Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 20, 2008

Fasa II Dah Bermula..Bila Nak Balik Zagazig?

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, February 20, 2008 | Category: , | 1 Kata Komenan

cuti fasa pertama sudahpun tamat..kuliah rasmi di Alazhar telahpun bermula..namun ana masih berada di Kaherah..pelajar2 disini sudah mula sibuk menaiki bas 24jim, 80palang dan sebagainya setiap pagi..bermujahadah kekuliah..sedangkan ana sendiri belum pulang2 ke Zagazig untuk memanjat kuliah lughah tingkat 4 ditepi sawah yang damai itu..ntah bila ana nak membalikkan diri ana ni..bertalaqqi dengan masyayih di sini meninggalkan seribu satu perasaan dalam seribu satu diri..apa yang pasti..semakin banyak yang ana pelajari..semakin terasa bahawa diri ana ni jahil..apepun..bila kembali mengingatkan niat asal ana datang ke sini..iaitu sebagai penuntut ilmu..maka alayya an atlubal ilma walau su'bah walau fi syiddah..supaya mak abah tak terasa kecewa dengan anak diorang yang sorang ni..mak..abah..doakan anakmu di perantauan ni dapat mengutip mutiara ilmu yang melaut dan melimpah2 ruah di bumi anbiya ini..

kali ni ana tertarik untuk menaqalkan satu juzuk perbincangan daripada perbincangan2 ilmiah yang dihadiri semasa pengajian Ust Aidil baru2 ini.."saye seorang gadis yang pernah berzina beberapa kali..selepas itu saya bertaubat lalu taqdir Allah menentukan saya dijodohkan dengan seorang lelaki yang baik..setelah hidup bersama beberapa ketika waktu..saya bahagia..namun jauh disudut hati saya terasa bersalah terhadap suami saya yang "juruh" tersebut kerana dia tidak mengetahui siapakah saya yang sebenarnya..adakah perlu untuk saya berlaku jujur kepada suami saya menceritakan bahawasanya saya ini sudah tiada dara.."

jika antum orang yang ditanya tentang soalan ini..apakah jawapan yang antum akan berikan? adakah antum akan bertindak syadid dengan menyatakan bahawa dia perlu menceritakan kepada suami tersebut secara qat'ie..ataupun antum bersifat terbuka untuk menyatakan dia hanya perlu berdiam diri dan terus menyimpan rahsia tersebut bersendirian..

jawapannya mudah..tepat..dan padat..gadis tersebut telah pun bertaubat..maka kenapa kita nak menghukum dia dengan perasaan serba salah tersebut..dia pun telah merasakan kebahagiaan dalam rumahtangganya kini..mengapa perlu dihancurkan rumahtangge tersebut..masalah kejujuran tidak dilihat dalam kes ini..Allah telahpun memberi peluang kepada gadis tersebut untuk bertaubat dengan menutup aibnya..maka kenapa perlu dibuka aib yang Allah telah tutupkan itu..jika Allah mahu buka aibnya..daripada awal perkahwinan lagi sudah tentu sang suami akan dapat merasakan sendiri bahawa isterinya sudah tiada dara..bayangkan selepas satu jangka masa yang bahagia jika diberitahu kepada sang suami tentang hal tersebut..pastilah berlaku gelojak yang besar dalam hati suami tersebut..jika tidak diberitahu..sememangnya ia satu mudarat..kerana tidak berlaku jujur..namun jika diberitahu pula..ia akan mengakibatkan mudarat yang lebih besar iaitu penceraian..maka lebih aula mengambil mudarat yang kecil untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar..[boleh rujuk kitab2 qawaid fiqhiah untuk lebih jelas tentang hal ini]

