peribadi mad'u. wallahu a'lam.


Walaupun pakai tudung biasa pun tak masalah, yang penting syariat dah letakkan kaedah am menutup aurat adalah hingga melepasi paras dada. Pakai tudung labuh 18 meter pun kalau duk lilit keliling tengkuk pusing ke dagu naik ke ateh kepala turun ke ubun-ubun pusing leher 7x sama dengan bilangan tawaf pehtu dada nampak tesembui gak baik tak payah.

33. lg satu ostat, takpe ke kalau kita jalan pastu, bertembung dengan member laki kita, kita tak senyum ngn dia, padahal saya sebenornya suka bersedekah, tp ade bile dgn laki susah sikit nak senyum, tak pe ke?


takpe je. elok lagi kot cemtu. kalo senyum kang dia perasan dia hensem lalu terasa yang ramai pempuan minat dia. kalo senyum mengundang fitnah, takyah senyum pon takpe. tapi kalau memang dah biasa senyum, senyum jelah. takkan tetiba nak tarik bibior tu kedepan jadi muncung plak tetiap kali teserempak laki kan.


Alang-alang kalau tak nak senyum buat la muka macam ni. Kompem takde orang kacau dah. Hahaha.

34. salam ramadhan ustaz..saya nk tanye macamane ye nk jd seorang pendidik dalam keadaan terpaksa ..saya xpandai sgt bercakap ngan org apa lagi nk ajar bdk2 sekolah menengah,hu33..rsa takut nk pegang title "ustazah"

ramadhan ustaz tu bulan baru ke? fatrah antara lepas bulan pose dan sebelum hari raya ek? kekeke.

kita ni kalau buat ape2 pon dalam keadaan terpaksa takkan menjadi mana. jadi cubalah ikhlaskan diri niatkan nak bagi ilmu pada anak2 didik ni. mebi mula2 rasa tak reti sebab tak dapat rentak lagi. tapi nanti as the time goes on, insyaAllah sazah akan rasa sayang pulak nak tinggalkan budak2 tuh.



Kalau mengajar dalam kelas macam ni, anda jangan risau. Bukan anda yang mengajar tak bes, sebaliknya pelajar-pelajar ni semua sebenarnya adalah peminat P.Ramlee ketika memegang watak Cikgu Sha'ari dalam cerita Masam-masam Manis.

35. assalamualaikum ustaz..nk tny..ape hukum pakai selendang belit2 sampai tcekik tp xtutup dada?haram ke?


waalaikumussalam.. same la jugak macam orang yg pakai tali pinggang sampai tecekik2 pinggang tapi tak pakai seluar.



Pakai tudung nampak buah dadu baju pulak ketat memang cun. Kat dunia ni blehla ngko melaram nak tunjuk cantik. Kat akhirat besok seksanya cemane penah tak ngko pikir? Kome ni tak takkan le tak reti-reti lagi bahawasanya tubuh badan kome tu bleh menggiurkan lelaki yang sengaja melihat atau tak sengaja asik TERlihat (macam aku) ni ha. Cukup-cukup ler tu jadi pitnah untuk kaum lelaki. Ape? Memang sengaje niatnye nak tunjuk body cantik kat semua orang? Okehh, selamat masuk neraka ye! Nanti jangan ajak aku datang jenguk tau! Babai!

36. Ustaz, kenapa kita diharamkan beri makanan yang haram kepada orang kafir?


sebab ada pendapat ulama usul fiqh yang menyatakan orang kafir juga dipertanggungjawapkan dengan syariat. dorang wajib solat, puasa, zakat, ambil yg halal dan tinggalkan yg haram. maka, haramlah hukumnya bagi kat dorang mende yg haram. kalau ikut pendapat yang ini, bukak restoran n bagi makan makanan halal kat orang kafir masa bulan puasa pun haram jugak hukumnya. sebab orang kafir tu kena puasa jugak.


Kepala hotak atok hang bak kut teh halal. Resipi dibaiki takde M.S.G konon. Aku lebih sanggup makan M.S.G 8kilo daripada meneguk secamca sup babi. Tengin betul cina yang buat mee nih.


37. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh... (jawab la dgn yg panjang dr ini-hehe) apekah cara yang paling efisien tok menangani masalah buang bayi dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja?


waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh wari'ayatuh wa'inayatuh.. itulah masalah yg berlaku skang ni.. bila kes buang bayi berleluasa baru nak kecoh2..kenapa tak dicantas dpd akarnya lagi? gitulah manusia.. bila dah kuar result baru nak menyesal sebab tak stadi..bila dah banyak bayi terseksa baru la nak simpati nak geram nak buat lagu kasih sayang la hape la. kenapa waktu anak2 muda duk kendong anak2 dara orang kesana kemari, nek moto same2, pergaulan sosial laki pempuan takde batas, time maksiat2 berlaku tu, takde plak yg emosyenel nak geram, nak buat lagu kat tv untuk kecam perbuatan maksiat? duk cantas ranting je, pokok takkan tumbang.


Aku tak sanggup nak tengok semua gambar-gambar bila aku search image google dengan kalimah "buang bayi". Serius aku sedih.


38. cmne nie ustaz,.. sye dgn tunang rancang nk kahwin dlm mse terdekat ni tp parent tak bagi. alasan mereka sye masih belajar lg.. 3 tahun lg bru hbs. tp kalau kiteorg couple tme jumpe je takut terrbuat maksiat pulakk.. ape patut saye buat ustaz???


cakap terus terang ngan parent yang kalo kome tak kawen kome akan wat maksiat. fahamkan dorang kalau dorang tak bagi gak dorang akan meredhai kemaksiatan. tapi kome pon kena la yakinkan dorang gak yg kome bleh survive kawen tengah blajo. dpd segi ekonominye, tanggungjawapnye, semua kene pikir. bukan stakat consider hal nafsu jer. kena bagi dorang jaminan bahawa lepas korang kawen korang takkan menyusahkan dorang dah. n satu lagi cara yg paling senang, kalau tak dapat kawen awal jugak, jangan jumpe tunang langsung. kalau dah dikhuatiri bila jumpe nak maksiat, maka elakkan terus jumpa. lagi senang.


