Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Sunday, January 10, 2010
Hadith For The Day : #3 : Husnuzzhan (Lagi?)
Salam aleik
Kita mulakan posting hari ini setelah lebih seminggu blog ini dibiarkan bersawang, dianaktirikan, diabaikan, dibuatdekkan, diwatdonokan, dilantakkan, ditakjengukkan, ditinggalkan, diwatbodokan, diikutsukahatikoranglahnakkateapekan, dan sebagainya.
Penulis menghadapi beberapa kesukaran sepanjang minggu ini untuk melayan blog dan mengakibatkan tak dapat nak mencuri masa untuk menulis. Ini adalah kerana penulis menghadapi beberapa masalah dan juga sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di tempat kerja baru penulis. Sekolah tempat penulis berkhidmat sebelum ini menjadualkan penulis untuk bekerja di sessi petang. Bermula dari jam 12.30 tengahari hingga 6.45 petang. Penulis yang sememangnya seorang yang gemar tidur selepas subuh telah terbiasa dengan suasana ini dan ini telahpun memberikan implikasi yang amat besar bagi diri penulis.
Apabila masuk ke sekolah yang baru ini, penulis dijadualkan untuk bekerja seawal 7.30 pagi dan pulang selewat 2.15 petang. Banyak jadual hidup yang telah biasa penulis lakukan hingga telah menjadi tabiat terpaksa dirombak demi menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Penulis tak lagi sempat untuk membaca Al-Quran, membaca hizib bahar dan juga beberapa puluh potongan hadith setiap selepas subuh yang dah dijadikan kebiasaan sebelum ini. Sebaliknya, untuk menyampaikan diri ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi, penulis terpaksa keluar dari rumah paling lewat pun 6.40 pagi. Maka bacaan Quran, hizib dan hadith terpaksa penulis anjakkan untuk dilakukan di sekolah setelah sampai ke bilik guru.
Sekolah yang dahulu menamatkan sesi pembelajaran hampir dengan waktu maghrib. Penulis sempat merehatkan diri untuk solat berjemaah di masjid Al-Aula kemudian duduk mendengar pengajian Ustaz Khairuddin hingga lewat waktu isyak dan kemudian baru pulang berehat di rumah. Berbeza dengan waktu sekolah baru ini. Setelah penat bekerja, penulis terpaksa memandu setengah jam di waktu yang semua orang tahu time tu sedap giler tido. Maka, penulis yang memandu sambil terbayang-bayangkan tilam yang perlu dihenyak itu sentiasa melilau-lilau memandu kenderaan dengan purata 140km/jam demi menyampaikan diri dengan segera ke rumah dan terus mencium bantal busuk yang menanti setia. Dan ini merupakan satu keadaan yang sebenarnya merbahaya untuk diri penulis. Ngantuk weh.. sampai-sampai je kat rumah terus flat.. pancit..
Dalam minggu ini juga penulis telah Allah uji dengan demam selsema yang agak teruk dan kini demam ini telah pun berlarutan lagi hingga naik ke kepala dan juga usus. Penulis merasakan kepalanya macam dihinggapi bom Hiroshima yang telah mentravel through the time hingga tahun 2010 dan akhirnya landing kat kepala penulis. Ini menjadikan penulis lebih banyak berbaring di atas katilnya yang asalnya empuk tapi disebabkan sakit kepala katil yang empuk dirasakan mahu dihempuk-hempuk. Penulis juga mengalami cirit birit dan sembelit serentak. Taik cair tapi susah nak keluar. Best kan? Keji tak statement ni? Hahaha. Penulis merasakan telah banyak dosa yang penulis lakukan hingga mengakibatkan lama pulak penulis terpaksa menanggung kesakitan ni. Kafarah dosa la tu. Lagi pulak penulis memang jenis yang malas nak makan ubat dan suka membiarkan penyakit melarat.
Korang kenal dengan Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu anhu wa ardhah? Seorang sahabat Nabi yang pernah menyertai perang uhud dalam usia yang sangat muda. Beliau pernah mengubati seorang badwi yang sakit hanya dengan membacakan surah Al-Fatihah. Dengan keberkatan Al-Fatihah badwi itu sembuh.
Seorang ulama juga pernah berkata: aku pernah pada suatu ketika menghidap satu penyakit yang tak sembuh-sembuh. Lalu aku mengamalkan surah Al-Fatihah dan dengan keberkatan surah itu dan izin Allah aku sembuh dari penyakit tersebut.