kita boleh ambil contoh sifat Rasulullah sendiri yang amat berat untuk menjatuhkan hukuman hudud terhadap seorang sahabat yang datang kepada Baginda dan mengaku dia telah melakukan penzinaan..Rasulullah memalingkan muka beberapa kali untuk memberi peluang sahabat tersebut menarik balik kata2nya dan pulang ke rumah..istifadah yang boleh diambil..Allah itu Maha Menerima Taubat..Innallaha yuhibbut tawwabin wa yuhibbul mutatahhirin..selagimana dosa yang dilakukan itu bukan syirik..maka disana masih ada peluang bertaubat..itulah yang patut kita terangkan kepada masyarakat dan bukannya mengambil sikap syadid dalam agama menyebabkan masyarakat menjadi takut untuk hidup dalam Islam itu sendiri..Islam itu indah..jika diamati dan diamalkan dengan sempurna..
kalam ana yang seterusnya ini ana tujukan buat para gadis yang pernah berzina dan telahpun bertaubat..ataupun mahu bertaubat..mungkin ada yang membaca yang pernah melalui seribu satu macam dugaan dan ujian seperti ini..anggaplah ini sebagai satu motivasi daripada ana..ana bukanlah pakar dalam bidang motivasi..namun kalam ana bukanlah basi..moga Allah dapat memberikan hidayah-Nya melalui wasitah kalam ana yang humble ini..

kepada antunna yang pernah melalui..mungkin ada yang sudah berkahwin..mungkin ada yang sedang bahagia..mungkin juga ada yang ditinggalkan buta2..mungkin ada yang sedang merana..setelah habis madu sepah dibuang..namun..percayalah..semua ini ada hikmahnya..bagi yang telahpun bahagia..jagalah hubungan dengan Allah supaya Allah terus jaga hubungan kebahagiaan rumahtangga yang telah terbina..bagi yang masih merana..pesanan ikhlas daripada ana..janganlah berputus asa daripada rahmat Allah..mungkin antunna ditinggalkan oleh lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab..mungkin antunna disisihkan oleh keluarga kerana malu dengan perbuatan antunna..mungkin antunna dipulaukan oleh kawan2 dan dituduh sebagai perempuan tak bermaruah..ingatlah satu perkara ni..Allah tak pernah meninggalkan antunna..Allah tak pernah menyisihkan antunna..Allah tak pernah memulaukan antunna..cuma antunna je yang sering melupakanNya..

mungkin dalam hati antunna cukup marah..cukup bengkek..cukup bengang..dengan lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab..mungkin lelaki bengong tersebut akan memberikan pelbagai alasan..mungkin juga ada sesetengahnya bersikap extreme memfitnah pula antunna dengan pelbagai fitan [jamak taksir bagi fitnah]..siapa yang tak bengang..kan?
namun..antunna sepatutnya tidak perlu berasa bengang dengan segala tohamahan tersebut..antunna pernah diuji..dan setelah bernekad untuk bertaubat..antunna akan masih diuji..cuma bentuk ujian itu je yang lain..syaitan masih lagi berjalan dalam pembuluh darah tu untuk menyucuk2 daripada segenap aspek supaya iman yang kita cuba bentuk tu goyang balik tiangnya..cuba berpegang dengan pendirian yang antunna telah tekadkan..untuk melupakan semua yang telah berlaku dan membina hidup baru..delete terus apa2 memori yang ada dalam kepala yang berkaitan dengan lelaki tersebut..jangan sekadar cut folder dan letak dalam subfolder yang lebih jauh dan kecil..ataupun jangan just hiddenkan folder tersebut..kerana apabila datang virus..folder yang dihiddenkan itu mungkin boleh terbuka kembali dengan sendirinya..maka bila dah datang virus..jenuh pulak nak update antivirus tu nak buangkan virus..nanti bile dah takde..cucuk pendrive mane2 virus tu datang balik..virus lain pulak ke..jadi..jalan yang paling mudah..delete je file tu..bukak file baru yang takde virus dan sentiasa update antivirus supaya file baru kite tu tak dimasuki virus lagi..[mesti korang penin ape hal tetibe masuk cite kompiter plak ni..]

ape yang ana maksudkan..virus itu adalah syaitan..antivirus tu adalah iman..dan untuk update antivirus tu..download la kat laman web..nak update iman kita..dengar la pengajian2 di masjid2..cd2 ceramah ke..tambah dengan amalan2 sunat..tapi sebelum tu..yang paling penting..jaga hubungan kita dengan Allah..mungkin sebelum ni kita kurang ambik cakne dengan solat fardu..kurang ambik cakne dengan aurat..pergaulan lelaki perempuan yang Islam dah bataskan tak dihiraukan..dan macam2 lagi lah yang menyebabkan Allah jauh dengan kita dan yang amik alih tempat dalam hati kita tu syaitan..sebagai pempuan..lagi la..iman dah la kurang daripada lelaki [sebab lelaki takde haid]..maka area2 yang boleh guna untuk ibadat tu..jaga la sungguh2..

