Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 27, 2009

Dunia Ini Terlalu Singkat Untuk Disedeh-sedehkan

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, May 27, 2009 | Category: | 12 Kata Komenan

bismillah wa ala barakatillah..

artikel ringkas ini ditulis khas buat mereka yang telah atau sedangpun dilanda kesedihan.. ataupun mereka yang bakal dilanda kesedihan.. ataupun mereka yang mendapat ujian Allah berupa musibah2 yang melanda mereka yang mana terkadang seakan tidak mampu rasanya untuk menanggungnya.. artikel ini ditulis untuk mengembalikan semangat mereka2 ini yang asik2 nak bersedih sokmo.. asik menangis sokmo 38 jam.. asik badmood sokmo tanak tegur orang.. masuk blog ni pun tanak pasal blog ni asik bergumbira bersuka ria jer.. tak memikirkan langsung tentang perasaan mereka2 yang bersedih.. jadi.. dalam keadaan yang sedih juga ambe menulis artikel ini kerana meraikan kesedihan yang menimpa kengkawan sume.. [sedeh sebab kengkawan tak dapat rasa kegembiraan yang ambe rase..]

ambe beberapa kali pernah ditanya..
"ngko tak pernah rasa sedih ke? aku tengok macam tak pernah jer.. ngko ni manusie ke hape?"

habeh ni hape? tak nampak ker aku sedeh ni? ade nampak macam kitorang tengah ketawa besor ker?

PARA ANBIYA' DAN KESEDIHAN

takde manusia yang takkan mengalami perasaan sedih.. kesedihan merupakan salah satu dari perasaan yang Allah hiaskan dalam hati kita sebagai makhluk Allah yang terbaik.. sedangkan Nabi kita Muhammad Sallallahu alaihi wasallam yang merupakan sebaik2 dan sesempurna manusia pun dalam satu riwayat hadith mengatakan Baginda merupakan seorang yang "mutawasilul ahzan" (sedih berpanjangan).. sedih merupakan sifat para anbiya' walaupun tanpa sebarang sebab.. ini adalah kerana mereka duduk dalam keadaan takutkan Allah.. menjadikan mereka senantiasa dihiasi dalam keadaan kesedihan..

adapun yang dimaksudkan dengan "mutawasilul ahzan" pada peribadi Nabi kita Sallallahu alaihi wasallam.. itu adalah bermakna kesedihan Baginda itu adalah untuk menambahkan tafakkurnya dan tenggelamnya jiwa Baginda dalam memikirkan penyaksian Baginda terhadap keagungan Allah Tuhan Yang Maha Agung..

Ibnu Qayyim rahimahullahu taala mendatangkan i'tirad tentang hadith ini : bagaimana pula Nabi boleh sedih berpanjangan sedangkan Allah memelihara Baginda daripada kesedihan didunia? dari mana datangnya kesedihan itu sedangkan Baginda sendiri yang memohon isti'azah (berlindung) daripada kesedihan? maka Baginda sebenarnya tidak bersedih bahkan senantiasa gembira dan ketawa.. maka hadith yang mengatakan Baginda "mutawasilul ahzan" itu tidak thabit kerana dalam sanadnya terdapat perawi yang tak diketahui..

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullahu taala guru kepada Ibnu Qayyim sendiri sebelum itu telah mendatangkan qaul yang tidak dipersetujui oleh muridnya Ibnu Qayyim tadi: "mutawasilul ahzan" disini bukanlah membawa maksud kesedihan yang secara mutlak.. bahkan maksud sebenarnya adalah sekadar mengambil ihtimam dan kesedaran terhadap apa yang akan dihadapi Baginda di masa akan datang..

bukanlah makna berpanjangan itu bermakna setiap masa.. akan tetapi maksud yang sebenar adalah hanya majoriti kebanyakan daripada masa Baginda adalah dalam keadaan bersedih.. kita boleh bezakan antara (sentiasa bersedih) dan (kebanyakkannya bersedih).. sememangnya terdapat perbezaan.. ini dikuatkan lagi dengan wujudnya pelbagai riwayat lain yang mengatakan Baginda tersenyum dan ketawa..

kesimpulannya yang ambe nak bagitau.. para Nabi juga bersedih.. tapi tidaklah apa yang mereka sedihkan itu atas perkara2 keduniaan.. sebaliknya mereka bersedih kerana takutkan Allah Azza wa jalla..

itu para Nabi.. kita?

kita sedih pasal tak lulus periksa.. kita sedih pasal tak dapat apa yang kita nak.. kita sedih pasal mak bapak kita bercerai.. kita sedih pasal putus cinta.. kita sedih pasal makwe tinggalkan kita pegi kat orang lain.. kita sedih pasal tunang kita orang lain ambek.. kita sedih sebab tak dapat kawin ngan orang yang kita sayang.. kita sedih sebab sayang orang yang kita tak dapat kawen.. kita sedih pasal kita miskin takde duit macam orang lain.. kita sedih pasal kene buang kerje.. kita sedih pasal bisness rugi dan bengkrap.. kita sedih pasal keluarga kita kene tipu dengan along.. kita sedih pasal family kita sakit tenat.. kita sedih pasal teringat kat mak bapak kita yang dah mati.. kita sedih pasal macam2 lagi sebab yang kita rasakan kesedihan itu amat pilu hingga menusuk2 hati bagaikan paku2 yang ditukul dipasak kedalam hati kita..

tapi agaknya pernah tak kita bersedih yang tersangat2 seumpama kita bersedih terhadap perkara2 diatas tadi pabila memikirkan amalan kita banyak mana nak menghadapi maut yang bakal datang bila2 masa jer? pernah tak kita bersedih sebab tengok diri sendiri makin teruk dalam akhlak? pernah tak bersedih bila memikirkan ilmu agama ilmu akhirat kita sangat cetek? pernah tak kita bersedih bila tengok generasi muda yang menempelkan diri dengan masjid dah makin pupus skarang? pernah tak kita bersedih bila memikirkan berapa ramai mak bapak yang tak solat dan tak mendidik anak2 mereka untuk solat? pernah tak kita bersedih tengok keadaan masyarakat yang semakin lama semakin rosak dan punah dengan budaya2 barat yang menular? pernah tak kita rasa bersedih terhadap saudara2 kita di Palestin yang berjuang berhabis2an mempertahankan kesucian Al-Quds daripada yahudi laknatullah? pernah tak kita bersedih dengan keadaan kafir yang semakin hari semakin berani memijak2 dan mempermain2kan keagungan Islam? pernah tak kita bersedih sebab kita rasa kita tak layak untuk jadi hamba Allah yang baik? adakah kesedihan anda terhadap dunia anda lebih besar daripada kesedihan anda terhadap semua ini?? jawapannya semua ada pada diri kita masing2.. tak perlu kita bertanya kepada orang lain..

hakikatnya.. kita hanya bersedih kerana diri kita sendiri.. kita jarang memikirkan kesedihan orang lain yang jauh lebih teruk yang mereka perlu lalui daripada kita.. kerana itulah kita jarang untuk berasa bersyukur kerana Allah uji kita hanya sedikit berbanding orang lain.. sebaliknya yang kita rasakan bahawa kitalah yang mendapat seberat2 ujian daripada Allah..

AKIBAT KESEDIHAN

efek daripada kesedihan yang melanda manusia adakalanya mengakibatkan mudarat pelbagai peringkat.. ada yang sedih kejap2 jer.. pastu dia lupa dah.. kejap ingat kejap tak.. ada yang tinggi sket peringkat.. wat keje ape2 pun.. rasa pilu jer hati sebab muka tunang senantiasa terbayang2 kat kepala hotak dia.. badmood sokmo.. kawan2 tegur pun kene maki sesaje.. ada yang menangis 79 jam.. tak keluar bilik.. tak nak makan.. sampai kurus tinggal cam lidi.. last2 mati.. ada yang berubah terus personaliti.. sebelum ni hepi go lucky.. bila dah terkena musibah kesedihan.. terus dia fobia nak tengok orang lain gembira.. orang lain gembira dia makin sedih.. dan menyampah pulak tengok orang lain seronok dan hati senang.. bila sampai peringkat tertinggi.. perasaan dan emosi akan sampai tahap dimana ia mengatasi kewarasan akal fikiran.. lalu ini lah yang terjadi sehingga banyaknya kes masyarakat kita yang membunuh diri.. gantung diri.. minum racun.. ini adalah peringkat terakhir kesedihan.. dia merasakan tak mampu dah nak tanggung semua ujian yang melanda dirinya.. ini semua adalah perbuatan mereka yang tak percaya langsung pada janji Allah.. ini adalah perbuatan mereka yang takde langsung sekelumit perasaan berTuhan dalam diri mereka.. mereka mati kafir dan selamanya akan duduk dalam neraka jahannam.. nauzubillahi min zalik..

JANJI ALLAH TAALA

Firman Allah Tabaraka Wa Taala:

Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.
[Al-Talaq:7]

FirmanNya lagi:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
[Al-Baqarah:286]

MENJAUHKAN DIRI DARIPADA KESEDIHAN

sape yang nak rasa sedih kan.. kalau boleh memang semua nak rasa gumbire.. tapi dah dia (kesedihan) datang jugak.. nak wat camne.. naluri manusia sapa yang boleh halang.. korang cakap la camne pun.. diri ni jugak yang rasa.. korang bleh cakap jer.. cakap senang la.. cuba duduk dalam tempat aku.. apa yang korang akan rasa..

