Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Wednesday, October 7, 2009
The Pipi Donat Returns
Posted by The Pamiesz® | Wednesday, October 7, 2009 | Category:
Eid Mubarak,
Si Comel
|
tak disangka2.. rasanya dah setahun lebeh.. kekanak rebina berpipi donat ni aku tak jumpe.. takdir Allah menentukan.. dorang bersama mak bapak dorang datang menziarahi umah aku pada hari raya arituh.. rinduunyee aku pada dorang nih.. akan tetapi kan..
GALERI PIPI DONAT RETURNS
_______________________
_______________________
kaktie bersama baby aysar yang masih menanggung sakit jantungnya.. tunggu masa jer nak operate.. moga2 Allah segera menyembuhkan aysar.. ameen..
nilah baba kepada kekanak donat nih.. ust yus [baju putih] bersama tukang guide beliau untuk ke umah aku.. iaitulah ust budin.. [kemeja kotak2]
rasa2nya takde satu pon pose senyum yang aku dapat snap harituh.. nak snap pose senyum camne die senyum spatah pon idak..
yang ni memang K.O terus.. menguatkan lagi pendapat aku yang dia memang tengah datang bulan.. ngehehe..
terkadang kita terlupa kita pernah ada seorang kawan yang kita sangat2 rapat satu ketika dulu.. dan sekarang kita mungkin melupakan mereka dek kerana bermacam faktor yang timbul.. mungkin kerana suasana.. mungkin kerana cetek dan singkatnya ingatan jangkapanjang kita.. mungkin jugak kerana kita ada kenangan pahit dengannya.. atau mungkin juga disebabkan kesibukan kita menyebabkan kita terlupa..
apapun.. setiap orang yang pernah kita jumpa merupakan nama2 yang ada dalam kamus hidup kita sepanjang permusafiran kita didunia yang fana ini.. hargailah mereka semua dan ingatilah mereka semua dalam doa kita kerana mereka mempunyai jasa yang sangat besar menjadikan kanvas kosong kita terisi dengan segala macam lukisan ragam kehidupan bersama mereka semua..
ku senantiasa merindui segala nama2 yang pernah wujud dalam kamus hidupku.. aku tetap mendoakan kalian semua berada dalam keadaan yang baik dan senantiasa bahagia berada didalam rahmat Allah Robbul Jalil Tabaraka Wa Taala..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 Kata Komenan: