Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 30, 2009

Husnuzzhan. Sebab Pendek Sangat Tajuk Posting Kali Ni Tu Aku Panjangkan Sikit Ni.

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, December 30, 2009 | Category: , , |

Jam menunjukkan tepat jam 7 petang. Ataupun lebih tepat kita katakan menghampiri malam. Ataupun sangat tepat kalau kita katakan itu waktu maghrib.

Si Pamie masih dengan helmet magnum dan visor bogo yang dipakainya berkedudukan di atas seat sebuah motosikal Yamaha 135LC maroon yang masih berlegar-legar di sekitar bandar Teluk Intan mencari-cari lokasi kedai advertisement untuk membeli sedikit sticker tinted untuk menampal lampu kamben beliau yang sudah retak dan nampak gayanya sudah mula menakung air seperti botol mineral. Kalau ada anak-anak ikan yang nak disumbangkan boleh juga dibuat akuarium mini dalam kawasan lampu tu.

20 minit lagi azan maghrib akan berkumandang. Pamie berkata dalam hati kecilnya yang taklah kecil sangat kot.

"Aku perlu segera pulang ke rumahku syurgaku sebelum aku dicop dan dilabelkan lebih teruk lebih bangang dan bongok serta tolol dan bahlul dari kamben dan lembu yang tahu juga pulang ke kandang dan reban masing-masing pabila masuk sahaja waktu maghrib."

Maka misi mencari kedai advertisement pun ditangguhkan ke besok hari dan si Pamie segera memulas throttle motosikal yang ditunggangnya demi menyampaikan diri ke rumah dan bersiap untuk ke masjid demi menunaikan solat maghrib.

Al-kisah tersebutlah kisah. Beliau yang ketika itu menunggang berhampiran area Pasir Bedamar yang makruf sebagai area banyak kedai advertisement melalui deretan kedai-kedai yang banyak dan kelihatan ramai manusia dan kenderaan-kenderaan mereka di tepi-tepi jalan. Maka si Pamie melihat dan memanjangkan tengkuk beliau seraya berkata lagi dalam hati kecilnya yang besar.

"Apekehe ramai-ramai tu? Rasanya kedai nombor ekor tu. Harini ada special draw ke? Gamaknye la tu."

Lalu dipanjangkan lagi tengkuk beliau dan dijegilkan lagi bijik mata beliau yang agak sepet itu.

"Wow, ramainya melayu! Tak boleh suuzzhan ni (buruk sangka). Rasanya ada kenduri tahlil kot kat situ. Tokey kedai baru mampus tercekik loteri kot. Bagusnya. Mesti tokey kedai ni seorang yang beriman. Ramainye datang kenduri tahlil dia.."

Perjalanan pulang diteruskan lagi seraya melalui sebuah panggung wayang yang terletak nun di hujung pekan.

Kelihatan sepasang couple yang aweknya boleh tahan cun dan thiqah sedang berjalan berdua-duaan dari kereta kelisa yang mereka tunggangi menaiki tangga dengan romantisnya menuju pintu masuk ke panggung. Kelihatan juga di tangga sebelah lagi beberapa ketul anak-anak muda remaja belia yang turut melangkah step yang sama.

"Kat sini pun ada kenduri tahlil rupanya... (husnuzzhan - berbaik sangka). Eh, bukan ke tahlil ni bidaah? Ish ish ish.. sengaja nak menempah neraka agaknya mereka ni. Buat tahlil dalam panggung senja-senja.."

Erkk.. boleh ke aku nak husnuzzhan lagi kalau dah terang-terang pukul 7 baru nak masuk panggung? Agak-agaknya pukul berapa dorang solat maghrib ye?

Tak kire. Aku nak husnuzzhan jugak. Dorang solat maghrib ikut waktu zimbabwe! Yess! Aku berjaya husnuzzhan! Tahniah untuk diri aku sendiri kerana berjaya tak memburuk sangka pada orang! So, ape lagi korang, mana hadiah untuk aku?


GALERI REHLAH
LATA KINJANG TO CAMERON HIGHLANDS
_________________________________


Ustaz Anas sempat juga menghabiskan novel tautan hati sementara aku drive dan merepek-repek bercakap dan bersembang dengan stereng kamben.

Sang kancil WKN turut mengiringi sang kamben BEX. Location: pekan koboi Chenderiang.