"aku rasa rilek jer.. takde pape pon.. hahaha.."

mari kita lihat apa kata Al-Imam Burhanul Islam Al-Zarnuji rahimahullahu taala yang terkenal dengan kitab beliau yang diberi nama "Taalim Al-Mutaallim Tariq Al-Taalum" kitab agung yang membicarakan adab2 seorang pelajar secara menyeluruh.. kata beliau:

"adapun yang menyebabkan seseorang mewarisi PENYAKIT KELUPAAN itu antaranya: banyak melakukan maksiat.. banyak membuat dosa.. dan BANYAK BERSEDIH TERHADAP PERKARA2 DUNIAWI.. dan banyak menyibukkan diri dengan menghubungkan diri dengan dunia.. telahpun kami sebutkan bahawa tidak sepatutnya bagi seorang yang mempunyai akal yang waras untuk bersedih terhadap perkara2 duniawi.. kerana ianya langsung TIDAK MEMBAWA MUDARAT DAN TIDAK JUGA MEMBERI MANFAAT.. bahkan bersedih terhadap perkara dunia tak akan menghilangkan kegelapan dalam hati.. bersedih terhadap akhirat juga tak menghilangkan cahaya yang ada dalam hati.. dan kesannya akan jelas kelihatan melalui solat.. jadi kesedihan dunia itu akan menghalang seseorang daripada banyak jenis daripada kebaikan.. kesedihan untuk akhirat pula lebih akan membawa kita kepada kebaikan.. dan menyibukkan diri dengan melakukan solat supaya ianya menjadi solat yang khusyuk serta menyibukkan diri pada urusan2 ilmu.. itulah yang akan dapat menafikan kesedihan daripada dalam diri kita.."

Imam Al-Hallaj rahimahullahu taala pula pernah berkata:

نفسك إن لم تشغلها شغلتك

Nafsumu itu jika kau tidak sibukkan dia (dengan urusan akhirat) maka dia akan sibukkan kau (dengan urusan dunia yang remeh temeh)

berkata lagi Imam Al-Zarnuji:

"maka sayugialah kepada setiap seorang daripada kita untuk menyibukkan diri dengan amalan2 kebaikan hingga dia tak sempat nak menyibukkan dirinya dengan hawa nafsunya.. dan seharusnyalah seseorang yang berakal waras tidak bersedih dengan perkara duniawi kerana kesedihan dan kepiluan hati itu tidak akan menolak musibah.. sedikit pun manfaat tak akan dapat bahkan memudaratkan pula hati, tubuh badan dan akal.. maka isikanlah ia dengan amalan kebaikan dan bersedihlah untuk akhirat kerana ianya sememangnya memberi manfaat.."

jelas ungkapan2 imam kan? tak payah ambe ulas panjang2 pun dah bole paham dah.. maksud imam kat atas tu kan.. kalau korang bersedih camne sekalipun.. yang berlaku tu tetap berlaku.. musibah yang dah berlaku tetap berlaku.. korang nanges camne skalipun.. air mata darah.. air mata nanah.. air mata rasa stroberi ke skalipun.. bukan dengan tangisan tu boleh mengembalikan syarikat korang yang dah bengkrap.. bukan dengan tangisan tu boleh jadikan keluarga korang kaya.. bukannya tangisan tu dapat bagi kesan pape pada kematian.. kalau orang tu dah mati dia tetap duduk dalam kubor jugak.. ade ke kalo korang nangis atau kalo korang susah hati mayat tu boleh idup balik?? kalo ade senang bebenor la.. sedih jer.. mayat mak bapak kita idup balik.. bila sedih jer.. pakwe kita yang dah kawen ngan orang len tu datang balik minang kita.. takkan jadi.. kesedihan tu memang takkan dapat ubah apa2.. jadi daripada awal2 lagi kita patut rasa.. buat hape nak sedeh.. terima jelah pape pun.. orang yang buat sesuatu mende dalam keadaan dia tau mende yang dia buat tu haram tak datangkan satu paedah pun pada dia.. itulah orang paling bongok di alam semesta.. buat benda yang tak datangkan keuntungan pada diri..

pepatah arab ada mengatakan:

ما فات فات ومن مات مات

apa yang dah lepas tu sudahlah ianya tetap dah berlaku dan sapa yang dah mati tu sudahlah dia tetap dah mati..

kat sinilah gunanya kekuatan iman dan aqidah.. adakah kita betul2 percaya dengan janji Allah yang mengatakan Dia takkan bebankan kita dengan apa yang kita mampu aje.. Allah bagi kita ujian dan musibah tu sebab Dia tau kita larat tanggung.. kalo tak Dia takkan bagi.. ingat senang2 gitu ke nak dapat nikmat syurga Allah dan nikmat paling besar iaitu menatap wajah Allah di akhirat kelak? nak dapat mende bes2 mesti la sebelum tu kene uji dulu.. nak dapat ijazah.. master.. phD.. kene la bersusah payah amek periksa dulu.. kene la berpenat lelah wat tesis dulu.. sedangkan dunia pun kita sanggup lalui peperiksaan tu.. nikan lagi nak mengaku jadi hamba Allah yang sejati.. mengaku konon sayang Allah.. tapi tanak kene uji dengan Allah.. nak dapat nikmat senang2 jer.. hamba apa yang tak reti bersyukur macam tu?

kalau taknak jadi pelupa macam imam Al-Zarnuji cakap.. jangan bersedih terhadap perkara dunia.. mudah kan? hayati rukun iman dengan sebenar2 penghayatan.. belajar menerima qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan.. setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya samaada kita tahu atau tidak tahu.. yang penting Dia Maha Tahu.. Dia senantiasa ada untuk kita mengadu.. bahkan berkemungkinan pabila kita dilanda kesedihan kita akan lebih dapat merasakan nikmat pengaduan dan pergantungan kita kepada Allah Tabaraka Wa Taala..

dalam sebuah hadith Nabi kita Sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda yang mafhumnya:

(( apabila salah seorang daripada kamu ditimpa dengan rasa kesedihan.. maka ambillah wuduk dan tunaikanlah solat dua rakaat ))

selepas menunaikan solat sunat.. mohonlah dan mengadulah kepada Allah Tuan Punya Hati yang membolak balikkan hati manusia dengan doa agar memberikan kita ketenangan hati dan kita mohon perlindungan dariNya daripada kesedihan dan apa2 yang menyusahkan dan tak menenangkan hati kita..

lazimilah doa yang biasa kita dengar dan baca setiap kali selepas solat..

اللهم إنا نعوذ بك من الهم والحزن

Ya Allah Ya Tuhan kami.. kami memohon perlindungan dari-Mu daripada kesedihan dan kemurungan..

ameen ya rabbal alameen..

pasni ambe takmboh dengo dah ade yang sedeh2 oke.. sedeh buleh tapi biar kene pada tempatnya.. kalo ambe tau ada kengkawan yang sedeh2 lagi ambe terajang guna siku ambe.. jadi kalo tanak kene terajang ngan siku.. hepi2 la cam ambe ni tau.. senyum sokmo bak kate orang kedah.. [kedah kejadah ko.. tu loghat ganu kite tuh..]

selamat bergumbira.. ingat sokmo pesan ambe ni..
"dunia ini terlalu singkat masa transitnya untuk disedeh2kan.."

Sunday, May 24, 2009

Thank You Teacher (Bahagian 2)

Posted by The Pamiesz® | Sunday, May 24, 2009 | Category: | 17 Kata Komenan

ALAM PERSEKOLAHAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERAK (1999-2003)
KELAS 1-5 AMANAH (RANCANGAN KHAS AGAMA)

logo sekolah SEMARAK

setelah tamat sekolah rendah.. aku dapat banyak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.. antaranya ketika itu adalah MRSM Langkawi 1st batch.. Sekolah Izzudin Shah Ipoh.. dan Sekolah Idrisiah Kuala Kangsar.. akan tetapi kesemuanya aku tolak demi kerana mengikut jejak langkah abang aku yang bersekolah di Seri Perak dalam Rancangan Khas Agama..

akan tetapi.. aku sedikit malang kerana dalam berpuluh2 pelajar yang memasuki kelas aliran agama ini.. hanya aku seorang pelajar yang tidak diundang.. ya.. kesemua pelajar lain yang memasuki kelas aliran ini adalah mereka2 yang mendapat surat panggilan dan tawaran daripada jabatan pendidikan.. sedangkan aku.. pada asalnya duduk dalam kelas 1 Bersih.. kelas sains.. tapi disebabkan nak jugak belajar bahasa arab.. aku dengan selambe wat kebal pindah masuk kelas 1 Amanah.. aku kabo abah aku akan hasrat dan cita2 aku lalu abah aku pun pergi berjumpa dengan penolong kanan diketika itu iaitu Cikgu Sanusi Suratman.. (paman nyoi.. heheh) dan meminta untuk ditransferkan aku ke kelas aliran itu walaupun tanpa surat tawaran.. (pakai kabel la senang katenye..)

ketika guru kelas bertanyakan kepada semua pelajar untuk memberikan surat tawaran untuk didaftarkan masuk ke dalam buku pendaftaran pelajar.. hanya nama aku yang tidak disebut..

"ada lagi pelajar yang namanya saya belum sebut?"

"saya cikgu.."

"mari sini bawak surat tawaran kamu.."

aku pun bingkas bangun.. pergi ke meja cikgu lalu menjawab..

"err.. saya takde surat tawaran cikgu.. saya masuk kelas ni melalui Cikgu Sanusi.. abah saya dah jumpa beliau dan bagitau saya nak masuk kelas ni.."

"kamu berapa A UPSR?"

"5A cikgu.."

"kamu pindah kelas sebelah.. kelas ni 1A2.. untuk budak2 yang dapat 3A kebawah.. kamu masuk kelas 1A1.. nanti cikgu bagitau kat guru kelas tu tentang status kamu.."

lega aku bila takde sebarang masalah yang timbul tentang status penukaran kelas tu.. lalu bermulalah kehidupan aku sebagai budak kelas aliran agama (KAA) ataupun rancangan khas agama (RKA) - nama asalnya.. ditukar menjadi KAA bermula sejak aku form 4..

disinilah aku bermula menyayangi SEMARAK.. disini jualah bibit2 cintaku pada bahasa syurga yang sedang ku dalami ini timbul.. sepanjang 5 tahun ini aku dididik oleh para guru yang bukan hanya sekadar guru.. bahkan mereka merupakan pendidik yang sebenar2 sangat ikhlas mendidik para pelajar.. mereka semua adalah guru2 yang luar biasa.. menanamkan cinta dan semangat untuk belajar kepada para pelajar.. menanamkan akhlak dan kekuatan jiwa supaya pelajar2 mereka berjaya dunia dan akhirat..

