Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 12, 2008

Bersama Syeikh Dr Saad Saad Gawish

Posted by The Pamiesz® | Sunday, October 12, 2008 | Category: , |

selamat pengantin baru pada yang baru kawin..

pada yang dah lama kawin.. tak tau la plak kan kalau memang biasa orang ucapkan selamat pengantin lama.. hahaha..

actualy baru2 ni ana mengikut Al-Fadhil Ust Husni Ginting ke kaherah untuk satu sesi pertemuan dengan Syeikh Saad Saad Gawish di hayyu sabiek.. dekat je pun ngan umah ana tuh.. blakang umah perak je umah beliau.. sesi pertemuan tu takde mauid (temujanji) pun.. datang mufajaah (secara tibe2) je.. sebab Ust Husni nak bawak sorang Baba (guru pondok) dari pattani yang datang untuk amik ijazah ammah dan khususah dari para masyayikh disini.. aritu Ust Husni dah bawak beliau bejumpa dengan Syeikh Ibrahim Kattani di alexanderia.. tapi malangnye ana tak diberitahu tentang tu.. so idak le ana ngikutnye.. tapi kali ni ana tak melepaskan peluang setelah mendapat berita Ust Husni nak bawak Baba ni untuk bertemu ngan Syeikh Saad dan Syeikh Rifaat Fauzi yang telah mentahqiq kitab Al-Um Imam As-Syafie.. tapi malangnye kami tak dapat bertemu dengan Syeikh Rifaat Fauzi dek kerana rumahnya gelap je malam tu.. datang pun mufajaah kan.. tapi alhamdulillah rezeki kami dapat bertemu dengan Syeikh Saad tanpa sebarang masalah.. syukur alhamdulillah.. dapat bertemu dengan syeikh yang sangat tawaduk..

kami bertolak dari zagzig seramai 5 orang.. pada pukul 2.30 petang kami menaiki tremco dan sampai di mawaf salam.. kendian kami mengambil tremco lagi hingga ke rabaah.. dari rabaah kami menaiki teksi yang dibayar sebanyak LE7 untuk sampai ke hayyu asyir.. ust Husni dapat jemputan untuk menghadiri walimah di umah terengganu.. ust Mukhlis ngan ustzh Nurul kawen.. [selamat pengantin baru diucapkan pada korang berdua.. semoga kekal bahagia dunia dan Akhirat.. doa2kanla plak kami2 ni cepat ikut jejak langkah korang membina bait muslim ni.. hehe..] dudukla kami kat situ makan2 sampaila magrib..

GALERI WALIMAH UST MUKHLIS
__________________________

tengkiu la pada adhoc sume atas layanan VIP yang korang berikan.. ust Mukhlis berbaju melayu ijau berserban tu.. tak sempat nak tangkap gambar bedua ngan dia.. tengok dia bz melayan tetamu dan melayan panggilan telepon je sampai aku pun telupe nak mintak tangkap gambo ngan dia.. huhu.. credit to mr sapuan dj majlis ni kerana tolong tangkapkan gambo..

muka kekenyangan..

pas maghrib kami transit kejap kat umah pahang sebab ust Husni nak amik kitab2 dia dan ana sniri pun nak buang apa2 yang patut.. dah makan buang.. membazir btul.. tapi kalau tak buang kang jadik penyakit plak kat dalam perut ni.. huhu..

pas isyak kami terus gerak ke suq sayyarat kerana disitu tempat kami berjanji untuk bertemu ngan Baba Da yang datang dari zahra'.. setelah berjumpa kami terus mengambil tremco ke hayyu sabiek dan turun di mahkamah.. setelah transit kejap di umah perak untuk membuang lagi apa yang patut.. kami pun terus menuju ke destinasi utama iaitu rumah Syeikh Saad..

kami disambut dipintu oleh anak beliau.. setelah beberapa ketika Syeikh pun keluar menyambut kami.. Syeikh menjemput kami semua duduk dan bertanyakan khabar kami semua dan setelah itu ust Husni mula bertanya tentang kedudukan satu hadith tentang perkahwinan.. Syeikh bingkas bangun dan mengambil sebuah kitab yang bernama Syarah Jami' Saghir.. setelah menyelak2 halaman dari kitab tersebut beliau pun membacakan hadith yang ditanyakan oleh Ust Husni tadi lalu menerangkan kedudukan hadith tersebut.. lalu setelah itu Syeikh bertanya pula adakah kami semua ni dah kawen? hanya seorang dari kami iaitu Baba Nan yang telahpun kawen.. terus Syeikh mendoakan kami semua selain Baba Nan supaya cepat kawin.. [insyaAllah le aku dah dapat doa dari syeikh ni tande2 tak lame lagi la aku nih.. kome tunggu jela.. hahaha..]

