Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Friday, October 2, 2009

Assalamualaikum Cekgu! Kom Ape Kombat Bat Ape Batmen Men Ape Mentol Blabla

Posted by The Pamiesz® | Friday, October 2, 2009 | Category: , , |

assalamualaikum cekgu!

puh dah lame aku tak mendengo aku berdiri secara tetibe dan mengucapkan ucapan ini secara beramai2 dengan kawan2.. aku mengucapkannye pon dah lame tak dengo.. secara tentibe pulak aku duduk ditempat dimana bukan aku yang mengucapkannya tapi kepada aku diucapkan ucapan itu.. very nostalgic.. aku merasakan bagaikan baru semalam aku duduk di tempat budak2 tuh sume.. dan hari ini Allah gantikan tempat aku tu dengan orang yang lain dan aku pulak menggantikan tempat yang aku senantiasa pandang dalam kelas dulu iaitulah meja guru yang kerusinya diduduki oleh ponggong sorang bernama guru..

not very much to say.. aku masih zero dalam pengurusan sekolah.. aku masih zero dalam menganalisa dan mengamati kemajuan pelajar dalam pelajaran.. aku tiada asas2 pembelajaran pedagogi.. makanya pengajaran aku kadangkala aku lihat lebih cenderung kepada bercakap sesukahati aku tanpa silibes dan menjadi seorang guru yang cuba mendekati jiwa remaja yang sedang membuak2 semangat bodoh keremajaan mereka..

OVERESTIMATION

penyelia petang: ini jadual awak. saya harap awak dapat berikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak bangsa kita.
ostat pamie: insyaAllah cekgu. saya cuba. moga2 Allah mudahkan segalanya.
penyelia petang: untuk pengetahuan awak saya amat berharap kepada awak untuk mengubah persepsi pelajar2 ini terhadap ajaran agama kita. kita ada pelajar yang even tidak tahu mengucap walau diajar membacanya berkali2. kita ada pelajar yang solat hanya berpura2 disekolah. bahkan kita ada pelajar yang mana mereka ini merupakan agen untuk kawan2 mereka bertukar2 pasangan untuk tidur bersama. semuanya ada kes dalam fail dan kita masih meneruskan siasatan.
ostat pamie: haa? form 1 dah buat keje2 camtu ke cekgu?
penyelia petang: haa laaa.. form 1 form 2 la kita cite ni..

erkkk.. persepsi aku terus berubah secara tiba2..

aku kene mengajar pelajar2 yang macam ni ke?

sejak awal lagi aku dah pikir.. camne cara aku nak mengajar kat skolah ni sebenarnya.. aku ada pengalaman menghadapi budak2 skolah rendah masa kafa dulu.. tapi skolah menengah aku blum ada pengalaman.. aku memang sangat problem bab cuba nak faham golongan sasaran yang aku sampaikan kata2.. terkadang (actualy terselalu) aku tersasar dan terover hingga melebihi had yang sepatutnya aku control.. pengalaman aku masih sangat cetek dalam bidang pengajaran.. ini lebih dikukuhkan lagi dengan keadaan yang berlaku dalam tazkirah subuh aku 2hari yang lepas.. aku bagaikan kabur dan seakan terlupa akan golongan sasaran yang aku mahu fahamkan dengan ilmu ini iaitu mereka yang berada dihadapan aku mendengarkan kalam2ku adalah merupakan dikalangan masyarkat awam yang rata2nya sudah berumur.. aku yang baru membukakan dan membacakan kitab arbaein nawawiah pada pagi itu telah bercerita tentang muqaddimah kitab dan tentang imam yang agung al-imam al-nawawi rahimahullahu taala dengan uslub yang mungkin hanya mampu menarik hati ahlul ilmi dikalangan pelajar2 pondok.. universiti ataupon para pensyarah dan profesor.. kalam2 aku berlegar2 disekitar minhaj tolibin.. majmuk.. dan syarah sahih muslim.. tidak sampai separuh masa aku berkata2 aku mula mendapati seorang demi seorang bangun dari kedudukan masing2 dan keluar dari masjid.. ada juga yang sudah memejamkan mata.. bagaikan terbangun dari tidur aku tersedar.. aku dah tersalah sasaran.. aku rasa benda2 ni tak perlulah aku cerita pada masyarakat kampung.. maka sedaya upaya aku cuba kona dan memusing isu kepada isu masyarakat seperti al-quran yang tidak diagungkan (dibaca dan dihayati ajaran) bahkan hanya dibiarkan berhabuk didalam almari..

