Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 17, 2009

Perutusan Khas YAB Dato Seri Iblis Setan Al-Rajim PJK, AMN, SD, LA Sempena Maal Hijrah

Posted by The Pamiesz® | Thursday, December 17, 2009 | Category: , |


Salam maal hijrah kepada semua umat Islam tak kira di mana sahaja anda semua berada. Moga Allah sentiasa merahmati kita. Marilah bersama kita menghayati erti hijrah yang sebenar.

Berikut ini adalah perutusan khas daripada YAB (Yang Amat Bangang) Dato Seri Iblis Setan Al-Rajim PJK (Percaya Jangan Katdia), AMN (Ahli Mastautin Neraka), SD (Sangat Durjana), LA (Laknatullahi Alaih). Perutusan ini ditujukan kepada seluruh ummat manusia yang masih Allah bagi nyawa untuk hidup di muka bumi ini hingga berjaya menjenguk tahun baru hijriah 1431H.


Wahai sekalian manusia cuai yang bongok lagi bangang sebab ikut aku:

Masa berlalu tahun silih berganti. Aku telah dapati kebanyakan manusia kini berada dalam kejahilan. Aku sangat seronok dengan keadaan ini. Yipppiii~

Masa berlalu tahun silih berganti. Tapi ngkome semua sebagai manusia tetap makin lama makin jahil. Sesama muslim berperang, bergaduh, berkhilaf sampai mencalar aqidah. Memang ini lah yang aku tunggu-tunggu sekian lama. Setan-setan anak buah aku kat dalam neraka pun macam dah boring tunggu ngkome semua datang tolong jadi kayu api nak bagi marak lagi neraka jahannam ni. Cepat-cepatlah rosakkan aqidah sendiri sampai jadi kafir. Apa barang neraka sejuk-sejuk. Lagi panas lagi cool. Lagi azab lagi puas hati. Kan?

Masa berlalu tahun silih berganti. Sejak zaman Nabi Adam dulu lagi aku dah penat nak goda ngkome manusia ni. Sampai saat ni dah bape ploh juta million manusia aku berjaya sesatkan aku pun dah tak larat nak kira. I’m bery the hepi lah. Takkan ngkome tak hepi sama kot? Bergumbira la weh. Dapat temankan aku dalam neraka. Tak cukup best ke? Penat-penat aku doa kat Allah supaya dapat kekalkan nyawa aku sampai kiamat, ngkome tanak jadi follower aku pulak. Janganla bagi aku frust.

Masa berlalu tahun silih berganti. Aku pun dah tua. Tinggal komander-komander dan jeneral-jeneral aku je yang selalu punch card datang kerja. Aku nak pantau pun dah malas dah. Actualy, tak payah pantau pun takpe dah. Sebab aku tau anak-anak buah aku ni mana pernah mengulat. Disiplin dorang tinggi tak macam korang. Korang dasat lagi daripada setan pasal kerja mana pernah nak kira berkat halal haram korang sapu je mane dan kan. Punch card pun orang lain yang buatkan. Korang sedap tido kat umah. Tengok macam kitorang, mana pernah ponteng kerja walau sesaat untuk membisik-bisikkan kejahatan dalam perut ngkome tu. Banyak kali dah aku kata suruh contohi motivasi kerja kami para syayatin. Korang yang nak jadi jahat lagi daripada kitorang. Nak buat camne. Syukur jelah ada yang nak duduk lagi lama kat neraka daripada kitorang.

Masa berlalu tahun silih berganti. Geng aku para yahud dan nasara dah makin power. Lagi la aku seronok. Ummat Islam kat Palestin dah takde sape sangat yang nak ambik peduli. Semangat pentingkan asobiah negara masing-masing tanpa mengira konsep asal ‘semua negara Islam itu satu’ adalah satu ideologi yang amat diagung-agungkan dan merupakan slogan kami para syaitan. Berpecah la lagi weh. Buat apa nak peduli negara lain punya penderitaan. Janji perut korang kenyang sudah. Dorang sume pandai-pandai la dorang nak hidup. Takde kaitan pun dengan korang kan.

