Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Monday, October 27, 2008

Tempahan Kad Zikrayat Konvo

Posted by The Pamiesz® | Monday, October 27, 2008 | Category: | 8 Kata Komenan

Salam semua..

posting ini juga terdapat dalam blog kalghari.. penyiaran semula dalam blog ini hanyalah untuk tujuan membantu promosi bisnes.. heheh.. harap maklum..

bagi mereka yang berada di Mesir khususnya para graduan Al Azhar yang hadir pada majlis konvokesyen PMRAM kali ke 16, ini adalah khusus untuk anda dimana kami ada menjual kad zikrayat konvokesyen sebagai tanda ingatan detik bersejarah anda. Ianya berukuran gambar 4R, bewarna penuh dan sesuai untuk dihadiahkan atau di jadikan kenangan setelah bergelar graduan yang berharga L.E 2 setiap satu.


Photobucket
Bahasa Arab , (Harga L.E2 sahaja)

Photobucket
Qiraat, (Harga L.E2 sahaja)

Photobucket
Syariah , (Harga L.E2 sahaja)

Photobucket
Usuluddin , (Harga L.E2 sahaja)

Photobucket
Contoh kad zikarayat yang di print ( Bersaiz 4R )

Cara untuk mendapatkan kad zikrayat konvokesyen : L.E 2 sahaja
1) Hubungi agen kami sepeti yang tertera
2) Buat order (diminta untuk bayar dahulu)

atau boleh dapatkan terus kad tersebut di Zagazig
3) Nyatakan bilangan kad yang diingini (minimum satu keping)

4) Sila nyatakan bidang kuliyah anda.
5) Harga L.E 2 sahaja (setiap satu keping)


Perkhidmatan Lain Sempena Konvokesyen :

Edit Gambar Konvo : L.E 5 sahaja - tidak termasuk kos print )
- Letak nama graduan dan logo Al Azhar
- Edit effect warna
- Sesuai untuk diprint bersaiz besar @ kecil
( Hubungi agen kami, nyatakan apa yang dikehendaki dan send gambar saiz asal ke alamat email kami )

Agen kami:

1) Kaherah - Pamie : 016 - 5169880
2) Mansurah - Aminuddin : 016 - 9971464
3) Zagazig - Nik : 011 - 1366226

Email:
kalghari@gmail.com

ape lagi engkorang.. bila lagi nak sambar.. lambat2 kang habes aku tatau.. ngeh3..

Dendam Kesumat by Nik

Posted by The Pamiesz® | | Category: | 8 Kata Komenan

salam sume kengkawan..

layankanlah komik online kalghari ni.. (sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas)

idea by: nik

illustrated by: nik
photoshoped by: nik
charactered by: pamie and amin


nantikan sambungannya dalam siri2 yang akan datang.. ngeh3..

Sunday, October 26, 2008

Bersama Syeikh Dr Rifaat Fauzi

Posted by The Pamiesz® | Sunday, October 26, 2008 | Category: , | 0 Kata Komenan

salam sume..

citer tak abis lagi upenyer.. lepas sume bersurai daripade umah syeikh Mahmud Said Mamdouh tu.. ana dahpun berelek2 santai2 redi menyenteng kain pelikat untuk membasuh kain.. tiba2 belum sempat nak basuh ostat boan pun sampai ke umah ana dan mengatakan cepat2 besiap sebab kita nak pegi umah syeikh Dr Rifaat Fauzi pulak.. hadehh.. dengan segera ana mengenselkan niat mulia membasuh kain yang kotor untuk menyempurnakan niat yang lagi mulia untuk bertemu dengan syeikh Dr Rifaat Fauzi..

kali pertama dulu penyerbuan kerumah beliau tak menjadi sebab gelap je.. beliau takde.. diharapkan kali ni tak la kecewa lagi.. setelah bertemu janji untuk berkumpul di rumah penang.. kami yang kali ni berenam (aku, ust Husni, sham, boan, dan 2org lagi org penang tu aku lupe lak nama.. hehe..) berjalan kaki ke rumah syeikh Dr Rifaat Fauzi..

