Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Thursday, January 28, 2010
The 21 Things I Hate About Durian and The 3 Damaged Ballots @ PRK
Salam aleik.
Muahahaha. Tentibe gelak. Rasa macam nak tampor lutut laju-laju. Punya lama tak hapdet sampai punya banyak perubahan yang dah jadi kat sekeliling ni. Banyak benda yang berlaku cumanya aku je yang tak sempat nak kabo kat korang semua. Dalam aku tak hapdet ni pun korang bukak jugak ye blog aku? Aku ingatkan aku senyap lama-lama takde la orang bukak. Tengok still sama jugak lagi average 100 visitor per day. Apa yang korang tunggu sebenornye ni ha? Tunggu aku bubuh gambor nikah aku ke? Hahaha.
Oke la oke la. Sekarang aku bagi live update tentang status life aku sekarang.
Pertama:
Mouse PC ni dah nam jahanam. Sekarang ni aku guna biawak untuk ganti mouse ni. Pegang-pegang rasa macam menggerutu-gerutu je. Ala, macam kulit katak puru tu la. Dahla biawak ni suka mengeliat sana sini. Tanak lekat plak ngan USB nih. Aku pakukan ekor ko kat meja computer ni kang baru tau.
Kedua:
Keyboard aku dulu yang dah tak nampak hurup tu dah pun bertukar kepada keyboard baru yang murah dan berkualiti dan yang penting takde bekas-bekas habuk mesir. Keyboard berhabuk mesir tu dah aku exportkan ke bilik guru untuk aku jadikan Arabic keyboard untuk aku wat keje-keje kat netbook baru aku.
Ketiga:
Dah tersebut dah pun kat atas tu. Aku dah ada netbook asus baru sejibik untuk memudahkan PnP berjalan di sekolah. Err, PnP tu ape ek? Pesbuk n Permainanonline laaa. Hahaha.
Keempat:
Kamben aku dah semakin diminati ramai. Dah beberapa orang cekgu dan ustat dah yang tanya suruh aku jual kamben ni kat diorang. Err, takde binatang lain ke nak buat aqiqah selain BEX? Daging BEX manis ekk?
Kelima:
Aku dah ada dua rumah dah sekarang ni. Tapi rumah baru yang satu lagi tu masih lagi berstatus rumah hantu. Penuh dengan spiderman, batman dan jugak cicakman tak lupa juga suparman suparjo.
Keenam:
Anak-anak murid aku dah pandai mengamuk bila aku tak datang kelas tusen dorang.
Ketujuh:
Rupa-rupanya aku dah sebulan kerja kat SARJANA. Haram takde pape cerita pun pasal tempat kerja baru aku kat dalam blog ni kan? Hahaha. Nampak sangat aku cekgu berdedikasi sebab kerja sampai takde masa nak update blog.
Kelapan:
Aku dah 3 hari tak punch card sebab card aku rosak dan kak dariah yang in charge bahagian card ni pun dah 2 hari tak datang. Mintak-mintak jangan la pengetua ingat aku 3 hari ponteng keje. Aku masih lagi mengekalkan rekod bersih punch card tanpa kaler merah selama sebulan ni oke. Datang sebelum pukul 7.30 dan balik lepas asar. Maleh nak kabo yang aku memang cekgu yang berdedikasi. Hahaha.
Kesembilan:
Anak murid aku ramai yang kuat tido dalam kelas. Adakah benar pepatah yang mengatakan ‘guru borek anak murid rintik’?
Kesepuluh:
Pasal ape aku tak boleh nak jadi garang bila dalam kelas ha? Aku dah ugut budak-budak ni macam-macam dah. Denda berdiri atas kipas syiling la. Pusing bangunan blok dengan menjunjung locker asrama la. Jemur di tengah padang yang panas hingga jadi ikan kering la. Pusing kawasan satu sekolah sampai sekolah tu berpusing dan berpindah tempatnya ke sebelah rumah aku la. Ish, pendek kata macam-macam la yang aku ugut. Tapi sudahnya apa yang aku buat bila budak-budak ni buat hal, hanyalah tergelak dan sikit pon tak marah. Woih, camne nak jadi garang woih. Ajor la aku. Kalo kome tanak ajo kang aku majuk sambil nyuruk-nyuruk belakang pintu kang.