sebagai jalan mudah..biarkan je apa lelaki tersebut nak buat..jangan dilayan die lagi..die nak fitnah..fitnah la..die nak cakap ape..biarkan die becakap selagi dia ade mulut..ingatlah satu syair arab.."api tu bila dah takde bende die nak makan die akan makan diri dia seniri.." sebab dilayan maka dia makin menjadi..ce buat dono je..las2 dia pun boring nak tebor fitnah..lupakan dia..kalau nak ingat pun..ingatlah dia dalam doa..doakanlah supaya dia mendapat hidayah daripada Allah untuk berubah..bagi diri antunna sendiri pulak..binalah hidup baru dan jangan sesekali jatuh dalam lubang yang sama due kali..jumpelah dengan ibu dan ayah..mohon maaf pada mereka..kalau ada yang tidak mahu memaafkan..takpe..janji tugas kita dah selesai..kita dah minta maaf..atas merekalah untuk memaafkan ataupun tidak..untuk menerima kita ataupun tidak..jika diterima seadanya..Alhamdulillah..jika tidak..teruskan berdoa moga Allah membuka hati mereka2 yang menyisihkan antunna untuk menerima seadanya..mungkin bukan sekarang doa tu maqbul..mungkin esok..mungkin bulan depan..mungkin tahun depan..mungkin 10 tahun lagi..kalau tidak pun..mungkin di Akhirat kelak..siapa tahu melainkan Dia yang Maha Mengetahui..begitu juga dengan soal jodoh antunna dimasa depan..tak perlu dirisaukan hal itu walau sekelumit pemikiran sekalipun..sesungguhnya telah Allah tuliskan jodoh setiap seorang daripada kita di Luh Mahfuz..walaupun tidak dicari..ianya pasti akan hadir bila sampai masanya..diulangi..bila sampai masanya..bila masanya? Allah jualah yang Maha Mengetahui..janganlah dirisaukan dengan tiadanya dara itu maka kompem takde laki nak kat antunna..berape banyak je gadis2 yang pernah hanyut satu masa dulu..dapat seorang suami yang baik..segala itu adalah ketentuan Allah..Ad-du'a silahul mu'min..doa itu senjata orang beriman..doa la banyak2 moga Allah memberikan kita pasangan yang terbaik buat kita..sambil dalam masa yang sama kita meng-upgrade diri dan iman kita agar Allah padankan dengan orang yang sepadan dengan kita..

sebagai langkah membina hidup baru..ingatlah satu qaul ni..biar hina dimata manusia..jangan hina disisi Allah..biar hidup merana didunia..jangan hidup terseksa di Akhirat sana..fokuskan diri antunna kepada pembangunan diri dan kerjaya..masa depan antunna belum gelap..bahkan berkemungkinan Allah nak mencerahkan masa depan antunna secerah spotlight funfair jaga hubungan dengan Allah..jaga solat..jaga puasa..jaga aurat..jaga cara pergaulan dengan lelaki ajnabi..percayalah pada taqdir bahawasanya Allah akan menolong hambaNya yang sentiasa bergantung harap kepadanya..sebukkan diri dengan melakukan kerja2 yang kita rasa seronok dengannya..[selagimana kerja itu tak bertentangan dengan syarak]..dengan cara itu boleh dapat melalaikan kita daripada mengingati kisah2 lama yang kita tak hingin langsung untuk ingat tu..ubah apa2 yang tak elok pada diri kita..kalau rasa tak mampu nak buat amal2 yang baik pun..jangan buat jahat..pegangla konsep tu..sebab dalam Islam seniri takde kompromi dalam suruhan meninggalkan perbuatan2 dosa..adapun suruhan terhadap mengerjakan perkara kebaikan..ia bergantung kepada sekadar kemampuan kita..bi mas tato'na..jika mahu disayangi lebih oleh Allah..buatlah perkara yang disukai oleh Allah banyak skit..khalas keda..=)

hingga berjumpa lagi di entri yang lain..
Wallahu a'lam..

