Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Friday, September 18, 2009

Faktor Ketidakmeriahan Hari Raya Saya

Posted by The Pamiesz® | Friday, September 18, 2009 | Category: , |

selamat hari raya..

bole tak kalau entri kali ni saya just nak wish 3words tu jer? bole je kalo ikut hukum akal.. tapi kalo ikut hukum adat saya.. rasa2nya takleh.. tulih posting yang 'saaaaaangat panjang' camtuh saje rasa tak lengkap idop.. hehe..

saya merasakan kehadiran syawal pada tahun ini amat berbeza suasananya dengan tahun2 yang sebelum ini.. saya tidak merasakan kemeriahan dan keghairahan untuk menyambutnya.. bagaikan tiada apa2 yang akan berlaku pabila masuknya syawal nanti.. ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang telah saya cuba kaji dan fikirkan..

faktor pertama : pemergian ramadhan [sob..sob..]

hari2 terakhir dalam ramadhan sememangnya mengundang kesedihan dalam diri.. pabila dimuhasabah kembali amalan saya sepanjang ramadhan ni rasa2nya tak layak lagi untuk saya mendapat apa yang Allah janjikan.. namun saya tetap mengharap dengan sebenar2 harapan agar saya tergolong dalam golongan yang mendapat rahmah didalam fatrah awal ramadhan.. mendapat maghfirah dalam fatrah pertengahan ramadhan.. dan juga mendapat kemerdekaan sebenar daripada api neraka jahannam dalam fatrah terakhir ramadhan ini.. amiin ya Allah.. dan saya yakin inilah yang juga diharapkan oleh kita semua termasuk pembaca2 blog saya yang dihormati sekalian.. moga2 Allah menerima segala amalan kita walaupun ianya tidaklah setara dengan amalan para ulama para wali dan para anbiya.. ya Allah ya Tuhan kami.. berikanlah kami peluang untuk bertemu dengan ramadhan tahun2 yang akan datang.. dalam keadaan amal ibadah yang kami akan lakukan lebih baik dari tahun ini dan tahun2 yang sudah.. makbulkanlah permintaan kami hamba2Mu yang hina ini wahai Tuhan sekalian alam..

faktor kedua : umur yang telah tua kueh bangka

saya tak pasti samada suasana yang berbeza ataupun umur saya yang telah tua yang menyebabkan saya tidak merasakan kemeriahan menyambut hari raya seperti tahun2 yang sebelum ini.. mungkin sewaktu kecil saya lebih seronok berhari raya kerana di hari raya semua orang berseronok.. dan biasanya budak2 kecik tak memikirkan ape2 masalah yang berat2 seperti "kat mana nak sorok meriam buluh tanak bagi kantoi" ataupun "umah pakcik mane yang kita nak serbu yang mana beliau akan memberi kita duit raya sorang seploh henshin (seploh hengget la tuh)" ataupun "kat umah sape yang ada kueh mamacarries yang boleh kita makan gula dia aje tanpa memakan biskut dibawahnya" ataupun "pakcik polis mane yang kita bleh buat tokan untuk dapatkan stok mercun dan bunge api" ataupun macam2 lagilah masalah ummat yang berat2 yang tak terdaya untuk difikirkan walaupun dibuat mesyuarat secara syura oleh ahli2 jemaah kanak2 tersebut..

faktor ketiga : masih kalcer syok

mungkin saya masih lagi kalcer syok kerana menyangka yang tahun ini saya masih akan bersolat hari raya bersama kawan2 di stadium zagzig ataupun di suq sayyarat.. saya masih merindui makanan berbuka puasa yang disediakan free oleh cook door yang terpaksa diambil secara beratur dan berebut2 di masjid ibadurrahman.. saya masih teringat akan hari raya pertama yang diisi dengan aktiviti ziarah yang paling memberangsangkan iaitu menziarahi katil masing2 dan hanya meninggalkan mereka untuk bangun menunaikan solat [lama ziarah tuu.. almaklumle katil tu sakit kronik.. kene lame la temankan dia.. hahaha] serta kenangan memasak rendang yang akhirnya menjadi tomyam.. [punye hebat iron chef.. nak masak lain jadi lain..]

nasib bek takde FRU yang cuba menenangkan keadaan budak2 wafid ni dengan menyembur asid sitrik kepada mereka2 yang nak amek hagah cook door..

rendang 'tomyam' zagzig.. sapa mau resepi bayo rm500 kat aku.. hahaha..

usai solat hari raya di stadium zagzig.. budak2 arab ni mabuk sket.. tersalah event.. diorang ingat 1 syawal tu tarikh start piala dunia kat mesir kot..

faktor keempat : dah tak ditanggung bahkan menanggung

saya masih tak dapat terima hakikat yang tahun ini saya sudah tidak boleh menerima duit raya bahkan terpaksa mentauzi3kan (mengagihkan) duit gaji saya yang tak seberapa ini untuk dijadikan duit raya kepada 16 orang anak buah ataupun lebeh dikenali dengan panggilan anak menakan dalam bahasa utara.. sepanjang hidup saya sebelum ini ditanggung oleh pihak berwajib akan tetapi kini saya pula secara tentibe menjadi pihak berwajib yang wajib menanggung diri saya seniri dan jua segala keperluan2 seperti sara hidup makan dan minum kencing dan berak.. segala bil2 telepon dan jugak strimix.. dan saya jugak masih tak sedor diri yang saya sudahpun mempunyai seekor tanggungan iaitu sebuah kambing yang sentiasa mintak makanan dan minuman yang mahal2 di restoran2 terkemuka seperti petronas shell dan mobil.. itu tidak termasuk kos membetulkan alignment kaki kamben tersebut dan menukor minyak itam serta timing belt dan segala ape yang diperlukan oleh isi perut kamben tersebut.. kamben biasa2 jer pun tapi demand lebeh.. hari2 nak kene terajang.. huh.. itu belum ade bini lagi beb.. kalo ade bini rasa2nya saya dah berpakaiankan kotak tv jer kot.. bengkrap.. bengkrap.. hahaha..

