Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 26, 2008

Bersama Syeikh Mahmud Said Mamdouh

Posted by The Pamiesz® | Sunday, October 26, 2008 | Category: , |

salam sume..

balik je daripade konvo tuh.. kat luar dewan tu ana tejumpe ngan ust husni yang katenye ada mauid untuk berjumpa ngan syeikh Mahmud Said Mamdouh pukul 5 petang tu.. ape lagi.. peluang mana leh lepaskan.. nak ikut.. nak ikut.. nak kenal ngan syeikh..

jadi kitorang berlima (aku, ust Husni, sham, boan, mohsin) pun gi la dengan teksi yang dibayo sbanyak seploh genih dari ACC (azhar conference center) untuk ke tempat syeikh Mahmud Said Mamdouh.. sampai je kat situ baru ana teringat yang ana tak smayang asar lagi.. telupe sebabnye kengkawan sume dah jamak sebab dorang bleh wat jamak.. jadi kita pun rasa macam dah sama2 wat jamak ngan dorang.. huhu.. ana pun mintak izin ngan ust Husni nak smayang dulu.. ust Husni pun bawak la kat blakang restoran tu ade dorang wat musolla.. smentara tunggu ana smayang dorang rehat2 jap.. sempat la begambo skeping dua kat situ..

berehat sementara menunggu time yang dijanjikan bersama syeikh..

tepat masanya ust Husni pun menelefon syeikh dan mengkhabarkan kami berlima nak datang skang.. syeikh pun mengalu2kan kedatangan kami.. lalu dengan segera kami mengangkat buntut yang dilabuhkan sebentar tadi untuk bergegas ke rumah beliau..

sampai saje dirumah beliau setelah loceng ditekan beberapa kali kami dijemput masuk oleh beliau sendiri.. macam biasa la set2 ulama ni bila kami nak cium tangan waktu bersalam dorang akan laju je menariknya.. begitu jugalah dengan syeikh Mahmud Said Mamdouh yang nampak ketawadukkannya jelas terpancar diwajahnya.. kami dijemput duduk dalam sebuah bilik.. terdapat 1set sofa dan sebuah rak buku besi yang besar dan sebuah meja bacaan.. mungkin bilik tetamu mungkin juga bilik bacaan..

bicara dimulakan dengan syeikh bertanyakan khabar kami semua.. dan kami pula betanyakan khabar syeikh.. ust Husni memperkenalkan kami sebagai bebudak baru yang tak berapa nak baru di mesir nih.. perbicaraan awal berlalu sekitar majlis konvo yang dihadiri kami sebentar tadi.. lalu diteruskan bicara antara ust Husni ngan syeikh yang mana kebiasaannya kami yang ngikut ni diam je mendengar.. mula2 ust Husni menyampaikan salam para masyayikh yang ditemuinya di majlis konvo tadi juga daripada syeikh Muhammad Mahmud Ahmad Hasyim amid kuliah usuluddin zagzig lalu menyerahkan kitab beliau Ayatul Mufassolat Fil Ahadithil Musalsalat.. beberapa kali syeikh membeleknya dengan wajah excited sambil memuji2 usaha ust Husni..

ust Husni bertanyakan pula tentang guru syeikh yang paling rapat iaitu syeikh Yaasiin Fadani rahimahullahu taala.. syeikh Mahmud Said Mamdouh merupakan anak murid syeikh Yaasiin Fadani yang paling rapat.. beliau senantiasa melazimi untuk duduk di sebelah kanan syeikh.. siang dan malam beliau bersama syeikh Yaasiin.. dan beliaulah orang yang membawa syeikh Ali Jumaah mufti mesir skarang ni untuk bertemu dengan syeikh Yaasiin Fadani untuk mengambil manfaat ilmu dari beliau.. semoga Allah merahmati mereka semua..

antara soalan yang diajukan leh ust Husni adalah tentang seseorang yang mengatakan kepada beliau bahawa syeikh Yaasiin Fadani pernah datang ke mesir.. adakah qaul ini benar atau tidak.. ternyata syeikh Mahmud Said Mamdouh menafikannya dengan penafian yang sungguh2.. berkali ust Husni bertanya dan setiap kali itu jugalah beliau menolak kebenaran berita itu dan mengatakan sesiapa yang membawa berita itu adalah kazib (penipu).. kerana beliau adalah anak murid yang paling rapat dengan syeikh Yaasin Fadani maka beliau lebih mengetahui akan gurunya..

kami juga telah mengambil musalsal awaliah daripada syeikh Mahmud Said Mamdouh secara musyafahah..

syeikh Mahmud Said Mamdouh juga bertanyakan kepada ana apabila dia terperasan melihat ana memakai imamah alazhar.. lalu dijawab oleh ust Husni bahawa ana ni khirrij (graduet) dalam majlis pagi tadi.. lalu syeikh pun bertanya bila nak musafir balik malaysia.. uhuk2.. ana pun jawap la insyaAllah sauwasil dirasati hina.. fi marhalah majister biiznillah.. (insyaAllah dengan izin Allah aku nak sambung lagi kat sini dalam peringkat master..) syeikh pun mendoakan ana.. ameen..

kami dijamu dengan ahwah bil halib (kopi susu) yang sangat pekat dan mengancam.. lepas abis minum tu ada tinggal kat bawah cawan tu kerak2 susu yang masih melekat.. fuh.. memang kaw..

setelah menyedari berlalunya waktu.. kami belum lagi bersolat maghrib begitu juga dengan syeikh.. dan dengan itu kami meminta izin untuk meminta diri.. sebelum keluar.. kami dibawa oleh syeikh untuk melihat gambar syeikh Yaasiin Fadani.. setelah bersalam2an kami pun pulang dan bersurai.. ana rasa tersangat gembira kerana dapat kenal dengan seorang lagi ulama alim allamah di mesir ni..

dengan itu ana dan sham mengambil bas ke hayyu sabiek untuk pulang kerumah manakala ust Husni, boan dan mohsin pergi ke hayyu asyir untuk menguruskan hal kitab ust Husni..

bergambar kenangan bersama syeikh Mahmud Said Mamdouh

Syeikh Muhammad Yaasiin bin Isa Al-Fadani Al-Makki Al-Hasani As-Syafie dalam usia beliau 20-an..

Currently have 0 Kata Komenan:


Leave a Reply