Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Monday, January 18, 2010

Hadith For The Day : #4 : Tiket Free Nak Masuk Syurga

Posted by The Pamiesz® | Monday, January 18, 2010 | Category: , |

Huuuaaarrrggghhhhh~ *histeria tentibe*

Lamanya tak update blog. Asyik merapu kat dalam “mukabuku” je. Sekarang ni Amin pun dah jauh merantau dalam hutan maka kurang korem dah la ahli-ahli yang nak menghuru-harakan “wajhukitab” punye dinding tu. Aku harap dia cepat-cepat masuk line tenet dan boleh online dengan laptop Compaq barunya tu agar fahaman mazhab muniandi dapat terus disebarkan dalam facebook. Hahaha.

Hari ni nak cerita pasal ape? Pasal kahwin boleh? Tak boleh? Lantak la, ni blog aku. Kalau korang kata tak boleh pun, aku update jugak, apa korang boleh buat? Hahaha.

24 jam habiskan masa kat mukabuku, facebook, wajhukitab, nandreacciamma, wailaitong, dunggahubbertu, atau apa-apa jelah yang sama makna dengan facebook dalam 1001 bahasa yang ada kat dunia ni. Itu bukan cara hidup yang Islam nak. Islam suruh kita menggunakan masa untuk meningkatkan prestasi kerja dan sentiasa melakukan perkara berfaedah yang dapat meningkatkan amal islami. Yang dapat menjadikan kita dapat memberikan sumbangan dalam dakwah islamiah.

Aku cakap kat korang, aku kat dalam bilik guru pun main fesbuk. Hahaha. Sekali-sekala boleh la. Jangan la sampai addicted. Benda yang hukum asalnya harus pun boleh jadi haram.

Aku main fesbuk untuk rapatkan ukhwah silaturrahim dengan kawan-kawan lama. Yang dah lama terpisah, yang dah berbelas tahun tak dengar khabar. Ada kawan-kawan yang beberapa saat lepas add aku punye profile kat situ, terus tagged gambar kad jemputan kenduri kahwin. Waaaah, dah la sekian lama tak jumpa, sekali dah jejak kasih, terus dapat hadiah paling bernilai. Jemputan makan nasik minyak. Itu yang boleh buat aku jadi stress tu. Hahaha. Sorang demi sorang buat masjid. Aku ni asyik buat reban ayam je. Bila nak tegak masjidnye?

Takpelah kot, Masjid Taqwa Kampung Padang Tembak ada. Yang itu pun kadang-kadang maleh-maleh nak pergi. Hahaha. Teruk..teruk.. ish ish ish..

Hari ni kita belajar hadith lagi lah ye. Kalam Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam yang telah mengajarkan kita untuk memahami Islam yang sebenar. Kalam yang mengandungi hikmah yang sangat banyak serta sangat meraikan fitrah dan naluri manusia sebagai hamba yang hidup di mukabumi ini. Nabi ajarkan kita tentang Islam sangat cantik. Cuma tinggal kita je nak atau tak nak praktikkan.

Tapi tu la kan, kebanyakan perintah Allah hanya tinggal perintah. Mana ada manusia nak ambik cakne sangat. Mana ada manusia nak ambik tahu sangat. Pastu nanti dah masuk neraka baru la nak tanya kat Allah, nak mintak balik hidup kat dunia nak beramal itu nak beramal ini nak tutup aurat nak solat nak bersedekah nak bayar zakat. Masa tu Allah jawap mintak mahap laa.. Aku dah bagi banyak masa dah kenapa ngkome buat tak tau je segala perintah Aku masa tu? Nak kata tak sampai dakwah, Nabi Aku dah utuskan, para ulama dah berbuih-buih mulut bercakap, ustaz ustazah dah sehabis usaha terangkan hukum itu ini, daripada zaman sekolah lagi dah pesan itu ini, plus mak ayah pulak lagi didik dan ajar tentang agama itu ini, tapi akhirnya lepas kita bebas dari kongkongan guru, lepas kita bebas dari kongkongan ibu bapa, kita pun buat hukum agama ikut sedap hati kita je. Kita tak ikut jugak perintah Allah.

