Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 19, 2008

Miftahunnajah

Posted by The Pamiesz® | Sunday, October 19, 2008 | Category: , |

salam maju jaya..

kali ni al-faqir tuan punye blog nak berkongsi ilmu sket ngan kengkawan sume tentang kunci.. camne caranya kita nak buat kunci? mestila gi buat kat kedai kunci yedak.. tu pun nak tanye.. timbul persoalan.. adakah kita boleh buat kunci kat kedai potostet? [sape ntah yang timbulkan persoalan ntahpepe ni aku pun tatau..] boleh tu memang boleh tapi jadi kunci atas kertas atau kad jela.. nak bukak pintu tu blom tau la bleh ke tak.. [melainkan kebanyakan asrama sekolah atau kolej yang pintunya terlalu canggih hingga bleh dibuka dengan hanya menghiriskan kad topap je..]

actualy bukak pintu hostel pakai kad topap ni takde kaitan pun dengan tajuk yang ana nak bicarakan arini.. yang sebeno2nye ana nak bicarakan tentang kunci lain ni.. kita main2 kat luar rumah dulu k.. tanak masuk topik terus.. kita jenjalan kejap k.. hehe..

menatang bernama kunci itu lazimnya kita semua ketahui adalah satu mende yang digunakan untuk membuka sesuatu yang tertutup dan terkunci tak dapat tidak jika mahu membukanya memerlukan satu makhluk bernama kunci.. nak bukak pintu.. kene ade kunci pintu.. nak bukak peti besi.. kene ade kunci peti besi.. nak bukak pintu hati.. kene ade kunci pintu hati.. nak bukak seluar? ade jugak kuncinya.. zip ngan butang tuh kire kunci die la tuh.. kan? kan? ngehehee.. bila takut basikal kene curik.. orang akan kunci.. bila takut umah masuk penyamun.. orang akan kunci.. bila takut banduan lari dari penjara.. orang akan kunci.. bila barang tu sangat2 bernilai.. orang akan kunci.. [barang dalam seluar tu sangat bernilai rupenye.. patutla kita semua kunci dia kat dalam tu.. hahaha..] bila sesuatu dianggap peribadi dan tidak mahu dilihat dan dibelek oleh sesiapa.. orang akan kunci.. jadi.. boleh dibuat kesimpulan bahawa true purpose of kunci ni ade 2..

yang pertama.. adalah untuk mempertahankan sesuatu yang bernilai..
yang kedua.. adalah untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai..

tujuan pertama wujudnya kunci bukanlah topik utama yang ana nak bincangkan arini tapi ana tetap nak sentuh sikit tentangnya.. kunci adalah untuk mempertahankan sesuatu yang bernilai.. wahai wanita2 gadis2 pempuan2 kakak2 makcik2 diluar sana.. tahukah anda bahawasanya diri anda tu sangat bernilai.. aurat2 anda tu sangat tinggi nilainya.. maruah anda tu tersangatlah mahal harganya.. maka kuncikanlah ia dengan kunci syariat.. tambah lagi additional protection dengan mangga solex akhlak.. kalo anda biorkan je aurat2 anda tu tak berkunci camne fungsi mempertahankan sesuatu yang bernilai tu nak diaplikasikan dengan jayanya kan? kan? wahai lelaki2 abang2 pakcik2 kaum sejenisku.. jangan ingat dorang kaum wanita je yang kene kunci.. korang tu pun sama jugak.. kene kunci benda kat dalam seluar tuh.. jaga daripada maksiat.. yang belum kawen lagi jangan cuba2 nak cari lubang.. kalaupun tak cari lubang.. jangan gatal2 tangan pulak nak kawen ngan tangan sniri.. walaupun mandi wajib ngan air dari seluruh lautan kat dunia ni pun takkan cukup untuk tampung dosa kawen ngan tangan sniri.. yang dah kawen plak.. elok2 ada yang halal jangan mengade2 pulak nak cari lubang yang haram.. sesama kita beringat.. KUNCI! untuk pertahankan apa kita kunci semua ni? semestinya untuk pertahankan keimanan kita pada Allah SWT..