PERKEMBANGAN AKU, BAHASA ARAB DAN BIDANG AGAMA

minat aku terhadap bahasa arab asalnya biasa2 jer.. masa form 1 aku diajar oleh Ustaz Ramli yang juga merupakan warden asrama yang terkadang kala ada barannya.. salah2 timing memang naik sesaje tangan beliau.. tapi aku tak pernah kena la sebab aku budak baik.. haha.. [dan yang penting.. skema! haha.. form 1 aku skema gile beb.. maleh nak ingat time2 skema ni.. nak tergelak saje aku.. jadi pengawas pusat sumber la.. poket penuh ngan buku2 la.. disket la.. pakai seluar tinggi la.. hahaha.. tanak ingat.. tanakkk.. tak sukeeee.. hahaha..] ustaz Ramli banyak menekankan asas2 yang perlu dihafal seperti tasrif feel yang 14 dan cara untuk mengingatinya menggunakan ruas2 pada jari.. pada ketika ini.. minat aku pada subjek ini masih mendatar.. takde beza dengan subjek2 lain..

bermula form 2.. disinilah bermula revolusi minat aku dalam bahasa arab.. ustaz Ramli pindah sekolah lain menyebabkan seorang guru baru masuk menggantikan beliau.. beliaulah Ustazah Nawal Shifa bt Haris.. [aku ingat nama penuh beliau tuu.. aku pun cam tak caya aku ingat ni.. tapi betul ke ha nama beliau ni? haha..] beliau bagaikan sinar baru yang muncul dalam kelas bebudak RKA diketika itu dek kerana fobianya mereka dengan kegarangan ustaz Ramli.. maka pabila kegarangan itu bertukar dengan satu keindahan wajah umpama bulan.. maka ramailah antara pelajar yang terbang di awangan dan tetibe jer moral value untuk belajar bahasa arab melonjak2 tinggi melangit dikalangan semua pelajar.. hahaha.. semua seronok dapat ustazah cun dan muda mengajor.. ish2 diorang ni.. kecik2 dah gatal.. teruk betul kan diorang ni? [cakap macam aku tak masuk sekali jer.. wakakaka..]

tapi itulah realitinya.. ini semua juga termasuk dalam unsur psikologi pelajaran.. antara punca kejayaan pelajar adalah daripada guru sendiri.. antara yang menarik perhatian pelajar untuk belajar adalah rupa guru yang tidaklah semestinya lawa.. tapi yang penting menenangkan hati para pelajar.. becakap pulak lembut.. tak kelam kabut.. tak tengking2.. [kalau tengking pun bertempat la..] orang kata ciri2 keibuan tu ade lah kan.. jadi bila masuk kelas tu.. tak rasa macam cekgu yang mengajar.. bahkan terasa macam seorang ibu sedang mendidik anak2nya.. inilah psikologi sebenar yang patut diterapkan dalam sistem pendidikan kita.. mengikut kajian yang akan aku buat 30 taun lagi.. [aku wat kesimpulan awal terhadap kajian tu.. haha..] kesimpulannya pempuan2 yang cun2 patut memilih kerjaya sebagai cekgu agar pelajar2 berminat untuk belajar.. wahahahaa... [laki yang ensem2 telebih2 lagi la patut jadi cekgu untuk tarik minat pelajar pempuan belajar.. tengok cam masa aku ngajor kat alex aritu.. sume boring dan ngantuk serta menyampah.. sebab aku tak ensem.. tapi bile paek datang mengajar.. tu dia.. akhawat duk jauh kat kaherah tu.. sanggup balik alex nak belajo ngan paek.. sebab ustaz ensem kan.. senyuman pun manis.. belajo pun semangat jer.. wakakakaka..] - selingan jer ni.. takde akhawat kaherah balik alex pun.. saje reka2 citer tu nak bagi up paek.. hihihi..

tapi tu mula2 jer.. orang kata 1st impression la kan.. mula2 semangat belajar sebab ustazah cun.. tapi lama2 keikhlasan belajar tu datang sendiri.. tambahan lagi lepas beberapa ketika.. ustazah kami ni ditakdirkan mengandung.. maka mulalah beliau berpantang larang yang tersangatlah banyaknya menjadikan fatrah waktu beliau mengandung tu memang berubah betul personaliti beliau menjadi seorang yang garang.. perkataan 'pantang' memang tak lepas daripada mulut beliau..

"saya PANTANG betul awak tak garis tepi buku latihan ni! bawak sini buku tu garis 1 buku depan saya sekarang jugak!"
"saya PANTANG betul awak bersembang kat belakang! kalau awak nak bersembang awak keluar sekarang!"
"saya PANTANG betul bila saya bagi kerja awak tak siap buat! siapkan sekarang jugak!"
"saya PANTANG betul blablablablabla..."

ustazah ni.. relek la.. mentang2 la tengah pantang.. pantang sokmo.. hihihi..

namun kegarangan ini tidak sesekali mengubah kami menjadi benci kepada subjek ini.. bahkan kami semakin bersemangat untuk mempelajarinya.. lagipun setelah beliau selamat melahirkan anak dan mula mengajar kami kembali.. beliau kembali kepada personaliti beliau yang asal.. takde garang2.. takde pantang2 dah.. hehehe.. apepun.. jutaan terima kasih buat ustazah kerana membukakan jalan sebagai asas kepada kami hingga kami dapat istiqamah dalam jalan ini hingga ke hari ini..

Ustazah Nawal Shifa.. walau sudah berapa kali pindah sekolah.. kami masih memberi khabar kepada beliau..

masuk tingkatan 3.. Ustazah Nawal berpindah sekolah ke Ipoh dan masuknya seorang ustaz menggantikan beliau bernama Ustaz Azlan.. ustaz yang merupakan lepasan Jordan ni juga mengajar kami subjek Al-Quran dan Al-Sunnah di tingkatan 4 dan 5..

Ustaz Azlan.. berbaju hijau.. waktu beliau jadi guru disiplin.. beliau sangat garang..

semasa tingkatan 4.. ramai antara kawan2 yang sekelas dah berubah arah.. ada yang masuk ke bidang sains dan ada juga yang tukar sekolah.. tak kurang ada yang masuk ke bidang sastera.. di ketika itu aku adalah antara yang masih mahu kekal bersama RKA walaupun mendapat satu lagi tawaran sekolah berasrama penuh iaitu dari SMAP Labu [ataupun SMAP Kajang.. syak disebabkan lemahnya ingatan perawi.. hehe..] tawaran itu aku tolak mentah2 dek kerana sayangkan RKA dan juga guru2 yang ada di SEMARAK..

kelas kami adalah kelas aliran agama yang bercampur dengan sains.. ataupun lebih dikenali dengan kelas AS - agama sains.. kami belajar syariah, al-Quran al-Sunnah dan bahasa arab tinggi.. dan kami juga belajar fizik, kimia, biologi dan matematik tambahan.. jadi boleh dikatakan kelas 4AS/5AS mempunyai 2 kelompok.. satu kelompok pelajar yang cenderung untuk mendalami bidang sains tapi masih sayang untuk meninggalkan bahasa arab.. dan satu kelompok lagi adalah yang cenderung untuk mendalami bidang agama.. dan aku adalah antara kelompok yang bias untuk cenderung mendalami bidang agama.. dan ini terjadi bukan kerana aku sayang untuk meninggalkan bidang sains.. akan tetapi adalah kerana aku sudah mula berasa bosan dan bangang dalam subjek2 sains.. siyes otak aku bukan otak sains.. paper biologi awal2 dah aku drop.. aku buang daripada list untuk diambil untuk SPM.. hanya yang tinggal adalah fizik dan kimia.. dan 2 subjek ni termasuk matematik tambahan adalah subjek yang aku sememangnya mendapat keputusan fail G9 sepanjang tahun..

nampak seperti ada 2 kelompok besar dalam kelas kami.. satu ke bidang sains dan satu ke bidang agama.. tapi sebenarnya pelajar2 ini terbahagi kepada 4 kelompok:

kelompok pertama memang tak minat sains dan mendapat score yang sangat bangang dalam subjek2 sains akan tetapi mereka cenderung dan mendapat score markah yang tinggi dalam subjek agama.. [aku duduk dalam kelompok ni..]

kelompok kedua adalah mereka yang memang score kaw2 subjek sains dan memang dah target untuk masuk matrikulasi sains dan mereka ni kurang berminat dengan subjek2 agama lebih2 lagi bahasa arab..

kelompok ketiga adalah mereka yang memang genius iaitu mereka yang pukul rata minat dan berjaya score dalam kedua2 subjek maka ada advantage untuk kelompok ini iaitu mereka boleh memilih untuk menghala kepada salah satu daripada dua bidang.. bidang agama dan sains.. [os dan pijit duduk dalam kelompok ni.. kerana mereka sememangnya layak untuk kedua2nya.. akan tetapi os memilih untuk ke bidang agama dan pijit memilih untuk further ke bidang sains..]

kelompok keempat pula adalah mereka yang tidak mampu untuk score dalam kedua2 bidang.. maka mereka disarankan untuk cenderung ke bidang sastera dan kemahiran..

memang tradisi sejak zaman abang aku dulu lagi kebiasaannya subjek bahasa arab tinggi tingkatan 4 dan 5 akan dipegang oleh Ustazah Zakiah.. ataupun masyhur dikalangan kitorang dengan panggilan kak kiah.. hehe.. aku dah dengo sejak aku daripada form 1 lagi akan kebestan ustazah ni mengajar bahasa arab.. batch abang aku dipegang oleh ustazah ni yang masa tu kak kiah belum kawen pun lagi.. jadi sejak daripada form 1 aku dah terbayang2 untuk belajar bersama2 beliau.. dan form 4 alhamdulillah Allah sampaikan juga hajat aku untuk menjadi anak didik beliau.. dan ternyata beliau memang the best! beliau betul2 kami anggap seperti ibu kami yang mendidik kami dengan sabar.. walaupun tak semua yang minat dengan bahasa arab ni.. beliau tetap percaya dan cuba untuk menggilap permata yang hilang.. erks.. permata yang tersembunyi dalam sanubari anak2 didik beliau ni..

beliaulah yang menemui permata dalam diri aku.. beliau jugalah yang membawanya keluar dari dalam diri aku dan terus digilap dan terus digilap hingga aku jadi aku yang skarang ni.. beliau lah orang yang bertanggungjawab memilih masa depan aku ketika aku berada di khidmat negara dan kebuntuan untuk memilih bidang apa yang akan aku sambung di peringkat universiti.. waktu kawan2 membantu mengisikan borang KUSZA.. beliaulah yang membuat keputusan untuk aku..

