Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 22, 2009

Inilah Kisah Sebuah Hostel Dengan Law Ikut Sukahati Kepala Atuk Sendiri

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, December 22, 2009 | Category: , |

Salam aleik..

Macam mana dengan hijrah kome semua? Azam baru ada nampak-nampak macam boleh terlaksana tahun ni? Jangan putus asa awal-awal. Cuba dan terus mencuba. Qul insyaAllah biiznillah. Kata kunci kita, usaha dan tawakal! Dah habis usaha, siapa lagi yang boleh menentukan natijahnya melainkan Dia Yang Maha Esa.

Sempat ke tak baca doa akhir tahun dan awal tahun hari tu? Ke kome baca doa naik kenderaan je. Hehe. Sedih jugak dengan keadaan segelintir masyarakat yang masih cuba nak bangkitkan soal bidaahnya doa akhir dan awal tahun ni. Kalau kita tengok masjid yang buat majlis bacaan yaasin 2 kali iaitu sebelum magrib sekali dan selepas maghrib sekali tu.. Alahai manusianya.. Jemaah yang datang ada la 3 4 kerat. Muka-muka biasa jugak yang rajin jenguk masjid. Agaknya memang ramai kot yang berpegang dengan pendapat bahawa doa akhir awal tahun tu bidaah.

Tapi kan, agaknya berkumpul ramai-ramai kat kedai kopi kedai mamak start pukul 6 petang tengok team Malaysia main bola lawan Vietnam sampai tinggal solat maghrib dan berseronok bersorak-sorak lalu mengucapkan kata-kata kesyukuran pulak di atas kemenangan pasukan Negara, rasanya tu bukan bidaah kot kan. Masuk syurga rasanya puak-puak ni. Mana ada bidaah kan tengok bola. Main bola lagi la tak bidaah. Riadah tuu. Al-aqlu al-salim fi al-jismi al-salim. Akal yang cerdas tu duduknya pada tubuh badan yang sehat. Apa pulak bidaahnya kan. Bila tak bidaah maka tak lah masuk neraka. Yang baca yaasin kat masjid tu buat benda bidaah. Neraka lah kot tempat dorang.. sedihnya kalau baca doa pun masuk neraka kan?

Korang dah besar panjang dah boleh fikir sendiri mana yang betul mana yang salah. Jangan terlalu obsess dengan ungkapan nak ikut just apa yang Nabi buat sedangkan korang tak pernah tahu dan faham pun apa sebenarnya yang Nabi buat dan apa yang Nabi suruh buat. Sedangkan korang tak pernah faham pun macam mana yang ulama’ faham tentang sunnah sebenar Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wa baaraka wa sallam.

Tak payah cerita la pasal dalil itu dalil ini ijtihad itu ijtihad ini sedangkan Quran pun baru 2x khatam sepanjang hidup. Itu pun mengaji dengan opah belakang rumah yang dah tergagap-gagap baca. Jangan cakap la tentang sahih dhaif beramal atau taknya hadith kalau hadith mutawatir, ahad, gharib, masyhur, mustafidh, marfu’, mauquf, mursal pun masih tak boleh bezakan apa perbezaannya. Jangan nak heboh la tentang fatwa-fatwa Ibnu Taimiah rahimahullah kalau hukum taklifi dengan wadh’ie pun masih tak tau ape kebende.

Ulama’ dah sediakan jalan untuk kita ikut. Taqlid jelah kalau dah tau tak mampu nak berijtihad. Ikut jalan Imam Muhammad ibn Idris Al-Syafie radhiyallahu anhu wa ardhah. Ikut jalan Imam Malik ibn Anas radhiyallahu anhu wa ardhah. Ikut jalan Imam Abu Hanifah Nu’man radhiyallahu anhu wa ardhah ataupun Imam Ahmad ibn Hanbal radhiyallahu anhu wa ardhah. Dorang dah buatkan highway untuk kita. Yang susah-susah nak pergi tebas semak samun lagi cari denai sendiri nak buat apa. Macam lah kompem sampai destinasi. Silap-silap baru kena gigit pacat sikit celah semak dah pengsan.

Bukan hal ini aku nak cerita sebenornye. Tapi dah geram. Termasuk pulak cerita bidaah-bidaah ni. Aku malas nak hurai sangat isu ni pasal satu, aku memang bukan ahlinya. Karang aku cakap lebih-lebih orang pangkah je. Alah ngko tu budak Lughah je ngko tau apa pun. Nahu sorof pun ngko lupa wazan ngan qawaid. Ada hati nak cakap banyak soal hukum. Dua, isu-isu macam ni mengakibatkan ramai muslim sesama muslim gaduh. Aku tak suka. Sampaikan ada anak dan ayah tak bertegur sebab sorang salafi sorang sufi. Apa benda semua ni? Bukanlah memelihara silaturrahim tu dan beradab tu lebih diutamakan dalam Islam? Selagi ada khilaf, raikanlah pendapat ulama’ yang dah berijtihad dan beradablah dalam bermusyawarah dan bermunazarah (debat). Khilaf tu rahmat. Yelah, mana tak nya. Kalau dah dalam kepala hotak tu asik nak tuduh pihak satu lagi masuk neraka, macam mana nak terima pendapat orang kan. Memang kompem la sendiri nak pertahankan pendapat sendiri bahawa jalan dia je masuk syurga. Korang agak-agak la, Nabi seronok tak tengok keadaan kita kalau dia tau kita sesama muslim pun jadi camni?

Dahlah. Malas nak membebel. Nak serius, pegi blog cik oreniah. Dia tengah berazam nak serius tu. Kate dia la. Sejauh mana kebenarannya tak tau la kan. Hahaha.

Ekceli pagi ni aku sangat seronok sampai boleh gelak besor sorang-sorang kat rumah ni walaupun tengah ada banyak masalah. Ntah apa mimpi aku tentibe terbukak balik gambar-gambar lama masa kat KUSZA ataupun UDM dulu. Sengal betul hidup aku rasa masa tu. Macam tak pernah ada masalah je. Ataupun dalam bahasa yang lebih lembut dan berhemah, macam orang gila. Hahaha. Banyak la gambar-gambar censored. Takkan aku nak upload kat sini. Terserlah la kemaluan aku nanti. Nak tengok gak? Tak payah. Anak-anak aku nanti pun aku tanak bagi tengok. Kalau dorang tahu bapak dorang muda-muda camni, mesti kawan-kawan dorang kat sekolah drop dorang.

“Bapak ko dulu masa muda-muda sengal giler ko tau tak?”

“Mana ko tau? Ko dah lahir masa bapak aku muda ke?”

“Bapak aku la cite. Pasal bapak aku pun sengal gak. Hahaha”

“Ooo. Bapak ko la yang ajo bapak aku jadi sengal. Ko pun dah 2x5 je sengal aku tengok”

“Aku sengal tepengaruh ngan ko la sengal. Hahaha”

Sengal tu bukan ke lenguh-lenguh sendi? Aaahh pape jelah labuuuuu.

KISAH ASRAMA TOK JEMBAL

Hari pertama kitorang mendaftar. Kitorang sekelas dari sekolah menengah ada 5 orang. Aku, os, sham, ajib, dan nyoi. Nyoi dah buat hal sendiri bila dah dapat kawan baru. Tapi kitorang berempat masih lagi bersama sekepala.

Mulanya masing-masing dapat bilik masing-masing. Aku pun dapat roommate yang okey. Antaranya hakim dan rasul. Os pun ok. Ajib pun ok. Yang masalah cuma sham. Dia dihalau oleh senior bilik yang dia duduk.

“Nah. Ko ambik kunci bilik aku ni. Aku nak duduk sini. Ko duk bilik aku.”

Bila sham pergi kat bilik tu, bilik tu pun dah ada orang. Maka merempat la sham ke bilik lain bagaikan pelarian antarabangsa. Aduan dibuat kepada pihak MPP (masa tu DTP) namun takde respon. &#@@$^%&*^#@ makian demi makian untuk pimpinan diketika itu. Hahaha. Senior halau junior dah jadi adat asrama Tok Jembal sekian lama. Mana la kami tau. Dah kami baru sampai mana la kami tau nak buat camne.

