Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 19, 2009

Imtihan VS Talaqqi

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, May 19, 2009 | Category: , , , , |

alhamdulillah..

hanya itu je mampu ku ucapkan atas segala ketenangan hati yang Allah kurniakan dalam hati ni.. telah selesai pekse tahriri bagi madah Al-Quran yang aku dah 2x sangkut nih.. padanlah muke sape suh malas mengapal.. boleh jawap atau tak paper tu aku maleh nak citer kat sini.. yang penting dah usaha takat mana yang termampu dan selebihnya tawakkaltu alallah.. tinggal nak tumpu untuk pekse syafawi pulak lah yang ada lebeh kuang 3minggu lagi.. kalo kire ikut saat berjuta2 lagi.. kalo kire ikut detik bermilion2 pulakla jauhnye.. maknanya lambat lagi lah kan.. relek2 ah.. kekeke..

pekse kali ni aku tak lepak lama kat zagzig.. ari jumaat malam tu baru aku balik zagzig dek kerana sayang nak meninggalkan pengajian dengan Syeikh Yusri Al-Hasani di Muqattam lepas jumaat.. dan lepas asar pulak pengajian kat rumah Syeikh Yusuf Al-Hasani kat rumah beliau yang baru je menjalani proses perpindahan daripada tingkat due kepada tingkat ground floor sebab ade pulak arab nak tetibe umah tingkat due tuh.. pas maghrib tu aku wat solat jamak kat rumah dan terus chalo betey untuk memblahkan diri pulang ke kampung zagzig yang indah permai.. cadang2 subuh sabtu tu baru nak balik.. tapi kang buatnye aku tersubuh biawak bangun kul 11 pagi memang kompem aku nangis berqasidah jer pulak nanti.. jadi dengan jitu dan berjiwa kental aku membuat keputusan untuk memulangkan duit.. eh memulangkan diri aku ke zagzig pada malam hari.. tu pun sebenornye aku rasa frast sebab termiss 2 kelas.. pas subuh sabtu ada pengajian Fawakih Janniah kat masjid Walidain ngan pagi kul 11.30 pengajian Sahih Bukhari kat ruwaq Al-Atrak.. aku amek keputusan untuk pulang ke kaherah ala tuull pas paper berakhir.. supaya tak termiss pengajian dengan Syeikh Ahmad pas zohor dan pas asar.. tapi apakan daya.. kita merancang.. Allah yang menentukan.. aku tak dan kejo pengajian Tajul Jamik ngan Baijuri.. sob..sob..

GALERI SYEIKH YUSUF PINDAH UMAH
______________________________

lantai yang telah dicuci dan ditolak airnye..

zack ataupun lebih manje dengan panggilan senbonzakura kageyoshi.. penggosok lantai yang sangat cekap berkhidmat.. haha..

zafran yang amat kuat stamina.. beliau mengangkat segala kotak yang ade termasuk kotak hitam dalam kapal terbang pun diangkat oleh beliau..

khairul dan ust alias tuan punye moto tanpa plet bekerjasama mengangkat kotak beracun..

kotak2 yang masih tak tersusun..

safar yang mencuci lantai balkoni yang tak berlubang.. jenuh nyedok ayor daripada lantai ke timbe.. [gambo aku takde ke? nampak sangat aku tak wat keje langsung kan.. duk tangkap gambo jer.. hahaha.. takdelah.. aku tolong gak.. semua aku wat.. cume tade sape nak tangkap gambo aku jer.. ngeh3..]

kronologi perjalanan untuk imtihan:

8.00 malam: jalan kaki daripada umah ke mahattah depan suq sayyarat tanpa sebarang bayaran kepada encik kaki..

8.07 malam: tahan tremco gi ke awal makram dengan bayaran sebanyak LE1

8.30 malam: tahan tremco gi ke mawaf asyir dengan bayaran sebanyak LE1.25

9.00 malam: naik pijot daripada mawaf asyir ala tuull ke mahattah zagzig dengan bayaran sebanyak LE5

10.30 malam: sampai mahattah zagzig dan menyinggah ke zezenia untuk melantak coleslow tersedap didunia dengan harga LE4.50

10.45 malam: sampai di umah 'Mr. Os Oh Kome Deroyan Dah Berbunge' lalu terus dengan pantasnye duduk bersimpuh bagaikan kanak2 perempuan bermain congkak dihadapan laptop nik.. lalu dengan usaha yang gigih cuba mengaplod maqolah yang telah diterjemahkan seblum ni.. namun menghadapi pelbagai cabaran dan masalah untuk mengaplodnya hingga menyebabkan punggung berkematu dihadapan laptop itu hingga pukul 2 pagi..