Kesebelas:
Cekgu-cekgu di luar sana, apakah yang anda lakukan pabila pelajar anda tidur semasa anda sedang mengajar? Guess what I did?
Keduabelas:
3 orang pelajar yang duduk di line belakang nampak nyenyak sekali tidornye walaupun aku dah menguatkan suara menerangkan tentang mudhaf dan mudhafun ilaih kaza wa kaza keda wa keda hilwah awi awi sawi ngan kubis dah habis blablabla. Lalu ku dapati takde langsung tanda-tanda mereka nak bangun solat subuh. Jadahnya solat subuh tetengahari dalam kelas? Lalu aku pun meletakkan jari telunjuk di tengah bibir dan mengisyaratkan kepada seluruh pelajar yang lain. Shhhhhhh..diam-diam.. Lalu terjengket-jengket bagai main jongkang jongket halimah jongang kaki aku melangkah ke belakang kelas sambil merapatkan kedudukan aku betul-betul di belakang kerusi diorang. Tiba-tiba… atau dalam bahasa orang muda mudi.. tentibe… aku menjerit dalam nada gelabah dan kelam kelibut!
“WEHH BANGUN WEHH USTAT DATANG WEHHH!!”
Hahahaha. Dengan mata yang merah-merah diorang terjaga sambil mengelap ayor lior basi dan tersipu-sipu malu. Ingatkan member sekelas yang buat kecoh. Rupa-rupanya makhluk berjambang perang ni yang buat huru-hara.
Ketigabelas:
Budak pompuan lagi kuat tido daripada budak laki. Ini fakta bukan auta.
Keempatbelas:
Sorang budak pompuan TERtido masa aku tengah mengajor jugak. Aku gunakan perkataan TER sebab aku tau dia tak sengaja. Ceh, kalau laki yang tido, denda tak hengat alam. Kalau pompuan, ter la di la meng la peng la macam-macam la imbuhan yang keluor.
Tengah sedap-sedap aku syarah hadis basmalah dan hamdalah, aku terperasan yang dia tengah tido. Nasib baik tak berdengkur. Kalau tak mesti aku dah keluarkan hempon dan rakam bunyi dengkur tu selama 3 minit dan setiap hari akan replay balik bunyi yang menenangkan tu macam yang aku pernah buat sebelum ni kat **** [nama mangsa wajib distarkan demi menjaga maruah keluarga dan pihak yang terbabit. hahahaha]
Aku yang sedang asyik bersyarah berhenti seketika di sebelah budak yang tido tu dan terus bersyarah. Nampak gayanya memang macam takde harapan terjaga budak ni. Lalu dengan tiba-tiba atau dalam gaya bahasa mat rempit, jengjengjeng… aku senyap. Pastu aku tengok budak tu dengan muka buat-buat garang yang mana aku yakin muka aku masa tu macam muka orang tengah tahan berak. Lalu jiran sebelah budak tu yang aku rasa dia pun takut tengok muka garang aku ni senyum-senyum lalu mencuit jirannya yang sedang lena diulit mimpi.
Sebaik sahaja budak tu terjaga dengan muka blur dan line7 penuh di pipi, [eh korang tak perasan ke point ke pat belas ni dah agak panjang dah ni. Dah masuk perenggan keempat dah ni. Hahaha.] aku pun pantas berdiri di sebelahnya dan bertanya dengan nada suara separuh berbisik:
“mimpi apa tadi? Ada mimpi saya tengah mengajor tak?”
“dah dapat wahyu dah?”
