Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 17, 2008

Tutuplah Auratmu Sebelum Auratmu Ditutupkan

Posted by The Pamiesz® | Sunday, August 17, 2008 | Category: |

salam eberybadi..
jangan tegezut.. anda tak sesat.. [heh..kak rem aku terpinjam ayat ko..hehe] saje jeh boring2 sempena nisfu syaaban ni ana tuko templat baru.. seblum ni pakai templat classic..kali ni pakai xml lak..nampak cam simple je templat ni..tapi compatible ngan coding yang lama..so takde la banyak sangat keje yg nak dibuat untuk upgrade..heheh.. korang rasa mane lawo lagik? templat lame yang menghijau tu ke ataupun tempat baru yang memutih nih? hehe.. ana ske dedua skali.. tengok la bosan2 nanti tuka lagi.. ana ni kengkadang jenih yang cepat bosan jugak tengok mende yang sama je.. [jangan aku kawen nanti cepat bosan tengok bini yang sama udahle..waliyazubillah..huhuhu..]

untuk posting kali ni.. ana nak respon sikit pada komen ukhti yanti yang menyuarakan pendapat beliau jua menanyakan pendapat ana tentang cara pemakaian.. ana memilih untuk melazimi pemakaian yang baik seperti serban ni kerana ingin menuruti sunnah Rasulullah SAW.. berserban dan berjubah adalah sunnah Nabi yang mulia.. sekadar memakainya dan meniatkannya sebagai menuruti jalan sunnah kita akan mendapat pahala yang berterusan selagi mana kita memakainya.. kenapa kita perlu mengikut fesyen dan identiti yang dibawa oleh barat sedangkan idola utama kita iaitu Rasulullah tidak kita hiraukan.. [bape ramai sangat laa orang zaman skang yang menjadikan Rasulullah sebagai idola..] lagipun bagi ana.. dengan memakai pakaian yang baik kita dapat menjaga diri kita daripada melakukan kejahatan dan kefasadan serta kemaksiatan.. bayangkan ade tak orang pakai serban pakai jubah nak masuk tempat2 tak elok.. masuk disco.. gi bejoget..takde.. [melainkan arab mesir dan kebanyakan arab mana2 negara skarang yang mane jubah dan serban hanyalah sekadar budaya mereka] bagi ana sniri ana akan terasa malu kalau nak wat mende bukan2 dalam keadaan ana berpakaian baik dan orang memandang ana dengan pandangan yang baik.. dalam hati kecik ni pasti akan berkata apa dorang kate kalau aku pakai camni tapi wat pulak camtu.. tambah teruk lagi kalau yang melihat tu orang bukan Islam.. macamane kita nak dakwah bilhal.. mereka akan memandang pula Islam ni gini gini dalam keadaan mencaci Islam dek kerana perangai kita yang berpakaian melambangkan muslim sejati tapi tak pun berperangai dengan perangai seorang muslim.. jadi secara tak langsung pakaian itu mencegah kita daripada melakukan perkara tak elok tersebut.. sekaligus kita dapat melaksanakan dakwah bilhal..dan hakikatnya kita sepatutnya lebih terasa malu dengan Allah untuk buat perkara2 yang tak elok walaupun dalam keadaan pakaian apa sekalipun..kerana Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat..

