Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 4, 2009

Tocey Sifoo (Bahagian 3)

Posted by The Pamiesz® | Thursday, June 4, 2009 | Category: |

salam aleik..

hari guru dah sekian lama berlalu.. dah masuk bulan nam dah pon.. tapi posting aku masih berlegar2 disekitar suasana hari guru.. nak menggambarkan bahawasanya betapa ramainye cekgu2 aku dan betapa banyaknye kenangan aku bersama2 orang yang namanya cekgu ni.. bukan nama dalam surat beranak dia Mohamad Cekgu.. bukan jugak masa dia beranak atuk dia bagi dia nama Ahmad Guru.. bukan jugak dalam IC dan paspot dia tertulis nama Khairul Pendidik.. maksudnya title dia la.. seorang guru dan pendidik.. hish korang ni penat la sume bende aku nak kene ajo.. leceh la.. pegi masuk tadika balik lah.. tula dulu orang suh masuk tadika tanak.. dah masuk dajah satu tau plak nak nyusahkan orang suruh ajo tulih huruf kecik.. hahaha..

ALAM PRA-KAMPUS
PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH TELUK INTAN (PUNSU)
2003-2004

selepas tamatnya sesi persekolahan.. aku tak isi masa cuti sekolah aku dengan perkara yang tahpape dan sia2.. aku mendaftarkan diri kat PUNSU yang dipengetuakan oleh Ustaz Wan Azli dalam kursus pra-diploma yang ditawarkan kepada sesape saje yang nak masuk pada ketika itu.. actually PUNSU ni aku dah masuk sejak daripada sekolah menengah lagi.. tapi masa sekolah aku cuma amik pengajian tusen ataupun kursus pendek jer.. kursus bahasa arab masa cuti untuk menambah mantapkan penguasaan qawaid dan bahasa arab.. tapi bila dah abeh SPM.. ada masa yang banyak dan aku amik full-course pra-diploma kat situ.. secara jujurnya kursus2 ini memang banyak membantu aku walaupun yang diajarkan cuma asas dalam qawaid.. iaitu i'rab.. namun pendekatan yang dibawa oleh ustaz2 disini memang banyak mengukuhkan dan mengasah kemahiran aku dalam mengi'rab.. kami diajar untuk mengulang2 i'rab yang sama untuk beberapa kali.. sampai dah naik muak dengan i'rab.. tapi kesannya.. hingga kini aku menggunakan cara yang diajar oleh ustaz2 secara asas dan ianya berkembang dan berkembang lagi seiring dengan perkembangan peringkat pembelajaran aku..

selain itu kami jugak diketika itu diajar dengan beberapa ilmu asas yang lain yang kebanyakannya diambil daripada silibes STAM.. ilmu arudh.. mantiq.. BI.. fiqh.. ade lah semua madah2 STAM tu.. tapi semua secara umum jerlah.. kitab pon potostet kitab budak STAM jer.. ada lagi kitab2 tu sume kat umah aku.. antara beberapa pelajar yang masih aku ingat bersama2 dengan aku diketika itu.. adalah Os.. Amin.. Wildan.. Kemey.. Epoi.. Firdaus.. Gapor.. Khairul.. tak ramai mana.. aku sniri pun tak tau ape yang dorang sume buat skang nih.. moga2 korang sume bahgia dengan kehidupan korang skarang..

tenaga pengajar kat PUNSU jugak taklah ramai mana.. tapi mereka ni dengan sabar dan tekun cuba juga mendidik dan mengajar kami yang beberapa kerat ni tanpa memikirkan tentang pulangan yang mereka dapat.. yelah.. gaji kat PUNSU tu bape sangatlah dapat.. dah student nye pun ade bape kerat jer.. mereka sememangnya seikhlas2 guru dalam dunia nih.. Ustaz Wan Azli sebagai pengetua seniri juga turut mengajar.. Ustaz Najib yang merupakan tenaga pengajar utama disamping jawatan beliau sebagai guru di sekolah Ulum (sekolah pett) mengajar kami dengan sabar.. Ustazah Hasliza yang sedikit garang juga menyayangi dan mendidik kami dengan baik.. walaupun garang.. cara pengajaran beliau sangat mudah difahami oleh pelajar dan kami seronok dengan beliau.. dan terakhir Ustazah Aida yang ketika itu merupakan ustazah paling muda dan paling cun sememangnya disukai oleh semua pelajar dan semua nak amik beliau jadik kakak angkat.. hahaha.. pastu ada sorang lagi ustaz yang mengajar masa short course masa cuti tu aku dah lupe nama beliau.. beliau pun ajor best giler.. apepun jazakumullah khairan kathira atas ilmu yang kalian telah berikan kepada aku hingga menjadikan aku sepertimana aku yang skarang ni.. [sorilah gambo sifoo2 aku ni takde sebab masa tu aku pakai hempon takde kamera lagi.. 33 skupang jer.. mane ade duit banyak cam korang..]