2.00 pagi: sapuang ngan os masak nasik ngan lauk ayam kurma.. pun dah lama aku tak melantak lauk itu lalu dengan rakusnya aku memakannya bersama semua rakan taulan..

2.20 pagi: selesai makan.. tibalah masa untuk mengulang Quran.. sambil berbaring diatas katil nik yang empuk dan bantal beliau yang umpama awan guling.. aku memejamkan mata dan melancarkan bacaan fatihah ayat 1-7.. lalu dengan amannya aku pun terlelap..

5.00 pagi: sham gerak aku bangun subuh.. setelah selamat menunaikan solat subuh.. aku pun mengulang lagi bacaan fatihah supaya tidak gagap ketika ditanya oleh kertas periksa nanti.. lalu dengan selamat sekali lagi aku terlelap dengan jayanya diatas katil nik yang sememangnya dengki dengan ketidakmahutiduran aku..

8.00 pagi: baru terjaga daripada tido dan didapati semua orang dah pun siap sedia nak gi berperang sambil mentasmik antara satu sama lain.. aku membasuh2 taik mate yang tak wujud di mata.. mengambil wuduk lalu bergegas mengambil kamera untuk menangkap2 gambo sebagai agenda utama..

8.30 pagi: solat dhuha dan hajat sebelum pegi pekse.. menahan teksi yang disapot sepenuhnya oleh encik paek yang manis senyumannya..

8.50 pagi: sampai di kuliah dan meneruskan agenda menangkap2 gambo..

9.10 pagi: masuk dewan pekse dan mula berperang..

10.10 pagi: kuar dewan pekse dengan muka bertenang macam takde pape yang berlaku..

10.30 pagi: sampai kat mahattah dan menghilangkan kerinduan terhadap kusyari tahrir yang memang dah lame sangat aku tak mengidam..

10.45 pagi: balik umah nik.. besiap2 sambil melayan tenet seblom balik..

12.50 petang: pegi kat centre etisalat kat syari' mokmen untuk membetulkan nombor telepon aku yang tersalah isytirak pakej.. lalu makan krib yang merupakan perkara wajib pabila pulang ke zagzig..

GALERI KRIB
___________

ni lah rupe krib yang digilai oleh semua penduduk malaysia di mesir.. hanya terdapat di zagzig.. rugi btui lah sape yang tak penah makan.. [kat tempat lain ade gak kengkadang.. kat mansurah.. kat city center awal makram.. tapi sume memang takleh chelen ngan zagzig punye krib.. makan gerenti masuk perut punye lah.. memang la kan.. takkan masuk telinge plak kan.. hahaha..]

yang ni mase tu aku pilih isi koktel firakh.. begantung korang la nak isi ape.. lagi best isi dia lagi mahal la harge dia kan.. ngeh3.. yang penting.. semua jenis isi memang mampu puaskan nafsu makan korang yang tak penah turun tuh.. hihi..]

2.00 petang: amek teksi ke mahattah daripada syari' mokmen dengan bayaran sebanyak LE3

2.10 petang: amek pijot ke mawaf asyir dengan bayaran sebanyak LE5

3.30 petang: tahan tremco ke duwaiqah dengan bayaran sebanyak LE1.75

4.00 petang: tahan teksi ke Saidina Hussain dengan bayaran sebanyak LE1.25

4.15 petang: masuk ke ruwaq Al-Atrak masjid Azhar seraya mendengar Syeikh Ahmad berkata "wallahu taala a'la wa a'lam"

mula2 dah rasa prast menonggeng dah.. [tapi takde la pulak aku pegi menonggeng kat dalam kelas tu..] yelah.. aku baru je landing bontot tetibe kelas dah habes.. rupe2nye Syeikh tutup kitab Baijuri.. dan baru bukak Ashbah Nazair.. tetibe rasa macam harapan aku bersinar kembali.. biarlah dapat 10 menet pun jadilah masuk kelas.. dan sungguh dalam 10 menet tu pun.. banyak yang aku dapat daripada fadhilah Al-Syeikh.. aku bersyukur sangat dan tak terasa penat aku walaupun dah macam hape dah badan aku masa tu.. longlai.. lepas asar tu.. tunggu syeikh untuk kelas Syarah Ihya tapi syeikh datang dan kata petang tu takde keleh.. maka aku yang baru terperasan bahawa badan aku dah tak mampu nak tanggung kepenatan ni pun mengendong beg yang beratnya kurang sikit daripada berat lori sawit ni pun melangkahkan kaki keluar daripada masjid dengan pemikiran yang hanya berlegar2 disekitar katil dan tilam..