kali ni ana nak citer pasal perkara yang berkaitan ngan muslimah la plak.. kita dapat lihat remaja remaji zaman skarang ni yang dikatakan up-to-date dengan fesyen.. berpakaian ikut suka tanpa mengira batasan aurat dalam Islam jua adat ketimuran yang menekankan aspek kesopanan dan ketidakjolokanmata.. [sebab apa pakai seksi tu dikaitkan dengan menjolok mata.. penah tak korang pikir.. adakah dengan melihat mereka yang seksi akan menyebabkan mata kita dijolok oleh lidi mahupun kad atm? tidak sekali2.. bahkan menjolok mata tu merupakan semata2 kinayah dan tashbih yang terjadi berasal usul disebabkan oleh beberapa kejadian yang telah menimpa para lelaki yang memandu kereta mahupun menunggang motosikal yang di'jolok mata'nya oleh wanita seksi ketika pemanduan yang menyebabkan mereka eksiden tak memasal.. serupa je.. tengok pempuan seksi..tak dapat tumpu pemanduan.. eksiden.. kene jolok mata ngan lidi.. tak dapat tumpu pemanduan.. eksiden.. kan ke same tuh.. jadi ulama2 bahasa melayu dolu2 kala telah menqiaskan kes jolok mata dengan lidi ni dengan kes wanita yang berpakaian menjolok mate.. lalu terjadilah istilah menjolok mata.. sekian dimaklumkan.. - sumber: dewan bahasa dan pustaka pamie] sekati2 aku je reka istilah..hahaha..

kita akan dapat lihat beberapa golongan makhluk Allah yang idup dalam muka bumi ni serta cara pemakaian mereka yang pelbagai.. mari kita selusuri realiti hidup mereka ini..

GOLONGAN 1
Natang yang tak berpakaian langsung

telahpun kita semua ketahui bahwesenye menatang memanglah tidak berpakaian.. jadi mereka ini walau seseksi mana pun mereka tidaklah mengghairahkan mana2 lelaki mahupun perempuan yang normal.. adapun yang tidak normal itu perkara nadir (jarang2 berlaku) dan tidak akan diperbincangkan disini.. walaupun mereka punye tuuuuuuuuuut jelas kelihatan tanpa dibalut oleh apa2 sarung.. sekali2 tidak ada keinginan dihati manusia untuk melakukan perkara diluar tabii bersama2 mereka.. bahkan mereka itu hanyalah menggoda golongan mereka yang berjantina berlawanan semata2.. lembu jantan ngorat lembu betina.. standard la tuh.. relek je ngorat takyah pakai kot bawak awek makan kat restoran mahal.. dorang ade nafsu tapi takde akal.. gitu jela.. kisah ape orang nampak beliau punye tuuuuuuutt.. jadi golongan mereka ini telah menjadi lumrah alam untuk tidak berpakaian dan tidak pula mereka ini berada bersama VIP di fashion2 show untuk mengambil tahu perkembangan dunia fesyen masakini..

GOLONGAN 2
Mak datin n memakcik ngan pesen joe jambul

seperti yang kita lihat dalam dunia perdatinan dan dunia permakcikan masa kini.. ramai jua yang kita nampak mengenakan selendang walaupun ada yang lansung tak berselendang menampakkan rambut kering..ting yang mengalahkan sikit dpd alleycats tu.. yg tak pakai slendang langsung ni awal2 salah dah persepsi dorang.. tapi yang pakai selendang ni pun ada yang bengong juge.. pakai selendang comey dh.. tapi jambul tinggi KLCC kuar pulak kat celah dahi tu.. jenih yang ni persepsi dia betul sikit dpd yang first tadi tapi walaupun betul sikit yang salah tetap banyak.. dah alang2 pakai tudung.. tutup jela semua.. jambul tu kalo lawa takpe jugak.. ni dah macam busut anai2.. silap2 anai2 pun kalo masuk kat situ sesat.. haha.. dah tua2 mak datin tak payah la nak berias lawo2 lagi.. takde sape beselere makcik oih.. [kalo ade pun gigolo yg desperate nak duit jela..]

