Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 13, 2011

Rosemalyzawaty Roseman (Bukan Nama Sebenar)

Posted by The Pamiesz® | Sunday, November 13, 2011 | Category: |


Rosemalyzawaty Roseman (bukan nama sebenar) seorang gadis yang amat baik hati. Dia mempunyai akhlak mulia dan kelembutan yang menyebabkan sesiapa sahaja yang berkawan dengannya pasti merasa tenang berada disisinya. Bahkan dengan melihatnya sekali imbas sahaja pun pasti menyejukkan mata dan hati. Dengan penampilan sering berjubah dan bertudung labuh, pastinya imej islamik sebagai muslimah sejati terzahir jelas pada dirinya.

Rosemalizawaty yang lebih popular dengan panggilan manja Rose telah bergelumang dalam suasana pengajian Islam sejak di bangku tadika lagi. Dia telah dididik dengan didikan Islamiah sejak kecil lagi dan diberi penekanan yang baik oleh ibu bapanya. Meneruskan kecemerlangan biah Islamiahnya, dia menyambung pelajaran di sekolah rendah Islam swasta yang sangat menitik beratkan tarbiah Islamiah. Guru-gurunya begitu ikhlas dalam mendidiknya. Diajarkan ilmu syakhsiah diri, ditegurnya setiap kesalahan dengan berhikmah, diatur tutur katanya agar jauh dari kesia-siaan dan kekasaran. Maka jadilah Rose salah seorang produk guru-gurunya yang berjaya. Segala akhlak Islamiah muslimah sejati begitu cocok sekali dengan diri insan bernama Rose.

“Ostatttt, nak pegi tandasss, dah nak tekucil sangat dah niii!” pekik seorang pelajar perempuan sambil berlari keluar dari pintu belakang kelas. Ustaz seolah tak menghirau.

“Lau samahta ya Ustaz, mumkin akhruj ila dauratil miah?” sedikit tersangkut-sangkut namun begitu Rose meminta izin dengan lembut dari guru yang sedang mengajar Bahasa Arab di hadapan. Ilmu yang diajar terus menerus cuba dipraktikkannya.

“Ahsanti! Enti takallamti bima ta’allamti! Jayyid!” (Bagus! Kau praktikkan cakap apa yang kau dah belajar!) kata guru tersebut sambil tersenyum gembira nampaknya.

“Naam ya Ustaz,” tersenyum si Rose sambil hati kecilnya berkata:

“Alamak, apa Ustaz ni cakap, aku tak faham la pulak. Huhuhu”

Masa berlalu, umur kian meningkat.

Di peringkat sekolah menengah, Rose telah terpilih untuk bersekolah di salah sebuah sekolah agama elit di Kuala Lumpur. Walaupun berada di bandar metropolitan yang penuh dengan pancaroba dunia, Rose kelihatan tenang melalui kehidupannya sebagai seorang muslimah dan tolibah. Rose tidak terpengaruh dengan keadaan bahkan Rose adalah orang yang menguasai dan mempengaruhi keadaan. Ia dikukuhkan lagi dengan penglibatan aktif Rose sebagai Penolong Ketua Badan Dakwah di sekolah. Berapa ramai sahabat-sahabat yang kagum dengan akhlak yang dipamerkan oleh Rose. Seindah namanya, Rose umpama sekuntum bunga ros yang mekar di taman yang indah, jelas kelihatan, jua harum baunya.

Sepanjang hidupnya Rose telah dididik untuk menjadi seorang gadis yang bersopan santun, lemah lembut dan berbudi pekerti samada dengan kawan-kawan, orang tua juga kanak-kanak. Beliau dikatakan mudah mesra dan sangat ‘universal’. Ini merupakan antara sifat-sifat positif yang ada pada Rose.

Apabila bertemu dengan rakan-rakan, Rose suka bercerita sesuatu yang biasanya akan menggembirakan mereka. Kata-kata yang tak lekang disertai dengan senyuman itu pasti menceriakan sesiapa sahaja yang murung. Malah ada antara mereka yang menjadikan Rose sebagai tempat tetap untuk berkongsi cerita kerana bagi mereka Rose mampu menghilangkan kesedihan mereka apabila mereka dilanda sebarang masalah.

“Kengkawan sume, kita kena ingat umur kita kat dunia ni kan tak lah panjang mana, jadi kan ke lebih baik kita guna umur pendek yang ada ni untuk kita menceriakan diri, kenapa nak bermurung-murung hanya sebab hal dunia kan?” nasihat-nasihat seperti itu sentiasa keluar dari mulut Rose menjengah di telinga-telinga yang memerlukan kata-kata motivasi.

“Rose, kenapa dalam dunia ni ada orang jahat? Aku tak suka la,” Rina sahabat Rose bertanya kemusykilan.

