Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 30, 2009

Husnuzzhan. Sebab Pendek Sangat Tajuk Posting Kali Ni Tu Aku Panjangkan Sikit Ni.

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, December 30, 2009 | Category: , , | 18 Kata Komenan

Jam menunjukkan tepat jam 7 petang. Ataupun lebih tepat kita katakan menghampiri malam. Ataupun sangat tepat kalau kita katakan itu waktu maghrib.

Si Pamie masih dengan helmet magnum dan visor bogo yang dipakainya berkedudukan di atas seat sebuah motosikal Yamaha 135LC maroon yang masih berlegar-legar di sekitar bandar Teluk Intan mencari-cari lokasi kedai advertisement untuk membeli sedikit sticker tinted untuk menampal lampu kamben beliau yang sudah retak dan nampak gayanya sudah mula menakung air seperti botol mineral. Kalau ada anak-anak ikan yang nak disumbangkan boleh juga dibuat akuarium mini dalam kawasan lampu tu.

20 minit lagi azan maghrib akan berkumandang. Pamie berkata dalam hati kecilnya yang taklah kecil sangat kot.

"Aku perlu segera pulang ke rumahku syurgaku sebelum aku dicop dan dilabelkan lebih teruk lebih bangang dan bongok serta tolol dan bahlul dari kamben dan lembu yang tahu juga pulang ke kandang dan reban masing-masing pabila masuk sahaja waktu maghrib."

Maka misi mencari kedai advertisement pun ditangguhkan ke besok hari dan si Pamie segera memulas throttle motosikal yang ditunggangnya demi menyampaikan diri ke rumah dan bersiap untuk ke masjid demi menunaikan solat maghrib.

Al-kisah tersebutlah kisah. Beliau yang ketika itu menunggang berhampiran area Pasir Bedamar yang makruf sebagai area banyak kedai advertisement melalui deretan kedai-kedai yang banyak dan kelihatan ramai manusia dan kenderaan-kenderaan mereka di tepi-tepi jalan. Maka si Pamie melihat dan memanjangkan tengkuk beliau seraya berkata lagi dalam hati kecilnya yang besar.

"Apekehe ramai-ramai tu? Rasanya kedai nombor ekor tu. Harini ada special draw ke? Gamaknye la tu."

Lalu dipanjangkan lagi tengkuk beliau dan dijegilkan lagi bijik mata beliau yang agak sepet itu.

"Wow, ramainya melayu! Tak boleh suuzzhan ni (buruk sangka). Rasanya ada kenduri tahlil kot kat situ. Tokey kedai baru mampus tercekik loteri kot. Bagusnya. Mesti tokey kedai ni seorang yang beriman. Ramainye datang kenduri tahlil dia.."

Perjalanan pulang diteruskan lagi seraya melalui sebuah panggung wayang yang terletak nun di hujung pekan.

Kelihatan sepasang couple yang aweknya boleh tahan cun dan thiqah sedang berjalan berdua-duaan dari kereta kelisa yang mereka tunggangi menaiki tangga dengan romantisnya menuju pintu masuk ke panggung. Kelihatan juga di tangga sebelah lagi beberapa ketul anak-anak muda remaja belia yang turut melangkah step yang sama.

"Kat sini pun ada kenduri tahlil rupanya... (husnuzzhan - berbaik sangka). Eh, bukan ke tahlil ni bidaah? Ish ish ish.. sengaja nak menempah neraka agaknya mereka ni. Buat tahlil dalam panggung senja-senja.."

Erkk.. boleh ke aku nak husnuzzhan lagi kalau dah terang-terang pukul 7 baru nak masuk panggung? Agak-agaknya pukul berapa dorang solat maghrib ye?

Tak kire. Aku nak husnuzzhan jugak. Dorang solat maghrib ikut waktu zimbabwe! Yess! Aku berjaya husnuzzhan! Tahniah untuk diri aku sendiri kerana berjaya tak memburuk sangka pada orang! So, ape lagi korang, mana hadiah untuk aku?


GALERI REHLAH
LATA KINJANG TO CAMERON HIGHLANDS
_________________________________


Ustaz Anas sempat juga menghabiskan novel tautan hati sementara aku drive dan merepek-repek bercakap dan bersembang dengan stereng kamben.

Sang kancil WKN turut mengiringi sang kamben BEX. Location: pekan koboi Chenderiang.

Gerbang masuk Hutan Lipur Lata Kinjang

Keselamatan diri tanggungjawap sendiri. Kerajaan tak tanggung kalau tiba-tiba ada tsunami kat air terjun ni. Kerajaan tak tanggung jugak kalau tiba-tiba tahi berketul-ketul jatuh dari atas sebab ada majlis berak berjemaah kat belah atas. Kerajaan jugak tak tanggung kalau Kisame dari Akatsuki tiba-tiba keluar dengan water-style jutsu nya dari celah ayor terojun membawa pedang lagenda samehada dan tiba-tiba menyembelih semua pengunjung yang datang. Seriusly kerajaan takkan tanggung semua tu.

Ah, sangat bosan tengok muka-muka ini. Please lah. Takde muka lain ke?

SubhanAllah. Cuba teka sebenarnya dari mana air banyak-banyak ni datang mencurah-curah ke ladang gandum? Tak pernah henti-henti. Tak pernah habis-habis. Kuasa SIAPA yang menciptakan semua ni?

Takkan nak datang tengok je. Seraaaaaaannngggg laaaaa~ Masa untuk berbasah-basah. Masa ni la nak tangkap basah pun. Anas sedang melakukan body massage naturally done by just a pressure from waterfall. Lepas tu aku pulak la. Sampai terpeleot-peleot aku punya bulu kening kena pukul dengan ayor tu.

Maleh nak kabo yang ayor terjun ni sejuk. Kalau kabo kang mula la korang semua jeles dan kata kitorang tipu la bohong la bakhil la tamak kedekut hodoh keji segala bagai makian. Huh.

Batu kat dasar tu licin. Berapa kali aku cuba naik tapi tak boleh-boleh sampai la Anas sambut tangan aku. Jangan kata sebab perut aku berat ok. Langsung takde kaitan.

Gane gane pung, Amin sebagai pengasas mazhab muniandi tetap beramal dengan ajaran sesatnya walau di mana jua dia berada. Bertapa di air terjun merupakan salah satu zikir wajib yang perlu diamalkan dalam mazhab muniandi. Barang siapa yang tak melakukannya akan mendapat laknat daripada pengasas mazhab yang katanya 9 tahun membuat kajian sebelum menubuhkan mazhab. - berita dari reuters dan bloomberg... kot.

seorang suami mithali yang risau akan isterinya yang berada dikejauhan tak berapa gembira menjadi bujang dan over-enjoy kerana difikirannya sentiasa menginginkan sang isteri untuk berada di sisi bergumbira bersamanya.

Namun begitu, disebabkan title 'bujang sementara bini balik kampung' tetap menzahirkan beliau sebagai seorang bujang di ketika itu. Orang bujang kan biasanya memang sering mengorek idong dengan tangan kiri sambil tangan kanan taip SMS. So apa lagi yang ditunggu? SMS on CINTA ke 76333.

Orang bujang juga sering makan makanan ringan. Fakta atau auta?

Pocong ada di mana-mana tak mengira siang atau malam. Zaman moden ni orang dah tak takut dengan pocong. Pocong dah ramah dan mula menegur-negur jiran dan masyarakat sekeliling sambil bertukar-tukar juadah kuih dan muih. Pocong pun dah tak outdated sebab dah mula tukar fesyen kapan kaler hijau yang striking. Almaklumlah, pocong pun nak mengorat dan cuba taqdim akhawat jugak kan. Kena la ada style gak.

Waaaah, hemsem gak pocong ni! Sape nak taqdim cepatt!

Nenek kebaya. Takkan nenek ada misai ngan janggut. Atuk kebaya la. Tapi dia tak pakai kebaya. Haaaa, atuk pelikat! Ayu la wajah atuk! Bagaikan bulan terbelah blaaaaaahhhh!

Dah puas mandi? Menuruni 28,345 anak tangga. Fuh, kalau tak lenguh kaki memang saja la.

Aku berharap korang berdua sahabat sejati. Bukan kaum lut.

Aksi lompat kat mana-mana pun tak boleh tinggal. Hehehe.

Sape ntah bagi idea nak pegi cameron padahal tau dah nak lewat petang. Ape dapat pegi cameron malam-malam bute?