"ustazah rasa ustazah nampak kamu macam boleh pegi dalam bidang bahasa arab.. kamu pilih la kos bahasa dan kesusasteraan arab kat KUSZA tu.."

kata2 itu aku sambut tanpa memikirkan panjang akan kehendak dan minat aku sendiri.. aku yakin yang ustazah lebih nampak apa yang lebih sesuai dengan aku.. sesungguhnya dia merupakan guru dan dia merupakan ibu yang mendidik aku.. aku percaya bulat2 akan kata2 beliau..

didikan dan pengajaran yang beliau berikan juga amat memberikan kesan kepada aku hingga hari ini.. sampai sekarang aku masih menyimpan dan terkadang menyelak2 juga buku latihan qawaid bahasa arab yang aku pelajari daripada beliau semasa tingkatan 4 dan 5 dahulu sebagai rujukan.. bahkan buku itu juga digunakan oleh kawan2 aku yang mahukan nota qawaid secara asas.. ramai yang berkata ia sangat mudah difahami..

Ustazah Zakiah.. berkatnya pengajaran yang ustazah dah bagi hingga bagaikan masih terngiang2 lagi di fikiran kami seolah2 kami sedang duduk dalam kelas dan ustazah sedang mengajar didepan..

terdapat beberapa orang ustazah lagi yang menjadi tulang belakang dalam proses menjadikan aku sebagai orang.. Ustazah Norlaila.. ataupun yang kitorang gelar kak lela.. hehe.. yang mengajar subjek syariah islamiah.. juga merupakan antara ustazah yang sememangnya agak rapat dengan aku.. cubitan 360darjah beliau di lengan dan ditepi perut aku ni seakan2 masih terasa lebamnya sampai skarang ni.. haha.. rindu nak kene cubit lagi ngan ustazah.. takpe la ustazah.. nanti saya suh ustazah lain (bini saya) pulak yang cubit saya wat ilangkan rindu ngan cubitan ustazah.. senang je nak kene cubit ngan bini ni.. cakap jer nak kawen lagi satu.. mesti otometik terus kene.. kan? kan? hahaha..

selain itu.. terdapat juga ustaz2 dan ustazah lain lagi samada yang pernah mengajar aku atau tak yang mana dorang sume ni memang kamcing la ngan aku dan beberapa orang kengkawan.. bile tetiap kali cuti masa KUSZA dulu.. aku ngan beberapa orang makhluk ni mesti pegi ke skolah dan lepak bersama ustaz ustazah ni kat bilik bahasa arab kat sebelah bilik kebal.. menawarkan diri untuk membantu dan berkhidmat apa2 yang mampu kitorang tolong.. kebiasaannya kitorang ditawarkan [ataupun lebih pada menawarkan diri sebenornye.. hehe..] untuk mengconduct aktiviti tahunan lajnah bahasa arab iaitu Mukahyyam Tarbawi.. yang kebiasaannya berlangsung 3 atau 4 hari..

Ustazah Siti Mariam.. pernah mengajar aku di kelas 3A1 subjek pendidikan Islam.. beliau adalah isteri kepada Ustaz Hamdan.. begitu juga dengan Ustazah Salina.. juga pernah mengajar aku yang mana kini beliau dah pun bertukar ke sekolah lain.. Ustazah Che Noraini.. yang amat gemar menyuruh pijit membantu beliau memasang langsir.. haha.. Ustaz Aziz.. suami ustazah lela.. dan juga Ustaz Osmera.. kesemua mereka adalah guru2 agama di SEMARAK.. jazakumullah khairan jaza diucapkan kepada kalian semua kerana memberikan secangkir ilmu buat diri yang jahil ini.. tanpa kalian siapalah saya..

dari kanan: ustazah Siti Mariam, ustazah Lela, ustazah Che Noraini, bakal ustazah Bidasari (ni member aku yang tengah lajo kat UM.. dia pengerusi majlis jer masa ni.. heheh..) - gambor gelap sikit.. sape tah yang jadik kamereman mase ni aku pun tatau.. tak propesenel langsung..

BEBERAPA KES DENGAN GURU

1. Tak suka ngan undang2 sekolah

aku ni ada masalah sket ngan undang2 skolah.. aku tak suka pakai lencana sekolah.. aku tak penah jait lencana sekolah.. biasanya aku jilat2 dan tampal guna gam jer bila ada perhimpunan dan sportchek.. aku tak suka pakai stokin.. aku tak suka pakai tie.. sampai sekarang aku tak reti nak ikat tie.. masa dulu pun aku mintak pijit atau os ikatkan tie untuk aku pada awal taun dan ikatan tu la yang aku gunakan sampai akhir taun.. aku jarang pakai kasut putih.. ingat lagi masa tu aku pakai kasut PUMA warna biru.. aku tak suka masuk perhimpunan.. kadang2 aku ponteng dan lepak dalam kelas dan menggunakan anas ajip dan afiq sebagai pengawas yang kunon2 menjaga aku sebagai pelajar yang sakit dan takleh gi perhimpunan.. padahal niat kitorang berempat sama jer.. aku maleh gi perhimpunan.. dorang tiga orang pun wat2 jaga kelas konon2 padahal niat nak ponteng perhimpunan gak.. hahaha.. kadang2 aku malas nak pakai baju sekolah.. aku terus sarung sweter dan zip sampai tengkuk.. biasa kalau orang tengok budak pakai sweter ni orang akan ingat demam.. padahal aku tak pakai baju skolah pun kat dalam.. hahaha.. masa form 2.. aku suka simpan rambut walaupun rambut aku kerinting.. pernah sekali kantoi ngan Cikgu Roslan.. kantoi beramai2 budak2 kelas aku sume.. masa kat dalam bilik disiplin.. cekgu chek sorang2 dan hanya aku sorang terlepas sebab cekgu tak perasan rambut yang aku simpan sebab kerinting.. budak2 lain sume kantoi dan tak pueh ati ngan aku masa tu.. haha.. yang paling tak pueh hati sekali adalah pijit sebab dahla dia kantoi rambut panjang.. pastu pulak dia yang kene sapu sume rambut2 kat bilik tu.. hahaha..

2. Monteng kelas

aku ni bab ni memang ade masalah beso sket.. nakal sket masa skolah dulu.. iaitu aku ni kuat sangat ponteng kelas.. hehe.. terutama sekali semenjak form 4.. aku ni kalau bende yang aku memang tak minat tu.. tak payah la nak berusaha paksa aku wat.. memang aku takkan wat.. aku paling suka ponteng kelas kimia.. fizik pun kadang ponteng jugak.. sebab aku memang bangang subjek ni dan aku tak minat langsung subjek ni.. bayangkanlah.. tanye la aku formula kimia apa pun.. zink ke.. karbon monoksida ke.. jawapan yang aku bagi hanya 1.. y=mx+c.. tu jer yang aku tau.. hahaha.. dalam setaun tak sampai 10 kali pun aku masuk kelas kimia.. selebihnya agak2nya mana aku gi? haha.. ponteng laa.. bile aku ponteng kelas.. aku tak wat cam dak2 kelas ujung.. ponteng duk dalam tandas.. duk belakang semak.. tak main la.. aku monteng kelas tahap tinggi punye.. jenayah kolar putih.. ngeh3.. biasa yang menjadi mangse adalah ustazah Kiah.. kalo aku nak monteng mesti aku wat2 gi kat meja dia.. tanya itu ini sembang itu ini sampai kadang2 beliau pun terponteng kelas beliau sekali sebab tak perasan sembang ngan aku.. hahaha.. bijak kan? kalau beliau takde pun aku akan ponteng jugak dengan mendudukkan diri kat kusyen kat bilik guru sambil baca paper kat situ.. bila cekgu tanya aku jawapla aku tunggu cekgu.. hahaha.. memang bijak kepala hotak aku ni upenye.. selain daripada bilik guru.. ada 1 lagi port yang memang orang takkan syak ada orang monteng kat situ.. iaitulah surau.. huhu.. tempat yang orang wat untuk solat ni aku jadikan tempat tido yang sangat nyenyak pabila tiba saja kelas kimia.. heheh.. selain surau.. ada 1 lagi tempat yang pun orang tak sangke jugak sebagai tempat ponteng.. iaitulah kantin skolah.. aku dengan selambenye makan kat kantin skolah sampai habih waktu kelas.. konon2 dak skolah petang la.. hahaha.. semua tempat2 yang aku ponteng ni sume tempat yang sememangnya penuh dengan cekgu yang bilamana kita lepak2 takde sape pun yang perasan yang kita sebenarnya tengah ponteng.. hehe.. cikgu yang pernah mengajar aku kimia adalah Cikgu Appalasamy yang sememangnya dikenali ramai dengan 'keseronokan' beliau mengajar kimia.. dan jugak Cikgu Wan Nurul Kalbi.. bini Dr Ramadhan yang ada klinik kat taman sri setia.. masa cikgu ni mengajo aku pernah gak masuk 2 3 kali rasanya.. tapi rasa bosan sebab tengok beliau mengajo dinding.. asik tengok dan becakap ngan papan putih jer.. aku pun lepas2 tu ape lagi.. cabut jela.. hahaha.. bila keluar result SPM.. ada jugak budak2 sains yang bengkek ngan aku.. sebab diorang tak pernah miss hari2 masuk kelas kimia tapi result SPM kimia dorang dapat G9.. gagal jugak.. sedangkan aku yang tak sampai 10x masuk kelas dalam setaun ni dapat result paper kimia aku E8.. janji aku lulus.. hahaha.. nasib2 je tu.. tembak2 terkena la tu.. hihihi..

meja ustazah kiah.. antara port aku monteng.. antara ucapan yang pernah aku ucapkan pada beliau kat situ.. "ustazah.. tunggu la saya habeh lajo nanti saya jadi cekgu saya ada meja macam ni jugak dan masa tu saya tak panggil ustazah dengan panggilan ustazah dah.. sebab kita dah jadi rakan sekerja masa tu jadi saya panggil ustazah dengan panggilan kak kiah jer la.. haha.."