Bagi yang tak nampak, bawah tu dia tulih: This includes zina of the eyes, ears, tongue, hand, feet and heart.


39. ust. nak tanya.. elok ke kalo seorg abg ngan adik perempuannya dduk satu rumah and mak ayah mereka dh xde.ape pndpt ust?


kalo takde pape fitnah takde masalah sebab adik beradik. tapi kalo adik beradik tu pun ada unsur2 syahwat, maka tak bleh la dorang duk skali. takut jadi sumbang mahram.



Sekian dahulu posting copy paste plus add gambo-gambo untuk hari ini. Cerpen tu nanti la aku sambung. Takde rasa nak nulih cerpen lagi. Bagi yang duduk area Bangi dan sekitarnya, malam ni ada pengajian Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid di masjid UKM. Daripada korang duk kedai mamak becerita pasal Malaysia menang penalti semalam tak sudah-sudah lagi sampai ke hari ni, ada lebih baik korang pegi pengajian bagi rohani korang makan pulak. Asik-asik korang je nak metekedarah, hati korang dibior kebulor. Kesiaaaann.. So pegi jangan tak pegi okey?




Wassalam..



Sunday, November 13, 2011

Rosemalyzawaty Roseman (Bukan Nama Sebenar)

Posted by The Pamiesz® | Sunday, November 13, 2011 | Category: | 4 Kata Komenan


Rosemalyzawaty Roseman (bukan nama sebenar) seorang gadis yang amat baik hati. Dia mempunyai akhlak mulia dan kelembutan yang menyebabkan sesiapa sahaja yang berkawan dengannya pasti merasa tenang berada disisinya. Bahkan dengan melihatnya sekali imbas sahaja pun pasti menyejukkan mata dan hati. Dengan penampilan sering berjubah dan bertudung labuh, pastinya imej islamik sebagai muslimah sejati terzahir jelas pada dirinya.

Rosemalizawaty yang lebih popular dengan panggilan manja Rose telah bergelumang dalam suasana pengajian Islam sejak di bangku tadika lagi. Dia telah dididik dengan didikan Islamiah sejak kecil lagi dan diberi penekanan yang baik oleh ibu bapanya. Meneruskan kecemerlangan biah Islamiahnya, dia menyambung pelajaran di sekolah rendah Islam swasta yang sangat menitik beratkan tarbiah Islamiah. Guru-gurunya begitu ikhlas dalam mendidiknya. Diajarkan ilmu syakhsiah diri, ditegurnya setiap kesalahan dengan berhikmah, diatur tutur katanya agar jauh dari kesia-siaan dan kekasaran. Maka jadilah Rose salah seorang produk guru-gurunya yang berjaya. Segala akhlak Islamiah muslimah sejati begitu cocok sekali dengan diri insan bernama Rose.

“Ostatttt, nak pegi tandasss, dah nak tekucil sangat dah niii!” pekik seorang pelajar perempuan sambil berlari keluar dari pintu belakang kelas. Ustaz seolah tak menghirau.

“Lau samahta ya Ustaz, mumkin akhruj ila dauratil miah?” sedikit tersangkut-sangkut namun begitu Rose meminta izin dengan lembut dari guru yang sedang mengajar Bahasa Arab di hadapan. Ilmu yang diajar terus menerus cuba dipraktikkannya.

“Ahsanti! Enti takallamti bima ta’allamti! Jayyid!” (Bagus! Kau praktikkan cakap apa yang kau dah belajar!) kata guru tersebut sambil tersenyum gembira nampaknya.

“Naam ya Ustaz,” tersenyum si Rose sambil hati kecilnya berkata:

“Alamak, apa Ustaz ni cakap, aku tak faham la pulak. Huhuhu”

Masa berlalu, umur kian meningkat.

Di peringkat sekolah menengah, Rose telah terpilih untuk bersekolah di salah sebuah sekolah agama elit di Kuala Lumpur. Walaupun berada di bandar metropolitan yang penuh dengan pancaroba dunia, Rose kelihatan tenang melalui kehidupannya sebagai seorang muslimah dan tolibah. Rose tidak terpengaruh dengan keadaan bahkan Rose adalah orang yang menguasai dan mempengaruhi keadaan. Ia dikukuhkan lagi dengan penglibatan aktif Rose sebagai Penolong Ketua Badan Dakwah di sekolah. Berapa ramai sahabat-sahabat yang kagum dengan akhlak yang dipamerkan oleh Rose. Seindah namanya, Rose umpama sekuntum bunga ros yang mekar di taman yang indah, jelas kelihatan, jua harum baunya.

Sepanjang hidupnya Rose telah dididik untuk menjadi seorang gadis yang bersopan santun, lemah lembut dan berbudi pekerti samada dengan kawan-kawan, orang tua juga kanak-kanak. Beliau dikatakan mudah mesra dan sangat ‘universal’. Ini merupakan antara sifat-sifat positif yang ada pada Rose.

Apabila bertemu dengan rakan-rakan, Rose suka bercerita sesuatu yang biasanya akan menggembirakan mereka. Kata-kata yang tak lekang disertai dengan senyuman itu pasti menceriakan sesiapa sahaja yang murung. Malah ada antara mereka yang menjadikan Rose sebagai tempat tetap untuk berkongsi cerita kerana bagi mereka Rose mampu menghilangkan kesedihan mereka apabila mereka dilanda sebarang masalah.

“Kengkawan sume, kita kena ingat umur kita kat dunia ni kan tak lah panjang mana, jadi kan ke lebih baik kita guna umur pendek yang ada ni untuk kita menceriakan diri, kenapa nak bermurung-murung hanya sebab hal dunia kan?” nasihat-nasihat seperti itu sentiasa keluar dari mulut Rose menjengah di telinga-telinga yang memerlukan kata-kata motivasi.