"Wuuuuu sejuk giler angin kat cameron ni ek?" kata sorang penumpang BEX.
"Memang la sejuk ngong. Kita dalam keta ni ekon tak tutup tingkap tak bukak. Nak kena campak kat gaung?" balas sorang lagi.
"Hahahahaha." sorang lagi tak banyak cakap tapi banyak gelak.

Cuba teka apa history tempat ni? Takde ape pun. Just dulu ada orang main tolak-tolak tanah kat sini. Tiba-tiba tanah tu rata. Terkejut seluruh penduduk kampung masa tu.
"Gileeeerr! Tanah rataaaaa??!!! Unbelibebel!"

Anas, ko buat apa dengan hurup T tu.. Min, ko main bola tampar dengan sape tu?

Street Fighter Zero II

Yeeaaaayy~ Saya dapat temuduga GSTT!

Lama kan aku tak update? Sori la kalau korang tertunggu-tunggu. Quite busy lately. Alhamdulillah separuh masalah aku dah selesai. Ada la lagi sikit-sikit saki baki daki yang aku kena sental. Doa-doakanlah settle cepat. Minggu depan aku dah kena lapor diri kat Sekolah Menengah Agama Raja Dr Nazrin Shah kat Kampung Gajah. Haritu penat mengajar anak-anak orang kat Sungai Sumun. Ni nak kena try testing mengajar anak-anak gajah la pulak. Maybe akan ada sedikit cabaran mendatang di situ. Aku ditaklifkan untuk mengajar 3 subjek. Fiqh, Nahu Sorof dan Tarikh Adab.

Tarikh Adab? Wow, macam mana aku nak mengajar subjek yang satu ketika dulu aku pernah koyak buku tension sangat sebab tak dapat-dapat tu? Hahaha.

I'm sorry. I'm really bad at history subject. Nasiblah ye bakal pelajar STAM sekolah SARJANA. Anda bakal mendapat seorang ustaz yang amat..... hensem! Wakakakaka!

Selamat Tahun Baru Masihi yang sehari dua je lagi nak menjenguk kita.

Selamat kembali ke kampus dan kuliah untuk semester baru pada pelajar-pelajar U yang pintunya ada ringtone.

Selamat kembali ke sekolah pada bebudak sekolah 4 haribulan ni nanti. Belajar lah rajin-rajin dan jangan sesekali hampakan harapan mak bapak dan guru-guru.

Paling penting, untuk bakal anak-anak murid aku, kalau korang tido dalam kelas, jagalah korang! Aku akan....... tido sekali bersama-sama korang! Hahahahaha.

Senyum sokmo!

(^_^)

Tuesday, December 22, 2009

Inilah Kisah Sebuah Hostel Dengan Law Ikut Sukahati Kepala Atuk Sendiri

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, December 22, 2009 | Category: , | 18 Kata Komenan

Salam aleik..

Macam mana dengan hijrah kome semua? Azam baru ada nampak-nampak macam boleh terlaksana tahun ni? Jangan putus asa awal-awal. Cuba dan terus mencuba. Qul insyaAllah biiznillah. Kata kunci kita, usaha dan tawakal! Dah habis usaha, siapa lagi yang boleh menentukan natijahnya melainkan Dia Yang Maha Esa.

Sempat ke tak baca doa akhir tahun dan awal tahun hari tu? Ke kome baca doa naik kenderaan je. Hehe. Sedih jugak dengan keadaan segelintir masyarakat yang masih cuba nak bangkitkan soal bidaahnya doa akhir dan awal tahun ni. Kalau kita tengok masjid yang buat majlis bacaan yaasin 2 kali iaitu sebelum magrib sekali dan selepas maghrib sekali tu.. Alahai manusianya.. Jemaah yang datang ada la 3 4 kerat. Muka-muka biasa jugak yang rajin jenguk masjid. Agaknya memang ramai kot yang berpegang dengan pendapat bahawa doa akhir awal tahun tu bidaah.

Tapi kan, agaknya berkumpul ramai-ramai kat kedai kopi kedai mamak start pukul 6 petang tengok team Malaysia main bola lawan Vietnam sampai tinggal solat maghrib dan berseronok bersorak-sorak lalu mengucapkan kata-kata kesyukuran pulak di atas kemenangan pasukan Negara, rasanya tu bukan bidaah kot kan. Masuk syurga rasanya puak-puak ni. Mana ada bidaah kan tengok bola. Main bola lagi la tak bidaah. Riadah tuu. Al-aqlu al-salim fi al-jismi al-salim. Akal yang cerdas tu duduknya pada tubuh badan yang sehat. Apa pulak bidaahnya kan. Bila tak bidaah maka tak lah masuk neraka. Yang baca yaasin kat masjid tu buat benda bidaah. Neraka lah kot tempat dorang.. sedihnya kalau baca doa pun masuk neraka kan?

Korang dah besar panjang dah boleh fikir sendiri mana yang betul mana yang salah. Jangan terlalu obsess dengan ungkapan nak ikut just apa yang Nabi buat sedangkan korang tak pernah tahu dan faham pun apa sebenarnya yang Nabi buat dan apa yang Nabi suruh buat. Sedangkan korang tak pernah faham pun macam mana yang ulama’ faham tentang sunnah sebenar Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wa baaraka wa sallam.

Tak payah cerita la pasal dalil itu dalil ini ijtihad itu ijtihad ini sedangkan Quran pun baru 2x khatam sepanjang hidup. Itu pun mengaji dengan opah belakang rumah yang dah tergagap-gagap baca. Jangan cakap la tentang sahih dhaif beramal atau taknya hadith kalau hadith mutawatir, ahad, gharib, masyhur, mustafidh, marfu’, mauquf, mursal pun masih tak boleh bezakan apa perbezaannya. Jangan nak heboh la tentang fatwa-fatwa Ibnu Taimiah rahimahullah kalau hukum taklifi dengan wadh’ie pun masih tak tau ape kebende.

Ulama’ dah sediakan jalan untuk kita ikut. Taqlid jelah kalau dah tau tak mampu nak berijtihad. Ikut jalan Imam Muhammad ibn Idris Al-Syafie radhiyallahu anhu wa ardhah. Ikut jalan Imam Malik ibn Anas radhiyallahu anhu wa ardhah. Ikut jalan Imam Abu Hanifah Nu’man radhiyallahu anhu wa ardhah ataupun Imam Ahmad ibn Hanbal radhiyallahu anhu wa ardhah. Dorang dah buatkan highway untuk kita. Yang susah-susah nak pergi tebas semak samun lagi cari denai sendiri nak buat apa. Macam lah kompem sampai destinasi. Silap-silap baru kena gigit pacat sikit celah semak dah pengsan.

Bukan hal ini aku nak cerita sebenornye. Tapi dah geram. Termasuk pulak cerita bidaah-bidaah ni. Aku malas nak hurai sangat isu ni pasal satu, aku memang bukan ahlinya. Karang aku cakap lebih-lebih orang pangkah je. Alah ngko tu budak Lughah je ngko tau apa pun. Nahu sorof pun ngko lupa wazan ngan qawaid. Ada hati nak cakap banyak soal hukum. Dua, isu-isu macam ni mengakibatkan ramai muslim sesama muslim gaduh. Aku tak suka. Sampaikan ada anak dan ayah tak bertegur sebab sorang salafi sorang sufi. Apa benda semua ni? Bukanlah memelihara silaturrahim tu dan beradab tu lebih diutamakan dalam Islam? Selagi ada khilaf, raikanlah pendapat ulama’ yang dah berijtihad dan beradablah dalam bermusyawarah dan bermunazarah (debat). Khilaf tu rahmat. Yelah, mana tak nya. Kalau dah dalam kepala hotak tu asik nak tuduh pihak satu lagi masuk neraka, macam mana nak terima pendapat orang kan. Memang kompem la sendiri nak pertahankan pendapat sendiri bahawa jalan dia je masuk syurga. Korang agak-agak la, Nabi seronok tak tengok keadaan kita kalau dia tau kita sesama muslim pun jadi camni?

Dahlah. Malas nak membebel. Nak serius, pegi blog cik oreniah. Dia tengah berazam nak serius tu. Kate dia la. Sejauh mana kebenarannya tak tau la kan. Hahaha.