Gerbang masuk Hutan Lipur Lata Kinjang

Keselamatan diri tanggungjawap sendiri. Kerajaan tak tanggung kalau tiba-tiba ada tsunami kat air terjun ni. Kerajaan tak tanggung jugak kalau tiba-tiba tahi berketul-ketul jatuh dari atas sebab ada majlis berak berjemaah kat belah atas. Kerajaan jugak tak tanggung kalau Kisame dari Akatsuki tiba-tiba keluar dengan water-style jutsu nya dari celah ayor terojun membawa pedang lagenda samehada dan tiba-tiba menyembelih semua pengunjung yang datang. Seriusly kerajaan takkan tanggung semua tu.

Ah, sangat bosan tengok muka-muka ini. Please lah. Takde muka lain ke?

SubhanAllah. Cuba teka sebenarnya dari mana air banyak-banyak ni datang mencurah-curah ke ladang gandum? Tak pernah henti-henti. Tak pernah habis-habis. Kuasa SIAPA yang menciptakan semua ni?

Takkan nak datang tengok je. Seraaaaaaannngggg laaaaa~ Masa untuk berbasah-basah. Masa ni la nak tangkap basah pun. Anas sedang melakukan body massage naturally done by just a pressure from waterfall. Lepas tu aku pulak la. Sampai terpeleot-peleot aku punya bulu kening kena pukul dengan ayor tu.

Maleh nak kabo yang ayor terjun ni sejuk. Kalau kabo kang mula la korang semua jeles dan kata kitorang tipu la bohong la bakhil la tamak kedekut hodoh keji segala bagai makian. Huh.

Batu kat dasar tu licin. Berapa kali aku cuba naik tapi tak boleh-boleh sampai la Anas sambut tangan aku. Jangan kata sebab perut aku berat ok. Langsung takde kaitan.

Gane gane pung, Amin sebagai pengasas mazhab muniandi tetap beramal dengan ajaran sesatnya walau di mana jua dia berada. Bertapa di air terjun merupakan salah satu zikir wajib yang perlu diamalkan dalam mazhab muniandi. Barang siapa yang tak melakukannya akan mendapat laknat daripada pengasas mazhab yang katanya 9 tahun membuat kajian sebelum menubuhkan mazhab. - berita dari reuters dan bloomberg... kot.

seorang suami mithali yang risau akan isterinya yang berada dikejauhan tak berapa gembira menjadi bujang dan over-enjoy kerana difikirannya sentiasa menginginkan sang isteri untuk berada di sisi bergumbira bersamanya.

Namun begitu, disebabkan title 'bujang sementara bini balik kampung' tetap menzahirkan beliau sebagai seorang bujang di ketika itu. Orang bujang kan biasanya memang sering mengorek idong dengan tangan kiri sambil tangan kanan taip SMS. So apa lagi yang ditunggu? SMS on CINTA ke 76333.

Orang bujang juga sering makan makanan ringan. Fakta atau auta?

Pocong ada di mana-mana tak mengira siang atau malam. Zaman moden ni orang dah tak takut dengan pocong. Pocong dah ramah dan mula menegur-negur jiran dan masyarakat sekeliling sambil bertukar-tukar juadah kuih dan muih. Pocong pun dah tak outdated sebab dah mula tukar fesyen kapan kaler hijau yang striking. Almaklumlah, pocong pun nak mengorat dan cuba taqdim akhawat jugak kan. Kena la ada style gak.

Waaaah, hemsem gak pocong ni! Sape nak taqdim cepatt!

Nenek kebaya. Takkan nenek ada misai ngan janggut. Atuk kebaya la. Tapi dia tak pakai kebaya. Haaaa, atuk pelikat! Ayu la wajah atuk! Bagaikan bulan terbelah blaaaaaahhhh!

Dah puas mandi? Menuruni 28,345 anak tangga. Fuh, kalau tak lenguh kaki memang saja la.

Aku berharap korang berdua sahabat sejati. Bukan kaum lut.

Aksi lompat kat mana-mana pun tak boleh tinggal. Hehehe.

Sape ntah bagi idea nak pegi cameron padahal tau dah nak lewat petang. Ape dapat pegi cameron malam-malam bute?

"Wuuuuu sejuk giler angin kat cameron ni ek?" kata sorang penumpang BEX.
"Memang la sejuk ngong. Kita dalam keta ni ekon tak tutup tingkap tak bukak. Nak kena campak kat gaung?" balas sorang lagi.
"Hahahahaha." sorang lagi tak banyak cakap tapi banyak gelak.

Cuba teka apa history tempat ni? Takde ape pun. Just dulu ada orang main tolak-tolak tanah kat sini. Tiba-tiba tanah tu rata. Terkejut seluruh penduduk kampung masa tu.
"Gileeeerr! Tanah rataaaaa??!!! Unbelibebel!"

