Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 31, 2011

38 Gurindam Cinta (Part I)

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, May 31, 2011 | Category: |


Janganlah korang harapkan gurindam yang indah-indah, apatah lagi mengharapkan aku nak belikan korang robot Gundam. Lagi la teman tak kesior.

Janganlah korang harapkan adanya Part II bila tajuk tertulis Part I. Itu semua hanya bertujuan untuk mengaburi mata masyarakat majmuk.

Mari sama-sama kita hayati gurindam madah cinta ini. Semoga cinta kita kepada Allah SWT akan kekal buat selama-lamanya. Fokus pada cinta Agung sebelum kita tumpu pada cinta sesama makhluk. Cintailah Pemilik Cinta lebih dari segalanya. Rawatilah hati hiasi peribadi dengan cinta sejati.



C.I.N.T.A :

1. Cinta takde kena mengena dengan megi cintan.

2. Cintan selalu dikaitkan dengan cintun. Adakah mereka adik beradik kandung seibu sebapa seatuk senenek seuncle seaunty seketurunan sesusurjalur? Hasil kajian menunjukkan takde langsung pun orang kata cintun tu sejenis megi. Kerana megi cintun pun memang tak wujud dalam pasaran.

3. Cinta bukan hanya dirasai oleh orang cina. Cinabeng pula adalah antara kata-kata makian yang digunakan, tentunya bukan untuk orang yang dicintai.

4. Takde siapa yang dapat buktikan cinta itu buta sebab sampai sekarang pun masih takde sorang pun manusia, saintis mahupun doktor yang mampu buktikan cinta tu mempunyai mata.

5. Cina buta merupakan salah satu tindakan yang dilakukan kesan akibat terlalu cinta.

6. Orang dahulu kala mengeja perkataan cinta sebagai chenta. Ia tiada sebarang kaitan dengan planta, plasenta dan plasma tv.

7. Orang yang bercinta biasanya mempunyai hati yang berbunga-bunga. Akan tetapi, dalam dunia ni memang kita tak pernah jumpa lagi bunga-bungaan yang tumbuh dari hati yang diletakkan di dalam pasu.

8. Orang yang bercinta biasanya mandi tak basah. Itupun sebab dia mandi guna cahaya matahari. (sunbath)

9. Orang yang bercinta biasanya tidur tak lena. Itupun sebab nyamuk hurung kaki dia. Sape suruh tak pasang ubat nyamuk dan pakai kelambu.

10. Orang yang bercinta biasanya makan tak kenyang. Biasalah, makan ikut sunnah. Kalau kenyang sangat kang mengantuk pulak. Kertas periksa banyak lagi tak rait ni.

11. Orang yang bercinta biasanya hidup dalam dunianya sendiri. Kompem dah la sebab mustahil pulak diorang nak hidup dalam akhiratnya sendiri. Dorang kan belum mati.

12. Orang yang bercinta suka dengar lagu-lagu jiwang. Dah tu ada ke orang bercinta yang suka ulang-ulang play lagu negaraku?

13. Orang yang bercinta ni sensitive. Orang dah suruh pakai sensodyne tak nak. Colgate relieve pun ada kedekut nak beli.

14. Cinta, rindu, sayang, kasih, adalah beberapa perkataan yang mempunyai kaitan dan persamaan. Ya, kaitannya itu semua adalah perkataan dalam bahasa Melayu.

15. Aku cinta padamu adalah lagu yang menaikkan Siti Nurhaliza dalam industri seni tanah air. Sedangkan aku benci padamu adalah ayat yang menjatuhkan semangat seseorang manusia yang cuba nak mengorat manusia yang lain.

16. Cinta bukanlah suatu jenis makanan yang boleh dimakan begitu sahaja.

17. Dalam bahasa perancis, cinta disebut sebagai JE T’AIME yang bermaksud kalau u sayang kat I belikan I jet.

18. Terdapat persamaan antara perkataan MENYINTAI dan MENCINTAI. Iaitu kedua-dua perbuatan ini takde kena mengena dengan perbuatan MENYIUMTAHI atau MENCIUMTAHI.

19. Cinta itu subjektif. Paper II 60 markah. Biasanya paper I objektif 40 soalan. Paper II cantum markah dengan paper I dapatla markah penuh.