Ekceli pagi ni aku sangat seronok sampai boleh gelak besor sorang-sorang kat rumah ni walaupun tengah ada banyak masalah. Ntah apa mimpi aku tentibe terbukak balik gambar-gambar lama masa kat KUSZA ataupun UDM dulu. Sengal betul hidup aku rasa masa tu. Macam tak pernah ada masalah je. Ataupun dalam bahasa yang lebih lembut dan berhemah, macam orang gila. Hahaha. Banyak la gambar-gambar censored. Takkan aku nak upload kat sini. Terserlah la kemaluan aku nanti. Nak tengok gak? Tak payah. Anak-anak aku nanti pun aku tanak bagi tengok. Kalau dorang tahu bapak dorang muda-muda camni, mesti kawan-kawan dorang kat sekolah drop dorang.

“Bapak ko dulu masa muda-muda sengal giler ko tau tak?”

“Mana ko tau? Ko dah lahir masa bapak aku muda ke?”

“Bapak aku la cite. Pasal bapak aku pun sengal gak. Hahaha”

“Ooo. Bapak ko la yang ajo bapak aku jadi sengal. Ko pun dah 2x5 je sengal aku tengok”

“Aku sengal tepengaruh ngan ko la sengal. Hahaha”

Sengal tu bukan ke lenguh-lenguh sendi? Aaahh pape jelah labuuuuu.

KISAH ASRAMA TOK JEMBAL

Hari pertama kitorang mendaftar. Kitorang sekelas dari sekolah menengah ada 5 orang. Aku, os, sham, ajib, dan nyoi. Nyoi dah buat hal sendiri bila dah dapat kawan baru. Tapi kitorang berempat masih lagi bersama sekepala.

Mulanya masing-masing dapat bilik masing-masing. Aku pun dapat roommate yang okey. Antaranya hakim dan rasul. Os pun ok. Ajib pun ok. Yang masalah cuma sham. Dia dihalau oleh senior bilik yang dia duduk.

“Nah. Ko ambik kunci bilik aku ni. Aku nak duduk sini. Ko duk bilik aku.”

Bila sham pergi kat bilik tu, bilik tu pun dah ada orang. Maka merempat la sham ke bilik lain bagaikan pelarian antarabangsa. Aduan dibuat kepada pihak MPP (masa tu DTP) namun takde respon. &#@@$^%&*^#@ makian demi makian untuk pimpinan diketika itu. Hahaha. Senior halau junior dah jadi adat asrama Tok Jembal sekian lama. Mana la kami tau. Dah kami baru sampai mana la kami tau nak buat camne.

Malam tu kitorang berjumpa kat kantin. Sham meluahkan masalah dia yang takde bilik. Os mula menambah yang dia pun tak berapa senang dengan roommate dia. Sebab apa aku dah tak ingat la. Pegi la tanya dia sniri. Sebab roommate dia tak bagi pakai spek itam subuh-subuh kot. Hahaha. Aku sendiri pun payah gak nak sesuaikan diri dengan kawan baru. Asobiah la katekan. Wakakaka. Maka, kami pun mencari solution untuk selesaikan masalah sham.

Tanya punya tanya..

Serbey punya serbey..

Kami dapati ada satu bilik yang gelap dan kosong nun ceruk di tingkat 3. Berkunci. Dan tak boleh dibukak dengan kad topap.

Dipendekkan cerita, dengan tindakan nekad kami memecah masuk bilik tu dan mendiami bilik ATB 3-38 secara haram. Panjat tingkap beb. Masuk ikut tingkap dan bukak pintu dari dalam. Besoknya pergi Bandar KT lalu kami membeli engsel dan solex.

Os pun keluar dari bilik dia di blok ATR. Ajib pun sama. Aku pun yang masa tu duduk di ATR 1-08 kalau tak salah, mengangkut gak bebarang dan pindah keluar. Nanes-nanes ahli ghurfah aku masa tu sebab kehilangan sorang roommate yang amat baik dan hensem. Wakakaka.

Maka hiduplah kami berempat di bilik haram tu dengan damainya selama 1 sem dengan berbekalkan kunci engsel dan mangga…

HARI PENDAFTARAN SEMESTER 2

Dah stat kabut dah ni. Kami tau pelajar semester 1 bakal mendaftar dan bakal ditempatkan di bilik haram kami. Jadi kami pun mengamalkan sunnah Nabi dengan melakukan majlis syura bermusyawarah dan mengambil tindakan untuk mencari bilik yang lebih selesa dan selamat.

Dengan adanya kabel kuat iaitu abang aku sendiri yang duduk kat tingkat 4, tingkat paling atas, maka sampailah info pada aku bahawa sebelah bilik pidos ATB 4-16 bakal dikosongkan beberapa ketika lagi. Bebudak yang duk situ budak sem 6. Dah habis belajar dan bakal berambos. Maka sebaik saja tuan bilik tu mengangkat barang keluar, kami dengan sepantas buraq mengangkat barang kami ke tingkat atas dan tentibe je buat cam bilik sendiri. Ajaib kan. Hahahah.

Beberapa jam selepas tu, kami didatangi oleh senior semester 5 yang juga mahukan bilik tu. Nasib baik dia sorang. Kami berempat. Lalu dia tak mampu nak halau kami. Atau dalam erti kata lain. Hang la berambos kitorang nak duk sini. Dah angkat barang dah pun. Wakakaka.

Untuk pengetahuan anda semua, bilik-bilik di tingkat 4 merupakan ‘heaven area’ yang direbut-rebut oleh ramai orang. Sapa dapat duduk tingkat 4 memang beruntung la. Banyak kelebihan yang takde disebutkan langsung dalam kitab Fadhoilul A’mal. Toksah duk cari la kelebihan-kelebihan ni dalam kitab tu.

pemandangan asrama Tok Jembal dari tingkat 4 blok ATB..

Antara yang utamanya adalah jamban yang takde traffic jem. Sebab tingkat 4 ada 16 bilik je. Tingkat 1-3 ada 38 hingga 40 bilik. Berebut jamban untuk berak di pagi hari adalah perkara biasa kami ketika duduk di tingkat 3. Tapi tak pernah la lagi cirit kami tercicir di pertengahan jalan ketika berlari ke jamban. Hahaha. Kini masalah ini tak lagi menjadi igauan mimpi ngeri kami pabila kami berjaya menguasai dan mengongker tingkat 4. Boleh berak sejam dua dengan senang hati siap tertido-tido dalam tu lagi. Hahaha.

Antara yang lebihnya lagi, tingkat 4 penyidai tak share ramai-ramai. Privacy. Angin laut kuat menyapa dari tingkap bilik dan yang penting, boleh baling mercun kat bawah tanpa diketahui oleh pak gad akan siapa yang melakukannya. Hahahaha.

penyidai atas tanah yang biasanya penuh dan selalu mengakibatkan baju seluar hilang terutama seluar kecik. ada jugak orang nak curi natang tu. buat lapik angkat periuk kot. hahaha.

Ah, satu lagi kelebihan yang patut ada pada setiap U. Pintu yang mempunyai ringtone. Tapi tak la bunyi krreeeeooookk~ camtu. Bunyi dia cam subwoofer 5836 watt sket sebab ia adalah pintu kayu yang berat maka ianya pabila ditiup angin sepoi bahasa german, lalu tertutup sendiri dan berbunyi DEBOOOMM. Ini la baru namanya U. Padahal masa tu kolej lagi. Hahaha.

Maka tibalah hari yang dinantikan.. hari pendaftaran semester 1. Senarai nama pelajar yang menduduki bilik dah ditampal. Maka kami pun bersedia dengan kunci mangga yang dah diduplicate.

Masuk sorang budak kat ATB 4-16

“Nah. Ko ambik kunci bilik aku ni. Aku nak duduk sini. Ko duk bilik aku kat bawah.”

Hahahaha. Macam kenal jer ayat tuh. Sangat familiar.

Sorang demi sorang sampai la cukup berempat kami manfaatkan ayat yang pernah terkena pada sham dulu. Wakakaka.

Dorang pun akur atas title junior dan mendiami lah bilik haram tu dengan engsel dan mangga dan kami pulak bersenang lenang setelah memintak kunci bilik daripada dorang. Dah la bilik kitorang ni memang tak boleh nak bukak guna kad. Lagi la privacy nye. Ngehngehngeh.

Alkisah nak dijadikan cerita bertambah-tambah bengang bebudak sem 1 tu setelah mengetahui bahawa budak berempat yang halau dorang dan wat muka senior giler babas tu adalah budak sem dua. Baru SEM DUA! Bebudak tu siap ada yang umur lagi tua daripada aku pulak tu. Hahaha.