Anas, ko buat apa dengan hurup T tu.. Min, ko main bola tampar dengan sape tu?

Street Fighter Zero II

Yeeaaaayy~ Saya dapat temuduga GSTT!

Lama kan aku tak update? Sori la kalau korang tertunggu-tunggu. Quite busy lately. Alhamdulillah separuh masalah aku dah selesai. Ada la lagi sikit-sikit saki baki daki yang aku kena sental. Doa-doakanlah settle cepat. Minggu depan aku dah kena lapor diri kat Sekolah Menengah Agama Raja Dr Nazrin Shah kat Kampung Gajah. Haritu penat mengajar anak-anak orang kat Sungai Sumun. Ni nak kena try testing mengajar anak-anak gajah la pulak. Maybe akan ada sedikit cabaran mendatang di situ. Aku ditaklifkan untuk mengajar 3 subjek. Fiqh, Nahu Sorof dan Tarikh Adab.

Tarikh Adab? Wow, macam mana aku nak mengajar subjek yang satu ketika dulu aku pernah koyak buku tension sangat sebab tak dapat-dapat tu? Hahaha.

I'm sorry. I'm really bad at history subject. Nasiblah ye bakal pelajar STAM sekolah SARJANA. Anda bakal mendapat seorang ustaz yang amat..... hensem! Wakakakaka!

Selamat Tahun Baru Masihi yang sehari dua je lagi nak menjenguk kita.

Selamat kembali ke kampus dan kuliah untuk semester baru pada pelajar-pelajar U yang pintunya ada ringtone.

Selamat kembali ke sekolah pada bebudak sekolah 4 haribulan ni nanti. Belajar lah rajin-rajin dan jangan sesekali hampakan harapan mak bapak dan guru-guru.

Paling penting, untuk bakal anak-anak murid aku, kalau korang tido dalam kelas, jagalah korang! Aku akan....... tido sekali bersama-sama korang! Hahahahaha.

Senyum sokmo!

(^_^)

Currently have 18 Kata Komenan:

  1. salam, wah, best nye pi jenjalan kat air terjun. :-)

  2. wah.. selamat kembali ke sekolah ye pak ostat.. Didiklah anak murid dengan penuh husnuzzhan... hehehe.. (^__^)

  3. Erk husnuzzhan?erm...
    lama dah tak gi lata kinjang tu...
    dulu gi masa praktikal kat selekoh...

  4. Assalamualaikum,
    selamat kembali ke sekolah pak ostat ;)

  5. salam..

    1. lame xdengo kabo. ape kabo? (hahhaaa.. lamenyeeeee)

    2. new year semalam, ramai gile nak pi kuantan. kite aplikasikan pelajaran ustaz isitulah husnuzhon. mereke ke kuantan beramai2 untuk solat sunat gerhana berjemaah. telekung seme dah set dalam beg.. karer2 rambut? mazhab muniandi mengatekan 'sah' wuduk dan mandi wajibnye..

    3. ape kabo opah? nampak xopah kat pekan koboi chenderiang tuh? ramai x naek kude? ramai x awek2 cun dalam kesusahan lalu diselamatkan koboi2 yang ensem? of kos bukan awak la kan, definitely!

    4. kisian la weh kat pidos! awak letak gambor die melombong! kak zah kalo tau, naya awak. huh. ade ringtone x operasi melombong itu?

    5. pidos sangat romentik. hehehehee..

    6. oo, bujang2 korek idong kanan, meset kiri.. hempon awak ade cebisan2 x? kalo kurang garam, leh je korek2 cebisan telekat tuh dan ditaburkan ke dalam lauk pauk mauk itu..

    7. housing hempon pon xyah letak kristal2 liplap tuh sebab dah ade cebisan2 sebagai hiasan

    8. gambor yang peace bawah air terjun tuh: keBOROIan terserlah! puhh.. berape diameter tah. mesti tetimbul kat perut je kan kalo awak berenang.

    9. memang perut tu berat. salahkan batu yang licin lak. sian lumut2 itu.. oh lumut..

    10. woih! pocong2 tuh jangan sebut r.. huhuhuhuu.. sensitip.. tebayang beb.. ensem ke pocong ek?

