Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 19, 2008

Result Taun Akhir Lughah Zagzig Tertampal Sudah

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, August 19, 2008 | Category: , , |

salam sumee~
heheh.. tengok tajuk pun tau dah apa yang ana nak bagitau dalam posting kali ni..blog kalghari pun dah update pasal result nih.. tapi takpelah.. tu group punye.. yang ni personal punye.. heheh..

kita kembali sekejap kepada apa yang berlaku sekitar minggu lepas..tanggal 10 ogos.. kira2 9 hari yang lalu.. timbullah berita yang mengatakan result budak lughah taun akhir zagzig dah tubik.. untuk mengkompemkan result kasar (kontrol) yang dr bagitau pada ana dulu.. dengan hati yang bedebor2 bagai air tenang dikocok buaya.. ana mengambil keputusan untuk pergi ke gamiah untuk melihat seniri bagaimana keputusan sebenar ana taun ni.. adakah sama dengan apa yang dr kate dulu yang mana ana kurang mempercayainya ataupun berlainan dengan apa yang dikhabarkan.. kalau kontrol dulu dr kata ana tasfiah 2 madah.. kalau ianya benar.. ana nak tahu madah apa agar dapat bersedia untuk mengambil peperiksaan ulangan yang diberikan peluang kepada pelajar tahun akhir yang kantoi 2 madah kebawah.. dan kalau ianya tak benar.. (maknanye lebih daripada 2 subjek yang kantoi) ana redha je untuk mengulang tahun..

setelah menunaikan 2 rakaat dhuha dan 2 rakaat solat hajat ana pun memulakan perjalanan ke umah Kl di mahattah untuk menggerak ahli bait umah tu yang merupakan ahli kalghari untuk bersama2 gi menengok result.. actualy 2 hari sebelum tu ana demam.. dan pada hari tu pun demam tu masih berterusan tapi takla seteruk sebelum tu.. kire larat la nak kuar gi gamiah.. dan disebabkan ana ada tanggungjawab yang diamanahkan untuk menguruskan tag nama ajk untuk program DPMZ yang akan dijalankan petang tu.. ana gagahkan jugakla untuk keluar daripada umah..

sampai je dirumah Kl ana dapati kesemua ahli bait itu sedang lena diulit mimpi.. tak tau la ada yang kena mandi wajib ke tak kan aritu.. haha.. setelah menggerak mereka semua dan membawa khabaran bahawa result telahpun keluar.. mereka semua pun berebut2 bilik air yang sebijik itu.. sementara mereka menyibukkan diri untuk bersiap2.. ana mengambil peluang itu untuk menyelesaikan urusan program yang patut diselesaikan.. dengan bantuan ust nik.. ana mengedit sikit lagi tag nama untuk program tu dan terus keluar mencari kedai gambar fujifilm yang biasa kami pegi untuk mencuci kain disana.. eh.. mencuci gambar disana.. namun.. hampa.. kedai bukak tapi orang yang keje bahagian pc tu datang keje peh zoho.. peh zoho program dah nak stat.. jadi ana duk penin pale mase tu.. arab ni bukak kedai memang lambat.. sume membute lagi time2 gini.. lastnye ana balik ke umah Kl dan menunggu semua ahli kalghari bersiap sedia sambil memikirkan mane nak print tag ni..

setelah cukup korem.. ana pet os nik dan sham.. (2orang lagi ahli kalghari takde.. sapwang sesat ke kaherah dan paek sesat ke malaysia) kami pun gerak menuju ke tempat teksi dan tremco.. tengok2 depan tu ada kedai gambo bukak.. alhamdulillah la.. terus ana menyetelkan keje yang patut ana selesaikan.. dorang yang lain tepakse menunggu kejap.. sory la eh kengkawan menyebabkan korang kene tunggu aku.. huhu.. lepas setel hal tu kitorang pun nak gerak ke gamiah.. memula nak naik teksi.. tapi sebab ramai sangt 5 orang.. tak ramai teksi yang nak amik.. kalao ade pun dia nak kapak mahal.. so lastnye nek la gak tremco..

