Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 2, 2008

Mereka Telah Memerdekakan.. Kita Bagaimana?

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, September 2, 2008 | Category: |

salam sume rakyat malaysia..
hari merdeka sudah pun lepas kemarin.. apsal lak ana wat posting merdeka lambat? sukatila blog ana.. bile2 ana nak tulih ape2 pun bior ana ah.. haha..

orang len semua duk sebuk citer pasal merdeka.. ana nak citer jugak ke? perlu ke agak2nye? bebuih2 mulut citer pasal sejarah kemerdekaan tapi pernah ke rakyat malaysia ni amik iktibar dan sedar tentang erti kemerdekaan ni? kalau cite pun agak2nye sekadar baca ajela.. pastu buat jugak kejahilan dan kejahiliyahan yang tak menampakkan pun yang negara dah merdeka.. jadi.. malehla nak cite pasal merdeka.. sekian dimaklumkan..

apepun syukur kehadrat Allah kerana telah menyelamatkan malaysia daripada dijajah oleh penjajah.. dengan sorotan perjuangan daripada para ulama dan tokoh pejuang kemerdekaan mereka berjuang bermati2an untuk mendapatkan secebis kebebasan.. dengan kuasa Allah yang Maha Esa melalui perantaraan juhudnya para pejuang ini kita dapat merasakan ketenangan yang kita rasakan kini.. alhamdulillah ku bersyukur padaMu ya Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini..

sepatutnya sebuah negara yang merdeka mempunyai kebebasan.. seorang hamba jika ia dibebaskan oleh tuannya maka ia berhak menentukan hala tuju hidupnya sendiri tanpa dikawal oleh tuannya.. malaysia juga sebagai sebuah negara yang merdeka sepatutnya bebas daripada anasir2 yang tidak sepatutnya ada pada sebuah negara yang merdeka.. jadi.. mari kita soroti apakah pasir2 anasir tersebut..

ANASIR 1
bebas daripada pemikiran sekular

"agama agama punye hal la.. apehal nak masuk campur ngan kehidupan seharian kita.. tak semayang tak semestinya takleh berjaya kan? ramai je orang tak smayang elok je jadik orang kaye raya hidup bahagia.. kenapa kene puasa? buat letih badan je.. aku dahla tak smayang kalau puase pun bukan dapat ape.. lapo perut je.. kita ni kalau tak makan macamane nak dapat tenage nak bekerja majukan negara? zakat? sorila beb.. penat2 aku keje kumpui duit bejuta2 tetibe senang2 nak bagi 4 5 ratus ribu kat orang pree2.. nak duit keje seniri la kederat ade.. kenapa nak masuk camporkan hal agama dalam politik? takde kaitan la.. hukuman undang2 yang dah ade skang ni pun ok what.. jenayah pun bekurang.. nampak efektif.. nak pakai hudud watpe.. pakai tudung dah tak relevan la skang ni.. akhawat2 kita skang dah mampu menyaingi lelaki dalam kerjaya.. jadi nyusahkan dorang la semua bende2 ni.." ini antara kata2 golongan sekular yang memisahkan agama suku2 dengan hal2 kehidupan.. kepada golongan ini.. ade 4 perkataan khusus untuk korang.. PALE HOTAK NGKORANG BEJAMBOL! bole blah ngan sekular.. merdeka ape namenye kalau pemikiran same je macam penjajah.. taknakkan Islam berkembang..

ANASIR 2
bebas daripada terikut2 fesyen barat dan yahudi

"name pun merdeka.. kita dah bebas kan.. so bebasla kita nak pakai ape2pun.. tak pakai apa2 pun sapa nak larang kan.. bebas beb.. rambut itam pe barang syeikh.. skang sume layan kaler pelangi je.. tepi mau kasik botak.. punk not dead la.. i pempuan tapi i nak isap rokok.. u sebok ape.. sytle gini la baru up-to-date.. baru la betul ngan erti kemerdekaan kita ni.. kebebasan yang sebenar.." kepada golongan ni pulak.. diharapkan dapatla menghantukkan kepala anda sendiri pada pintu bilik kebal sehingga anda sedar yang anda kurang siuman.. kita ada pakaian yang menepati adat ketimuran dan juga paling penting menepati syariat Islam.. apekehalla yang duk sebuk nak ikut fesyen barat yang sekali pandang macam langsuyor dua kali pandang macam kuntilanak tu.. yang laki dah tak nampak macam laki.. yang pempuan dah rupe macam laki.. merdeka ape namenye kalau identiti kita sniri pun kita rosakkan dengan meniru identiti penjajah..

