Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Tuesday, October 20, 2009
Mengungkit Diungkit Pengungkitan Terungkit
salam aleik
DIALOG 1:
"sedor la diri sket. ngko tu idop 20 taun ni aku yang tanggung. rezeki ngko tu ada dekat aku tau. gaji tak seberapa mintak2 duit aku. patutla nak sangat kawen ngan aku. keje dahla malas. takat tukang kebun jer. tu pon asik kene berenti. pastu saje nak kawen ngan aku sebab aku lecturer kan? gaji aku 5k sebulan. dahla kawen dulu pon hantaran aku yang bagi pinjam dwet. skang ni dah idup sama pun umah ni sape yang bayo? kete ni sape yang bayo? ngko ade bayo? huh. nak bayo yuran anak2 skolah pon tekial2. pastu skang ade ati pulak nak kawen dua. huh lagi."
DIALOG 2:
"dulu masa awak tengah sesak sape yang tolong bayarkan hutang PTPTN awak? saya tau. kalau takde saya ni awak tak bole idop tau."
DIALOG 3:
"masa ko takde keje dulu, ko tak ingat ke sape yang carikkan kabel untuk ko dapat keje? aku kan? huh. memang lupa jasa kawan tol ko nih."
DIALOG 4:
"masjid ni kalau tak aku yang bersusah payah carik derma dulu, tak tegak masjid nih."
DIALOG 5:
"ngko tu dulu kalau aku tak buat kelas khas untuk ajo ko dulu tu, takdenye ko dapat anugerah dekan straight 8 semester nih tau. ilmu yang aku bagi tu banyak tolong ko tuh."
DIALOG 6:
"ko tu dulu akak yang susah payah tolong jaga anak ko. skang akak nak mintak tolong sket pon haram ko nak tolong."
DIALOG 7:
"ko tak ingat ke 2 bulan dulu aku bagi ko pinjam doposen masa ko tengah sesak nak beli eskrem? skang ni aku nak pinjam 2ribu takkan tak bole?"
TAKRIF MENGUNGKIT:
hari ini aku nak becakap skek tentang mengungkit. [tanaklah becakap. nak taip jer. heheh] mengungkit ni dalam kamus dewan edisi kepala hotak pamie diertikan dengan suatu perkara yang telah berlaku suatu masa dahulu dan kini disebut2 kembali dalam nada yang menyakitkan hati atas sebab2 tertentu dan jugak atas faktor2 tertentu. itu adalah takrifan dari segi istilah. adapun takrifan dari segi bahasanya adalah berasal dari perkataan "mengong + sket = mengungkit". jadi kebiasaannya orang yang kuat ngungkit ni memang mengong sket paler otak die. hahaha.
keje2 ngungkit ni mungkin bese jer kita wat dalam kehidupan seharian tapi kita jarang sedor. sedor ataupun tak biasanya ada sesetengah bahkan mungkin jugak kebanyakan kita yang sangat mudah untuk mengungkit. sket2 nak ngungkit. ape2hal je ngungkit. mungkin hobi dia ngungkit ataupun makanan kegemaran dia kueh bangkit.
RUKUN MENGUNGKIT:
perlu ataupun wajib ada:
1. orang yang mengungkit
2. orang yang mendengar ungkitan [memangla kalo dah ngungkit sensorang tu sewel namenye. tu bukan ngungkit tu namanya merungut]
3. sighah mengungkit = wajib ada perkataan dulu @ dahulu [bukan bahulu] yang telah aku highlightkan dengan kaler oren dalam contoh dialog kat atas tuh
4. benda yang diungkit = wajib ada jasa yang telah dihulurkan samada bantuan dari segi kewangan [paling banyak] tenaga ataupun idea
FAEDAH MENGUNGKIT:
senang citernye ngungkit ni hapah kejadah takde pekdahnye yob. kalau ada pun pekdahnya 1 jer:
menyakitkan hati orang. fullstop.
seronok kan dapat sakitkan hati orang? paedah yang sangat bermakna dalam kehidupan sementelah kita dibenci oleh orang ramai. kalau seronok tu maknanya paedah la tuh. tapi ade ke orang yang seronok dapat sakitkan hati orang? ade.
iaitulah orang yang busuk hatinya. bau h1n1 hati dia. nauzubillahi min zalik.
