Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Friday, October 16, 2009

Masjid Sebagai Sebuah Pusat Rempit?

Posted by The Pamiesz® | Friday, October 16, 2009 | Category: , |

Salamullahi alaikum warahmatuhu wabarakatuhu

Rasulullah
sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam merupakan qudwah hasanah atau dalam bahasa Jermannya contoh teladan yang terbaik dalam setiap aspek. Baginda layak dan sangat patut untuk diikuti oleh setiap umat Islam dan juga manusia seluruhnya. Tidak kira dari sudut apa sekalipun, Baginda yang mulia tetap menjadi idola dan syamail Baginda yang terpuji merupakan satu peribadi yang tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana manusia yang wujud di muka bumi Allah ini. Bagindalah semulia-mulia makhluk Allah, penghulu segala Nabi dan Rasul, pemimpin teragung dan pemberi syafaat yang diingini oleh semua orang termasuk para Nabi sendiri yang menginginkan title 'Ummat Nabi Muhammad' berada di tangan mereka. MasyaAllah TabarakAllah.

Kepimpinan Baginda
sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam dapat dilihat dari pelbagai aspek. Paling utama kita dapat lihat kepimpinan Baginda menyerlah ketikamana umat Islam yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Baginda mula membentuk masyarakat dengan langkah pertama iaitu dengan pembinaan masjid. Pembinaan masjid pertama dalam Islam menjadi titik tolak kepada perpaduan yang wujud ketika itu. Bibit-bibit keharmonian mula tersemai dengan wujudnya Masjid Quba, masjid yang dibina ketikamana persinggahan Baginda di suatu tempat di Quba yang jaraknya lebih kurang 10kilometer dari Madinah. Setelah selesai bersolat didalamnya bersama para muhajirin, Baginda yang mulia berangkat menyambung perjalanan ke Madinah dan selamat tiba 4 hari selepas itu.

Para golongan ansar yang menyambut baik kedatangan Baginda Rasulullah telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan kaum muhajirin. Maka satu lagi langkah perpaduan dapat dilihat dari tindakan kepimpinan Baginda mempersaudarakan dua golongan tersebut.

Masjid yang kita dapat lihat dimasa kini tidaklah sama sepertimana masjid yang wujud di zaman Nabi. Masjid yang gah dan dihias serta dibina indah sepertimana yang kita lihat sekarang tidaklah dapat di
comparekan dengan masjid pada zaman Nabi. Di ketika itu, masjid hanya dibina bertiangkan batang pokok kurma, beratapkan pelepah tamar dan berlantaikan pasir-pasir panas.

Akan tetapi masjid diketika itu menjadi pusat kepada segala aktiviti dari sekecil-kecil aktiviti seperti perjumpaan rakan taulan hinggalah kepada sebesar-besar markaz seperti pusat kepimpinan kerajaan. Segalanya berpusat dan bermarkazkan masjid sebagai
'Universal Centre'. Fungsi yang luas ini menjadikan masjid sebagai sebuah institusi yang terbaik yang melahirkan tamadun yang sangat gemilang di masa itu. Walaupun rupanya tidaklah seindah mana, akan tetapi pengisian dan penggunaan yang maksima kita dapat lihat bertitik tolak dari kepimpinan Nabi dalam mengimarahkan masjid.

Satu tanda kiamat. Masjid dimasa kini dibina bagaikan syurga pada benak fikiran manusia. Kecanggihan teknologi dan senibina yang sangat menawan dan mengagumkan terpahat pada setiap masjid yang wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ini merupakan satu simbol kebanggaan umat Islam. Akan tetapi, tamadun hanya berkembang disekitar senibinanya sahaja tanpa menitikberatkan perkembangan institusi masjid sebagai
'Universal Centre' sepertimana yang pernah wujud pada zaman Rasulullah.

Ini menjadikan pemikiran umat Islam semakin jumud dan
rigid mengakibatkan pemikiran mereka hanya tertumpu kepada menganggap masjid sebagai tempat ibadah semata-mata. Jika hendak mengerjakan solat, barulah mereka ke masjid. Jika tidak, menara masjid yang senantiasa melaungkan panggilan untuk solat itu pun tidak pernah diperdulikan. Alangkah ruginya manusia yang telah me'mindset'kan minda mereka dengan tanggapan seperti itu.