“Rose, kenapa dalam dunia ni ada orang jahat? Aku tak suka la,” Rina sahabat Rose bertanya kemusykilan.

“Ina, kalau dalam dunia ni tak ada orang jahat, macam mana kita nak buktikan kita ni beriman? Kan hidup kita kat dunia ni adalah untuk Allah uji. Nak tengok kita ni sabar ke tak, mestilah Allah bagi kita rasa ujian dulu kan? Kalau semuanya baik, kat mana kita nak letakkan kayu pengukur untuk bezakan yang mana orang yang sabar dan mana yang tidak. Tak gitu?” balas Rose tenang. Sesungguhnya jawapan itu bukan sahaja keluar dari mulut Rose dengan tenang, bahkan ianya juga menenangkan sahabat yang mendengarnya.

Rose sangat menghormati sesiapa sahaja yang ditemuinya. Apabila bertemu dengan orang tua, Roselah biasanya yang akan memulakan perbualan dan kebanyakan orang tua merasa selesa dan menganggap Rose sebagai seorang gadis yang ramah dan tidak sombong. Rose juga tak lokek menghulurkan sebarang bantuan berupa tenaga dan wang ringgit bagi membantu orang-orang tua yang memerlukan khidmat bantuannya. Terkadang Rose sendiri tak mempunyai wang yang mencukupi namun akan diusahakannya juga demi membantu orang lain yang pada tanggapannya mungkin lebih memerlukan daripada dirinya sendiri. Inilah konsep “ithar” yang diaplikasikan oleh Rose daripada pelajaran Sirah Nabawiah ketika Baginda bersama para sahabat berhijrah ke Madinah dan disambut baik oleh golongan Ansar yang sanggup menggadaikan harta benda untuk memberi bantuan termasuk menceraikan isteri-isteri mereka untuk dikahwini oleh golongan Muhajirin.

Apabila bertemu dengan kanak-kanak pula, Roselah orang yang paling pandai memainkan peranan kerana jelas kelihatan sifat keibuan yang ada padanya. Setiap bait-bait kata yang terpancar dari mulut Rose akan menyebabkan kanak-kanak yang mendengarnya menjadi baik secara tiba-tiba dek kerana terkesan dengan kata-kata lembut yang dilontarkannya, tak kira kanak-kanak yang memang baik mahupun yang nakal dan samseng sekalipun pasti akan sukakannya. Kanak-kanak pun sukakan dia, inikan lagi benih-benih pokok, basikal lipat, side mirror lancer, buku laporan warden, kertas ujian selaras yang tersalah potostet, kesemuanya amat menyayangi Rose.

Jam terus berdetik meninggalkan manusia yang sedar mahupun yang tidak sedar termasuk yang buat-buat tak sedar akan kepentingannya.

Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, Rose berjaya membeli nombor pin UPU pasca beratur panjang di BSN. Boleh pulak dia terlupa nak ambil nombor giliran dengan menekan butang A. Mungkin Rose menyangka bank ini bank zaman koboi dulu. Kerana kasihan melihat muka 15sen yang terpampang di raut wajah Rose, makcik yang jaga kaunter bank tu pun bagi lah jugak Rose potong line dan buat transaksi tanpa ada nombor giliran.

(Argh, aku dah cuba nak serius tapi nampaknya masih tersasar jugak cerpen aku ni kepada point mengarut. Aku tak boleh terima keadaan ni. Tidaaaaaakkk! Hahaha.)

Setiap hari Rose menanti di birai tangga akan kehadiran bunyi eksoz motosikal EX5 milik abang posmen yang lalu lalang di hadapan rumah saban hari.

“Abang posmen ni idak ke nak nyinggah umah aku ni. Aku tertunggu-tunggu sangat surat tawaran tu, besar harapan aku nak sambung belajar dalam bidang Syariah,” bisik hati kecilnya.

Tiba-tiba,

“Pinn pinn,” hon motosikal EX5 yang telah diubahsuai enjin dan eksoz tanpa mengubah chasisnya menerjah masuk ke ruang halaman rumah Rose yang tidak berumput. Penunggangnya kelihatan segak sekali dengan uniform posmen yang bersinar-sinar logo Pos Malaysia di dadanya.

Dengan rasa keterujaan, mata Rose telah mula menampakkan sinar yang lebih cerah dari logo Pos Malaysia yang ada di dada posmen tadi.

“Abang! Ada surat untuk Rose?”

Lalu sebungkus plastik yang kelihatan sedikit basah dikeluarkan dari bakul.

“Dik, abang datang ni nak bagi ikan ni ha, tadi mak adik mintak tolong abang hantarkan, mak adik pesan dia balik lambat sikit, ada isu semasa nak bincang dengan ahli mesyuarat balkoni katanya. Mak adik suruh adik goreng ikan tu dan masak nasi. Dia kata jangan makan dulu. Dia kata lagi, kalau adik lapar adik kokak la peti surat tu dulu sementara menunggu dia balik.” hampa lagi harapan Rose. Disangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya tsunami melanda Jepun.

Sementelah seorang demi seorang rakan-rakan Rose menelefon memberitahu bahawa mereka mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun Rose masih menyepi tanpa ada sebarang khabar berita yang sampai kepadanya. Abang posmen cuma datang untuk menghantar kad raya, bil streamyx, surat pajak, ikan dan sotong. Tidak ada tanda-tanda surat tawaran akan tiba. Pelajar cemerlang SPM ini sudah mula resah gelisah dan hampir kepada putus harapan.

Tiba-tiba, Kak Limah jiran sebelah rumah Rose datang muncul entah dari arah mana.