Malam tu kitorang berjumpa kat kantin. Sham meluahkan masalah dia yang takde bilik. Os mula menambah yang dia pun tak berapa senang dengan roommate dia. Sebab apa aku dah tak ingat la. Pegi la tanya dia sniri. Sebab roommate dia tak bagi pakai spek itam subuh-subuh kot. Hahaha. Aku sendiri pun payah gak nak sesuaikan diri dengan kawan baru. Asobiah la katekan. Wakakaka. Maka, kami pun mencari solution untuk selesaikan masalah sham.

Tanya punya tanya..

Serbey punya serbey..

Kami dapati ada satu bilik yang gelap dan kosong nun ceruk di tingkat 3. Berkunci. Dan tak boleh dibukak dengan kad topap.

Dipendekkan cerita, dengan tindakan nekad kami memecah masuk bilik tu dan mendiami bilik ATB 3-38 secara haram. Panjat tingkap beb. Masuk ikut tingkap dan bukak pintu dari dalam. Besoknya pergi Bandar KT lalu kami membeli engsel dan solex.

Os pun keluar dari bilik dia di blok ATR. Ajib pun sama. Aku pun yang masa tu duduk di ATR 1-08 kalau tak salah, mengangkut gak bebarang dan pindah keluar. Nanes-nanes ahli ghurfah aku masa tu sebab kehilangan sorang roommate yang amat baik dan hensem. Wakakaka.

Maka hiduplah kami berempat di bilik haram tu dengan damainya selama 1 sem dengan berbekalkan kunci engsel dan mangga…

HARI PENDAFTARAN SEMESTER 2

Dah stat kabut dah ni. Kami tau pelajar semester 1 bakal mendaftar dan bakal ditempatkan di bilik haram kami. Jadi kami pun mengamalkan sunnah Nabi dengan melakukan majlis syura bermusyawarah dan mengambil tindakan untuk mencari bilik yang lebih selesa dan selamat.

Dengan adanya kabel kuat iaitu abang aku sendiri yang duduk kat tingkat 4, tingkat paling atas, maka sampailah info pada aku bahawa sebelah bilik pidos ATB 4-16 bakal dikosongkan beberapa ketika lagi. Bebudak yang duk situ budak sem 6. Dah habis belajar dan bakal berambos. Maka sebaik saja tuan bilik tu mengangkat barang keluar, kami dengan sepantas buraq mengangkat barang kami ke tingkat atas dan tentibe je buat cam bilik sendiri. Ajaib kan. Hahahah.

Beberapa jam selepas tu, kami didatangi oleh senior semester 5 yang juga mahukan bilik tu. Nasib baik dia sorang. Kami berempat. Lalu dia tak mampu nak halau kami. Atau dalam erti kata lain. Hang la berambos kitorang nak duk sini. Dah angkat barang dah pun. Wakakaka.

Untuk pengetahuan anda semua, bilik-bilik di tingkat 4 merupakan ‘heaven area’ yang direbut-rebut oleh ramai orang. Sapa dapat duduk tingkat 4 memang beruntung la. Banyak kelebihan yang takde disebutkan langsung dalam kitab Fadhoilul A’mal. Toksah duk cari la kelebihan-kelebihan ni dalam kitab tu.

pemandangan asrama Tok Jembal dari tingkat 4 blok ATB..

Antara yang utamanya adalah jamban yang takde traffic jem. Sebab tingkat 4 ada 16 bilik je. Tingkat 1-3 ada 38 hingga 40 bilik. Berebut jamban untuk berak di pagi hari adalah perkara biasa kami ketika duduk di tingkat 3. Tapi tak pernah la lagi cirit kami tercicir di pertengahan jalan ketika berlari ke jamban. Hahaha. Kini masalah ini tak lagi menjadi igauan mimpi ngeri kami pabila kami berjaya menguasai dan mengongker tingkat 4. Boleh berak sejam dua dengan senang hati siap tertido-tido dalam tu lagi. Hahaha.

Antara yang lebihnya lagi, tingkat 4 penyidai tak share ramai-ramai. Privacy. Angin laut kuat menyapa dari tingkap bilik dan yang penting, boleh baling mercun kat bawah tanpa diketahui oleh pak gad akan siapa yang melakukannya. Hahahaha.

penyidai atas tanah yang biasanya penuh dan selalu mengakibatkan baju seluar hilang terutama seluar kecik. ada jugak orang nak curi natang tu. buat lapik angkat periuk kot. hahaha.