“awak nak pegi basuh muka ke atau nak saya tolong basuhkan ngan air paip bomba?”
“blah la tido tak ngajak.”
Sebenornye aku pun tak ingat apa aku cakap kat budak tu. Wakakakaka. Tapi almafhumnya lebeh kurang cam dialog kat atas ni jelah. Bukan sorang dua yang tido. Banyak kali dah. Dah macam-macam jenis ayat dah aku taburkan kat birai-birai cuping telinga dorang yang tertutup kemas dengan tudung labuh tu.
Kelimabelas:
Sorang bekas pelajar sekolah berasrama penuh mesej aku dan berkata: standard la budak asrama memang selalu macam tu. Ada je peluang memang kelas la jadi tempat paling sedap untuk tido. Err, aku tak tau. Betul ke tak tu korang yang budak asrama jawap la seniri. Aku bukan budak asrama. Asmara lagi la jauh panggang dari ayam Kenny rogers.
Keenambelas:
Outsider tak dibenarkan untuk masuk ke area bilik guru lelaki. Barang siapa yang masuk termasuk la cekgu-cekgu pompuan maka tahanlah telinga kerana mereka bakal mendengar jeritan-jeritan seperti
“WOOIIIHHH! ORANG LUOOORRR!”
Begitu jugak guru-guru lelaki sendiri yang berani membawa atau mengajak masuk pelajar ke area meja guru, maka tahanlah telinga kerana guru laki tu seniri pon bakal mendengar jeritan seperti
“DIA BAWAK MASUK ORANG LUOOORR!! KECAM DIAAA!!”
Hahaha. Kalau tentiba pengetua yang masuk aku tak tau la dorang nak bersuara macam ni ke tak. Penin jugak ostat-ostat dan cekgu-cekgu nih. Hahaha.
Ketujuhbelas:
Aku rasa ni la suasana tempat kerja paling best yang pernah aku rasa. Enjoy dan semua sekepala a.k.a masuk ayor macam aku gak kot. Err, rasanya aku la yang paling kering ayor kot. Hahaha. Bebudak pun baik dan sikoh takdela payah aku nak mengejor sampai ke dalam estet nak cari budak yang ponteng solat ngisap dadah melayan pil dan menunggak botol arak. Jenayah paling berat pun yang bebudak ni buat.. adalah… menyimpan mp3. puh.. simpan mp3 macam simpan dadah beb.. sorok atas syiling dewan besoo tuuu.
Rakan sekerja kat sini pun semua ok belaka. Layan syai arusah sama-sama sambil cerita pasal bidaah itu bidaah ini tak paham itu tak paham ini. Jap jap. Bila pulak amin mengembangkan fahaman muniandi dia kat sekolah aku ni haa? Asik tak paham jer..
Kelapanbelas:
Aku nak pesan kitab kat kengkawan kat mesir. Sapa yang sudi nak tolong aku? Kalau takde sapa yang nak tolong aku nak guna duit ni buat beli seat bucket recaro. Hahaha.
Kesembilanbelas:
Baru je lepas selesai merait 40 kertas ujian kelayakan pelajar tahfiz tingkatan 1. Budak-budak ni pergi bantai tulih surah Al-Fatihah pakai khat sambung-semua-hurup-ikut-sukati-lutut-dorang jer. Penat aku nak mikir nak bagi markah ikut mane. Satu ayat tu semua huruf dia sambung. Kalauruminyetumacamnilacontohayatyangditulihdekbebudakniha. Bayangkanlah surah Fatihah dengan huruf hijaiyah yang disambung macamtu. Fuh, seronok membacanya. Err, sebenarnya seronok memangkahnya. Hahaha.
Paling menarik sekali, dengan penggubal soalannya sekali mabuk. Ada 1 soalan ni sangat menarik sampai buat aku penin-penin muntah-muntah dan pregnant nak mikir jawapan dalam kebun kelapa sawit sambil jaga checkpoint merentas desa.
