Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 12, 2009

Wahai Ostat, Apakah Hikmahnya Kita Tak Dibenarkan Baca Bacaan Solat Dalam Bahasa Zimbabwe?

Posted by The Pamiesz® | Saturday, December 12, 2009 | Category: , |

Salam aleik..

Walau macamana bangang dan bengap pon korang, korang tetap kena ambil tahu tentang bahasa Arab. Wah, secara tiba-tiba ayat macam ni keluar. Dengan tak ada muqaddimahnya, [tapi dah bagi salam kan?] tiba-tiba je masuk topik. Hehe.

Kadang-kadang kita bercakap tak payah muqaddimah pun tak apa. Terus straight to the point itu akan lebih mudah memahamkan orang lain. Pada sesetengah tempat la. Pada sesetengah tempat yang lain itu akan dianggap bercakap tanpa berhikmah. Jenuh jugak la tiap-tiap kali nak bercakap kena ada perempuan yang namanya Nurul Hikmah kat tepi kita kan. Kalau dia berada jauh di Ireland sana nun macamana pulak kita nak bercakap 24 jam dengan berhikmah? Susah.. susah..

Aku ni merupakan seorang yang rasa-rasanya agak susah kot nak bercakap dengan berhikmah. Tak reti sangat nak kona-kona jauh dengan bersopan sambil drift tak menumpahkan tauhu dan air dalam cawan kat jalan Simpang Pulai nak ke Gua Musang sana nun. Tapi bagi pendapat aku yang mana pendapat ini langsung aku tak ada rujuk kat mana-mana kamus dewan bandaraya ataupun mana-mana kitab kuning, kitab biru mahupun kitab kaler pelangi, aku rasa kalam yang berhikmah tu terpulang kepada situasi kalam itu dicakapkan.

Tak semestinya kalam berhikmah itu secara mutlaknya adalah bermaksud cakap baik-baik, elok-elok, bersopan santun, guna bahasa baku dan perkataan yang langsung tak boombastik, gelak pun berbunyi kecil dan sambil menutup mulut yang berbau sebab dah 2 minggu tak gosok gigi, tak ada langsung unsur-unsur marah, cakap pun berkias-kias sampai orang tak faham langsung kiasan tu, dan sebagainya.

Kadang-kadang, cakap marah-marah, emosyenel, guna bahasa yang tak tergambar dek orang lain, kejian secara direct dan keras, menengking, meninggi suara, juga boleh jadi suatu kalam yang berhikmah. Tapi tentunya ada tempat dan stagenya kan? Orang yang tiap-tiap kali bercakap tahu nak mengarah-arah orang, nak marah-marah sambil menempeleng dan melempang sana-sini, tu bukan berhikmah. Tu namanya panas baran dan biasanya orang panas baran ni selalu menyesal dengan apa yang dia dah cakap dan buat. Korang setuju tak dengan apa yang aku cakap ni? Baik korang setuju. Sebab aku pun rasa macam tak setuju mana je dengan apa yang aku cakap ni. Hahaha.

Stage mana yang memerlukan kita untuk berkeras dan berkasar? Tentunya lepas dah lalu stage berlembut dan berhikmah. Dah cakap elok-elok, dah penat perli sambil tersenyum-senyum, dah nasihat sampai berbuih-buih Nescafe tarik, apalah salahnya sekali sekala menjerit sambil menumbuk dinding sampai berlubang kan. Yang sakit tangan dia jugak, biarkan je. Tapi bagi yang melihatnya, tentu ada efek. Walaupun tangan tak sakit tapi hati pasti ada satu perasaan lain. Perasaan terketuk.

Ada sesetengah orang yang tak makan saman dengan kelembutan, maka orang-orang sebegini perlukan sedikit ‘kekerasan’ untuk mengetuk hati dia yang juga dah jadi sesuatu yang keras. Benda keras, takkan nak ketuk dengan span nak bagi pecah. Yang keras mestilah kena ketuk dengan yang keras juga. Contohnya, ketuk la pakai kertas ke, ibu jari kaki ke, sikat plastik ke, bil streamyx ke, ikut korang la mana-mana benda yang korang rasa keras. Jangan ikut aku sangat sebab aku fail sikit fizik jadi tak tau sangat nak beza benda keras atau tak. Hahaha.