Ah, satu lagi kelebihan yang patut ada pada setiap U. Pintu yang mempunyai ringtone. Tapi tak la bunyi krreeeeooookk~ camtu. Bunyi dia cam subwoofer 5836 watt sket sebab ia adalah pintu kayu yang berat maka ianya pabila ditiup angin sepoi bahasa german, lalu tertutup sendiri dan berbunyi DEBOOOMM. Ini la baru namanya U. Padahal masa tu kolej lagi. Hahaha.

Maka tibalah hari yang dinantikan.. hari pendaftaran semester 1. Senarai nama pelajar yang menduduki bilik dah ditampal. Maka kami pun bersedia dengan kunci mangga yang dah diduplicate.

Masuk sorang budak kat ATB 4-16

“Nah. Ko ambik kunci bilik aku ni. Aku nak duduk sini. Ko duk bilik aku kat bawah.”

Hahahaha. Macam kenal jer ayat tuh. Sangat familiar.

Sorang demi sorang sampai la cukup berempat kami manfaatkan ayat yang pernah terkena pada sham dulu. Wakakaka.

Dorang pun akur atas title junior dan mendiami lah bilik haram tu dengan engsel dan mangga dan kami pulak bersenang lenang setelah memintak kunci bilik daripada dorang. Dah la bilik kitorang ni memang tak boleh nak bukak guna kad. Lagi la privacy nye. Ngehngehngeh.

Alkisah nak dijadikan cerita bertambah-tambah bengang bebudak sem 1 tu setelah mengetahui bahawa budak berempat yang halau dorang dan wat muka senior giler babas tu adalah budak sem dua. Baru SEM DUA! Bebudak tu siap ada yang umur lagi tua daripada aku pulak tu. Hahaha.

Maka hiduplah kami berempat aman damai selama 1 sem lagi di situ. Sebelum cuti sem kami jumpa warden dan apply untuk mintak bilik 4-16 dan alhamdulillah untuk sem 3 dan 4 kami masih di situ dengan title yang bertukar daripada bilik haram kepada bilik halal. Hehehe. Takde sape lagi yang mampu untuk menghalo kami walau sesapepun datang dengan membuat muka beruk senior sekalipun. Tak dapat la yoppp. Bilik sedap ni. Hahaha.

kenangan masa sambut besday ajib the besday boy a.k.a the bomoh kat ATB 4-16..

Masalah timbul kembali pabila kami menempuh tahun akhir diploma. Kami mahukan keselesaan untuk study group, menyiapkan thesis dan sebagainya. Permohonan kami untuk dapat bilik yang sama ditolak. Lalu terpecah la kembali kami berempat. Masih sekitar tingkat 4 cuma bilik yang berbeza.

Kali ni taklah masalah mana. Nama yang mendiami bilik kami tu kawan-kawan kami jugak. Semua budak-budak tahun akhir jugak. Dengan sedikit perbincangan dan tolak ansur, kami tukar suka sama suka dan aku os ajib dan sham kekal di ATB 4-16 happily ever after.

Tamatlah kisah dongeng yang benar ini. Hahaha.

Satu sem di ATB 3-38 dan lima sem lagi di ATB 4-16. Sememangnya satu kenangan yang takkan dapat dilupakan seumur hidup aku. Ukhwah yang terjalin antara kami sememangnya utuh dan takkan pernah putus sehingga kiamat dan harapannya akan bertemu kembali juga kami di akhirat dan syurga kelak kerana ikhlasnya kami bersahabat kerana Allah. insyaAllah ameen.

sham tengah mengemas bebarang sebelum kami keluar melangkah kaki meninggalkan bumi terengganu yang sangat menggamit kenangan..

ini suasana beberapa hari sebelum kami pulang dengan membawa pulang semua barang ke kampung halaman yang tercinta dan mengucapkan selamat tinggal UDM dengan titisan air mata dan senyuman meninggalkan seribu satu zekrayat..

aku berjaya capture one best moment ketika matahari nak membenamkan dirinya ketika itu..

subhanAllah.. Maha Suci Allah yang menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi..

Bebudak UDM sekarang rugi la sebab tak merasa hidup kat hostel tok jembal a.k.a hostel-dengan-law-ikut-sukahati-kepala-atuk-sendiri tu. Student sekarang semua dah kena duduk hostel dalam kampus. Tapi bagusla, jadilah student yang baik dan nerd. Jangan jadi macam saya. Tapi saya dulu nerd jugak ape. Takkan le tak percaya kot. Hahahaha.