Masa berlalu tahun silih berganti. Frust jugak aku sebab banyak lagi tempat-tempat yang geng-geng aku yahud nasara tak boleh masuk. Tapi kefrustan aku tu hilang macam tu je dan aku boleh pulak tetibe buat party berdisko berdansa bergumbira dan berseronok sebab walaupun geng aku tak boleh masuk banyak tempat, tapi pemikiran dorang dah berjaya masuk dengan jayanya dalam kebanyakan tempat. Eh, semua tempat kot. Banzaiiii~

Masa berlalu tahun silih berganti. Makin lama makin best la tengok keadaan sekarang hiburan kaw-kaw punya manusia agung-agungkan. Hiburan melampau ni asalnya aku yang galakkan. Aku yang cipta. Yang tolong sebar-sebarkan tu geng aku la yahud nasara. Tapi tula tak sangka pulak orang Islam banyak jugak nak ikut aku. Nisbah manusia yang pergi anugerah skrin dengan manusia yang pergi ceramah maal hijrah pun macam langit dengan bumi. 5000 : 1 ada kot. Orang yang pergi konsert twisties bingit kalau nak compare dengan majlis tahlil yang setengah orang kata bidaah masuk neraka tu, memang kompem la majlis tahlil takde orang nak pergi. Almaklumlah, manusia memang takutkan neraka. Takut jelah. Tapi tak pernah usaha nak hindarkan pun. Tu satu perangai manusia yang aku memang suka lah. Cayalah korang. Pergi konsert tau. Jangan pergi majlis tahlil.

Cukup jahat tak muka aku ni?

Masa berlalu tahun silih berganti. Tapi manusia tetap sama. Tamak dengan harta benda dan dunia. Allah pun korang letak belakang. Lebih banyak lupa daripada ingat Dia. Aku pun takut dengan Allah. Sehebat-hebat aku, takde la aku nak mengaku aku tuhan. Tapi manusia ada yang mengaku tuhan. Firaun tu rasanya nak mengaku geng pun aku tak berani kot. Pasal jahat-jahat aku pun aku tau Allah tu tuhan aku. Cuma aku boleh kata dia kongsi title jela dengan aku. Title LAKNATULLAH. Pangkat besor jugak tu.

Masa berlalu tahun silih berganti. Sekarang Firaun dah takde. Menteri dia si Hamman pun dah takde. Tapi perangai diorang sampai kiamat ada. Perangai dorang tu pun perangai aku la asalnya tu. Kalaupun manusia sekarang tak mengaku jadi tuhan, tapi berbangga-bangga dengan pangkat dan berlagak besar dengan menghina-hinakan manusia lain yang tak berpangkat, itu memang kompem perangai Firaun. Memang manusia gila pangkat. Dan sebaik-baik manusia di sisi aku adalah manusia yang gila kejar pangkat dan harta sampai lupa bahawa dia ada tuhan yang bernama Allah. Tolong la weh. Tolong la wujudkan lagi ramai Qarun yang mengumpul-ngumpul harta kemudian tak dibelanjakan ke jalan fisabilillah. Nak tolong aku ke tanak ni? Tolongla jadi geng aku duduk dalam neraka beraircondkan bahang api yang menyeksakan ni. Ada geng terubat sket kebosanan aku ni.

Masa berlalu tahun silih berganti. Ngkome sekalian manusia semakin malas untuk solat dan puasa. Yang lupa terus lupa tak ganti-ganti. Niat nak ganti pun langsung tak timbul. Daripada malas mula-mulanya, terus jadi ingkar. Nak buat apa solat. Buang masa lah. Kualiti kerja pun jadi kurang kalau pergi solat 5 minit. Tenaga pun takde nak kerja kalau tak makan tengahari bulan ramadhan. Daripada fasiq sebab malas, alang-alang baik jadi kafir sebab ingkar kewajipan solat dan puasa kan? Alang-alang masuk neraka, baik stay selama-lamanya. Alang-alang kena bakar, baik jadi kayu api. Betul tak? Sokong la woih. Tepuk la sikit aku bagi ucapan semangat-semangat ni. Takkan takut kot?