alhamdulillah.. tak kecewa.. kali ni maktabah beliau yang dibawah tanah tu terang benderang bercahaya.. anak murid beliau ada sorang disitu dan menyuruh kami tunggu kat dalam maktabah tu.. masyaAllah tabarakAllah.. banyak sungguh kitab2 beliau.. ana jadi seronok dan teruja tengok kitab2 yang banyak sebegitu.. lalu berlakulah perbualan antara kami.. agak2nya bape puluh taun nak dapat kumpul kitab camni ek.. 30 taun pun belum tentu gamaknye.. pastu ust Husni menambah.. seumur idup takkan dapat langsung pun tak mustahil.. kalau takdirnya miskin.. mane nak dapat..

setelah beberapa ketika syeikh pun datang dan bersalam2an dengan kami dan menyuruh masuk ke bahagian maktabah yang lebih dalam.. lagi banyak kitab kat dalam tuh.. masyaAllah tabarakAllah.. setelah saling bertanya khabar macam besela kami melepaskan program pada ust Husni je.. kami duduk diam mendengar..

sebelum pulang ust Husni meminta untuk kami semua ijazah ammah daripada syeikh.. sayangnya syeikh tak dapat cop sebab bilik tempat dia simpan cop tu ada musykilah ngan kunci pintunye takleh nak bukak.. setelah selesai pengijazahan kami pun bergambar kenangan dan meminta diri untuk pulang..

GALERI BERSAMA SYEIKH DR RIFAAT FAUZI
___________________________________

antara kitab2 beliau dalam maktabah nih..

huuu.. banyaknye ilmu..

wajah teruja melihat kitab.. satu hari nanti aku pun nak ada maktabah aku sniri.. insyaAllah biiznillah..

Syeikh Dr Rifaat Fauzi membelek kitab hadith musalsal ust Husni..

Syeikh Dr Rifaat Fauzi menuliskan ijazah ammah kepada kami sume..

bergambar kenangan bersama Syeikh Dr Rifaat Fauzi..

Bersama Syeikh Mahmud Said Mamdouh

Posted by The Pamiesz® | | Category: , | 0 Kata Komenan

salam sume..

balik je daripade konvo tuh.. kat luar dewan tu ana tejumpe ngan ust husni yang katenye ada mauid untuk berjumpa ngan syeikh Mahmud Said Mamdouh pukul 5 petang tu.. ape lagi.. peluang mana leh lepaskan.. nak ikut.. nak ikut.. nak kenal ngan syeikh..

jadi kitorang berlima (aku, ust Husni, sham, boan, mohsin) pun gi la dengan teksi yang dibayo sbanyak seploh genih dari ACC (azhar conference center) untuk ke tempat syeikh Mahmud Said Mamdouh.. sampai je kat situ baru ana teringat yang ana tak smayang asar lagi.. telupe sebabnye kengkawan sume dah jamak sebab dorang bleh wat jamak.. jadi kita pun rasa macam dah sama2 wat jamak ngan dorang.. huhu.. ana pun mintak izin ngan ust Husni nak smayang dulu.. ust Husni pun bawak la kat blakang restoran tu ade dorang wat musolla.. smentara tunggu ana smayang dorang rehat2 jap.. sempat la begambo skeping dua kat situ..

berehat sementara menunggu time yang dijanjikan bersama syeikh..

tepat masanya ust Husni pun menelefon syeikh dan mengkhabarkan kami berlima nak datang skang.. syeikh pun mengalu2kan kedatangan kami.. lalu dengan segera kami mengangkat buntut yang dilabuhkan sebentar tadi untuk bergegas ke rumah beliau..

sampai saje dirumah beliau setelah loceng ditekan beberapa kali kami dijemput masuk oleh beliau sendiri.. macam biasa la set2 ulama ni bila kami nak cium tangan waktu bersalam dorang akan laju je menariknya.. begitu jugalah dengan syeikh Mahmud Said Mamdouh yang nampak ketawadukkannya jelas terpancar diwajahnya.. kami dijemput duduk dalam sebuah bilik.. terdapat 1set sofa dan sebuah rak buku besi yang besar dan sebuah meja bacaan.. mungkin bilik tetamu mungkin juga bilik bacaan..