20. Bencinta adalah perasaan seperti biskut. Kejap benci kejap cinta. Tak istiqomah langsung.

21. Taik kucing , kalau dibaca berulang-ulang kali dengan kelajuan 260km/j akan membentuk satu kata-kata yang cukup romantis. Nak test? Ce try baca lelaju ce terai ce terai. Taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taikkucing taikkucing taikkucing taikkucing taikkucing taikucing taikucing taikucing taikucing taikucing taikucing taikucingtai kucingtai kucingtai kucingtai kucingtai kucingtai kucintai kucintai kucintai ku cintai mu wahai taik kucing……

22. Jangan terlalu cinta kelak akan binasa. Orang yang terlalu sayangkan awek / balak / bini / laki sanggup bunuh diri bila pasangan dorang dah tak lagi bersama dorang. Ada lebih baik korang bunuh nyamuk ada jugak faedahnya.

23. Jangan pula terlalu benci nanti akan datang perasaan cinta. Berapa ramai orang yang kawen dengan pasangan yang satu hari dulu adalah orang yang paling dorang tanak jadi bini / laki dorang. Ingat, Allah tu kan “Muqallibal Qulub” yakni Yang Membolak-balikkan Hati.

23. Antara cinta dan cita-cita, ditengah-tengahnya ada cerita. Drama ke katun ke ikut korang lah.

24. Mencintai seseorang yang tidak mencintaimu adalah sungguh menyakitkan. Tapi tak lah sakit sangat kalau nak dibandingkan dengan orang yang mencintai dan bernapsu dengan kaum sejenis. Puak ni kompem sakit otak.

25. Tidak mencintai seseorang yang sangat mencintaimu merupakan satu kerugian yang amat besar. Tapi lagi rugi besar gile babas kalau tak pergi solat jemaah kat masjid angkat takbir bersama-sama dengan imam.

27. Perempuan itu hatinya di mulut manakala lelaki pula mulutnya di hati. Pondan pula mulutnya di mulut dan hatinya hilang ntah kemana. Oleh kerana itu, lelaki terkadang rasa susah atau jarang sekali cakap kat isteri dia “I love U” atau “Abang sangat sayang isteri abang” atau kalimah-kalimah seumpamanya walaupun pada hakikatnya sang suami sangat menyayangi isterinya.

28. Memendam rasa cinta akan menyeksakan jiwa. Memendam rasa nak berak akan menyeksakan dan memulas-mulaskan perut. Usah le tahan-tahan berak. Tak elok untuk sistem pernafasan.

29. Cinta tak berbalas terkadang akan mengundang pengamalan sihir. Berbalas sihir akan mengundang rasa dendam. Dendam pula mampu mengundang neraka jahanam. Jahanam lah orang yang menggunakan sihir untuk memutuskan cinta antara pasangan suami isteri.

30. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan luka namanya jika darah tak keluar. Bukan darah namanya kalau warnanya emas. Bukan emas namanya kalau tak berkilau. Bukan kilau namanya kalau tak gelek Che Mek Molek.

31. Cinta sejati adalah mengharapkan kebahagiaan untuk orang yang dicintai. Walaupun orang yang dicintai tu cakap dia bahagia cintakan orang lain, hati kita boleh redha dan kata, “aku pun turut bahagia sebab ngko bahagia”, bukannya cakap “aku akan buatkan ngko masuk hospital bahagia sebab ko tak bagi aku bahagiakan ko”

32. Cara untuk mendapatkan cinta adalah dengan memberikan cinta terlebih dahulu. Jangan harap la nak dapat cinta kalau yang diberikan itu adalah rasuah.

33. Memberi seseorang seluruh cinta kamu bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kamu kembali. Memberi pinjam seseorang Playstation Portable bukanlah satu kepastian yang mereka akan pulangkan balik natang tu. Membelanja kawan makan tengahari di kedai mamak bukanlah satu kepastian yang mereka akan belanja kamu balik makan malam di kedai tomyam. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Jangan harapkan mangkuk kueh dipulangkan jiran. Nantikan sahaja cinta untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak mekar-mekar, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kamu. Nantikan sahaja mangkuk kueh itu kembali ke rumah kamu, tapi sekiranya tidak datang-datang, jiran kamu itu memang mangkuk..