di PUNSU.. kami bukan saja belajar bahkan kami juga diberi peluang mengajar.. beberapa kelas KAFA yang ditubuhkan dibawah PUNSU di beberapa tempat disekitar teluk intan telah diberikan tanggungjawap kepada kami para pelajar untuk mengasah bakat dalam bidang pendidikan.. kami dibahagi2kan dan ditauzi'kan ke cawangan2 KAFA tersebut untuk mengajar.. seingat aku.. Gapor dapat di Kampung Terengganu.. Wildan dapat di Kuarters TNB.. Os dapat kat bandar baru.. Amin dapat kat taman desa bakti.. dan aku diketika itu dapat kat kuarters hospital teluk intan.. antara anak murid yang aku mengajor tu adalah anak kepada cekgu aku seniri kat seri perak iaitu Cikgu Rubiah.. beliau memang bagi harapan kaw2 suh aku didik dan ajor anak beliau.. huhu.. tapi ajor budak2 ni memanglah sangat mencabar.. yang penting kene sabor.. aku rasa aku memang tak sesuai la ngajor budak2 skolah rendah.. pasai aku tak sabor dan mereka sangat degil dan nakal.. biasanya aku main aci kejor je kat dalam kelas.. bukannye mengajor sangat.. sambil pegang rotan aku kejor budak yang nakal dan bisin sampai dapat aku tibai2 ponggong dia.. aku penah pukui budak pakai marker sebab dia bisin sangat sampai nangis2 dia balik repot mak bapak dia.. hahaha.. tapi ada yang teruk lagi daripada aku.. tak tahan sabo sampai cekik budak angkat kat dinding.. separuh mati budak tu.. sape orang itu? mane bleh kabo.. anda tau sape anda.. hahaha..

ni adalah antara anak2 murid aku kat kelas KAFA.. masa ni mengajar kat Kampung Terengganu.. menggantikan Gapor.. budak2 sini memang super degil dan nakal.. hari2 aku rasa nak baling budak2 ni kat luor tingkap.. haha..

nengok abang aji tolong potong kek untuk bebudak.. masa tu ada majlis besday salah sorang budak kat situ..

walau bagaimanapun.. kehidupan aku dengan PUNSU tak lama.. hanya beberapa bulan.. aku terpaksa berenti daripada kursus pra-diploma dan jugak berenti mengajar KAFA kat kuarters hospital.. kerana adanya panggilan yang wajib aku hadiri diketika itu.. panggilan untuk berkhidmat dan berjihad kepada negara.. [konon2nya lahh..] tensen gile aku bile mendapati bahawa aku kene khidmat negara 1st batch masa tuh.. nama yang berjela2 dalam paper masa tu tetibe ade pulak nama aku.. hampehs.. maka berakhirlah hubungan aku dengan PUNSU dan aku pun berangkat ke medan perang di kem khidmat negara air tawar manjung seterusnya di kampus UiTM Shah Alam..

citer pasal khidmat negara nanti2 la aku citer kalo teringat.. aku tak ingat banyak sebab aku takde sekeping pon gambor kenangan kat situ.. ngeh3.. tapi kenangan kat situ memang tetap la aku tak dapat lupe.. len kali la citer.. tak pon tak payah citer pun takpe lah.. mush muhim.. ngeh3.. cumanya aku nak menyampaikan sekalung penghargaan terima kasih buat cekgu aku masa kat PKN tu.. Cikgu Amran.. yang jadik jurulatih kepada platun aku.. platun bape tah aku pon dah tak ingat.. rasanya platun 8.. tak pun platun 354.. ikut suka lah nak bagi nombor ape pun.. haha.. time kasih kat cikgu sebab melatih kami kat situ.. platun aku paling bes sebab budak sume baik2.. dan dalam banyak2 jurulatih kat situ pulak.. cekgu aku lah paling bes dan baik pasal cekgu aku tak gatal raba2 ponggong budak pompuan macam jurulatih2 platun lain.. heheh.. citer pasal PKN ni kalo nak citer.. panjangnyer wat novel pun bole.. punye la panjang citer yang berlaku padahal dalam 3 bulan je dalam latihan tuh.. tapi aku malas lah nak wat novel.. sebab kang jadik best seller plak tak memasal aku jadik pemes.. aku ni kan low profail.. semua orang tak kenal aku kan.. so maleh la nak kejo2 kemasyhuran ni.. dunia jer semua tu.. hihihi..

sekian dulu wat mase nih..
to be continued..

Currently have 4 Kata Komenan:

  1. Salam.

    Itu gambar ustaz masa umur 17? Afsal macam rupa bapak budak?

    Saya masa 17, kecil je rasa. Haha.

  2. Salam ustaz...sy tgk gmbr bdk2 dlm tuh cute je..nmpk baik2 smua hihi...ohh ada cikgu garang smpi cekik anak murid ke..yg kecik2 mcm tuh huhu..tp yela zaman ni jadi guru nak2 guru2 sekolah mmg mencabar..kalau bdk u lain plak perangainya...kt sekolah lbh lagi maklumlah bdk2 dh makin advanced tahap pemikiran dn kelakuan..kena byk bsabar je rasa jd cikgu time nih..tp tulah jd guru nih..nak2 kalau guru2 yg menyampaikan ilmu2 kebaikan dan ikhlas byk pahalanya...All the best.:-)

  3. kauthar:

    biaselah.. matang cepat kan.. hehe..

    kalo tak salah masa tu umur saya 19 atau 20.. masa dah masuk kolej pun masih dipanggil mengajar jugak lagi kat KAFA..

  4. aqua:

    nampak jer baik.. degilnye.. tak terkata.. huhu..

    sapa yang nak jadi pendidik ni memang kene ada bakat dan kesabaran yang tinggi.. bukan barang2 orang bleh jadik guru yang sebenar2 guru dan pendidik..

    betul tu.. yang penting keikhlasan ketika mengajar dan menyampaikan ilmu.. :)


Leave a Reply