    11. xleh blah gambo yang 4ketul manusia yang terlekap kat urup2 tanah rate tuh. cam nak sepok2 je amin, awak pidos. yang anas tu kompemnye baek, innocent, xbesalah, wara', alim, dan seme2 yang positip sebab die bace tautan ati.. ngahahaa.. tapi korg betige r..aduiiiiii..amin tu niatnye nak wat aksi ape senornye? pidos lak, kalo la die tendang awak betui2...puhhhh.. indah duniaku.. hahahaa

    dah r.. maleh nak komen panjang2.. pendek2 camni sudaaaa.. bukannye awak nak reply pom. lagi 4tahun baru baleh kan? kan? pi la maen jauh2.. huhuu.. xyah update dahhhhh.. pi laaaaaaa

  6. hahaha!!... kelakolah korang ni... aksi2 yg berjay menggelikan hati, perut & limpaku...

  7. salam singgah,
    aduhai, kenangan!!!
    'tautan hati' pmberian SESEORANG yg mnubah hidup ini,
    haha, tahniah!

  8. ajar kt sarjana ke la ni?
    adik sy ex skolah tu dlu..

    haa nt jmpe ustazah hafsah,
    kem slm la ye..

    ckp alia medic tanta kem slm...

    alaa xkn x kenai,
    ustazah ex hewi pmram tuuuh~

    mekaceyh!

  9. yeaaahh baru ni nak balas komen. best tak? hahaha

    syaira:
    memang bes la pi air terojun. rasa nak pi lagi tapi minggu ni demam plak. huhu.

    faarihin:
    time kasih wahai bekas cekgu. hehehe. mendidik mesti dah kene husnuzzhan. lagipun saya ni memang baik. so takde halla. hahaha.

    um. masyitah:
    ohooo gi ngan anak2 murid ye? bawak gi rehlah ramai2? syok2. hehehe.

    fakhruddin:
    waalaikumussalam. time kasih pak din. hehehe.

  10. syaf:

    huih. awak pnye saya kene balas berasingan. tak beragak panjang komennye. macam nak hanto karangan upsr. ahahaha.

    1. kabo baik. saya tetap ensem cam biasa. bahkan semakin hari semakin ensem. ahahaha.

    2. stended nu yer la. tetiap kali nu yer memang gerhana. kan?

    3. opah awak sehat. opah awak cun kan? masa opah awak bejalan die nak tejatuh longkang saya la selamatkan. hero tak saya? tak memilih plak tu. tak kire awek mahupun opah. asalkan cun saya selamatkan. hahaha.

    4. dah dia tak tangkap gambo saya melombong. kalo ade mesti la saya buh gambo saya. hahaha. ringtone takde sebab lombong tu bukan tapak unibersiti.

    5. pidos romentik? tengok adik la beb.. wahahahaha.

    6. hempon saya selamat dari cebisan2 sebab ada serbis setiap 6 minit setengah.

    7. housing hempon saya dah memang berkilat walaupun takde pape hiasan.

    8. tu baju je yang besor tu..bukan perut.. saya pakai baju syanie.. xxxxxl. tu nampak beso..

    9. takde.. batu tu yang licin.. kalo tak pecaya cube awak pi chek kat teluk cempedak..

    10. ensem la.

    11. ceh..diskriminasi ni.. kenapa anas pun tak kene kutuk sekali. saya pun baca gak pe tautan hati.. cume tak abes jela. ahahah.

    12. nampaknya saya terbalas komen ni lebih cepat dari yang awak jangkakan. awak bajet 4 taun baru balas. ternyata seminggu lebeh je saya dah balas. bak kenny rogers sebagai ganti rugi kesalahan bajet. ngahahaha.

  11. sasha blogger saya pon blogger gak:

    aah kan.. kelakolah kitorang ni.. ahaks..

    takkan ati perut ngan limpa je? camne plak ngan lutut? usus kecik? buku lali dan medula oblongata? mengapa mereke dipinggirkan? kenapa? kenapeeee??

  12. shoutul shabab:

    ustazah.. ROTA haram ke?

  13. silent reader jadahnye:

    kalo dah stat mengomen tu tak dikire silent dah. sila mengaku dengan banggenye bahawasanya anda bisin reader. ahahahah.

  14. dr alia:

    aah sarjana. ooooo ye ke. insyaAllah. tak kenei pon lagi guru2 sane. blum beramah mesra lagi. heheheh.

  15. loh ustaz nii
    wat soalan berantai pulok
    adeeh~
    baek ustaz cek
    ana cuma nak pasti jeh
    isk3

  16. kim salam kt ust anas

  17. semp0i gile ustaz ni!
    hahaha..
    yg xthn tu tang 'anak2 gajah'..
    apekah?
    kui3~

    ~exSARJANA 08~


Leave a Reply

There was an error in this gadget