Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 24, 2008

Jaulah Maqam Tanta dan Damanhur

Posted by The Pamiesz® | Sunday, August 24, 2008 | Category: , |

salam sumee~setelah penat menjaulahkan diri di syibin el-kom.. ana dan us pett dengan kecewanya menunggu keesokan harinya kerana kami berdua sedang frust merangkak [tak sampai tahap menonggeng] kerana tak dapat nak ikut jaulah maqam.. lalu dengan sedapnya kami melakukan peniduran berpanjangan atas sebab kefrustan yang agak melampau itu..

nak dijadikan cerita dongeng.. pada pagi hari tersobut.. tiba2 ana dikejutkan dengan kejutan elektrik daripada ahli bait ana us jalek yang menggoyang2 gerudikan kaki ana seraya berkata "bangunannn! bangunannn!" ana yang terkejut ingin melihat bangunan apakah yang dimaksudkan jalek itu terus menggosok mata dengan berus gigi..

maleh nak citer panjang laa.. pendekkan cite sinopsisnye pagi tu exco DPM tepon kate ade tempat kosong gi so kitorang lehla gi jaulah.. ngeh3.. seronoknyee.. alhamdulillah dapat gak join.. sepantas kilat kitorang bersiap dengan tak mandi plus tak gosok giginye disebabkan berus gigi tadi dah wat gosok mate.. ngahahaha.. betape gumbiranya hati ana ngan pett kerana kefrustan kami akhirnya berakhir.. apepun.. saksikanlah sorotan jaulah menjejak ulama dan para anbiya yang kitorang join kali ni.. beturut2 jaulah ni beb.. heh.. loteh eden.. lotehh.. tapi loteh2 pun puas.. :D

LE JAULAH DE MAQAM TONTO

Maqam Sidi Muhammad Bahai

Nama penuh beliau adalah Muhammad bin Ahmad bin Yusuf Al-Bahai As-Syazuli adalah seorang ulama yang mengumpulkan Hakikat dan Syariat. Juga murid kepada Al-Hafiz Murthada Az-Zabidi dan Andul Rahman Al-Gharini. Diantara murid beliau adalah Syeikh Hasan `Adawi dan Abu Mahasin Al-Qauquji. masjid Sidi Bahai ini telah manjadi tempat majlis zikir pertama Sidi Ahmad Badawi yang digelar sebagai 'Sutuhi' kerana membuat majlis zikir tersebut diatas bumbung.

maqam Sidi Muhammad Bahai

bersama sahabat seperjuangan dari Syibin El-Kom, ust Zul yang turut sama menyertai jaulah ini

Maqam Sidi Ahmad Badawi

Nama beliau adalah Ahmad bin Ali bin Ibrahim. beliau berketurunan ahli bait yang bersambung nasab kepada Saidina Husin bin Ali RA. beliau dilahirkan pada tahun 596H di kota Fas, Morocco. kemudian keluarga beliau berhijrah ke Mekah melalui mesir selama 5tahun sebelum bertolak semula ke Mekah dan sampai di kota suci itu pada tahun 609H. tidak lama selepas tiba disana, meninggallah ayah beliau dan dikebumikan di perkuburan Ma'la. di Mekah beliau belajar agama dari ulama2 kota tersebut. kemudian beliau berhijrah menuntut ilmu di kota Iraq pada tahun 634H. pada tahun 637H beliau berhijrah pula ke Mesir dan menetap di Tonto bagi menyebarkan ilmu dan mendidik murid2nya. selama 12tahun beliau menetap dirumah Syeikh Rakin sehinggalah Syeikh Rakin meninggal dunia. kemudian beliau menetap pula dirumah Ibnu Syahieh. beliau juga turut serta dalam peperangan salib sehingga tertawannya Raja Lois yang ke19 seterusnya memberikan kemenangan kepada Islam. beliau meninggal dunia pada 675H.