Firman Allah SWT:
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu (zina, homoseksual, dan sebagainya) Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.
Surah Al-Mu'minun : 1-11

dah puas jenjalan kat luar? baru la kita masuk isi.. hehe.. entri kali ni ana nak berkongsi ngan kawan2 tentang kunci kejayaan.. ataupun dalam bahasa arabnya dipanggil miftahunnajah.. dalam firman Allah yang telah ana sebutkan sebelum ini.. kita dapati disana terdapat beberapa golongan yang dijanjikan Allah sebagai golongan orang beriman yang beruntung dan berjaya yang akhirnya Allah janjikan akan mendapat syurga Firdaus.. kita perlu jadi golongan2 yang telah Allah sebut itu didunia ini sebagai kunci bagi kita untuk mendapatkan kejayaan kita di akhirat kelak.. ya Allah ya Tuhan kami.. jadikanlah kami tegolong dalam golongan yang telah Engkau janjikan dengan kejayaan tersebut.. ameen ya Rabbal alamin..

seperti yang telah disebutkan sebelum ini.. tujuan kedua wujudnya kunci adalah untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai.. memandangkan hari ni kita membincangkan topik tentang kunci kejayaan.. maka benda bernilai yang ingin kita dapatkan dengan kunci kali ni adalah sesuatu yang orang panggil KEJAYAAN.. kejayaan ada banyak skop.. skop kejayaan di akhirat telahpun kita sebutkan.. jadi ana kecikkan skop perbincangan kita pada kejayaan dalam pelajaran dan pembelajaran.. memandangkan ana juga seorang pelajar dan ana juga masih teraba2 untuk cuba mendapatkan kunci2 ini.. kita bersama2 mengharapkan agar kunci2 ini selamat berada dalam tangan kita dan kukuh dalam simpanan peti istiqamah kita.. jadi.. tanpa membuang masa.. mari kita lihat apakah kunci2 untuk mendapatkan encik kejayaan ni?


KUNCI 1
niat yang betul dan ikhlas dalam apa yang kita lakukan

hadith pertama dalam Arba'in Nawawiah lagi dah menceritakan tentang niat.. hadith yang sangat mashyur.. innamal a3malu binniat.. setiap perbuatan itu perlulah dengan niat.. nak kabo bahawasanya pentingnya niat tu dalam menentukan sesuatu amal yang kita buat.. lebih2 lagi pentingnya dalam proses kita menuntut ilmu ni.. tengok balik niat kita blajo ni untuk apa.. adakah kita berpenat lelah memerah otak memasukkan input semasa guru mengajar dan mengeluarkan output dalam peperiksaan semata2 untuk tujuan akan datang kita mendapatkan pekerjaan yang selesa dengan gaji yang lumayan? untuk mendapatkan bini yang cantik kete yang cantik umah yang cantik? ataupun kita belajar segala sudut ilmu samada fardu ain atau fardu kifayah semata2 untuk mencapai redha Allah SWT? semata2 untuk mengkhadamkan diri kita untuk Islam?