Tapi janganla kita nafikan pulak ubat-ubat dan dadah tu jugak boleh menyembuhkan penyakit. Tu ikhtiar kita. Kita yang berpegang dengan asbab kena la jugak ikhtiar makan ubat sambil berdoa moga-moga Allah menyembuhkan kesakitan. Kita yakin Allah yang menyembuhkan. Maka samada dengan makan ubat, atau dengan berkat amalan membaca surah Al-Fatihah, kita tahu kuasa yang menyembuhkan adalah kuasa Allah.
Habis muqaddimah. Sekarang baru masuk topik asal. Heheh.
Sila lihat gambar di bawah ini dengan teliti sambil membeliakkan bijik mata. Kalau boleh dan berani lagi cuba beliakkan sampai terjojol keluar anak mata.
Okeyy.. sekarang untuk mempraktikkan pelajaran melalui posting yang lalu, sila cuba untuk… HUSNUZZHAN!
“Dia beratur tu nak beli kupon parking kereta la tu..”
“Itu cina tu bukan melayu. Semalam dia kene ujan pastu baju sume basah. Die pinjam baju member dia. Member dia pulak dah takde baju lain so terpaksa la bagi dia pakai 1 sut baju melayu dengan sampin sekali..”
“Sebenarnya mamat tu datang nak kutip sewa rumah kat cashier yang jaga kaunter tu.”
“Dia tersalah pandang.. dia ingat tu kedai jual toto tilam tu. Almaklumla kelam kabut sikit pasal mak mentua dia tetibe nak datang rumah bermalam barang tige pat malam..”
“Dia ingat nak belikan makanan hamster untuk toto..” (Toto adalah nama hamster seseorang. Siapakah orang ituuu? Hahaha.)
“Dia ingat kedai ni ada jual barang-barang sukan.. sports toto kan..”
“Masa tu dia kena pukau. Asalnya dia nak pergi masjid imamkan semayang jumaat tapi ada orang dengki kat dia dan guna-gunakan dia untuk tolong belikan nombor eko. Kesian pak imam..”
Ada siapa-siapa lagi nak husnuzzhan dengan pakcik ni? Sila berbuat demikian dengan menambahkan ayat baik sangka anda di ruangan komen. Saya tahu anda semua memang baik kerana suka berbaik sangka walaupun dah terang-terang tak boleh nak baik sangka. Anda sememangnya suka mempraktikkan apa yang anda telah pelajari dari saya. Saya sayang anda semua. Hahaha.
BERBURUK SANGKA (SUUZZHAN) PADA MANUSIA
Manusia selalu berburuk sangka dengan manusia. Manusia terlalu cepat menghukum itu dan ini terhadap manusia lain yang zahirnya kelihatan seperti bersalah dan berdosa. Manusia terlalu cepat untuk menyalahkan tindakan manusia lain tanpa melihat kepada asbab musabab dia melakukan tindakan tersebut. Itu adalah tabiat dan nature manusia. Suka menghukum.
Namun sedarkah kita, siapakah manusia untuk menghukum manusia yang membuat maksiat itu akan masuk neraka? Siapakah pula manusia untuk menentukan syurgakah tempatnya bagi seorang ahli ibadah yang kuat beribadah sepanjang hayatnya?
Kita hanya ditugaskan untuk menjalankan usaha dakwah. Kita hanya ditugaskan untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Kita tak pun pernah disuruh untuk menentukan dosa pahala seseorang. Kita tak pun pernah disuruh untuk melabel neraka kepada seseorang yang lain. Tugas menentukan dosa pahala syurga neraka itu adalah tugas Allah yang tak perlu kita masuk campur. Kita jalankan je keje kita sudah. Jangan lebih-lebih dan melampaui batasan yang Allah dah tetapkan.
“Dia tu dah berapa kali dah aku cakap suruh pakai tudung. Tapi lagi aku suruh pakai, lagi kurang kain yang dia pakai. Sekarang ni dah keluar rumah dengan sekadar singlet dan shorts. Dia tu takleh nak buat kawan la. Jenis ahli neraka ni kang tak pasal-pasal dia tarik aku plak masuk neraka sama dia.”
Err.. ko kompem ke tudung yang ko pakai tu akan stay ko pakai sampai ko mati? Hidayah Allah ni boleh jadi Dia bagi pada yang belum dapat dan boleh jadi jugak Dia tarik pada yang dah sedia dapat. Kan? Nauzubillah lah kita yang dah dapat hidayah Allah palingkan daripada hidayah.