Rasa-rasa macam solat leceh, tinggal. Rasa-rasa macam tudung merimaskan, bukak. Rasa-rasa macam cantik sangat nak tarik perhatian lelaki, dedah sana sini tayang body situ sini pakai ketat-ketat sampai nampak bentuk badan. Rasa-rasa macam tak suka dengan orang itu ini, umpat caci maki keji sihir pedajal. Dah diri sendiri yang pilih untuk buat macam tu, kat akhirat nanti jangan cakap banyak la kan. Masa tu tak ada orang lain dah la yang kita boleh nak nisbahkan punca kesalahan melainkan diri kita sendiri yang memilih kecelakaan untuk diri sendiri kan…

Haih.. banyaknya benda nak kena koreksi dalam masyarakat Islam sekarang ni. Memang tak ada masa sebenarnya nak duduk rehat-rehat. Tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang ada.

Untuk hadith hari ini, lebih praktikal untuk dilaksanakan oleh para wanita. Maka untuk para pembaca blog ni yang rasanya lebih banyak perempuan kot daripada lelaki, silalah ambil perhatian.

عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحفظت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها ادخلي الجنة من أي أبواب شئت

Daripada Abdul Rahman bin Auf Radhiyallahu anhu telah berkata: Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam telah bersabda:
Apabila seorang wanita itu:
1. melaksanakan solatnya yang 5 waktu,
2. melaksanakan puasanya pada bulan ramadhan,
3. menjaga kemaluan dan maruahnya,
4. dan sentiasa taat kepada suaminya,
maka kelak akan dikatakan kepadanya: “masuklah kamu ke dalam Syurga melalui mana-mana pintu yang kamu kehendaki”

Hadith Riwayat Ahmad dan Al-Tabrani

4 TIKET FREE UNTUK MASUK SYURGA

Tiket #1 : LRT stesen SOLAT


Ramainya perempuan yang acuh tak acuh dengan solat mereka. Mentang-mentang la korang ada waktu uzur yang dibenarkan oleh syarak untuk korang cuti, dah ada time cuti, korang lebih-lebih pulak ambik MC tak bertauliah. Time isthadhah pun berapa ramai yang tak solat sebab ambik cakne lebih kurang je. Janji ada darah, tak payah solat. Kalau macam tu aku pun banyak kali la boleh tak solat minggu ni sebab darah haid keluar ikut hidung aku sekali dengan hingus-hingus istihadhah. Kan? Dah tu kata janji ada darah je tak payah solat. Senang sangat la macam tu. Aku pun boleh kan.

Sebab tu la Allah boleh bagi tiket free pada wanita yang jaga betul-betul solatnya. Sebab susah sebenarnya untuk seorang wanita ni nak jaga benda-benda macam ni. Bagi yang betul-betul nak jaga je yang ambik tahu betul-betul tentang waktu boleh atau tidaknya dia untuk solat. Bagi yang acuh tak acuh, jadual haid dia sendiri pun kadang ingat kadang tak.

Korang dah la kurang waktu ibadahnya pada Allah. Maka, waktu yang ada sikit untuk boleh beribadah tu, jaga dan guna la sungguh-sungguh. Itu pun nak kena peringatkan ke? Korang ni umur 3 tahun ke 30 tahun? Dah berapa juta kali ustaz ajar masa sekolah rendah dan menengah haaa? Huh. Patut la pun korang tak ingat. Masa subjek agama korang buat homework matematik yang tak siap. Sebab cikgu math lagi garang daripada ustat kan? Kira memang patut la masa tu korang tak ingat yang malaikat zabaniah tu lagi garang masa nak campakkan manusia masuk dalam neraka…

Nak pahala free tak? Para ulama mengeluarkan hukum bahawa ketika seorang wanita itu haid, SUNAT baginya untuk berniat dalam hati dengan niat begini:

“kalau aku tak uzur masa ni nescaya aku akan melaksanakan solat”

Senang kan? Tak perlu usaha tak perlu kederat dan tenaga yang banyak. Hanya niatkan dalam hati yang kita memang sentiasa nak solat kalau boleh. Cuma ada penghalang syar’ie yang menghalang maka kita dengan patuh dan taatnya menurut perintah larangan Allah tersebut. Tu la tandanya hati kita sentiasa ingat pada Allah. Free-free je dapat pahala kalau niat camni. Jeles pulak aku sebab aku memang tak ada chance la nak dapat pahala free ikut toriq ni. Walaupun darah haid atau nifas keluar ikut hidung aku sekalipun, aku tetap tak boleh ponteng solat. Takpelah, aku cari jalan pahala ikut jalan lain. Ternyata ini jalan untuk korang. InsyaAllah, tiket untuk korang masyuk syurga free senang-senang je korang dapat kalau korang jaga betul-betul bab solat ni.

