Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 13, 2009

Ajarkan Aku Akan Agamaku

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, October 13, 2009 | Category: |

banguuunnn.. assalamualaikum ustaz..

waalaikumussalam

bismillahirahmanirrahim.......[hingga habis doa penerang hati]

ustaz saya period. bole ke saya baca doa ni?

ape pulak tak bole nye. yang tak bole pegang dan baca Quran. zikir2 istighfar tasbih takde masalah.

hah bukak buku hari ni awak salin nota lagi. penerangan nanti saya akan bagi 15taun lagi.

cekgu buku saya dah habis

dah tu tak reti2 nak beli buku baru?

dah nak abih taun la cekgu. membazir la beli buku.

dah tu tak reti2 nak cari kertas kosong? awak ingat itu bole jadik alasan ke untuk awak melepas diri daripada tanggungjawab?

cekgu lain tak bagi koyak buku

pegi la tebang pokok bawak kat kilang suh wat kertas. huh. pegi mintak sape2 yang ade kertas cepat

cekgu. dia tak bagi

bak sini selai. bagi dia tulis. ketas awak ade banyak lagi tuh.

ek elehh ketas pon takde bodoh

diamla budak gemuk

eh ustaz saya ada buku rupenye kat dalam beg. ingat takde tadi

eh bole jangan banyak cakap tak? salin la cepat. mulut jalan tangan jangan tak jalan

ustaz mulut tak bole bejalan

mulut awak bole. bejalan kearah pelempang saya.

ustaz nak buat dalam buku nota ulum ke buku latihan

takkan tu pon nak tanye. awak buat nota ke buat latihan.

nota la ustaz. takkan tu pun nak tanye. nak wat dalam bahagian ayat kefahaman ke ibadah?

buat dalam bahagian aqidah. takkan tu pon nak tanye.

bahagian aqidah dah habis ustaz

buat jelah kat mana2 janji ada tempat kosong. awak nak tulis kat dahi kawan awak pon takpe.

hah yang belakang tu. menyerongen2 apekehe? nak mintak pelempang? ape saya tanye kat awak tadi jawap cepat.

astaghfirullah. baru je saya lepas cakap tadi. awak dengo ke tak dengo?

awak ingat dengan sekadar senyum awak bole bagi jawapan paling tepat ke?

ape jawapannye cakap la lekeh. awak baru jer tulis dalam buku ni hah. baca balik perenggan ni.

weh aku becakap ngan ngko ke ngan meja ni?

cekgu. dia tak boleh baca.

hah? tak bole baca pasal apa?

dia memang tak bole baca cekgu.

abistu awak jawap pekse seblom ni camne? awak jawap dengan senyuman?

abistu awak tulis panjang2 lebor ni sepataharam pon awak tak bole baca?

kalau dapat kertas soalan peksa awak nak tulis jawapan apa sedangkan soalan awak tak paham?

ohh.. ok saya faham. hoii yang kat depan tu dah siap nota ke belum

belum ustaz. kami malas. bole tak kami ponteng kelas.

bole. kalo awak nak jadi bodo dipersilakan keluar. saya tak kesah. saya tetap pandai. tapi kalo kantoi ngan cekgu disiplin jangan salahkan saya.

hahh kamu yang jalan itik 4orang kat luar ni apehal pulak.

ponteng kelas. kantoi. kena hukum.

eklehh monteng tapi kantoi. otai ape camni. kelas sape awak monteng ni?

kelas ustaz la. bole kami masuk?

laaahhh kelas aku ke. hah masuk. tahape2 monteng pon bleh kantoi. ko menyuruk kat mane? jamban?

haah

aku pon tak dapat pikir kat mane logiknye korang nyuruk kat tempat paling busuk dalam dunia tuh. dahla tempat setan. takde skill langsung nak monteng. dulu masa skolah aku sanggup tahan berak 8jam sebab tanak masuk jamban skola. korang bole duduk dalam jamban skola sebab nak ponteng kelas agama?

cekgu kitorang tak payah salin la ye. dah lambat

awak pelajor ke cekgu?

pelajor.

abeh awak datang skolah keje awak belajor ke atau skadar jumpe kawan2

jumpe kawan.

baguslah. amalkan aktiviti sehat ni sampai awak dapat naik jadik guru besor bila dah beso nanti

ustaz saya tak paham la ape ustaz cakap

ko paham bahase melayu tak? ke nak aku cakap arab? ahsanta betoi.