3. Monteng sekolah

ade beberapa kaedah aku melakukan pemontengan.. kaedah pertama.. tak datang skolah terus.. tido je kat umah bile mak tanye apsal tak pegi jawap jer maleh.. yang ni memang sangat kerap aku wat.. kaedah yang kedua ni jarang2 aku lakukan tapi pernah la jugak.. aku datang bawak moto sniri dan datang lambat.. dekat2 kul 10pagi camtu baru datang skolah.. datang2 jer terus paking moto kat tempat paking cikgu kat depan asrama.. ade jugak sehari tu aku sampai2 jer elok aku tongkat moto tetibe Cikgu Shamsuddin [ataupun yang kitorang panggil cikgu sudin] berdiri kat seblah.. cikgu sudin ni guru disiplin sekolah aku.. dia ni sangat2 garang dengan budak2 kelas lain.. tapi dengan kelas aku beliau langsung tak garang bahkan beliau nampak seperti sangat hepi pabila mengajar kat kelas aku.. siap menyanyi2 dalam kelas lagi.. beliau mengajar subjek sejarah kelas aku.. beliau bagaikan individu yang lain bile mengajar kat kelas aku.. nampak macam kelas aku jadi tempat untuk beliau release tensen dengan masalah disiplin2 pelajar lain.. tapi apepun.. pagi tu aku memang sah2 dah terkantoi..

"hah! awak ni dari mane pulak ni.. kenapa awak datang lambat ni!" sergah cekgu sudin sebaik aku menongkat moto..

"maaf cikgu.. saya tak berapa sihat hari ni.. tu datang lambat sikit.." dengan nada buat2 cam batuk2 dan demam2 serta menarik2 hingus dihidung sket.. aku menjawap pertanyaan cekgu sudin dalam keadaan hati yang cuak nye gilo rempah babas punye..

"laaa.. awak dah tau tak sehat kenapa awak datang jugak sekolah?" [aik? aku ingat cekgu nak marah aku..]

"saya sayang nak tinggalkan pelajaran cekgu.." alasan budak baik tetibe kuar terpacul daripada mulut aku.. jahat btui aku neh.. menipu nombor satu.. huhu..

"ish.. jangan gitu.. kesihatan awak lagi penting daripada pelajaran ni.. kelas ni bila2 pun bleh kaver balik.. kalau jadi pape kat awak tengah jalan camne? camnilah.. awak masuk kelas dulu.. nanti kalau awak rasa tak larat awak balik lah ye.."

mula2 aku rasa terharu dan insaf sangat2 sebab cekgu amat mengambil berat terhadap pelajar beliau yang tidak beliau ketahui sedang hanya memberikan alasan yang buhong semata2.. tapi bila aku dengo ayat yang last tu.. terus pikiran jahat aku datang menghapuskan rasa terharu yang tak sampai beberapa saat pun bertapak dalam diri tuh..

"canteklah dah dapat greenlite!!"

natijahnya aku masuk satu kelas jer lepas tu.. dalam pukul 11 pagi tu aku keluar daripada kelas.. stat moto dan terus balik! almaklumlah.. cekgu disiplin bagi greelite kan.. "kalau tak larat awak balik lah.." dengan pantas aku mengatakan aku memang tak larat.. hahaha.. adui.. saya mintak maaf ye cekgu.. mintak maaf sangat2.. masa skolah dulu tu saya memang nakal.. segala pembuhongan saya pada cekgu tu harap cekgu dapat maapkan dan halalkan.. hehe..

cekgu Sudin sebenarnya bukan seorang yang garang.. beliau terpaksa jadi garang kerana jawatan beliau sebagai guru disiplin.. jika beliau tak garang beliau akan dipijak kepala oleh para pelajar.. sebab tu lah bila beliau turun je jawatan tu.. nampak ketenangan di wajah beliau dan jelaslah bahawa personaliti beliau masa mengajar kami dalam kelas itulah personaliti sebenar beliau.. hepi go lucky.. ini dikuatkan lagi dengan pengakuan oleh Ustaz Azlan yang kini mengambil alih jawatan itu..

"saya tak pernah rasa nak tampar budak sebelum saya naik jadi guru disiplin.. tapi lepas saya jadi guru disiplin ni.. tangan saya nak naik sesaje.."

psikologi dan suasana pelajar sekarang.. memang amat2 menguji kesabaran dan tekanan buat para guru..

ada satu lagi kes yang masih aku ingat hingga ke hari ini.. kes ponteng kelas kimia gak ni.. tapi kali ni aku bersubahat ngan sorang lagi.. ngan anas.. aku menggunakan taktik yang sama dengan taktik sebelum ni.. datang agak lewat sket dan paking moto kat tempat paking cekgu dekat asrama.. dan ada satu hari tu aku terkantoi.. aku ngan anas masa tu kuar daripada sekolah naik moto aku.. hari tu anas nak ikut.. hehe.. maka dengan selambe biawak aku blah daripada skolah dan nak dijadikan cerita.. masa tu Ustazah Lela nampak depan mata dia seniri akan pemblahan aku daripada skolah.. maka dengan sukacitanya dia merepot kejadian ini kepada Ustaz Azlan.. dan Ustaz Azlan pulak tak sanggup nak uruskan kes budak2 RKA sebab dia seniri pun mengajar RKA jadi dia rasa malu bila budak RKA buat hal.. adalah amat memalukan pabila pelajar yang menjadi contoh kepada pelajar kelas2 lain pun wat hal.. jadi kes aku dan anas terus dinaikkan taraf kepada kes yang perlu dikaunseling..

kami dikehendaki untuk bertemu dengan Cikgu Ridzuan untuk sesi kaunseling.. [hampeh tol.. padahal baru sekali kantoi..] Cikgu Ridzuan adalah guru kaunseling yang menggantikan Cikgu Taqiyuddin.. oh.. hampir terlupa.. bilik kaunseling pun satu lagi bilik yang clear untuk monteng.. tapi masa zaman Cikgu Taqi jer la.. bila dah stat zaman Cikgu Ridzuan.. kene halau sokmo.. tak menjadi jer skill nak monteng kat situ.. hohoho.. sambung balik citer.. masa kaunseling tu cikgu Ridzuan duk citer macam2.. citer yang kita takleh tinggalkan untuk usaha skor pada paper2 sains tu.. kita takleh pilih2 bulu.. kena skor semua.. patutnya macam korang ni dah mantap paper agama.. tinggalkan la dulu study paper agama tu.. bagi balance.. fokus stadi lebeh pada paper2 sains tu.. mula2 aku menjawab.. tapi kena baleh balik.. jadi terus aku wat kesimpulan yang cekgu ni memang tak paham aku.. aku terus diam dan mengiyakan je setiap apa yang beliau cakap sampai la beliau penat becerita dan becakap tanpa aku balas sebarang apa pun komen.. dalam hati aku terus tekad mengatakan sukahati aku la dah aku tak minat sains kenapa nak paksa2 aku wat benda yang aku tak mampu wat.. keluar je daripada bilik kaunseling tu maka terus berlaku sesi luahan hati antara aku dan anas.. aku melahirkan rasa tak puas hati dengan apa yang cekgu cakap.. aku terbakar sungguh dengan kata2 cekgu yang seolah2 merendah2kan aku bila aku bongok sains.. cara beliau cakap seolah2 aku ni akan takde masa depan je kalau aku terus wat camni.. [tapi aku tau niat cikgu bukan macamtu.. beliau cakap semua tu hanya untuk kebaikan aku.. tanak bagi sijil aku cacat dengan keputusan2 yang fail.. aku jer yang buruk sangka kat beliau..] aku yang tengah terbakar masa tu buat sesi luahan hati ngan anas dengan membakar dia bersama2 aku.. kita buktikan nas.. kita buktikan yang walaupun kita bodoh sains.. kita takkan gagal dalam hidup.. kita ada matlamat kita.. ada target kita tersendiri.. biarkan orang nak kata apa nas.. yang penting.. kita faham diri kita dan kita kejar apa yang kita mahu..

ya.. gagal dalam sesetengah perkara bukan penentu kegagalan dalam semua perkara.. bahkan sekarang.. anas lah sahabat yang paling aku banggakan.. juga menjadi kebanggaan kawan2.. kebanggaan guru2 SEMARAK.. terutama guru2 RKA.. kerana hanya dia sorang sahaja antara kami yang menjadi Al-Hafiz yang telah tamam menghafal 30juzuk Al-Quran dan kini sedang menamatkan Ijazah beliau dalam bidang Qiraat di Syoubra, Mesir.. siapa sangka budak yang selalu sahaja tidor dalam kelas dengan mulut menganga ni sekarang dah jadi martabat yang paling tinggi antara kita.. pembawa Al-Quran.. adalah setinggi2 martabat insan.. mayat mereka tidak akan reput sepertimana mayat2 juga para syuhada.. mereka ada pembantu yang akan membantu dan menemani mereka didalam kubur.. iaitulah Al-Quran yang senantiasa mereka dampingi dan senantiasa hati dan lidah mereka sebut2 didunia ni.. siapa yang kata budak bodoh sains tak boleh berjaya? siapa kata budak bodoh sains tak dapat sambung oversea? aku dan anas dah buktikan.. kami sedang berada di Mesir.. dan kami akan buktikan kami yang bodoh bangang bengap sains ni akan pulang kelak dengan membawa ilmu dan segulung ijazah.. dan itulah sebesar2 kejayaan yang bakal kami tunjukkan sebagai membalas jasa ibu bapa dan guru2 yang banyak membantu kami.. insyaAllah..

