Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Friday, June 12, 2009
salam..
kejadian yang menimpa sahabat medic kita daripada Universiti Kaherah mendenyutkan nadi di jari ini untuk menulis sedikit berkenaan satu perkara yang kita sememangnya senantiasa lupa..
sememangnya..
النسيان طبع الإنسان
(( Lupa itu adalah tabiat semulajadi manusia ))
(( Lupa itu adalah tabiat semulajadi manusia ))
sadaqa Rasulullah.. sangatlah benarnya apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam ini.. manusia memang mudah lupa tak kira sama ada beliau itu melayu yang mudah lupa mahupun cina ataupun india ataupun benggali ataupun apa sahaja bangsa dan agama tetaplah selagimana namanya manusia itu memang dihiasi dengan sifat pelupa.. khilaf daripada binatang yang walaupun lupa ataupun tak lupa mereka tetap dengan kehidupan mereka seperti itu dan tidak menjejaskan alam.. adapun manusia sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini yang ditaklifkan untuk diuji sementara masa didunia ini.. kelupaan mereka itu kadangkala merosakkan alam tak kira samada alam kehidupan mereka sendiri mahupun alam sekitar yang mereka tumpang untuk menjalani peperiksaan kehidupan mereka itu..
lupa yang bagaimanakah yang manusia sering lakukan? samada ianya satu perkara yang dilupakan secara tidak sengaja ataupun lupa yang sengaja [buat2 lupa]..
ada sesetengah perkara yang manusia tidak mahu melupakannya akan tetapi tetap terkadang tak diingati.. inilah lupa yang diertikan sebagai tabiat manusia.. seperti contohnya tarikh2 penting seperti hari jadi orang yang teristimewa.. tarikh temuduga atau meeting yang penting juga terkadang manusia terlupakannya secara tidak sengaja.. temujanji dengan seseorang juga terkadang terlupa dek kerana mungkin terlalu sibuk mengingati atau melakukan perkara lain.. terlalu asyik atau terlalu khusyuk.. dan sebagainya dan banyak lagilah faktor2 yang akan menyebabkan biasanya manusia ini lupa akan sesuatu..
ada juga sesetengah perkara lagi.. manusia sering sahaja mengingatinya dalam benak pemikiran mereka akan tetapi mereka tidak mahu mengingatinya ataupun lebih tepat kita katakan sengaja tidak mahu mengingatinya dek kerana sebab2 tertentu.. mungkin juga kerana perkara yang diingati itu sangat dibenci olehnya hinggakan dia tidak mahu mengingatinya lalu melupakannya.. mungkin juga perkara itu merupakan perkara yang tidak berapa penting bagi mereka lalu mereka melupakannya.. begitu juga mungkin kerana perkara itu tidak memberikan sebarang keuntungan kepada mereka jika mereka mengingatinya dan mengambil ihtimam atau mengambil cakne terhadap perkara tersebut.. seperti contoh memori atau kenangan silam yang hitam dan gelap yang kita tidak suka untuk ingati.. maka kita akan sengaja buat2 lupa bahkan terkadang bersungguh pula kita cuba untuk melupakannya.. dan ada satu lagi perkara yang kita nak bincang hari ini yang kebanyakan daripada kita tidak ingat.. sering lupa.. dan banyak juga yang sengaja melupakannya.. iaitulah KEMATIAN...
ramai dikalangan manusia yang tidak mahu mengingati akan kematian.. mengingati mati merupakan sesuatu perkara yang amat besar nilainya yang kebanyakan daripada manusia tidak nampak apakah nilaiannya.. tambahan lagilah pada mereka yang tidak mempercayai adanya hari kebangkitan dan tidak mempercayai adanya kehidupan selepas kematian.. namun bagi kita sebagai umat Islam.. kita ada satu keimanan yang besar yang perlu kita pegang kukuh iaitu berdasarkan satu prinsip yang agung..