5.30 petang: jalan kaki daripada masjid Azhar ke mahattah darasah sambil berfantasi untuk bermesra dengan tilam..

5.40 petang: tak lalu dah nak tunggu bas 80 palang.. dengan pantas aku naik bas 3jim dengan bayaran sebanyak LE0.50

6.20 petang: turun kat depan kuliah banat dan naik pulak bas 926 yang tetibe je muncul kat situ untuk ke sabiek dengan bayaran sebanyak LE0.50

6.30 petang: sampai kat sabiek lalu menahan tremco nak ke asyir dengan bayaran sebanyak LE0.75

7.00 petang: turun kat bawabah talitah lalu dengan tehoyong hayangnye bejalan pulang menuju ke rumah pahang yang tercinta

7.15 petang: sampai kat umah dan terus terbongkang kat atas katil..

7.30 malam: azan maghrib.. aku takut terlajak tido lalu bergegas menunaikan solat maghrib

7.40 malam: selesai solat maghrib.. perut aku tetibe nyanyi lagu metallica.. apekehal? adehh.. nak masak maleh.. nak kuar pun maleh.. tapi lapo.. lalu aku membuat pertimbangan semasa dalam dilema itu antara masak ngan keluo.. masak lagi penat.. lalu aku pun menelepon lokman yang berada di masjid sedang mengapal.. lalu temujanji untuk makan candlelite dinner bersama beliau pun dimetrai..

9.00 malam: azan isyak.. aku terus ke masjid.. solat berjemaah dan jumpe lokman lalu terus gi melantak restoran yang memang dah lama aku nak gi tapi asik tutup..

10.00 malam: balik umah dan tak pikir panjang terus tido sebab badan rasa tak sedap.. takde rasa stroberi pon..

GALERI MELANTOK ANOK BANGKOK
____________________________

menu malam itu.. nasi padkrappappop ape tah susah benor nyebutnye.. tapi memang 5 bintang la.. sedap beb.. cume tuan kedai ni jela yang problem sket.. awwwwww~~ abangg~ sedap tak kitorang masak~~ "hmmm.. sedap gile.." [aku jawap sambil wat thumbs up muka tengok nasik sambil hati rasa geli geleman.. haha..]

ni la nasik popkradkappap tu.. jangan tegur kalau aku salah sebut.. aku dah 31 taun duk kat selatan thai oke.. [aku dah telan separuh baru teringat nak tangkap gambo.. tehehehe..]

ni pulak tomyam.. lokman oder tomyam ayam.. aku oder tomyam daging.. pun kaww beb.. 6 bintang aku kasik..

ni lokman.. ahli bet aku yang comel dan diminati ramai ustazah dek kerana keramahannya dalam berbicara dan kejambuannya dalam paras rupa.. haha..

ni sape tah budak ni.. rasa nak sepak pipi die laju-laju jer..

kalo ikutkan aku memang letih yaamat peringkat kelapan belas.. kalau nak susun ikut kronologi perjalanan aku ni.. aku sniri pun tak sangke aku bleh sanggup berpenat lelah macam tu demi mengejar sebuah pengajian.. korang tengok seniri la bape banyak tremco ngan bas ngan teksi yang aku lompat.. dasat lagi aku lompat tremco ni daripade lompat parti tau.. haha.. kalo korang terer cuba la kira bape banyak duit aku habeh sume skali wat keje melompat2 tremco nih.. tu baru duit.. kalo kire stamina aku yang habeh duk wat keje melompat2 tu.. tak tau la bape banyak glukos yang aku dah bako dalam kaki aku ni.. tak tau la banyak mane chakra sage mode naruto aku pakai untuk wat lompat2 katak kat tremco2 ni.. hahaha..