Selamat makan tengahari!

Makan dan minum dengan tangan kanan.

Jangan lupa bismillah dan doa pastu lepas makan baca jugak doa lepas makan. Jangan kasik can setan makan sekali ngan kita oke! Biorkan dorang kebulor dan kurus kering.

Wassalam. Jumpe lagi di entri yang lain.
Senyum sokmoooo~ =)

Currently have 18 Kata Komenan:

  1. hhahahaaa.. baguih2.. udm pom baguih sebab pintu pon ade ringtone. sebab tiru pintu ump kot.

    korang memang sengal ayam. memang xde bakat jadi pengawas u langsung. huh.

    p.s-saye bace doa makan. kenape saye lak yang gomuk? ooooo.. lopa lak, saye bukan setan.. oooooo

  2. ngaku pun gomok.. boncet.. bouncer.. ahahahaha

  3. boncet tu hape? ade ke dalam kamus? dah cari xde pom.. mane ni weh.. saye p toilet pon xde gak pekataan boncet. so, xde maksud la tuh kan kan.

    awak buncit. boroi. ngahahaaaa

  4. ko tggu komen aku tak?
    tunggu x?tggu x?tggu x?

    meh ni aku nak komen



    k.o.m.e.n



    komen.

    setel! da komen

    ---------

    aku jupe ayat ni dua kali dalam artikel ko..

    ''Nah. Ko ambik kunci bilik aku ni. Aku nak duduk sini. Ko duk bilik aku kat bawah.”

    meh aku nak ulang lagi dua kali


    ''Nah. Ko ambik kunci bilik aku ni. Aku nak duduk sini. Ko duk bilik aku kat bawah.”


    ''Nah. Ko ambik kunci bilik aku ni. Aku nak duduk sini. Ko duk bilik aku kat bawah.”

    ok..da pat kali.cukop syarat..


    ko balas dendam ye yop?

    ko keji.haha

    assobiah betol..kawan la ngan org lain2 lak..taaruf bnyk2..baru besh..ke x?mesti korg nih kamceng gile kan? best gokle ade geng nak bermaen-maen iye dok?...hik44444

  5. hahaha.. tetibe teringat kembali masa dok hostel dulu.. memang best dok hostel.. macam2 karenah dan cite yg dapat..

    baru tau ini ghupernya ostat pamie di zaman tok kaduknya dulu.. huhuhu..

    tingkat yg paling atas memang best.. tapi selalu kna maki hamun ngan kita org yg dok aras bawah ni.. tak reti nak tutup pintu baik2 ke.. main lepas kuat cam nak terbarai aje pintu bilik tu.. pastu suka dok buang air dari cawan or baldi ikut suka ati.. memang tak ada adab betol.. kuang asam, rasa nak baling asam sekontena aje kat dia org tu.. yang tak bleh lupa, dia org ni suka dok terjerit2 cam tarzan.. ntah2 ostat pamie pun cam tarzan kot time tu.. hahaha.. =P

    nice pic yang last tu.. suka tgk pic langit.. subhanallah.. (^__^)

  6. Salam..

    Rindu gile ngan Asrama Tok Jembal..
    Ntah apela kabonya asrama tu skarang ek??
    Kedai abang mie hidup lagi ke xtau lah..
    huhu Kenangan dalam hidup..

  7. faarihin:

    hahahahahahahaha.. alamak terover plak gelak.. tak tahannn..

    awak nih subuh2 dah cakap mende lawak2.. subuh2 kale saya dah histeria baca komen awak nih.. sape suh baca komen subuh2 ye dak? hahaha.

    antara perkara lain yang kami lebih kat tingkat 4 dan sememangnye saya pun tak terlepas dari melakukan perkara2 keji tersebut:

    1. boleh main lepas pintu kuat cam nak terbarai aje pintu bilik tu.

    2. boleh buang air dari cawan or baldi ikut suka ati. termasuk air panas bekas celur megi untuk wat indomie sampai orang bawah jerit "wooooooiiii panasss la bodoooo!" hahahaha. ataupun satu lagi "wwwooooooiiiii bongok tak nampak ke aku sidai kain kat bawah niiii!" hahahaha. dajey..dajey..