tajdid niat.. itulah kata2 yang sering kita dengar.. perbaharuilah niat.. senantiasa ingat semula niat asal kita yang baik apabila kita mula hendak tersasar dari niat asal.. mungkin niat asal kita murni.. tapi setelah melalui pengalaman2 dan cabaran2 hidup serta mehnah tribulasi yang pelbagai berkemungkinan ia merubah niat kita sedikit demi sedikit samada kita sedar ataupun tak sedar ataupun separa sedar.. tak kesahlah kita belajar dalam bidang agama ataupun bukan bidang agama.. bidang syariah mahupun bidang perubatan.. bidang bahasa mahupun bidang engineering.. yang kita mahukan.. biarlah jika ahli agama , dia beramal dengan ilmu agama yang dipelajarinya.. dan mengajarkannya pula pada masyarakat agar ia dapat memperbaiki kerosakan yang berlaku didalamnya.. jika ahli perubatan.. biarlah dia seorang doktor yang mengamalkan ilmu perubatan yang dipelajarinya untuk membantu kesakitan yang disengsarai umat Islam.. untuk membahagiakan hati umat Islam.. jika ahli kejuruteraan.. biarlah dia seorang engineer yang membantu menampakkan kemajuan negara Islam.. jika ia ahli ekonomi.. biarlah satu dunia tahu bahawa orang terkaya didunia adalah orang Islam.. jika dia ahli nelayan.. biarlah dia menjadi nelayan yang membantu meningkatkan ekonomi Islam.. agar umat Islam ada alternatif untuk tidak membantu ekonomi orang bukan Islam.. jika dia ahli politik.. biarlah dia berpolitik dengan politik Islam.. jika ahli pendidikan.. biarlah dia mendidik anak2 bangsa menyayangi Islam dan menerapkan pada generasi akan datang tersebut dengan akhlak Islam as the way of life.. semua para ahli ini perlu belajar.. dan yang menentukan kejayaan mereka? adalah NIAT mereka dalam belajar..

sebagai contoh.. seorang nelayan juga perlu belajar kaedah2 menangkap ikan yang berkesan dan strategi pemasaran ikan2nya.. jika niatnya untuk mendapat sekadar cukup makan pagi.. maka ia akan berusaha sekeras untuk dapat makan pagi sahaja.. tak ada lonjakan motivasi dalam dirinya untuk bekerja lebih bersungguh.. tapi jika ia niatkan demi mencapai redha Allah dan memajukan Islam.. maka itulah motivasi terbaik bagi dirinya untuk melonjak pergi lebih jauh dalam merancang kemajuan diri dan keluarganya untuk kemajuan agamanya.. seorang ustaz ataupun ustazah.. jika niatnya sekadar untuk dapat bekerja sebagai guru agama disekolah rendah ataupun jawatan pegawai di pejabat agama.. maka dia akan berusaha untuk sekadar mendapatkan sijil yang melayakkan dia untuk menjawat jawatan itu.. dan kelak setiap hari dia akan melalui rutin yang sama.. gi keje balik keje main ngan anak dapat gaji holidey gi jenjalan ngan bini n family gi bekelah.. masuk ari keje balik berulang balik gi keje balik keje main ngan anak dapat gaji gi jenjalan ngan bini n family gi bekelah.. tanpa ada satu pun usahanya untuk membantu Islam dalam masyarakat.. sedangkan jika niatnya untuk mencapai redha Allah dan mengkhadamkan diri demi khidmat Islam.. itulah motivasi terbaik yang akan menyebabkan dia akan sedaya upaya mempelajari segenap aspek ilmu agar menjadi ulama yang bukan sahaja mampu menjawat jawatan yang tinggi dalam mana2 institusi bahkan tidak meninggalkan jawatan mendidik masyarakat untuk beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad SAW..

jadi.. ikhlaskanlah niat kita dalam menuntut ilmu.. insyaAllah jika kita ikhlas menuntut ilmu semata2 kerana Allah.. Allah akan mempermudahkan jalan kita dalam penguasaan ilmu tersebut.. yang penting adalah keberkatan.. kita dapat diploma ijazah master phD 4flat 8flat mumtaz jiddan skalipun kalau ilmu kita tu tak berkat takde gunanya.. kene ingat tu.. ilmu yang berkat adalah ilmu yang kita ingat.. ilmu yang berkat adalah ilmu yang bila kita mahu kita mampu keluarkan dari otak bila2 yang kita nak.. ilmu yang berkat adalah ilmu sohih yang kita amalkan dengan istiqamah.. ilmu yang berkat adalah ilmu2 Islam.. jadi.. sama2lah kita jaga niat kita.. jangan bagi peluang dia nak terbabas walaupun sedikit..