anas yang paling kanan.. gambar ni diambil masa hari raya haji masa beliau dan kawan2 dari syoubra datang beraya ke zagzig..

bahkan jika nak dilihat sudut yang lain.. aku percaya.. budak2 yang telah bergelumang lama dalam bidang sains sendiri pun akhirnya akan merasa sekelumit perasaan jauh disudut hati mereka untuk kembali mempelajari bidang agama.. akhirnya akan kembali juga ke forum2 untuk mengambil tahu tentang agama.. akhirnya akan kembali juga kepada ustaz2 untuk merujuk tentang agama.. kembali juga mencari para masyayikh yang boleh mengajarkan mereka agama.. kerana ramai yang sedar ilmu yang mereka ada dalam bidang sains itu hanyalah ilmu fardu kifayah yang terkadang tidak pun diamalkan dalam kehidupan.. lihat saja contoh yang kita memang kenal.. ustaz Abdullah Khairi.. mempunyai segulung ijazah engeneering.. pergi ke jepun.. ke amerika kesana kemari.. tapi bila balik apa yang ayah dia cakap?

"selagi ngko tak mampu nak baca kitab2 arab aku kat belakang ni.. aku tak iktiraf langsung ijazah yang ngko bawak balik walaupun berapa banyak pun ko bawak walau daripada negara mana pun ngko bawak.. kalau ngko tak mampu nak baca kitab2 arab aku ni.. ijazah2 ngko semua tu semua tak ubah macam kertas2 kosong jer bagi aku.."

bagaikan satu penghinaan buat dia yang bertungkus lumus mendapatkan sekeping ijazah.. kata2 ayah dia akhirnya dah sedarkan dia bahawa.. ilmu yang perlu dia cari adalah ilmu agama.. itulah yang terlebih utama untuk menjanjikan kebahagiaan dan keselamatan hidup bukan sahaja untuk dunianya bahkan terutama dan terlebih aula untuk akhiratnya..

jangan salah faham dengan apa yang aku cuba nak bawak kat sini oke.. aku tak memaksudkan semua orang perlu meninggalkan bidang sains dan memilih bidang agama.. point aku kat sini cuma satu.. jangan hina dan merendah2kan orang yang nak belajar agama.. thats all.. tu aje point aku.. bukan aku anti dengan mereka yang belajar bidang sains.. sebab Islam seniri memerlukan kepakaran dalam bidang sains.. dan juga bidang2 lain.. ilmu ini menjadi fardu kifayah selagimana terdapat mereka yang mempelajarinya.. dan jangan lupa bahawa ia juga boleh menjadi wajib iaitu fardu ain kepada kita untuk mempelajarinya jika sudah tiada siapa lagi muslim yang mendalaminya.. ianya tetap diperlukan sebagai wasilah untuk menyempurnakan khilafahnya kita sebagai manusia untuk memakmurkan mukabumi ini.. maka fahamilah apa yang aku cuba nak sampaikan dan janganlah sesekali diselewengkan..

korang pembaca blog ni seniri mungkin termasuk dalam mereka yang mendalami bidang sains.. korang rasa sendiri apa yang aku cakap atau tak.. samada ianya betul atau tak.. korang sokong atau tak.. terpulang kepada korang nak nilai.. korang lebih tau apa yang korang seniri rasa.. aku cuma menyampaikan apa yang aku rasa benar..

apepun aku sangat2 mintak maaf kepada cikgu2 yang amat2 berharap aku dapat mencemerlangkan diri dalam bidang sains.. sungguh aku mintak maaf sebab aku tak mampu dan aku taknak mampu.. sekali lagi aku mintak maaf.. dan untuk para guru.. pesan aku.. tolong jangan memandang rendah kemampuan pelajar2 anda kerana anda tidak tahu apa nasib mereka dan apa masa depan mereka.. berilah sokongan terhadap apa yang mereka rasakan mampu.. asalkan ianya dijalan yang benar.. maka cubalah untuk fahami mereka..

AKU DAN PENDIDIKAN AKADEMIK

seawal tingkatan 1 aku telah cuba sebenarnya untuk menguasai bidang sains.. aku telah mengambil tusen khas dengan bapak kawan baik aku si sapuan yang bernama Cikgu Yusof [cekgu Usop].. ramai juga kawan2 yang masuk tusen beliau ni daripada pelbagai sekolah.. sekolah raja muda musa.. sekolah sultan abdul aziz.. masa tingkatan 2.. rasanya yang mengajar kitorang sains masa tu Cikgu Seri Banun.. kalau tak salah nama dia gitulah.. ingat2 lupa.. majalah sekolah lupa nak bawak gi mesir.. jadi takde tempat nak wat rujukan.. hehe.. masa tingkatan 3 pulak.. kitorang diajor oleh Cikgu Roslan.. cekgu disiplin diketika itu.. yang besnye.. masa tingkatan 3 ni biasa memang semua pelajar tunggu2 nak belajar sains.. daripada form 1 lagi dah tertanya2 dan tak sabar2 untuk masuk pelajaran sains tingkatan 3.. sebab ape? sebab tingkatan 3 la bermulanya silibes sains tentang bab seks dan pertumbuhan jantina.. masa ni la belajo tentang vagina.. tentang rahim.. tentang bentuk badan perempuan.. masa dapat buku teks sains.. sume budak laki teruja selak2 part alat kelamin perempuan.. sampai part2 alat2 lelaki.. semua wat gelak2.. pastu lukis yang bukan2 kat buku teks.. hahaha.. masa belajo.. bila sampai part belajo alat perempuan.. budak pempuan sume wat muke segan2 jer.. bile sampai part alat lelaki.. budak laki wat relek jer.. hahaha.. memang kome lelaki tak tau malu.. :p tingkatan 4 ngan 5 yang ajo fizik adalah Cikgu Alias.. salah sorang cikgu yang mempunyai master tapi mengajar di sekolah.. low profile jer orangnye.. dan jugak seorang yang suka melawak.. beliau ada sebuah basikal tua yang beliau letak kat sekolah wat berulang dalam sekolah antara kelas ke bilik guru.. kelas fizik ni aku banyak kali jugak la pegi.. sebab cekgu kenal aku dan bapak aku skali.. jadi takleh nak monteng sangat.. hehe.. lagipun antara fizik ngan kimia aku rasa leh pegi lagi ngan fizik.. aku sniri pun pernah jugak join tusen yang dibuat oleh cikgu Alias kat rumah beliau.. tapi kejap jer.. setelah aku membuat pertimbangan yang aku tanak serius dalam bidang sains.. maka aku pun berenti tusen2 ni..

kelas aku jugak ada belajar matematik tambahan.. ni antara subjek yang aku memang dapat keputusan fail sepanjang taun.. cekgu yang mengajar subjek ni adalah Cikgu Azua.. [kitorang panggil wawa..] cikgu yang sangat lembut dan tak reti nak marah orang ni sememangnya merupakan cekgu yang best.. aku tau cekgu sangat marah dan selalu sangat kecik ati dengan aku sebab sangat selalu tak buat keje beliau dan aku antara pelajar yang mengambil kesempatan atas kelembutan beliau dan ketidakretimarahan beliau itu.. huhu.. aku tak ada buku tulis addmath macam budak2 lain.. saje tak buat.. keje yang beliau bagi pun aku jarang2 sangat buat.. bila beliau tanya pun aku jawap jujur jer..

"saya tak buat cikgu.." jawap aku selambe
"kenapa awak tak buat?" aku tau cekgu nak marah tapi dia tak reti nak marah dan naikkan suara..
"saya takde buku.. tak beli.." lagi selambe
"saya tak tau dah nak cakap camne ngan awak ni.." nampak dah fedap..huhu..

tapi aku sangat baik dengan cekgu.. walaupun beliau tau aku kadang2 pemalas.. beliau tetap tak putus asa bagi semangat untuk aku terus cuba jadi rajin dan kuasai addmath.. dan disebabkan beliau sangat sabar dan tak pernah marah aku.. aku mengambil keputusan untuk membahagiakan hati beliau dengan meningkatkan keputusan addmath aku.. walaupun aku takde niat langsung pun nak further stadi dalam bidang ni.. aku cuma nak buktikan untuk balas jasa beliau yang tak pernah putus bagi semangat dan tak pernah paksa2 aku..

peperiksaan percubaan SPM menyaksikan aku fail lagi dalam subjek addmaths ni dengan mendapat G9.. lalu fatrah antara trial dan peperiksaan sebenar tu aku gunakan betul2 dengan latih tubi addmath sampai koyak2 buku latihan dan kertas2 kat umah aku wat jalan pengiraan.. takde masa senggang yang aku gunakan melainkan untuk buat latih tubi addmath.. kat sekolah aku wat macam biasa jer.. tak nampak macam berusaha pun.. tapi kat umah.. tonggang tebalik tertonggeng2 aku habiskan jawap soalan2 dalam contoh2 kertas ramalan.. maka hasilnya.. akhirnya aku berjaya buktikan pada cikgu dan menyebabkan cikgu wawa tersenyum lebar akhirnya pabila menyaksikan slip keputusan SPM aku.. matematik tambahan - B3! betulla orang kata.. dimana ada usaha disitu ada jalan.. tinggal nak ngan tanak jer..