Masa berlalu tahun silih berganti. Kiamat pun dah dekat. Tanda-tanda dah banyak kelihatan. Manusia-manusia yang berpakaian tapi telanjang dah merata dunia ada. Celik je mata dah boleh nampak senang-senang. Internet tanpa sempadan tanpa batasan. Syariat akhlak campak belakang la woih. Tak relevan dah nak amalkan semua tu. Media-media akhbar mahupun elektronik jadi pasar untuk jual beli maruah perempuan. Pembaca berita iklan syempu drama dan movie semua berlumba-lumba nak tayang aurat perempuan yang bakal dibakar sama-sama dengan aku dalam neraka nanti. Tu yang buat aku tambah excited tu. Kata kunci bagi kebanyakan maksiat adalah perempuan. Tahniah wahai perempuan-perempuan di luar sana. Anda bijak memilih masa depan anda bersama-sama kami para syaitan. Goda la lagi lelaki-lelaki tu. Iman dorang bukan kuat mana pun. Tarik dorang sama-sama ramai-ramai. The more the better. Don’t worry la coz neraka ni luas. Ramai boleh sumbat dalam ni. Kalau sempit sekalipun himpit-himpit sikit pon takde masalahnya. Kat konsert kat pasar surehebohsurekecoh pun boleh je himpit-himpit siap boleh melompat-lompat. Takkan kat neraka tak sanggup dah kot. Relek la beb. Kita konsert kat neraka pulak oke. Lebih meriah dengan nyalaan api yang membakar semangat! Yeah! Yeah!

Masa berlalu tahun silih berganti. Ni dah nak masuk tahun 1431H. Korang bukan ingat pun perjuangan Rasulullah 1431 tahun yang lalu. Korang cakap je korang Islam. Korang cakap je korang beriman. Tapi korang sayang aku lagi daripada Nabi korang kan? Aku tau dah. Kalau tak masakan korang ambik tau tentang biografi artis lebih banyak daripada biografi Nabi korang. Korang kagum lagi dan lebih ambik tahu dengan sejarah manusia pertama yang naik ke bulan daripada korang kagum dan ambik tahu dengan manusia pertama yang naik ke langit masa Israk Mikraj. Tak minat pun kan dengan ilmu-ilmu ugama? Bagusla. Aku pun tak minat jugak. Tak payah ambik tahu lah. Ilmu-ilmu ugama tu semua nak bagi jamin korang masuk syurga. Tak payah la masuk syurga ek? Ek?

Teka sape nama makhluk ni kalau korang hebat sangat sejarah?

Masa berlalu tahun silih berganti. Masa tu kan aku hasut puak kafir Quraisy macam-macam. Dorang memang jahat la masa tu. Tapi kira baik la sebab dorang ikut cakap aku. Aku sangat suka. Aku hasut dorang pulaukan orang Islam. Sekat bekalan makanan. Sekat ekonomi. Seksa sampai dorang keluar daripada Islam dan kembali sembah berhala dan mensyirikkan Allah. Tapi Allah bukakkan jalan pulak untuk dorang hijrah. Frust lah aku. Memang menonggeng-nonggeng punya frust. Sebab hijrah tu menjadikan Islam lebih kuat. Menjadikan seluruh ummatnya bersatu padu. Sifat mahmudah memang sori la aku nak suka. Memang aku benci gila-gila punya benci. Korang suka sifat mahmudah? Aku benci korang!

Masa berlalu tahun silih berganti. Makin tambah tahun makin ramai mak bapak yang tak nak didik anak-anak dengan didikan agama. Macam ni la baru happy family keluarga bahagia. Tabur anak-anak dengan kemewahan dan suruh dia jadi sekular sampai dia lalai daripada ingat Allah. Tak payah hantar anak pergi sekolah agama. Sekolah agama tu jumud. Nanti dah besar anak duduk kat pondok je. Tak boleh pakai BMW tak boleh pakai MERC. Baik hantar dia pergi harvard ke oxford ke. Untung-untung duduk sana boleh berzina sekali dua dengan mat minah salleh. Tak payah mat salleh minah salleh pun takpe. Zina sama-sama kawan pun boleh. Sumbang mahram kalau boleh buat lagi terpuji. Syaratnya mak bapak ni ha awal-awal janganla bagi basic didikan agama kuat-kuat kat anak-anak. Biarla iman dia jenis iman nak tak nak je. Kalau dia fail periksa pulak tolonglah didik hati dorang supaya cepat-cepat bunuh diri dan tak ingat Allah. Senang tambah penduduk neraka geng-geng aku ni ha. Tak payah aku penat-penat nak tolong hasut. Ngkome sendiri jadi volunteer. Senang kerja aku.