bicara dimulakan dengan syeikh bertanyakan khabar kami semua.. dan kami pula betanyakan khabar syeikh.. ust Husni memperkenalkan kami sebagai bebudak baru yang tak berapa nak baru di mesir nih.. perbicaraan awal berlalu sekitar majlis konvo yang dihadiri kami sebentar tadi.. lalu diteruskan bicara antara ust Husni ngan syeikh yang mana kebiasaannya kami yang ngikut ni diam je mendengar.. mula2 ust Husni menyampaikan salam para masyayikh yang ditemuinya di majlis konvo tadi juga daripada syeikh Muhammad Mahmud Ahmad Hasyim amid kuliah usuluddin zagzig lalu menyerahkan kitab beliau Ayatul Mufassolat Fil Ahadithil Musalsalat.. beberapa kali syeikh membeleknya dengan wajah excited sambil memuji2 usaha ust Husni..

ust Husni bertanyakan pula tentang guru syeikh yang paling rapat iaitu syeikh Yaasiin Fadani rahimahullahu taala.. syeikh Mahmud Said Mamdouh merupakan anak murid syeikh Yaasiin Fadani yang paling rapat.. beliau senantiasa melazimi untuk duduk di sebelah kanan syeikh.. siang dan malam beliau bersama syeikh Yaasiin.. dan beliaulah orang yang membawa syeikh Ali Jumaah mufti mesir skarang ni untuk bertemu dengan syeikh Yaasiin Fadani untuk mengambil manfaat ilmu dari beliau.. semoga Allah merahmati mereka semua..

antara soalan yang diajukan leh ust Husni adalah tentang seseorang yang mengatakan kepada beliau bahawa syeikh Yaasiin Fadani pernah datang ke mesir.. adakah qaul ini benar atau tidak.. ternyata syeikh Mahmud Said Mamdouh menafikannya dengan penafian yang sungguh2.. berkali ust Husni bertanya dan setiap kali itu jugalah beliau menolak kebenaran berita itu dan mengatakan sesiapa yang membawa berita itu adalah kazib (penipu).. kerana beliau adalah anak murid yang paling rapat dengan syeikh Yaasin Fadani maka beliau lebih mengetahui akan gurunya..

kami juga telah mengambil musalsal awaliah daripada syeikh Mahmud Said Mamdouh secara musyafahah..

syeikh Mahmud Said Mamdouh juga bertanyakan kepada ana apabila dia terperasan melihat ana memakai imamah alazhar.. lalu dijawab oleh ust Husni bahawa ana ni khirrij (graduet) dalam majlis pagi tadi.. lalu syeikh pun bertanya bila nak musafir balik malaysia.. uhuk2.. ana pun jawap la insyaAllah sauwasil dirasati hina.. fi marhalah majister biiznillah.. (insyaAllah dengan izin Allah aku nak sambung lagi kat sini dalam peringkat master..) syeikh pun mendoakan ana.. ameen..

kami dijamu dengan ahwah bil halib (kopi susu) yang sangat pekat dan mengancam.. lepas abis minum tu ada tinggal kat bawah cawan tu kerak2 susu yang masih melekat.. fuh.. memang kaw..

setelah menyedari berlalunya waktu.. kami belum lagi bersolat maghrib begitu juga dengan syeikh.. dan dengan itu kami meminta izin untuk meminta diri.. sebelum keluar.. kami dibawa oleh syeikh untuk melihat gambar syeikh Yaasiin Fadani.. setelah bersalam2an kami pun pulang dan bersurai.. ana rasa tersangat gembira kerana dapat kenal dengan seorang lagi ulama alim allamah di mesir ni..

dengan itu ana dan sham mengambil bas ke hayyu sabiek untuk pulang kerumah manakala ust Husni, boan dan mohsin pergi ke hayyu asyir untuk menguruskan hal kitab ust Husni..

bergambar kenangan bersama syeikh Mahmud Said Mamdouh

Syeikh Muhammad Yaasiin bin Isa Al-Fadani Al-Makki Al-Hasani As-Syafie dalam usia beliau 20-an..

Jubah Konvo + Natijah Tasfiah

Posted by The Pamiesz® | | Category: , | 2 Kata Komenan

salam tahniah..

congratz la buat mereka yang telah pun menjadi lepasan al-azhar.. ingatlah sahabat2ku semua bahawasanya dibahu anda semua terpikul tanggungjawab yang amat besar untuk pulang memberikan peringatan kepada masyarakat yang kini semakin lama semakin jauh dari jalan kebenaran.. sampaikanlah ilmu yang telahpun anda semua inputkan selama keberadaan anda di ardil kinanah mesir yang penuh debu jua padat dengan ilmu ini.. janganlah anda pulang menyepi menyuruk didalam stor rumah dan sengaja mencari alasan taknak menerjunkan diri anda ke dalam masyarakat.. anda semua amat2lah diharap2kan supaya menjadi insan yang boleh diharap.. [aku takpe aku lambat lagi nak balik.. wahahaha..]

dibawah ni ana uploadkan design jubah konvokesyen yang kitorang pakai aritu.. credit to ostat nik my photoshop sifu yang mendesignkan gambar ni.. [bukan design jubah tau.. hehe..] setiap warna jubah yang berlainan melambangkan course yang berlainan..






and for the latest news for my latest result.. ana baru gi nengok kat kuliah pagi tadi.. result rasmi dahpun keluar ari khamis lepas.. jeng3.. keputusannya? nampak gayanya ana nak bermusapir kemana2 bukan takat kene bawak Quran.. malah kene bawak kitab dan nota naqdu adabi.. ngehehe.. sorila pada yang ana pernah terbagitau ana kantoi just 1 paper tu.. actualy its two.. huhu.. apepun alhamdulillah.. doakanlah ana terus rajin berusaha supaya taun depan ni ana dapat konvo yang sebenar2 konvo.. bukan sekadar konvo celup2an.. hehe..

[tambah iqamah.. tambah iqamah.. staun lagi.. lalalalalaaa~]

Konvokesyen Al-Azhar As-Syarif PMRAM Kali Ke-16

Posted by The Pamiesz® | | Category: , | 2 Kata Komenan

salam graduat pada golongan lepasan..

kita layan gambo dulu baru citer k.. hehehe..

GALERI KONVOKESYEN AL-AZHAR (PMRAM)
___________________________________

majlis konvo ini mengambil tempat di dewan fustat Azhar Conference Centre (ACC)

ataupun dalam bahse arabnye markaz al-azhar lilmuktamarat.. pagi tu jenuh aku menahan teksi 3 4 kali kusebut markaz al-azhar lilmuktamarat sume tak tau kat mane.. ape la pnye pemandu teksi.. pengabisnye aku sniri yang tunjukkan jalan.. baik aku je yang bawak teksi kalo gitu.. haha..

sampai2 je terus begambo dulu.. tak menyempat2 bebudak nih.. haha..

perunding imej tengah merundingkan imej kengkawannye sket2 sebelum gambo ditangkap lebih banyak..

set2 kusza ni duk mane2 pun nak asobiah je.. payah tul.. jangan lupe naikkan cite ni kat muktamar ye.. haha..

tejumpe pulak ostat zizi pak adam yang ngendong beg susu anak (walhal dia belum beranak lagi.. hehe)

si pamie tengah wat urusan pendaftaran ngan ostat jawa.. ape tah nama sebenar beliau sampai skarang aku tatau.. dah orang duk panggil jawa je.. huhu..

wajah2 konfiden berjalan penuh bangge masuk konvokesyen..

minum pagi.. tea o ngan kueh karipap.. kueh ape tah 1 lagi tu aku bagi kat orang..

bebudak lughah belake.. pas serapan pagi..

"dah dah la begambo tu.. gi beratur sana cepat.. bratur pegang tangan bedua2 cepat.." kata ostat halim ajk disiplin konvo.. "apehal ko tolak aku sorang je? bebudak lain tu ko bior plak? ni tak pueh hati nih.." sungut ostat os didalam hati kecilnya yang tak berapa nak kecil..

beratur menantikan panggilan masuk ke dewan..

setelah masuk kedewan.. semua hadirin dan para masyayikh berdiri mendendangkan asmaul husna.. nama2 Allah yang mulia..

barisan VIP dan masyayikh.. dari kanan.. pengarah program konvo ust syafiq zulakifli.. syeikh Abdun Nabi syeikh aku talaqqi Quran merangkap pensyarah di maahad qiraat syubra.. syeikh Hasan Rajab pengetua maahad qiraat syubra.. syeikh Usamah Said Al-Azhari pensyarah universiti al-azhar.. ramai yang tak tau syeikh Usamah sebenonye asalnye pensyarah kat al-azhar cawangan zagzig.. syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani alim allamah muhaddith yang tak asing lagi dimesir ni.. dan akhir skali presiden PMRAM ust khairul anuar..

nak kate muka gembira masuk konvo.. tak berapa nampak macam gembira pun kan.. [dewan tu sejuk nak meninggal.. rasa nak terkucil kumenahannya disitu..]

barisan graduan dan 'hampir graduan' yang menunggu majlis dimulakan..

barisan pelajar cemerlang dan pemerhati serta pengiring yang hadir..

syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani merasmikan majlis..

syeikh Usamah Said Al-Azhari memberikan kata semangat dan perangsang kepada para graduan untuk terus menuntut ilmu dan mengamalkannya serta bersedia untuk menyampaikannya pada masyarakat..

syeikh Dr Rifaat Fauzi (tengah) hadir sedikit terlewat.. beliau merupakan pensyarah di universiti terbuka amerika.. terkenal dengan kitab Al-Um yang ditahqiqnya sebanyak 11jilid..

syeikh Dr Rifaat Fauzi memberikan ucapan dan kata2 nasihat buat para graduan dan para pelajar cemerlang yang hadir..

banner konvokesyen..

tibalah acara kemuncak.. ni masa sebelum naik ke pentas.. [blakang aku tu namanya ostat aizad.. dia la satu2nya pelajar malaysia yang amik kos bahasa arab dan terjemahan kat al-azhar ni.. mantap2..]

ade ke memula tu dorang tak bagi salam ngan syeikh.. orang nak amik berkat.. aku pedulik hape.. lantakla korang bagi ke tak bagi..

menerima fail daripada Syeikh Hasan Rajab..[cam tak bes je ayatnya.. patutnye menerima skroll kan.. huhu]

pas turun dari pentas.. muka2 separa terpaksa budak lughah yang 'hampir2 graduan'

semua bebudak lughah yang berjubah merah..

aku nengok ade sorang kenal kat situ.. khirwan.. aku main masuk jelaa.. janji dapat tangkap gambo.. ngahaha..

bersama ust Husni setelah selesai majlis penganugerahan..

majlis konvo dah selesai.. sesi begambo kat luo plak.. 2 budak 'hampir graduan' mengapit 3 budak lepasan..

ostat pett yang malu2 kucen tanak tangkap gambo ngan aku pada hari itu.. penat kutarik2 ku ajak2..

akhirnya dapat jugak..

ngan ostat os yang nak balik melesia 2hari lagi..

aku ngan ostat paek yang baru sampai dari melesia.. beliau pun tasfiah jugak tapi tak amik exam aritu sebab ade kat melesia.. dengo2nye beliau najah sebab tak amik exam.. hahaha..

bersama nazrey johani bekas raihan yang datang ke mesir dalam rangka promosinya sebagai duta kamus al-miftah..

sesi petang ada muhadarah ilmiah plak.. syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani mendiskusikan kitab beliau yang bertajuk Raddul mutasyabihat ilal muhkamat fi janib khataminnubuwat..

abis muhadarah begambo lagi.. dewan dah mula clear.. masa ni la nak amik kesempatan kongker dewan ngan pentas.. ngeh3.. ngan ostat sham.. cameraman utama kitorang pada hari itu..

bersama ust azrul.. pelajar cemerlang taun 2 syariah.. orang peghak nih yop..

orang dah tade blehla aku beceramah plak.. merasmikan majlis penutup aku sniri.. haha..

jadi VIP plak.. mengapit bersama ostat aminuddin dengan ostat khirwan ditengah2.. dedua ni budak lepasan nih.. hehe..

mengapit lagi dengan syeikh hakim ditengah2.. pun lepasan al-azhar daripada cawangan tafahna al-asyraf tapi sakin fi mansurah..

dengan ostat fahmi..(bertai) kemboku a.k.a. ajk konvo ni.. bahagian videoman kot sebab aku nengok dia duk rakam majlis ni ngan handycam dia daripada mule majlis..

ngan syeikhuna ust Husni.. dah lama dah grad tapi tak pernah merasa pakai jubah konvo katenye.. silakan syeikh.. sila2.. hehe..