ANASIR 3
bebas daripada jahiliah moden

kalau arab jahiliyah dulu suke berhibur ngan gundik2 pempuannye.. dengan araknye.. dengan pestanya.. skang pun lebih kuang camtu je.. cume moden sikit la.. campak sbijik bola kat stadium.. bape ribu orang tak smayang.. campak sorang artis kat stadium.. bape puluh ribu yang becampur gaul laki pempuan wat maksiat.. hanya hal2 keseronokan diperbincangkan sedangkan sahabat2 mujahidin kita yang sedang bersusah payah di palestin sane tu tak penah diamik tau pun.. mereka saudara seaqidah kita yang sedang memperjuangkan mempertaruhkan nyawa demi menuntut sebuah kemerdekaan kita biarkan sahaja dan kita di malaysia boleh pulak bersenang lenang bersukaria dengan jahiliah moden..

ANASIR 4
bebas daripada kejahilan dalam beragama

para pendakwah sepatutnya diberikan peluang yang lebih meluas untuk menyebarkan dakwah.. tidaklah sepatutnya jalan mereka itu disekat2 kerana kejahilan dan kebodohan masyarakat berpunca daripada tidak sampainya ilmu yang tersimpan dalam dada2 ulama yang mana mereka itu senantiasa bersiap siaga untuk menaburkannya kepada masyarakat agar mereka lebih memahami erti beragama.. namun akibat disekat penyebaran ilmu baik dari jalan media.. jalan ceramah.. juga ekonomi mereka.. dan dari apa2 jua jalan.. konflik dalam pengurusan masjid sendiri.. konflik politik.. menyebabkan masyarakat yang hakikatnya mahukan kefaqihan itu tak dapat apa yang mereka mahukan.. akibatnya.. tanggunglah kebodohan masyarakat yang berpunca disebabkan oleh tangan mereka sendiri yang menghalang kebebasan pendakwah dalam menjalankan amanah Allah itu..

ANASIR 5
bebas daripada pasir2 yang memasuki mata

semakin lama kita semakin tak nampak realiti yang berlaku dalam masyarakat.. bagaikan mata kita dilitupi oleh pasir dan habuk yang mengaburi penglihatan mata kasar dan mata hati kita.. mende2 baik dan juga orang2 yang ingin melakukan kebaikan dianggap sebagai gharib dan pelik.. manakala maksiat dan kejahatan didewa2kan pula serta tidak dianggap asing lagi dalam masyarakat.. berserban dan berjubah ditengah bandar akan menarik mata2 sinis disekeliling sedangkan yang berpakaian separuh bogel menjadi adat kebiasaan pulak.. remaja remaji dewasa dewasi yang tak bercouple dianggap kolot dan tak laku serta dipinggir dan disisihkan.. sedangkan pasangan yang meraba2 ditepi pantai itu pula dikatakan melakukan aktiviti petang yang menyehatkan badan.. adehla.. dah merdeka pun masih buta.. buta mata hati daripada membezakan yang mana baik dan yang mana buruk..

apepun kita patut kembali menilai sejauh mana erti kemerdekaan yang hakiki.. kemerdekaan yang sebenar bukanlah sekadar berarak berkumpul bersambut bersukaria namun penghayatannya tiada.. maksiat masih berleluasa.. hukum Islam masih belum terlaksana.. pemikiran masih terbelenggu dibawah jajahan penjajah.. kemerdekaan negara sudahpun diperjuangkan oleh ulama dan tokoh2 terdahulu.. kerja mereka sudahpun selesai dan telahpun menampakkan hasilnya dengan nikmat yang kita kecapi selama 51tahun ini.. sekarang giliran kita pula untuk membebaskan negara kita dengan memerdekakan sepenuhnya negara malaysia tercinta daripada penguasaan anasir pemikiran penjajah yang terus menerus mahu mencucuk jarum2 halus agar kita alpa dan lalai terhadap jalan perjuangan.. moga2 Allah merahmati dan melindungi malaysia tercinta.. ameen ya Rabbal alamin..

Currently have 2 Kata Komenan:

  1. betoi,betoi.. betoi belaka ape yg ustz kate tu.. ini lah kerja yg sedng pendakwah2 skrg nga lakukan,tuk merdekakn org islam dr anasir2 yg trsebut..
    tp xde dbantunye mrk malah dipersenda pulak mrk..
    (dsbbkn xde sape komen lg, maka ana merajinkn diri tuk brkata2 sket huhu)

  2. ehehe..rajin btol cik nabila kita ni mengomen.. btoi3.. [btoikan jela walaupun tak tau apenye yang betoi.. ngeh3..]


Leave a Reply

There was an error in this gadget