“Sape-sape yang masuk parti X bermakna dia orang ahli neraka.”
Err.. dalam Quran dalam hadith dalam Islam ada sebut ek parti yang menentukan masuk syurga atau neraka?
“Ahli Y yang suka buat bidaah ni masuk neraka.”
Walaupun bidaah hasanah? Masuk neraka?
“Pak Abu tu bukan pernah nampak muka kat masjid. Tak semayang subuh la tu. Tempah neraka la tu. Nasib baik kita ahli masjid. Ahli syurga.”
Err.. tak pergi masjid tu tandanya tak solat subuh ke? Mana lah tahu Pak Abu sakit dan tak ada orang nak bawakkan dia ke masjid subuh-subuh? Dan.. bila masa pulak ada GUARANTEE ataupun JAMINAN KOMPEM yang mengatakan ahli masjid tu ahli syurga?
“Pak Amat tu bukannye nak becampor dengan masyarakat. Sombong la tu. Besok mati la sorang-sorang kat rumah tu takde sape nak tolong kebumikan. Huh.”
Err.. kenapa tak kita yang datang ziarah dia dan ajak dia sama-sama join aktiviti kita? Sebenarnya dia berseorangan tu sebab dia yang menyisihkan diri ataupun kerana kita yang sisihkan dia terlebih dahulu? Ada kita check?
“Dia tu bukan nak join usrah jemaah kita. Melagha jela keje dia tu. Langsung takde bawak kemajuan untuk Islam.”
Err.. adakah nak memajukan Islam ni satu jalan je? Kene ikut usrah semata-mata? Bukankah jalan dakwah tu luas?
“Aku selalu nampak cikgu tu lepak ngan kutu rayau. Nak didik anak bangsa macam mana kalau dah dia pun sama kutu rayau.”
Err.. kalau cikgu tu lepak untuk ajar kutu rayau tu sembahyang dan puasa, cikgu tu dikira kutu rayau gak ek? Tak layak untuk didik anak bangsa. Camtu ke?
“Dulu dia tu suka berzina. Sekarang dah join jemaah A dah berjubah berserban nak tunjuk alim pulak. Sedar la awak tu dulu kaki zina.”
Err.. orang yang Allah dah terima taubatnya layak ke untuk kita ungkit dosa-dosa dia? Dosa kita agak-agaknya dah kompem ke Allah ampunkan ye?
“Dia tu kerja kerani je. Tapi pakai kereta Toyota alphard. Tu kuat makan rasuah la tu.”
Err.. betul ke kita nampak orang tu makan rasuah? Ntah-ntah dia ada tanah pusaka 2000 hektar ke ataupun dia ada business penternakan lembu ke yang support kewangan dia. Pernah kita ambil tahu?
“Jangan amik dia masuk group kita bole tak? Dia tu bodoh. Sekolah pun tak. Nanti group kita takleh maju kalau ada set-set bodoh dalam ni.”
Err.. bukankah yang bodoh dan yang lemah tu yang perlu kita train sama supaya jadi bijak? Kenapa nak sisihkan mereka? Lagipun sebenarnya atas tiket apa kita buat penentuan bodoh dan bijak ni? Atas tiket sijil? Ijazah? Master? 4pointer? Siapa yang buat penentuan bodoh bijaknya seseorang guna sijil-sijil ni maknanya dia lah orang yang bodoh sebenarnya.
“Aku selalu nampak benda-benda la. Aku rasa ni mesti keje Mak Bedah ni. Dia tu kuat menyihir-nyihir orang. Ntah ape serapah dibacanya sampai aku jadi macam ni.”
Err.. cepatnya menuduh orang itu dan orang ini. Solat kita puasa kita amalan kita dah betul-betul kita jaga ke untuk jadi pendinding dari gangguan syaitan dan jin?
“Ustaz tu tunjuk alim tunjuk bagus tunjuk baik plak depan pompuan. Tu menggatal nak kawen lagi 3 la tu. Bini dah ade kat umah anak dah ade 8 dia tak ingat.”
Err.. dia layak kan nak kawin 4? Dia mampu kan? Dia dah cukup ilmu kan untuk poligami dan berlaku adil? Apa masalahnya? Kenapa kita pulak nak sibuk-sibuk?
“Pamie tu suka sangat mencarut dan mengarut kat dalam blog dia. Ustaz hape camtuh. Takde ciri-ciri azhari langsung. Toksah bukak la blog dia tu.”
Err.. aah. Rasanya betul kot. Baik jangan bukak blog dia tu. Serius ni..
