Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 17, 2008

Nisfu Syaaban Plus Maulidan

Posted by The Pamiesz® | Sunday, August 17, 2008 | Category: , |

salam sume~
salam nisfu syaaban wat kawan2 pembaca seantero dunia.. amacam pose tak arini? hah tak pose? huh..ruginye.. Rasulullah SAW suke sangat berpuasa sunat dalam bulan Syaaban ni kalo nak dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. jadi adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohi Baginda dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ni..

sebagai muqaddimah ana nak bawak beberapa hadith berkenaan kelebihan bulan Syaaban yang istimewa nih buat tatapan kita bersama moga2 kita lebih bersemangat dan rajin untuk melakukan amalan untuk saham akhirat kita nanti.. moga2 Allah merahmati segala usaha kita..

Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
((Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?)) Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui" Sabda Rasulullah SAW, ((Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.))
Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:
((Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.))

Sabda Rasulullah S.A.W.:
((Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.))

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
((Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.))

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !
Kata saya (Nabi Muhammad) :
((Hai Jibril, apakah erti malam ini )) Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca :
((Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.))

dah seminggu tak hapdet.. actualy banyak gak program minggu ni.. tapi kendian la ana cite.. posting yang akan datang eh.. silalah sabo menunggu.. hehe.. skang ni ana nak cite pasal mende lain dulu.. hehe.. kemarin besday ahli bait ana ustaz mohd taufiq hj hussein.. semalam plak besday ahli bait ana masa kat KUSZA dulu.. ustaz muhammad hosnee zainal abidin.. dua2 ni dah meningkat tua umurnya menjadik 22 taung..oleh itu dikesempatan ini aku mengucapkan selamat makin tua pada korang bedua..hahaha.. dikesempatan yang kesempitan ini aku dengan banggenye mghadiahkan pada korang bedua sebuah lagu hari jadik.. dengarkanlah tanpa menutup dua lubang telinge korang tu yek..[kalo nak tutup lubang idung takpe..hahaha]

Epi besday tu yuuu~
U was born in da zuuuuu~
Like monkey and kangaruuuu~

Epi besday tu yuuuu~

hahahaha~


ingat..jangan lupe time kasih kat mak korang yg besusah payah memberanakkan korang keluo kat muka bumi ni nak jadik khalifah.. umur yang ada jangan disia2kan.. korang kene sedor yang korang tu makin tua.. makin dekat ngan mati.. ingat2 mati tu slalu sikit.. [aku guna pekataan korang sebenarnya aku ingatkan diri aku sniri jugak.. hehe..] semoga Allah merahmati umur kita semua dan semoga ianya diisi dengan kerajinan dan keikhlasan menuntut ilmu dan beramal ibadah.. biarpun umur pendek yang penting ianya berkat daripada berumur panjang tetapi penuh dengan dosa dan maksiat.. yg kedua tu yang kita tanak.. wal`iyazubillah.. apepun.. selamat hari lahir buat korang bedua.. hehe.. [adiah takde la sori.. nak baling telo pun membazir plak.. baik aku goreng wat buke pose.. ngeh3..]

ni gambo mase semester 1 kat KUSZA dulu buat majlis maulid os ngan topek sekali.. kek ni akhirnya tempat dia bukan dalam mulut.. tapi kat muka.. hahaha..

aaaaaa...ngap.. manje btoi kekanak ini.. hihihi.. [bile nak lanje besday korang taun ni pnyer lak.. jomlaa lanje aku makan krib 18 bijik.. haha]

Currently have 0 Kata Komenan:


Leave a Reply