“Ina, kalau dalam dunia ni tak ada orang jahat, macam mana kita nak buktikan kita ni beriman? Kan hidup kita kat dunia ni adalah untuk Allah uji. Nak tengok kita ni sabar ke tak, mestilah Allah bagi kita rasa ujian dulu kan? Kalau semuanya baik, kat mana kita nak letakkan kayu pengukur untuk bezakan yang mana orang yang sabar dan mana yang tidak. Tak gitu?” balas Rose tenang. Sesungguhnya jawapan itu bukan sahaja keluar dari mulut Rose dengan tenang, bahkan ianya juga menenangkan sahabat yang mendengarnya.

Rose sangat menghormati sesiapa sahaja yang ditemuinya. Apabila bertemu dengan orang tua, Roselah biasanya yang akan memulakan perbualan dan kebanyakan orang tua merasa selesa dan menganggap Rose sebagai seorang gadis yang ramah dan tidak sombong. Rose juga tak lokek menghulurkan sebarang bantuan berupa tenaga dan wang ringgit bagi membantu orang-orang tua yang memerlukan khidmat bantuannya. Terkadang Rose sendiri tak mempunyai wang yang mencukupi namun akan diusahakannya juga demi membantu orang lain yang pada tanggapannya mungkin lebih memerlukan daripada dirinya sendiri. Inilah konsep “ithar” yang diaplikasikan oleh Rose daripada pelajaran Sirah Nabawiah ketika Baginda bersama para sahabat berhijrah ke Madinah dan disambut baik oleh golongan Ansar yang sanggup menggadaikan harta benda untuk memberi bantuan termasuk menceraikan isteri-isteri mereka untuk dikahwini oleh golongan Muhajirin.

Apabila bertemu dengan kanak-kanak pula, Roselah orang yang paling pandai memainkan peranan kerana jelas kelihatan sifat keibuan yang ada padanya. Setiap bait-bait kata yang terpancar dari mulut Rose akan menyebabkan kanak-kanak yang mendengarnya menjadi baik secara tiba-tiba dek kerana terkesan dengan kata-kata lembut yang dilontarkannya, tak kira kanak-kanak yang memang baik mahupun yang nakal dan samseng sekalipun pasti akan sukakannya. Kanak-kanak pun sukakan dia, inikan lagi benih-benih pokok, basikal lipat, side mirror lancer, buku laporan warden, kertas ujian selaras yang tersalah potostet, kesemuanya amat menyayangi Rose.

Jam terus berdetik meninggalkan manusia yang sedar mahupun yang tidak sedar termasuk yang buat-buat tak sedar akan kepentingannya.

Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, Rose berjaya membeli nombor pin UPU pasca beratur panjang di BSN. Boleh pulak dia terlupa nak ambil nombor giliran dengan menekan butang A. Mungkin Rose menyangka bank ini bank zaman koboi dulu. Kerana kasihan melihat muka 15sen yang terpampang di raut wajah Rose, makcik yang jaga kaunter bank tu pun bagi lah jugak Rose potong line dan buat transaksi tanpa ada nombor giliran.

(Argh, aku dah cuba nak serius tapi nampaknya masih tersasar jugak cerpen aku ni kepada point mengarut. Aku tak boleh terima keadaan ni. Tidaaaaaakkk! Hahaha.)

Setiap hari Rose menanti di birai tangga akan kehadiran bunyi eksoz motosikal EX5 milik abang posmen yang lalu lalang di hadapan rumah saban hari.

“Abang posmen ni idak ke nak nyinggah umah aku ni. Aku tertunggu-tunggu sangat surat tawaran tu, besar harapan aku nak sambung belajar dalam bidang Syariah,” bisik hati kecilnya.

Tiba-tiba,

“Pinn pinn,” hon motosikal EX5 yang telah diubahsuai enjin dan eksoz tanpa mengubah chasisnya menerjah masuk ke ruang halaman rumah Rose yang tidak berumput. Penunggangnya kelihatan segak sekali dengan uniform posmen yang bersinar-sinar logo Pos Malaysia di dadanya.

Dengan rasa keterujaan, mata Rose telah mula menampakkan sinar yang lebih cerah dari logo Pos Malaysia yang ada di dada posmen tadi.

“Abang! Ada surat untuk Rose?”

Lalu sebungkus plastik yang kelihatan sedikit basah dikeluarkan dari bakul.

“Dik, abang datang ni nak bagi ikan ni ha, tadi mak adik mintak tolong abang hantarkan, mak adik pesan dia balik lambat sikit, ada isu semasa nak bincang dengan ahli mesyuarat balkoni katanya. Mak adik suruh adik goreng ikan tu dan masak nasi. Dia kata jangan makan dulu. Dia kata lagi, kalau adik lapar adik kokak la peti surat tu dulu sementara menunggu dia balik.” hampa lagi harapan Rose. Disangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya tsunami melanda Jepun.

Sementelah seorang demi seorang rakan-rakan Rose menelefon memberitahu bahawa mereka mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun Rose masih menyepi tanpa ada sebarang khabar berita yang sampai kepadanya. Abang posmen cuma datang untuk menghantar kad raya, bil streamyx, surat pajak, ikan dan sotong. Tidak ada tanda-tanda surat tawaran akan tiba. Pelajar cemerlang SPM ini sudah mula resah gelisah dan hampir kepada putus harapan.

