Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Wednesday, September 30, 2009
Peserta Biro Raya Negara (BRN) Kem Teluk Intan
salamun aleikum..
inilah dia rupa2 jejaka2 macho yang menyertai kem biro raya negara teluk intan harituh.. [sesukahati jer aku buh nama kem ala2 birotatanegara.. padahal konvoi beraya jer pon.. tetibe kait ngan kem plak.. haha..] beberapa buah kamben dan spisis gurun yang len telah digunakan dalam siri konvoi ini termasuklah perdana viva wira myvi saga dan bmw 7series yang dibawak oleh salah sorang daripada kami.. dalam mimpi lah.. hahaha..
sangat menggamit kenangan pabila kita bertemu kembali dengan sahabat2 yang telah lama kita tak jumpa dan melihat perubahan yang banyak yang berlaku pada diri setiap seorang daripada kita.. tak lama lagi memasing kendong anak pulak.. aih.. manusia mengembang.. ada yang berubah.. ada yang kekal sama.. ada yang macam tak matang2 jer.. [aku la tuh..hahaha] apepun.. kita semua tetap sahabat selama2nya dan ukhwah ni takkan terputus hingga ke akhir hayat.. kalo korang kawen jangan tak jemput aku tau.. kecik pankreas aku.. datang tak datang len cite yang penting jemput.. kekeke..
besok my 1st day as a teacher.. sekolah menengah khir johari.. sungai sumun.. aih budak2.. kome nak belajo ape sok ngan aku? aku ajo cara2 buat blog jelah nak? hahaha..
moga2 niat suci saya untuk mendidik anak bangsa diberkati Allah dan dipermudahkan olehNya untuk saya menyampaikan ilmu dan dipermudahkan jua mereka yang mendengar itu untuk memahaminya dan mengamalkannya agar suatu hari nanti mereka dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan agama dan negara.. ameen ya rabbal alameen..
Tuesday, September 29, 2009
Edisi 1Raya : Keluarga Didahulukan Ampun Maaf Diutamakan
salam aleik..
dah lama rasanya tak menulis sesuatu yang memberi faedah yang sangat banyak kepada para pembaca.. asik2 upload gambor2 yang ntahape2 pastu wat caption merepek2.. haih.. bila agaknya kargo kitab2 aku yang kat mesir tu nak sampai kat umah nih.. aku dah rindu sangat dengan kitab2 yang menyebabkan rak aku melengkung tuh.. [rasa cam tetibe je masuk isi tak kene.. tadi cite pasal caption gambo.. tetibe masuk cite kitab.. sape sunting blog ni hahhh? hahaha..]
tazkirah kat masjid taqwa dah bermula kembali selepas bercuti raya selama seminggu.. sok subuh nak baca bab ape plak ek.. any idea?
sebelom saya tido dan berehat saya ingin menyambung lagi edisi raya yang tertangguh disebabkan kete baru yang encik hafizi tu dapat tadi..
satu fakta menarik.. pagi hari raya saya diserikan dengan semua adik beradik yang berkumpul dirumah.. akan tetapi malangnya saya tidak beraya sangat bersama mereka.. sebaliknya sejak subuh raya itu lagi saya beraya sakan dengan someone special.. beliau adalah encik jamban.. [someone eh menatang nih..] hampir berpuluh2 kali saya membuat appoinment dengan beliau.. sejak pagi itu disambung pulak lagi selepas solat hari raya.. mebawak kepada waktu petang senjakala.. memang sungguh seronok hari raya saya bertemankan cirit birit yang amat menggirangkan hati sanubari ini..
___________________
udah2 ler dulu kot.. ngantuk dah nih.. besok2 pulak la nak gambo lain pulak lagi..
tatatititutu~
pose 6 saya baru masuk hari ketiga.. anda bagaimana?
blah la pijit.. dah dapat kete baru senyap jer.. blagak gile.. camni ke member.. haram nak dikabo member lain nih.. dah ade kete baru tu.. bawak la jenjalan teluk batik sepam dua.. hahahaha..
Sabar Itu Separuh Daripada Tengok Shaolin Soccer
cerita malam ini.. edisi raya terpaksa ditangguhkan untuk memberi sedikit laluan kepada berita yang baru sahaja berlaku malam tadi..
TELUK INTAN, 29 september - 5orang mangsa yang telah dicabul perut mereka oleh salah sebuah kedai makan disini sebentar tadi telah melahirkan rasa kesal kerana penantian oder itu bagi mereka satu kesabaran yang tidak memberi manfaat bagi perut mereka. mereka merasa sedih dan kecewa dengan sikap segelintir udang yang hanya duduk dalam mi bandung mangkuk meja orang sebelah. mengapakah mi bandung, telur bungkus, char kotiau dan makanan2 lain yang dioder mereka tidak sampai2 setelah hampir 1jam setengah mereka menanti dengan penuh kesabaran? jawapan ini hanya ada pada tokey kedai yang mengambik oder dengan pantas namun meninggal ditempat kejadian. iaitulah meninggalkan nota order tu ditempat yang tak sepatutnya. makanya citer shaolin soccer lakonan stepen chau yang menjadi penyeri hati mereka tanpa disedari ditonton dengan khusyuk dalam keadaan perut mendendangkan lagu shiaolin kungfu zhe chan hoo yeyy. hinggalah tamat citer itu.
__________________________
setelah memasing masuk kete dan bersetuju serta ijma para fuhkahak ini semua telah pon dibuat untuk semua pegi cari kedei makan lain untuk mengisi perut yang dah macam hape punye lapo.. maka tempat yang dipilih adalah restoran shameema begam gulam rasul.. akhirnya semua pon bergembira kerana dapat makan.. they pon live happily ever after..
hari ni saya interview job pegawai pemakan biskut.. kekeke.. doa2kan saya yer..
jangan lupe mulakan hari anda dengan zikrullah dan serikanlah ia sepanjang hari dengan senantiasa mengingati Allah.. :)