Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Friday, June 26, 2009
Pilihkan Untukku Jalan Hidupku
Al-Arif Billah Sidi Muhammad bin Nasir Al-Dir'ie rahimahullah (wafat pada 1075H) dalam salah satu bait daripada 71 bait Doa Istighathah yang dikarang oleh beliau ada menyebut:
baikkanlah bagi kami akan segala perkataan kami dan pilihkanlah (yang terbaik) bagi kami akan segala perbuatan kami
[bait ke-56 daripada Doa Istighathah]
amat sukarnya membuat keputusan.. ya.. akal makhluk yang dangkal ini kadangkala buntu dan tidak tahu lagi kemana arah untuk memikirkan sesuatu pertimbangan yang baik bagi menghasilkan keputusan yang akan dibuat samada ianya akan menjadi keputusan terbaik yang akan dihasilkan ataupun keputusan yang akan menjadikan sesalan bertapak dan bersarang dalam diri seumur hidupnya insan..
maka serahkanlah kepada Allah PENENTU SEGALA TAKDIR untuk menilai sebarang keputusan yang akan kita lakukan.. jika ianya yang terbaik buat kita.. maka mintalah supaya Allah mempermudahkan urusan kita kearahnya.. dan jika ianya buruk bagi kita.. maka mohonlah kepada Allah supaya menjauhkan kita daripada perkara yang buruk serta menenangkan hati kita dan menyulaminya dengan suatu perasaan ketenangan yang dinamakan REDHA..
ya Allah ya Tuhanku.. aku memohon kepada-Mu agar memilihkan untukku jalan terbaik bagi menuju redha dan maghfirah-Mu.. sesungguhnya aku hanyalah insan lemah yang menginginkan pelbagai keinginan dalam kehidupanku namun kadangkala sering membelakangkan-Mu dalam segala urusan hidupku.. hanya Engkau yang berhak menentukan hidupku wahai Allah.. kerana aku.. HANYA SEORANG HAMBA YANG FAQIR KEPADA KEAGUNGANMU YA ALLAH..
Thursday, June 25, 2009
Damietta : Kami Jarang Berlari Selalunya Kami Melompat
salam musim panas untuk semua..
saye pon tak tau lah budak2 ni sebenarnya tengah bercuti berjaulah ataupun tengah buang tebiat.. dorang ni memang kat mana2 pun buat tempat yang dorang pegi macam tempat hak milik mak bapak atuk nenek diorang.. ish3.. ape mende lah diorang semua ni.. korang tak kenal pon dorang semua ni kan? saye lagi lah tak kenal diorang.. malu rasa hati jantung pankreas buah pinggang belah kanan ni tengok perangai dorang.. tahpaper.. tak matang langsung.. umur jer macam bapak budak.. muka sekor2 dah macam atuk budak.. tapi perangai.. budak tadika pun meced lagi.. huh.. nasib baik saya budak tadika..
__________________________________________
sekian dulu.. gambor jaulah banyak lagi ni wehh.. ade sape2 rase nak sapot duit cc saye?
Wednesday, June 24, 2009
Saya Jarang Berjalan Selalunya Saya Terbang
tulah ngkorang tanak pecaya.. bila aku dah datangkan bukti.. baru nak ternganga.. huh.
mesti korang terasa kagum dan nak tanye aku soklan2 berikut ni kan?
1. kat mane ko lajo terbang?
2. boleh tak ko ajorkan kitorang pulak?
3. macam ni ke yang dinamakan sampai maqam wali?
4. ape beze maqam wali ngan maqam kuali?
5. kuali kat dapor umah ko dah basuh ke blom?
6. ko penah tak minum kopi bontot kuali yang dikikis?
7. kenapa pulak kitorang nak tanye ko pasal kuali ni?
puh.. korang ingat aku artis ke nak jawap soklan wartawan banyak2 hah? aku jawap sikit jer.. selebihnyer no komen oke..
aku lajo terbang ni masa dhalsim datang mesir aritu.. dia cari ryu ngan ken.. tapi pegi amik flight ke mesir.. bongok tak bongok lah die.. ryu ngan ken kat jepon.. pi cari kat mesir.. satu lagi dah dia bleh terbang sia2 pulak dia wat keje pi tempah tiket flight gi mesir.. naik singapore airline first class pulak tuh.. memang membazir.. baik bagi aku jer duit tu aku wat beli kitab.. jadi sempena kehadiran dia ke mesir.. aku tak sia2kanlah.. sempat aku talaqqi jap ngan dia cara2 nak terbang.. adapun nak mengajorkan kat kome.. aku mintak maap banyak2 ler.. pasaiye aku terlupa nak mintak sanad kat dia untuk ajorkan kat orang.. jadi aku bleh beramal seniri jerlah.. sori oke.. korang nak gi mane2 silalah tahan tremco.. jangan nak keje senang je keje.. belajo2 sikit idup susah oke..
