Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Friday, June 5, 2009

Syukran Lil Asatizah (Bahagian 4)

Posted by The Pamiesz® | Friday, June 5, 2009 | Category: |

ALAM KAMPUS
KOLEJ UGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN (KUSZA)
UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA (UDM)
2004-2007

logo KUSZA

logo UDM

seperti yang telah direkomenkan dan dipilihkan oleh Ustazah Zakiah.. alhamdulillah rezeki aku dapat sambung belajor ke KUSZA dalam bidang bahasa dan kesusahsebutan arab.. [bahasa dan kesusasteraan arab.. memang jenuh beb nak sebut nama kos aku ni.. haha..] KUSZA ataupun nama barunya UDM.. [taun akhir aku kat KUSZA ia dah dinaikkan taraf daripada kolej ke universiti..] sememangnya banyak meninggalkan kenangan dalam diri aku.. aku apply jugak UPU masa tu.. tapi sebab aku antor borang UPU lepas habes tarikh luput.. maka dengan sukacitanya aku tak mendapat sebarang tawaran daripada mane2 IPTA.. kalo aku tak dapat KUSZA tu.. mungkin sekarang aku hanya juey roti khurasan jer kat depan umah aku.. hehe.. rezeki Allah bagi nak suruh aku dalami lagi ilmu Dia la tuh..

disini aku mula mendalami indahnya bahasa arab kalam Allah.. indahnya bahasa syurga.. bahasa Quran.. bahasa Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa sallam.. mendalami dengan sedalam2nya.. Allahu Akbar.. aku tak dapat nak ucapkan dengan kata2 betapa aku mensyukuri nikmat mempelajari bahasa ini.. aku rasakan sebesar2 nikmat Allah pilih aku untuk berada dalam golongan mereka yang cuba untuk memahami kalam Allah dan sabda Nabi.. syukur ku panjatkan kehadratMu ya Allah kerana memberikanku peluang ini.. walaupun aku tau aku bukanlah alim dan takkan mampu untuk mengetahui segala ilmu-Mu namun cukuplah bagiku pabila Kau memberikanku peluang untuk duduk dan cuba memahami kalam-Mu.. terima kasih Allah..

para pensyarah dan lecturer yang telah mendidik aku di sini sememangnya yang terbaik bagiku.. Allah telah pilih mereka yang benar2 ikhlas untuk menyampaikan ilmu kepada aku.. tiada kata mampu kuucapkan melainkan jutaan terima kasih kepada mereka semua.. hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka semua..

aku mulakan dengan pensyarah madah kos aku.. madah2 yang berkaitan dengan bahasa arab..

logo course bahasa dan kesusasteraan arab (BAHTERA)

Ustaz Azhar bin Yaakob


beliau merupakan pensyarah yang paling banyak mulazamah dengan pelajar kelas aku.. dan juga yang paling aku sayang.. bermula daripada semester 1 beliau mengajar madah Mutalaah Wa Taabir yang berkonsepkan memahami dialog dan perbualan dalam bahasa arab.. semester seterusnya hingga kami tamat semester 6.. beliau mengajar madah Nahu dan Sorof dengan menggunakan kitab Jami' Durus Arabiah dan juga madah Dirasah Nassiah yang ketika itu kami mengambil Syarah Ibnu Aqil sebagai silibes..

beliau seorang yang nampak garang.. berwajah dan bertubuh sasa seperti askar.. [badan tough macam aku jugaklah.. haha..] mempunyai suara yang sangat dalam dan macho.. [macam aku jugaklah.. haha..] suka mengugut.. suka buli budak.. antara perkara yang beliau pernah ugut kelas aku tapi tak penah2 buat sampai habis.. adalah menjunjung kerusi pusing blok.. beliau pernah citer yang beliau pernah buat sungguh2 ugutan junjung kerusi tu pada seorang student perempuan.. student tu tengah mengandung pulak masa tuh.. jadi beliau tanak kejadian tu berulang lagi dan itulah yang menyebabkan sume student berasa takut pada mula2 kelas beliau.. lebih2 lagi student yang datangnya bukan daripada kos aku.. kos aku namanya BAHTERA.. budak kos lain takut la ngan beliau ni.. tapi sape yang dah kenal beliau taulah perangai beliau camne.. beliau sebenarnya seorang yang periang dan lawak.. budak2 kelas aku.. kadang2 takut.. kadang2 wat macam kawan pulak.. heheh..

dengan pengalaman mengajar lebih dari 14 tahun.. bagi aku.. beliau adalah lughawi dan nahwi yang paling alim dalam bidang ini.. terkadang terkeluar jugak ammi mesir daripada mulut beliau yang dah kompemnye akan terbiasa pada lidah mereka2 yang lama belajar kat mesir..

"assalamualaikum ya gamaah.."

"waalaikumussalam.. tergamak ya gamaah.." kami mempermain2kan kalam ustaz.. heheh.. masa tu tak tau pun yang jim dibaca ga tu ammi mesir.. tehehehe..

beliau juga rajin menghabiskan masa di laut.. biasanya bila ada kelas pagi pukul 8.. mesti beliau kontek aku untuk bagitau kelas batal dan ganti kendian.. sebab beliau penat baru balik daripada laut.. aku tetiap pagi yang takde kelas tu.. mesti ada naluri yang mengatakan kelas takde.. lalu dengan selambenye aku tak bangun tido.. bila hempon aku bebunyik dan keluar nama ustaz azhar.. aku pun mendehem2kan suara nak kaver suara baru bangun tido.. konon2 macam aku tengah bersiap2 nak pegi kelas la.. hahaha..