aku ngan pett yang bersemangat nak tengok result setelah dibarrah oleh pak gad kuliah sebelum ini..

sampai je di gamiah.. tengok pago dibukak luas dan arab dah mula kuo masuk kuliah.. maknenye kompem dah kuo la natijah nih.. dengan hati yang bedebor2 kitorang pun masuk kuliah dan cari papan tempat tampal result taun 4..

camni la cara Alazhar mengumumkan result..olskool style.. takde slip2 result.. takde chek dalam tenet.. takde pointer.. list pun tulih tangan.. takde print2..

teka la result aku yang mane 1.. hehe..

alhamdulillah.. result kontrol ana sama dengan result sebenar.. syukur alhamdulillah.. tentang result ahli kalghari yang lain plak.. bleh tengok dalam blog kalghari.. overallnya 4 daripada kami tasfiah 2 madah yang sama iaitu Quran dan naqdu adabi.. 3 lagi daripada kami mengulang tahun.. belum rezeki lagi.. namun salah sorang daripada kami yang tasfiah iaitu ust paek yang berada di malaysia mengambil keputusan untuk membalashkan tasfiah beliau dan dibawa ke taun hadapan.. mungkin itu keputusan yang terbaik yang beliau buat setelah melalui consideration yang panjang bersama2 family..apepun.. kepada yang hampir berjaya [tasfiah ni hampir berjaya la pasal yang menentukan najah atau tak lepas kuar result 2 paper ni pulak..] tahniah diucapkan dan jangan lupe stadi dan mengulang Quran yang 8juz tu.. kepada yang belum berjaya plak.. [mengulang tahun bukannya tak berjaya k..cuma belum berjaya..] ada hikmahnya disebalik semua itu.. mungkin Allah mahukan kita belajar lebih bersungguh di bumi anbiya ni.. jadi jangan jadikan kegagalan tu sebagai pelemah semangat kita.. bahkan itula yang bleh jadi boost bagi kita sebab kita akan rasa tanak jatuh 2x dalam lubang yang sama..insyaAllah dalam masa setaun lagi ni banyak benda yang kita boleh ubah.. tambahkan usaha.. tambahkan kesungguhan.. tambahkan amal ibadah.. tambahkan tawakal.. kurangkan main.. kurangkan maksiat.. [maksiat kurangkan ke? buang teruss laa..] yang penting.. redha dengan segala ketentuan Allah..kita belajar ni pun bukan untuk lulus periksa tapi untuk ilmu..kerana Allah kan.. so teruskan kerana kita sedang berada di jalan Allah.. kalau kita mati pun insyaAllah kita syahid di jalanNya..

jangan sedeh2 wahai sahabatku.. masih terlalu awal untuk mengaku kalah..[pett tetiap kali nak wat muke sedeh mesti kurang menjadi..huhuhu]

5 orang ahli kalghari bersama jalek (baju merah 2 dari kiri) ahli bait aku yang najah pada tahun ni dan insyaAllah akan pulang lepas raya.. selamat berjaya buat semua..

ramai kawan2 yang berkata dan bertanya pada ana.."bile masa ko stadi? aku tengok orang stadi ko main game.. orang main game ko tido.. orang stadi group ko melengkor ngeliat2.. orang wat discussion ko gi masak.. orang gi kuliah ko jenjalan kaherah.. bile paper orang wat 3jam ko sejam dah kuo.. bile orang komen2 pas paper kate paper susah ko gelak je cakap ko tak tulih ape2..yang ko tulih nasitu (aku lupe) pastu wallahu a'lam..tapi bile kuo result dapat tasfiah.. dulu kat kusza gitu jugak.. blajo aku tengok ko memain je.. duk modifait moto je keje pun.. tapi bile kuo result 3pointer.. aku takleh nak mikir la camne logiknye gitu.. yang stadi kaw2 ni kantoi lebih dari segenggam gak.."

ana bila ditanye gini ana tak tau nak jawap macamane.. ni mungkin ihtimal ana seniri jela.. sebab segala2nya berbalik pada takdir Allah SWT gak kan.. kita pun tak tau rahsia disebalik hikmah apa yang Allah takdirkan pada kita.. yang pasti segalanya pasti ada hikmah.. jadi bedasarkan ihtimal ana sendiri yang dhaif dan hina ni.. ana sampaikanlah pada kengkawan semua apa yang MUNGKIN menjadi sebab kejayaan ana selama ni..