Itu hal buruk sangka dengan manusia. Pelik kan manusia ni? Cepat sangat nak menghukum orang itu begini orang ini begitu. Sedangkan dia lupa yang setiap manusia ada aibnya masing-masing kecuali Rasulullah SAW lah. Dia lupa dia sendiri pun ada aib yang tak ketinggalan orang lain juga akan menghukum tentangnya. Jadi janganlah berburuk sangka terhadap orang lain kalau kita nak orang lain berbaik sangka pada kita.
BERBAIK SANGKA (HUSNUZZHAN) DENGAN ALLAH
Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Hadith riwayat Abu Daud, Al-Tirmidzi, Ibn Hibban dan Al-Hakim.
Manusia selalu menyalahkan takdir bila sesuatu yang tak diingini menimpa diri. Sesuatu musibah yang menimpa atau kecelakaan atau apa sahaja yang berlaku berupa ujian yang melanda diri. Maka sesetengah dari manusia mula menyalahkan Allah dan keadilan-Nya terhadap makhluk. Diketika itu, manusia mula berburuk sangka terhadap Allah.
Allah dikatakan tak adil. Allah dikatakan berat sebelah. Allah dikatakan memberi anugerah pada orang lain dan menarik segala ketenangan yang ada pada dirinya. Allah dikatakan memberi kelebihan pada seseorang dan menjadikan kekurangan je yang ada pada diri dia. Allah dikatakan menjadikan orang lain pandai dan menjadikan dia bodoh. Allah dituduh kerana menjadikan orang lain kaya dan menjadikan dia seorang yang miskin. Allah dibelakangkan kerana dia tak dapat perempuan yang dia nak. Lebih teruk, Allah dilabel bukan Tuhan setelah tiba marhalah yang terakhir tiadanya iman terhadap qada dan qadar yang ditetapkan Allah. Wal’iyazubillah.
Siapakah manusia untuk menghukum Allah? Siapakah manusia untuk berburuk sangka kepada Pencipta-Nya?
Kenapa ye.. manusia mula berburuk sangka bila Allah uji dengan ujian yang maha hebat. Manusia mula hilang kepercayaan dan iman bila ditimpa musibah. Kenapa manusia boleh lupa segala nikmat yang Allah dah bagi sebelum daripada musibah itu menimpa lagi? Tiba-tiba bila ditimpa musibah terus Allah disalahkan. Kenapa terlalu cetek sangat iman manusia hingga tak mampu nak bersabar? Kenapa manusia terlalu jahil hingga tak tahu bahawasanya setiap musibah yang menimpa ada kebaikan didalamnya samada diketahui atau tidak? Kenapa manusia terlalu bodoh untuk menolak buta anugerah penaikan darjat bagi mereka yang bersabar menempuh musibah?
Berbaik sangkalah dengan Allah. Sesungguhnya Allah tahu samada kita berbaik sangka dengan Dia ataupun kita lebih suka memburukkan sangkaan. Positiflah dengan Allah. Kita bersangka baik dengan Allah, maka baiklah juga pandangan Allah terhadap kita. Apa jua yang Allah bagi pada kita, macam mana jua jalan hidup kita yang Allah aturkan, apa pun jua kesakitan yang terpaksa kita tanggung, berbaik sangkalah dengan Allah. Dia memang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.
Kalau kita buruk sangka dengan Allah, Allah juga boleh untuk memberikan pandangan negatif pada kita. Kalau kita sangka Allah sengaja nak bagi kita jadi bodoh, Allah sengaja nak menyusahkan kita, Allah sengaja nak bagi kita kehinaan pandangan manusia, sesungguhnya Allah memang berkuasa nak jadikan sangkaan kita tu suatu realiti. Dan akhirnya Allah betul-betul jadikan kita hina tambah lagi hina dipandangan-Nya. Bukankah itu suatu perkara yang kita paling tak ingini? Kita nak jadi hamba yang dipandang mulia oleh Allah. Kita nak duduk bersama martabat para solihin dan anbiya dan para rasul. Jadi mengapa perlu buruk sangka pada Allah?
Manusia juga tak lari dari membuat kesalahan dan dosa. Maka janganlah berburuk sangka dengan Allah dengan mengatakan Allah takkan ampunkan kesalahan kita tu. Sebaliknya bertaubatlah dari segala kesalahan dan terus husnuzzhan dengan Allah bahawasanya harapan kita masih cerah untuk dapat pengampunan dari Allah kerana kita tahu Dia Tuhan Yang Maha Pengampun.