"fahmi.. awak tolong bagitau kawan2 sekelas pagi ni kelas takde.. kita ganti nanti.."
"aah.. ok ust.. nanti saya bagitau dorang.. sedihnye pagi ni takde kelas.."
"ceh.. awak tak bangun tido lagi kan?"
"ehh.. takde lah.. tehehehehe.."

aku rasa ustaz tau jer yang budak2 semua maleh nak pegi kelas pagi2.. sedap tido.. tak payah kabo pun dia bleh kenal suara orang tengah tido ngan orang tengah besiap nak pegi keleh.. hahaha..

ustaz azhar biasa jugak wat kelas ganti waktu malam.. dan aku rase takde student macam aku yang pegi kelas tak ikut undang2 kampus.. dah daripada sekolah lagi aku memang tak suke ikut undang2 skolah.. masuk U dah bebas lagi la.. aku kalo kelas malam pegi kampus masuk kelas pakai kain pelikat jer.. ade la 2 3 ekor makhluk yang sekali ikut perangai aku nih.. antaranya.. nak kabo ker? kabo la ye dak.. mr pett.. bese aku ngan dia lah gi kelas pakai kain pelikat ni.. hahaha.. pegi kelas ke.. pegi mesyuarat ke.. pegi program pape majlis pape kat dewan besar ke.. memang kain pelikat lah menjadi pilihan utama.. kekeke.. memang ramai yang mengerling tajam akan perbuatan kami ni.. tapi almaklumlah budak BAHTERA ni bukan reti bahasa.. bukannye makan saman.. kitorang sume makan nasik jer.. hihi.. dan perangai ni terus menerus berterusan sampaila ada sekali tu ustaz azhar bersuara dalam satu kelas ganti nahu pada waktu malam..

"kita belajar skarang ni kat universiti.. memanglah kita BEBAS.. kelas kita pun BEBAS.. tapi janganlah bagi 'dia' BEBAS sangat.." ustaz azhar memulakan kata sambil menahan ketawa seraya mengerling kearah kain pelikat aku..

satu kelas gelak besor kat aku sebab semua budak BAHTERA memang otak sangat pikap bila berbicara tentang benda yang ada unsur2 macam ni..

"ahhh biar la burung tu nak terbang bebas dalam kain pelikat tuh.. tak baiklah kongkong dia dalam sangkar.. melanggar hak asasi keburungan.. wakakaka.."

bersyukurla aku nak jugak pegi kelas pakai kain pelikat.. daripada aku tak pakai ape2.. lagi la terbang bebas 'dia'.. hahaha.. [hah.. budak2 kecik jangan duk bayang macam2.. tambah2 akhawat.. jangan baca ayat ni.. bahaya.. pangkah blog aku cepat.. jangan baca part ni.. hahaha..]

setat daripada hari itu aku pegi kelas malam pakai seluar.. dah malas nak kene perli lagi.. heheheh..

selain kelas rasmi.. aku bersama 3 orang lagi rakan bahtera iaitu os.. pet.. dan nik ada juga menyusun jadual bertalaqqi kitab di bilik ustaz azhar.. kami berempat sempat bertalaqqi beberapa bahagian daripada kitab Mulakhhas Qawaid Lughah Arabiah.. kitab untuk budak tadika ini dipilih kerana kami nak mulakan daripada asas lah konon2nya.. pengabihnye tak dan habih pun.. huhu..

banyak lagi kenangan bersama beliau yang tak mampu aku sebutkan kat sini namun ianya tetap kekal dalam ingatan dan sanubari aku.. ustaz azhar sangat banyak membantu aku dalam penguasaan nahu melalui cara beliau mengajar dan mendidik kami.. aku amat kagum dengan beliau dan kesungguhan beliau mendidik kami anak2 bahtera.. aku teringin duduk lagi dalam kelas beliau sebagai anak murid dan mendengar pengajaran beliau.. sungguh aku masih teringin.. dan dengar katanya lepas konvokesyen UDM yang bakal berlangsung nanti ni.. beliau nak datang ke mesir untuk cuba sambung semula MoU dengan al-azhar.. wallahu a'lam cerita betul atau tak.. aku pun dengar2 daripada mulut orang jugak.. mustahillah aku dengor daripada mulut ayam kan.. hihi..

nasihat yang pernah beliau berikan kepada pelajar2 bahtera: "jangan bermain api.. kelak terbakar diri yang bakal menyakitkan hati.." mendalam kata2 tuh.. cuba kawan2 hayati sungguh2..

hero2 BAHTERA bersama ustaz azhar [bukan ustaz azhar idrus tau.. hehe..] seusai kelas dirasah nassiah syarh ibn aqil..

kelas malam nahu jami' durus bersama ustaz azhar di Dewan Kuliah Utama (DKU)

Ustazah Zainab binti Abdullah


antara pensyarah legend dan senior dalam bahtera.. dengan pengalaman mengajar lebih daripada 27 tahun.. beliau merupakan guru kami dan juga ibu kami yang kami amat sayang.. pernah mengajar kami madah Adab Islami dan Naqdu Adabi.. madah yang aku dah tak lulus 2x kat mesir ni memang merupakan madah killer bagi setiap pelajar lughah.. terutama yang tak berminat dengan sastera arab macam aku neh.. beliau mengajarkan kami sastera islami dan madah kritikan sastera asas secara tuntas.. pernah sekali taun lepas aku menelepon ustazah dan bertanyakan tentang madah naqdu adabi yang dulu beliau pernah ajar aku dan aku dapat kuasai tapi bila sampai disini aku seakan tertutup mata dan hati untuk berjaya menguasainya secara tuntas sepertimana aku menguasainya di kolej dulu..

"ustazah pun tak dapat nak tolong awak.. apa yang saya ajar awak dulu tu semuanya adalah asas dan kunci untuk awak terus menyelam di bidang ini.. apa yang kita belajar dulu tu semuanya permukaan.. dan awak semua dah sampai tahap dimana awak dah menyelam jauh kedasar.. yang saya ajar awak dulu tu semua umum jer.. yang awak belajar sekarang ni pulak sastera muasarah.. nak tak nak awak kene selam dan amik tau isu semasa dunia sastera mesir.. siapa tokoh2nya.. apa manhaj mereka.. semua tu awak kena selam kalau awak nak betul2 kuasai naqdu adabi di sana.. ustazah mintak maaf lah ustazah memang tak dapat nak bantu apa2.. banyakkan baca majalah2 sastera mesir.. suratkhabar dan sebagainya.."

