Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 7, 2011

Kalau Ye Pun Tak Puasa Nam, Janganlah Tunjuk Lapo Sangat Sampai Mengigit Ular Sawa Yang Tak Bersalah

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, September 7, 2011 | Category: , , , |



Assalamualaikum semua pembaca setia Pamiesz.com

Pertama dan selamanya saya bersimpati terhadap ular sawa terbabit yang digigit dengan rakusnya oleh manusia kurang waras yang tiada aqidah terhadap Allah sebagai Tuhan dan tentunya tidak pernah mengambil tahu yang Allah lah yang mengharamkan arak dan meletakkannya sebagai syariat Islam kerana terlalu banyak keburukan atau kesan penunggang botol arak kepada kehidupan manusia seluruhnya.

Apa yang kita dapat lihat pada hari dewasa ini, yang mana tidak dapat kita lihat pada hari kita kanak-kanak belum mumayyiz dulu, bukan sahaja manusia yang menerima kesan keburukan arak, bahkan Persatuan Ular-ular Sawa Sedunia (PUSS) juga telah membuat sidang muktamar tergempar dan menyimpulkan resolusi bahawa mereka merasa pening dan terpinga-pinga apabila tentibe mereka digigit oleh manusia sedangkan dalam masa yang sama itu adalah perbuatan mereka yang sepatutnya menggigit manusia sepertimana yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak berkurun lamanya. Mereka tidak dapat terima hakikat ada manusia yang mampu melakukan gigitan yang lebih berbisa dari lagu Hattan biso bonar.

Allah sememangnya Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Itu yang paling bonar.

Saya tengok kawan-kawan blogger saya ramai jugak yang dah kecundang macam saya. Blog dah 3 4 bulan tak update, ada yang update 1 year ago, 3 years ago, ada yang tutup terus, tapi ada jugaklah yang masih mengekalkan pace mereka dengan menghapdet sekali sekala dan tak kurang ada jugaklah yang masih aktif sangat-sangat lagi.

Penonton yang dihormati sekalian,

Dunia blogging merupakan salah satu medium yang boleh dianggap penting dalam era globalisasi masa kini yang menuntut kita supaya tidak ketinggalan memeriahkannya. Mengikut statistik yang direka sesukahati oleh seorang penulis blog terkemuka masakini (yang tentunya hensem), bilangan rakyat Malaysia yang buta komputer hanya tinggal hampir 0.0000000001% sahaja yang hidup bahagia lagi di mukabumi Malaysia yang permai ini.

Jadi hakikat sebenarnya, rakyat kita rata-ratanya sudah tersangat pandai mencari info, hukum hakam halal haram, menyiapkan kerja sekolah, assignment, membeli belacan yang mak suruh belikan secara online, melakukan transaksi internet banking untuk membayor hutang 8kupang kepada pakcik yang jual putu mayam, menggunakan GPS untuk mengesan kedudukan atuk yang sesat jalan ketika mencari jamban di belakang rumah dan juga mengkompletekan segala bagai tugasan dengan hanya menaip keyword yang mahu dicari di kotak-kotak search engine seperti yang biasa dilakukan oleh Syeikh Google kita. Maka dikala itu, kala jengking pun merasa pelik kerana kenapa pulak tetiba nama beliau disebut di sini?

Tuan-tuan dan puan-puan sidang jumaat yang dirahmati Allah.
*(Sila tukar hari jumaat kepada hari apa-apa aje yang tuan-tuan dan puan-puan baca artikel ini. Kalau hari rabu, maka tukorkanlah jadi sidang rabu, kalau hari raya, maka tukorkanlah jadi sidang raya, kalau hari jadi, sidang jadi, harimau, sidang mau, dan sidang-sidang seterusnya hatta yaumil qiyamah.)

Memandangkan tempat kerja saya yang baru telah mengambil inisiatif bijak tindakan efektif dan inovatif dengan memblock facebook yang menjadi rutin harian saya ketika berada di SARJANA, maka dengan ini saya mengumumkan saya akan kembali aktif berblog insyaAllah. Inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, saya akan kembali kepada fitrah saya yang bermula sebagai seorang blogger dahulunya dan akhirnya terjebak dalam kancah fesbuk yang mencengkam diri dan kini kembali kepada fitrah berblog. (Kalau aku beli broadband besok aku men jugak pesbuk balik. Kehkehkeh)

Oh, hampir terlupa, mungkin tak semua orang tahu, saya telahpun berhenti daripada khidmat saya sebagai seorang Guru Sandaran di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA). Alhamdulillah, Allah telah murahkan rezeki saya pada bulan Ramadhan yang lalu dengan mengurniakan saya nutfah yang masih membesar dengan sihat menjadi embrio dalam perut isteri saya yang saya sangat cintai hinggalah akhirnya embrio itu akan bertukar menjadi baby yang ditiupkan roh dan lahir ke dunia dengan selamat (insyaAllah). Juga Allah murahkan rezeki saya lagi dan lagi dengan mencampakkan saya hidup di bandar metropoliten kini sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Kolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang. Alhamdulillah ala kulli hal wa ni'mah.

InsyaAllah di sinilah akan saya jadikan platform untuk saya terus membina karier dan menyuburkan kecintaan saya terhadap Bahasa Arab di samping cuba memberikan pendidikan yang terbaik yang mampu saya berikan kepada generasi akan datang supaya mereka juga turut sama dapat merasai zouq mencintai Bahasa Al-Quran dan bahasa pertuturan Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam. Pengajian Master saya juga dapat diteruskan dengan lebih mudah dengan penghijrahan saya ke Kajang ni. Tak lah saya tersengguk-sengguk lagi drive thru the road to USIM setiap minggu dari Kampung Gajah sana nun.


Hagah-hagah yang sedia untuk disumbatkan dalam lori untuk ditelegramkan ke Kajang


Hari Raya saya pada tahun ini tidaklah berapa seronok sangat kerana isteri saya pun muntah-muntah bila tengok muka saya, mungkin kerana saya terlalu hensem dan wangi, dan saya pun tak banyak menziarahi saudara mara pada tahun ini kerana saya lebih banyak menziarahi stor kedai-kedai runcit mencari kotak dan juga memacking barang-barang untuk dibawa bersama ketika berhijrah nanti.

Ok lah kengkawan, saya rasa saya nak menaip setakat ini sahaja untuk hari ini. Kejap lagi saya nak pergi jumpa dengan tuan rumah sewa yang bakal saya duduki di Sg Ramal Luar, Kajang. Area metropoliten ni sewa rumah rata-rata seribu ke atas. Punah harapan aku nak sewa banglo. Ingatkan banglo area ni sewa sekitar RM200 jer. Rupanya sangkaan aku selama ni sangatlah meleset. Hahaha.

Jangan lupa puasa nam Syawal yer. Cukupkan pahala setahun. :)
Wassalam.

Currently have 2 Kata Komenan:

  1. halamak, sobolah umah eden yo ustat.. kolej tu sokangkang kogho yo.. meh la raye.. hehe

  2. xder pesbuk idop tnteram.

    tapi tak senang duduk la plk


Leave a Reply

There was an error in this gadget