Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Saturday, August 30, 2008
Jaulah Waterfall Fayyum
pertama tamanya salam ramadhan al-mubarak pade semua pengunjung belog..
keduanya salam kemerdekaan buat semua rakyat malaysia..
kedua2 salam ini patutnya ana sampaikan dalam entri memasing.. tapi takpe la insyaAllah akan menyusul kemudian.. ana nak abehkan sikit lagi jaulah ni.. jaulah terakhir insyaAllah dalam musim panas kali ni.. jam pun baru je bertukar semalam pada jam musim sejuk.. kalau sebelum ni beza mesir dan malaysia 5jam.. skang dah jadik 6 jam balik.. tak sabo rasanya nak masuk winter balik.. nak men salji pasir.. [mesir takde salji ais kecuali dibeberapa tempat yang sangat jauh.. oleh itu amik pasir baling daripade umah ateh.. nampak cam salji.. ngehehe..] tu la manusia.. tak penah besyukur.. mase musim sejuk tak jemu2 tunggu musim paneh.. dah musim paneh.. tak larat duk sebuk lak mintak musim sejuk cepat.. bagi musim buah jugak baru dia diam.. belum masuk musim demam.. musim bola.. musim bermusim zaman berzaman.. blablabla pumpangpumpang..
bulan ni rasanya rekod ana paling banyak posting entri kan.. punye la rajin.. memule dulu sebulan 2x je hapdet.. skali bulan ni dah sampai 19 entri dah hingga hari ini.. tambah2 pulak bulan ni banyak gile bejalan dan berjaulah plus aktiviti yang memang memenuhkan hari2 ini sehingga nak memikirkan soal kawen pun dah tak dan.. hahaha.. [bagus jugak tepelihara skit aku daripada dibakar dan terbakar.. heheh..]
jadi untuk tak membuang masa dan tenaga ana menaip dan mencari idea merapu.. ana teruskan dengan cite jaulah extreme yang bersambung selepas balik dari jaulah maqam dan ronggeng alex.. malam tu kitorang selamat sampai kat umah dalam kul 12tengah malam.. sangat letih.. sempat rehat2 jap masa tu dalam sejam.. pada asalnya yang bakal menyertai jaulah fayyum ikut DPM mansurah ni kitorang berempat.. ana pett nik dan sham.. tapi bile dikompemkan pada malam itu ternyata 2orang daripada kami syahid sebelum berperang.. nik ngan sham dok rok cetong.. lalu tinggalla ana ngan pett yang memasing masih mutaradid (teragak2) samada untuk meneruskan perjuangan ini ataupun mengikut jejak langkah mereka yang telahpun syahid di medan katil dan tilam yang empuk lagi menanti dihempuk dan dihenyak oleh badan yang keletihan ini.. setelah bermesyuarat beberapa saat.. kitorang mengambil keputusan seempat segi suara untuk khusy ala tulll (teruskan) perjalanan ini.. alang2 menyeluk bara biar sampai ke pangkal pekasam.. apekah?
dalam kul 1.30 pagi ana dan pett yang masih mamai menahan teksi ke mawaf mansurah sambil berdoa moga2 ade la lagi pijot yang menunggu untuk membawak kitorang ke sane.. ternyata ada yang menunggu.. tapi bukan tunggu kitorang.. hampes sungguh.. malam tu agak ramai yang nak ke mansurah.. tapi takde arabiah (kenderaan pijot ataupun tremco tu dorang panggil arabiah) ade la dalam 6orang.. last2nye datang sebijik teksi fiat yang separuh runtuh menawarkan untuk membawak kitorang dengan bayaran 6geneh sorang.. [bayaran biase zagzig mansurah 3.50 je..] sebab nak kene sampai mansurah jugak ape2 hal pun.. kitorang pun besetuju untuk nek teksi 3/4 roboh tersebut.. sekali naik ingatkan 4orang je.. sekali ammu tu sumbat skali 6.. seat depan duk bedua.. seat belakang duk berempat.. bayangkanla.. teksi kecik yang memang dah roboh.. naik betujuh.. kalau pungkok arab ni standard mangkuk megi je takpela.. ni kawah kenduri tu rasanya lagi kecik daripada itu.. memang seksa..