"ustazah tak payah tolong pape pun ustazah.. ustazah tolong doakan kitorang kat sini pun dah cukup.."

"saya sokmo doakan pelajar2 saya.. insyaAllah berjaya.."

nasihat ustazah kepada pelajar2nya: rebutlah peluang untuk belajar sebaik mungkin.. kerana dengan ilmu pengetahuan kita akan dapat menakluki dunia dan akhirat.. perlu diingat musuh manusia ada 3.. dunianya.. syaitannya.. dan nafsunya.. oleh itu berhati2lah terhadap dunia dan syaitan dengan berzuhud.. hendaklah sentiasa berlawan dengannya dan terhadap nafsu dengan meninggalkan keinginannya.. insyaAllah selamat dunia akhirat..

terima kasih ustazah..

Ustazah Sharifah Hamadiah binti Syed Husin


juga antara pensyarah legend dan senior di KUSZA.. dengan pengalaman mengajar lebih daripada 25 tahun.. beliau yang kami gelar ummi bukan sahaja mengajar.. bahkan sangat banyak mendidik kami.. kerana beliau tahu budak2 lughah adalah pelajar yang paling sedikit belajar mendalami ilmu agama.. mereka lebih banyak melughah dan melagha semata lalu disebabkan itu kurangnya perhatian mereka terhadap ilmu ugama fiqh dan akhlak.. namun dengan adanya pendidik seperti beliau ini.. kami tidak tersasar jauh kerana setiap hari mendengar bebelan beliau yang tidak mahu kami tergelincir dari landasan agama yang sebenar.. beliau pernah mengajar kami madah I'jaz Quran wa Huda Rasul.. namun setiap kali kuliah bersama beliau kami bagaikan mendengar nasihat seorang ibu kepada anaknya tentang cara2 mengharungi kehidupan sebagai orang beragama.. terima kasih ummi.. jasamu tetap kami kenang hingga kini dan selamanya..

Ustaz Engku Ibrahim bin Engku Wok Zin Al-Aydarus


pernah mengajar aku madah Balaghah bahagian tutorial.. sampai sekarang cara pengajaran beliau yang berkesan dan lawak2 beliau masih melekat dalam ingatan aku.. nota2 yang pernah aku talkhiskan semasa pembelajaran dengan beliau aku gunakan sampai sekarang untuk mengajar pulak kawan2 yang mintak aku ajarkan balaghah.. beliau seorang yang pantang dengan seseorang yang duduk mengangkat sebelah kaki dan diletakkan atas peha yang sebelah lagi.. jika didapati ada pelajar yang berbuat demikian dengan pantas mulut beliau menuturkan sambil mengisyaratkan tangan kepada mereka yang berbuat demikian..

"anzil qadamak" (turunkan kaki ngko!)

aku la antara pelajor yang dah terbiasa angkat kaki sebelah dalam keleh dan aku jugaklah yang selalu kene tegur dengan beliau.. huhu.. sori ustaz.. beliau jugak merupakan jurulatih kumpulan debat bahasa arab antara universiti yang aku sertai pada tahun 2006.. selain itu jugak aku pernah juga dilatih oleh Ustaz Hasanuddin, Ustaz Faizol, Ustaz Wan Fajrul Hisham, dan juga Ustazah Shekarma.. mereka ni tak pernah mengajar aku dalam kelas tapi memberikan banyak jasa dan panduan juga dalam penguasaan bahasa arab untuk persediaan masuk debat bahasa arab.. apepun semua tu pengalaman beb.. pengalaman.. walaupun kalah.. aku tetap rasa puas.. heheh.. terima kasih para asatizah semua..

ustaz Wan Fajrul Hisham.. lepasan Universiti Umm Al-Qura Mekah..

Ustazah Shekarma.. lepasan UIA.. sebelum aku kuar daripada KUSZA.. beliau masih menulis tesis master beliau..

debat UDM group B.. masa ni aku jadi pihak pembangkang.. ape bende yang aku bangkang aku pun tak tau.. bangkang makan kueh bengkang sambil terkangkang kot.. hahaha..

masa ni dah kalah dah pun.. duk psycho group lain jer.. hehehe..

kak chik yang nampak jelas muka tensen dan marah sebab asik kene psycho sebelum masuk berdebat.. haha.. sori kak chik.. tersengaja bagi semangat terkaco lebeh.. hehehe..

terima kasih jutaan dan ribuan kepada semua ustaz dan ustazah..

Ustaz Daud Al-Fatani


pernah mengajar madah Tarikh Adab.. salah satu lagi madah yang aku tak minat.. tapi bila belajar ngan beliau.. jadik minat sebab style beliau mengajar style talkhis dan ringkas2.. tak baca nass satu persatu yang biasanya membuatkan aku boring.. beliau jugak banyak menerangkan sejarah melalui cara mind mapping yang akhirnya menjadikan ia seolah2 mudah untuk dikuasai.. beliau jugak merupakan salah seorang juga yang menjadi jurulatih debat aku..

Ustaz Talib bin Abdul Rahman

pernah mengajar aku madah Fiqh Lughah Wal Maajim.. sangat tegas berbahasa arab dalam kelas tanpa mempedulikan bebudak paham atau tak.. biasanya ustaz2 lain mula2 cakap arab jugak.. tapi bila tengok muka budak blur jer macam dah sampai kat langit ketujuh jer ustaz2 pun tukar lah mengajar bahasa campo2 melayu arab.. tapi kalau ustaz Talib ni tak.. beliau tak kire budak wat muka sampai ke planet pluto sekalipun beliau tetap menyampaikan kuliah dalam bahasa arab.. heheh.. beliau jugak mengajar di masjid KUSZA.. mengajar fiqh..

Ustaz Abdul Wahid bin Salleh


beliau pernah mengajar aku kuliah Balaghah.. Ustaz Engku mengajar tutorial.. tapi ustaz wahid mengajar kuliah.. kuliah balaghah seminggu sekali jer.. tu pun beliau wat pukul 8 pagi.. dah la masa tu kuliah beliau sorang je yang ada pada hari tu.. hari lain ada jugak 3 4 kelas sehari.. maka memang rajin sangatlah aku nak pegi kuliah balaghah ni.. tehehehe.. tambahan pulak pertama kali pergi kuliah beliau.. beliau wat pengumuman awal2.. kuliah beliau bebas.. sapa rasa nak datang.. datang la.. sape tanak sudah.. maka dengan adanya lesen beso itu.. aku pun dengan jayanya hanya menghadirkan diri kekuliah balaghah itu pada hari itu sahaja.. itulah kali pertama dan kali terakhirnya kehadiran aku.. hahaha.. maaf yek ustaz wahid.. saya pemalas sikit.. er.. pemalas banyak.. perangai kuat ponteng masa sekolah dulu tak leh buang2 lagi.. hihihi.. beliau jugak pernah jugak jadi jurulatih debat aku jugak.. tapi sekejap jer sebab lepas tu aku tarik diri untuk penyertaan seterusnya untuk berdebat kat serawak.. ade lah atas alasan2 tertentu.. hehe..

Ustazah Noraihan binti Ali

beliau ustazah paling lembut dan sempoi yang pernah mengajar aku.. beliau mengajar kelas aku madah Maqal dan Ta'rikh Islami.. beliau jugak merupakan musyrifah bagi madah Tesis Diploma yang aku dan os buat iaitu tentang "Tashbih dan Majaz dalam Matan Arba'ien Nawawi".. dalam banyak2 musyrif/ah.. beliaulah yang paling sempoi.. ada grup2 lain seminggu 2 3 kali kene jumpa musyrif masing2.. aku ngan os pulak.. hanya 2 3 kali je jumpa beliau sepanjang sem.. selebihnya aku jumpa dengan pintu bilik beliau yang merupakan musyrif gantian.. hahaha.. sebenarnya beliau sangat bz ketika itu kerana anak beliau sering sakit.. jadi beliau sangat jarang2 ada di kampus.. jadi.. segala hasil kerja tesis aku dan os hanya kami selitkan di bawah pintu bilik beliau dan beliau akan amik bawak balik dan chek pabila datang kampus.. pendek kata tak susah mana la urusan tesis aku dulu tuh.. heheh..

Ustaz Sofiyuddin bin Yusof


merupakan ketua program kos BAHTERA zaman aku.. pensyarah lepasan Jordan ini mengajar kami madah Tarikh Adab.. beliau sering wujud menghadirkan dalam aktiviti2 program yang kami buat sebab beliau ketua program jadi kene rajinlah datang rasmi majlis.. hehe.. madah tarikh adab yang beliau ajar ni aku kurang minat.. terkadang aku rasa tensen jugak sebab terlalu banyak yang nak dihafal.. pernah satu ketika masa sebelum periksa aku koyak semua buku tarikh adab aku.. aku tinggalkan mukasurat yang dijangka masuk pekse jer.. yang selebihnya tah kemane pegi.. huhu.. jangan tiru aksi ni.. sebab masa tu aku tengah tak waras.. kot.. ni semua tanda2 budak yang belajar untuk periksa semata.. hehe.. sepatutnya kitab kita kene jaga.. adab dengan ilmu.. mane leh wat cenggitu kan.. tapi tulah.. bila dah tak minat tu.. macam aku duk kabo sebelum ni lah.. cakap la camne pun.. memang payah aku nak bagi minat.. huhu.. tu zaman jahiliyah aku lah.. sekarang dah belajo adab dengan ilmu dah tak wat dah keje2 cenggitu.. hehe..

beliau jugak seorang yang nampaknye macam jenis orang yang tak reti nak marah orang.. [macam aku jugak la neh.. heheh..] bila selesai beliau ajar sesuatu perenggan contohnya.. beliau akan bertanya..

"awak paham ke tak ni?"

biasanya memang kompemlah budak2 tak paham kan.. tapi beliau cekal jugak ulang dan ulang.. sampai satu masa kitorang pun rasa kesian ngan diri kitorang sniri sebab tak paham2 dan kesian jugak kat beliau sebab dah ulang banyak kali.. maka bila keluar je pertanyaan "awak paham ke tak ni?" maka jawapan yang dibagikan hanyalah hanggukan dan jawapan "pahaaaaammm"

bila ditanya pulak ape yang awak paham? sorang pun wat muka macam tak pernah masuk dalam kelas dan tak tau pape.. hahaha..

kebanyakan daripada lecturer2 BAHTERA merupakan lepasan al-azhar mesir.. dan kebanyakannya sempoi2.. standard budak mesir la kan.. sape yang duk sini mesti lebih kurang je perangainye.. heheh.. aku pernah sekali mengagumi mereka kerana berjaya mengharung cabaran belajar dibumi anbiya dan telah pulang mendidik generasi anak bangsa.. dan kini aku sedang duduk mengharungi cabaran yang mereka semua pernah hadapi satu ketika dahulu.. fail paper.. mengulang taun.. berhadapan dan bermuamalah dengan arab yang melecehkan.. segalanya tu sedang aku lalui dengan kegembiraan dihati walau terkadang terasa juga presurenye.. tapi presure tu semua tak terasa langsung walau sekelumit pabila aku memikirkan nikmat peluang mendalami ilmu Allah yang aku dapat pabila berada disini.. Allah.... kekalkanlah perasaan ini dalam hati aku ya Allah.. perasaan berlazat2 dengan ilmu-Mu ya Allah..

selain madah2 lughah.. kos aku jugak telah diajar beberapa madah pengajian islam daripada kos2 lain seperti al-Quran al-Sunnah.. syariah islamiah dan usuluddin.. tapi secara umum je lah.. tak lah amik madah yang membahaskan subjek2 ni secara detail kan..