Tiba-tiba, Kak Limah jiran sebelah rumah Rose datang muncul entah dari arah mana.

“Rose, nah, ambik ni. Aku lupa nak bagi kat kau. Dua minggu lepas posmen hantar kat rumah aku. Aku ni dah nyanyuk. Aku tengok sampul surat tu cantik tiba-tiba aku terasa macam nama aku Rosemalyzawaty. Bila dapat surat tu, aku yang beria-ia melompat kegirangan. Aku ingat aku diterima masuk ke universiti. Kau ingat tak minggu lepas kan aku ada buat kenduri kesyukuran? Sebab nak raikan aku dapat masuk universiti ni la. Barang-barang pun aku dah packing habis segala timba, sabun basuh, ubat gigi, berus dawai, bantal pooh, kuali non-stick, watercooler coway, ape tah lagi aku sumbat dalam beg galas tu. Bila anak aku tegur rupa-rupanya surat tu surat kau, bukan surat aku. Nah ambik la balik. Aku ni pun memandangkan aku dah alang-alang packing semua ni, anak aku kata dia nak hantar aku masuk universiti jugak. Ape ke nama U dia, UTARA kalau tak silap aku, UTARA stands for Universiti TAnjung RAmbutan. Aku memang tak sabor-sabor rasa nak masuk ke sana. Aku dah bertekad nak score pointer 4 flat pada semester pertama sekaligus merangkul anugerah dekan selama 10 sem berturut-turut yang akan membawa aku untuk menerima hadiah 4 buah flat. Apepun, kau doakan Kak Limah ye. Nanti senang-senang kita bleh wat program intervarsity. Transfer student ke hape ke nanti kito kecek mula deh.”

Sambil tersenyum lebar, Rose mengambil surat itu dari tangan Kak Limah dan terus menghantar hantu Kak Limah balik rumah.

Dipendekkan cerita, Rose berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah di peringkat ijazah di salah sebuah IPTA terkemuka di Malaysia. Betapa bersyukurnya Rose kerana cita-cita yang diimpikan selama ini telah tercapai. Doanya sudah dimaqbulkan Allah.

Melalui zaman kampus, Rose masih sama seperti dulu. Bertudung labuh, berjubah, stongan (dipanggil handsock atau maksum oleh sesetengah individu) tak pernah tinggal, dan senyuman manis yang tak pernah lekang dari raut wajahnya yang mulus itu.

“Kau selesa pakai tudung labuh macam ni Lyza?” tanya Zara yang lebih selesa memanggil Rose dengan panggilan Lyza.

“Aku dah biasa. Kita ni kalau apa-apa pun yang kita dah biasa buat akan jadi tabiat. Kalau baik, baiklah tabiat tu, kalau tak, buruklah dia. Lagipun kan kita dituntut untuk ikut syariat Allah, melabuhkan tudung hingga ke bawah dada. Allah syariatkan ni pun bukan untuk menyusahkan kita. Tapi untuk memelihara maruah wanita yang kebanyakan orang zaman sekarang mengeksploitasi wanita dan dijadikan simbol seks semata-mata.” Terdiam Si Zara mendengarkan jawapan ikhlas Rose.

“Boleh tak aku nak pinjam tudung labuh kau? Aku nak cuba pakai dan biasakan la. Tengok kau pakai sejuk je mata aku mandangnye.”

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Tiada siapa menyangka pertanyaan seperti itu akan muncul dari lidah Zara yang diketahui ramai tak pernah mementingkan pemakaian yang menutup aurat. Tudung pun kadang-kadang pakai kadang tidak.




To be continued……



[Sila beri komen membina terhadap cerpen ini, kalau betul-betul aku rasa ia membina semangat aku, aku akan bina lagi sambungan cerita ni. Tapi kalau ramai yang kutuk, aku sambung jugaklah cerita ni. Pendek kata, cerpen biasanya pendek tapi yang pasti aku bukan pendek akal. Kahkahkah.]

Currently have 4 Kata Komenan:

  1. assalamualaikum....
    first baca menarik dan lawak..tapi tetiba kat bawah tu masuk plk watak mak limah..lucu la plk..(^_^)...

  2. salam.

    dah la. memang tak boleh serius langsung. insaf la dari menulis cerpen serius.

    cite ni, xde klimaks la. mengantuk sikit [boring]. cube tambah adengan saspen yang menyebabkan kami ingin terus membacenye lagi. ade je cerpen yang klimaks walaupon bab1. eh, bab 1.

    sekian, sari buah limau penting.

  3. ustaz pamie ni...xabis2 ngn lawak dia...
    bagi lily ok je.layannn

  4. adegan saspen tu la yg saspen untuk dikeluarkan..disebabkan nak kuarkan adegan saspen pun terasa saspen haaa tu la sebabnye adegan saspen tu masih menjadi saspension..


Leave a Reply

There was an error in this gadget