Sebenarnya kalam berhikmah ni untuk apa ye?

Pernah ke kita dengar orang kata,

“Pergi panggil roommate ngko tu makan nasik dengan berhikmah ye.”

ataupun

“Semalam aku pergi kedai buku CPY dan membeli buku dengan berhikmah.”

ataupun

“Kita perlu dengan berhikmah!” Dengan nada yang sangat bersemangat bagai di pentas politik.
“Dengan berhikmah apa encik?”
“Dengan berhikmah la. Kita memang perlu!”
“Yelah tau la. Tapi apanya yang perlu berhikmah?”
“Perlu berhikmah lah!”
“Sudahlah encik. Kami tak paham. Encik cakap la sorang-sorang kat situ”

ataupun

“Pejabat pos itu terletak di kawasan yang sangat berhikmah.”

Sebenarnya kalam berhikmah ni kita memang sangat-sangat perlu ketikamana kita nak menegur orang. Tentunya setiap teguran pastilah kerana ia merupakan satu kesalahan. Ada ke orang tegur orang buat benda betul? Zaman sekarang banyak je. Tapi sepatutnya memang tak ada la. Orang mereng je yang wat kije gitu. Contohnya macam mamat bongok kat bawah ni:

“Man, kalau aku nampak skali lagi ko makan nasik guna tangan kanan, aku pecahkan cermin kereta ferari ngko!”

ataupun

“Kalau aku nampak je hang pakai tudung keluar rumah, aku cerai hang talak sebanyak pepasir di pantai teluk batik.”

Yang lagi tak boleh tahan,

“Kalau aku nampak je hang pakai baju bila keluar rumah, aku cerai hang talak sebanyak pepasir di pantai teluk cempedak.”

Tak ada kot orang cakap ayat macam ni. Tapi tak mustahil jugak ada. Ramai je suami-suami dayus yang tak suka bini dia pakai tudung bila keluar rumah. Lurah dada pulak kena bagi nampak la baru best kot. Baru la suami-suami orang lain kat luar sana tu terliur tengok bonjolan padu tu dan boleh cepat-cepat balik rumah. Tu pun kalau cukup beriman dia balik rumah sendiri cari bini dia sendiri buat lepas geram. Kalau yang iman chipsmore tu, balik jugak rumah. Tapi rumah tumpangan la, balik dengan rakan sepejabat a.k.a bini orang lain yang mempunyai bonjolan yang lebih menarik boing-boingnya gamaknya. Na’uzubillahi min zalik. Lelaki-lelaki yang bujang pulak? Lagi kesian… dinding bilik ayor jugak la akhirnya yang menjadi mangsa untuk dicakar-cakar. Ish..ish..ish..

Aku nak cerita benda lain asalnya kan? Dah agak dah. Memang aku sokmo cakap berkona sambil berhikmah. Kahkahkah.

Cari yang ada kaitan jugaklah kan.

So, untuk hari ini aku yang banyak tido ni ingin berkongsi dengan kalian semua tentang hikmah mengapa kita tak dibolehkan untuk membaca bacaan selain bahasa Arab dalam bacaan solat kita. Ada kaitan jugaklah tu. Kalam berhikmah dan hikmah perlu membaca dengan bahasa Arab dalam solat. Tang mana kaitannya? Tu.. tang perkataan hikmah tu. Hehe.

Sebab tu di awal-awal tadi aku dah sebutkan. Walau macamana skalipun tahap kebangangan kita dalam bahasa Arab, kita kena juga ambil tahu tentang bahasa Arab sebab dengan bahasa inilah yang menjadi pertuturan kita dengan Allah dalam solat. Kalaupun tak mampu untuk ambil tahu tentang qawaid bahasa Arab dan balaghah yang terdapat dalam setiap bacaan Al-Quran tu, alal aqall (paling kurang) pun kita wajib tahu macamana cara untuk baca bacaan solat dengan betul dan bertajwid. Atas sikit daripada kurang, kita kena ambil tahu makna bacaan tersebut yang mana ianya mampu meningkatkan kekhusyukan kita sewaktu solat menghadap Ilahi.