Fiqh Syafi'e

antara lecturer yang pernah mengajar aku dalam fiqh mazhab syafi'e adalah Ustaz Ibrahim Embong.. Ustaz Shaharuddin.. Ustaz Jamaluddin.. dan Ustazah Zurita.. tak lupa juga aku dan beberapa orang kawan pernah bertalaqqi Matan Abi Syuja' secara khusus di bilik Ustaz Fauzi Yusoh dan juga kitab Tanbih bersama Ustaz Halim beberapa hari dalam seminggu pukul 1 petang kat Dewan Ummu Atiah (DUA).. dan jugak aku pernah join budak short sem yang nak pegi mesir amik madah Hadith Ahkam yang ketika tu diajar oleh Ustaz Tarmizi Taha yang membaca kitab Bulugh Maram.. waktu malam pulak lepas maghrib aku ke surau batu rakit untuk mendengar pengajian Ustaz Tarmizi Taha yang membaca kitab Fiqh Manhaji dan Bidayatul Hidayah kepada orang kampung.. dan kadang2 aku ke masjid KUSZA jugak untuk mendengar pengajian tafsir Ustaz Suhaimi imam masjid KUSZA.. Ustaz Halim mengajar sirah.. Ustaz Asming mengajar aqidah.. dan Ustaz Dr Manam mengajar tasawuf..

Ustaz Jamaluddin.. khirrij Madinah.. bila berjalan laju je.. tadi ada kat blok ni.. tau2 dah ada kat blok seblah.. pakai gerakan sejenak goku gamaknye.. hehehe..

Usul Fiqh

antara yang pernah mengajar aku madah ni adalah Ustaz Fadhil dan Ustaz Saifulding..

Aqidah

antara yang pernah mengajar aku [ayat dah stat sama dah ni.. tanda dah maleh nak taip dah la ni.. hahaha..] dalam madah aqidah ni adalah Ustaz Aqila.. Ustaz Wan Hishamuddin.. Ustaz Zainal.. dan Ustaz Engku Ahmad Zaki.. yang ketika itu menjawat jawatan timbalan ketua dekan sekolah pengajian Islam..

Akhlak

yang mengajar madah ni pulak sorang jer.. Ustazah Saadiah.. madah ni penting untuk budak2 lughah macam kami ni sebab biasanya kami ni kurang beradab dan kurang berakhlak sket.. walaupun duduk dalam kos adab.. tapi nak didik supaya kami jadik beradab tu memang satu kerja yang amat payah bagi mereka yang cuba mendidik kami.. bravo kepada mereka2 yang telah berjaya menjadikan kami manusia yang beradab dan bertamadun.. [dalam bahasa hadith: Bakhin! Bakhin! - bermaksud bravoooo..]

bebudak bahtera beberapa ketul dengan Ustazah Saadiah dengan kete civic TAF444 beliau..

Al-Quran Tajwid dan Hafazan

sepanjang kat KUSZA kitorang kene hafal sejuzuk lebih jer.. tak macam bebudak kolej lain yang mukoror hafal 6 juz.. jadi sebabtu lah bila sampai mesir kitorang kelam kabut sket nak mengabiskan madah Quran yang diwajibkan 8juzuk ala tuull.. madah Al-Quran kitorang diajar oleh Ustaz Tarahim.. tu pun masa sem awal2 jer.. masa sem dah ujung2 aku dan beberapa orang kawan ada jugak mengulang semula menghafal Quran kat bilik Ustaz Tarahim.. beliau boleh dikatakan garang la.. jadi.. kami takut sket ngan beliau maka kami rajin sketlah mengapal.. masa dalam kelas.. beliau suka cakap "bimakna ehh?" menyebabkan lama2.. budak2 ni duk gelar beliau ustaz maknaweh.. haha.. yelah.. masa tu mana kitorang tau tu ammi mesir kan.. pastu ada pulak sorang kawan kitorang ni daripada kos aqso yang namanya zulhafiz.. muka lebih kurang macam ustaz Tarahim maka dengan autometik jugak beliau mendapat nama gelaran maknaweh.. hingga ke hari ini..

selain madah rasmi.. kami ada madah ko-kurikulum untuk diambik.. banyaklah madah yang ditawarkan untuk ko-ku.. biasanya bebudak pilih macam2lah.. khat.. kesatria.. bulan sabit merah.. tapi ada satu madah ni yang takde pon bebudak nak rebut.. clear jer.. madah Tajwid.. budak laki yang daftar masuk kelas ni ramai jugak.. tapi muka yang timbul masa kelas ada la 3 orang.. aku.. zizi.. ngan amin.. muka ni jelah yang mulazamah dengan kelas Ustaz Mat Nor Besar.. beliau ni merupakan pakar Al-Quran.. banyak istifadah yang kami dapat ambil daripada beliau.. kelas kami lebih kepada mengenali dan menganalisa apa2 yang tak difahami dalam Quran.. tak kira samada daripada masalah tajwid..rasm.. ataupun ulum Quran.. tanyakan apa sahaja soalan kepada beliau.. maka beliau akan dengan pantas menyuruh membuka Quran di mukasurat sekian2 pada baris sekian2 dan menerangkan masalah yang ditanyakan.. semua ni dikatakan tanpa beliau melihat Quran.. Allah.. sememangnya Al-Quran dah menjadi sebahagian daripada diri mereka2 yang menghambakan diri kepada Quran.. Allahummaj'alna min ahlil Quran.. amiinn..

semester sebelum itu.. aku juga pernah diajar oleh Ustaz Mizan.. dan Ustaz Halim.. kedua2nya lecturer yang sangat baik dalam kesan pengajaran mereka terhadap pelajar.. juga tak dilupakan.. Ustaz Salam.. juga mengajar tajwid.. tapi tak pernah mengajar aku lah.. cuma rajin lepak2 sembang2 ngan beliau kat kafe blok E..