Maka hiduplah kami berempat aman damai selama 1 sem lagi di situ. Sebelum cuti sem kami jumpa warden dan apply untuk mintak bilik 4-16 dan alhamdulillah untuk sem 3 dan 4 kami masih di situ dengan title yang bertukar daripada bilik haram kepada bilik halal. Hehehe. Takde sape lagi yang mampu untuk menghalo kami walau sesapepun datang dengan membuat muka beruk senior sekalipun. Tak dapat la yoppp. Bilik sedap ni. Hahaha.

kenangan masa sambut besday ajib the besday boy a.k.a the bomoh kat ATB 4-16..

Masalah timbul kembali pabila kami menempuh tahun akhir diploma. Kami mahukan keselesaan untuk study group, menyiapkan thesis dan sebagainya. Permohonan kami untuk dapat bilik yang sama ditolak. Lalu terpecah la kembali kami berempat. Masih sekitar tingkat 4 cuma bilik yang berbeza.

Kali ni taklah masalah mana. Nama yang mendiami bilik kami tu kawan-kawan kami jugak. Semua budak-budak tahun akhir jugak. Dengan sedikit perbincangan dan tolak ansur, kami tukar suka sama suka dan aku os ajib dan sham kekal di ATB 4-16 happily ever after.

Tamatlah kisah dongeng yang benar ini. Hahaha.

Satu sem di ATB 3-38 dan lima sem lagi di ATB 4-16. Sememangnya satu kenangan yang takkan dapat dilupakan seumur hidup aku. Ukhwah yang terjalin antara kami sememangnya utuh dan takkan pernah putus sehingga kiamat dan harapannya akan bertemu kembali juga kami di akhirat dan syurga kelak kerana ikhlasnya kami bersahabat kerana Allah. insyaAllah ameen.

sham tengah mengemas bebarang sebelum kami keluar melangkah kaki meninggalkan bumi terengganu yang sangat menggamit kenangan..

ini suasana beberapa hari sebelum kami pulang dengan membawa pulang semua barang ke kampung halaman yang tercinta dan mengucapkan selamat tinggal UDM dengan titisan air mata dan senyuman meninggalkan seribu satu zekrayat..

aku berjaya capture one best moment ketika matahari nak membenamkan dirinya ketika itu..

subhanAllah.. Maha Suci Allah yang menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi..

Bebudak UDM sekarang rugi la sebab tak merasa hidup kat hostel tok jembal a.k.a hostel-dengan-law-ikut-sukahati-kepala-atuk-sendiri tu. Student sekarang semua dah kena duduk hostel dalam kampus. Tapi bagusla, jadilah student yang baik dan nerd. Jangan jadi macam saya. Tapi saya dulu nerd jugak ape. Takkan le tak percaya kot. Hahahaha.

Selamat makan tengahari!

Makan dan minum dengan tangan kanan.

Jangan lupa bismillah dan doa pastu lepas makan baca jugak doa lepas makan. Jangan kasik can setan makan sekali ngan kita oke! Biorkan dorang kebulor dan kurus kering.

Wassalam. Jumpe lagi di entri yang lain.
Senyum sokmoooo~ =)

Thursday, December 17, 2009

Perutusan Khas YAB Dato Seri Iblis Setan Al-Rajim PJK, AMN, SD, LA Sempena Maal Hijrah

Posted by The Pamiesz® | Thursday, December 17, 2009 | Category: , | 14 Kata Komenan


Salam maal hijrah kepada semua umat Islam tak kira di mana sahaja anda semua berada. Moga Allah sentiasa merahmati kita. Marilah bersama kita menghayati erti hijrah yang sebenar.

Berikut ini adalah perutusan khas daripada YAB (Yang Amat Bangang) Dato Seri Iblis Setan Al-Rajim PJK (Percaya Jangan Katdia), AMN (Ahli Mastautin Neraka), SD (Sangat Durjana), LA (Laknatullahi Alaih). Perutusan ini ditujukan kepada seluruh ummat manusia yang masih Allah bagi nyawa untuk hidup di muka bumi ini hingga berjaya menjenguk tahun baru hijriah 1431H.


Wahai sekalian manusia cuai yang bongok lagi bangang sebab ikut aku:

Masa berlalu tahun silih berganti. Aku telah dapati kebanyakan manusia kini berada dalam kejahilan. Aku sangat seronok dengan keadaan ini. Yipppiii~

Masa berlalu tahun silih berganti. Tapi ngkome semua sebagai manusia tetap makin lama makin jahil. Sesama muslim berperang, bergaduh, berkhilaf sampai mencalar aqidah. Memang ini lah yang aku tunggu-tunggu sekian lama. Setan-setan anak buah aku kat dalam neraka pun macam dah boring tunggu ngkome semua datang tolong jadi kayu api nak bagi marak lagi neraka jahannam ni. Cepat-cepatlah rosakkan aqidah sendiri sampai jadi kafir. Apa barang neraka sejuk-sejuk. Lagi panas lagi cool. Lagi azab lagi puas hati. Kan?

Masa berlalu tahun silih berganti. Sejak zaman Nabi Adam dulu lagi aku dah penat nak goda ngkome manusia ni. Sampai saat ni dah bape ploh juta million manusia aku berjaya sesatkan aku pun dah tak larat nak kira. I’m bery the hepi lah. Takkan ngkome tak hepi sama kot? Bergumbira la weh. Dapat temankan aku dalam neraka. Tak cukup best ke? Penat-penat aku doa kat Allah supaya dapat kekalkan nyawa aku sampai kiamat, ngkome tanak jadi follower aku pulak. Janganla bagi aku frust.

Masa berlalu tahun silih berganti. Aku pun dah tua. Tinggal komander-komander dan jeneral-jeneral aku je yang selalu punch card datang kerja. Aku nak pantau pun dah malas dah. Actualy, tak payah pantau pun takpe dah. Sebab aku tau anak-anak buah aku ni mana pernah mengulat. Disiplin dorang tinggi tak macam korang. Korang dasat lagi daripada setan pasal kerja mana pernah nak kira berkat halal haram korang sapu je mane dan kan. Punch card pun orang lain yang buatkan. Korang sedap tido kat umah. Tengok macam kitorang, mana pernah ponteng kerja walau sesaat untuk membisik-bisikkan kejahatan dalam perut ngkome tu. Banyak kali dah aku kata suruh contohi motivasi kerja kami para syayatin. Korang yang nak jadi jahat lagi daripada kitorang. Nak buat camne. Syukur jelah ada yang nak duduk lagi lama kat neraka daripada kitorang.

Masa berlalu tahun silih berganti. Geng aku para yahud dan nasara dah makin power. Lagi la aku seronok. Ummat Islam kat Palestin dah takde sape sangat yang nak ambik peduli. Semangat pentingkan asobiah negara masing-masing tanpa mengira konsep asal ‘semua negara Islam itu satu’ adalah satu ideologi yang amat diagung-agungkan dan merupakan slogan kami para syaitan. Berpecah la lagi weh. Buat apa nak peduli negara lain punya penderitaan. Janji perut korang kenyang sudah. Dorang sume pandai-pandai la dorang nak hidup. Takde kaitan pun dengan korang kan.

Masa berlalu tahun silih berganti. Frust jugak aku sebab banyak lagi tempat-tempat yang geng-geng aku yahud nasara tak boleh masuk. Tapi kefrustan aku tu hilang macam tu je dan aku boleh pulak tetibe buat party berdisko berdansa bergumbira dan berseronok sebab walaupun geng aku tak boleh masuk banyak tempat, tapi pemikiran dorang dah berjaya masuk dengan jayanya dalam kebanyakan tempat. Eh, semua tempat kot. Banzaiiii~

Masa berlalu tahun silih berganti. Makin lama makin best la tengok keadaan sekarang hiburan kaw-kaw punya manusia agung-agungkan. Hiburan melampau ni asalnya aku yang galakkan. Aku yang cipta. Yang tolong sebar-sebarkan tu geng aku la yahud nasara. Tapi tula tak sangka pulak orang Islam banyak jugak nak ikut aku. Nisbah manusia yang pergi anugerah skrin dengan manusia yang pergi ceramah maal hijrah pun macam langit dengan bumi. 5000 : 1 ada kot. Orang yang pergi konsert twisties bingit kalau nak compare dengan majlis tahlil yang setengah orang kata bidaah masuk neraka tu, memang kompem la majlis tahlil takde orang nak pergi. Almaklumlah, manusia memang takutkan neraka. Takut jelah. Tapi tak pernah usaha nak hindarkan pun. Tu satu perangai manusia yang aku memang suka lah. Cayalah korang. Pergi konsert tau. Jangan pergi majlis tahlil.