betulla orang kata.. bila dah dapat zouq mengaji.. memang sayang nak tinggal walau 10 minit pengajian.. setiap minit digunakan oleh para masyayikh kita dengan memberikan ilmu yang bermanfaat.. setiap minit kita akan dapat ilmu baru.. aku sebagai orang jahil yang tak tau pape ni.. lagi lah tambah2 rasa rugi bila termiss walau 5 minit.. aku cakap sume ni.. tulis dalam blog camni.. bukan tujuan nak berbangga atau apa2.. takde ape yang nak dibanggakan dengan kejahilan.. korang tak payah duk puji la.. nak kate aku mantap la.. ape la.. rajin talaqqi la.. alim la.. aku tak harap langsung sume tu.. bahkan aku tau aku tak layak untuk sume tu.. aku tau tahap aku kat mana.. aku lebih paham diri aku seniri oke.. aku tak pernah niat nak berbangga sebagai orang yang bertalaqqi.. aku cuma bersyukur.. sebab Allah campakkan rasa nak ubah kejahilan dalam diri aku.. Allah berikan aku kesedaran.. bahawa seorang yang jahil.. takkan selama2nya duduk dalam kejahilan.. aku mampu untuk ubah.. dan aku kene dan wajib untuk bersungguh2 untuk ubah.. cara nak bersungguh macamana? belajar la.. cara nak belajar camne? bertalaqqi lah.. cara nak bertalaqqi camne? dampingilah para ulama.. cara nak dampingi ulama camne? segala2nya perlu diteraskan atas satu dasar.. SABAR.. aku kene SABAR.. biar penat mana pun.. biar susah mana pun jalan nak pegi kepada ulama2 tu.. aku kene SABAR.. biar berat mana pun ilmu yang aku terima.. biar susah mana pun aku nak paham ilmu tu.. biar slow mane pun progress aku.. biar bape ploh ribu kali mengulang aku tak dapat2 hafal masalah tu.. aku kene SABAR.. biar apa pun orang nak caci maki aku.. biar apa pun pendapat dan kritikan orang terhadap aku.. aku kene SABAR.. aku yakin kepala dan penghujung kepada semua keSABARan aku ni adalah KEJAYAAN.. aku yakin.. ya.. aku yakin..

sebab cabaran yang aku perlu SABAR dan hadapi ni tak de nilai langsung pun kalau nak dibandingkan dengan kesabaran ulama2 terdahulu mahupun sahabat2 Nabi SAW dulu.. mereka boleh bermusafir sejauh beribu batu dari madinah ke mesir semata2 untuk meriwayatkan sebuah hadis yang menceritakan Rasulullah memakai serban berwarna hitam ketika Fathu Mekah.. cuba bayangkan.. macamana para sahabat radhiallahu anhum mengambil berat tentang penyampaian ilmu dan perihal Nabi kita Muhammad SAW.. aku umpamakan zaman skarang.. agak2 korang ade ke seseorang sanggup kayuh basikal daripada perlis pegi ke singapore semata2 nak bagitau kat sorang kawan dia.. "si pamie tu rajin pegi talaqqi.." ade ke? ade tak? kalo ade tolong bagitau aku.. aku nak bagi dia flying kick plus steel chair pedigree sebab wat keje tak bepaedah.. baik la bagi beskal tu kat aku bleh aku wat kayuh gi mesjid..

sentuh tentang bertalaqqi.. aku tak pernah menghujum (merendah2kan dan mencela) mereka yang tak bertalaqqi.. semua ni taufiq daripada Allah.. Dia yang bagi kesedaran dan kekuatan dalam jiwa kita.. Dia yang menggerakkan hati dan anggota kita untuk bersungguh mengejar ilmu.. hanya mereka yang Allah pilih je yang berhak untuk tanggung ilmu Dia.. yang berhak untuk jadi ulama.. sebab tu aku tak pernah menghujum mereka yang tak bertalaqqi.. berkemungkinan sekarang Allah gerakkan hati aku untuk bertalaqqi.. tapi tak mustahil satu hari Allah akan datangkan ujian berupa ketidakmampuan dan kelemahan [termasuk kemalasan] untuk bertalaqqi menyebabkan aku pun tergolong dalam mereka yang aku seniri hujum.. [kalau aku hujum la kan..] Nauzubillah.. biarlah aku kekal dalam keadaan ini ya Allah.. ikhlaskanlah hati aku senantiasa untuk semata2 mendapatkan futuhat dari Mu dan mendapat malakah dalam penguasaan ilmu seperti para masyayikh yang aku dampingi.. kalaupun Allah tak pilih aku untuk tanggung ilmu Dia sebagai ulama.. kalo tak dapat diturunkan ilmu mereka pada aku pun.. aku hanya harapkan dengan berkat yang ada pada mereka itu melimpah kepada aku yang hina dan jahil ni..