Ustaz Halim mengajar kitorang tajwid.. muda lagi ustaz ni.. tak silap masa tu umur beliau baru 23.. disebabkan tu ada jugak pelajor2 yang lagi tua daripada beliau.. yang umor 25.. 27.. walau bagaimanapun semua tetap hormat kat beliau..

Ulum Quran

madah ni kami amik dengan Ustaz Abdillah.. beliau suke bertanya soalan kat kitorang yang kengkadang kitorang tak dapat jawab.. yang besnye.. bila kitorang tanya balik apa jawapannya.. beliau cakap.. "ntah.. saya pun tak tau jugak.." haha.. ataupun beliau seniri tanya.. pastu beliau seniri jawap.. "tak tau la kan.."

Ulum Hadith dan Takhrij

aku belajor ilmu mustolah dengan Ustaz Dr Rohaizan.. sebagai tambahan aku sempat jugak belajar beberapa turuq takhrij hadith daripada beliau secara khusus bertalaqqi di bilik beliau bersama beberapa orang kawan.. beliau merupakan ustaz yang enjoy belajar dalam kuliah.. terkadang membuat perkara pelik2 dan membuatkan kami ketawa seperti main2 remote aircond.. main2 lampu projektor suluh2 kat muka budak2.. tepuk meja kuat2 dan cakap "sejukkkk!!!".. bersila kat atas lantai.. dan lain2 lagi yang menyebabkan kitorang semua memang tak tahan dengan muka beliau yang selambe itu.. hehehe..

Hadith

aku belajor Syarah Hadith 40 Imam Nawawi yang dikarang oleh Ustaz Fauzi Hasan dan diajar pulak oleh beliau senirik.. lecturer lepasan Jordan ini pernah cerita beliau datang mesir 3 hari atau seminggu [syak perawi] dan penin kepala sepanjang duk kat mesir dek kerana arab mesir dan memeningkan dan terlalu banyak roadblock yang terdiri daripada taik2 himar disepanjang jalan.. haha.. mula2 aku pelik jugak apa yang dasat sangat arab mesir ni sampai orang yang belajor kat tempat lain penin bila datang sini.. bila dah datang sini.. baru aku rasakan seniri betapa peninnya muamalah dengan arab mesir.. maka tidaklah aku meragukan lagi kepeningan mereka itu.. kekeke..

selain madah rasmi.. aku dan beberapa orang kawan juga pernah bertalaqqi kitab Syarah Jauharah Tauhid bersama beliau samada di bilik beliau.. di surau blok E.. dan juga terkadang di surau pak tuyu.. mana yang dan lah.. kadang2 sampai tengah malam baru habeh..

beliau suka menghabiskan setiap ayat yang beliau cakap dengan bertanya kepada para pelajar.. "fahimtum?" kadang dalam satu kelas sampai berploh2 kali beliau tanye.. tapi tak sempat budak2 jawap pon beliau dah sambung cakap yang lain plak.. aku lah orang yang paling maleh nak mencelah walaupun aku tak paham sepatahabuk pun ape yang beliau cakap.. haha.. tapi kira ok jugak lah sebab bila sampai part2 lawak biasanya aku cepat paham dan aku gelak.. tapi budak lain wat muka toya la pulak sebab tak paham lawak dalam bahse arab yang ustaz buat.. tapi kengkadang aku terasa macam aku yang tersalah paham cerita pulak sebab aku sorang jer yang gelak.. kuat pulak tuh.. huhu..

selain tu aku jugak pernah join beberapa orang sahabat yang mintak baca kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari dengan Ustaz Zahid.. pernah la masuk beberapa kali.. dan lah belajor sikit syarah hadis "Innamal a'malu binniat" tu..

lecturer2 kos Al-Quran Al-Sunnah.. atas dari kanan: Ustaz Tarahim, Ustaz Rohaizan, Ustaz Fauzi Hasan, Ustaz Said, Ustaz Zahid.. bawah dari kanan: Ustaz Abdillah, Ustaz Fatah, Ustaz Shafie, Ustazah Ramlah

Mantiq

aku belajor mantiq dengan Ustaz Razali Musa.. aku minat giler madah ni.. sebab banyak main2 dengan bahasa.. memang bes untuk mereka yang suka putar belit kalam.. haha.. ilmu mantiq ni ilmu alat.. ilmu asas untuk mendalami dan memahami ilmu2 lain dalam bahasa arab.. jadi ianya penting jugaklah kan.. teka lah aku dapat result ape untuk madah ni.. aku dapat A tau.. ngeh3.. tapi skang banyak dah aku lupe.. jadiknyer A tu satu hapah pun tak pekdah kalo ilmu dah belajo tapi lupa.. hohoho..

selain madah pengajian Islam.. ada juga madah2 daripada bidang lain yang kitorang kene amik secara umum.. ada jugak yang secara pilihan (elektif)

Asas Komputer

kod madah ni waktu nak daftar subjek adalah PTM2132.. [puh tak sangke aku ingat lagi.. kakaka..] yang mengajar kelas kitorang adalah Puan Syarilla.. masa aku beraya kat terengganu dan tak balik kampung.. aku pernah beraya kerumah beliau.. beliau dan suami beliau berkenalan semasa sama2 belajor kat US.. tu lah seingat aku.. aku pon memang jadi tumpuan jugak kat dalam kelas kompiter ni sebab aku antara yang terer bab2 mengerobek software ni.. jadi ramaila kengkawan yang mintak tolong dan kengkadang mintak copy assignment.. tapi kengkadang saje aku kedek maleh nak bagi.. hehehe..

bebudak khusyuk mendengar penerangan Puan Syarilla sedangkan aku khusyuk menangkap gambor.. hihihi..