Cukup jahat tak muka aku ni?

Masa berlalu tahun silih berganti. Tapi manusia tetap sama. Tamak dengan harta benda dan dunia. Allah pun korang letak belakang. Lebih banyak lupa daripada ingat Dia. Aku pun takut dengan Allah. Sehebat-hebat aku, takde la aku nak mengaku aku tuhan. Tapi manusia ada yang mengaku tuhan. Firaun tu rasanya nak mengaku geng pun aku tak berani kot. Pasal jahat-jahat aku pun aku tau Allah tu tuhan aku. Cuma aku boleh kata dia kongsi title jela dengan aku. Title LAKNATULLAH. Pangkat besor jugak tu.

Masa berlalu tahun silih berganti. Sekarang Firaun dah takde. Menteri dia si Hamman pun dah takde. Tapi perangai diorang sampai kiamat ada. Perangai dorang tu pun perangai aku la asalnya tu. Kalaupun manusia sekarang tak mengaku jadi tuhan, tapi berbangga-bangga dengan pangkat dan berlagak besar dengan menghina-hinakan manusia lain yang tak berpangkat, itu memang kompem perangai Firaun. Memang manusia gila pangkat. Dan sebaik-baik manusia di sisi aku adalah manusia yang gila kejar pangkat dan harta sampai lupa bahawa dia ada tuhan yang bernama Allah. Tolong la weh. Tolong la wujudkan lagi ramai Qarun yang mengumpul-ngumpul harta kemudian tak dibelanjakan ke jalan fisabilillah. Nak tolong aku ke tanak ni? Tolongla jadi geng aku duduk dalam neraka beraircondkan bahang api yang menyeksakan ni. Ada geng terubat sket kebosanan aku ni.

Masa berlalu tahun silih berganti. Ngkome sekalian manusia semakin malas untuk solat dan puasa. Yang lupa terus lupa tak ganti-ganti. Niat nak ganti pun langsung tak timbul. Daripada malas mula-mulanya, terus jadi ingkar. Nak buat apa solat. Buang masa lah. Kualiti kerja pun jadi kurang kalau pergi solat 5 minit. Tenaga pun takde nak kerja kalau tak makan tengahari bulan ramadhan. Daripada fasiq sebab malas, alang-alang baik jadi kafir sebab ingkar kewajipan solat dan puasa kan? Alang-alang masuk neraka, baik stay selama-lamanya. Alang-alang kena bakar, baik jadi kayu api. Betul tak? Sokong la woih. Tepuk la sikit aku bagi ucapan semangat-semangat ni. Takkan takut kot?

Masa berlalu tahun silih berganti. Kiamat pun dah dekat. Tanda-tanda dah banyak kelihatan. Manusia-manusia yang berpakaian tapi telanjang dah merata dunia ada. Celik je mata dah boleh nampak senang-senang. Internet tanpa sempadan tanpa batasan. Syariat akhlak campak belakang la woih. Tak relevan dah nak amalkan semua tu. Media-media akhbar mahupun elektronik jadi pasar untuk jual beli maruah perempuan. Pembaca berita iklan syempu drama dan movie semua berlumba-lumba nak tayang aurat perempuan yang bakal dibakar sama-sama dengan aku dalam neraka nanti. Tu yang buat aku tambah excited tu. Kata kunci bagi kebanyakan maksiat adalah perempuan. Tahniah wahai perempuan-perempuan di luar sana. Anda bijak memilih masa depan anda bersama-sama kami para syaitan. Goda la lagi lelaki-lelaki tu. Iman dorang bukan kuat mana pun. Tarik dorang sama-sama ramai-ramai. The more the better. Don’t worry la coz neraka ni luas. Ramai boleh sumbat dalam ni. Kalau sempit sekalipun himpit-himpit sikit pon takde masalahnya. Kat konsert kat pasar surehebohsurekecoh pun boleh je himpit-himpit siap boleh melompat-lompat. Takkan kat neraka tak sanggup dah kot. Relek la beb. Kita konsert kat neraka pulak oke. Lebih meriah dengan nyalaan api yang membakar semangat! Yeah! Yeah!

Masa berlalu tahun silih berganti. Ni dah nak masuk tahun 1431H. Korang bukan ingat pun perjuangan Rasulullah 1431 tahun yang lalu. Korang cakap je korang Islam. Korang cakap je korang beriman. Tapi korang sayang aku lagi daripada Nabi korang kan? Aku tau dah. Kalau tak masakan korang ambik tau tentang biografi artis lebih banyak daripada biografi Nabi korang. Korang kagum lagi dan lebih ambik tahu dengan sejarah manusia pertama yang naik ke bulan daripada korang kagum dan ambik tahu dengan manusia pertama yang naik ke langit masa Israk Mikraj. Tak minat pun kan dengan ilmu-ilmu ugama? Bagusla. Aku pun tak minat jugak. Tak payah ambik tahu lah. Ilmu-ilmu ugama tu semua nak bagi jamin korang masuk syurga. Tak payah la masuk syurga ek? Ek?

Teka sape nama makhluk ni kalau korang hebat sangat sejarah?

Masa berlalu tahun silih berganti. Masa tu kan aku hasut puak kafir Quraisy macam-macam. Dorang memang jahat la masa tu. Tapi kira baik la sebab dorang ikut cakap aku. Aku sangat suka. Aku hasut dorang pulaukan orang Islam. Sekat bekalan makanan. Sekat ekonomi. Seksa sampai dorang keluar daripada Islam dan kembali sembah berhala dan mensyirikkan Allah. Tapi Allah bukakkan jalan pulak untuk dorang hijrah. Frust lah aku. Memang menonggeng-nonggeng punya frust. Sebab hijrah tu menjadikan Islam lebih kuat. Menjadikan seluruh ummatnya bersatu padu. Sifat mahmudah memang sori la aku nak suka. Memang aku benci gila-gila punya benci. Korang suka sifat mahmudah? Aku benci korang!

Masa berlalu tahun silih berganti. Makin tambah tahun makin ramai mak bapak yang tak nak didik anak-anak dengan didikan agama. Macam ni la baru happy family keluarga bahagia. Tabur anak-anak dengan kemewahan dan suruh dia jadi sekular sampai dia lalai daripada ingat Allah. Tak payah hantar anak pergi sekolah agama. Sekolah agama tu jumud. Nanti dah besar anak duduk kat pondok je. Tak boleh pakai BMW tak boleh pakai MERC. Baik hantar dia pergi harvard ke oxford ke. Untung-untung duduk sana boleh berzina sekali dua dengan mat minah salleh. Tak payah mat salleh minah salleh pun takpe. Zina sama-sama kawan pun boleh. Sumbang mahram kalau boleh buat lagi terpuji. Syaratnya mak bapak ni ha awal-awal janganla bagi basic didikan agama kuat-kuat kat anak-anak. Biarla iman dia jenis iman nak tak nak je. Kalau dia fail periksa pulak tolonglah didik hati dorang supaya cepat-cepat bunuh diri dan tak ingat Allah. Senang tambah penduduk neraka geng-geng aku ni ha. Tak payah aku penat-penat nak tolong hasut. Ngkome sendiri jadi volunteer. Senang kerja aku.

Masa berlalu tahun silih berganti. Syariat hijrah dah tertutup dengan adanya pembukaan Makkah. Tapi tetap Allah kekalkan konsep hijrah daripada kejahatan kepada kebaikan. Daripada kemaksiatan kepada ketaatan. Rasulullah ajar hijrah untuk lawan aku dan hawa nafsu. Bestfriend aku ni hawa nafsu ni. Kami berdua sering dikalahkan oleh manusia durjana yang kuat berjihad. Apa kitorang suruh tak pernah dia nak ikut. Apa kitorang larang tak pernah dia tinggal buat. Asyik-asyik nak ikut Allah. Asyik nak ikut Rasulullah. Kurus la kitorang ni sebab tak dapat hasut orang-orang jenis kuat berjihad lawan hawa nafsu ni. Korang tak kesian ke tengok kitorang kurus kering je tinggal rangka tengkorak ni? Kesian laa. Kesian laa. Jom la masuk neraka. Jom laaaaa. Jom la weeeeeehhhhhhh!