Masa berlalu tahun silih berganti. Syariat hijrah dah tertutup dengan adanya pembukaan Makkah. Tapi tetap Allah kekalkan konsep hijrah daripada kejahatan kepada kebaikan. Daripada kemaksiatan kepada ketaatan. Rasulullah ajar hijrah untuk lawan aku dan hawa nafsu. Bestfriend aku ni hawa nafsu ni. Kami berdua sering dikalahkan oleh manusia durjana yang kuat berjihad. Apa kitorang suruh tak pernah dia nak ikut. Apa kitorang larang tak pernah dia tinggal buat. Asyik-asyik nak ikut Allah. Asyik nak ikut Rasulullah. Kurus la kitorang ni sebab tak dapat hasut orang-orang jenis kuat berjihad lawan hawa nafsu ni. Korang tak kesian ke tengok kitorang kurus kering je tinggal rangka tengkorak ni? Kesian laa. Kesian laa. Jom la masuk neraka. Jom laaaaa. Jom la weeeeeehhhhhhh!

Masa berlalu tahun silih berganti. Tiap-tiap kali tahun baru ngkome kata ada azam baru. Tolonglah. Tolonglah tahun ni janganlah azam untuk tinggalkan maksiat. Tolonglah jangan berazam untuk bertaubat. Aku kesunyian nanti. Korang azam la benda celaka-celaka sikit. Azam nak bunuh orang ke, nak zina 100 orang perempuan ke, nak mati kafir ke, yang penting buat la benda-benda yang boleh menyebabkan korang masuk neraka sama-sama dengan aku. Aku betul-betul berharap ni. Tak nak la neraka kosong nanti. Aku suka sangat dengan orang yang suka cakap pepatah “kalau semua orang nak masuk syurga, sape yang nak isi neraka?” orang-orang camni la yang jadi syiar dan panji aku. Super happy dengan wujudnya manusia-manusia camni.

Masa berlalu tahun silih berganti. Aku dah penat berkata-kata. Aku hairan dengan manusia yang Allah bagi martabat yang boleh jadi lebih tinggi daripada malaikat. Tapi manusia jugalah yang banyak sengaja mencampakkan diri mereka untuk jadi hina lebih hina dari sehina-hina martabat. Siapa yang ikut aku, kehinaan dan laknat Allah menanti. Yang pasti, aku takkan pernah berputus asa untuk goda manusia.

Walau berapa lama masa berlalu..

Walau berapa banyak tahun berganti..

Aku tetap penghuni tetap neraka jahannam yang marak membakar..

Aku tetap mencari-cari manusia yang boleh aku heret bersama-samaku..

Aku tetap aku..

Aku tetap iblis yang Allah laknat..

Sekian.



Yang benar tapi tetap bersalah kerana tak sujud pada Adam,
YAB Dato Seri Iblis Setan Al-Rajim PJK, AMN, SD, LA


Macam-macam rupa setan yang diimaginasikan oleh manusia. Walau macam mana pun imaginasi dan fantasi itu, manusia tetap tak mampu nak bayangkan betapa buruk dan hodohnya rupa sebenar iblis dan syaitan. Sangat-sangat buruk hodoh dan yang penting.. keji. eeeeee..

Currently have 14 Kata Komenan:

  1. salam..

    eh, awak ni.............adekah selame ni............ saye............ arghhhhh...... adekah awak setan?? apekah name sebenar awak?! pamie kah?!! cakap benar lekass!!

  2. hanya mampu membisu... "^_^"

    salam maal hijrah...

  3. kuang hasam boi and girl..

    saya pamie la. sampai ati kata saya setan pulak.. sobsobsobri..

    perutusan tu setan duk bisik2 kat telinga saya. saya salin jelah. hahaha.

    susah cakap ngan cekgu BI ni. bukan paham sangat bahse melayu. ni namanya uslub sinis. baru nak test wat uslub sinis dan perli-perli ni. ape orang tua2 panggil, reberse autoclave? eh, reberse psichology? biochem technology bukan kot?

    bayangkanla setan yang cakap sume tu. yang awak pi bayangkan saya yang bermuka suci ni cakap perutusan tu watpe. nak kena chokeslam ngan chokichoki?

    huh. dan huh lagi.

  4. Assalamualaikum...
    hohoho bila ustaz fahmi berkinayah...

    salam maal hijrah

  5. salam...

    samat taun baru juga..

    entry yg ok (walau scr jujurnya, x bace sepenuhnye)

    nak tny...ade satu pihk kate doa akhir dan awal taun dikatakan boleh dibaca (http://aljoofre.blogdrive.com/archive/10.html)

    dan tak kurangnya ada yg kata bid'ah ( http://ukhtifillahrahimakumullah.info/fireboard/view/tanya-jawab-diskusi/diskusi-agama/140/doa-awal-dan-akhir-tahun-bid-ah-kah//.html)

    pndpt saye..selagi kite rase bnda ni ok, dan ianya adalah doa, tak salah bagi saye..(erk??saye??silap2!!)

    tulah, pndpt ngko cne?kekadang aku pun ta phm, asal org suke membid'ah kan sesuatu perkara scr ekstrim..tp, aku phm pemikiran diorg ni cmne..diorg tanak buat bnda yg Nabi ta buat..

    wallahualam

    so..pndpt ko? dan pndpt yg lain2 juga..yg mmbaca komen ini..

    ucapan didahului dgn jutaan terima kasih

  6. Ostat Pamie..

    Dia selalu maen otoclave....Sebab tu jadi camtu.Hahahaha....HOhohohoo...