tapi kene ingat lah kan.. memang Allah yang memberikan taufiq kepada kita.. tapi kita perlu ingat.. kita perlu terlebih dahulu mencari jalan supaya Allah bukakan jalan taufiq tu pada kita.. kalau kita yang pilih untuk jadi bodoh.. kita akan jadi bodoh tanpa sebarang bayaran.. kalau kita yang berangan2 untuk jadi bangang.. secara pree je kita akan dapat sijil penghargaan kebangangan kita.. jadi.. janganlah sengaja letakkan kaki kita sebelah kat lembah kecelakaan.. yang kita kejar adalah puncak gunung.. kenapa nak jalan dengan kaki sebelah di tepi curam.. susun atur kaki kita kat jalan yang betul.. maka Allah dengan mudahnya akan memberikan taufiq kepada kita.. nas'alullaha an yaj'alana minallazina yata'allamuna al-ilma wallazina ya'maluna bima ya'lamun.. (kami memohon pada Allah agar menjadikan kami antara mereka yang mempelajari ilmu dan mereka yang beramal dengan apa yang mereka tahu..) ameen ya rabbal alameen..

kita masih seorang pelajar.. takde apa yang nak kita malukan jika kita jahil.. mengaku kejahilan tu bukan sesuatu yang hina dan memalukan.. bahkan yang lebih memalukan darjat ahli ilmi adalah pabila kita sudah bergelar Dr.. ataupun Prof.. ataupun Ustaz.. ataupun Syeikh.. tetapi membuat kesilapan besar dengan memandai2 berlagak alim sedangkan jelas kejahilan terpamer namun dia tak mengakuinya.. masa tu.. darjat nya dah lain.. seorang Prof yang mengaku jahil dan tak tau pape.. agak2 ada tak orang nak berpegang dengan kata2 dia? kompem tadek.. sebab dia pun takkan nak rendahkan martabat dia seniri.. jadi.. yang tak tau pun kene wat2 tau la kan.. masa tu baru malu kalau jahil.. jadi.. biarlah kita jahil sekarang daripada jahil kemudian.. jahil kemudian tu bakal mencelakakan kita kerana kita akan disoal oleh Allah kelak tentang amanah ilmu.. sememangnya tempat seorang pelajar itu adalah berada dalam kejahilan.. name pun belajo.. kalo dah semua tau takde la payah belajo namenye.. kan.. dan janganlah kita jadi golongan yang paling celaka.. iaitu golongan yang dah tau dia jahil sekarang tapi takde perubahan pada diri dia sampai bila2 dia kekal dalam kejahilan tanpa ada sebarang usaha untuk menghapuskan kejahilan tu.. wal'iyazubillah..

tengok.. aku dah terkona citer mende lain.. takpelah.. ade manfaat kot walau kona2 pun.. apepun layankanlah galeri imtihan yang aku hadapi baru2 ni..

GALERI IMTIHAN NIHAIE FASA II 2009
_______________________________

persediaan last menet.. sapuang sambil makan fino ngan sup campbell pun tak lepas lagi mengingat Quran..

muka terlebih bersedia dan terlampau bertenang.. orang suh hafal 4 juz je.. dia terhafal 40juz.. patut pun relek jer..

yang ni lagi la relek.. susah sikit nak komen.. dia duk ngulang2 sikat rambut je.. awek arab mane tah dia janji nak jumpe pas abes exam.. katenye ada bisnes sket.. export gargil.. hahaha..

tangan pegang Quran.. mata tengok tenet.. mulut kumat kamit mengulang Quran.. budak2 skarang.. mantap2 sumenye..

"paek dengo ni aku baca fatihah ni.. kalo salah kot aku terbaca qiraat 10 kang ko tegur tau.." kata si pamie..
"oke2.. aku chek dalam Quran riwayat Hafs ni.. kalau ko terbaca surah 3qul kang aku tepuk dahi ko pakai laci meja nik ni ek?" balas si paek..
"oi kome jaga2 ada syeikh kabir syeikh buta kat sebelah kanan kome tu menawarkan diri nak tasmik hafalan kome bedua.. syeikh syadid tu.. kalo salah makhraj biasa dia campak budak daripada tingkat 56 sampai terbenam kepala dulu kat tanah.. haha.." os bersuara secara tentibe sambil menekan shutter kamera..

laaaa.. ade jugak makhluk bute ni sebok jugak nak masuk tangkap gambo? hahahaha.. [sebenornya kitorang gelak sebab lain.. mane leh kabo kome.. ni rahasia kitorang.. kekeke..]