1. USAHA BUKAN PENENTU MUTLAK KEJAYAAN

macam yang ana selalu cakap.. bukan usaha yang menentukan kejayaan.. usaha tu asbab je pada kejayaan.. tapi dia bukan penentu mutlak kejayaan.. ana akui usaha ana tak seberapa.. ana memang rasa ana tak layak pun dapat result hanya kantoi 2.. bahkan bila habis je semua piksa dulu ana dah hampir pada tahap yakin.. dalam 90% yang ana akan kantoi 9 atau 10 subjek dan mengulang tahun.. dan siap2 awal2 dah ana ready dan redha yang ana bakal mengulang tahun.. namun walaupun ana dah bersedia gitu ana tak putus asa berdoa dan bertawakal moga2 Allah kurniakan keberkatan pada ilmu ana.. ana jarang doa mintak lulus.. tapi ana mintakkan keberkatan ilmu.. tu je..boleh kata kalau nisbah usaha ana dan tawakal tu adalah 20-80.. 20% usaha.. 80% ana tawakal.. bila kita dah letakkan tawakal lebih tinggi daripada segalanya.. cakapla paper susah ke langsung takleh wat ke.. kita akan lalu paper tu dengan senyum dan gembira je.. cam yang ana pernah ceritakan dulu camne ana jawab paper adab sufi islami.. paper ni ana bukak kitab kuliah hanya seminggu sebelum piksa.. tu pun setelah ada tajuk yang dipecahkan oleh grup kalghari dan ana dapat tajuk yang sangat payah.. tapi disebabkan tanggungjawab ana buat la jugak.. bila sampai masa discussion chek2 balik rupenye tajuk yang ana patut bentang tu dah tekeluar daripada silibes yang masuk piksa.. kire part ana tak dibentang la.. terus ana niat ana baca tu untuk ilmu.. dan terus terangnya kitab adab sufi tu memang ana baca part tu je.. dan tu pun tak masuk piksa.. ana jawap paper tu betul2 dpd apa yang ana ingat daripada kawan2 yg bentang ttg part masing2 dan selebihnya ana tak tau dan hanya ana sertakan bersama dalam paper tu dengan sedikit qasidah burdah dan selawat nabi.. keputusannya? subjek ni ana lulus.. logik tak kalau kata ana lulus sebab usaha? tak.. sebab tawakal.. mungkin dengan keberkatan qasidah dan selawat nabi yang ana tulis setelah kehabisan idea nak menulis.. menyebabkan ana lulus.. sape tahu semua tu.. Allahu Taala a'lam..

2. SOLAT HAJAT DAN SOLAT DHUHA SEBELUM PAPER

ana ni jenih yang payah jugak nak bangun solat malam.. jadi.. tetiap kali pagi sebelum gi paper.. ana akan solat hajat dua rakaat dan solat dhuha memohon supaya Allah mempermudahkan segala urusan ana menjawab paper tu.. ana mintak supaya ditenangkan hati semasa menjawab.. biar tak dapat jawap pun.. janji hati tenang.. bagi ana tu je penting.. dan alhamdulillah ana memang tenang ketika menjawab.. biarpun yang ana tulis hanyalah bulatan besar yang diisi didalamnya dengan 2 perkataan "asif nasitu" (maaf doktor aku telupe) ana tenang sebab ana iktiqadkan dalam hati Allah je yang mampu bagi kekuatan untuk mengeluarkan ilmu yang ada dalam otak ni keatas kertas jawapan.. kalau dah dia tanak keluar.. redha jela.. ape yang nak disusah2kan hati lagi..