WAKTU UNGKITAN BERLAKU:
ungkitan akan merebak [macam sembang pasal jangkitan virus plak. heheh. tapi memang virus pon kan? virus hati yang susah diubati melainkan mati. eh macam pantun plak intonasi. hahaha] biasanya apabila sewaktu si pengungkit mahukan sesuatu yang apabila ungkitan dibuat, sesuatu yang dimahukan itu akan lebih mudah dicapainya. tentunya itu pada tanggapan dia lah. pada hakikatnye tak pon. untuk gambaran yang lebih jelas, mari kita syarahkan melalui contoh2 dialog yang telah disebutkan diatas.
contoh dialog 1:
PENGUNGKIT: seorang isteri berpangkat besar bergaji besar serta berbadan besar [tak jaga body lah tu pas besalin]
PENDENGAR UNGKITAN: seorang suami yang agak2nya tak reti ukur baju kat badan sniri
SIGHAH UNGKITAN: dahla kawen dulu pon hantaran aku yang bagi pinjam dwet.
BENDA YANG DIUNGKIT: jasa2 isteri sewaktu suami dalam kesusahan suatu masa dulu
apekah yang dimahukan oleh si isteri dalam situasi ini hingga menyebabkan dia mengungkit kembali jasa2nya terhadap si suami satu ketika dulu? ape lagi.. dia nak laki dia tak kawen dua lah.. takkan tu pon nak pikir panjang. jadinya si isteri menganggap bila dia mengungkit maka suami dia terkenang la kunun jasa2 dia hape segala jadah pelesit ape tah yang dia dah buat sebelum ni seterusnya menjadikan dia sorang suami yang setia dan tak sanggup untuk menduakan bini dia. padahal dalam ati sorang laki yang ego [walaupun miskin] dia akan lebeh terasa tercabar dengan ungkitan seperti itu yang nampak2nya seperti menjatuhkan maruah dia lalu sang suami pon berkata dalam ati:
"kuang hajo ko hina aku yer ko tengok lah elok2 aku niat nak kawen dua jer kang aku terus kawen pat. pa alip dal nun muke papedem kau."
maka jelas disini, ungkitan itu tidaklah menjadi seperti yang diharapkan iaitu dapat menghalang sang suami kawen dua bahkan selepas itu si suami menjadi semakin bertambah egonya pabila dirasakan maruahnya cuba untuk dijatuhkan.
syarah2 bagi dialog yang lain2 tu korang buat lah sniri. aku malas. tayar spare kamben aku tu tak tukor lagi. kejap lagi nak pegi wat alignment pulak. banyak la pulak masa aku nak besyarah kat korang. ketas pekse tak buat lagi. besok dah nak kene hantor. [dah tu boleh pulak lagi ko merepek kat blog ni? hahaha. blog takleh tinggal beb. kang aku ungkit jasa blog aku kat korang kang baru tau. haha]
KESAN MENGUNGKIT:
1. merosakkan aqidah
erk. biar betik sampai bole rosak aqidah? ya betoi. terkadang ianya mampu merosakkan aqidah. contoh bole kita dapati dilihat jelas dari dialog 1 dan 2. penggunaan ayat yang terkadang kita tak sedari berbaur2 rosak aqidah telah kita gunakan. contohnye:
"rezeki ngko tu ada dekat aku tau"
jika iktiqad dia bahawasanya disebabkan dia tanggung orang lain jadi rezeki orang lain berada di tangan dia, maka ini telah merosakkan aqidahnya kerana Pemberi Rezeki yang mutlak itu adalah Allah Taala.
"kalau takde saya ni awak tak bole idop tau"
Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan itu hanyalah Allah Tabaraka wa Taala Tuhan Sekalian Alam. makhluk tiada kuasa untuk menentukan hidup atau matinya makhluk yang lain.
jadi kita perlulah berjaga2 dengan setiap tuturkata yang lahir dari mulut celaka kita ni. [mulut pada dasarnya mulia kerana ia tempat menuturkan zikrullah. tapi pabila ia menuturkan sesuatu yang tidak dikawal maka ia menjadi tempat yang paling celaka kerana kerana mulutlah yang terkadang mampu mencelakakan seluruh tubuh badan dan merosakkan seluruh iman yang ada. nauzubillahi min zalik]
2. orang pon benci
alah takpayahla kita nak ungkit2 kat orang. rasanya kalau orang ungkit kat kita pun kita tak suka kan? jadi kalau kita tak suka orang wat kat kita, janganlah kita wat kat orang. kan senang macam tuh. tapi kalau kita tak wat kat orang pon orang tetap jugak wat kat kita, sabor jelah banyak2. nak wat camne dah orang tu jenih suke macamtu. kita doakan jelah dia berubah jadi orang yang tak asik mengungkit. Allah tu Maha Pembolakbalikkan Hati. mintak aje kat Dia supaya Dia bagi taufiq dan hidayah pada orang2 itu. senang. keje kita? sabor dan jibor. sudahlah.
CARA-CARA ELAKKAN MENGUNGKIT:
haa.. yang ni la benda yang paling senang dan konsep yang paling mudah skali dalam hal ungkit ngungkit nih. kalau diamalkan rasanya senang sangat kita nak tinggal perangai huduh nih.