masjid Ahmad Badawi ni dirasmikan oleh rais jumhuriah misral arabiah (presiden) masa tu iaitu Anuar Sadat

begambor kat pintu masuk masjid sementara ust Husni Ginting tengah deal ngan pegawai masjid

untung gi jaulah ngan ust Husni.. dapat masuk tengok bilik khas simpanan khazanah Sidi dan juga peninggalan Rasulullah SAW.. masa gi sniri aritu tak dapat masuk bilik nih.. memula ammu tu kate mamnuk taswir (takleh tangkap gambo) tapi last2 dengan dia2 skali begambo ngan bebudak nih.. hihi..

ni tasbih Sidi bape ribu bijik tah bilangan biji tasbih tuh aku lupe.. setiap bijik tasbih tu ada tertulis dengan tulisan berlainan pada setiap bijik yang mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri pada setiap tulisan..

ni jubah Sidi.. yang bawah tu jubah musim sejuk.. yang atas tu jubah musim panas.. jubah ni beratnye 16kg.. menandakan bahawa Sidi memang seorang yang mempunyai tubuh yang gagah.. amacam.. ade beran mau pakai t-shirt 16kg?

ni plak serban Sidi.. memula aku ingat kusyen tempat duduk.. rupe2nye serban.. huhu..

dalam tiub kaca kat dalam tu tersimpan rambut Rasulullah SAW.. nak tengok kena pakai kanta.. camne plak rambut Nabi bleh sampai ke mesir? ni menandakan bahwa para sahabat sangat menyayangi Nabi hinggakan apa yang didapati daripada Nabi akan mereka bawa kemana2 sahaja dan kerana itu timbullah athar2 (kesan2) peninggalan Rasulullah di merata tempat seluruh dunia ni..

ni tongkat Sidi.. sikat yang beso belah kanan tu sikat rambut beliau dan sikat kecik blah kiri tu plak sikat janggut beliau..

ni satu lagi athar yang terdapat disini iaitu tapak kaki Rasulullah SAW.. satu lagi dikatakan terdapat di maqam Imam Syafie.. tapi yang kat maqam As-Syafie tu cam dah tak berapa nampak dah tapaknye.. sebab atas lantai.. tapi yang ni memang jelas sebab dipelihara dalam kotak kaca camni..


maqam Sidi Ahmad Badawi


bergambar ngan ust Nik al-designer didepan masjid Sidi Ahmad Badawi


ahli2 zaqaziq yang menyertai jaulah ini yang dimusyrifkan oleh ust Husni Ginting


Maqam Mujahid

Nama lengkap beliau ialah As-Sayyid Muhammad Abu An-Naja yang lebih dikenali sebagai Saiyid Mujahid. beliau adalah khalifah maqam Sayid Ahmad Badawi serta pemimpin para syeikh dan ulama di masjid Ahmad Badawi. beliau mendalami Tarekat Ahmad Badawi sehingga menjadi khalifah bagi tarekat tersebut.

maqam Saiyid Mujahid

Maqam Abdul Muta'al


Beliau adalah Sayyid Abdul Muta'al bin Al-Faqih Muhammad Al-Ansori. lahir pada tahun 625H di desa Jamjum berdekatan kota Dusuk. beliau adalah murid terdekat Sayidi Badawi yang sentiasa melaziminya selama empat puluh tahun. setelah SAyidi Badawi meninggal dunia beliau dilantik menjadi khalifah (ketua) bagi Tarekat Ahmadiah yang pertama sehingga tarekat tersebut berkembang disetiap penjuru dunia. beliau meninggal dunia pada tahun 723H

ust Husni sedang menerangkan sejarah ulama2 ini dihadapan maqam Sayyid Abdul Muta'al.. dalam bilik ni ada 3 lagi maqam imam masjid ini yang juga dimaqamkan disini..