Monday, February 4, 2008

Agazah fil Qaherah

Posted by The Pamiesz® | Monday, February 4, 2008 | Category: , | 1 Kata Komenan

assalamualaikum..salam perjuangan kepada para pembaca juga kepada sahabat2 sekalian..pertama kali ana menulis artikel sendiri di blog sendiri..tidak lebih untuk menceritakan bahawa ana tidak mempunyai banyak masa lapang untuk menulis..hanya sebelum ini ana mengutip artikel secara random dan dibubuh kedalam blog ni sebab rase cam tahpape kalau blog cantik tapi takde isi..tapi memandangkan ana rasa blog ni merupakan satu medan untuk berbicara..untuk meluahkan pandangan..isi hati..medan dakwah..medan perbincangan ilmiah..medan merepek..dan ape2 medan lagi lah..jadi ana meluangkan jugaklah sikit mase yang tak berape nak ade ni untuk menulis..

setelah bertempur dengan exam fasa 1 yang mencabar [mencabar la sangat..] cuti pun menjelma..cuti di zagzig sangat simple..hari2 dilalui dengan penuh simple..[simple la sangat..] masak..makan..basuh kain..sidai kain..main tenet..tgk anime..tido..penuh dengan perkara yang sangat mengembangkan otak..[fil haqiqah ianya mengembangkan perut..] maka tersentuhlah jiwa ana apabila mengingatkan kembali masa duk di rumah perak dulu..masa banyak diisi dengan bertalaqqi..lalu ana menjadi rindu dengan suasana tersebut..[idup dah lame melagha..mesti rohani nak cari makan jugak..] sederap dengan itu juge ana membuat keputusan untuk balik menetap di Qaherah buat sementara waktu cuti ini..

ditambah pula dengan musim ma'rad kutub yang ke 40..ana makin bersemangat untuk meraund melihat turath2 ilmiah daripada ulama'2 muktabar seluruh dunia [rahimahumullahu taala ajma'in] yang dikumpulkan di satu tempat itu..ade yang bekenan..beli..buat tambah koleksi maktabah ana sniri..[sambil membajet duit..kengkadang tepakai duit makan buat beli kitab..mmg pastu makan kitab..] masyaAllah tabarakAllah..ana terfikir..macamana ulama2 terdahulu boleh karang kitab berjilid2 macam tu..berapa banyak masa yang mereka ambik untuk mengarang kitab berpuluh2 jilid tu..dengan manhaj yang teratur..cara mereka menyampaikan ilmu yang ada dalam sudur mereka tu..subhanAllah..sesungguhnya Allah telah memilih mereka untuk berjihad dijalan-Nya melalui cara penulisan..moga2 ana buleh ikut jejak langkah mereka..amin..

kebiasaan bertalaqqi dengan Ust Aidil ana teruskan sepanjang cuti di Qaherah ni..timbul pulak rase nak bertalaqqi dengan masyayih di Jami' Alazhar..kesane kemari ana mencari sape yang ade jadual pengajian dakwah am di Jami'..dah dapat jadual..ana cari kitab2 tu semua di ma'rad..ade yang dapat ade yang tak..sebijik kitab ni ana pusing merate..tapi tetap ma fish..mush maugud.. kitab Ghayah Ma'mul syarah Warqatil Usul..bile tanye2 kat orang lame..rupe2nye blakang2 kat Hussein tu je die punye maktabah taba'ah die..tengah cetak lagi katenye..sile datang 10 hari kemudian..sekian dimaklumkan..

baki cuti ade lagi seminggu..minggu depan dengo2 cite da stat kuliah..[kalau dah stat pun..azhari yang sorang ni pegi nak dekat2 piksa nanti jugak..] fasa 2 ni tentunye lebih mencabar..ana ade 8madah untuk diambik serius..termasuk madah Al-Quran..bagi ana yang bukan seorang Al-Hafiz..tentunya ianya suatu yang agak berat untuk menguasai 8juzuk dalam masa hanya lagi 3-4 bulan ni..namun..rona berliku itu akan kutempuhi..ana sentiasa mengingatkan diri sendiri..jangan belajar untuk periksa..buat takat mane yang termampu..yang penting..ilmu..dan Allah memberkati dan meredhai dalam penerimaan ilmu tersebut..bas keda..doakan ana berjaya..

hidup sebagai 'budak lughah' amat menyeronokkan..marilah kite bersama hayati dan menguasai bahasa Al-Quran dan bahasa Syurga ini dengan penuh penghayatan..[jangan fanatik sangat dengan bahase ammi..sesungguhnye berkata-kata didalam bahasa ammi itu adalah bidaah! - dinaqalkan khas daripada Ust Hairul Nizam]

siiru ala barakatillah..=)