firasat salahnya sasaran aku tadi dikukuhkan lagi sebaik sahaja aku pulang ke rumah..

"tak best la tazkirah ko pagi ni.. ramai orang tak minat nak dengo.. ko cite pasal imam2 tu.." kata mak aku menjadikan aku rasa kompem yang aku memang dah sedikit tersasar tadi

datang abah aku..

"tulah perangai orang. benda tu semua ilmu. memang patut kena cerita. kena kenal tokoh2 imam2 ni. artis orang sebok minat nak kenal. tapi bile cerita tentang tokoh semua bangun semua mengantuk." khilaf pendapat abah dengan mak

aku hanya diam dan tersenyum..

sekarang isu aku adalah cara pengajaran disekolah.. aku betul2 dah idup dengan bau daripada syurga.. aku sering membayangkan dalam kelas aku akan berhadapan dengan pelajar2 yang sangat2 mahukan ilmu sepertimana pelajar2 azhar yang duduk bertalaqqi bersama para masyayikh.. walaupun aku tahu tahap aku tidaklah sampai lagi kepada masyayikh.. tapak kaki dorang pon lagi mulia daripada aku.. ilmu toksah citer la.. aku ni ilmu tahap ntahape2 jer.. tapi sekurang2nya aku berfantasi menginginkan pelajar2 yang duduk belajar dengan ikhlas..

tapi bila aku mendengar kata penyelia petang.. terus aku tersedar.. nasib baik kali ni aku tersedar sebelum aku bercakap.. makanya aku terus menukar strategi untuk mengatur kaedah menarik perhatian mereka2 ini dengan cara tersendiri.. camne aku mengaja ek? tanyelah budak2 tuh.. aku rasa dorang pon penin tengok aku jadi ostat pon.. dorang nak panggil ostat pon dorang kompius..

"bangguunnn.. terima kasih cekgu.. eh ostat.." jerit ketua kelas ketika kelas berakhir..

ape2jelah labuuu..

apepun aku sentiasa angkat tangan tabik spring pada guru2 yang berpuluh2 tahun mendidik anak bangsa dengan sabar dan tekun.. mengharapkan ada perubahan dan kejayaan pada anak2 kita ini.. paling dekat denganku adalah abah aku seniri dengan pengalaman mengajar disekolah selama 37 tahun dan berkhidmat dengan masyarakat mengajar di masjid2 bermula umur pencen beliau hinggalah mencecah 70tahun sekarang.. begitu juga dengan guru2 diskolah aku tak kirelah daripada rendah hingga menengah.. kesemuanya mempunyai wibawa sebagai seorang guru dan juga pendidik..

oh guru.. jasamu tetap kukenang sampai bila2..

untuk mengakhiri posting ini dengan ini aku pon mengaploadkan sikit gambor raya beberapa buah rumah cekgu2 yang diziarahi ketika hari raya arituh..layannn..

GALERI BERAYA UMAH CEKGU USTAZ USTAZAH
________________________________

ustaz hamdan.. ppd hilir perak..

bihun tomyam nyam nyam nyam umah ustazah mariam yam yam yam

ehh.. cukup3.. saya diet..

ustazah mariam.. isteri ustaz hamdan

bersama ustaz hamdan dan ustazah mariam

bersama cekgu roslina

ustaz aziz dan ustazah norlaila

dirumah sewa ustaz aziz yang bakal dikosongkan

jangan lupa memperbanyakkan selawat dihari jumaat yang mulia ni.. surah kahfi pon jangan tinggal oke..

senyum sokmo~
tataaaaaa

Currently have 5 Kata Komenan:

  1. assalamualaikum, antara kunci utama utk jd cikgu adalah sabar..sabar tika pelajar xbg tumpuan,tika pelajar xbw buku dan byk lagi kesalahan2 yg kekadang mmg xleh sabar:)

  2. assalamualaikum

    utk budak2 f1/f2:
    banyakkan kisah2 sejarah. kisah2 bagaimana imam bukhari cari ilmu. kisah2 bagaimana abu hurairah radhiyallahu anhu sanggup berlapar untuk mendapatkan ilmu daripada rasulullah sallahualayhi wasallam.. dan akhirnya darjat mereka dinaikkan setinggi-tingginya.

    jgn cerita2 hubungan suami isteri dan seumpamanya yg slalu ustaz2 (tak semua) cerita kat skolah2.

  3. salam..

    setakat nih,ustaz/ah sekulah sy xde lak tekankn kawen2 nih alhamdulillah. but until f4 or f5 sbb mmg thn tu big chapternye ielah perkahwinan (syariah islamiah). tp, still xde la yg 'over-the-limit' explaination die (thn tuh,ustaz yg ajar. sekulah pempuan sume. die malu kit kot nk cite).

    sy sgt setuju dengan 'ukht/akh orang' di atas. mesti byk kn experience ngajaq? saye nih kerdil gile, ilmu n experience cenonet je..

    pd pndpt saya, kalo dengan student2 yg mmg nk kn ilmu, sng kit nk bwk sejarah2 nih.
    utk adik2 mcm sekulah k.jo ni, diorang tak minat ilmu, tapi lebeh kepada material. kalo diusik mengenai pengorbanan ibu bapa, kasih syg Allah kpd diorang etc yg bermain dengan emosi, insyaAllah diorang berminat. kalo buleh kaitkan sains dgn alquran, pergh.. lg dasat.. bila diorang insap sket, iza biiznillah, anjakan paradigma akan berlaku. biar lambat, asal ade kesan di hati.

    sebab ape saye kate kaitkan dengan parents atau kasih sayang Allah? sebab adik2 generasi-y (ke dh gen-z diorang nih? xpon gen-2) skrg nih berdasarkan kajian, kepercayaan mereka terhadap akhirat atau bende2 ghaib dah kurang. ade yg x pecaye langsung. jadi, apabila mereka tidak mempercayai ape yang tidak nampak, for sure abu hurairah, bara' ibn malik, tufail ibn amr ad-dusi, mus'ab ibn umair etc lagi la tak dapat nak grab. dorang x amek port lg their purpose of life. nak enjoy je. so, nak masukkan mengenai sejarah depa buleh, tapi halus2 r kot. bile sedor tanpa Allah, Rasulullah, mk ayh, siapelah mereke, haa, then sng kit keje kan (senangnyeeeee). n cekgu tuh kene otak gila2. kalo skempos, wadduhhhh, takut diorang nak approach kalo diorang ade masalah..

    adik2 bermasalah ni kkdg jz nk perhatian sbb maybe datang drpd broken family. kalo dpt jd cam gokusen, ok gak.hoho. nak approach sorang2, susah la, tapi try it, maybe daripada sorang tu, die bejaye ubah kwn2 die pulok. salunye, yang ketua2 geng ni la yg kepalenye.

    Allahu a'lam

    p.s-kt sekulah, mase f1-f3 sy nakal. so,agk phm perasaan diorang.haha. n alhamdulillah, xperience jadi fasi mmbantu kit. tapi still x minat jd cekguuuuu~

  4. Wah raya sakan nampak. Happy Eid.

  5. sy sokong syafarah :)
    mattaufiq wannajah ustaz!


Leave a Reply

There was an error in this gadget