Tiket #2 : Monorel stesen PUASA


Stesen kedua untuk korang dapatkan tiket masuk syurga free adalah di monorel stesen PUASA. Macam biasa la kan. Yang ni pun special jugak Allah bagi kat orang perempuan. Orang lelaki macam yang kita dah tahu sebelum ni memang suka mengandung tapi tak suka melahirkan anak sampai la dia mati dikandungnya anak tu dek kerana kasih sayang yang memang teramat sangat kepada anak yang dikandung itu.

Ini berbeza dengan orang perempuan yang terkadang sebulan penuh tak dapat berpuasa kerana mengandungkan anak, melahirkan anak, ataupun risau akan anaknya yang tak mendapat susu yang secukupnya kalau maknye berpuasa. Maka mereka ini diberikan rukhsah untuk tidak berpuasa.

Tapi… ada tapi la kan. Tak macam solat, orang perempuan boleh cuti tak payah qada. Puasa ni lain. Korang wajib qada. Jadi, bukan senang jugak sebenarnya kan. Kitorang yang laki ni pun nak qada sehari pun rasa malas-malas. Faham-faham je la. Puasa masa bulan selain dari ramadhan ni kene mujahadah lebih sikit. Sebab orang keliling kita semua makan kan. Setan-setan pun berleluasa terlepas sana sini tak berikat. Jadi, korang yang perempuan, tentunya lebih lagi kena mujahadah. Maka dengan sebab tu lah Allah anugerahkan kepada mana-mana perempuan yang bersungguh mujahadah menjaga puasanya akan dapat masuk ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Tiket #3 : KTM Komuter stesen JAGA MARUAH


Maruah diri seorang wanita merupakan suatu perkara yang perlu dijaga. Wanita sangat mulia di sisi Islam. Dulu, amalan jahiliyah yang tidak membenarkan anak perempuan hidup dan dibunuh serta ditanam hidup-hidup telah dihapuskan oleh kedatangan Islam. Amalan yang menganggap wanita adalah sial dan membawa nasib malang adalah sama sekali tak dipersetujui oleh Islam. Ini bermakna datangnya Islam dan segala syariatnya telah meningkatkan darjat wanita dan hukum hakam yang terbit dari syariat Islam adalah untuk menjaga wanita dan maruah mereka dari pelbagai sudut.


Tapi kini kita dapat lihat kebanyakan wanita akhir zaman telah meletakkan diri mereka sendiri di tahap yang rendah. Mereka sendiri yang telah merendah-rendah dan menjadikan kedudukan mereka hina dan layak untuk dikeji dan dikatakan sial. Sedangkan mereka hakikatnya adalah kaum yang Allah muliakan dalam dunia ni.

Susah sangat ke nak pakai tudung ek? Susah sangat ke nak pakai baju longgar dan lengan panjang ek? Panas ye? Sanggup ke nak tahan panas api neraka kat akhirat nanti? Tahan la kejap panas kat dunia ni.. habis-habis lama pun 70 tahun 80 tahun je. Kesian la kat korang kalau kena tanggung panas api neraka yang berjuta-juta kali panasnya api dunia tu kalau korang tak dapat sabar dalam tempoh masa 70-80 tahun ni. Kat sana kene bakar kena tahan panas untuk selama-lamanya. Kesian sangat kat korang. Panas kejap kat dunia ni korang boleh mintak tolong kawan kipaskan korang. Tapi kalau panas kat akhirat nanti nak mintak tolong kat siapa? Kat Allah je la boleh mintak tolong kan. Tapi nanti mesti rasa malu nak mintak tolong dengan Allah sebab kat dunia kita tak ikut pun apa Allah suruh kan.. Jadi, aku nak mintak tolong dengan korang wahai para wanita sekalian, tolonglah kesiankan diri korang sendiri.. tolong ek? Pleaseee….

Kerana wanitalah, lelaki-lelaki menjadi kuat dan jitu peribadinya dan mantap keimanannya. Kerana wanita jugalah, lelaki-lelaki menjadi goyah dan runtuh iman serta menjunam jatuh peribadi mulianya. Jadi, korang pilihlah sendiri nak jadi wanita yang Allah muliakan ataupun nak jadi wanita yang menghina dan mengsialkan dirinya sendiri dan orang lain.