“Rose, nah, ambik ni. Aku lupa nak bagi kat kau. Dua minggu lepas posmen hantar kat rumah aku. Aku ni dah nyanyuk. Aku tengok sampul surat tu cantik tiba-tiba aku terasa macam nama aku Rosemalyzawaty. Bila dapat surat tu, aku yang beria-ia melompat kegirangan. Aku ingat aku diterima masuk ke universiti. Kau ingat tak minggu lepas kan aku ada buat kenduri kesyukuran? Sebab nak raikan aku dapat masuk universiti ni la. Barang-barang pun aku dah packing habis segala timba, sabun basuh, ubat gigi, berus dawai, bantal pooh, kuali non-stick, watercooler coway, ape tah lagi aku sumbat dalam beg galas tu. Bila anak aku tegur rupa-rupanya surat tu surat kau, bukan surat aku. Nah ambik la balik. Aku ni pun memandangkan aku dah alang-alang packing semua ni, anak aku kata dia nak hantar aku masuk universiti jugak. Ape ke nama U dia, UTARA kalau tak silap aku, UTARA stands for Universiti TAnjung RAmbutan. Aku memang tak sabor-sabor rasa nak masuk ke sana. Aku dah bertekad nak score pointer 4 flat pada semester pertama sekaligus merangkul anugerah dekan selama 10 sem berturut-turut yang akan membawa aku untuk menerima hadiah 4 buah flat. Apepun, kau doakan Kak Limah ye. Nanti senang-senang kita bleh wat program intervarsity. Transfer student ke hape ke nanti kito kecek mula deh.”

Sambil tersenyum lebar, Rose mengambil surat itu dari tangan Kak Limah dan terus menghantar hantu Kak Limah balik rumah.

Dipendekkan cerita, Rose berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah di peringkat ijazah di salah sebuah IPTA terkemuka di Malaysia. Betapa bersyukurnya Rose kerana cita-cita yang diimpikan selama ini telah tercapai. Doanya sudah dimaqbulkan Allah.

Melalui zaman kampus, Rose masih sama seperti dulu. Bertudung labuh, berjubah, stongan (dipanggil handsock atau maksum oleh sesetengah individu) tak pernah tinggal, dan senyuman manis yang tak pernah lekang dari raut wajahnya yang mulus itu.

“Kau selesa pakai tudung labuh macam ni Lyza?” tanya Zara yang lebih selesa memanggil Rose dengan panggilan Lyza.

“Aku dah biasa. Kita ni kalau apa-apa pun yang kita dah biasa buat akan jadi tabiat. Kalau baik, baiklah tabiat tu, kalau tak, buruklah dia. Lagipun kan kita dituntut untuk ikut syariat Allah, melabuhkan tudung hingga ke bawah dada. Allah syariatkan ni pun bukan untuk menyusahkan kita. Tapi untuk memelihara maruah wanita yang kebanyakan orang zaman sekarang mengeksploitasi wanita dan dijadikan simbol seks semata-mata.” Terdiam Si Zara mendengarkan jawapan ikhlas Rose.

“Boleh tak aku nak pinjam tudung labuh kau? Aku nak cuba pakai dan biasakan la. Tengok kau pakai sejuk je mata aku mandangnye.”

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Tiada siapa menyangka pertanyaan seperti itu akan muncul dari lidah Zara yang diketahui ramai tak pernah mementingkan pemakaian yang menutup aurat. Tudung pun kadang-kadang pakai kadang tidak.




To be continued……



[Sila beri komen membina terhadap cerpen ini, kalau betul-betul aku rasa ia membina semangat aku, aku akan bina lagi sambungan cerita ni. Tapi kalau ramai yang kutuk, aku sambung jugaklah cerita ni. Pendek kata, cerpen biasanya pendek tapi yang pasti aku bukan pendek akal. Kahkahkah.]

Thursday, September 22, 2011

Tolong! Bini Aku Mengidam!

Posted by The Pamiesz® | Thursday, September 22, 2011 | Category: | 2 Kata Komenan

Assalamualaikum.

Pengumuman awal:

Aku tak dapat nak update kerap sebab PC pejabat aku ni rosak + aku dah pindah bilik + wayar network aku pendek tak dapat nak tarik dari bilik lama dan tak dapat access ke internet untuk beberapa ketika yang aku pun tak tau sampai bila.

Kini, sari berita penting. Bukan semua pembaca berita pakai sari.

Menjadi adat kebiasaan para ibu mengandung, mereka akan mengidam macam-macam benda. Itu normal. Akan tetapi, kepercayaan bahawa air liur baby yang selalu meleleh ada kaitan dengan keinginan ibu mengandung yang tak tertunai masa dia mengandung dulu, itu semua adalah KHURAFAT. Ala kulli hal, anda sebenarnya telah menjaga emosi isteri anda yang tercinta saat anda menunaikan keinginannya yang dingidam-ngidamnya ketika mengandung.

Tapi, walaupun begitu................

Mana aku nak cari mendalah yang bini aku ngidam nih? Aku dah buntu dah memikirkan bagaimana caranya untuk aku menunaikan keinginan beliau sekali das menjaga emosi dan hati beliau.

Jadi, aku nak mintak tolong pada kalian semua untuk tolong aku brainstorming idea dan generate buah fikiran dan memberikan pendapat korang kot-kot kalau korang tahu kat mana aku boleh cari bendalah ni.

Benda yang diidamkan oleh isteri aku ni adalah.................






































AYAM KAMPUNG BETINA YANG TAK PERNAH DISENTUH OLEH MANA-MANA AYAM JANTAN.



"Aku baik.. Mana ade aku pernah sentuh mana-mana betina.. Akulah ayam soleh.. Calon menantu pilihan seantero dunia ayam.."


Kalau korang tau kat mana nak cari makhluk Allah ni, tolong hubungi aku dengan kadar segera sepantas kilat sabung menyabung di langit gelap. Atau sekurang-sekurangnya bagi sepatah dua idea macam mana aku nak tanya kat ayam tu samada dia dah pernah disentuh oleh mana-mana jantan ataupun tak. Aku betul-betul buntu ni..

Dah azan. Jom solat zuhur. Lepas solat berjemaah nanti mintak imam doakan agar ayam yang dikehendaki itu muncul tiba-tiba dari langit. Hehehe.


Wassalam.