Masa berlalu tahun silih berganti. Tiap-tiap kali tahun baru ngkome kata ada azam baru. Tolonglah. Tolonglah tahun ni janganlah azam untuk tinggalkan maksiat. Tolonglah jangan berazam untuk bertaubat. Aku kesunyian nanti. Korang azam la benda celaka-celaka sikit. Azam nak bunuh orang ke, nak zina 100 orang perempuan ke, nak mati kafir ke, yang penting buat la benda-benda yang boleh menyebabkan korang masuk neraka sama-sama dengan aku. Aku betul-betul berharap ni. Tak nak la neraka kosong nanti. Aku suka sangat dengan orang yang suka cakap pepatah “kalau semua orang nak masuk syurga, sape yang nak isi neraka?” orang-orang camni la yang jadi syiar dan panji aku. Super happy dengan wujudnya manusia-manusia camni.

Masa berlalu tahun silih berganti. Aku dah penat berkata-kata. Aku hairan dengan manusia yang Allah bagi martabat yang boleh jadi lebih tinggi daripada malaikat. Tapi manusia jugalah yang banyak sengaja mencampakkan diri mereka untuk jadi hina lebih hina dari sehina-hina martabat. Siapa yang ikut aku, kehinaan dan laknat Allah menanti. Yang pasti, aku takkan pernah berputus asa untuk goda manusia.

Walau berapa lama masa berlalu..

Walau berapa banyak tahun berganti..

Aku tetap penghuni tetap neraka jahannam yang marak membakar..

Aku tetap mencari-cari manusia yang boleh aku heret bersama-samaku..

Aku tetap aku..

Aku tetap iblis yang Allah laknat..

Sekian.



Yang benar tapi tetap bersalah kerana tak sujud pada Adam,
YAB Dato Seri Iblis Setan Al-Rajim PJK, AMN, SD, LA


Macam-macam rupa setan yang diimaginasikan oleh manusia. Walau macam mana pun imaginasi dan fantasi itu, manusia tetap tak mampu nak bayangkan betapa buruk dan hodohnya rupa sebenar iblis dan syaitan. Sangat-sangat buruk hodoh dan yang penting.. keji. eeeeee..

Monday, December 14, 2009

Life Is Just About Learning!

Posted by The Pamiesz® | Monday, December 14, 2009 | Category: , | 9 Kata Komenan

Salam aleik..

Sekali temuduga aku aritu dia kasik test daaaa.. 3 task: Kami nak tengok skill ngko menterjemah tanpa kamus dan secara spontan.

1 berita bahasa melayu yang perlu diterjemahkan ke dalam bahasa arab
1 berita bahasa arab yang perlu diterjemahkan ke dalam bahasa melayu
1 berita bahasa arab yang perlu diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris

Masa yang diberikan adalah 30 minit!

Guess what.. Aku dan sorang lagi akak (kak diana namanya) yang temuduga sekali aritu berjaya menyiapkan ketiga-tiga task itu.. hanya setelah lebih sejam setengah. Wakakaka. Gugur-gugur habis rambut aku memikir camne nak buat. Dengan nahu yang kompem berterabur bagaikan menabur pasir pantai ke dalam laut, berbekalkan mufradat yang kejap tenggelam kejap timbul, dan juga sedikit penipuan yang dibenarkan iaitu perbincangan dengan calon yang sorang lagi, maka akhirnya terserahlah kertas test dengan tulisan paling buruk abad ini tu kat atas meja Ustaz Razee, bos kat situ.

Actualy banyak yang aku dapat pelajari walaupun hanya waktu temuduga tu je dan belum dapat keje pun lagi. Kak Ct dan Ustaz Anuar banyak bagi guideline dan kongsi pengalaman dorang. Barulah aku tau bahawasanya ilmu aku sangat cetek lagi walaupun ini adalah dalam bidang aku sendiri. Finally I realized, life is just about learning!

Ini adalah emel daripada Kak Ct. Korang tengok dan compare jelah sendiri apa yang aku dah terjemah sebelum ni dengan terjemahan yang Kak Ct buat ni. Memang sah-sah jelas terbukti yang aku memang tak pernah baca berita kot. Hahaha.



BEIJING: Lapan kanak-kanak mati manakala 26 lagi cedera akibat dipijak dalam satu kejadian selepas mereka keluar dari kelas sebuah sekolah di tengah China.

Kira-kira 400 pelajar di Sekolah Menengah Yucai di wilayah Hunan keluar dari kelas mereka selepas belajar kelmarin apabila seorang daripada mereka terjatuh di anak tangga menyebabkan orang lain jatuh menimpa dan terpijak orang lain hingga membawa maut, lapor agensi berita Xinhua.

Pelajar di sekolah di Xiangxiang dilaporkan memenuhi tangga untuk turun tetapi enggan berganjak kerana hujan lebat di luar, lapor berita radio.

Pihak berkuasa memberitahu Xinhua bahawa mereka yang maut termasuk tujuh budak lelaki dan seorang pelajar perempuan berusia 11 hingga 14 tahun manakala lima daripada 26 yang cedera dilaporkan dalam keadaan serius


..................



بكين: لقي ثمانية أطفال مصرعهم فيما أصيب 26 آخرون بجروح في حادث اختناق بمدرسة ثانوية وسط الصين

وفي التفاصيل وفق ما نشرته وكالة الأنباء الصينية (شينخوا) أنه حوالي 400 طالب في مدرسة /يوشاي/ الثانوية بولاية /هونان/ كانوا قد خرجوا متسارعين من فصولهم بعد انتهاء مدة الدراسة بالأمس قبل أن سقط أحد منهم وبدأ التدافع ما تسبب في حالة اختناق للعديد من الطلبة مما أدى إلى وفاتهم ركلاً بالأقدام

وأفاد مصدر رسمي من السلطة بأن سبعة طلاب وطالبة واحدة تتراوح أعمارهم ما بين 11 و14 سنة لقوا حتفهم في الحادث، فيما تعد حالة خمس طلبة من أصل 26 مصاباً آخرين في حالة خطيرة




.................



Kata Kak Ct:

Perenggan yang diboldkan tidak diterjemah sebab macam tak ada kesinambungan dengan perenggan lain. Para atas menyebut Sekolah Yucai di Hunan, tetiba para bold tu menyebut sekolah XiangXiang.. jadi untuk elakkan kekeliruan, kita abaikan jer. Tu salah satu cara suntingan berita.

* Beijing standardnya dieja sebagai Bekin
* Terjemahan tak semestinya kena harfan bi harfin. Yang penting adalah maksud dan fakta tak lari

Selamat Mencuba!!


Terima kasih kak! Saya akan cuba dan terus mencuba! :)

Saturday, December 12, 2009

Wahai Ostat, Apakah Hikmahnya Kita Tak Dibenarkan Baca Bacaan Solat Dalam Bahasa Zimbabwe?

Posted by The Pamiesz® | Saturday, December 12, 2009 | Category: , | 13 Kata Komenan

Salam aleik..

Walau macamana bangang dan bengap pon korang, korang tetap kena ambil tahu tentang bahasa Arab. Wah, secara tiba-tiba ayat macam ni keluar. Dengan tak ada muqaddimahnya, [tapi dah bagi salam kan?] tiba-tiba je masuk topik. Hehe.

Kadang-kadang kita bercakap tak payah muqaddimah pun tak apa. Terus straight to the point itu akan lebih mudah memahamkan orang lain. Pada sesetengah tempat la. Pada sesetengah tempat yang lain itu akan dianggap bercakap tanpa berhikmah. Jenuh jugak la tiap-tiap kali nak bercakap kena ada perempuan yang namanya Nurul Hikmah kat tepi kita kan. Kalau dia berada jauh di Ireland sana nun macamana pulak kita nak bercakap 24 jam dengan berhikmah? Susah.. susah..

Aku ni merupakan seorang yang rasa-rasanya agak susah kot nak bercakap dengan berhikmah. Tak reti sangat nak kona-kona jauh dengan bersopan sambil drift tak menumpahkan tauhu dan air dalam cawan kat jalan Simpang Pulai nak ke Gua Musang sana nun. Tapi bagi pendapat aku yang mana pendapat ini langsung aku tak ada rujuk kat mana-mana kamus dewan bandaraya ataupun mana-mana kitab kuning, kitab biru mahupun kitab kaler pelangi, aku rasa kalam yang berhikmah tu terpulang kepada situasi kalam itu dicakapkan.