ustaz saya tak nampak

awak buta ke

tak. tapi saya tak nampak

awak duk belakang tu kenapa. dah tau rabun tak reti2 nak duduk depan ke.

tanak ustaz

spek awak mane

tak suke pakai kat skolah. pakai kat umah je

dah la tak nampak. pastu rabun. duduk blakang skali. pastu awak nak suh rumah awak yang baca buku ke?

aah.

elokla. umah awak dah dapat phD nanti awak sms saya bagitau oke.

ustaz dah habeh waktu

belom lagi. stengah jam lagi. awak dah jemu tengok muka saya ke

aah. nak rehat. penat la cekgu.

kalo dah jemu tengok muka saya. nah. tengok siku saya. jangan pandang tempat lain. kalo awak pandang lain saya siku awak pulak.

awak penat awak datang skolah awak berkebun ke? ke awak bawak bot tangkap ikan dalam skolah ni?

hah. awak yang tepi blah kanan tu. meh datang depan. saya nak dengo awak baca fatihah.

Allahummaftah alaina hikmataka wansyur alaina...

tu surah fatihah ke?

ye kot.

abeh doa iftitah camne pulak?

same la yang tu jugak

ustaz ustaz dah kawen ke belom. bape umur ustaz.

dah. saya kawen 4.

kenapa tak kawen 10 ust.

haram

ustaz umur ustaz bape

85.

tuanye

tua la dah nak mati. orang yang ingat mati orang yang paling bijak

tak baik tau ustaz cakap camtu.

tak baik hape? awak bole kompem tak 2 saat lagi saya tengah becakap ni saya akan mati atau tak?

ntah

abehtu kalau saya yang tua ni pon anytime bole mati. awak yang muda? awak ingat bole telepas? kalo awak mati 2saat lagi? sempat ke awak mintak maap sebab kuang hajo dengan cekgu2 seblom ni?

woih. ngko yang depan tu. aku duduk belakang ngko cakap depan. ulang balik ape aku cakap tadi. dah 4kali aku ulang.

hah ngko ni apehal pulak baju keluar ni.

zip seluar koyak cekgu

ah alasan.

ni ha cekgu dia ni kuar baju jugak tapi zip dia tak koyak pon

baik ngko masukkan baju tu balik sebelum aku suruh ko bukak seluar depan khalayak ramai kat dalam kelas ni.

cekgu. saya sakit pinggang la

hek elehh. belum kawen lagi dah sakit pinggang.

tadi cekgu berahim tak bagi surat pegi klinik

elok la pon dia tak bagi. kome ni akai nak monteng jer.

mana ada ustaz. sakit betul ni.

hah ngko tadi stengah jam lepeh ko kata sakit pinggang. abeh yang ko betepuk tampo dengan budak pompuan tu skarang tak pulak tegeliat pinggang ko? ke ko nak aku tolong tegeliatkan pinggang ngan ponggong ko skali? bagi becantum nak?

ustaz dah masa rehat. terima kasih ustaz. babai.

jangan lupe siapkan salin nota tuh. besok kelas kita seterusnya saya bagi penerangan.

bangunnnn.. terima kasih ostat..



nak bagi diam budak2 ni jelah caranya. salin nota. tu pon biasa mulut dia speed laju lagi daripada tangan..

bilik guru.. tempat release stress para guru.. terutama aku. hahaha.. very very really enjoy mendengar every single story from them..

Currently have 6 Kata Komenan:

  1. Haha...lepas tensi di sini ke ustadz? =P

  2. kekeke..lebeh kuang la..kuangkuangkuang..

  3. adeh..tu dialog ebtul ke ostat...saya masuk sekolah januari nnti...

    ngajo sains...xtahu la gane...

    debor je

  4. assalamualaikum ustaz Pami
    wah rajinnya ustaz pamie salin balik semua dialog murid-murid.anak urid patut contohi ustaz pamie tau.
    ginilah rupanya murid-murid la ni.

  5. assalamualaikum ustaz Pami
    wah rajinnya ustaz pamie salin balik semua dialog murid-murid.anak urid patut contohi ustaz pamie tau.
    ginilah rupanya murid-murid la ni.

  6. ajarkan aku agamaku
    apsal mcm penah denga ek
    watever...
    power gak jawapan us bg kt bebudak
    ade skema jawapan ke huhu
    semoga us diberi kekuatan dan
    kepintaran utk terus membimbing
    anak murid us...


Leave a Reply

There was an error in this gadget