Wednesday, September 7, 2011

Kalau Ye Pun Tak Puasa Nam, Janganlah Tunjuk Lapo Sangat Sampai Mengigit Ular Sawa Yang Tak Bersalah

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, September 7, 2011 | Category: , , , | 2 Kata Komenan



Assalamualaikum semua pembaca setia Pamiesz.com

Pertama dan selamanya saya bersimpati terhadap ular sawa terbabit yang digigit dengan rakusnya oleh manusia kurang waras yang tiada aqidah terhadap Allah sebagai Tuhan dan tentunya tidak pernah mengambil tahu yang Allah lah yang mengharamkan arak dan meletakkannya sebagai syariat Islam kerana terlalu banyak keburukan atau kesan penunggang botol arak kepada kehidupan manusia seluruhnya.

Apa yang kita dapat lihat pada hari dewasa ini, yang mana tidak dapat kita lihat pada hari kita kanak-kanak belum mumayyiz dulu, bukan sahaja manusia yang menerima kesan keburukan arak, bahkan Persatuan Ular-ular Sawa Sedunia (PUSS) juga telah membuat sidang muktamar tergempar dan menyimpulkan resolusi bahawa mereka merasa pening dan terpinga-pinga apabila tentibe mereka digigit oleh manusia sedangkan dalam masa yang sama itu adalah perbuatan mereka yang sepatutnya menggigit manusia sepertimana yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak berkurun lamanya. Mereka tidak dapat terima hakikat ada manusia yang mampu melakukan gigitan yang lebih berbisa dari lagu Hattan biso bonar.

Allah sememangnya Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Itu yang paling bonar.

Saya tengok kawan-kawan blogger saya ramai jugak yang dah kecundang macam saya. Blog dah 3 4 bulan tak update, ada yang update 1 year ago, 3 years ago, ada yang tutup terus, tapi ada jugaklah yang masih mengekalkan pace mereka dengan menghapdet sekali sekala dan tak kurang ada jugaklah yang masih aktif sangat-sangat lagi.

Penonton yang dihormati sekalian,

Dunia blogging merupakan salah satu medium yang boleh dianggap penting dalam era globalisasi masa kini yang menuntut kita supaya tidak ketinggalan memeriahkannya. Mengikut statistik yang direka sesukahati oleh seorang penulis blog terkemuka masakini (yang tentunya hensem), bilangan rakyat Malaysia yang buta komputer hanya tinggal hampir 0.0000000001% sahaja yang hidup bahagia lagi di mukabumi Malaysia yang permai ini.

Jadi hakikat sebenarnya, rakyat kita rata-ratanya sudah tersangat pandai mencari info, hukum hakam halal haram, menyiapkan kerja sekolah, assignment, membeli belacan yang mak suruh belikan secara online, melakukan transaksi internet banking untuk membayor hutang 8kupang kepada pakcik yang jual putu mayam, menggunakan GPS untuk mengesan kedudukan atuk yang sesat jalan ketika mencari jamban di belakang rumah dan juga mengkompletekan segala bagai tugasan dengan hanya menaip keyword yang mahu dicari di kotak-kotak search engine seperti yang biasa dilakukan oleh Syeikh Google kita. Maka dikala itu, kala jengking pun merasa pelik kerana kenapa pulak tetiba nama beliau disebut di sini?

Tuan-tuan dan puan-puan sidang jumaat yang dirahmati Allah.
*(Sila tukar hari jumaat kepada hari apa-apa aje yang tuan-tuan dan puan-puan baca artikel ini. Kalau hari rabu, maka tukorkanlah jadi sidang rabu, kalau hari raya, maka tukorkanlah jadi sidang raya, kalau hari jadi, sidang jadi, harimau, sidang mau, dan sidang-sidang seterusnya hatta yaumil qiyamah.)

Memandangkan tempat kerja saya yang baru telah mengambil inisiatif bijak tindakan efektif dan inovatif dengan memblock facebook yang menjadi rutin harian saya ketika berada di SARJANA, maka dengan ini saya mengumumkan saya akan kembali aktif berblog insyaAllah. Inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, saya akan kembali kepada fitrah saya yang bermula sebagai seorang blogger dahulunya dan akhirnya terjebak dalam kancah fesbuk yang mencengkam diri dan kini kembali kepada fitrah berblog. (Kalau aku beli broadband besok aku men jugak pesbuk balik. Kehkehkeh)

Oh, hampir terlupa, mungkin tak semua orang tahu, saya telahpun berhenti daripada khidmat saya sebagai seorang Guru Sandaran di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA). Alhamdulillah, Allah telah murahkan rezeki saya pada bulan Ramadhan yang lalu dengan mengurniakan saya nutfah yang masih membesar dengan sihat menjadi embrio dalam perut isteri saya yang saya sangat cintai hinggalah akhirnya embrio itu akan bertukar menjadi baby yang ditiupkan roh dan lahir ke dunia dengan selamat (insyaAllah). Juga Allah murahkan rezeki saya lagi dan lagi dengan mencampakkan saya hidup di bandar metropoliten kini sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Kolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang. Alhamdulillah ala kulli hal wa ni'mah.

InsyaAllah di sinilah akan saya jadikan platform untuk saya terus membina karier dan menyuburkan kecintaan saya terhadap Bahasa Arab di samping cuba memberikan pendidikan yang terbaik yang mampu saya berikan kepada generasi akan datang supaya mereka juga turut sama dapat merasai zouq mencintai Bahasa Al-Quran dan bahasa pertuturan Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam. Pengajian Master saya juga dapat diteruskan dengan lebih mudah dengan penghijrahan saya ke Kajang ni. Tak lah saya tersengguk-sengguk lagi drive thru the road to USIM setiap minggu dari Kampung Gajah sana nun.


Hagah-hagah yang sedia untuk disumbatkan dalam lori untuk ditelegramkan ke Kajang


Hari Raya saya pada tahun ini tidaklah berapa seronok sangat kerana isteri saya pun muntah-muntah bila tengok muka saya, mungkin kerana saya terlalu hensem dan wangi, dan saya pun tak banyak menziarahi saudara mara pada tahun ini kerana saya lebih banyak menziarahi stor kedai-kedai runcit mencari kotak dan juga memacking barang-barang untuk dibawa bersama ketika berhijrah nanti.