aku memang minat matematik.. dulu lah.. sekarang aku minat jugak.. tapi sebab dah lama tinggal.. aku jadi sebangang2 orang dalam matematik.. nak kire tambang bas pun kadang2 aku kene bukak kalkeleter.. hahaha.. lambat gilo babas kalau nak congak dalam paler otak jer.. sebabnyer kos lughah mane ade pakai maths dah.. kalau syariah boleh tahan lagi ada belajo mirath.. aku mane ade.. nak kire ape? berapa patah huruf yang ada dalam bait alfiah ibn malik? kire itu tak payah guna matematik pon bole dapat.. hehe.. memang aku dah jadi lembab maths skarang ni.. apepun terima kasih kepada guru2 yang pernah mendidik aku dalam maths.. sesungguhnya aku pernah mencintai subjek ini dan aku antara pelajar yang menguasai subjek ni.. dulu la.. skarang tak lagi.. huhuhu.. tingkatan 1 aku diajar oleh Cikgu Abdullah [cikgu Dolah].. tingkatan 2 pulak aku diajar oleh Cikgu Wan Rokiah..[aku syak beliau mengajar antara tingkatan 2 dan 4..] tingkatan 3 oleh Cikgu Halimatun.. tingkatan 4 yang mengajar adalah Cikgu Sanusi.. yang mana Sham pernah kantoi main tiup2 bulu ayam masa beliau tengah mengajar dan aku pulak kantoi tido meleleh ayor lior waktu beliau tengah mengajar jugak.. huhuhu.. tingkatan 5 pulak aku diajar oleh Cikgu Hashimah.. cikgu2 ni sume memang beshh..

dalam subjek bahasa melayu pulak.. antara cikgu yang aku ingat adalah Cikgu Hayati.. beliau mengajar masa aku tingkatan dua.. dan beliau jugak merupakan sedara pijit.. sedara belah mana tu aku tak ingat.. sepupu ke.. mak cik ke.. tu gi tanye dia sniri la kalo nak tau.. tehehe.. tingkatan 3 pulak aku dapat cekgu BM merangkap cekgu kelas 3A1 yang paling bes yang aku rasakan.. beliaulah Cikgu Roslina.. beliau sangat caring terhadap pelajar2 beliau dan aku seniri sangat banyak mendapat istifadah daripada beliau.. beliau mendidik aku menggunakan bahasa melayu dengan betul.. memanjangkan karangan dengan kaedah tiada pengulangan ayat dan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan yang terlalu bombastik.. beliau jugak agak pantang dengan pelajar yang malas menulis karangan atau menulis karangan terlalu pendek [ataupun lebih tepat lagi kita katakan dia adalah os.. hahaha..] juga termasuk dalam golongan yang selalu dibebel oleh beliau adalah mereka yang menulis karangan dengan tulisan cakar tapir... [teruk lagi daripada cakar ayam la tuh.. haha.. ataupun lebih tepat lagi kita sebutkan namanya nyoi.. hahaha..] BM aku mantap dulu pun sebab beliau jugak lah yang banyak ajar aku kaedah penulisan yang mantap.. kalau tak.. takde la aku pandai tulis blog dan main2 ayat panjang2 dan bes camni kan.. tu maknanya masa skolah dulu BM aku tak kirelah pemahaman ataupun karangan ataupun sastera aku memang power.. [tapi cikgu2 ni tak pernah ajor pun aku merapu meraban merepek macam ni.. yang ni memang malakah semulajadi aku yang aku gilap seniri guna pengilat kasut.. hahaha..] tingkatan 4 pulak Cikgu Khairi [makruf dikalangan pelajar dengan panggilan cikgu wak ley..] mengajo kitorang jap sebelum beliau berpindah ke sekolah lain.. masa tu dah mula komsas dan kitorang kene baca novel perlumbaan kedua dan julia.. aku rasa aku habeh baca kot novel tu.. kot.. hehe.. apepun.. budak2 zaman sekarang ramai kata bahasa melayu susah.. sebab dorang banyak belajo dalam bahasa inggeris kan.. sains dalam BI.. maths dalam BI.. sampaikan anak sedara aku pun.. ada sorang BI dia dapat A.. tapi BM dia siap kene masuk tusen lagi sebab asik fail jer.. haha.. budak2 sekarang.. gitulah kan..

Cikgu Roslina.. pernah suruh aku jadi pengawas sekolah sekaligus mengembalikan kegemilangan zaman abang aku jadik ketua pelajar dulu.. tapi bute2 jer aku tolak sebab aku tak minat wat keje2 pengawas yang bizi2 sokmo tuh.. hehe.. suri yek cekgu..

lagi..lagi.. BI pulak.. all of my teacher is the best teacher chosen to teach me and made me feel like i'm one of the americans that speaks fluently and talks like george bush and writes like the writer of the sonnet 18.. well.. i didnt say that my english is the best because i know my english is just the broken one and main tibai2 jer.. but i think all of my teacher had their best while teaching me and they had put some knowledge of english language in my serebrum and serebelum so that their students including me didnt be like frog under the coconut shell.. hahaha.. so that their students know how to understand this most important language that have been used globally nowadays.. so that we all know how to make this language as second language.. [actually i made it as third language because now my first language is arabic language.. 2nd comes the malay language and english language positioned as the 3rd one..] i wanna thank all of my teachers who taught me masa skolah dulu.. Teacher Rokiah.. Teacher Mardhiah.. Teacher Noriah.. and also Sir Woo Chi Kun.. [masa tu kitorang panggil beliau woo cikang.. sebab zaman tu tengah pemes bebudak suke pakai kasut cikang.. hehe..] thanks to all of you..

untuk tidak memanjangkan lagi posting yang aku tau dah memang panjang dah ni.. maka aku ringkaskan terus dengan terus menyebut lagi beberapa guru yang aku masih ingat.. antara guru yang pernah mengajar aku subjek geografi adalah Cikgu Che Yang [aku dah lupa lama beliau.. memang makruf beliau dengan panggilan che yang.. kalau tak salah nama beliau noraini.. kalau kome ingat tolong betulkanlah yer..] cikgu yang sangat ramah.. beliau merupakan salah seorang yang menjawat title guru cemerlang.. pernah menjadi pengetua di sekolah menengah seri kandi.. dan akhirnya kembali bertugas sebagai guru cemerlang.. sekarang tatau ape cite.. tapi beliau memang besh lah.. tapi.... walau pun beliau best.. geog aku tetap mangkor jugak.. hahaha..

selain Cikgu Sudin yang mengajar sejarah.. masa form 3 aku jugak pernah diajar oleh Cikgu Osman.. [makruf dikalangan pelajar dengan panggilan cikgu man buey..] sejarah jugak antara subjek yang aku mangkor.. aku suke dengo sejarah.. tapi payah bebenor nak ingat.. tak tau le apekehe.. sampai sekarang pun macam tu jugak.. bidang sirah aku memang kantoi sikit lah.. bab2 nak mengingat nama2 tokoh.. sejarah2 yang berlaku dalam hidup mereka.. yang berkaitan dengan tarikh2.. aku memang suke dengar tapi jarang2 sekali aku ingat.. [memang kompem takleh jadik perawi hadith aku nih.. tehehe..]

untuk bagi kredit jugak pada cikgu2 yang pernah mengajar PJ walaupun aku memang jarang sekali turun PJ.. aku sebutkan jugalah disini ucapan terima kasih juga pada Cikgu Shaarani [makruf dengan panggilan cikgu sadam..] Cikgu Nuri.. bapak kawan sekelas aku adib yang ntah ape cite ntah dia skarang.. dan jugak Cikgu Megat yang sememangnya garang dan ditakuti ramai.. huhu.. aku dulu kini dan selamanya memang jenis yang tak bersukan.. jadi subjek PJ ni aku pandang sebelah ibu jari kaki jer.. kalau sepak bola pun.. aku sepak kedepan pegi kebelakang.. sepak kekanan pun pegi ke tenggara.. aku tak sepak pun aku jatuh jugak sampai koyak seluar.. hahaha.. jadi aku memang tak bersukan dan tak minat bersukanlah.. ngeh3.. apepun bila PJ kene pakse turun maka aku turunlah jugak sekadar tunjuk muke.. hehehe..

akhir sekali.. [aku tau korang memang tunggu2 dah aku sebut perkataan ni.. sebab aku pun dah boring menaip kisah idup aku dan korang pun dah boring nak baca jalan idup aku.. kan? kan? haha..] aku ucapkan terima kasih juga kepada Sir Lim Kit Siang.. [bukan nama sebenar..] aku dah lupa nama sebenar beliau.. haha.. Lim Kok Wing pun bukan jugak rasanya.. tapi makruf lah bila sebut Sir Lim.. yang mengajar KH.. kemahiran hidup.. beliau rajin meniaga jual nagget la.. eskrem la.. sampai begaduh ngan makcik kentin skolah sebab masa rehat orang tak gi kentin tapi orang gi makmal KH beli makan kat situ jer.. hoho.. beliau dah pencen lama dah pun skang ni.. antara kenangan yang takleh lupa dengan Sir Lim adalah pernah sekali tu aku pegi makmal KH dan basuh2 muka dan rambut kat situ.. lalu aku pun jumpe ngan beliau dan bertanya..

"sir.. pinjam sikat jap.."

"awak sudah lama hidup ka?" jawap Sir Lim sambil wat muka bengang dan nampak cam tak puas hati..