Solat merupakan doa kita, munajat kita, pertuturan kita, pengharapan kita, penyembahan kita, penghambaan diri kita dan penyerahan untuk tunduk semata-mata kepada-Nya sebagai Pencipta.

Al-Quran pula merupakan kalam-Nya yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril alaihissalam kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan bangsa Arab Quraisy sebagai panduan hidup untuk seluruh ummat manusia.

Al-Quran merupakan kitab yang penuh dengan nasihat, panduan, galakan untuk melakukan kebaikan, ancaman bagi perbuatan kejahatan dan syirik, puji-pujian, kisah-kisah Nabi terdahulu, kisah-kisah yang akan datang yang terdiri daripada perkara-perkara sam’iyat seperti terjadinya Hari Kiamat dan macam-macam lagi lah. Complete semua sudut kehidupan duniawi dan ukhrawi!

Maka keagungan dan ta’zimnya Quran itu dapat dirasakan oleh imam dan makmum ketikamana bacaan solat dibaca dengan bahasa asal Al-Quran diturunkan iaitulah bahasa Arab.

Katalah korang peminat setia Siti Nurhaliza. Pernah tak korang jemu dengar lagu yang sama kalau dimainkan berulang-ulang kali? Cuba mainkan lagu daripada album pertama dia, jerat percintaan contohnya, berapa lama sangat korang nak dengar ulang-ulang kali? Sampai satu masa mesti korang jemu juga. Keluar je album kedua dia, korang pun layan lagu aku cinta padamu sampai 8inci tebal taik telinga. Masa tu tak layan mana dah lagu jerat percintaan sebab dah jemu.

Oklah, apa barang layan Siti Nurhaliza. Jiwang nak meninggal. Maka korang pun layanlah Colbie Caillat yang lebih seksi, dada lebih tersembul dan lagu lebih best katanya. Lalu korang pun ulang-ulangla dengar lagu lucky yang menceritakan tentang seronoknye bercinta dengan bestfriend. Dah keluar album baru, masa tu korang pun dah jatuh hati kat orang lain pulak maka tak layan dah la lucky masa tu. Terus pasang lagu fallin for you sampai muntah-monggek dengonye. Maka lucky dah tak lucky sebab dah jemu. Mesti jemu.

Tapi pernah tak korang rasa jemu bila dengar imam baca Al-Fatihah setiap kali solat? Dah 40 tahun kan korang hidup. Pernah jemu?

Tak pernah!

Tak payah imam lah. Korang bukan rajin berjemaah pun. Solat pun biasa hujung-hujung waktu je kan? Takpelah tu, korang solat jugak kan. Jadi, waktu korang solat sorang-sorang dalam waktu yang nak habis yang pahala ntah tak tentu dapat ke tak tu, korang pernah tak rasa jemu baca Fatihah hari-hari dalam solat?

Mestilah tak pernah rasa jemu..


“Boring jugak hari-hari baca Fatihah. Hari ni nak baca novel ketika cinta bertasbih pulak la dalam rakaat pertama. Boleh tak? Ayat dia sastera boleh tahan gak. Indah gak pe.”

Jawapannya tak boleh. Sebab apa? Sebab KCB bukan Quran! KCB bukan kalam Allah dan tentunya KCB takde sebarang mukjizat.

Dalam mazhab Imamuna Al-Syafie radhiyallahu anhu wa ardhah, tak boleh seseorang itu membaca bacaan solat selain bahasa Arab tak kira samada dia mampu baca bahasa Arab atau tak.