peace no war.. but we're going to the war.. so war-war kanlah ye berita ni.. kekeke..

kat kuliah.. tunggu pintu dewan bukak..

tengah tunggu2.. tetibe terlihat satu kelibat makhluk berkulit biru berjalan menonong2 sambil memasukkan tangan sebelah kedalam puket sambil sebelah lagi memegang Quran..

beliau terus berjalan tanpa memperdulikan apa yang berlaku dalam dunia sekeliling beliau.. sangat khusyuk makhluk itu sehingga tidak perasan bahawa kengkawan beliau sedang bermesyuarat tingkap dibawah pokok..

ayat surah Al-Baqarah 282.. ayat terpanjang dalam Quran..

ada orang kata muka beliau macam muka tengah garu buntut yang kene geget kerengga.. tapi tak elok pulak kan cakap camtu.. tak thiqah pulak.. tak baik la..

"manis la senyuman ust.. suke ngat ust ngaja.. ust bleh mari alex lagi dop? ust buke klas wat kek skali ek ust.." hahaha.. paek jangan marah aku tau.. aku nak tolong promot ko je.. budak2 alex ramai bace blog aku ni.. fasa depan ko takleh balik malaysia lagi la.. kene berkhidmat kontrak sepanjang sem kat sana.. dapat tender bertalu2.. alang2 dapat zaujah sorang dua blehla pasing2 komisyen kat aku sebab tolon promot.. ko belikan aku beskal sbijik pun cukup la kot.. nak beskal mountain dew tau.. hahaha..

mamat ni memang gumbire sokmo.. orang kata hati bile dah diterangi Quran.. macamtulah.. memang gitu ah.. senyum sokmo.. ye dop? jangan la balik dulu os.. kalo ko balik dulu kang mesti ko kawen dulu.. kalo ko kawen dulu.. mesti ko beranak dulu.. kalo ko beranak dulu.. mesti ko jadik bapak dulu.. erks.. os jadik bapak? aku takleh bayang la os dukung anak.. wakakaka..

misi menjejak makhluk berkulit biru diteruskan..

betul2 dah bediri dibelakang makhluk.. beliau masih tidak nampak dunia sekeliling.. katanya dalam hati "biarlah hatiku hanya dengan Quran.."

dah duk seblah baru perasan.. hahaha.. perkenalkan.. inilah dia makhluk berkulit biru.. [berbaju biru senarnye..] ahli bet andalusia yang kurindui.. mr topek.. bekas ahli bet.. pembunuh tikus terkemuka zagzig.. juga merangkap pembuat nasik goreng belacan terfeeling di mesir.. aku rindu la nak tengok filem thriller ko bunuh tikus tu pet.. sambil makan nasik goreng belacan ko.. wat tambah selera.. hehehe.. [eh.. aku lupe nak tanya dulu.. ko wat nasik goreng belacan tu takde tambah daging tikus kan?]

geng kalghari.. [sapuang cameraman] aku rasa taun ni mesti ada berlaku perpisahan antara kita.. mesti kome sume nak balik tinggalkan aku kan.. sob..sob..

suasana sebelum masuk dewan..

dalam dewan.. menunggu ketas pekse sampai..

tamatlah sudah posting yang tak panjang mane dan gambo pun tak ramai mane nih.. semoga terhibur.. aku senarnye nak wat posting khas pasal guru.. tapi banyak sangat idea jadi terlambatla sket.. tengok la kot sehari dua ke seminggu dua ni ke kalo siap aku post la oke.. tak semestinya kene post masa hari guru gak kan.. sedangkan skola pun ada yang wat sambutan hari guru 28haribulan.. [skolah kak ipo aku.. hehe..] post2 request daripada pembaca blog tu aku posponkan dulu.. segala kesulitan harap disulitkan.. [disimpan la tuh.. hehe..]

senyum sokmo.. wassalam.. (^_^)

Currently have 3 Kata Komenan:

  1. lawak sokmo post ngan gambo2 mung!
    (glak guling2 smpy pecah prot!)

    ~moga najah dlm imtihan!Ameen.

  2. sori la mi..baru hari ni aku bgtau yg aku ade cmpur dging tkus kat nsik goreng time aku msk dulu tu...sori la ye..hahaha

  3. Seronok baca catatan di sini. Rindu sggh pada bumi Mesir. T.T huhu.

    Eh, ustaz bleh bawak masuk camera ya dlm dewan? Hoho. Mantop2.


Leave a Reply