Asas Taqwim dan Ilmu Falak

nama yang pemes mengajar dalam madah ni adalah Encik Baharuddin ataupun lebih dikenali dengan panggilan Encik Baha.. beliau amat terkenal dengan seorang yang amat pantang mendengar bunyi orang patah2kan jari walaupun ketika tersangat lenguh.. beliau boleh sampai tahap membatalkan kelas kalo telinge beliau terdengar bunyi tersebut.. hehe.. ade la sejarahnye nape beliau takleh dengar bunyik tuh.. nak tau gi tanye beliau seniri lah.. selain encik Baha.. aku jugak pernah diajor dalam madah asas taqwim oleh Encik Roslan dan Encik Taufan.. sebenornye aku amik madah ni semata2 nak asah balik skill maths aku yang dah lama tinggal.. sekali aku sedar bahawa aku memang dah takleh blah ngan maths.. kira pakai kalkeleter pun aku dah tak reti.. disebabkan itu sangat banyaklah latihan2 yang terbengkalai dan selalulah aku dikecam kerana tak wat keje.. huhu..

Kenegaraan Malaysia dan Sains Sosial

madah yang mengajor aku erti menjadi rakyat Malaysia yang sebenar.. mengajar jatidiri dan mengenal kemerdekaan.. yang mengajar aku madah ni adalah Encik Che Wan Taqwa.. tapi tang madah sains sosial tu aku syak samada yang mengajarnya adalah Che Wan ataupun Encik Baha.. tapi tak kesahlah kan.. kedua2nya datang daripada Sekolah Pengajian Umum.. sebab tu la jadik bolok plak ingatan aku nih.. dah bercampor2.. kalo kengkawan ingat secara taakid nanti bagitau la aku ek.. heheh..

Bahasa Inggeris

antara yang pernah mengajor aku adalah Madam Azizah Endut.. Madam Nik Nurmi dan Sir Daud.. aku bleh kate terer la jugak bahse inggeris ni sebab sokmo duk kelas 1st kan.. tapi bebudak dalam kelas aku tu memang aku lah paling corot sebab rata2nya semua budak TESL yang spiking english dah takde langsung bunyik melayu.. aku rasa bila dorang cakap omputih.. omputih pun tak paham sebab sleng dorang terlampau keenglishan.. hahaha.. aku pernah jugak amek MUET in case nak sambung amek degree dalam negara arituh kan.. tapi disebabkan aku pegi mesir maka MUET aku tu sepatahjadah takde berpaedah.. tapi maleh nak bangge la kan result aku tu beberapa kangkang biawak jer lagi markahnye nak band 4.. actualy aku target masa tu nak band 18.. tapi.. orang kata.. bersyukurlah kan.. berpada2 dengan apa yang ada.. apa yang takde jangan diminta2.. hahaha..

Madam Nik Nurmi.. masa beliau mengandung beliau garang gile.. muke macam singe nak makan KFC jer.. hohoho.. tapi bila dah beranak.. ok jer baik lemah lembut jer macam bini aku.. [bini aku sape pulak ha?]

Sir Daud.. muka macam mat salleh kan? memang ye dah pon.. tak payah macam2 dah la..

Islam dan Pendidikan

akhir sekali.. madah elektif yang diambik dan menjadi rebutan ramai.. madah yang diajar oleh Puan Norizan ni sememangnye best dan disukai ramai.. banyak informasi2 dan fakta2 serta percambahan minda yang dibawa oleh beliau.. cara beliau mengajar yang begitu bersemangat membuatkan pelajar2 turut sama bersemangat untuk bermunaqasyah dan memberikan pendapat dan mengasah bakat bercakap dikhalayak ramai dalam kuliah.. aku? aku senyap jer.. pasal aku pemalu kan.. sape tak kenal aku.. mane reti nak becakap depan khalayak ramai.. bercakap ngan roomate aku pun aku pakai purdah.. hahaha.. suami Puan Norizan orang Perak.. ate sekampung le kite iye.. hehe..

aku tau korang pun dah boring baca biografi latar belakang pendidikan aku bersama semua cekgu2 aku ni kan.. tapi aku tak kesah.. lantak korang la nak cakap ape.. yang penting aku wat semua ni.. aku pahatkan nama mereka semua ni kat blog takdelah tujuan lainnye.. hanyalah sekadar untuk melahirkan dan meluahkan perasaan [macam nak confess becinta plak.. haha..] betapa aku berterima kasih kepada mereka semua yang telah menyumbatkan ilmu kedalam kepala hotak aku ni sampai la aku boleh berada pada kedudukan aku sekarang.. [padahal takde kedudukan hape pun lagi.. tapi aku anggap kedudukan aku ni dah tinggi dah la.. bahkan sangat tinggi disisi agama.. iaitulah sebagai talibul ilm.. penuntut ilmu yang menuntut dijalan-Nya..]

tiada kata mampu kututurkan kepada semua nama yang terpahat diatas melainkan "jazakumullahu khairan jaza" hanya Allah sahaja yang berhak dan mampu membalas jasa2 kalian kepada aku dan kepada semua anak didik kalian yang lainnya.. aku hanya mampu mendoakan kalian hidup sejahtera dan dipermudahkan segala urusan didunia mahupun diakhirat kelak.. dikurniakan keberkatan dalam hidup dan moga2 ilmu yang kalian manfaatkan dan sebarkan itu menjadi hujah dan pembantu kalian ketika menghadapi alam kubur dan alam akhirat kelak.. terima kasih guruku.. pensyarahku.. lecturerku.. all of you are the best! i will not forget our memories.. [kenangan jelah yang aku takkan lupe.. tapi ilmu2 yang kalian dah pernah ajor memang banyak sangat dah la yang aku terlupa.. huhuhu..] mintak maaf yer segala salah silap selama mana aku menjadik pelajar kalian semua.. doakan aku juga berjaya dunia dan akhirat..