sekian berita wartamporkangbarutau..
selamat berposa rejab.. aku tau korang dah terbiasa korek idong musim2 panas ni kan.. pose2 ni beringat2 la sket.. tutup idung tu ngan penyepit.. takdelah korang lupe yang korang tu puase.. oke..
tataaa~ titiii~ tutuuu~
wassalam..
Tuesday, June 23, 2009
Jaulah Mansurah : Kebun Buah-buahan
salam aleik..
siri jaulah musim panas diteruskan lagi dengan gambo2 lawatan kitorang ke kebun buah2an.. macam2 jenis buah ada kat sini.. durian.. tembikai.. oren.. betik.. pisang.. dolphin.. mangga.. labu.. tembikai susu.. semua buah2 ni takde kat kebun ni.. hahaha.. [dolphin sejenis buahan rupenye.. baru aku tau.. ahahaha..]
sebenornye kitorang gi kebun epal ngan anggur jer.. ingatkan buleh la shopping borong anggur barang tiga pat tan.. upenye gi melawat jer.. cheh.. aku malam tu dah siap termimpi2 nak tido berbantalkan anggur.. mimpi tinggal mimpi jerlah.. tapi apepun tetap best sebab bila dah namanya melawat.. maka yang akan banyak kedapatan adalah gamboo.. ngeh3..
________________________
"eeee.. petttt.. busuk la ketiak ko.. bau himaqq.." kata pamie..
"aaaahh aku tak kire.. ko cium la ketiak aku ni sampai kering.. hahaha.." balas pet..
"erkkk.. aku tak bole bernapas.. tolong.. bantuan pernapasan.. tulun.." rayu amin..
"aku tak nampak pape pun yang berlaku.. yang penting muka aku dalam gambo tetap ensem.." kata paek..
pamie: diamlah.. aku tengah rakam bideo nih..
amin n pet: cepatlahhhh! kitorang dah penat senyum nihh..
apepun.. sabarlah.. nak mengaji memang kene sabor.. nak dapat ilmu memang kene lalu kepayahan.. kita akan dapat rasakan sebenar2 nikmat walaupun dalam kepayahan kita dalam menuntut ilmu.. yang penting segalanya adalah dengan syarat jika kita sabar.. maka bersabarlah dan cubalah untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu.. insyaAllah jika bukan sekarang.. kita akan dapat rasakan juga nikmatnya itu satu hari nanti..
Allahummaj'alna min ahlil istiqamah.. amin..
senyum sokmoo~ :)
Monday, June 22, 2009
Jaulah Mansurah : Sikah dan Kubri Tolkho
salam aleik..
tade cerita pun nak cerita.. bior gambor saje yang menceritakan segala2nya.. ape ke orang tua2 kata.. penceritaan melalui gambar? ke storyteller from picture? ke autoteller machine story? ikutlah mane2 pun.. yang penting aku seronok.. wakakaka.. now let the pictures do the talk..
________________________________
_________________________________
malam ni pas maghrib kelas Syeikh Atiyah Maujud kat mudhayafah.. kitab Al-Iqna' karangan Khatib Syarbini rahimahullah.. sekarang ni dalam bab mashu ala khufain.. sapu atas khuf.. dah habeh pekse ni ramai nak habiskan masa untuk talaqqi.. yang duk furuk pun abih belaka pindah kaherah.. bagus2.. seronok aku tengok pengajian penuh orang.. jom sama2 kita habehkan masa dengan bermulazamah dengan para masyayikh.. jangan duk talaqqi ngan syeikh google dan prof wikipedia jer.. tak kemana ilmu kita.. okeh.. dan satu lagi.. jangan meronggeng jaulah sana sini sampai tak gi kelas macam aku.. dengo la cakap orang tua2 yang berpengalaman banyak makan gula neh.. kelak korang akan menyesal dikemudian hari jika korang ikut perangai aku yang tahpape kengkadang nih.. perangai yang elok tu takpe la nak ikut.. yang maleh2 tu jangan le diambik.. hehehe.. pesanan khidmat masyarakat.. sekian dimaklumkan..
nantikan episod seterusnya dalam siri jaulah mansurah.. ngeh3..