Ok lah kengkawan, saya rasa saya nak menaip setakat ini sahaja untuk hari ini. Kejap lagi saya nak pergi jumpa dengan tuan rumah sewa yang bakal saya duduki di Sg Ramal Luar, Kajang. Area metropoliten ni sewa rumah rata-rata seribu ke atas. Punah harapan aku nak sewa banglo. Ingatkan banglo area ni sewa sekitar RM200 jer. Rupanya sangkaan aku selama ni sangatlah meleset. Hahaha.

Jangan lupa puasa nam Syawal yer. Cukupkan pahala setahun. :)
Wassalam.

Friday, June 3, 2011

AL-Azhar dan AL-Kohol

Posted by The Pamiesz® | Friday, June 3, 2011 | Category: , | 1 Kata Komenan


Assalamualaikum semua pembaca PAMIESZ.COM

2 tajuk paper yang aku nak highlite hari ni.
(mesti ada sebahagian yang nak tanya aku soalan kat bawah ni sambil wat muka tekejut beruk panjat kelapa)
"Betul ke ko baca paper ni mie?"
Lantak kome lah nak percaya ke tak.

Tajuk Pertama:

Gagal periksa Al-Azhar: Hanya 425 daripada 786 pelajar kita lulus Bahasa Arab sesi 2010/2011


...Bagi sesi 2009/2010 hanya lima daripada 630 pelajar kita yang gagal berbanding sesi terbaru.
...Kurangnya penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar di negara ini menjadi punca kegagalan mereka meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.
...Berikutan ramainya pelajar yang gagal, pihak universiti terbabit kini menetapkan 2 syarat baru kemasukan pelajar:
1. Lulus imtihan qabul
2. Perlu mendapatkan sijil "Non Objective Certificate" daripada kerajaan Malaysia

Kesimpulannya: marilah belajar Bahasa Arab. Kuatkan semangat, tingkatkan usaha, buang putus asa dan jemu, sahut cabaran, yakin boleh, terus belajar sampai mati.


Tajuk kedua:

Peniaga alih "bir halal" dari rak.

IPOH: Arahan supaya mengasingkan penjualan ‘bir halal’ dari rak jualan produk minuman tidak beralkohol dipatuhi kebanyakan peniaga apabila rata-rata premis dan kedai 24 jam di bandar raya ini didapati mengikut arahan berkenaan.

Tindakan mengasingkan botol ‘bir halal’ berkenaan dilakukan sebagai reaksi tindak balas selepas Harian Metro mendedahkan kandungan 0.5 peratus alkohol yang ditemui di dalam ‘bir halal’ hasil ujian makmal kimia di Johor.


Isnin lalu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha yang mengadakan program di Sungai Siput di sini, turut mengarahkan penjual dan peniaga mengasingkan penjualan sejenis minuman beralkohol sebagai ‘bir halal’ di setiap premis perniagaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna Islam daripada membelinya.

Wartawan Harian Metro yang melakukan tinjauan ke beberapa premis di bandar raya ini semalam mendapati minuman botol ‘bir halal’ itu diasingkan oleh pekedai dan sengaja diletakkan bersama minuman keras.


Seorang pekerja premis 24 jam ditemui berkata dia menerima arahan dari pihak pengurusan yang mengarahkan pekerja premis supaya mengasingkan botol ‘bir halal’ itu dari rak peti sejuk diisi minuman berkarbonat lain.


“Saya disuruh mengeluarkan semua botol ‘bir halal’ itu tiga hari lalu dan meletakkannya bersama botol arak lain. Ramai pelanggan setuju dengan tindakan kami itu,” katanya ketika ditanya.

Othman yang dihubungi berkata, pengusaha premis perniagaan perlu lebih bertanggungjawab dan peka dengan hukum Islam terutama membabitkan isu produk halal dan haram.


Menurutnya, peniaga kedai dan premis makanan disaran tidak meletakkan minuman itu yang disahkan kandungan alkohol bersama dengan barangan halal lain.

“Peniaga dinasihatkan tidak mencampurkan minuman berkenaan dengan barangan atau minuman halal yang lain, sebaliknya meletakkan minuman itu di ruang khas. Ia bagi memastikan pengguna Islam mengetahui minuman itu haram diminum.


“Selain itu, pengguna Islam dinasihatkan jangan membeli minuman berkenaan kerana ia sudah dijelaskan mengandungi kandungan alkohol yang melebihi daripada yang ditetapkan,” katanya.


Difahamkan sijil halal swasta yang ditunjukkan pihak pengedar bir halal itu di Malaysia sebelum ini, adalah sijil halal yang tidak diiktiraf Jakim sejak sekian lama.



Kesimpulan: Kedai-kedai makanan nasik arab banyak jual menatang nih. Nasib baik aku tak pernah minum. Kepada yang pernah minum, tengah minum, baru nak minum, baru nak pegi beli untuk minum, lupakanlah hasrat kome semua tu dan bertaubatlah. Jagalah diri kome dan ahli keluarga kome daripada api neraka. Ayor haram tu woih.


Kesimpulan lagi untuk kedua-dua tajuk yang dihighlitekan:


Kata Johan kepada Zizan:

"Penat-penat aku hantor ngko pegi Universiti AL-Azhar, balik-balik AL-kohol jugak yang ngko cari."

Budak-budak Al-Azhar tak layan alkohol ye Encik Jozan..

Sekian,
Wassalam..

Tuesday, May 31, 2011

38 Gurindam Cinta (Part I)

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, May 31, 2011 | Category: | 2 Kata Komenan


Janganlah korang harapkan gurindam yang indah-indah, apatah lagi mengharapkan aku nak belikan korang robot Gundam. Lagi la teman tak kesior.