Tak rugi kalau kita husnuzzhan pada manusia. Tambah-tambah lagi takkan pernah rugi selama-lamanya kalau kita husnuzzhan dengan Allah. Jauhkan lah bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa merasuk-rasuk hati kita ni.
Kita semua patut contohi bagaimana cara Al-Imam Abu Hanifah Nu’man radhiyallahu anhu wa ardhah berbaik sangka. Sila baca kisah yang amat menarik itu di SINI.
Jadual mengajar pun dah dapat. InsyaAllah aku akan mengajar form 1,2,4 dan 6(STAM) dalam 5 subjek iaitu Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Tinggi, Fiqh Syafie, Nahu Sorof dan Quran Tajwid. Jumlah waktu mengajar 26. Macam mana ek nak mengajar? Cekgu-cekgu ostat ostazah di luar sana sila kongsi pengalaman anda dengan saya. Saya budak baru belajar kalau salah tolong jolokkan. Hahaha. Kalau salah tolong tunjukkan la. Jangan la sula saya dengan batang penyapu. Kekeke.
Sekian dulu untuk hari ini. Jangan lupa senyum sokmo. Tataaaa~ [sambil melambai-lambai guna kepala lutut. Camne tu ek? Haha.]
Jangan lupa untuk husnuzzhan. (^_^)
Wassalam.
salam..
1. "pencuri! pencuri!!!!!!" teriak masa..
2. hamster sape? mesti comey cun gile kan pemilik toto tuh?
3. husnudzhon: pocik tuh nak tanye tandas kat mane..ape daa.. tu pon tarak tau.huh
salam.. satu entri yg baik serta memberi pngajaran.. teruskan berdakwah ust pamie :-)
tapi kalo tgk sekali pkcik yg pakai bju melayu tu mmg kite akan pikio lain.. biaq betul pkcik tu,, hmm.. wallhualammm
pkcik tu, dtg nk bdakwah laaa (^_^)
"sports toto ni harem la tokey, hali laya pon lu jual ka? manyak tarak bagus.."kate pkcik tu..
"tokey,, saya mau tuko duet pocah ni.."
*nak bayo duet paking*
-,-
syaf:
1. takpe.. saya curi tak kene potong tangan sebab tak termasuk dalam hudud kene potong tangan orang yang curi masa. hahaha.
2. sape tah tuan toto tu. busuk.
3. wah pandainyeee.. cepatnye belajar. [tepok2 tangan sambil tepok2 dahi awak]
syaira:
time kasih atas sokongan murni itu. teruskan mengundi saya untuk akademi fantasia nanti. heheh.
alia:
ohoooo.. upe2nye pakcik tu budak azhar yang ambik kos usuluddin dakwah. baguih noo.. satu tindakan berani dan harus dipuji. ahahaha.
shoutul shabab [saya lupe name awak. ahahaha]
"aiyaaa! lu talak nampak kidai lain kaaa? apa pasat ini kidai juga lu mau tuka luit? ini luit halam maaaaa.." balas tokey kedai tu. hah, amacam?
aku nak beli jugakla toto..dr dulu lagi teringin..toto yg ade skrg pon adik aku yg kebas..lagipun da nipis2 n terkoyak da sbb kitorg jadikan alas ntok wrestling.ko tahu katne kedai toto yg berhampiran?aku xde GPS la..aku miskin, hina keji..hahaha..
ko ngajor jek cam biasa..klo salah, aku n yg laen2 akn tlg jolokkan..hahaha
“Dia tu bukan nak join usrah jemaah kita. Melagha jela keje dia tu. Langsung takde bawak kemajuan untuk Islam.” errrrr......mcm biase dengar je ayat cmni...huhuhu
"kulit menunjukkan baik buruk isi," nik abd aziz.
kdg2 kita payah nk bhusnuzon bila nmpak bnda2 laen sket dr perspektif kte.
astagfirullah..
nama ana? isk3
kalo ana ckp ni masuk kali ke 23.52 kali dah:D
"loh apek. mau tuka saja..bukan nak beli maa"
[ni kire husnuzhaan yang tersgt baik yang ana akn buat kalo selisih pakcik ni instead of ushar pelik mwhahaa]
neway ana suke kata2 fiq zaini:D:D
husnuzzan aje .. dia tu baru balik mesyuarat agong UMNO .. tak sempat tukar baju..umno terus maju.
lawak gler..asyik trgelak2
haha, a,aa kdg2 susah nk brsngka baik
tp sy cuba2