Tak semestinya kalam berhikmah itu secara mutlaknya adalah bermaksud cakap baik-baik, elok-elok, bersopan santun, guna bahasa baku dan perkataan yang langsung tak boombastik, gelak pun berbunyi kecil dan sambil menutup mulut yang berbau sebab dah 2 minggu tak gosok gigi, tak ada langsung unsur-unsur marah, cakap pun berkias-kias sampai orang tak faham langsung kiasan tu, dan sebagainya.

Kadang-kadang, cakap marah-marah, emosyenel, guna bahasa yang tak tergambar dek orang lain, kejian secara direct dan keras, menengking, meninggi suara, juga boleh jadi suatu kalam yang berhikmah. Tapi tentunya ada tempat dan stagenya kan? Orang yang tiap-tiap kali bercakap tahu nak mengarah-arah orang, nak marah-marah sambil menempeleng dan melempang sana-sini, tu bukan berhikmah. Tu namanya panas baran dan biasanya orang panas baran ni selalu menyesal dengan apa yang dia dah cakap dan buat. Korang setuju tak dengan apa yang aku cakap ni? Baik korang setuju. Sebab aku pun rasa macam tak setuju mana je dengan apa yang aku cakap ni. Hahaha.

Stage mana yang memerlukan kita untuk berkeras dan berkasar? Tentunya lepas dah lalu stage berlembut dan berhikmah. Dah cakap elok-elok, dah penat perli sambil tersenyum-senyum, dah nasihat sampai berbuih-buih Nescafe tarik, apalah salahnya sekali sekala menjerit sambil menumbuk dinding sampai berlubang kan. Yang sakit tangan dia jugak, biarkan je. Tapi bagi yang melihatnya, tentu ada efek. Walaupun tangan tak sakit tapi hati pasti ada satu perasaan lain. Perasaan terketuk.

Ada sesetengah orang yang tak makan saman dengan kelembutan, maka orang-orang sebegini perlukan sedikit ‘kekerasan’ untuk mengetuk hati dia yang juga dah jadi sesuatu yang keras. Benda keras, takkan nak ketuk dengan span nak bagi pecah. Yang keras mestilah kena ketuk dengan yang keras juga. Contohnya, ketuk la pakai kertas ke, ibu jari kaki ke, sikat plastik ke, bil streamyx ke, ikut korang la mana-mana benda yang korang rasa keras. Jangan ikut aku sangat sebab aku fail sikit fizik jadi tak tau sangat nak beza benda keras atau tak. Hahaha.

Sebenarnya kalam berhikmah ni untuk apa ye?

Pernah ke kita dengar orang kata,

“Pergi panggil roommate ngko tu makan nasik dengan berhikmah ye.”

ataupun

“Semalam aku pergi kedai buku CPY dan membeli buku dengan berhikmah.”

ataupun

“Kita perlu dengan berhikmah!” Dengan nada yang sangat bersemangat bagai di pentas politik.
“Dengan berhikmah apa encik?”
“Dengan berhikmah la. Kita memang perlu!”
“Yelah tau la. Tapi apanya yang perlu berhikmah?”
“Perlu berhikmah lah!”
“Sudahlah encik. Kami tak paham. Encik cakap la sorang-sorang kat situ”

ataupun

“Pejabat pos itu terletak di kawasan yang sangat berhikmah.”

Sebenarnya kalam berhikmah ni kita memang sangat-sangat perlu ketikamana kita nak menegur orang. Tentunya setiap teguran pastilah kerana ia merupakan satu kesalahan. Ada ke orang tegur orang buat benda betul? Zaman sekarang banyak je. Tapi sepatutnya memang tak ada la. Orang mereng je yang wat kije gitu. Contohnya macam mamat bongok kat bawah ni:

“Man, kalau aku nampak skali lagi ko makan nasik guna tangan kanan, aku pecahkan cermin kereta ferari ngko!”

ataupun

“Kalau aku nampak je hang pakai tudung keluar rumah, aku cerai hang talak sebanyak pepasir di pantai teluk batik.”

Yang lagi tak boleh tahan,

“Kalau aku nampak je hang pakai baju bila keluar rumah, aku cerai hang talak sebanyak pepasir di pantai teluk cempedak.”

Tak ada kot orang cakap ayat macam ni. Tapi tak mustahil jugak ada. Ramai je suami-suami dayus yang tak suka bini dia pakai tudung bila keluar rumah. Lurah dada pulak kena bagi nampak la baru best kot. Baru la suami-suami orang lain kat luar sana tu terliur tengok bonjolan padu tu dan boleh cepat-cepat balik rumah. Tu pun kalau cukup beriman dia balik rumah sendiri cari bini dia sendiri buat lepas geram. Kalau yang iman chipsmore tu, balik jugak rumah. Tapi rumah tumpangan la, balik dengan rakan sepejabat a.k.a bini orang lain yang mempunyai bonjolan yang lebih menarik boing-boingnya gamaknya. Na’uzubillahi min zalik. Lelaki-lelaki yang bujang pulak? Lagi kesian… dinding bilik ayor jugak la akhirnya yang menjadi mangsa untuk dicakar-cakar. Ish..ish..ish..

Aku nak cerita benda lain asalnya kan? Dah agak dah. Memang aku sokmo cakap berkona sambil berhikmah. Kahkahkah.

Cari yang ada kaitan jugaklah kan.

So, untuk hari ini aku yang banyak tido ni ingin berkongsi dengan kalian semua tentang hikmah mengapa kita tak dibolehkan untuk membaca bacaan selain bahasa Arab dalam bacaan solat kita. Ada kaitan jugaklah tu. Kalam berhikmah dan hikmah perlu membaca dengan bahasa Arab dalam solat. Tang mana kaitannya? Tu.. tang perkataan hikmah tu. Hehe.

Sebab tu di awal-awal tadi aku dah sebutkan. Walau macamana skalipun tahap kebangangan kita dalam bahasa Arab, kita kena juga ambil tahu tentang bahasa Arab sebab dengan bahasa inilah yang menjadi pertuturan kita dengan Allah dalam solat. Kalaupun tak mampu untuk ambil tahu tentang qawaid bahasa Arab dan balaghah yang terdapat dalam setiap bacaan Al-Quran tu, alal aqall (paling kurang) pun kita wajib tahu macamana cara untuk baca bacaan solat dengan betul dan bertajwid. Atas sikit daripada kurang, kita kena ambil tahu makna bacaan tersebut yang mana ianya mampu meningkatkan kekhusyukan kita sewaktu solat menghadap Ilahi.

Solat merupakan doa kita, munajat kita, pertuturan kita, pengharapan kita, penyembahan kita, penghambaan diri kita dan penyerahan untuk tunduk semata-mata kepada-Nya sebagai Pencipta.

Al-Quran pula merupakan kalam-Nya yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril alaihissalam kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan bangsa Arab Quraisy sebagai panduan hidup untuk seluruh ummat manusia.

Al-Quran merupakan kitab yang penuh dengan nasihat, panduan, galakan untuk melakukan kebaikan, ancaman bagi perbuatan kejahatan dan syirik, puji-pujian, kisah-kisah Nabi terdahulu, kisah-kisah yang akan datang yang terdiri daripada perkara-perkara sam’iyat seperti terjadinya Hari Kiamat dan macam-macam lagi lah. Complete semua sudut kehidupan duniawi dan ukhrawi!

Maka keagungan dan ta’zimnya Quran itu dapat dirasakan oleh imam dan makmum ketikamana bacaan solat dibaca dengan bahasa asal Al-Quran diturunkan iaitulah bahasa Arab.

Katalah korang peminat setia Siti Nurhaliza. Pernah tak korang jemu dengar lagu yang sama kalau dimainkan berulang-ulang kali? Cuba mainkan lagu daripada album pertama dia, jerat percintaan contohnya, berapa lama sangat korang nak dengar ulang-ulang kali? Sampai satu masa mesti korang jemu juga. Keluar je album kedua dia, korang pun layan lagu aku cinta padamu sampai 8inci tebal taik telinga. Masa tu tak layan mana dah lagu jerat percintaan sebab dah jemu.

Oklah, apa barang layan Siti Nurhaliza. Jiwang nak meninggal. Maka korang pun layanlah Colbie Caillat yang lebih seksi, dada lebih tersembul dan lagu lebih best katanya. Lalu korang pun ulang-ulangla dengar lagu lucky yang menceritakan tentang seronoknye bercinta dengan bestfriend. Dah keluar album baru, masa tu korang pun dah jatuh hati kat orang lain pulak maka tak layan dah la lucky masa tu. Terus pasang lagu fallin for you sampai muntah-monggek dengonye. Maka lucky dah tak lucky sebab dah jemu. Mesti jemu.