kamben mini jer.. itu jer yang mampu.. nak wat camne.. [mampu tengok jerlaa..haha]

aksi pakcik spiderman TM memanjat umah..

lagi aksi pakcik spiderman TM.. kali ni memanjat tiang telepon pulak.. kesian dia bersusah payah.. awan guling ade tanak gune..

faktor kelima : takde zouq nak membeli belah barang2 raye

dah 2 taun keberadaan saya kat mesir tanpa sebarang baju raya.. saya dah terbiasa.. baju itu2 ajelah yang saya pakai.. kalau ade pertambahan pon daripada segala tabaruk yang orang bagi pabila mereka mahu pulang ke malaysia dan tidak mahu membawa banyak pakaian pulang kerana dah oberweight.. makanya tahun ini saya langsung takde nafsu nak membeli baju2 raya yang dibuat sale di sane sini.. selipar hampir putus yang saya pakai berjalan berploh riban kilometer setiap hari dimesir itulah yang masih saya gunakan hingga kini.. itupun saya mengambil keputusan untuk beli baru hanya setelah mengalami beberapa ploh kali tergelincir di lantai2 yang basah kerana tapak kasut yang telah lama arwah.. nasib bek pandai cover dan blom pernah jatuh tegolek lagi.. tak sia2 masa kecik2 dulu saya masuk pertandingan nasyid.. apa kaitannye ye? [itupun blum terbeli2 lagik sliper baru nye.. agak2 nak tunggu sampai termenceburkan diri dalam parit kot baru nak beli..]

faktor keenam : fear faktor

dahlah saya dah takde idea.. janganla pakse2 saya nak tulih panjang2.. saya nanges kang.. awak nak pujuk?

anyway bos dah bagi saya green lite dan kuasa penuh untuk menentukan saya nak bukak kedai ke tak waktu malam.. yang pasti.. malam sebelum 1 syawal tu saya memang akan bukak kedai.. sekian dimaklumkan..

selamat hari raya saya ucapkan kepada semua bloggers followers dan pembaca setia tak kirelah pembaca tegar mahupun tidak.. maap ler takde kad raya untuk anda semua.. [kad raya pun takde makanya duit raya pon jangan harapla nak dapat.. haha..] saya tak rajin nak ngadap pc semenjak dua menjak ni.. lepas format haritu photoshop pun tak sempat nak install..

hepi eid mubarak..

maila jenguk2 saya ziarah saya dirumah.. pintu umah saya sentiasa tertutup kalo saya tido.. hahaha.. pintu umah saya sentiasa terbukak.. pabila saya bukakkan la.. kalo tebukak sokmo kang pencuri masuk pulak.. kalo nak datang habaq la buleh gak saya masak2kan ape yang patut.. tapi saya rasa saya akan masak benda2 yang tak patut kot.. seperti contoh memasak kopok double deker di kedai runcit.. membancuhkan air masak.. menghidangkan senyuman.. dan mengucapkan kepada anda ketika kaki kanan anda melangkah masuk kerumah saya dengan ucapan istimewa "vila nak valik?" hahahaha..

awak ingat saya sekejam itu ke?

datang jangan tak datang tau..

hari raya saya akan jadi meriah dengan adanya anda semua sebagai penyeri hidup saya.. :)

bawak duit raya banyak2 untuk saya tau..

maaf zahir batin atas segala keterlanjuran kata samada keluar daripada mulut busuk ni ataupun kata2 yang keluar daripada jari yang menaip keyboard nih..

ape2 hal jangan simpan dalam hati yer..

terlebih terkurang mohon yaa ampuuuuunnn..

selamat hari raya aidilfitri..

kullu am wa antum bikhair..

kullu sanah wentum toyyibin..

sila klik pada gambar dan 'save picture as' untuk menyimpan gambar ni sebagai wallpaper anda.. [anggap jelah ni kad raya daripada aku.. hehe..]

Currently have 5 Kata Komenan:

  1. assalaamu'alaikum...

    mie..

    selamat berpuasa...selamat hari raya...maaf zahir dan batin...

    terlebih sakat..terlebih kata...terlebih sms...teman minta maaf banyak2 yer...

    terima kasih tolong kami beli kitab2..terlebih terkurang...teman minta dihalalkan yer...

    sekian terima kasih...

    yang beno

    AB - ipoh - jumaat

  2. slamat hari raya ostat pamie..
    ~Maaf Zahir Batin~

  3. aik..kate proton saga 1985 yg dirasmikan oleh pm ketike itu di jambatan pulau pinang yg bernilai rm1k-2k??ok la ni..asal leh gerak suda..

    ucakpang raye..nk ucap tym raye..huh

  4. selamat hari raya..ya ustaz fahmi..
    raya kt mn2 pon sama je..huhuu..
    k, kuih ry kt kdai tuh klu xabes, bg free je kt ptelggn..dpt pahala..hiihih...

  5. betul la. hamba pun merasakan yang sama.

    salam


Leave a Reply

There was an error in this gadget