rasanya ramai yang akan pelik bila baca posting ni.. bile masa pulak ana konvo kan.. bukan ke ana ada 2 paper lagi yang tak lepas.. camne leh konvo plak? ngeh3.. haaa.. misteri tuh.. hihihi..

bertarikh 22hb 10 2008 persekutuan melayu republik arab mesir PMRAM telah mengadakan majlis konvokesyen kali ke 16 untuk para lepasan al-azhar yang telah bersungguh2 dalam pelajarannya dan berjaya mendapatkan sekeping ijazah daripada universiti tertua didunia ini..

mesti ade yang pelik camne pulak budak tak lulus lagi pun bleh konvo? ade ke universiti kat dunia ni bleh bagi budak konvo dalam keadaan still ada paper? ade la.. al-azhar la.. hehe.. actualy sebenonye gini.. jangan salah faham plak.. sebenornye pihak universiti al-azhar tak pernah menyediakan majlis konvokesyen untuk khirrijin (graduan) yang dah lulus.. yang menyediakan majlis konvo ni ada 2 pihak je.. yang pertama safarah (kedutaan) malaysia dan yang kedua adalah pihak persatuan pelajar kat sini iaitu PMRAM.. konvo safarah memang kompem untuk bebudak graduan je.. tapi pihak PMRAM ni baik hati sketla dia raikan sama bebudak yang hampir2 najah.. hampir2 graduan.. yang masih menanggung dan menunggu keputusan 2 atau 1 paper.. yang digelar sebagai bebudak tasfiah..

borang daftar konvo mula dikeluarkan seawal sebulan sebelum tarikh majlis diadakan.. diwaktu itu.. kitorang pelajar2 tasfiah (yang baru lepas exam subpaper 2 paper yang kantoi arituh) ni diberi pilihan dan peluang untuk menyertai sama majlis konvokesyen ni.. menjadi satu masalah beso untuk kitorang membuat keputusan dalam keadaan result tasfiah masih belum keluar.. kalo daftar kang tetibe result kantoi jugak.. memang tak syok konvo.. tapi kalo tak daftar kang tetibe rezeki najah plak result memang melepas konvo.. dahla kusza pnyer konvo dulu tak dapat merasa.. takkan ijazah ni pun tak merasa konvo jugak kot.. nak daftar pas result keluar.. ntah2 pas konvo baru kuar result.. [memang pas konvo pun baru kuarnye..] so setelah berfikir ala2 kadir.. kitorang pun daftar jela dengan bayaran sebanyak LE130 untuk jubah konvo.. dengan harapan konon2 najah la.. huhu..

nak dijadikan cerita.. 2minggu sebelum konvo tu ada la makhluk Allah sorang ni.. dia pegi tengok dia pnyer result kat maktab tansik.. tempat penapisan result terakhir kat main kampus sebelum diagihkan semula ke semua cawangan untuk ditampal.. besenye result kat maktab tansik ni betulla macam result sebenar.. makhluk ni dia pegi tengok plak kat situ dan dia mendapati kitorang yang dah daftar konvo ni telahpun kantoi 1 paper dalam pekse tasfiah arituh.. makne kate senang citenye kene extend la staun lagi tunggu 1 paper tuh.. taun depanla baru graduat.. maka tertekanlah kitorang kerana tak dapat nak tarik diri dari menyertai konvo asyan dah bayo LE130.. bila dapat tau plak yang jait jubah konvo kitorang tu ustazah syapikah.. classmate kitorang masa kat kusza dulu.. lagi la tertekan sebab dia dah jait baru dia bagitau.. kalo tak mungkin la ada harapan lagi nak kenselkan pendaftaran tu..

lalu dengan keadaan separuh terpaksa kitorang pun masuk jela konvo tu.. [sayang duit 130 pnye pasal..haha] abesla cite.. maka jadilah kitorang pelajar yang masih belum lulus tapi telahpun konvo.. pelik tapi benar.. hahaha..

[sekarang baru korang tau kan untuk ape kitorang tempah kupiah al-azhar tu.. kalau tak kerana konvo ni takdenye aku nak tempah.. masih belum layak lagi nak sarungkan kupiah dan serban tu atas kepala yang kosong ngan ilmu ni..]

Ape sekalipun yang berlaku.. kuucapkan setinggi kesyukuran kehadratMu ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan selama ini.. alhamdulillah.. :)

There was an error in this gadget