Kalau tak mampu misalnya, memang lidah tu dah tergeliat 17 menyebabkan langsung tak boleh baca bacaan Arab ataupun lebih tepatnya tak fasih la, maka bolehkah dibaca bacaan solat dalam bahasa Zimbabwe misalnya?

“Allah Maha Gedi!” ketika takbir diangkat oleh orang jawa.

“Allah Maha Ganal!” ketika takbir diangkat oleh orang banjar.

Mazhab kita tetap tak membenarkannya. Sebaliknya, bagi golongan yang lidahnya tergeliat ni, mereka hendaklah menggantikan bacaan solat dengan bertasbih SubhanAllah ataupun bertahlil La ilaaha illAllah dan tetap tak boleh menggantikan bacaan solat dengan bahasa selain Arab.

Imamuna Al-Syafie radhiyallahu anhu wa ardhah menetapkan hukum ini berdasarkan dalil daripada Surah Yusuf ayat 2:

12:2

Sesungguhnya kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.

Maka bahasa Zimbabwe itu bukanlah dipanggil Quran. Dan Quran itu merupakan satu mukjizat, termasuklah dari sudut lafaz dan maknanya, maka mukjizat Quran melalui lafaznya itu akan hilang dengan hilangnya nuzum arabi jika ia tidak dibaca. Maka disebabkan itulah tidak diharamkan membaca apa-apa ayat daripada bahasa Zimbabwe mahupun bahasa Papua New Guinea bagi mereka yang berjunub ataupun haid. Kerana bahasa selain Arab adalah bukan Quran. Dan apabila ia bukan Quran maka tidaklah ada I’jaz di dalamnya.

Adapun dalam mazhab Abu Hanifah Nu’man radhiyallahu anhu wa ardhah, bagi mereka yang mampu untuk membaca bacaan dalam bahasa Arab maka tak dibolehkan menuturkan dengan bahasa selain Arab akan tetap jika tidak mampu untuk menuturkan dalam bahasa Arab maka dibolehkan untuk membacanya dengan bahasa selain Arab.

Ijtihad beliau mengatakan bahawasanya yang wajib dibaca dalam solat adalah bacaan Quran dari sudut yang penting lafaz itu menunjukkan ianya adalah kalam Allah yang mengandungi nasihat-nasihat, galakan membuat kebaikan, ancaman kepada kejahatan, puji-pujian dan sebagainya yang telah kita sebutkan sebelum ni, bukanlah makna mutlak ianya dari sudut lafaz Arab.

Pandangan ini (bahawa dari segi antara satu lafaz dengan lafaz yang lain bahasa tiada bezanya) berdalilkan firman Allah subhanahu wa taala dari Surah Al-Syu’araa ayat 196:

26:196

Dan Sesungguhnya Al Quran itu benar-benar (tersebut) dalam kitab-kitab orang yang dahulu.

Dan juga firman Allah dari Surah Al-A’la ayat 18-19:

87:18
87:19

Sesungguhnya Ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu, (yaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa

Wallahu Taala A'la wa A'lam..
pabila kita mendapat suatu ilmu yang baru jangan lupa ucapkanlah syukur dan sentiasa bacalah

رب زدني علما
Rabbi zidni ilman
Ya Allah Ya Tuhanku tambahkanlah ilmu aku


bape kali dah aku pesan. jangan lupa baca Quran. jangan biar dia berhabuk je dalam lemari tuh.


Currently have 13 Kata Komenan:

  1. hepi besday makkk!!!! sanah helwah ya umi!! <-- ade kaitan x? ade.. barab tuu~

    ok2.. muqaddimah bes.. hahaa..sama panjang ngan content

    content pon sangat sarat dengan pengisian. tido 40jam tuh, dapat ilham ke wat entry nih??

    baru paham kenape n apekah dalil2 yang digunekan ulama' untuk menetapkan bacaan dalam solat WAJIB dalam lughatul arabiah..

    tapi kan, ade persoalan tentang: menyebut perkataan laen selaen dalam solat tetapi dalam barab jugak. misalnya: menguap pehtu sebut astaghfirullah al azim.. makanya, nggak buleh juga bukan?