3. BASMALAH DAN KATA2 TAWAKAL

tiap2 paper yang ana tulis ana tak lepas untuk sertakan diawal tulisan dengan bismillahirrahmanirrahim dan diakhirkan dengan kata2 tawakal pada Allah SWT seperti "tawakkaltu alallah" (aku bertawakal pada Allah) "wallahu taala a'lam bissawab" (Allah itu lebih tahu kepada apa yang benar) dan "wallahu waliyyut taufiq" (hanyalah Allah yang mampu memberi taufiq) biasanya 3ayat ni memang tak pernah miss ana tulis dalam setiap hujung paper.. dan ketika tulis tu pulak niatkan sungguh2 kita berserah pada Allah SWT setelah kita berusaha takat mana yang mampu.. tulis basmalah tu pun bukan niat supaya dapat lulus.. tapi kita tulis dengan harapan kita mendapat keberkatan daripada basmalah tu sendiri sepertimana hadith Rasulullah yang mafhumya ((setiap perkara yang diambil perhatian oleh syarak yang tidak dimulakan dengan basmalah akan terpotong iaitu kurang barakah))

4. JAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

setelah kita jaga hubungan kita dengan Allah.. kita kene jugak amik tau dan jaga hubungan kita sesama manusia.. ramai pelajar yang tak faham erti belajar.. ada yang stadi sampai melupakan hubungan dengan masyarakat yang kita hidup bersama2 mereka.. hubungan dengan kawan2 yang kita hidup bersama mereka.. ada yang stadi mengunci bilik berseorangan dalam bilik tanpa menghiraukan kawan2.. ada yang bila tengah stadi kawan datang tarik muka dan wat tak tau hinggakan duyuf tu tak dilayan.. ada yang kedekut ilmu bila dapat nota tak mau berkongsi dengan kawan2 dengan harapan dapat berjaya sorang2.. tak ke kita pernah terpikir menjaga hati kawan2 dan menyenangkan hati mereka juga akan menyebabkan Allah menjaga hati kita.. ketika ana dalam minggu exam ana didatangi oleh duyuf2 daripada muhafazah lain.. meminta tolong untuk meluangkan sedikit masa mempermudahkan urusan mereka.. ana tak lokek untuk meluangkan masa melayan mereka.. bawak ketempat yang mereka mahu pergi.. masak untuk mereka.. sediakan tempat tidur untuk mereka.. bukan sorang dua yang datang.. ramai.. tapi ana niatkan semata2 bahawa duyuf2 ni datang membawa berkat dan ana mengharapkan keberkatan mereka dapat membantu ana dlam exam.. ana tak stadi mane.. keletihan disebabkan melayan tetamu.. tapi ana tak merungut dan mengeluh bahkan berasa seronok kerana ramai yang datang membawa berkat dan ana layan mereka semampu mungkin supaya hati mereka senang.. ana berpegang dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud ((barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya)).. tetamu dan kawan2 adalah tempat untuk dimuliakan.. bukan tempat untuk ditarik muka dan diignorekan.. jadi mungkin keberkatan yang duyuf2 ni bawak pun menjadi asbab kepada kejayaan ana..