1. memahami konsep ikhlas
biasanya orang yang rajin ngungkit ni orang yang TAK IKHLAS langsung wat keje. tu je basicnye. dah tu kalau ikhlas dia takkan sebut2 lagi dah sebab dia ikhlas buat sesuatu kerana Allah. dia tolong tanggung suami dia kerana Allah. dia bantu orang yang susah kerana Allah. dia bagi idea takat mana yang dia mampu kerana Allah. semua2lah dia buat kerana Allah. dah kalau dah kerana Allah, apa perlu lagi nak ungkit pada makhluk? makanya orang yang mengungkit ini jelaslah kita dapat lihat bahawasanya dia membuat sebarang pekerjaan bukan kerana Allah akan tetapi kerana untuk mendapatkan pujian dan supaya jasanya dibalas kembali oleh makhluk.
solusinya, ikhlaslah membuat sesuatu kerana untuk mencapai redha Allah. kalau mengharap jasanya dibalas Allah, haa tu takpelah kan. kita bantu orang, moga2 Allah bantu kita bila susah. doa macamtu. hah setel. hati pun tenang. orang pon tak benci.
2. tukar topic
same la cam nak elak ngumpat jugak. bila rasa2 nak ngungkit je, terus cakap mende merepek2. misal kata bila rasa2 nak keluar ayat ungkitan, terus citer pasal tadi bawak moto kat jalan duk belakang lori bab*. bau siyes macam h1n1. ade pulak tempias2 air mandi h1n1 kuar daripada lori tu menyebabkan tadi temuntah atas moto sampai ada sticker tambahan plak kat meter dan handle moto. pastu bole la elaborate lagi citer tu selama beberapa ploh jam sampai terlupa yang tadi asalnya kita nak ngungkit.
3. sukati korang la nak wat camne pon janji korang tak ngungkit
kesimpulannye: renti2kanlah peel ngungkit2 tuh. memang takde paedahnye.
selain itu disamping itu sementelah kendatipun korang kene alert jugak dengan manusia yang sering menuturkan perkataan ikhlas. biasanya ada satu jenis manusia yang suka bile buat apa2 dia sebut2 yang dia tu ikhlas. manusia jenih ni kene jaga2 sket bile korang berada bersama mereka.
"amikla seribu ni. saya ikhlas ni. ameklah."
hah maknanya dia tak ikhlas la tuh. toksahle pecaya. kalau dia ikhlas dia tak perlu sebut pun pekataan ikhlas tuh.
sekian tulisan saya hari ini. saya nak pegi bengkel. tata.
___________________
Salam.
Kalau memang manusia tu jenis kurang ajar tak kenang jasa macam mana pula? Contohnya si Alif, anak dia Ba nak masuk U. Maka dia merayu-rayu dengan saudaranya Ta, nak pinjam duit. Ta atas dasar simpati bukan sekadar bagi pinjam, tapi sedekah terus. Tapi, beberapa belas tahun kemudian apabila si Ba dah berjaya dengan pangkat dan bergaji besar, tiba-tiba kata, "Tak hairanlah setakat duit banyak tu! Kalau nak saya bayar, sekarang pun boleh!". Tanpa diminta, tanpa diungkit! Hati mana yang tak terluka? Boleh tak kita nak cakap biar manusia macam Ta ni sedar?
Terima kasih.
P.s: Afsal senior yang jadi imam besar lagi kecik comel daripada juniornya a.k.a ustaz Pamie? Salah kelas ke apa?
Pembetulan: biar manusia macam Ba, bukan Ta. Sekian.
salam..
dh lame nk tego,tp maleh.nk tego ni je:
- 'di' dirapatkan jika utk perbuatan.
cth: 'dimakan' eskrem itu oleh sipot.
- 'di' dijauhkan jika utk tmpt, masa dan 1 lagi hape ntah.tak hengat ape cekgu ckp kt sekulah.
cth: 'di sana' sipot berlari.
bittaufiq wannajah dalam pembukuan meja awk. kalao barab grammer awok mantop, bm nih kene lg mantop le kn. len la kalo awk nk bukukn dlm barab. mampu tgk je la kn..
wallahu a'lam..
p.s- teke la gue siapa.. tu pon kl nk teke la kn. tanak teke xpe, duk diam2, tulih buku tuh leklok.
p.s2- posting awk makin berisi. walopun tersirat, mabruk~
kauthar:
hehe.. memang banyak pon orang macam tu.. tu memang sifat manusia dah.. sentiasa lupa diri.. tak pernah nak bersyukur.. berlagak sombong bila dah berjaya.. ego tak bertempat..