  7. imran: nta ade masalah/grunge/dendam/hasad/ape2-sewaktu-dengannye dengan autoclave kah? asek dengki je ngan bliau. huh.

    cik f: ade gak dapat emel camtuh. tapi die neutralkan balik dengan memberi 2 pendapat, iaitu yang bid'ah dan satu la gi dibulehkan. akan kuforwad kepade ustaz dan mintak pendapat bliau pula. siapa ustaz itu? kita tungguuu..

  8. Cik Syaf : Otoclave sangat shumel.Tapi saye lagi shumel daripada otoclave..Hohoohoooooo

    Ostat?Ostat pamie kah?Kah kah kah!

    =)

  9. paah.. soklan ko tentang bidaah tu perlukan penerangan yang amat panjang. dan aku rasa diluar sana ramai lagi orang yang lebih layak membicarakannya secara detail daripada aku.

    apepun aku bagi kesimpulan aje lah. untuk doa akhir taun dan awal taun ni,

    sape rasa nak buat, buat. kalau tanak buat dan anggap benda tu bidaah dan masuk neraka, tak payah buat dan duk dendiam kat umah sudah. tak payah le nak membidaah2kan orang yang nak buat.

    aku sokong statement ko. dah namanya pun baca doa. bukannye karaoke lagu metal dalam masjid kan?

    lebih baik kita kata orang yang pergi pasar malam maghrib2 sampai tinggal semayang magrib tu ahli bidaah kan? rasanya dorang lagi layak dapat label dan cop tuh..

    wallahu a'lam.

  10. Ostat pamie xnak cakap sal bidaah?

    Meh cni,pokcik imranulkhalis yang cakap persoalan besar ini iaitu bidaah.

    Bidaah itu adalah bahasa arab.Bukan jawe.Bidaah itu dalam loghat Parit piornya adalah bedaah.Bukan bedah.

    Baik..

    Sekarang mari kita mengupas dengan lanjut apa itu bidaah.

    ha..kupas cepat guna tangan cam kupas bawang.Ostat pamie terer kupas bawang kan?Hoho~

    Bidaah ini mengikut hadis yang diriwayatkan oleh ayah pin dan cikgu kahar berbunyi begini :

    "Satu hari,syeikh imranulkhalis ditanya oleh seorang badwi.(Badwi lagi?)

    Wahai syeikh apakah itu bidaah?

    Jawab syeikh:Bidaah itu tipu.Bidaah itu adalah bidaah.Maka yang bidaah adalah bidaah semata-mata.Dan juga bidaah itu bukan sejenis otoclave.


    Badwi itu menjawab dengan teruja :Oh!TErima kasih syeikh!"


    (Hadis riwayat ayah pin dan cikgu kahar)

  11. assalamualaikum..
    syukran bg msg maal hijrah tu :-)
    insyaallh, smoga kita semua sesama menghayati hijrah sebenar..
    huhu..aminn
    actually dah ingat dah yg esok, iaitu hr jumaat ni awal muharram, tp hr ni terlupa plak..
    tq ek. lg seminggu nak balik malaysia.. yeyeye..
    k.. slmt thn br hijrah gak.. lama xdpt msg dr warga malaysia he,
    k. tq sgt2,
    wslmzz..

    p/s: xde krdt ohhh.. :-(

  12. MA'AL HIJRAH pak ostat!
    (tiba2 ja nyampok ckp2 orang tue)
    hhe:DD:
    ostat!
    ana suka buka blog lepaih talarat wat koje skolah ana ni
    ahahha:D:D

  13. salam.
    cpt2 la abes..pastu bg ilmu tu plak kat anak2 murid udm ni ha...
    salam maal hijrah

  14. Salam Ziarah. Seronok tgk anak belajar di Mesir. Semuga dpt mencurahkan ilmu dan pengalaman apabila balik ke Malaysia nanti.


Leave a Reply