Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Thursday, August 7, 2008
Episod 5 : Sebok Bukan Penyebok Bizi Bukan Bizibodi
On Air : Ahad (3/8/2008)
Babak 10 : HEMAT (Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir)
Sepanjang hari ini ana ada program untuk pelajar tahun akhir.. bermula dari pukul 8 pagi bertempat di solah abdullah kamil di alazhar hayyu sadis.. pengisian program berupa taklimat untuk menyambung pelajaran di peringkat master dan phd samada di ipta di malaysia mahupun universiti2 di mesir.. antara universiti di malaysia yang diberikan taklimat umum secara rakaman oleh Prof Al-Adib dari UKM adalah seperti UM.. UIA.. UKM.. USIM.. USM.. dan UiTM.. taklimat berlangsung selama 2 jam.. ana dengar2 gitu je taklimat ni dek kerana kurang minat untuk menyambung di malaysia sebab senang sangat.. kurang cabaran.. ditambah pulak dengan keinginan ana yang rasa tanak balik lagi wat masa ni..
pas taklimat ni ada slot talkshow pulak bersama Us Syed Abd Kadir Aljoofre bertajuk ‘cabaran mendepani masyarakat’.. seronok dengo beliau berkongsi ilmu dan pengalaman tentang cabaran dakwah dan realiti yang berlaku di malaysia.. topik ni diilih untuk dijadikan salah satu pengisisan sebab pelajar2 taun akhir bukan semua nak sambung master lagi kan.. ada yang nak pulang dan nak taknak sebagai sorang azhari kena lah mendepani masyarakat dan cabarannya.. satu usaha yang baik ana kira untuk memberikan pendedahan awal bagi memahamkan azhari dan azhariah yang mahu terjun ke dalam masyarakat untuk memperbetulkan yang salah dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari selama ini.. selepas rehat dan solat zohor.. program diteruskan pulak ngan taklimat master dan phd bagi mereka yang mahu menyambung pengajian di mesir.. taklimat yang ni memang ana tunggu dan ana tumpu sebab ana rasa nak sambung lagi kat sini.. kat bumi anbiya ni.. tak cukup sekadar setahun berada disini untuk mengutip mutiara2 ilmu daripada masyayikh2 disini.. teringat kata2 Us Hairul Nizam mantan presiden PMRAM masa lepak2 ngan beliau kat pejabat PMRAM aritu.. “sape yang datang mesir belajar setaun pastu balik tu bida’ah..” hehehe.. ana suka tengok semangat Us Hairul dalam belajar.. tak penah nampak sezarah pun rasa jemu dan malas pada diri beliau.. moga ana dapat jugak semangat belajar macam Us Hairul dan ramai lagi ostat2 lain yang menghambakan diri pada menuntut ilmu Allah di bumi anbiya yang mulia ini..
dalam taklimat itu ada 5 buah universiti ataupun institusi yang memberikan tawaran untuk menyambung pengajian diperingkat dirasah ulya di mesir ni..
1. Universiti Al-Azhar
2. Universiti Terbuka Amerika
3. Universiti Kaherah – Kuliah Darul Ulum
4. Maahad Dirasat Islamiah Zamalik
5. Darul Ifta’
Ana berminat untuk pilih yang mana? Hehe.. takde sebarang pilihan lagi wat masa ni.. ana menanti natijah ataupun keputusan imtihan ana yang akan keluar bila2 masa je ni.. ape2pun keputusan yang ana akan buat based on result yang akan keluar ni.. doa2kanlah ana najah sofi eh.. kalau tasfiah 2 paper sepertimana yang doktor bagitau dalam kontrol aritu.. ana kene tumpu plak untuk amik 2 paper tu dalam bulan 9 ni..
Selepas itu program diteruskan lagi dengan taklimat camne nak buat syahadah asliah ataupun sijil ijazah tu.. taklimat diberikan oleh Us Alang secara style sembang petang.. hehe.. Us Alang ni asik senyum je.. manih muke.. tapi tula.. nak wat syahadah tu leceh gile prosedurnye rupenye.. surat sana sini.. cop sana sini.. ana pun tak paham mane.. tapi takpe bebudak lama banyak je yg tau camne nak wat leh tanye dorang balik.. hehe..
Program diakhiri dengan ceramah kerjaya oleh Dr Hasan Basri.. selepas maghrib kitorang dah letih gile dan lapo terus balik ingat nak makan kat zaidah tentibe tutup.. sebab Us Fauzi wat kenduri tuk family beliau meraikan konvo beliau.. lalu kitorang pun melajakkan sikit perjalanan ke umah kedah baru dan melantak nasik disitu seadanya.. ngeh3.. balik tak cakap banyak terus semua melingkor macam ulor.. buleh tido nyenyak walaupun 2 tilam tido 5 orang.. hehe.. umah perak memang terkenal dengan kesardinannye.. sekian dimaklumkan..
Currently have 0 Kata Komenan: