Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Friday, October 23, 2009
Sape Rasa Sayang Mak Dia Sila Baca Posting Ni Sambil Lap Ayor Mate Lambang Terharu Yang Amat Sangat
salam aleik
anda sayang ibu anda? sape yang tak sayang ibu seniri memanglah dia seorang yang bongok mongok punggek munggek yinggek yalerkik nalerkuk. ape bende aku tulih tu aku pon tak tau. pegi tanye kat mufti mazhab muniandi agak2nye dia tau la kot maknenye.
ramai antara kita yang kata dia sayang ibu dia tapi kadang2 kita tak pernah nak tunjuk yang kita sayang kat ibu kita. terutama yang lelaki. huh. kalo dah hero tu, dengan mak sniri pon nak tunjuk hero. agak2la weh. kome sedor tak perut tu yang penat2 hangkut kome kesana kemari 9bulan. tak penah bekira walau sesaat pun masa yang beliau bazirkan untuk melayan peel kome yang melalak menguwek2 nyanyi lagu metallica memalam bute tak benti2 sampai pagi. jangan compare la dengan seorang bapak yang sangat penyabar walaupon mendengar kome merampuih2 pun buleh nyenyak lagi tido. ibu tidak sesabar itu. ditampor2nye ponggong kome demi mendiamkan seketul mulut soprano yang berbunyi tanpa sebab terkadangnya. ataupon kalau pon bersebab kerana ketidakselesaan tahi yang penuh bersirat di papan buntut yang bersalut lampin ataupon pampers. ataupun perut kome yang kelaparan dan kebuluran mengalahkan pelarian afghan lah kununnya yang dahagakan susu si ibu. sape yang menunaikan dan menyelesaikan semua permasalahan kome diketika itu kalau bukan si ibu. tapi bila dah tua ni, jangankan kata nak mintak tolong basuhkan berak. mak mintak tolong basuhkan pinggan jer pon. ade aje le jawapannye
"haaa kejaaaaappppppp"
"alamak busuk la mak. geli gile nak pegang pinggan kotor nih"
"eh ni bukan ke keje mak? keje saya belajor je kan? kemas2 umah ni keje surirumah. bukan keje seorang arkitek macam saya"
"bole tak kalau saya basuh besok je?"
"ala mak tadi dah janji nak kuar ngan kawan. mak larat je kan basuh?"
"basuh pinggan? jenis binatang ape tuh?"
"hahh? ade lagi ke orang basuh pinggan kat dunia ni? zaman moden ni sume pakai pinggan pakai buang la mak"
huh. hati sorang ibu sangat sensetip. kome ingat kome cakap camtu mak kome redho ke? sekelumit je dia rasa kecik hati kome ingat kome bleh masuk syurga senang2 ke? jangan harap le.
bagi yang dah takde mak, sememangnya pepatah melayu yang mengatakan "kita akan lebih menghargai setelah kehilangan" akan dirasakan oleh mereka. mereka dah tak sempat nak berbakti pada ibu yang dahulunya mereka pernah kata mereka sayang. tapi sempat atau tak untuk ditunjukkan kasih sayang tu pada mak? mereka sendiri saja yang mampu menjawapnya. pastinya sesalan demi sesalan buat mereka yang tak sempat untuk berbakti pada seorang wanita bernama ibu.
jadi pada yang masih ada ibu ni, korbankanlah apa sahaja yang anda ada demi percubaan untuk membalas jasa mereka. sekadar percubaan. kerana secara muktamadnya anda sememangnya takkan mampu untuk membalas jasa seorang ibu. hanya sekadar percubaan membalas. jika itupon anda taknak lakukan, sila jangan jadi anak ibu anda. jadilah anak lembu ke anak kambeng BEX ke ataupun anak kunci pon bole.
ini tazkirah hari jumaat. sayangilah ibu anda sebelum segalanya terlambat. letakkan kepentingan diri anda yang terakhir dan utamakanlah kepentingan mereka. walau sekuat mana keinginan anda untuk melakukan sesuatu, jika bertentangan dengan keinginan ibu, maka utamakanlah keinginan mereka. sesungguhnya disitu ada satu keberkatan yang amat besar iaitu keredhaan seorang ibu pastinya akan memberikan satu ketenangan yang jitu kepada jiwa seorang bernama anak seorang ibu.
anda dah lama tak telepon mak anda? sila telepon sebaik saja anda membaca posting ni. tanyakan khabar mereka. tanyakan keperluan mereka. mintak maaf pada mereka. mohon restu mereka dalam apa jua yang anda lakukan.
saya tidak pernah malu dan selamanya tidak akan malu jika dikatakan saya 'anak mak'. pedulik hape dah aku sayang mak aku. anda jua begitu? terpulang.
skang aku nak bersiap pegi solat jumaat. punye nak pahala lebih aku pegi solat jumaat sampai ke hutan melintang sana nun. stengah jam jugakla daripada umah. banyak betoi pahala aku. korang tak jeles ke? [padahal memang kene pegi smayang kat sana pasal tak sempat nak sampai skolah kalo gerak pas jumaat. bwahahaha]
ingat. cium tangan mak. biarlah bau durian pun. muntah belakang kire. ngehehehe.
jangan lupe surah kahfi dan banyakkan berselawat dihari jumaat. tata titi tutuuuuuuuuuu
salam..
btol2..mak kenkadang garang, tapi untuk kebaikan kite jugak. lagu permata ayah bunda oleh firdaus memang sebagai perangsang untuk study - amanah oleh mak ayah.
anak mak.. well, biase la, anak bongsu. kalo anak bongsu pempuan, selalunye anak ayah. ngeheeee~.
kalo awak bace posting terbaru saye (kalau la kan. almaklum le, orang bizi), tersepit jugak antara impian diri seniri dan impian mak ayah.. tapi, planning Allah lagi mantop :)
aku mmg nangeh bace posting ni..tambah2 lg kalo pasal mak bapak..secara otomotik aku trus balik teluk intan arini gak pasal nak jumpa mak bapak aku.dah 5 ari dh tak jumpe dorg.rindu gler.hehe.
puih takutnye gangster datang blog ni:
nasib baik x-gengster. maknenye gengster yang dah betobat la tuh. tak membahayakan. hoho
saya dah terkomen kat dalam blog awak umpama orang nak wat posting. suriii.. haha.
apepun..marilah kita menunaikan amanah kepada kedua ibu bapa kita dengan hati yang gumbiree
pijit:
kenapa tetibe jer aku nampak ko kat kedai roti canai pak andak kat pekan t.intan tadi pijit? oh rupenye ko dah balik t.intan kerana merindui mak. eh, tadi bukan aku ke yang amik ko kuor makan? hahahantu
saye ade blog ke?eh,kat blog sape awak komen ni?
hahaaaa,ye ye, dapat dah. saye rase tu dah jadi cam blog awak dah, ke nak baleh dendam sebab saye komen kat blog awak panjang2 suatu ketika dulu?hoho..
syukran atas nasihat sume....
p.s-blog saye dapat no 3 dalam pertandingan rekecipte blog! alhamdulillah.. tang mana besh blog saye,ntoh le.. jazakallah ateh tunjuk ajar jugak
Salam ziarah ustz pamie..
sedih lah bila baca entry ni.. dah lah.. beberapa hari yang lepas berlaku sesuatu yg tak sepatutnya antara saya dengan mak saya.. memang sedih sesangat bila ingatkan balik kejadian tu..
memang keinginan seorang emak itu mesti di dahulukan..
p/s: selalu jenjalan kat sini.. makin mantop ustz pamie ni.. (^__^)
stiap orang mesti ada buat sesuatu yang kadang2 melukakan hati mak. tu memang takleh nak lari dah. yg penting kite sedor kan. daripada lansung Allah tutupkan hati tak nampak pon yang kita dah lukakan mak, tu lagi teruk. biar kita ada buat salah dan kita cepat2 mintak maaf atas kesalahan yang kita buat.
mantop? takde maknenye. bese2 je. tetap merapu meraban gaban macam bese. hehe.