    3. suka dok terjerit2 cam tarzan. antara jenis jeritan yang sering berkumandang adalah seperti berikut:

    a) woiiii masuk bilik aku kate! pi pakai tudung la bodo! [menjerit kearah hostel pompan kat seberang yang mana tedapat segelintir makhluk yg sidai kain kat beranda tak pakai tudung.]

    b) blaaahh laa pak gaddd [sebenornye ada ayat lain tapi rasanya tak sesuai sebut kat sini..hahaha]

    c) nasi lemaaaakk teh o bennggg! [jerit2 pintu ke pintu sebab meniaga. hahaha]

    d) aaaaauuuuuuuuuu~ jeritan serigala jadian. hahaha.

    adehh.. tak laraaaattt...

    p/s= untuk paah the oreniah, best tak aku wat cam tak nampak je komen ko. ko ade komen pape ke? wakakakakaka.

  8. paan:

    asrama tu skang ni sakit2 katenye. derita merindu sejak ketiadaan kita kat situ. hahahaha. kita lebih menyayangi asrama tu daripada bebudak kustem kan kan? asrama tu pun lebih menyayangi kita dari budak umt kan kan? ahahaha.

  9. ahahaa.. gambaq baju sidai2 tuh, ade kaen pelekat manyak gile kat belah kanan tuh. nampak sangat die longgok2 dulu sebulan, pehtu one day "weh! kaen peleket dah abih!" die pon membasuh kaen pelekat dalam otoclave. dan menyidai kaen peleket ebrjemaah.. dan orang itu ialah ustaz pamie.. saje je die sidai bawoh, tanak kantoi die nye pelekat stok sebulan kompui2 xbebasuh. huh. saye nampak ri tu, tau rr

  10. salam.hee.. sweet memory in hostel ek.. hehe. teringat gak masa duk hostel sek, men. dulu..
    ada yg conteng kat pokok, "i was here" ..ceh..mcm nostalgia la tu.

    cantik gak ek hostel awak waktu senja tu, huhu..

    haa.. xtahu nk komen apa..
    :-D k,. all the best..

    syafarah- huhu.. org laki mmg gtu ke? simpan baju banyak2, pastu baru basuh? hehehee....

  11. hahaha.....

    Gelak sebab, ada kabel kuat pn, kena bermaustatin kat bilik tuh secara haram. Bakper tak guna kabel tuh awal? .... ^^

  12. npe bdk laki ske duk scra haram..bdk pmpuan kalu x kamcing ngn rumet pon x kn duk scara haram huhu

    hostel tok jembal dlm knangan..x de sape duk ctu da..jin kot da mndiami ctu he

  13. syaf:

    tak baik tau fitnah tuduh2 saya camtu. saya tak penah kumpui sebulan kain2 tu. biasanya kumpui sampai 1 sem baru basuh. wakakakaka.

  14. syaira:

    duk hostel memang beshh. terutama lagi hostel yang ade undang2 tapi macam takde. hehehe.

    takyah tanye kat syaf. die bukan tau ape pasal laki. pasal kucen tau la die. kucen laki. hahaha.

  15. cikgu eya:

    hahaha. takleh2. kabel tu jadi kuat bila orang seblah kuo. jadinye kabel berfungsi hanya bila tiba masanya. so takleh lompat awal2. kene ikut flow. hehehee

  16. haziqah:

    hahahaha. tu la bestnye ukhwah. nak buatpe idup sama2 gak kalau dah tau asik duk masam2 muka. tengok kitorang walaupun duk haram, setiap hari selama 6 sem kitorang gembira sepanjang hari. kenangan manis je sume yang kitorang bentuk. itula baru nama ukhwah yang sejati. ngehngehngeh.

    ni tak, nanti duk teringat penah duk ngan orang tu tak bes orang ni tak bes. ape yg besnye kenangan camtu. kan bes ingat kenangan yang best2 je sume. kan kan? sokong tak? baik sokong. kalo tak sokong kang saya sumbat stokin kang. hahahaha.

  17. nice post. thanks.

  18. Sangat sengal.. Tak sangke akan bace dari mule sampai last... heheh...


Leave a Reply

There was an error in this gadget