Janganlah korang harapkan adanya Part II bila tajuk tertulis Part I. Itu semua hanya bertujuan untuk mengaburi mata masyarakat majmuk.

Mari sama-sama kita hayati gurindam madah cinta ini. Semoga cinta kita kepada Allah SWT akan kekal buat selama-lamanya. Fokus pada cinta Agung sebelum kita tumpu pada cinta sesama makhluk. Cintailah Pemilik Cinta lebih dari segalanya. Rawatilah hati hiasi peribadi dengan cinta sejati.



C.I.N.T.A :

1. Cinta takde kena mengena dengan megi cintan.

2. Cintan selalu dikaitkan dengan cintun. Adakah mereka adik beradik kandung seibu sebapa seatuk senenek seuncle seaunty seketurunan sesusurjalur? Hasil kajian menunjukkan takde langsung pun orang kata cintun tu sejenis megi. Kerana megi cintun pun memang tak wujud dalam pasaran.

3. Cinta bukan hanya dirasai oleh orang cina. Cinabeng pula adalah antara kata-kata makian yang digunakan, tentunya bukan untuk orang yang dicintai.

4. Takde siapa yang dapat buktikan cinta itu buta sebab sampai sekarang pun masih takde sorang pun manusia, saintis mahupun doktor yang mampu buktikan cinta tu mempunyai mata.

5. Cina buta merupakan salah satu tindakan yang dilakukan kesan akibat terlalu cinta.

6. Orang dahulu kala mengeja perkataan cinta sebagai chenta. Ia tiada sebarang kaitan dengan planta, plasenta dan plasma tv.

7. Orang yang bercinta biasanya mempunyai hati yang berbunga-bunga. Akan tetapi, dalam dunia ni memang kita tak pernah jumpa lagi bunga-bungaan yang tumbuh dari hati yang diletakkan di dalam pasu.

8. Orang yang bercinta biasanya mandi tak basah. Itupun sebab dia mandi guna cahaya matahari. (sunbath)

9. Orang yang bercinta biasanya tidur tak lena. Itupun sebab nyamuk hurung kaki dia. Sape suruh tak pasang ubat nyamuk dan pakai kelambu.

10. Orang yang bercinta biasanya makan tak kenyang. Biasalah, makan ikut sunnah. Kalau kenyang sangat kang mengantuk pulak. Kertas periksa banyak lagi tak rait ni.

11. Orang yang bercinta biasanya hidup dalam dunianya sendiri. Kompem dah la sebab mustahil pulak diorang nak hidup dalam akhiratnya sendiri. Dorang kan belum mati.

12. Orang yang bercinta suka dengar lagu-lagu jiwang. Dah tu ada ke orang bercinta yang suka ulang-ulang play lagu negaraku?

13. Orang yang bercinta ni sensitive. Orang dah suruh pakai sensodyne tak nak. Colgate relieve pun ada kedekut nak beli.

14. Cinta, rindu, sayang, kasih, adalah beberapa perkataan yang mempunyai kaitan dan persamaan. Ya, kaitannya itu semua adalah perkataan dalam bahasa Melayu.

15. Aku cinta padamu adalah lagu yang menaikkan Siti Nurhaliza dalam industri seni tanah air. Sedangkan aku benci padamu adalah ayat yang menjatuhkan semangat seseorang manusia yang cuba nak mengorat manusia yang lain.

16. Cinta bukanlah suatu jenis makanan yang boleh dimakan begitu sahaja.

17. Dalam bahasa perancis, cinta disebut sebagai JE T’AIME yang bermaksud kalau u sayang kat I belikan I jet.

18. Terdapat persamaan antara perkataan MENYINTAI dan MENCINTAI. Iaitu kedua-dua perbuatan ini takde kena mengena dengan perbuatan MENYIUMTAHI atau MENCIUMTAHI.

19. Cinta itu subjektif. Paper II 60 markah. Biasanya paper I objektif 40 soalan. Paper II cantum markah dengan paper I dapatla markah penuh.

20. Bencinta adalah perasaan seperti biskut. Kejap benci kejap cinta. Tak istiqomah langsung.

21. Taik kucing , kalau dibaca berulang-ulang kali dengan kelajuan 260km/j akan membentuk satu kata-kata yang cukup romantis. Nak test? Ce try baca lelaju ce terai ce terai. Taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taikkucing taikkucing taikkucing taikkucing taikkucing taikucing taikucing taikucing taikucing taikucing taikucing taikucingtai kucingtai kucingtai kucingtai kucingtai kucingtai kucintai kucintai kucintai ku cintai mu wahai taik kucing……

22. Jangan terlalu cinta kelak akan binasa. Orang yang terlalu sayangkan awek / balak / bini / laki sanggup bunuh diri bila pasangan dorang dah tak lagi bersama dorang. Ada lebih baik korang bunuh nyamuk ada jugak faedahnya.

23. Jangan pula terlalu benci nanti akan datang perasaan cinta. Berapa ramai orang yang kawen dengan pasangan yang satu hari dulu adalah orang yang paling dorang tanak jadi bini / laki dorang. Ingat, Allah tu kan “Muqallibal Qulub” yakni Yang Membolak-balikkan Hati.

23. Antara cinta dan cita-cita, ditengah-tengahnya ada cerita. Drama ke katun ke ikut korang lah.

24. Mencintai seseorang yang tidak mencintaimu adalah sungguh menyakitkan. Tapi tak lah sakit sangat kalau nak dibandingkan dengan orang yang mencintai dan bernapsu dengan kaum sejenis. Puak ni kompem sakit otak.

25. Tidak mencintai seseorang yang sangat mencintaimu merupakan satu kerugian yang amat besar. Tapi lagi rugi besar gile babas kalau tak pergi solat jemaah kat masjid angkat takbir bersama-sama dengan imam.