"HIDUPNYA KITA DI DUNIA INI ADALAH UNTUK MATI"
ini merupakan satu prinsip kehidupan yang patut ditanamkan dan dipasakkan kukuh dalam hati sanubari setiap insan.. hadirnya kita dan semua makhluk yang lain ke dalam dunia ini hanyalah sebagai satu tempat persinggahan untuk kita menyelesaikan urusan transit kita di suatu tempat yang namanya "dunia".. kita diberi beberapa tugasan.. assignment.. tesis.. dalam beberapa subjek untuk menentukan darjat dan tahap kita samada cemerlang.. atau sekadar lulus.. ataupun gagal nauzubillah dalam peperiksaan yang telahpun Allah sediakan untuk kita sementara kehidupan kita didunia ini.. untuk menentukan darjat dan mencapai tahap dan kedudukan yang tinggi di tempat kita yang kekal abadi.. alam akhirat kelak.. samada tempat kita disyurga atau neraka.. samada di syurga yang paling tinggi jannatul firdaus bersama para Anbiya dan syuhada kita akan duduk.. ataupun dalam seburuk2 tempat neraka jahannam kita akan duduk bersama puak2 yang ingkar dan kufur kepada Allah Subhanahu Wa Taala.. wal'iyazubillah..
apakah maknanya kita hidup untuk mati? syarah kepada prinsip tersebut adalah sebenarnya kita hidup ni adalah untuk menyediakan bekalan untuk mati.. itulah tugasan kita yang paling besar dalam kehidupan didunia ini.. ramai yang culas.. ramai yang alpa.. dan terpesona dengan nikmat dunia yang berbau seperti kekal dan sangat membahagiakan namun mencelakakan hakikatnya dihujung kehidupan.. nikmat sebenar iaitu kematian tidak kita sedari bahkan terkadang kita membenci.. dek kerana kita tidak berusaha langsung untuk bersedia menempuhnya.. itulah yang terjadi sehinggakan akhirnya kematian itu dibenci oleh manusia dan dijadikan salah satu daripada perkara yang sengaja dilupakan oleh manusia kerana mereka tidak mahu mengingatinya kerana kurangnya persediaan mereka untuk menempuhnya..
mahu melawan takdir? lupakan.. semua manusia memang akan mati.. gunalah sihir kebal macamana pun.. pakailah jin sekuat mana pun.. Allah akan tetap dengan janji-Nya..
Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna akan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
[Ali Imran:185]
[Ali Imran:185]
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, Maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, Kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan"
[Al-Jum'ah:8]
[Al-Jum'ah:8]
sesiapa yang berpegang sungguh2 dengan janji Allah.. mereka tidak akan nampak dunia ini melainkan tiada nilaiannya langsung walau senilai sebelah kepak nyamuk sekalipun.. sesiapa yang mengejar dunia dengan bersungguh2 seolah2 mereka tidak merasakan kematian itu akan mereka hadapi.. maka itulah orang paling bodoh dan bangang kerana mereka hanya bersungguh dalam perkara yang akan hancur dan pergi suatu hari nanti.. dan barangsiapa yang lari dari kematian pula.. mereka hanya melakukan percubaan yang sia2 kerana akhirnya malaikat maut akan pasti datang jua menjemput mereka.. tak percaya? sah korang terpedaya ngan citer final destination..
sebaiknya kita hidup dalam dunia yang sementara.. ambillah dunia sekadar keperluannya sahaja.. jangan jadikan diri kita hamba kepada dunia sebaliknya jadikanlah dunia itu hamba kita yang kita mampu kawal.. jadikanlah dunia itu ada pada telapak tangan kita dan janganlah kita terpedaya dan tertipu hingga menjadikan dunia kekal dalam hati kita..
Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali rahimahullahu taala seorang ahli sufi yang agung dalam kitab beliau Mukhtasar Ihya' Ulumiddin yang telah diringkaskan oleh beliau sendiri daripada kitab beliau yang sangat agung iaitu Ihya 'Ulumiddin.. beliau berkata bahawasanya mengingati kematian ini adalah perkara yang sangat jarang kita dapati dikalangan manusia.. kerana pabila manusia mengingati kematian mereka akan membencinya dan ini dapat menambahkan ketakutan mereka kepada Allah Taala dan menjadikan mereka bertaubat daripada segala perbuatan yang tidak sepatutnya mereka lakukan.. mengingati mati ini juga merupakan kunci kepada kesempurnaan taubat.. adapun bencikan kematian itu dirasai adalah kerana kurangnya persediaan manusia untuk menghadapinya.. bukanlah kerana bencinya mereka untuk bertemu Allah.. bahkan benci kepada kematian kerana kurangnya persediaan ini tidaklah termasuk dalam benci yang mazmum (dikeji).. maka berdasarkan kepada kurangnya persediaan ini mereka melalui kehidupan dengan membuat persediaan dan meletakkan bertemu dengan Allah sebagai matlamat.. adapun mereka yang telah mencapai maqam Al-Arif mereka akan senantiasa mengingati kematian setiap masa setiap saat kerana kuatnya rindu mereka untuk bertemu Allah..
sepertimana yang diriwayatkan daripada Huzaifah RA ketikamana datang kepada beliau akan kematian: beliau berkata: Ya Allah Ya Tuhanku.. sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya kefakiran itu lebih aku suka berbanding kekayaan.. kesakitan itu lebih aku senangi berbanding kesihatan.. kematian itu lebih aku sayangi berbanding kehidupan.. maka permudahkanlah aku untuk menghadapi kematian hingga aku dapat bertemu dengan-Mu ya Allah..
dan peringkat ataupun martabat yang paling tinggi dalam mengingati mati adalah: menyerahkan segala urusan kepada Allah Tabaraka Wa Taala.. mereka tidak memilih untuk diri mereka sendiri samada untuk mati atau untuk hidup.. kecintaan dalam diri mereka telah sampai ke peringkat terakhir iaitu ke maqam taslim (menerima dengan lapang dan tenang) menjadikan mereka tidak memilih untuk diri mereka untuk mati atau untuk hidup melainkan menerima apa sahaja yang dipilih oleh Tuhan mereka untuk mereka.. Allah.. indahnya jika kita dapat didik hati kita untuk sampai ke maqam taslim ni kan.. ya Allah ya Tuhan kami.. kurniakan kami perasaan redha terhadap-Mu ya Allah.. amin..
Al-Imam Hujjatul Islam berpesan lagi.. bagaimanakah caranya untuk kita mengingati mati?
sebaik2 manusia adalah yang menyibukkan HATI mereka dengan mengingati mati.. ia perlulah diingati didalam hati.. tidak perlu dizahirkan dan ditunjukkan kesan2 terhadap ingatan itu dengan anggota zahir..
sangatlah benar apa yang dikatakan oleh beliau.. mati ini sesuatu yang amat ditakuti oleh kebanyakan manusia.. jika kita senantiasa mengingati mati dan menzahirkannya pula dalam kehidupan kita seharian.. dikhuatiri kita akan jadi manusia yang murung dan tidak proaktif dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.. kita akan putus harapan untuk hidup dan duduk di tikar sembahyang 98jam tanpa menghiraukan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi.. ini tidak benar.. kita tak boleh meninggalkan langsung dunia.. jika 164jam kita beribadat sehari.. banyak tanggungjawab yang akan terabai.. makan minum anak isteri tidak diperduli lagi.. nafkah dan pekerjaan tidak diusahakan lagi.. ini semua tanggapan yang salah tentang mengingati kematian.. maka beramallah dengan apa yang diajarkan oleh Hujjatul Islam Al-Ghazali.. hati kita tetap senantiasa mengingati mati dan zahir anggota pula kita tetap berurusan dan bermuamalah sepertimana kita seorang manusia.. itulah sebaik2 manusia yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali.. moga kita tergolong dalam sebaik2 manusia yang dikatakan oleh beliau.. amin..
kita takkan tahu bila Allah akan jemput kita.. jadi.. senantiasalah cuba menambah amalan kita sedikit demi sedikit.. semampu yang kita boleh.. sememangnya bukan amalan yang menjadi sebab untuk kita masuk syurga.. tapi kita perlu berpegang dengan asbab kerana amalan itu merupakan asbab kepada berjayanya hisab kita diakhirat kelak.. yang penting kita beramal dan senantiasa berdoa agar Allah senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita hingga dimasukkan kita kedalam Syurga-Nya bersama para Anbiya.. ameen ya rabb..