Senibina yang indah tidak menjamin bilangan
saff jemaah yang menunaikan solat subuh boleh mencecah sama dengan jemaah yang bersolat sunat hari raya aidilfitri. Ataupun sekurang-kurangnya hampir sama dengan bilangan jemaah yang menunaikan solat jumaat. Bagaikan suatu perkara mustahil ataupun 'syibhul mustahil' kecuali di masjid-masjid tertentu seperti Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Oleh itu kita perlulah mengembalikan semula tamadun yang diasaskan oleh kepimpinan Baginda
sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam iaitu dengan mengimarahkan masjid dan menjadikannya sebagai pusat kepada segala pusat seperti pusat ibadah, pusat ekonomi, pusat sukan, pusat penyebaran ilmu, pusat pentadbiran, pusat dakwah, pusat kemasyarakatan dan sebagainya. Golongan muda dan belia perlu kita tarik untuk mendekati masjid dan menjadikan masjid sebagai tempat yang paling dekat dengan hati mereka agar mereka senantiasa terpaut hatinya dengan Rumah Allah yang mulia ini.

Lihat sahaja contoh tauladan yang ditunjukkan oleh mat-mat rempit yang telah terikat hatinya dengan masjid-masjid ini. Hinggakan di masjid-masjid seluruh dunia pun mereka merempit.
"Rempit rempit jugak brader. Solat berjemaah tak tinggal." kata mereka.

Berita dari bernama dan bloomberg.


le tour de racing de masjid

aksi seorang mat rempit membuat wekang didepan sebuah masjid di Istanbul, Turengganu

mat rempit yang sama kelihatan membuat aksi berbahaya ini kali kedua dihadapan Kubah Sakhra, Palestrengganu.

kemudian datang seorang lagi pencabar cuba mencabar dengan melakukan aksi willy yang sempat dipelajarinya daripada monyet sarkas.

Penat la woih aku kene tulih ikut ejaan dan tatabahasa yang betoi. Siyes penat. Penat pasey ape? Paseynye dah setaun lebeh aku menulis blog dengan tatabahasa yang macam makruh. (asik macam haram je. skali skala makruh plak) Antara sebab makruhnya ia adalah:

Noktah kene satu. Contoh: tak boleh tulis macam ni.......

Mula ayat kene capital letter. Contoh: Janganlah komen. Aku gagal BM.

Perkataan kene baku. Contoh: takde menjadi tiada

Bahasa asing perlu di italickan. Contoh: udah la tepi tuh.

Perkataan berganda tak bole ganti dengan nombo 2. Contoh: Ape2 jelah labiiii

dan lain-lain lagi yang menyebabkan aku merasakan penerbitan buku aku yang pertama ni akan memakan masa yang sangat lama bagi membolehkan aku mengedit kembali tatabahasa 24 artikel blog ini yang sudah aku pilih untuk aku bukukan menjadi sebuah buku. [memanglah takkanlah bukukan jadi meja pulak kan.] apepun doa2kanlah segalanya berjalan lancar. aku ada semangat. cuma tak ada masa yang banyak. moga2 Allah memberkati masa aku dengan memberikan lebih banyak ruang untuk aku menulis. ameen ya rabb.

aku baru dapat berita bahawasanya junior aku di UDM telahpun berangkat ke Jordan sebagai wakil untuk cuba menyambung kembali MOU dengan pihak universiti sana bagi membolehkan mereka menyambung pengajian di sana. aku mintak pembaca yang budiman semua tolonglah doakan agar urusan mereka berjalan lancar dan mereka dapat mencapai hasrat mereka untuk menyambung ke timur tengah setelah mereka melalui kefrastan yang amat sangat kerana sudah tiada harapan untuk menyambung ke Mesir. ya Allah permudahkanlah segala urusan mereka dan jugak urusan kami semua. ameen ya rabb.

maaf. aku bukan cekgu yang baik untuk kalian. maafkan aku yang kurang disiplin ni. hountou ni gomenee. watashi wa GTF janai desu.

plis don't try this at masjid. u will get ur punishment like this.

Currently have 4 Kata Komenan:

  1. haha~ lawak la korang nih... mcm budak2... =P

  2. Salam..

    eheh, comey jer gye2 itu:)

  3. jgn la tulis mcm kat atas tu..pening jugak nak bace skema semacam jerk..xpelah tulis ala-ala makruh pom..asal sampai maksud sudaaaa....

  4. tak bes la baca yang skema sgt...tak bes...tak cun..tak ngetop..tak segala2nya..tulis yang sempoi la bes..kelakar but pnuh tersirat di sebalik tersurat..rasa dekat ngan pembaca.. :)


Leave a Reply

There was an error in this gadget