pertama kali lalu bonggol.. srrraaapppppp! eksoz teksi tu tersagat ngan jalan.. ammu tu leh wat relek lagi.. jenuh la dia buat cross serong la bawak slow la.. takleh gak.. memula lalu bonggol je sagat.. beberapa minit lepeh tu.. tetiap kali jalan beralun sagatan itu berbunyi.. agaknye jumlah berat penumpang teksi tu mau mencecah 2 tan kot.. hahaha.. lalu ammu tu mula tak sedap ati.. last2 dia tahan satu van yang satu jalan ngan kitorang.. rentikan kat tepi dan suh turun teksi tu dan nek van tuh.. kitorang ni tak tau pepe ikutkan jela sesape arab yang nak ke mansurah tuh..
dalam van ni pulak.. arab2 ni mula la begaduh sebab asto (drebar) van ni tanak anto sampai mansurah.. dia nak anto separuh jalan je.. selebihnya kat situ nanti gi cari van lain sampai ke mansurah.. maka mula la sesi2 tawar menawar.. arab2 ni suh ammu tu anto sampai mansurah dan dorang bayo lebih.. memula 2genih.. last2 2.50.. gaduh pnyer gaduh ammu tu pun setuju.. jadi ammu yang sebelah kitorang ni pun menjanjikan bahawa kita semua akan sampai terus ke mansurah.. maka legalah hati kitorang yang memang maleh dan tak larat dah nak mikir mase tu.. mane2 arab ni nak bawak pun bawak la.. janji sampai.. huhuhu..
jangan disangkakan air yang tenang takde biawak.. hampeh punye asto.. die dah amik 2.50 kitorang.. last2nye dia tak anto sampai mansurah gak.. tetap anto separuh jalan.. dia tahan van lain dan suh naik van tu plak.. bape kali lompat dah nih.. [tetiap kali aku baru nak terlena ade je orang gerak suh tuko van len.. tertekan sungguh jiwa aku diketika itu.. rasa bagaikan mahu memflyingkick sambil menampor ammu yang gerak aku bangun tu.. hahaha]
pendekkan cite.. akhirnya kitorang sampai jugak ke mansurah dengan ugrah (tambang) yang dicampur2 beberapa kenderaan tadi menjadikan perjalanan malam itu bernilai 7geneh.. huh.. 2x ganda daripada biase.. sampai je di bait taubah.. umah tu masih hapening dan meriah dengan ahli2nya yang tak tido malam kerana mendapat tender masak untuk jaulah keesokan harinya.. lalu dengan tak malunye kitorang merasmikan lauk paprik yang akan dimakan keesokan arinya pada malam itu.. ngeh3.. pas makan terus tido tak larat nak mikir hape dah.. [apepun benu ko masak memang sedap! 7x tambah pon aku tak kenyang2.. hahaha..]
maka esok paginye bermulalah jaulah 2orang ahli zagzig yang sesat ke mansurah untuk meronggeng bersama ke fayyum.. namun dirasakan juga kurang meriah kerana ahli kalghari tak cukup.. apepun.. mari kita soroti rentetan jaulah fayyum ini bersama2.. kepada mereka yang berada di malaysia.. sila berasa jeles kerana saya dapat meronggeng lagi.. ngeh3..
apepun.. summer holidey taun ni memang bes.. moga2 ada kesempatan untuk melawat tempat2 bersejarah diluar mesir plak akan datang.. moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kelapangan masa yang banyak.. pett dah sampai ke turki.. ana je yang duk pusing2 mesir ni je.. tak tengok2 dunia luar lagi.. hehehe.. apepun selamat menyambut hari kemerdekaan pada semua rakyat malaysia dan selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan yang mulia.. marilah kita bersama2 mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ni agar menjadi tarbiah kepada kita supaya dapat istiqamah dengan amalan baik yang kita amalkan dibulan ramadhan ini untuk terus diamalkan di bulan2 dan tahun2 yang seterusnya.. insyaAllah biiznillah..
senyum sokmoo wokeyh~ ^_^
Wednesday, August 27, 2008
Tafaquh Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
salam pade semua pencinta ilmu~
saje nak selitkan iklan sket dalam blog ni.. ana nak mengajak kengkawan sume baik yang berada di mesir mahupun yang berade di malaysia untuk sama2 mengambil kesempatan bertafaquh bersama Syeikh Nuruddin yang datang ke mesir untuk melimpahkan ilmu beliau kepada para azhari yang berada disini.. janganlah kiranya kita memberatkan pungkoq untuk bermujahadah melawan nafsu malas kita untuk mengikuti pengajian ini..