perangai2 camni sememangnya menyakitkan hati dan mengundang mulut kita untuk berbicara agar dia tersedor..
senangnye camnilah.. sebenarnya.. sombong dengan orang yang bodoh sombong tu takpe.. kalau dah style dia belagak nak mampus camtuh.. kita nak balas nak lagi belagak ngan die pon tade masalah..
cuma kalau bagi saya.. orang yang lebih mulus suci hatinya.. tak payah cakap pon takpe.. biarlah die nak cakap ape nak belagak camne skalipun.. yang penting dulu kita IKHLAS nak tolong dia.. habis cerita dulu sudah.. lupakan terus.. dia nak balas jasa dengan jasa atau nak balas jasa dengan tuba.. itu terpulang dia.. janji kita dengan Allah selesai.. ikhlas.. tapi susah kan nak wat? memang susah.. didik hati dengan keikhlasan jitu memang bukan perkara senang.. saya yang bercakap blom tentu bleh buat..
tapi kalau saya jadik Ta, saya cakap jer camni..
"hah nak sangat bayor balik bak lah cepat.untung jugak boleh gak lepas duit aku beli kete sbijik lagi+kawen satu lagi.hahaha"
p/s= nak wat camne dah senior lahir dulu. kecek ke beso ke susuk tubuh beliau tetap dipanggil senior.hehehe
nak kene tulis ke nama awak:
hahaha.. tengkiu beri mac atas teguran ikhlas cekgu bm.. tak payah nak teka2 lah.. saya kenal cara tulisan awak.. ade bau.. tapi bukan bau h1n1 la.. hehehe..
nak tego awak balik bleh tak?
dh (DAH) lame nk (NAK) tego,tp (TAPI)maleh.nk (NAK) tego ni je:
- 'di' dirapatkan jika utk (UNTUK) perbuatan.
cth: (CONTOH) 'dimakan' eskrem itu oleh sipot.
- 'di' dijauhkan jika utk (UNTUK) tmpt, (TEMPAT) masa dan 1 lagi hape ntah.tak hengat ape cekgu ckp (CAKAP) kt (KAT) sekulah.
cth: (CONTOH) 'di sana' sipot berlari.
huh.. takleh nak bagi markah langsung. tulih kat blog macam dalam sms. sorry to say ujian akhir taun subjek blog awak failed. sila ambil semula paper july dengan bayaran sebanyak 20k. lepas tu jangan lupe ungkit tau. ilmu kene amalkan. hahaha.
erk.. saye ade blog ke?? hahaa.. ok2.. syukran. saye akan mencoba untuk improve subjek blog saye. dah la 46 kredit hour.. 20k?! memang kolej pamie ni cekik blood btoi..
camne kalo gini, si ibu berkata pada si anak
si ibu: engkau kalo takde aku, ko tak lahir tau..
kategori ngungkit gak ke tu..
hahaha.. yang tu ngungkit yang dibenarkan diucapkan kepada anak2 yang degil keras kepala babil dan yang sewaktu dengannye. pendek kata spesel kes la. panjang kate kes istimewa. sederhana kata sekati ngkau lah. hahaha.
KALAU UNGKIT SAMBIL MAIN JONGKANG-JONGKIT DI JALAN YANG SEMPIT SAMBIL GELAK TERCIRIT-CIRIT BOLEH KE TIDAK OSTAT PAMIE??? HAHAHAHA
saya rase baik cikgu bm bukak kelas tuseyen..ajo balik ostat pamie ni..saya pun nak join gak.huhu
Assalamualaikum ya Sidi,
Ana cukup suke artikel ini, memang kena dgn jiwalah.. huhu
Tapilahkan, macam mana klu seseorang itu pernah membuat kesalahan dan berjanji tidak mahu mengulanginya lagi..
Dan selang setahun ia mengulangnya lagi, dan apabila kita mengatakan yang DULU janji tak nak buat dah tapi kini buat lagi..
Jawapan yang diterima, Kalau tak ungkit x boleh ke??
waalaikumussalam..
kalau kes yang macam ni dikecualikan jugak. sebab niat nak mengislah daripada yang buruk kepada yang baik. untuk menegur yang salah nak dijadikan yang betul. kita bukan ngungkit kat sini kita cuma ingatkan janji yang dia pernah buat. so itu tak termasuk dalam hal ngungkit yang kite bincang kat atas tu kan. ke guane?
ustazz
knape tba2 ade entry sal ungkit mengungkit ni?
ade org ungkit jasa baek die kat ustz ke?
isk..idak eh. tetibe je dapat idea untuk cite pasal konsep ngungkit. wat mase ni takde le sape yang ngungkit2 kat saye. hehe.