  2. nggak buleh ya syaf? ku ingat buleh..puji2an dlm bhs arab boleh..cume bhs melayu @ bhs jepun n laen2 bhs jek x ley..ke aku silap??cies, sape yg menyebar2 kan idea ni ek?

    sila komen sket tuan blog

    -anak murid tumpang belajar-

  3. penuh ilmu; mukadimah pon cantik sangat.. aku suka baca. blog yg biasa!_ penyampaian luar biasa, lain dr yg lain. tahniah!

  4. Sapa kate xleh bahasa zimbabwe??

    nak jadi pengikut ayah pin Ostat pamie ni...Banyak sangat main auto clave!Hahaha...

  5. hahahaaa.. bahye otoclave nih rupenye ye..ishk2..ramai dah le kekawang saye yang jadi pengikut ayah ping..oh,saye pom gune otoclave!! tidddaaaakkkk!!!!!!

    cop2..otoclave ade ke disebut sebagai wahyu kepade ayah ping? ke pakcik kahar? surah autoclave kot namenye..

    tapi, alhamdulillah pakcik kahar dah insaf....... (mudah2an taubat nasuha..bukan sebab nak lepaskan diri.. ishk,diri ni pom manyak dosa..)

  6. ada ke pakcik kahar..

    Abang kahar la!

    hoho!

  7. syaf:

    epi besday totooooo~ [bile besday dia?]

    tentang persoalan tu: [paah kulit oren ko tengok skali jawapan ni. kang aku maleh nak ulang skali lagi kat bawah. penat tau copy paste. haha]

    sebut perkataan lain yang ada makna, batal solat.

    contohnya kita cakap "kul"
    maksudnye: makan le

    maka batal solat.

    adapun perkataan zikir ataupun doa yang merupakan pertuturan kita dengan Allah itu dibenarkan dan tak membatalkan solat.

    cite pasal doa, elaborate sket tentang bersin.

    kalau bersin dalam solat, bole tak nak ucap alhamdulillah?

    bole.

    then bole tak orang seblah yang dengo ucap yarhamkallah?

    tak bole. batal solat. sebab ucapan tu bermaksud "moga Allah merahmati kamu" ini becakap dengan orang len sebab ada dhomir kaf tu dan ia ditujukan untuk orang seblah. bukan pertuturan dengan Allah.

    tapi kalau sebut yarhamhullah?

    bole. tak batal solat. sebab tu maksudnya "moga Allah merahmati dia" ini merupakan doa dan pertuturan dengan Allah. bukan direct sembang ngan orang seblah.

    jadi, balik pada soalan asal. menguap sebut astaghfirullah. bole ke tak? hah, jawapla. tadi dah blajo. jawap cepat. tak dapat denda bediri atas kusi kat luar kelas sambil junjung meja. haha.

  8. paah:

    aku dah tulih apa aku nak tulih kat ateh. kalo ko request untuk aku copy paste balik, i refuse. kotowaru! kekeke

  9. komander:

    time kasih. takde le luor biasa sangat. merepek sume orang bole kan? hehehe.

  10. ostat, macam mane pulak kalau quran tu dier translate dalam bahasa inggeris pastu wat kitab... xde bahasa arab... buleh ke baca gitu saje...

  11. imranulkhalis:

    sori pokcik. saya tak penah men pon otoclave. otopilot lagi la. otoosan pon same gak. apatah lagi soto.

    eh, pokcik tau tak katne ayah pin duk? kat napkin baby. muahahaha.

  12. hubahuba:

    Syeikh Ahmad Al-Hajain hafizahullah pernah jawap soklan ni. beliau kata terjemahan Quran bukan Quran. jadi ia tak dihormati sepertimana kita menghormati mushaf Quran yang bertulis dalam bahasa arab. terjemahan boleh baca dan pegang tanpa wuduk. wallahu a'lam.

  13. ASSALAM ALAIKUM

    ...salam ziarah


Leave a Reply

There was an error in this gadget