GOLONGAN 3
Gadis sadis dengan tudung keliling lehor

golongan yang ni plak baju kurung pakai molek dah.. tentibe tudung pakai tudung pendek lak.. pulak tu ekornye ditarik pulak kebelakang lehor.. lalu disebabkan itu terzahirlah kedua buah yang menyerupai pelbagai jenis buah pelbagai saiz seperi limau betik dan tembikai.. [gile ah beso tembikai.. cam tak logik.. tapi tak mustahil ade kan.. haha] agaknye gadis2 sadis yang jenih ni tak sedor yang dorang mempunyai sepasang aset tersebut yang mampu menarik perhatian lelaki untuk melakukan maksiat mata dan maksiat hati.. tudung dah elok dah pakai.. yang ditarik2 ekornye kebelakang tu apekehal.. mengong btoi.. ikan goreng.. kalau kita buh dalam tudung saji bertutup kemas..tak nampak dalam..takde bau yang keluar.. takdenye kucing nak datang terkam.. tapi cube keluarkan sket sisik dia ke..ekor dia ke dpd celah tudung saji tu.. kucing mane yg tak geram.. dah pakai tudung molek tu.. lepaskan jela bagi tutup semua dada tu.. alangkan yang tutup semua dada tu pun yang belah sini ni geram.. ni kan lagi yang nampak jelas bentuk bulat trang tang tang tu.. sok luse kalo kene rogol mulela salahkan lelaki jahat la itu la ini la.. padahal seniri yang jadi punca.. sekian dimaklumkan. ingatlah Allah SWT berfirman dalam Suran An-Nur ayat 31 yang bermaksud: "...hendaklah mereka menutupkan tudung (selendang) mereka ke leher dan dada mereka.." Rasulullah juga ada bersabda ((sesungguhnya sebilangan ahli neraka adalah perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya)) sniri mau ingatla beb..

GOLONGAN 4
Gadis sadis dengan fesyen sarung nangka

ha..yang ni ana rasa memang sangat banyak lah terdapat dalam masyarakat Islam kita baik di malaysia mahupun dimesir ni seniri.. perlu diingat syarat menutup aurat dalam pakaian sosial seharian disisi Islam ada 2.. yang pertama menutup anggota.. yang kedua tidak menampakkan bentuk tubuh.. kalau tutup anggota pakai selimut longgar sekalipun tapi selimut tu lutsinar tak dikira tutup aurat.. begitu jugak kalau balut badan pakai silotep itam je.. syarat pertama lepas tapi syarat kedua tak.. jadi tak dikire la tutup aurat.. sebab bentuk tubuh masih kelihatan.. gadis2 skang ni memang ramai yang teringin nak jadik nangke.. balut ngan tshirt yang ketat2.. abih body pokorti yang mulia tu terzahir bentuk dengan ukuran 40-13-40 tu.. baju pun tanak bli yang saiz L ke XL ke.. semua tibai baju masa dia baby dulu.. kalo masa dia baby dia tau dah beso nanti dia pakai baju baby.. mesti masa baby dia mintak mak dia pakaikan baju saiz yang bukan saiz baby.. ape punye baby ntah.. muke dahlah huduh.. tak sedo diri pakai ketat2 gitu plak lagi.. tambah2 huduh buduh munguks mangang dan sebagainya.. patut dah tau muke tu huduh.. pakai la elok2 perindahkan akhlak baru la orang tak kesah mane pun ngan kehuduhan rupa itu.. Rasulullah SAW ada bersabda mengenai perempuan yang suka sangat pakai ketat nih.. ((...hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu.)) so kengkawan yang tengok ada kengkawan kita yang pakai ketat2 tu..[in case la dia tak mampu nak beli kain kan..kot la miskin sangat walaupun pakai kete bmw..] bagi la pinjam baju ngkorang yang longgo2 tuh.. tak pun belikan la sepasang dua besedekah atas jalan dakwah.. takkan tu pun nak sep.. nak bedakwah tapi kedekut.. mangkuk punye daie..

