Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Sunday, August 24, 2008
Jaulah Maqam Tanta dan Damanhur
nak dijadikan cerita dongeng.. pada pagi hari tersobut.. tiba2 ana dikejutkan dengan kejutan elektrik daripada ahli bait ana us jalek yang menggoyang2 gerudikan kaki ana seraya berkata "bangunannn! bangunannn!" ana yang terkejut ingin melihat bangunan apakah yang dimaksudkan jalek itu terus menggosok mata dengan berus gigi..
maleh nak citer panjang laa.. pendekkan cite sinopsisnye pagi tu exco DPM tepon kate ade tempat kosong gi so kitorang lehla gi jaulah.. ngeh3.. seronoknyee.. alhamdulillah dapat gak join.. sepantas kilat kitorang bersiap dengan tak mandi plus tak gosok giginye disebabkan berus gigi tadi dah wat gosok mate.. ngahahaha.. betape gumbiranya hati ana ngan pett kerana kefrustan kami akhirnya berakhir.. apepun.. saksikanlah sorotan jaulah menjejak ulama dan para anbiya yang kitorang join kali ni.. beturut2 jaulah ni beb.. heh.. loteh eden.. lotehh.. tapi loteh2 pun puas.. :D
LE JAULAH DE MAQAM TONTO
Maqam Sidi Muhammad Bahai
Nama penuh beliau adalah Muhammad bin Ahmad bin Yusuf Al-Bahai As-Syazuli adalah seorang ulama yang mengumpulkan Hakikat dan Syariat. Juga murid kepada Al-Hafiz Murthada Az-Zabidi dan Andul Rahman Al-Gharini. Diantara murid beliau adalah Syeikh Hasan `Adawi dan Abu Mahasin Al-Qauquji. masjid Sidi Bahai ini telah manjadi tempat majlis zikir pertama Sidi Ahmad Badawi yang digelar sebagai 'Sutuhi' kerana membuat majlis zikir tersebut diatas bumbung.
ni satu lagi athar yang terdapat disini iaitu tapak kaki Rasulullah SAW.. satu lagi dikatakan terdapat di maqam Imam Syafie.. tapi yang kat maqam As-Syafie tu cam dah tak berapa nampak dah tapaknye.. sebab atas lantai.. tapi yang ni memang jelas sebab dipelihara dalam kotak kaca camni..
maqam Sidi Ahmad Badawi
bergambar ngan ust Nik al-designer didepan masjid Sidi Ahmad Badawi
ahli2 zaqaziq yang menyertai jaulah ini yang dimusyrifkan oleh ust Husni Ginting
Nama lengkap beliau ialah As-Sayyid Muhammad Abu An-Naja yang lebih dikenali sebagai Saiyid Mujahid. beliau adalah khalifah maqam Sayid Ahmad Badawi serta pemimpin para syeikh dan ulama di masjid Ahmad Badawi. beliau mendalami Tarekat Ahmad Badawi sehingga menjadi khalifah bagi tarekat tersebut.
Maqam Abdul Muta'al
Beliau adalah Sayyid Abdul Muta'al bin Al-Faqih Muhammad Al-Ansori. lahir pada tahun 625H di desa Jamjum berdekatan kota Dusuk. beliau adalah murid terdekat Sayidi Badawi yang sentiasa melaziminya selama empat puluh tahun. setelah SAyidi Badawi meninggal dunia beliau dilantik menjadi khalifah (ketua) bagi Tarekat Ahmadiah yang pertama sehingga tarekat tersebut berkembang disetiap penjuru dunia. beliau meninggal dunia pada tahun 723H
Beliau adalah Muhammad Izzuddin dan digelar Izzur Rijal disebabkan beliau selalu membantu mereka yang lemah dan miskin. beliau berketurunan Al-Hasani. bapa beliau adalah Saiyid Abd As-Salam bin Basyish.
maqam Izzur Rijal
maqam Abdul Hadi Al-Qashabi
Maqam Hasanain Al-Husofi
Al-Fatihah.. ni maqam Hasanain Al-Husofi
Maqam Muhammad Abdul Wahab Al-Husofi
ust Husni menunjukkan tempat jasad ditanam hanya beberapa inci kedalam bumi.. jasad ini pernah dipindahkan sementara untuk pembinaan masjid satu ketika dulu dan apabila dikorek balik ternyata tubuh itu masih elok seperti mana mula2 ditanam dulu..
banyak makam yg diziarah ek? untung dpt g jaulah yg brmanafaat gini..
Haah..beratus maqam anbiya,auliya dan ulama yg tdapat kat mesir ni..malah blh jd beribu..xckup klau sehari nk pegi lawat smue..kbykn dpd ngeri2 dmesir ni mst ad maqam.. :)
kat msia ade x maqam ulama2?
maqam tu mknenye kubur k @tpt peninggln yg ade kne mngena ngn ulama tu? plez xplein sket ustaz. :P
kat malaysia wallahu a'lam.. ade je.. cuma taklah banyak.. tu pun tak diketahui dan dipopularkan macam di mesir ni.. maqam ni kubur la.. tempat bersemadinya jasad para ulama dan wali2 Allah.. kalau kat malaysia tu maqam wali Allah tak tau la ade ke tak.. tapi maqam ulama2 kita banyak je.. orang2 alim yang dah meninggal tu.. kire tempat tanam dorang tu maqam lah.. wallahu a'lam.. :)