kepada mereka2 yang aku tak sebutkan nama.. berkemungkinan aku terlupa disebabkan lemahnya ingatan aku dan ini adalah normal sebagai manusia biasa.. akan tetapi janganlah kalian bersedih hati kerana jasa kalian tetap terpahat dalam buku amalan kalian yang telah dicatat oleh malaikat untuk diberikan ganjaran oleh Allah Subhanahu Wa Taala jika kalian benar2 ikhlas dalam mendidik anak bangsa.. kalian tetap guru aku haqiqatan walau siapa pun kalian.. kebaikan yang kalian ajarkan insyaAllah akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah.. barakAllahu fikum ajma'in..

terima kasih daun keladi.. ada umur jumpa lagi..

Dewan Kuliah Utama (DKU)

Dewan Besar Al-Muktafi Billah Shah (DABS)

Bahtera Student Batch 2004-2007

takde to be continued dah.. aku tau korang dah boring baca sejarah idop aku dan cekgu2 aku.. lepas ni aku wat artikel lain pulak.. lepeh ni pun maleh dah aku tulih panjang2.. aku tulih pendek2 je.. kome jangan riso lah oke.. lepas ni kome tak penat dah baca oke..

selamat periksa syafawi Quran untuk aku sniri dan geng2 kalghari zagzig pada 10haribulan ni.. tak lama dah.. 5 hari jer lagi.. ngulang Quran tu.. jangan duk ingat blog jer..

ah satu lagi.. nak mintak korang tolong doakan aku cepat sehat.. korang baik dan alim lagi daripada aku.. tok wali ni biasanya doa Allah cepat makbulkan.. doakan aku yer.. aku demam ni.. batuk dan selsema.. paneh bebenor skang ni.. dengo2 kata suhu mesir skarang ni 80 darjah celcius.. patut pun darah aku ni macam nak mengelegak jer.. meleleh2 jer ingos aku kat ateh keyboard ni.. sian kat amin duk lap ingus aku sokmo kat keyboard tetiap kali dia nak stat taip blog dia.. hahaha.. [eee.. awak ni pengotor la.. bencii la kat awak.. benciiiiii.. pegi main jauh2 lah.. pegiiiii.. saya tak sukeee.. benciiii...]

tataaaa~
wassalam

Rujukan artikel:

1. Fail No 3476534 daripada maktabah otak kiri dan medula oblongata si pamie
2. Majalah Al-Ilham Bahtera Edisi ke-12 a.k.a majalah tak siap dan tak berapa nak menjadi
3. Kitab Hikayat 8000 Repekan karangan Tan Sri Prof Madya Dato Dr Haji Umrah Solat Puasa Zakat Mengucap Muhammad Fahmi bin Mohamed Amin
4. Journal pesakit tanjung rambutan yang lari daripada hospital dengan menggunakan cara sebijik sepertimana michael skopil melarikan diri dari fox river
5. Buku hutang 555 kedai runcit pakcik harun
6. Software maktabah dolalah ciptaan obamaktiringko
7. Buku doremon jilid 3 cetakan darul yaban
8. Kitab yang tak ditulis dimana2 dan tak dijual dimana2 yang dikarang oleh takde sape2

Currently have 7 Kata Komenan:

  1. woi, aku ahli bait ko, knl x?? lame x jumpe ko, ko pe crt skng?? lame betui kite x jumpe kan, terharu aku bace posting ko, kejap gelak,kejap aku nangis,sbb stiap kali ko nak posting ko mesti tny aku pe ha name ustad ni, pe ha?? aku x tau nak cakap pe dah,sbb skang ko kat sebelh aku jer...tapi rujukan2 ko tu mmg mantop la,siqah lak tu,nnt aku nak pinjam tau buat kenangan....

  2. woih.. takde keje ke? duduk seblah2 pun nak komen ke?

    satu jer perkataan aku nak bagi kat ko.. pertama sebab aku nak buat2 tak kenal ko.. alangkan nama2 ustaz aku pun banyak aku terlupe.. inikan lagi nama ahli bait aku sniri.. name ko ape ha? nanti bagitau aku tau.. aku tunggu sebelah ko nih.. jangan balik dulu daripada cc ni..

    perkataan aku nak bagi kat ko tu adalah:

    bunguk!

    dah sah takde keje.. dah2 pi balik umah makan sup ayam lokman masak tuh.. tak lapo ke?

  3. Salam Perjuangan.. Blog anda bagus dan penuh manfaat.. Bagaimana informasi untuk mendaftar Magister di University Darul Iman Malaysia? saya dari indonesia. Kalau ada Mukafaah (beasiswa) untuk belajar di sana mohon indormasinya.
    Terimakasih..

  4. xngaku bks ahli bet... says:

    rindu beb kat diorang sume ...rase nak blik ke pntai timur kmbali..:P tp nape name aku ade dlm list pkai kain plekat tu, aku mane reti pkai kain dol...bkn aku dulu sllu pkai skirt je ke ?? haha

  5. Salam mie,,

    Aku adala masa Ustaz Azhar sindir pakai kain pelekat tu..hahahah..kan aku join kelas mu malam tuh..best gile la ko tulis..teringat balik kat guru-guru kita..guru mu tu guru aku juga..nanti aku nak curi la gambar ke isi ke..nak masuk blog aku..

    Mie tunggu kita lak balik jadi lecturer kat sana..amacam?

  6. Sila jenguk-jenguk ye...

  7. bleh tlong ulaskn tntg ilmu lughah dan maajim tak...sya bru bljar thunni...sya tak brapa fham...sya plajar thun 1 sem 2...


Leave a Reply