kesedihan terhadap kematian sememangnya perkara yang kita tidak mampu nak elak.. kita sebagai manusia yang normal yang dihiasi dengan perasaan sedih.. sememangnya akan merasa sedih pabila orang yang kita sayang terutamanya pergi terlebih dahulu meninggalkan kita.. namun.. kita yang masih hidup ni tidaklah sepatutnya membiarkan rasa sedih itu menguasai diri hingga kita terlupa yang kita sendiri masih hidup dan mempunyai baki nyawa yang kita tidak tahu bila akan berakhir pula.. yang sudah pergi menemui Allah tu.. Allah lebih menyayangi mereka.. perjuangan mereka di dunia yang sementara ni dah pun berakhir.. tinggal menunggu masa untuk dihisab kelak.. kita yang masih bernafas ni? kene bersedia sebab satu hari nanti pon kita akan ikut jejak langkah mereka.. doa kita pada mereka yang dah pergi dan juga pada kita nanti agar dikumpulkan dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh.. yang pergi tetap pergi.. hidup kita mesti juga diteruskan dengan tabah hingga sampai masa kita yang dah Allah tetapkan.. jangan putus2 doa hingga nafas kita berakhir terutama kepada anak2 kerana doa anak2 untuk ibu bapanya akan sampai kepada mereka walaupun mereka sudah berada didalam kubur.. moga kita jadi anak yang melapangkan hati ibu bapa walau hidup mereka walau mati mereka..
bila aku dah mati nanti.. aku harap blog ni dapat bagi manfaat pada seluruh umat Islam didunia.. moga2 setiap apa yang aku cuba sampaikan kepada semua pembaca diberi balasan ganjaran dan saham untuk aku diakhirat kelak.. kerana setiap ilmu yang kita sampaikan kepada orang lain.. selagimana diamalkan oleh orang ianya akan berterusan saham dan pahala untuk kita.. aku harap blog ni dapat jadi bursa saham yang besar untuk jadi pembantu aku diakhirat kelak.. insyaAllah..
hari ni hari Jumaat.. jangan lupe baca surah kahfi.. banyakkan zikir kita dan selawat keatas Baginda.. dah cuti dah skang ni.. pekse dah habeh jangan duduk saje.. jom kejar masyayikh.. lepas solat jumaat ni ada pengajian kitab Muwatta' Imam Malik.. Syamail Muhammadiah.. ngan Hikam Ibn Ato'illah bersama Syeikhuna Yusri Rusydi Al-Hasani di masjid Al-Asyraf di Muqattam.. jangan lepas peluang kita untuk duduk dalam majlis yang dinaungi oleh sayap2 malaikat ni..
pengajian Sahih Bukhari bersama Syeikh Yusri di masjid Al-Azhar setiap hari sabtu pukul 11.30 pagi.. sekarang ni syeikh mensyarahkan hadis no 2820 dalam kitabul jihad.. jilid 2.. (besok ni.. pegi jangan tak pegi.. takkan nak tunggu kene pakse kene pukul kayu besbol kat buntut baru nak pegi.. ikhlas2kanla sikit hati tu.. oke..)
aku suke dengo nasyid daripada Al-Afaasi ni bila terkenangkan tentang kematian.. cuba hayati sungguh2 lirik nasyid ini.. ianya akan mengingatkan kita tentang siapa diri kita sebenarnya.. hanyalah sekadar tanah.. dan akan kembali jua kepada tanah..
isilah masa yang singkat sementara didunia ni dengan menambahkan ilmu.. moga kita dikurniakan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) pabila kita berhadapan dengan maut kelak.. amin ya rabbal alamin..
senyum sokmo~
(^_^)
senyum sokmo~
(^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salamu'alaik... Ana rasa, dlm byk2 N3 nta...ni la yang ana paling suke... Pinjam ayat skit...berkongsi...