KUNCI 2
sabar dalam menempuh jalan ilmu

"sikit2 sabar sabar sabar! sabar balik sabah laa!".. kata mereka yang biasanya kurang sabar.. bagi mereka yang sabar plak.. walaupun ditimpa apa2 musibah.. mereka tetap mengatakan dalam hati kecik mereka.. "nasib baik aku ni penyabo.. kalo tak.." ataupun.. "saboo jelaa aku.." ataupun "tak sangke jugak aku ni penyabo orangnye ek.." ataupun ape2jelah ayat2 ikut sukakaki korang la janji ayat tu bawak maksud sabo.. kita belajo ni sabo tu la yang paling penting.. mane ade orang yang belajo tak susah.. sabor dan jibor punye cerita masa SPM dulu pun susah.. walau nampak sesenang mana pun seseorang tu mengharungi proses menuntut ilmu.. hakikatnya pasti tak semudah yang kita nampak.. masing2 pasti ada ujian masing2 dugaan masing2 dalam menempuh jalan menuntut ilmu.. ada orang yang susah dalam bab kewangan.. ada orang yang susah dalam bab kesihatan.. ada yang belajo punye besungguh tapi rasa macam otak bengap nak mampos tak masuk2 ape yg diblajonye.. ada yang tak blajo langsung pun duk meniru je sampai dapat phD.. ada orang yang bebelas taun amik madah yang sama tak lulus2.. ada yang datang mesir staun pastu terus bleh balik najah.. ada yang dah konvo tapi tak najah pun.. ada yang 10 taun dah duk mesir tapi tak reti2 cakap arab.. ada yang kene uji dengan kematian mak bapak atau keluarga masa tengah belajo.. ada yang duduk serumah ngan ahli bait yang langsung tanak memasak.. ada yang tak suke tengok orang suka cari ilmu.. ada yang kondem orang rajin gi talaqqi.. ada yang busuk ati orang lain lagi alim daripada dia.. ada yang otak bijak tapi nak hormat syeikh pun tak reti.. ada yang blajo pandai tapi kemahiran muamalah dengan orang lain langsung haprak.. ada yang tetiap kali becakap asik nak berjidal je (berdebat) tak kene tempat.. ada yang tak memasal2 suka2 tuduh kita fitnah kita yang bukan2.. apepun hakikatnya manusia ni bermacam ragam.. dan manusia serta bermacam ragamnya nilah yang akan kita tempuh semasa dalam jalan menuntut ilmu.. kadang2 kita pun tengok ragam orang je.. ragam kita orang lain tengok kita tak tau camne kan..

suasana sekeliling dan dugaan2 serta ujian yang datang semasa menempuh jalan menuntut ilmu ni juga mampu memberi efek pada kita.. jika kita kuat untuk menghadapinya.. insyaAllah kita akan lalu dengan tenang dan seronok umpama kita lalu kebun2 bunga semasa perjalanan kita mengayuh beskal ke skolah.. tapi jika kita goyah dan lemah untuk menghadapi manusia dan ragamnya serta suasana ujian yang melanda itu.. percayalah kita akan senantiasa gusar serba tak kena disepanjang jalan bagaikan kita pulang mengayuh beskal dari skolah balik kerumah di waktu malam melalui kawasan kubur diekori pulak oleh lembaga2 yang tidak diketahui asal usulnye.. [padahal lembaga yang mengekori tu adalah lembaga pengawas skolah sebab kita kantoi ponteng kelas pagi tadi.. haha..]
kesimpulannye.. banyak2kanlah bersabar kerana sabar dalam menuntut ilmu itu pasti ada jua kebaikan yang akan dapat kita perolehi.. kalau bukan sekarang dimasa2 akan datang.. kalau bukan didunia.. diakhirat nanti sudah pasti ada ganjarannya.. insyaAllah.. yang penting.. didiklah hati supaya sentiasa bersikap sabar.. musibah dunia ni amatlah kecil jika nak dibandingkan musibah di akhirat.. jadi rasanya tak salah kalau kita bersabar sikit kat dunia yang sementara ni supaya dapat elakkan musibah yang besar di akhirat nanti kan..

KUNCI 3
percaya pada diri sendiri dan tidak sekali2 berputus asa

kalau kita tak pecaya kat diri sniri.. agak2 boleh ke orang lain pecaya pulak kat kita? dah tentu le payah.. kita setkan minda.. kita boleh wat apa yang kita nak wat.. kita akan jadi apa yang kita nak jadi.. kita nak berjaya.. kita akan berjaya! kita nak 4flat.. kita akan dapat 8flat! kita nak jadi ulama.. kita akan jadi ulama! kita nak jadi kaya.. kita akan kaya! tak dapat kaya harta pun kaya hati budi jadi laa.. bila dah pecaya kat diri sniri.. semangat kita akan jadi kuat.. bila smangat kita dah jadi kuat.. skali2 kita takkan pernah akan ada rasa untuk putus asa.. bila kita bersungguh tanpa ada putus asa.. dah tentu hasil yang akan terhasil dari kesungguhan tu amat memberangsangkan.. ni tak.. baru kantoi sikit dah putus asa.. dah tanak sambung blajo.. baru berubah sikit cara hidup dari senang ke susah.. dah putus asa dari rahmat Allah.. baru kene uji sikit.. dah melatah salahkan takdir.. tak kena.. tak kena.. orang yang tak pecaya diri sniri dan terlalu cepat berputus asa biasanya memang payah nak berjaya.. korang nak berjaya? kalau dah tau nak.. pecaya la kat diri korang tu sniri.. pesan kat dia sokmo.. dont u ever give up!

KUNCI 4
meninggalkan maksiat

Qala imamuna Imam As-Syafie RA:
Aku mengadu pada guruku Waqi' tentang kesukaranku dalam menghafal
Maka beliau menasihatiku supaya meninggalkan maksiat
Sesungguhnya hafalan itu adalah satu anugerah dari Allah
Dan anugerah Allah takkan diberikan pada ahli maksiat

antara bait syair terkenal Imam Syafie yang biasa kita dengar.. banyak dibuat lirik2 nasyid.. tapi adakah kita sekadar mendengar je nasyid2 tu tanpa memahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau.. beliau mengadu pada guru beliau setelah merasakan hafalan beliau semakin merosot.. hanya selepas beliau TERtengok betis seorang wanita.. tu TER tu.. bukan beliau nak pun tengok.. tapi TER.. begitu pun ada efek pada hafalan orang sehebat Imam Syafie.. kalau jenis kita yang tetiap kali saja2 tambah TER ni.. camne la pulak agaknya nak TERlekat ilmu tu ek? jadi saya menyeru diri saya seniri jua kawan2 semua untuk meninggalkan maksiat.. agar ilmu dan hafalan kita dijaga dengan baik.. agar kita tak tergolong dalam golongan orang yang tak mendapat anugerah Allah tu.. nauzubillahi min zalik..

KUNCI 5
praktikal dan pelaksanaan

a) menyibukkan waktu untuk belajar

ceh.. sibuk.. semua orang bleh bagi alasan nih..
kenapa tak blajo dan menelaah?
sibuk.
kenapa tak gi kuliah?
sibuk la..
nape tak baca buku pikse kan dah dekat..
sibuk nih..
kenapa tak gi talaqqi syeikh duk blakang umah je kan?
emm..sibuk skit la..
kenapa tak gi tafaquh syeikh Nuruddin smalam?
sorila..banyak keje pesatuan la.. sibuk sket..
malam ni syeikh Usamah datang asyir.. jom pegi jom..
aku sibuk laaa ko tak reti bahasa ke haa! jangan sampai kasut blackhammer aku hinggap kat mulut ko!
ape bende yang ngkau sibukkan sangat tu? setiap minit nak salinkan pampers anak ke? stiap detik ngko nak taip minit mesyuarat ke?
hehehe.. yang ye nye aku tak sibuk pun.. saje je wat2 sibuk a.k.a penyibuk.. aku sibuk ngan tenet.. chating tak syarie ngan ustazah.. cari awek kat frenster.. donlod cite kat torrent.. pastu tengok muvie.. cite jepong.. korea lagi.. satu cite dah 16eps.. ade 250gb punye cite tak tengok lagi.. drama kat tv3 dot com dot mai banyak lagi tak tengok nih.. tibi trm 1 pun tak pueh lagi usha.. pastu nanti letih aku nak tido.. bangun nanti aku lepak2 tepi jalan tengok awek arab kat syari' syaiton plak.. ish.. pendek kate kesibukan aku ni memang sibuklah.. so.. ko jangan sibuk bleh tak wahai penyibuk?

kita sebagai pelajar.. masa kita tu sepatutnya hanya disibukkan dengan hal2 belajar.. hal2 lain tu? sampingan bleh la.. nama pun pelajar.. kalau pelajar habiskan masa dalam sehari untuk benda yang takde kaitan dengan belajar lebih lagi daripada masa yang dia habiskan untuk benda yang ade kait ngan belajar.. maka tentulah pelajar itu bukanlah pelajar namanya.. kerana hakikatnya tugas seorang pelajar adalah belajar.. jika dia tak menjalankan tugasnya dengan baik.. maka dia telah mengkhianati amanah belajar yang dipikulnya.. seorang pelajar tak patut membebani dirinya dengan tugas2 persatuan melebihi tugasannya untuk belajar.. kerana persatuan itu wujud untuk membantu pelajar untuk belajar.. bukan menjadikan pelajar itu tidak belajar dan sibuk mengalahkan presiden mesir.. sekian dimaklumkan..

b) jangan lupa mengingati Allah dan bacalah Al-Quran Al-Karim

menjaga hubungan kita dengan Allah amatlah penting untuk menentukan kita dapat memegang kunci kejayaan.. amalkanlah zikir2 dan amalan2 umum atau khusus yang diajarkan oleh para salafunassoleh dan para alim ulama kita.. banyak zikir2 dan selawat2 yang boleh diamalkan seperti zikir ma'thurat.. ratib haddad.. hizib bahar.. hizib nawawi.. selawat kamilah.. selawat masyisyiah.. zikir munajat.. istighfar.. dan janganlah kita lupa meribatkan diri kita dengan Allah dengan sentiasa membasahkan lidah kita dengan membaca kalam2 Allah dari Al-Quran.. tak kisahlah banyak mana kita nak baca.. yang penting dalam sehari mesti ada kita baca.. kalau tak larat semuka.. baca sejuzuk.. hehe.. boleh jugak nak baca surah2 pilihan macam surah Mulk.. Waqiah.. Kahfi.. Yaasin.. dan surah2 lain yang pendek2 macam bacaan lazim tu ke.. janji yang penting kita baca.. kita nak mintak kejayaan dari Allah.. tapi Allah kita tak ingat.. camne la Allah nak bagi kan..

c) perbanyakkanlah selawat keatas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW

selawat ni sangatlah banyak kelebihannya.. kalau zikir tu kita buat dengan niat riak tak boleh.. macam nak menunjuk2 alim ke.. penat je zikir takde pahalanya.. tapi kalau selawat ni lain.. hingga dikatakan kalau selawat beserta dengan rasa riak pun takpe.. tapi seelok2nya takyah le kan.. nak riak watpe pun.. bila kita banyak ingat Nabi.. insyaAllah Nabi akan ingat kita di akhirat nanti dengan memberikan syafaatnya di padang mahsyar kelak.. abah ana sniri daripada kecik duk ajo ana suh banyakkan selawat.. tetiap kali nak masuk piksa.. stat daripada keluar rumah sampai duduk kat kusi dalam dewan.. kalau terlupa apa2.. kita selawat.. insyaAllah nanti datangla apa yang kita lupa tu..