GOLONGAN 5
Gadis sadis dengan skirt bertudung

fesen ni lagi la mabuk.. dpd ateh tengok ok dah.. tudung molek elok rapi selai rambut pun tak tejojol kuar..tapi bile sampai kat lutut tu tetibe terus nampak bulu kaki.. (walaupun dah becukur..) sampai la ke betis ke bawah.. apekehe la minah weh.. pakai tudung pastu pakai skirt.. rosak abih pakaian muslimah gitu.. daripade jauh dah nampak ginjal dah.. [ganjil la tuh..] yg ni sah2 la aurat tebukak dah.. kaki yg putih mulus tu jelas2 nampak bekilat2.. [walaupun beliau seorang yg gelap..] lelaki ni bukannye leh nampak lelebih pempuan2 ni.. sebab tu aurat yang dibolehkan bukak tu muka dan tapak tangan je.. [kalau sebut tapak tangan kire sekali la ngan belakang tangan.. takkan la nak balut blakang tgn je..] sebab anggota2 lain tu semua ada tarikan yang mengarahkan kepada merangsang insan bernama lelaki.. [aku laki aku tau la so jangan cakap banyak k..nak lawan lelebih jom debat kat parlimen..haha] menurut riwayat Imam Tarmizi dan Nasaie dari Ummu Salamah RA "ya Rasulallah bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah?" Sabda Rasulullah ((Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambagkan lagi keatasnya)) hah..jangan pulak nak pepandai wat tafsir hadith sniri lak kate Nabi suh panjangkan sejengkal je dpd skirt pendek yang memang dah sampai peha tu.. sat gi wat tafsir gitu aku sepak laju2.. dalam sebuah lagi hadith diriwayatkan Asma bt Abu Bakar datang bertemu dengan Nabi dengan memakai pakaian yang nipis.. lalu Rasulullah bersabda ((wahai Asma! sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja)) takkan tak pempaham lagi kot..

GOLONGAN 6
Gadis sadis dengan t-shirt lengan pendek ataupun singlet

yang ni agak2 ah.. tshirt lengan pendek ni baju orang laki.. yang nak sebok gak pakai baju laki apehal.. tak reti jantina sniri ke.. dasar krisis identiti.. tau la lengan tu otot macam john cena.. kot ye pun tak payah la nak tunjuk2 kat orang.. pakai dalam umah je dahla.. orang laki bukan hingin pun nak tengok lengan awak yang beso sikit je daripade batista tuh.. yang rajin duk makai singlet je pulak.. singlet tu baju belah dalam.. yang gi pakai belah luo apehal.. taula superman tu nak dijadikan idola.. tapi sedo la awak tu orang Islam.. yg nak ditiru supeman yang kapiak laknatullah tu apekesehal.. yelah.. tapi dah disebabkan golongan ni suke sangat tayang bekas BCG yang die cucuk mase dajah 6 dulu tu.. orang laki ni takkanla taknak tengok kan.. dah orang tunjuk.. tak tengok kang membazir pulak.. Allah berfirman dalam Surah Nur ayat 31 yang bermaksud "katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman hendaklah mereka merendahkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka" tak reti2 lagi ke..

GOLONGAN 7
Gadis sadis dengan kain 'halam'

kain halam ni kain belah.. sebabpe name die halam.. sebab gabungan daripade halal ngan haram.. kalo tengok pempuan pakai kain ni.. kejap halal.. kejap haram.. mase bediri tegak.. halal.. pasal tertutup belahan dan celahan tu.. tapi bile bejalan.. nampak pulak betih ngan peha tu.. jadi haram plak.. halal..haram..halal..haram.. halam la senang.. haha.. kain jenih ni daripada buku lali tu dia belah.. sampaila dekat betis.. ada yang extrim sikit tu belahnye sampai terus dekat2 pinggang tu.. tahpape ntah taste pakai kain belah tu.. alang2 nak belah baik belah terus je sampai putus.. tak pun pakai kain tuala je kan senang.. kain belah jugak tuh.. kepada golongan2 ini.. boleh belah ngan kain belah! Rasulullah ada bersabda yang mafhumnya ((barang siapa yang memakai pakaian yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti))

GOLONGAN 8
Gadis sadis dengan fesyen transparent

huh.. yang ni nak jadik hollow woman plak.. macam2 la manusia nih.. dah elok2 orang buat baju nak bagi tutup badan.. die gi cari kain yang nipis2 yang bleh nampak kulit plak.. skali tengok daripade jauh macam pakai roti jala.. dua kali tengok macam dia amik jala pakcik dia yang bekerja sebagai nelayan dan sarung kat badan.. tige kali tengok macam pakai alas meja pun ade.. rasa macam dah tutup aurat dah.. tapi ala.. ape salahnye nampak sikit2.. suami i pun tak kesah pe.. die pun suke tengok i pakai macam ni.. u nak tengok tengokla tanak tengok sudah.. aaahh.. ngarut ah semua nih.. pegi jahanam ngan pesyen2 yang merosakkan pemikiran muslimah nih.. semua dah jadik tak reti mana yang halal mana yang haram.. haram btolla!