27. Perempuan itu hatinya di mulut manakala lelaki pula mulutnya di hati. Pondan pula mulutnya di mulut dan hatinya hilang ntah kemana. Oleh kerana itu, lelaki terkadang rasa susah atau jarang sekali cakap kat isteri dia “I love U” atau “Abang sangat sayang isteri abang” atau kalimah-kalimah seumpamanya walaupun pada hakikatnya sang suami sangat menyayangi isterinya.

28. Memendam rasa cinta akan menyeksakan jiwa. Memendam rasa nak berak akan menyeksakan dan memulas-mulaskan perut. Usah le tahan-tahan berak. Tak elok untuk sistem pernafasan.

29. Cinta tak berbalas terkadang akan mengundang pengamalan sihir. Berbalas sihir akan mengundang rasa dendam. Dendam pula mampu mengundang neraka jahanam. Jahanam lah orang yang menggunakan sihir untuk memutuskan cinta antara pasangan suami isteri.

30. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan luka namanya jika darah tak keluar. Bukan darah namanya kalau warnanya emas. Bukan emas namanya kalau tak berkilau. Bukan kilau namanya kalau tak gelek Che Mek Molek.

31. Cinta sejati adalah mengharapkan kebahagiaan untuk orang yang dicintai. Walaupun orang yang dicintai tu cakap dia bahagia cintakan orang lain, hati kita boleh redha dan kata, “aku pun turut bahagia sebab ngko bahagia”, bukannya cakap “aku akan buatkan ngko masuk hospital bahagia sebab ko tak bagi aku bahagiakan ko”

32. Cara untuk mendapatkan cinta adalah dengan memberikan cinta terlebih dahulu. Jangan harap la nak dapat cinta kalau yang diberikan itu adalah rasuah.

33. Memberi seseorang seluruh cinta kamu bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kamu kembali. Memberi pinjam seseorang Playstation Portable bukanlah satu kepastian yang mereka akan pulangkan balik natang tu. Membelanja kawan makan tengahari di kedai mamak bukanlah satu kepastian yang mereka akan belanja kamu balik makan malam di kedai tomyam. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Jangan harapkan mangkuk kueh dipulangkan jiran. Nantikan sahaja cinta untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak mekar-mekar, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kamu. Nantikan sahaja mangkuk kueh itu kembali ke rumah kamu, tapi sekiranya tidak datang-datang, jiran kamu itu memang mangkuk..

34. Cinta kerana kecantikan paras rupa akan hilang bila disimbah asid. Cinta kerana kereta Porsche Cayenne akan remuk bila eksiden tebabas langgor divider kat highway. Cinta kerana kecantikan iman takkan pudar dan akan sentiasa disimbah nur kasih sayang.

35. Cintailah cinta kerana cinta itu apabila dicintai maka orang yang dicintai akan lebih merasa dirinya dicintai oleh orang yang menyintai dengan cinta yang dicintai. Berapa banyak cinta daaaa..

36. Mungkin hari ni seseorang mencintai seorang kekasihnya. Dan mungkin juga keesokan harinya setelah mengenali seseorang lain yang dirasakan lebih memahaminya, berubah perasaan itu dalam sekelip mata. Mungkin hari ni seseorang makan nasik. Dan mungkin saja keesokan harinya setelah jemu makan nasik akan berubah perasaannya mencintai chicken chop.

36. Bercinta memang susah. Untuk dicintai juga memang susah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu lagi la susah. Habeh ape yang senangnye?

37. Cinta monyet susah untuk didetect. Ada sesiapa dari bidang zoology yang pernah buat kajian tentang bagaimana monyet bercinta?

38. Ada apa dengan cinta? Macam-macam adaaaaa…



CINTA ITU APA YA?

Cinta merupakan satu anugerah yang Allah bagi pada hamba-Nya yang bernama manusia. Rasa-rasa kita pun tak pernah dengar lagi ada mak ayah yang namakan anak dorang dengan nama Muhammad Manusia. Bukan tu la maksud aku. Maksudnya kita semua la, manusia, orang la. Hish, lurus bendul sangat pun payah jugak kome nih.

Cinta merupakan naluri yang ada pada setiap manusia. Samada manusia itu hidup dengan cinta normal, ataupun cinta yang tak normal, tetap ada rasa ingin dicintai dan ingin mencintai. Cinta tak normal camne plak ek? Bercinta sesama lelaki. Bercinta sesama perempuan. Manusia bercinta dengan haiwan. Tak tau la kalau kome kata percintaan jenis ni normal. Bayangkan, sorang lelaki yang berbulu lebat ditangan dan di kaki, merenung mata sorang lelaki lain yang muka ala-ala jambu batu. Putih tapi berbijik-bijik [jerawat tak sempat nak kikis] lalu tangan lelaki berbulu lebat tu pun naik dan mengusap-usap pipi si jambu dengan lemah gemalai. Sesekali seseskala terpecah jerawat dan mengalir larva darah dari biji jerawat itu. Sambil tersenyum manja tisu dikeluarkan, larva dilap lalu satu ciuman p
aling romantik dilayangkan di pipi lelaki tersebut. Terus ajak pergi tidur hotel dan berlakulah adegan cinta antara mereka. Bodo, aku geli la taip seumpama haram jadah ni. Aku yang suruh bayangkan, tapi bila aku yang bayangkan aku sendiri rasa nak muntah. Tak payah la bayangkan. Hahaha.
Link

Allah yang menciptakan cinta dalam setiap hati manusia. Maka, Allah yang tahu cara terbaik untuk menguruskan cinta yang telah diciptakan-Nya. Sebab tu la, disyariatkan oleh-Nya akan perkahwinan dan diharamkan dalam syariat-Nya akan perzinaan. Ini telahpun banyak kita sentuh dalam artikel yang paling top dalam blog ni satu ketika dulu iaitu perkahwinan dari perspektif Islam. Sila rujuk semula artikel tersebut untuk penjelasan lanjut. Klik SINI.



Dah. Cukup la dulu. To be continued…

Bersambung Part II pada artikel yang aku pun tak tau taun bile plak aku nak tulih.

Selamat Beralam Ria Cuti Sekolah!

There was an error in this gadget