Tapi pernah tak korang rasa jemu bila dengar imam baca Al-Fatihah setiap kali solat? Dah 40 tahun kan korang hidup. Pernah jemu?

Tak pernah!

Tak payah imam lah. Korang bukan rajin berjemaah pun. Solat pun biasa hujung-hujung waktu je kan? Takpelah tu, korang solat jugak kan. Jadi, waktu korang solat sorang-sorang dalam waktu yang nak habis yang pahala ntah tak tentu dapat ke tak tu, korang pernah tak rasa jemu baca Fatihah hari-hari dalam solat?

Mestilah tak pernah rasa jemu..


“Boring jugak hari-hari baca Fatihah. Hari ni nak baca novel ketika cinta bertasbih pulak la dalam rakaat pertama. Boleh tak? Ayat dia sastera boleh tahan gak. Indah gak pe.”

Jawapannya tak boleh. Sebab apa? Sebab KCB bukan Quran! KCB bukan kalam Allah dan tentunya KCB takde sebarang mukjizat.

Dalam mazhab Imamuna Al-Syafie radhiyallahu anhu wa ardhah, tak boleh seseorang itu membaca bacaan solat selain bahasa Arab tak kira samada dia mampu baca bahasa Arab atau tak.

Kalau tak mampu misalnya, memang lidah tu dah tergeliat 17 menyebabkan langsung tak boleh baca bacaan Arab ataupun lebih tepatnya tak fasih la, maka bolehkah dibaca bacaan solat dalam bahasa Zimbabwe misalnya?

“Allah Maha Gedi!” ketika takbir diangkat oleh orang jawa.

“Allah Maha Ganal!” ketika takbir diangkat oleh orang banjar.

Mazhab kita tetap tak membenarkannya. Sebaliknya, bagi golongan yang lidahnya tergeliat ni, mereka hendaklah menggantikan bacaan solat dengan bertasbih SubhanAllah ataupun bertahlil La ilaaha illAllah dan tetap tak boleh menggantikan bacaan solat dengan bahasa selain Arab.

Imamuna Al-Syafie radhiyallahu anhu wa ardhah menetapkan hukum ini berdasarkan dalil daripada Surah Yusuf ayat 2:

12:2

Sesungguhnya kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.

Maka bahasa Zimbabwe itu bukanlah dipanggil Quran. Dan Quran itu merupakan satu mukjizat, termasuklah dari sudut lafaz dan maknanya, maka mukjizat Quran melalui lafaznya itu akan hilang dengan hilangnya nuzum arabi jika ia tidak dibaca. Maka disebabkan itulah tidak diharamkan membaca apa-apa ayat daripada bahasa Zimbabwe mahupun bahasa Papua New Guinea bagi mereka yang berjunub ataupun haid. Kerana bahasa selain Arab adalah bukan Quran. Dan apabila ia bukan Quran maka tidaklah ada I’jaz di dalamnya.

Adapun dalam mazhab Abu Hanifah Nu’man radhiyallahu anhu wa ardhah, bagi mereka yang mampu untuk membaca bacaan dalam bahasa Arab maka tak dibolehkan menuturkan dengan bahasa selain Arab akan tetap jika tidak mampu untuk menuturkan dalam bahasa Arab maka dibolehkan untuk membacanya dengan bahasa selain Arab.

Ijtihad beliau mengatakan bahawasanya yang wajib dibaca dalam solat adalah bacaan Quran dari sudut yang penting lafaz itu menunjukkan ianya adalah kalam Allah yang mengandungi nasihat-nasihat, galakan membuat kebaikan, ancaman kepada kejahatan, puji-pujian dan sebagainya yang telah kita sebutkan sebelum ni, bukanlah makna mutlak ianya dari sudut lafaz Arab.

Pandangan ini (bahawa dari segi antara satu lafaz dengan lafaz yang lain bahasa tiada bezanya) berdalilkan firman Allah subhanahu wa taala dari Surah Al-Syu’araa ayat 196:

26:196

Dan Sesungguhnya Al Quran itu benar-benar (tersebut) dalam kitab-kitab orang yang dahulu.

Dan juga firman Allah dari Surah Al-A’la ayat 18-19:

87:18
87:19

Sesungguhnya Ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu, (yaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa

Wallahu Taala A'la wa A'lam..
pabila kita mendapat suatu ilmu yang baru jangan lupa ucapkanlah syukur dan sentiasa bacalah

رب زدني علما
Rabbi zidni ilman
Ya Allah Ya Tuhanku tambahkanlah ilmu aku


bape kali dah aku pesan. jangan lupa baca Quran. jangan biar dia berhabuk je dalam lemari tuh.


Wednesday, December 9, 2009

Nama Saya Bernama Nama Awak Pula Bermana?

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, December 9, 2009 | Category: , | 18 Kata Komenan

Salam aleik.

Saya telah mendapat satu peluang untuk bekerja sebagai penterjemah berita bahasa arab di BERNAMA ataupun nama panjangnya Malaysian National News Agency. Terima kasih kepada kak Min yang tolong forwardkan iklan jawatan ni pada saya.

Saya telah pun contact dengan pihak yang tertera nombornya dalam iklan tersebut [namanya Cik Ct Hadijah] dan setelah menyembang-nyembang barang 3 jam, kami pun berpakat untuk keluar dating. Ah, ini semua khurafat!

Setelah menanyakan tentang beberapa info, akhirnya saya bersetuju untuk menyerahkan resume melalui cara online. Saya dikehendaki untuk menyertakan bersama contoh terjemahan satu berita untuk dinilai oleh panel Bernama bagi melihat dan menilai kebolehan saya dari sudut nahu dan sorof serta pembentukan asalib jumlah.

Dengan gembiranya aku memberitahu aku telahpun menyelesaikan dan menyiapkan terjemahan itu secara membuta tuli dan hentam kromo sebab aku dah lupa banyak nahu dan sorof serta mufradat jua. Muahahaha.

Bersama-sama ini aku lampirkan mak lampir agar korang tau mana satu lampiran yang melampir-lampir ditepi langsir.



Tolonglah. Sudah-sudahlah merapu.

Ini terjemahan berita tersebut. Wahai pakar-pakar bahasa arab diluar sana, sila komen dan betulkan kesalahan aku! Jangan risaulah. Aku dah hantar dah benda ni so aku tak dikira menipu la sebab mintak tolong korang betulkan oke.



.....................





BEIJING: Lapan kanak-kanak mati manakala 26 lagi cedera akibat dipijak dalam satu kejadian selepas mereka keluar dari kelas sebuah sekolah di tengah China.

Kira-kira 400 pelajar di Sekolah Menengah Yucai di wilayah Hunan keluar dari kelas mereka selepas belajar kelmarin apabila seorang daripada mereka terjatuh di anak tangga menyebabkan orang lain jatuh menimpa dan terpijak orang lain hingga membawa maut, lapor agensi berita Xinhua.

Pelajar di sekolah di Xiangxiang dilaporkan memenuhi tangga untuk turun tetapi enggan berganjak kerana hujan lebat di luar, lapor berita radio.

Pihak berkuasa memberitahu Xinhua bahawa mereka yang maut termasuk tujuh budak lelaki dan seorang pelajar perempuan berusia 11 hingga 14 tahun manakala lima daripada 26 yang cedera dilaporkan dalam keadaan serius.



......................





بيجينج : قد ماتت ثمانية اطفال اما ستة وعشرون الاخرى قد جرحوا


بسبب الدوس في ما حدث بعد ان يخرجوا من الفصل في المدرسة التى


تقع في وسط مدينة الصين. حول أربعمائة طلبة من المدرسة الثانوية


Yucai في منطقة Hunan قد خرجوا من فصولهم بعد الدراسة قبل


امس فإذا احد منهم سقط من سلم ويسبب الآخرين يسقطون ويدوسون


على الآخر حتى يسبب الموت، كما فالت وكالة الأنباء Xinhua. يخبر


بأن طلاب المدرسة في Xiangxiang يملاءون السلم لينزلوا وهم لا


يتحركون بسبب نزول الامطار الشديد في خارج المدرسة، هكذا كما قالت


انباء الراديو. المسؤول من الضابط يقرر Xinhua بأن عدد الميت


الذين ماتوا في الحدث هو سبعة اطفال مع طفلة واحدة وعمرهم من


احدى عشر سنة حتى اربعة عشر سنة. وأما خمسة من ستة وعشرين


مجروحين قد جرحوا جرحا شديدا.