GOLONGAN 9
Gadis tak tutup aurat tapi hati baik

ada satu golongan ni pulak mempertahankan kepeningan mereka dengan membawa konsep.. i tak pakai tudung i pakai ketat2 tapi hati i baik.. i tak tinggal semayang.. i puasa ramadhan puasa penuh.. i tak layan lelaki.. i pandai jaga maruah.. aaaahh.. ni sume konsep tak betul belake.. part yang depan2 tu betul la dah sume.. tapi tentibe kat blakang ade kurap.. kenapa nak cacatkan kesempurnaan tu dengan tak pakai tudung.. tak tutup aurat.. perfectkan syariat tu dengan melengkapkan dalam pelaksanaan sume skali.. hati baik.. luaran pun baik.. kan bagus.. watpe amik salah satu kalau kedua2nya wajib ada.. time semayang elok plak pakai telekung.. kenapa kat luar tanak tutup jugak macam time semayang.. kalau berani sangat.. haa semayang la tak pakai tudung.. tak bleh plak.. tau plak haram.. tak tau le jenih golongan yang gini ni bepikir camne..

GOLONGAN 10
Gadis jubah dan tudung labuh tapi perangai camsial

yang ni lagi la sengal.. hipokrit.. luaran punye la thiqah.. sampai orang bleh panggil ustazah.. tapi blakang2 main ngan balak.. anto gambo bukak sane sini dedah tuuuut sana sini ngan pakwe.. chating yang lucah2 ngan lelaki ntah mane2.. smayang pun ntah wat ntah idak.. golongan yang gini daripade segi auratnye lepas la takde dosa.. tapi dpd segi dosa2 lain tu tetap tak lepas jugak.. balik jugak macam tadi.. kenapa nak amik agama separuh2.. pakaian dah melambangkan muslimah sejati.. berperangailah dengan perangai muslimah sejati..barula complete nak mengaku muslimah.. kalau golongan yang sebelum tadi plak.. pun same jugak.. jangan amik separuh2.. hati dan perangai baik dah cukup bagus.. baguskan lagi ianya dengan mengindahkan luaran agar padan dengan dalaman.. sebab manusia ni tak boleh tidak akan melihat first impression pada luaran terlebih dahulu.. jadi seeloknya padankanlah luaran tu dengan dalaman.. baru la jadi sebaik2 muslimah..

KESIMPULAN

seelok2nya jadilah muslimah sejati yang berpakaian molek dan berperibadi mulia..tutuplah aurat sesempurna mungkin.. janganlah jadi seperti golongan yang no 1 tadi.. kalau manusia yang mulia pun nak berpakaian macam lembu.. maknenye memang teruk lagi dpd lembu la tuh.. biarla paneh camne pun kat dunia ni.. dunia ni sementara je pun.. bape taun sangat nak idup dalam dunia yang kepanasan sikit ni daripada nak menahan seksa api neraka yang membakar tubuh beribu2 taun lamenye disebabkan tak tutup aurat..