5. BERSIHKAN HATI DAN TAKUTLAH AKAN ISTIDRAJ

ana sangat sedih dengan pelajar kita terutama azhari dan azhariah yang belajar di bidang agama yang tak dapat mengawal diri dari maksiat.. [yang bukan belajar dalam bidang agama lebih2 lagi..] maaf kalau disebutkan disini bagi yang mempunyai awek balak atau tunang.. ana dah jumpa dengan pelbagai jenis azhari yang apabila chatin ataupun bersms dengan pasangan dengan perkara2 maksiat.. menghantar gambar2 buah dada dan kemaluan masing2.. bercerita tentang hal diatas katil.. semua itu akan menyebabkan berlakunya zina mata dan lebih2 lagi zina hati yang akan menyebabkan hati kita kotor dan hitam.. bagaimana hati yang hitam mampu menerima ilmu yang berkat.. kata Imam Syafie RA : ilmu itu cahaya dan cahaya Allah takkan diberikan kepada ahli maksiat.. sememangnya kita tak dapat lari dari melakukan maksiat tak kira samada kecil atau besar.. jadi banyak2kanlah bertaubat dan beristighfar pada Alah SWT agar hati kita senantiasa bersih daripada segala jenis maksiat.. namun ada juga ahli maksiat yang mendapat nikmat.. Allah berikan nikmat lulus dengan jayanya dalam peperiksaan sedangkan dia merupakan kaki maksiat.. tapi tidakkah kita sedar itu berkemungkinan menjadi istidraj iaitu nikmat yang Allah berikan untuk tengok samada kita makin kufur pada Allah.. nauzubillahi min zalik.. moga Allah jauhkan kita dari mendapat nikmat yang sedemikian rupa.. biarlah kita gagal sementara didunia ini daripada kita lulus berjaya didunia tapi sangkut dalam madah kita diakhirat kelak..

rasanya cukup dulu setakat ini perkongsian yang ana leh bagi.. ana akan menghadapi peperiksaan ulangan untuk 2 paper tu paling awal 6hb september ni.. mintak kengkawan sume doa2kanlah ana supaya dapat menjawap paper ni dengan tenang dan lulus dengan cemerlang.. apa yang ana harapkan hanyalah semata2 keberkatan ilmu dari Allah SWT..

Currently have 6 Kata Komenan:

  1. Teringat zaman studi dulu, setiap kali keluar result mesti ada orang yang ebrtanya soalan sama, bertanya bila studi? Sebab setiap kali orang datang ke bilik, ada dua option sahaja iaitu sedang tidur atau sedang bermain game.

    Studi juga, cuma tidak terlihat oleh orang. hehe.

    Cumanya berkenaan soalt hajat, ia memang sangat memberi kesan. Semasa tahun satu pengajian, rajin lah juga buat solat hajat. Kemudian, masuk tahun 2 pengajian, dek sibuk bepersatuan, solat hajat pun tinggal. Result pun turun dengan bestnya. Usaha + tawakal + doa = kejayaan

    apa pun, selamat menjalani peperiksaan. Semoga dipermudahkan segala usaha :)

  2. btul 2..mstahilla tak stadi lgsung kan..cume ms kte stadi 2 org tak nampak..mase org nampak kte tak stadi plak..g2la..hehe..tme ksh ats doa dn sokongan itu..tgh bsungguh cube nak mngapal nih..huhu..

  3. nga bersungguh2 mnghapai yee?? patut la jelas trpamer dan terpancar kesungguhan tu.. sampai naik silau.
    ape pun ijthid bil quwwah!!!

  4. siap silau lg tu.. mubalaghah lebeh plak.. hehe.. sbut ijtahid ni tringat kat syeikh talaqi Quran ana.. ujung2 beliau ske sbut dlm nada tinggi.. "ijtahid katiir ya fahmi!" hehe.. pepn syukurun! :)

  5. salam

    saya tertarik dengan tips2 penentu kejayaan ini. Sepanjang saya menjadi fasi bagi program motivasi, seringkali saya tekankan usaha bukan penentu kejayaan. Saya lebih suka mengingatkan diri sendiri dan adik2 program bahawa menjaga hubungan baik dengan Allah, dengan ibu bapa, dengan sahabat dan juga sesama manusia mampu mempengaruhi kejayaan dalam hidup. Atau lebih tepat lagi...meraih keberkatan hidup..

  6. ya betul tu..keberkatan dan keredhaan dari Allah dalam hidup kita ni mrupakan salah satu kejayaan yang paling bnilai.. :)


Leave a Reply