d) selalulah membaca kisah2 alim ulama yang bersungguh2 dalam menuntut ilmu

sangat banyak kisah2 alim ulama terdahulu yang sangat besungguh2 dalam menuntut ilmu.. contohnya kisah Imam Haramain Al-Juaini pengarang matan waraqat dan kitab nihayatul matlab yang sepanjang hidupnya tak pernah tido melainkan TERtido.. punya la besungguhnya beliau dalam menghambakan diri pada ilmu.. kalau kita? TERtido sampai 23jam 59minit dalam sehari.. kire hebat sikit la daripada Imam Haramain kan.. banyak kita boleh dapati kisah2 kejuhudan ulama ni dalam kitab2.. contohnye macam kitab ta'lim mutaalim tariquttaalum.. kitab yang boleh dikatakan wajib bagi seorang yang bergelar pelajar untuk mempelajarinya sebelum mempelajari sesuatu bidang ilmu.. belajar adab belajar dulu sebelum belajar barula bleh jadi pelajar yang cemerlang..

e) muhasabahlah diri setiap hari setiap minggu setiap bulan setiap tahun

sentiasa tengok diri kita.. jangan duk muhasabah orang je.. diri kita aula didahulukan dulu.. setiap hari sebelum tido kita pikir balik.. apa yang kita dah buat hari ni.. adakah semua yang kita buat tu melayakkan diri kita untuk digelar sebagai seorang pelajar.. ujung minggu kita muhasabah pulak.. apa yang kita dah buat sepanjang minggu.. bende pekdah ke tak pekdah kita buat.. ujung bulan muhasabah pulak.. sepanjang bulan ni adakah kita berjaya sampai taget yang kita nak.. contohnye hafal separuh silibes piksa dalam sebulan.. kalau tak sampai.. kita tengok balik kat mana silap kita.. muhasabah yang kita buat ni untuk apa? untuk tengok perubahan yang berlaku pada diri kita.. adakah kita melakukan perubahan kearah kebaikan ataupun kita semakin lalai dan alpa dan jauh dari jalan ilmu.. ujung taun muhasabah lagi.. dah muhasabah tu jangan sekadar muhasabah je pun.. lepas muhasabah amik la tindakan.. ubah kat mana yang patut.. tingkatkan kat mana yang patut.. barulah namanya pelajar yang sememangnya memegang kunci yang bakal membuka pintu kejayaan yang diidam2kan oleh semua orang..

akhir kalam sebelum mengundurkan diri dari satu lagi 'novel' yang 'ringkas' dan 'pendek' serta 'padat' ni.. perlulah kita ingat.. kejayaan bukan terletak pada cemerlangnya sijil yang kita dapat.. kejayaan bukan terletak pada tingginya pandangan manusia pada kita.. sebaliknya.. kejayaan yang mutlak itu terletak pada tingginya nilai akhlak dan peribadi seseorang dalam mengamalkan setiap ilmu yang telah dipelajarinya.. kejayaan yang mutlak itu terletak pada tingginya nilaian Allah pada kita..

sekian dahulu dari ibnu mohamed amin.. seorang pelajar yang mengidamkan kejayaan yang jua masih mencuba untuk mengamalkan apa yang disebut2kan oleh dia sniri.. wallahu a'lam..

Currently have 2 Kata Komenan:

  1. salam...
    artikel ni sangat bagus..
    cuma masa baca intro dia, sy pening skitt..hihihihi..apa apa pun well done..
    pada pendapat saya kan..Kunci kunci yg bernilai tu sebenarnya mmg anugerah dari Allah untuk kita, sejak azali lagi, cumanya, ada antara kita yang kurang amanah dgn menghilangkan kunci-kunci tersebut,lepas tu mulalah nak buat kunci baru..acuan dia mungkin sama, tapi bahan nak wat kunci tu mungkin berbeza...hmm..apa yang dirapikkan sebenarnya ni??>>>

  2. salam.. btul btul btul.. hihihi.. cik emy cakap sume tu bukan satu rapekkan.. itu sume memang benar takde yang benar melainkan kebenaran semata..

    saya sniri pun penin masa taip intro dia.. patutla orang yang baca pun penin masa baca intro dia.. ngehehhe..


Leave a Reply

There was an error in this gadget