Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, September 28, 2008

Kad Raya Dari Pamiesz Untuk Semua

Posted by The Pamiesz® | Sunday, September 28, 2008 | Category: |

salam lebaran pada semua..
demi membalas jasa baik mereka2 yang telahpun memberi kad raya pada ana.. jua tak dilupai yang memberi kad pengenalan mereka pada encik polis untuk disaman.. jua tidak ketinggalan yang telahpun memberi kad atm mereka pada mesin atm untuk ditelan.. jua tidak disisihkan pada yang telahpun memberi kad laporan pelajaran pada mak bapak untuk disain.. jua tidak dipulaukan pada yang telah memberi kad poker pada cekgu disiplin untuk dirampas.. jua tidak ditinggalkan pada yang telah memberi kad matrik pada pak gad untuk daftar motosikal.. jua pada sesiapa jelah yang berkaitan dalam memberi pelbagai jenis kad pada pelbagai jenis pihak.. [takde kene mengene pun sume tu..hahaha..]

ana dengan sukacitanya menyusun jari telunjuk di pemetik mouse untuk mendesign sedikit kad menggunakan "kedaigambo" CS3 middle-east edition bagi menghasilkan sekeping kad elektronik yang simple pimple ni supaya kawan2 sahabat handai khususnya para bloggers yang setia melawat page ana yang entahapehape nih rasa terharu biru mendapat kad daripada ana.. ngeh3.. terimalah kad yang ala-ala kadir ni daripada ana yang humble ni.. selamat hari raya ana ucapkan pada semua.. nak tulis nama korang satu2 kat kad tu banyak sangat la pulak.. tak kesah la tuh.. yang penting.. u know who u are.. anda tahu siapa anda dihati saya.. :) sebagai penghargaan khas buat anda semua.. terimalah.. kad raya dari Pamiesz.. dengan ucapan.. selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin.. [actualy zahir je.. kita tak pernah buat hubungan batin kan? haha.. :P]

*Ku berdendang di perantauan.. lalalalaaalalaa~~


bagi yang mahu menjadikan kad raya ni sebagai wallpaper komputer atau laptop.. bolehlah berbuat demikian dengan mengeclick kad diatas ni.. bile dia dah bersaiz beso silalah menekan butang mouse kanan anda seterusnya 'save image as' dan simpanlah kat mane2 kat pc ngkorang tuh dan setlah as wallpaper.. senang kan?

bagi yang mahu menampalkan kad raya ini di merata2 tempat pula seperti friendster ke myspace ke hi5 ke gardenia ke mane2 ikut suke korang la kalau teringin.. bolela berbuat demikian dengan mengopi html code kat bawah ni lalu tampalkanlah ianya tanpa menggunakan gam.. mudah kan?



Currently have 18 Kata Komenan:

  1. Wlp teknologi dah canggih..leh gntr e-card (ana hntr flash..hihi..), tapi bile tibe kad raye..sume suke lg yg manual..care lame.. So, baik hntq kat rumah ana..hihi.. ;-)

  2. Lor..dok buat bende ni yg shout-out ym "doing photoshop"..lame nye..hihi...

  3. uih..yang doing potoshop tu lain..yang tu ana kene design buku prospektus program sebanyak 30 helai..huhu..kad ni kejab je ana wat.. beberapa jam je..hehe..

  4. ngape takbleh maap batin plak. kalo tersinggung teremokan orang, bkan kira salah batin ke tu. zahir kalo terbelasah orang. kan? ngeh2

    nak amik kad tu gak

  5. yela yela bole la bole la.. kire batin la tuh.. hehehe..

    silekan2..kad tu memang dibuat untuk diambik.. :)

  6. Assalammualaikum...
    Salam Aidilfitri juga dari Tanah Melayu kepada Tuan..

    Maaf Zahir dan Batin

    http://almukminun.blogspot.com/

  7. Salam akhi..syukran bg kad raya tu...1st tem ana dpt kad raya ni dr blogger..tq2

    Selamat hari raya...

    Raya nanti mai la tanta..

    Mahap jahir bating no :P

  8. This comment has been removed by the author.

  9. Salam akhi..syukran bg kad raya tu...1st tem ana dpt kad raya ni dr blogger..tq2

    Selamat hari raya...

    Raya nanti mai la tanta..

    Mahap jahir bating no :P

  10. wah!! dpt kad raya dari my fav. blogger... x sangka betul adik pamie ingat gak kat akak... terharunya, huk..huk... comel tul kad raya tu!! tima kasih byk2... Pamie, Selamat Beraya di perantauan & bergembiralah selalu dlm apa pun keadaan... teruskan berkarya... akak selalu trnanti2 rapekkan pamie...

  11. camat ari raya
    akhir nye dpt kad raya pertama thn ni hoho
    owh saye nk blk tluk intan raya ni
    nnti sy kem slm kat umh awk ek hehe

  12. selamat hari raya. maaf dzohir batin. selamt bercutiiiiiiii! esok ku kerja lagi huhuhu.

  13. kad anda ana dah ambil lalu sudah ditampal diblog.. (serius ni)
    sbb org lain sume amek kad dgn hepi2..ana nak bersikap lain sket harap maklum.

  14. to paan:
    slamat ari raye jugee..insyaAllah nanti aku datang raya umah ko kat tonto..masak sesedap tau..hehe..

    to sasha:
    tengkiu beri mac kak..slamat ari raya wat akak sefamily..jangan ternanti repeksan saya sampai termerepek2 dalam mimpi sudahlaa..hehehe..

    to haziqah:
    waa...kurindu kampung halamanku ituu..jangan lupe kem salam kat pagar umah saya tau..[padahal umah saya takde pagar..haha]

    to ad3ck:
    salam aidifitri..takpe..bekerje untuk masyarakat dihariraya itu satu kerjaan yang mulia..hehehe..

    to cikbella:
    takpe..raya2 ni jangan sedih2..mari kita bergumbiraa..[walaupun penat kene tag banyak kali..hahaha]

    slamat ari raya sumeee~

  15. salam syeikh...

    syukran utk kad raya tuh...

    cantik (^_^)

  16. nnti saya bubuh kad ni di blog saya ya..

    Tahun ni dilanda tidak kerajinan untuk membuat kad balasan. Apa pun, selamat hari raya

  17. selamat ari raya....wahhh come kad raya..awat tak tlg buatkan untuk ana sekali...hehhe,maae zahir batin.gomg xi gong xi, eid said

  18. to irsyad:
    salam..tengkiu2..hihi

    to xara:
    tengkiu jugak..hihi..takpe..tak rajin bab tu takkan efek apa2 pada kehidupan..hehe..

    to zul:
    us zul tu mantap gi kalu design.. master of potosop le katekan.. ana ni beginner je.. hehe..


Leave a Reply