Soalan: berapakah bilangan huruf ikhfak syafawi. Sebutkan 6 huruf daripadanya.
Bila masa pulak ikhfak syafawi ada banyak huruf? Hurufnye 1 jelah. Huruf ba.
Nasib baik bukan aku yang ambik periksa ni. Kalau aku yang jadi candidate mesti aku jawap macam ni:
Ikhfak syafawi ada satu huruf. 6 huruf daripadanya pula adalah:
1. ba
2. ba
3. ba
4. ba
5. ba
6. ba
40 kertas yang aku rait, buat masa ni takde lagi yang bagi jawapan macam ni. Maknanya dorang masih belum cukup genius untuk ganti jawatan aku sebagai pakar perepek tapi benar. Hahaha.
Keduapuluh:
Currently sedang dan perlu merait 40 orang pelajar X 3 kelas punya buku latihan = 120 keping buku latihan pelajar sekolah. Oh, kadang-kadang aku baru terperasan bahawa aku ni seorang guru. Ingatkan job aku ni pembaca ‘meeter’ yang kerjanya meeting je. Hahaha.
Keduapuluhsatu:
Aku tau sekarang ni kampus-kampus tengah hangat dengan PRK. Disebabkan itu maka dengan ini dengan bangga dan kembang lubang telingenya aku mempersembahkan beberapa keping gambo ketika berlakunya PRK zaman muda-muda aku dulu.
Berakhirlah sudah diari ringkas ini. Inilah semua 21 things I hate about durian. Sekian, selamat berjoli dengan gaji di awal bulan. Cepat-cepatlah habiskan duit dan berlapar makan meggi dan roti kering starting from tengah bulan. Selamat beramal!
______________________________
oss pet nak ngintip undi ko oss.. biar aku tolong tutupkan dari pandangan mata pet yang menggoda tu. hahaha.
Babaaaaaiii~ nak tido dah. Topik usrah bentang lain kali la. Aku dah mengantuk ni. Besok nak sambung rait buku lagi lapan juta ratus kalimah ni.
Dah lama tak ingatkan korang dan diri aku sendiri..
Jangey lupo deh.. senyum sokmoo~
Jangey masey-masey mace kencingmasey..
(^_^)
huargggggggghhhhhhhh histeria..
dalam manyak2 nih.. 1je: apsal koto bebeno kusza? ngahahahaa.. nuunn, ade sampah kat tangge, air tumpah la.. ishkk.. eeeeeeeeee
apsal nak tampor lutut laju2? nanti kene speedtrap (cam kenal ayat ni. kecam orang bagi idea tuuu!)
ape kaitan ngan durian ha? durian is pretty n beautiful.. just like me. ngahahahaa~ so no1 shud hate them.. ohhhhhhh deriang..........i lap u!! with mop........ ohh~
eleehh.. 100visitors tu mesti orang tuh refresh manyak2 kali kan. sorang refresh 67 kali. mane tak 100visitors jadinye..
apsal nak live update? awak fofuler ke? artis mane2? xde kan? kalo artis pom, mesti dah ramai tutup tibi, bako paper, baling radio kut jambantan pulau pinang ketikamana berita awak disiarkan. ngahahaa..
jage bewak bebaek. mane tau, kut2 la die yang makan neko-chan...................
dah la.. bile dibayangi memori neko.... mood ngomen dah ilang. ngomel je datang : komen sambil comel.
daa~ salam..
pamie boroi
ko nak pesan kitab dr shbt mesir?aku nak jugak.aritu ko janji kan dgn aku?
yg psti bukan buku prmta yg ilang la.ko jgn slh phm lak.
diorg tu tido dlm kelas sbb nk tarik prhatian ko tuh..tu pun ta paham..
Salam.
