Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Friday, June 26, 2009

Pilihkan Untukku Jalan Hidupku

Posted by The Pamiesz® | Friday, June 26, 2009 | Category: |

Al-Arif Billah Sidi Muhammad bin Nasir Al-Dir'ie rahimahullah (wafat pada 1075H) dalam salah satu bait daripada 71 bait Doa Istighathah yang dikarang oleh beliau ada menyebut:

وخر لنا في سائر الأقوال # واختر لنا في سائر الأفعال
baikkanlah bagi kami akan segala perkataan kami dan pilihkanlah (yang terbaik) bagi kami akan segala perbuatan kami
[bait ke-56 daripada Doa Istighathah]

amat sukarnya membuat keputusan.. ya.. akal makhluk yang dangkal ini kadangkala buntu dan tidak tahu lagi kemana arah untuk memikirkan sesuatu pertimbangan yang baik bagi menghasilkan keputusan yang akan dibuat samada ianya akan menjadi keputusan terbaik yang akan dihasilkan ataupun keputusan yang akan menjadikan sesalan bertapak dan bersarang dalam diri seumur hidupnya insan..

apakah yang telah kita lakukan dimasa silam..?? apakah yang sedang kita lakukan di masa sekarang..?? dan apakah pula yang akan kita lakukan dimasa hadapan..??

maka serahkanlah kepada Allah PENENTU SEGALA TAKDIR untuk menilai sebarang keputusan yang akan kita lakukan.. jika ianya yang terbaik buat kita.. maka mintalah supaya Allah mempermudahkan urusan kita kearahnya.. dan jika ianya buruk bagi kita.. maka mohonlah kepada Allah supaya menjauhkan kita daripada perkara yang buruk serta menenangkan hati kita dan menyulaminya dengan suatu perasaan ketenangan yang dinamakan REDHA..

ya Allah ya Tuhanku.. aku memohon kepada-Mu agar memilihkan untukku jalan terbaik bagi menuju redha dan maghfirah-Mu.. sesungguhnya aku hanyalah insan lemah yang menginginkan pelbagai keinginan dalam kehidupanku namun kadangkala sering membelakangkan-Mu dalam segala urusan hidupku.. hanya Engkau yang berhak menentukan hidupku wahai Allah.. kerana aku.. HANYA SEORANG HAMBA YANG FAQIR KEPADA KEAGUNGANMU YA ALLAH..

tunjukkan kami jalan yang benar dalam memilih persimpangan yang bakal kami lalui dalam kehidupan didunia yang fana ini.. agar kami menuju jalan-Mu yang senantiasa lurus.. Allahu Rabbi Ya Allah.. Ihdinassiratalmutaqim..

Currently have 4 Kata Komenan:

  1. salam.. alhmdlh, bgs2, memberi kesan dan efek mendlm..

  2. ye betul2..blog ko ni mmg salu jadi rujukan le pamie..tp apekan daya skrg aku dah jarang dpt bkak blog..

  3. terima kasih en.Pamien...
    sangat2 mengena dgn hati ini pada saat ketika ini...
    syukran jazilan...
    (^_^)V
    smile in peace!

  4. alhamdulillah..

    perkongsian bersama..peringatan buat diri saya seniri jugak..

    moga2 saya lebih diberi kekuatan untuk membuat artikel yang ilmiah yang tiada repekan seperti ini.. hehe..


Leave a Reply