Maqam Izzur Rijal

Beliau adalah Muhammad Izzuddin dan digelar Izzur Rijal disebabkan beliau selalu membantu mereka yang lemah dan miskin. beliau berketurunan Al-Hasani. bapa beliau adalah Saiyid Abd As-Salam bin Basyish.


actualy masa ni perut aku dah bebunyik2 kaw2 punye.. mane taknye.. mandi pun tak sempat nikan lagi nak makan.. kuar je daripada maqam aku tengok bobo tengah duk dalam masjid melantak tokmiah.. die pun kebuluran rupenye.. huhu.. sempatla aku pau sebijik tokmiah.. pastu kuar gi cari air tamar hind.. hehe..

maqam Izzur Rijal


Maqam Syeikh Markuz

Beliau adalah Markuz bin Abdillah bin Ghazi bersambung keturunan beliau kepada Imam Hasan bin Ali RA. beliau berhijrah dari Mekah ke Kaherah kemudian menetap di Tonto. beliau meninggal dunia pada tahun 568H

Maqam Ahmad Abdul Hadi Al-Qashabi

Beliau dilahirkan di Tonto pada tahun 1925M. beliau berketurunan ahli bait Rasulullah. belajar ilmu agama dan menghafal Al-Quran. mendapat ijazah sarjana muda di universiti Kaherah. pernah menyandang jawatan menteri dan dilantik menjadi Syeikh Al-Masyayikh Turuq Sufiyyah pada tahun 1994M sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1997M.

maqam Abdul Hadi Al-Qashabi


LE JAULAH DE MAQAM DAMANHUR


Maqam Hasanain Al-Husofi


Beliau adalah Arif billah Hasanain Hasan Al-Husofi As-Syazuly yang lahir di Kafr Hashofah Qalyubiyah pada tahun 1625H. menghafal Al-Quran dan belajar di Al-Azhar As-Syarif serta mengambil tarekat As-Syazuly dari Syeikh Muhammad Alisy pada tahun 1293H setelah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah. beliau meninggal dunia pada hari Jumaat 18 jamadil awal 1328H.

Al-Fatihah.. ni maqam Hasanain Al-Husofi


Maqam Muhammad Abdul Wahab Al-Husofi


Beliau adalah Muhammad Abdul Wahab bin Hasanain Al-Husofi. menghafal Al-Quran dan belajar di Al-Azhar As-Syarif. beliau menjadi khalifah Al-Husofiah menggantikan ayah beliau Hasanain Al-Husofiah yang meninggal dunia. diantara murid beliau ialah Hasan Al-Banna dan Syeikh Abdul Fatah Al-Qadi. Syeikh Abd Fatah adalah guru kepada Syeikh Abdul Halim Mahmood Syeikhul Azhar. Syeikh Abdul Wahab meninggal dunia pada tahun 1368H.


ust Husni menunjukkan tempat jasad ditanam hanya beberapa inci kedalam bumi.. jasad ini pernah dipindahkan sementara untuk pembinaan masjid satu ketika dulu dan apabila dikorek balik ternyata tubuh itu masih elok seperti mana mula2 ditanam dulu..

Currently have 4 Kata Komenan:

  1. banyak makam yg diziarah ek? untung dpt g jaulah yg brmanafaat gini..

  2. Haah..beratus maqam anbiya,auliya dan ulama yg tdapat kat mesir ni..malah blh jd beribu..xckup klau sehari nk pegi lawat smue..kbykn dpd ngeri2 dmesir ni mst ad maqam.. :)

  3. kat msia ade x maqam ulama2?
    maqam tu mknenye kubur k @tpt peninggln yg ade kne mngena ngn ulama tu? plez xplein sket ustaz. :P

  4. kat malaysia wallahu a'lam.. ade je.. cuma taklah banyak.. tu pun tak diketahui dan dipopularkan macam di mesir ni.. maqam ni kubur la.. tempat bersemadinya jasad para ulama dan wali2 Allah.. kalau kat malaysia tu maqam wali Allah tak tau la ade ke tak.. tapi maqam ulama2 kita banyak je.. orang2 alim yang dah meninggal tu.. kire tempat tanam dorang tu maqam lah.. wallahu a'lam.. :)


Leave a Reply