ada jugak yang bertanya.. kenapa pulak kena tutup aurat nih.. ape gunanya.. kan melanggar hak asasi manusia yang inginkan kebebasan.. hak asasi manusia konon.. tak tutup aurat tu lagi la melanggar hak asasi manusia sekali ngan hak Allah dilanggo.. sebab pempuan tak tutup aurat la antara punca kenapa berlakunya kes2 rogol zina dan len2.. hak asasi ape pulak yang boleh jadi sebab kepada jatuhnya maruah wanita.. tu baru cakap hak manusia.. hak Allah? toksah nak komen la.. jangan ditanye kenapa kene tutup aurat.. dah Allah suruh.. buat jela.. kita hamba.. ikut jela.. berani nak mempersoalkan Tuhan? Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud "hendaklah mereka menghulurkan tudung keseluruh tubuh mereka supaya mereka lebih mudah dikenali orang kerana itu mereka tidak diganggu.."

kalau teringin sangat nak bukak aurat tuh.. ha bukakla ngan orang2 yang layak untuk dibukak.. sape pulak yang layak untuk dibukakkan aurat tuh? Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 "dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami2 mereka atau bapa2 mereka atau bapa2 mentua mereka atau anak2 lelaki mereka atau anak2 lelaki suami mereka (anak tiri) atau saudara2 lelaki mereka atau anak2 saudara perempuan mereka atau wanita2 (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka atau hamba sahaya mereka atau orang2 lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan atau kanak2 yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan"

jadi kepada muslimah2 diluar sana.. ubahlah penampilan anda.. berpakaianlah dengan pakaian yang sempurna dan berperibadilah dengan peribadi yang mulia.. moga2 dengan sedikit usaha kita Allah melimpahkan rahmat yang berterusan kepada kita.. pohonlah dan carilah hidayah Allah supaya kita dapat mengubah apa yang terbiasa dan membiasakan apa yang telah kita ubah..[menjadi yang lebih baik la..jangan biasakan pada perkara yang kita berubah makin teruk plak..] jadi disini ana sertakan bersama panduan penutupan aurat yang sempurna .. moga2 semua muslimah dapat mencontohi cara pemakaian sebegini.. barula sejuk mata ikhwah2 ni bila akhawat lalu depan.. laksanakanlah hukum Allah bukan untuk dipandang mulia oleh manusia.. sebaliknya laksanakanlah supaya dipandang mulia oleh Allah SWT..


renungkanlah.. emas yang berharga dan bernilai tinggi orang tak letak tabur2 kat ruang tamu.. orang akan simpan terkunci dan tertutup rapat dalam peti besi kerana ianya bernilai.. begitu jualah wanita.. tutuplah apa yang selayaknya ditutup.. kerana anda para wanita adalah sangat bernilai.. wallahu subhanahu wataala a'lam..

Currently have 4 Kata Komenan:

  1. blog ni nengok da mkin lawa.. putih mulus tulus qudus je.. ngat silap msuk uma.. pengisian pun mkin mantop. bgus2.bab aurat ni memng menarik tuk difikir2kn. mungkin cara penyampaian begini rmai org bleh trime insyalhh..

  2. tme kasih atas pujian tu..
    (ikhlas tak nih?hehe..)
    insyaAllah kita harapkan ramai muslimah2 sedar yang menjaga aurat aurat tu adalah penting..
    mungkin ada antara mereka yang tak tau kan..
    moga2 Allah memberi hidayah dan taufiq kepada mereka yang masih tanak berubah..yang belum berubah..yang nak berubah..yang sedang berubah..juga yang akan berubah..
    ameen ya rabb..

  3. best la post ko ni pamis .. susah juga nak cari org yg dlm gambo yg last tuh.. fuh... :) :)

  4. memang susah wan.. tapi insyaAllah ada.. kalau takde pun.. kita cari yang tak ada dan kita sebagai pemimpin adakan benda yang tak ada tu.. bila lagi nak berdakwah kan.. terutama kalo dah jadik bini sniri.. skit2 la upgrade.. memula longgarkan tudung dia kebawah dada.. pastu lelame belikanla plak tdg labuh.. kalau kita suka dia pakai gitu lelame maunye dia ikut.. dia pun mesti nak wat kita suke.. kengkadang laki zaman skang ni pun ramai gak yg penin2.. suke tgk bini sniri dedah sane sini depan orang.. dayus laki gitu..


Leave a Reply

There was an error in this gadget