34. Cinta kerana kecantikan paras rupa akan hilang bila disimbah asid. Cinta kerana kereta Porsche Cayenne akan remuk bila eksiden tebabas langgor divider kat highway. Cinta kerana kecantikan iman takkan pudar dan akan sentiasa disimbah nur kasih sayang.

35. Cintailah cinta kerana cinta itu apabila dicintai maka orang yang dicintai akan lebih merasa dirinya dicintai oleh orang yang menyintai dengan cinta yang dicintai. Berapa banyak cinta daaaa..

36. Mungkin hari ni seseorang mencintai seorang kekasihnya. Dan mungkin juga keesokan harinya setelah mengenali seseorang lain yang dirasakan lebih memahaminya, berubah perasaan itu dalam sekelip mata. Mungkin hari ni seseorang makan nasik. Dan mungkin saja keesokan harinya setelah jemu makan nasik akan berubah perasaannya mencintai chicken chop.

36. Bercinta memang susah. Untuk dicintai juga memang susah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu lagi la susah. Habeh ape yang senangnye?

37. Cinta monyet susah untuk didetect. Ada sesiapa dari bidang zoology yang pernah buat kajian tentang bagaimana monyet bercinta?

38. Ada apa dengan cinta? Macam-macam adaaaaa…



CINTA ITU APA YA?

Cinta merupakan satu anugerah yang Allah bagi pada hamba-Nya yang bernama manusia. Rasa-rasa kita pun tak pernah dengar lagi ada mak ayah yang namakan anak dorang dengan nama Muhammad Manusia. Bukan tu la maksud aku. Maksudnya kita semua la, manusia, orang la. Hish, lurus bendul sangat pun payah jugak kome nih.

Cinta merupakan naluri yang ada pada setiap manusia. Samada manusia itu hidup dengan cinta normal, ataupun cinta yang tak normal, tetap ada rasa ingin dicintai dan ingin mencintai. Cinta tak normal camne plak ek? Bercinta sesama lelaki. Bercinta sesama perempuan. Manusia bercinta dengan haiwan. Tak tau la kalau kome kata percintaan jenis ni normal. Bayangkan, sorang lelaki yang berbulu lebat ditangan dan di kaki, merenung mata sorang lelaki lain yang muka ala-ala jambu batu. Putih tapi berbijik-bijik [jerawat tak sempat nak kikis] lalu tangan lelaki berbulu lebat tu pun naik dan mengusap-usap pipi si jambu dengan lemah gemalai. Sesekali seseskala terpecah jerawat dan mengalir larva darah dari biji jerawat itu. Sambil tersenyum manja tisu dikeluarkan, larva dilap lalu satu ciuman p
aling romantik dilayangkan di pipi lelaki tersebut. Terus ajak pergi tidur hotel dan berlakulah adegan cinta antara mereka. Bodo, aku geli la taip seumpama haram jadah ni. Aku yang suruh bayangkan, tapi bila aku yang bayangkan aku sendiri rasa nak muntah. Tak payah la bayangkan. Hahaha.
Link

Allah yang menciptakan cinta dalam setiap hati manusia. Maka, Allah yang tahu cara terbaik untuk menguruskan cinta yang telah diciptakan-Nya. Sebab tu la, disyariatkan oleh-Nya akan perkahwinan dan diharamkan dalam syariat-Nya akan perzinaan. Ini telahpun banyak kita sentuh dalam artikel yang paling top dalam blog ni satu ketika dulu iaitu perkahwinan dari perspektif Islam. Sila rujuk semula artikel tersebut untuk penjelasan lanjut. Klik SINI.



Dah. Cukup la dulu. To be continued…

Bersambung Part II pada artikel yang aku pun tak tau taun bile plak aku nak tulih.

Selamat Beralam Ria Cuti Sekolah!

Currently have 2 Kata Komenan:

  1. kelako gila. hahahahaha.
    ust , nak kirim krib tak? haha

  2. hahaha.. perangai tak ubah... ada serius2 tapi part lawak memang tak bleh blah..


Leave a Reply

There was an error in this gadget