Janganlah cepat sangat nak bagi body kat lelaki. Janganlah cepat sangat nak menyerahkan jiwa raga hanya sekadar setelah bertitle “balaks dan aweks”. Ini bukan cara hidup Islam. Ini cara hidup barat dan yahudi laknatullah. Seks dijadikan matlamat hidup. Apabila perkara dilakukan suka sama suka maka itu tidak lagi bercanggah dengan hukum agama. Ini semua fahaman yang sangat jauh menyimpang dari agama kita.

Maruah wanita dieksploitasi. Tubuh badan wanita dijadikan bahan tayangan dan bahan pemuas nafsu mata. Iklan-iklan TV, drama-drama, termasuk berita dan dokumentari, semuanya menggunakan wanita dan asset utama mereka iaitu bonggolan dada dan buntut yang menggoda.

Pelakon-pelakon yang berwajah cantik dan suka akan kontroversi mendedah sana sini akan lebih diminati berbanding budak kampung yang tak mahu menanggalkan tudung ketika berlakon dan hanya memilih scene-scene tertentu yang dirasakannya tak menyalahi syarak.

Wanita-wanita pejabat, termasuk guru-guru yang pergi ke tempat kerja dengan berhias dan bertabarruj melampau-lampau, untuk siapa sebenarnya korang berhias? Untuk siapa korang nak tayangkan kebaya belah sampai ke peha tu? Pada siapa korang nak tunjukkan wajah bermekap tebal 18 inci lcd screen tu? Untuk ditatap oleh bos? Untuk diperhati dan dinikmati oleh pelanggan? Untuk meningkatkan prestasi syarikat? Kat rumah dengan suami korang tak pun berhias macam korang berhias nak pergi business dinner kat hotel dengan VIP. Sedangkan suamilah insan yang paling layak dan terlebih layak untuk menikmati semua itu. Suami lah VVVVIP paling besar dalam hidup isteri sebenarnya.

Inilah antara benda-benda yang menjatuhkan maruah wanita sedangkan kebanyakan wanita tidak menyedari dan mengetahui. Disebabkan itulah, wanita yang benar-benar mampu untuk menjaga maruah diri, Allah kurniakan kelebihan untuk memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

Tiket #4 : Bullet Train stesen TAAT SUAMI


Ini benda yang kita boleh cakap jugak tapi melaksanakannya tak lah semudah mulut berkata-kata.

Macam yang aku cakap kat atas tadi. Sebenarnya status seorang suami bagi seorang isteri adalah VVVVVIP. Very very very very very IMPORTANT person. Layanan special kene bagi setiap masa. Tapi rasanya kebanyakan daripada isteri akhir zaman ni banyak yang menjadikan suami-suami mereka sebagai VVVVVVVVVVVVIP. Very very very very very very very very very very very very IRRITATING person.

“Menyampahhh aku tengok muka dia ni hari-hari. Dah la besday aku pun tak ingat, balik-balik rumah je tau-tau duduk menyandor mintak kopi. Tak paham ke aku pun penat kerja kat pejabat tadi??”

“Laki aku ni dah la busuk. Malas pakai deodorant. Pakai perfume pun badan bau ekor lembu. Peluh dia bau taik biawak. Daki dia macam lumut celah kolah yang 4 tahun tak basuh. Kome kenal tak laki aku sape? Nizam kambing la…”

“Apasal saya tengok muka abang macam bab* je haa? Saya benci la tengok abang.”

“Abang, jiran kita sebelah umah baru beli sofa baru. Bila kita nak beli sofa ni. Kenapa abang miskin sangat. Benci la macam ni. Saya tak bahagia la jadi isteri orang miskin.”

“Abang ikutkan sangat cakap mak abang tu. Tak payah la sikit-sikit nak balik rumah mak. Kalau abang balik lagi rumah mak, saya malas nak layan abang malam-malam.”

“Tak boleh ke kita makan kat luar je hari-hari bang? Saya tak reti masak la. Tak suka la masak-masak ni. Nanti kasar la tangan saya yang lembut bak baby johnson ni.”

Seorang isteri sepatutnya taat kepada suami dalam apa jua perkara dan arahan yang diberikan oleh suami selagi tak ada unsur-unsur penderhakaan kepada Allah, selagi tak ada unsur-unsur kemaksiatan kepada Allah.