Syeikh telah bersedia mencurahkan sebanyak mungkin ilmu yang amat bernilai maka kita juga perlu bersedia menadah ilmu itu dengan satu bekas tadahan yang besar.. janganlah kita sekadar menadah cawan megi terhadap setangki ilmu yang mahu dicurahkan oleh Syeikh.. jika tidak mampu untuk ke sampai ke tempat pengajian di rumah terengganu hayyu asyir.. maka janganlah kita membuat pelbagai alasan yang lapuk dan hanya akan menambahnyampahkan orang yang mendengar alasan itu.. teknologi yang dimanipulasi untuk dakwah sudahpun terang2 berada dihadapan kita.. jika kita sanggup meluangkan masa berejam2 mengomen gambo di friendster.. maka mengapakah kita tidak mampu meluangkan sedikit jam mengikuti pengajian yang juga ada dibuat secara online dan live daripada Syeikh ini..
bagi kengkawan di mesir umumnya dan di malaysia khususnya yang ingin mengikuti pengajian ini secara langsung dan online.. sila buka Al-Muttaqin TV dengan menekan link yang dibawah ini:
http://www.mymkkk.tv/live.php
pengajian terbahagi kepada 3 sesi.. sesi pagi.. petang.. dan malam.. waktu pengajian adalah seperti berikut:
Sesi pagi:
Waktu mesir - 8.30 pagi
Waktu malaysia - 1.30 petang
Sesi petang:
Waktu mesir - 5.00 petang
Waktu malaysia - 10.00 malam
Sesi malam:
Waktu mesir - 9.00 malam
Waktu malaysia - 2.00 pagi
InsyaAllah sangat banyak manfaat yang akan kita dapat dalam pengisian rohani kita yang sentiasa lalai daripada mengingati Allah ini.. jadi.. apa lagi tunggu.. rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali ni.. marilah kita bersama2 bertafaquh bersama Syeikhuna Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.. moga2 Allah menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mengerti dan memahami ilmu agama serta mengamalkannya dengan pengamalan yang benar.. ameen ya Rabbal alamin..
salam~ khabare wak? hooo ni nok oyak nok witau selain daripade menziarahi maqam2 nabi dan para aulia..kitorang juge sempat meronggeng ke tempat2 bersejarah lain di Alexanderia ataupun Iskandariah.. dah alang2 sampai Alex kan.. rugi la tak meronggeng sama.. ngeh3.. tapi agak mengecewakan sikit la sebab sepanjang peronggengan kitorang di Alex takde nampak sorang pun akhawat malizi kat sane.. *sigh* kalau tak buleh la gak taqdim sorang dua kan.. tak dapat taqdim ngorat pun jadila.. ngahahah.. apepun tak larat dah nak tulih bebanyak nih.. layankan jela galeri ronggeng Alex nih..
________________
_______________
___________________________________
_________________________
haih.. dah 2 hari beturut jaulah ni.. tido pun tak lena mane.. malam ni nak gerak gi mansurah plak.. ada 1 lagi jaulah yang menanti.. ust pett menggelarkan jaulah kitorang ni sebagai jaulah extreme.. 3 hari beturut beb.. bape banyak tempat round.. pinggang pun dah macam nak patah duk dalam tremco tu.. dahla seat aku paling tak bes sebab takde penyandor kepala.. sungguh melenguhkan tengkok dan pinggang.. apepun jaulah ni memang bes.. berbaloi dan puas hati.. walaupun penat.. heheh.. korang nak join? mehla datang mesir.. hihihi..
sekian dulu.. kita sambung ngan jaulah fayyum plak dalam entri yang akan datang.. senyum2 sokmoo~ ^_^