seterusnya Syeikh menjemput kami untuk sedikit jamuan makan.. roti eisy yang masih panas dihidangkan bersama jem madu gibnah dan kacang ful.. makanan walimah tadi pun tak abis lagi proses so ana tak makan banyak masa tu.. makan pun hanya untuk amik berkat makan bersama ulama.. abisla eisy tu sekeping je.. takat tu je larat.. pastu kami pun amik tamar sorang sebijik dan mengambil musalsal bittamr daripada Syeikh.. Syeikh menyuapkan setiap daripada kami dengan sebijik tamr..

setelah tamat sesi makan2.. kami pun kembali ke ruang tamu untuk mengambil ijazah ammah dan ijazah khususah dari Syeikh.. setelah itu syeikh mengajarkan kami untuk mengamalkan 2 selawat Nabi..

setelah tamat majlis pengijazahan.. kami pun bergambar kenang2an bersama Syeikh sebelum bersalaman dan berangkat pergi.. ana sempat bersalam mencium tangan Syeikh.. mencium pipi dan dada beliau kiri dan kanan.. semoga di masa2 yang akan datang ana akan dapat lagi peluang untuk bertemu dengan Syeikh..

GALERI BERSAMA SYEIKH DR SAAD SAAD GAWISH
____________________________________

sungguh jenuh aku nak menghabiskan roti yang sekeping itu..

ni la hidangan yang dijamu oleh Syeikh.. sape tak makan makanan mesir maalish laa.. rugi beb.. rugi..

ust Husni memerhati Syeikh Saad mengeluarkan ijazah2 untuk dicop..

Baba Da sibuk mencatat selawat yang diajarkan kepada kami..

khusyuk mendengar perbincangan antara Syeikh Saad dan Ust Husni..

bergambar kenangan bersama Syeikh Saad sebelum pulang..

Syeikh Saad memegang erat tanganku dan tangan firdaus..

ni la imarah umah Syeikh Saad.. imarah no 18..

selepas pulang dari rumah Syeikh Saad.. kami meneruskan lagi perjalanan untuk menziarahi SYeikh Rifaat Fauzi plak.. tapi takde rezki.. so pastu kitorang sume terus lajak ke umah ana yang tak jauh mana dari umah Syeikh Rifaat tu.. ust Husni nak memberikan baki pengijazahan ijazah ammah dan khususah pada Baba Da kerana besoknye beliau dah pun nak berangkat pulang ke pattani.. setelah selesai semua.. dalam pukul 1 pagi.. kami pun berangkat semula ke zagzig.. pukul 2.30 baru dapat tremco kat salam.. dan kami selamat sampai di zagzig tepat2 azan subuh berkumandang.. sampai je kat umah kami solat dan terus tebongkang tido keletihan..

GALERI PENGIJAZAHAN DI BAITUSSYABAB
__________________________________

time kasih pada yut ahli baitku dan khirwan kerana bersusah payah menyediakan air dan biskut pada tetamu yang datang malam tu..

ust Husni sedang mengijazahkan ijazah ammah dan khususah pada Baba Da..

bergambar kenangan sebelum bersurai..

Currently have 6 Kata Komenan:

  1. Great Blog! Thanks a lot! :)

  2. thats my line.. :)
    thanx 4 visiting..

  3. Salam 'alaik..

    Beruntung dpt bertemu dgn syeikh2 kt sana..Moga dpt manfaatnya dan juga disampaikan kpd yg lain..

    Teruskan memberi manfaat melalui penulisan

    Moga usaha ini ada nilaiannya di sisiNYA..

  4. Time kelas IPK semalam..kelas Ethic in Information Technology, ustadz ana de cite psl kopiah & serban... Katenye lau kat sane...ade tanda lau pkai kopiah putih, merah, serban ekor masuk dlm, serban ekor pendek, serban ekor panjang etc... So..saje je bersiar-siar tgk kat sini...

  5. walaupun pernah tulis kat mesir makan roti tanpa pinggan, tetap pelik gak bila tengok gambo tu. x bole buat roti banjir ye?

  6. to me n d chosen path:
    (punye la panjang name..huhu..)

    wsalam..syukran..insyaAllah..gitulah harap2nye.. :)

    to nizaati:
    aah..ade la sikit tande2..kalau serban 2 ekor tu tabligh.. kalau kupiah merah serban takde ekor tu azhari.. serban ekor pendek tu namenye dia pakai serban saiz pendek.. hehe..

    to xara:
    bukan tak bole.. cume takde orang larat nak makan roti eisy tu bila banjir..haha.. roti tu sedap wat cicah2 je.. tapi tataula kan kalo ade yang gemor carik2 wat banjir.. tak penah dengo n tak penah tgk la lg.. hehe..


Leave a Reply