Kalau suami tak suka, walaupun perkara tu halal untuk dilakukan, maka seorang wanita perlu taat kepada suami. Misalnya, suami tak suka isterinya bekerja. Dia tak redha jika isterinya bekerja. Maka, haramlah hukumnya bagi isteri tersebut bekerja walaupun pada asal hukumnya harus bagi seorang isteri untuk bekerja.

Tapi kalau perkara itu haram untuk dilakukan, walaupun suami suka dan redha, seorang isteri tak boleh untuk menurutkannya dan taat kepadanya. Dalam urusan ini, ketaatan kepada Allah lebih utama.

Tapi kan, suami diorang ni pun satu kengkadang dayus jugak. Bongok tak bertempat.

“U sebok apa I nak pakai seksi-seksi macam ni? Suami I yang belikan I baju ni dia suruh I pakai. Dia suka tengok I pergi pejabat macam ni. Kalau dah suami redha dan suka, U all kesah ape?”

Itu memang suami paling bangang dan isteri paling bongok pernah aku jumpa kot. Kalau dah suami belikan baju seksi macam tu, pakai jelah kat rumah. Pakai untuk suami tengok dah la. Yang pergi pakai untuk tayang-tayang kat orang ramai, tayang-tayang kat lelaki ajnabi entah mana-mana punya lelaki tu nak buat hapeee? Karang kalau kena rogol marah pulak. Kalau bini ngkome asyik pergi dinner dengan bos kat merata-rata hotel, tak dayus lagi ke macam tu? Tak tau la kalau ngkome boleh redha bini ngkome buat macam tu kan.. Aku idak le..

Suami pun kadang-kadang tak beragak gak. Dah tau ada power sebagai seorang suami, dah tau syurga isteri duduk bawah tapak kaki suami, diperhambakan pulak isteri tu macam hamba abdi. Yang tu tak kena lah tu. Nak isteri taat, tapi suami sendiri macam tak ada peri kemanusiaan. Rimau jadian ke hape?

Bertolak ansurlah. Tapi bukan dalam urusan kemaksiatan. Kalau nampak bini keluar ampaian sidai kain tak pakai tudung, dah nasihat 5 6 kali pun sama jugak, jangan cakap banyak. Ambik je playar kopak je kuku ibu jari kaki ngan tangan dia. Tak pun celupkan tangan dia dalam akuarium ikan piranha. Kalau nak best sikit guna playar tu tarik keluar usus dia sampai 5 kilometer panjang. Huh, thriller gile. Hahahaha. [pengaruh movie dalam kehidupan seharian. Sekian dimaklumkan.]

Maka, untuk mendidik hati untuk ikhlas mempersembahkan segala khidmat kepada sang suami ini adalah satu perkara yang tidaklah semudah berkata indah terus dapat melaksanakannya. Ini juga merupakan satu jihad yang mana terkadang si isteri terpaksa berhadapan dengan situasi dimana dia perlu memilih untuk mengenepikan perasaan dan emosi diri sendiri semata-mata untuk memenuhi ketaatan kepada suami.

Bersabarlah menghadapi karenah suami yang memang macam-macam ragamnya. Sesungguhnya kesabaran yang sedikit yang bersifat sementara tu akan Allah ganjari dengan ganjaran yang lebih besar malah sangat besar di akhirat kelak iaitu hak untuk memilih pintu syurga yang mana yang ingin dimasuki. Syurga adalah sebesar-besar nikmat yang diidami oleh semua orang. Kuatkanlah keimanan kita terhadap hari akhirat dan hari kiamat dimana Allah menjanjikan balasan syurga bagi mereka yang bertaqwa dan juga neraka bagi mereka yang engkar dan tidak mahu bersabar dengan ujian-Nya.

Tiket #5 : Tiket Pree Naik Kamben BEX


Kalau nak dapat tiket pree yang ni, cepat-cepat la contact aku lepas tu cakap la dalam telefon dengan salah satu daripada dialog di bawah ini:

“Mie, jom pergi makan kat secret resipe aku belanja ko makan apa yang ko nak. Semua aku bayor. Kalau ko nak aku lantik ko jadi manager secret resipe terus pun boleh.”