Walaupun terasa macam nak membodek Kak Syafarah tapi terpaksa bersetuju dengan Ustaz Pamie. SAYA TAK SUKA DURIAN! TAK SUKA! TAK SUKA!
hahahahahahaha..!!!!!!mecem heremmm....tkencing2 aku gelak.
- pett -
syaf:
1. mane de kusza koto. tu ketas undi rosak yang dibuang oleh pet. ayor tu plak macik kleaner tengah cuci lantai. tapi ada posibility gak air tu ada orang tekencin sebab takut sangat nak undi masa tu kot. hahaha.
2. takpe saya dah pasang anti-speedtrap untuk tampo dan sepak laju2. spesel kes. wayar meter pon dah potong. takdenye die dapat detect. eh, dia tu sape?
3. say no to durian!
4. yelah yelah..blog saya tak ramai orang masuk cam blog awak.. ada 2juta visitor sehari kalah blog che det kan.
5. rasanya kalau compare saya ngan artis..mmg sah saya fofuler lagi. takyahla nak kuar ayat2 dengki..
6. biawak saya herbivor. die makan rumput je. dia tak penah ngumpat so die tak makan daging.
7. kenapa ada signature kat bawah tu yg berbunyi pamie boroi? adakah itu juga merupakan ayat2 dengki?
syaf buncit.
paah:
permata yang ilang dah ilang. susah nak cari skang nih. hahaha
ko nak pesan kitab ape aaa? aku dah terbuat2 lupe la plak. hahaha
jadahnye nak tarik perhatian aku? untuk ape? nak ngorat? mude sangat lagi form 2. takkan aku nak tunggu diaorang lagi 9 taun. reput la aku. hahaha.
kauthar:
yeeeeaaaayyyyy~ saya suka orang yang tak suka duriannnn! yeaaayyyy~
jom buat persatuan jom. dengan slogan say no to durian, kita akan mempertahankan kewibawaan kita pabila bertemu dengan durian. lancar perang! hahahaha.
pet:
nasib bek ko tak terberak.. kalo tak jenuh paih nak tolong basuhkan. hahahaha
permata yang ilang dah ilang.. macam tau je permate tu refer kepade ape (ke siape? huhu)................
assalamualaikum.terhapdate jge ye. hoho..
well.. interesting experience..
lala..~
pekehey nye orang perak tak suke durian!
mmg betoi ustaz tak hapdet lame
tapi saya yang selalu hapdetkan diri kat bilangan visitor tuuuuu
[berikan tepukan gemuruh ye ye!]
SALAM'ALAIK..~xhairan le bdak asrama tdo dlm klas, nak2 budak yg baru 1st time masuk asrama ni, xbese dgn keadaan dan persekitaran..asik teringat pemili malam2 buta~ruh dye menendang dgn persekitan tempat baru ke, mane le tahu~ sbb tu le tido tak lena...suroh la bdak2 tido ni berdiri or melompat ke, tarikh nafas~ kasik cergas~kasik minum air mineral ka~ slmt mgajar ustz
sama le.
saya pon x suke durian.
walaupon saye anak jati perak, tapi saya x suke makan durian.
bole buat persatuan ni ust, haha
i loike~~ *thumbs up*
#11 - time ngaja tu,aku akan tetiba senyap lalu soh sume org tgk aksi yang mencuit usus student yg tido itu smpi dia tersedar lalu malu ngn diri sendiri. heh.
#16 - mujur la tidak lagi pernah sergah sebegitu >.<!
#17 - baguih ler. makin ramai la geng yang bole di bawa ke camping. eheh
#19 - mmg pengunaan masa yang termaksima.
pahmie+kusi meja+kebun sawit+kamben+pening2 lalat = berjaya me-rait ketaih.
#21 - terbaeeeek la. mengundi dalam kotak. ahahahaha.
sekian.
habis la masa menjenguk saya untuk hari ini.
ps: hapsal ko nye comment ni gaye cm pesbuk? caya laa~~