“Mie boleh tolong bawakkan aku pergi umah makcik sedara aku tak? Nanti aku bagi hadiah kat ko kereta Honda accord baru sebijik.”

“Mie jom kita pergi jalan-jalan bercuti kat pulau ke kat mana ke, aku support la semua minyak petrol sepanjang perjalanan kita. Bonus sekali aku tambah aku support ganti minyak hitam, air filter, oil filter, spark plug, enjin turbo, full body kit, pasang sunroof, tukar suspension adjustable, sport rim 18”, tayar toyo, blablabla..”

Korang tambah la dialog korang sendiri apa-apa pun. Nanti jawapan yang korang terima antara dua je, samada:

“JOMLAH”

Ataupun

“MALASLAH”

Hahahaha. Tata titi tutu.
Dah habis waktu sekolah dah. Aku nak naik pejabat, punch card dan.. baleeeek laaaaa tunggu apa lagiiii~
babaiii~

(^_^)

Currently have 9 Kata Komenan:

  1. huuuuuuuuuaaaaaaaarrrrrrrrggggggghhhhhhhhhh~ histeria jugak. warden mane? mane imam besor mazhab muniandi tuh??!!

    ok, bebalik kepade topik: pamie belanje syafarah sikret resipe.. walaupon ni bukan topik asalnye. ske ati saye la kan. bile2 mase saye leh hack blog ni. huahuaaa.. ugut nihhhh.. ke dah tuko? jangan r tukor..

    mm, memang banyak nikmat Allah bagi.. xkire laki or pempuan.. nak la berusaha dapatkan tiket2 itu! hamasah2!! tapi tiket bex tu........mm impossible jek r..sebab xleh nak kuor kate2 itu..

    dah2..pi balikkkkkkkkkkkkk..nyemak je kat bilik guru nih.abeh ekon awak sedut.huh.dah le menambahkan CO2 dari leaking kat b***** awak. tengiikkkk

  2. salam....moga ustat alwayz sehat... :)

    untuk posting kali nih tergerak ati pulak nk anta komen....yela..asyik jadik pembace senyap jer....nak gak jadi pembace yg bisin...hihi..

    saye suke tajok nih...spesel tuk hawa kan....banyak input yg saye dapat....lagi2 mengenai kite boleh berniat ingin solat walaupun kita dlm keadaan uzur...

    tiket2 lain yg disediakan pon saye suke jugak....tpi tulah...bukan senng nak bt...kne banyak sabar...

    saye sebagai seorang gurl pun tk terlepas drpd nk melakukan perkare yg dilarang...cm...tk pakai tudung,kawan2 ajak bt tk elok...etc...tpi..selagi kite bleh menahan dn ingat sape diri kite padaNya...insya Allah...sye selalu berharap supaya tk terjebak dengan mende2 tk elok tuh....

    tpi...tiket ke 5 tuh...lebeh2 pulak...haha...

    ok ustat...take care ha....ajar student leklok...namo garang2...cenyum selalu...

  3. nmpk bebenor ko ni maleh nak ngajo..g skolah update blog ngn main pesbuk..hahahah.

    pila masuk keleh..jgn monteng je kojenye..huhu..

    nice tajuk..double thumbs up!!!!!

  4. huih!
    saya terpasona tgk tajuk ni
    mcm ade dabel meaning jeh
    [sekian harap dimaklumkan]
    :D:D

  5. salam ust pamie
    entry dan gmabr yang tersirat
    makna yang mendalam tuuu

  6. apasal tetibe gambar aku de masuk sekali???? de yg terlibat ke???

  7. kenapa skang ni dah malas rasa nak balas komen. penyakit nih. hahahaha.

    pepun thanx la sume rajin gak kome nak ngomen walaupun aku malas nak balas. hahaha.

    bayangkan.. orang datang umah kita.. kita ajak masuk pastu kita wat tak tau je bila orang becakap.. bes jugak wat camtu kan? cukup masa kita pon kene terajang ngan tetamu dan dia pun haktuih dan kata aku maleh dah nak jejak umah ngko dan ko bole blaaaa. hahahaha. tapi korang tak wat camtu kan kat blog aku walaupun aku tak layan korang kan kan kan? hahaha.

  8. lalalala~





    ha?

    ape? ape? ade orang cakap ke? nyamuk?

  9. ehh ade orang cakap laa kak syafarah
    dengar tak
    [nyampok cakap retua];P


Leave a Reply