"hahaha.. sori sir.. sori sangat2.. saya terlupa.. hahaha.."

aku memang terlupa masa tu yang Sir Lim tu botak tengah.. hahaha.. padahal terang2 dah kepala beliau yang berkilat2 tu depan mata aku.. ape yang aku nampak masa tu pun aku seniri pun tatau.. hahaha..

dengan ini.. tamatlah posting saya.. [untuk bahagian ini..] dan dengan ini saya mengucapkan ribuan dan jutaan dan milion terima kasih tak terhingga kepada semua guru2 saya yang sememangnya sangat banyak menabur jasa kepada saya.. jasa kalian semua hanya Allah yang dapat membalasnya.. saya sebagai pelajar yang terkadang nakal [bukan kadang2 aku rasa.. memang banyak benor aku ni wat hal ngan cekgu2 ni..] memohon sejuta kemaafan diatas segala kekurangadaban dan kenakalan yang saya pernah lakukan.. jika saya pernah melukakan hati kalian semua samada sengaja atau pun tak.. samada secara langsung atau tak.. saya berharap supaya dapat dimaafkan dan dilupakan dan harap cikgu2 sume tak simpan dalam hati.. doa2kan saya berjaya dalam apa yang saya sedang ceburi dan yang paling penting.. doakan saya berjaya di akhirat kelak.. saya senantiasa dan tidak pernah sesekali melupakan kalian didalam doa saya tiap2 kali selepas solat.. selepas mendoakan ibu bapa saya.. pasti saya sertakan juga doa untuk para guru yang pernah mengajar saya.. moga kalian semua berada dalam rahmat Allah.. jazakumullah khairan kathira..

saya akhiri posting ini dengan sebuah kisah..

masa hari guru aritu aku ade la mesej beberapa orang ustazah yang aku memang rapat lah ngan dorang masa sekolah dulu..

sms tu berbunyi lebeh kuang macam ni lah.. [sms tu tak berbunyi pun.. dia bertulis jer.. kehkeh..]

"salam.. saya baru jer abis peksa arini dan dengan sukacita dan merdekanya saya mengucapkan selamat hari guru pada ustazah.. jasa ustazah mendidik saya sememangnya tak ternilai.. jazakillah kheir.. doakan saya berjaya dunia dan akhirat ye.."

dan ada lah sorang ustazah ni.. dia balas sms aku tu..

"syukran. awak murid yang baik"

maka tersenyumlah hati aku kerana beliau mendoakan aku kebaikan dan mengenali aku sebagai murid yang baik..

3 hari kemudian.. sampai satu lagi mesej daripada ustazah yang sama..

"ini siapa ye??"

hahaha.. terjatuh aku daripada katil ketika membaca sms tu.. takkan sampai 3 hari beliau ambik masa nak ingat sape aku kot.. dah la laju jer balas kata anak murid yang baik 3 hari lepas.. ntah sape2 yang beliau kata baik tu aku pun tak tau.. hahaha.. lalu dengan pantasnye aku membalas..

"tehehe.. ape la ustazah ni.. anak murid yang hensem dan baik ni pun ustazah tak kenal.. saya fahmi laa.. anaknye ostat amin.. kat mesir lagi skarang nih.. kem salam kat ustaz dan anak2 yer.."

tut tut.. mesej sampai kat hempon aku..

"oooo.. anak murid yang hensem ni rupenye.. sori le tak perasan.. maklum le SELALU SANGAT BAGI SMS.."

ngeheheheheheheeeee..

Kelas 5 Agama Sains (5AS) yang digurukelaskan oleh Cikgu Wawa.. 5AS is the best! the memory remains..

selamat hari guru yeee~

to be continued..
kesatria baja itam minggu depan episod sambungan.. jangan miss.. tunggu depan tibi tau..

Friday, May 22, 2009

Terima Kasih Cekgu (Bahagian 1)

Posted by The Pamiesz® | Friday, May 22, 2009 | Category: | 5 Kata Komenan

salamullah alaikum warahmatuhu wabarakatuh

kali ini anda semua akan dibawa ke alam barzakh.. hehe.. takdelah.. anda semua akan saya bawa jauh kedalam alam memori saya sejak saya kecil comel hinggalah besar [pun comel] kini.. posting kali ni anda semua akan melalui perjalanan hidup saya.. anda akan bertemu dengan sekian2 nama dan individu yang terpahat mereka ini dalam kamus hidup saya sepanjang 23 taun saya dah idup di muka bumi Allah ni.. mungkin anda kenal siapa nama2 ini.. dan berkemungkinan juga anda sendiri merupakan salah satu daripada nama2 ini.. apepun.. nama2 ini semua akan tetap terpahat dalam jiwa sanubari dan kepala hotak saya yang tidak berjambul ini hingga hari kiamat.. anda semua juga akan dibawa merasa segala kenangan pahit manis saya dan beberapa kisah yang pernah berlaku sepanjang saya duduk dibawah didikan seorang bernama GURU... posting ini sememangnya dibuat khas sempena hari guru yang berlalu beberapa hari yang lalu bagi mengenang jasa semua guru2 saya..

posting ini mungkin agak panjang.. [macam biase la si pamie kalo dah dapat merepek mane maunye pendek2.. kan?] ada kemungkinan kawan2 dan para sahabat yang duduk sezaman dengan saya akan merasai dan turut mengenangkan kembali segala kenangan2 ini.. pesan saya.. sila jangan menangis kerana terharu mahupun gelak menonggeng kerana teringat kesah silam.. gelak takpe.. tapi jangan sampai tertonggeng oke.. dan satu lagi.. tolong jangan baca blog ni sambil minum sebab takut2 anda akan tersembur air yang anda cuba nak teguk direct kepada monitor anda menyebabkan ianya short dan akhirnya meletup serta memudaratkan diri anda.. akan tetapi jika anda menggunakan laptop kalis air maka tidaklah mengapa.. minumlah dari paip bomba sekalipun maka anda tidak akan perlu risau laptop anda short walaupun disembur paip bomba kerana ianya kalis air.. jika anda surfing the net menggunakan laptop kalis api pula.. cubalah melayari internet dengan meletakkan laptop itu diatas dapor gas sambil menyalakan api sederhana kerana itu akan menambahkan kefeelingan dan zouq anda ketika melayari internet dan membaca blog.. tidak percaya? cubalah sendiri.. jika anda menggunakan laptop kalis nampak (invisible) pulak.. lebih baik anda tidak melayari internet kerana anda takkan nampak apa2.. kat mana laptop anda letak pun anda tak tau sebab tak nampak pun laptop tu ade.. ntah2 takde pun sebenornya kan.. cuma bayangan anda je anda mempunyai laptop padahal sebenarnya itu hanya satu fantasi anda.. [mengarut gi mane dah ni pamie? ko nak cite pasal guru ke pasal laptop?]

GURU PERTAMA DALAM HIDUP

beliaulah mak dan abah saya yang saya amat2 cintai dan sayangi serta rindui tambah kasihi plus ingati.. Raudzah bt Mohamed Noor dan Mohamed Amin bin Nasri.. makcik intan ngan ostat amin.. mereka berdua nilah guru pertama dalam hidup saya.. mereka lah yang mengajar saya macamane erti kehidupan.. mereka lah yang mengajor saya berjalan.. bercakap.. mereka lah yang mengajar saya kaedah basuh berak yang betul.. mereka lah yang mendedahkan kepada saya untuk takutkan Tuhan.. mereka lah yang memberitahu saya bahawa Islamlah agama yang satu dan Allah lah Tuhan yang Satu.. mereka lah yang mendidik saya supaya menjadi manusia dan bukannya binatang.. mereka berdualah yang hari2 bisin kat telinge saya membebel2 itu ini daripada saya sebeso ibu jari sampai la dah beso panjang cenggini supaya saya faham dunia ini sungguh celaka dan tak semudah yang disangka untuk melaluinya.. bebelan demi bebelan bisingan demi bisingan itu tak lain tak bukan bukanlah untuk mencambahkan kebencian dan kemenyampahan dalam diri saya sebagai anak akan tetapi apa yang mereka buat itu hanyalah semata2 untuk mendidik supaya anak2 mereka tak buat salah dalam mengharungi dunia yang celaka.. mereka dah lama hidup.. dah faham hidup.. dan mereka nak fahamkan saya tentang hidup.. supaya kelak saya akan dapat fahamkan anak cucu saya pulak tentang celakanya hidup dalam dunia yang bakal mengalami kehancuran ni jika tak diserikan betul2 dengan pegangan agama dan cara hidup Islam..

terima kasih mak dan abah.. terima kasih kerana tanamkan pada jiwa pami satu didikan asas dan pegangan agama yang kuat.. mak dan abah tak perlu risau ye.. anak mak ngan abah ni dalam proses nak jadi orang.. walaupun terkadang pami derhaka pada mak dan abah.. percayalah dalam hati pami ni takde sekelumit pun rasa nak melawan mak dan abah.. kalau ade jugak derhaka sengaja atau tak tu.. pami dulukan dengan ucapan ampun dan maaf.. pami sayang mak dan abah.. takde guru terbaik lagi didunia ini untuk pami melainkan mak dan abah.. [actualy abah aku memang sorang guru agama skolah rendah.. jadi beliau tu guru dirumah dan juga diluar rumah..] jazakumallah khairan kathira.. moga Allah sentiasa menenangkan dan menyenangkan hati mak abah serta membahagiakan hidup mak dan abah didunia dan diakhirat kelak.. masukkanlah mereka dalam golongan yang mendapat syurga-Mu kelak ya Allah.. amin ya rabbal alamin..

mak abah pami dan pidos waktu hari raya aidilfitri 2005.. rindunyer kat mak abah..

ALAM PERSEKOLAHAN
TADIKA PASTI (1992)

aku anak manja? boleh kata la.. standard bongsu la kan.. aku pernah masuk tadika.. tapi tak kekal lama.. sebulan dua jer aku duk kat tadika PASTI teluk intan tu.. pastu.. lama2 aku maleh dan berenti.. aku pun dah tak ingat sape nama guru yang mengajar aku kat tadika diketika itu.. muka beliau pun aku tak terbayang dah.. sebab terlampau sekejap kot.. ataupun sebab lain mungkin sebab cekgu tu tak cun menyebabkan aku takde semangat nak belajar tadika.. hahaha.. [walau apepun.. walau siapapun beliau tetap pernah mengajar aku dan aku tetap berterima kasih atas jasa beliau sungguhpun aku dah tak ingat kat beliau dan beliau pun mesti tambah2 lagi dah tak ingat kat aku..ngeh3..] pemberhentian ini mengakibatkan aku menjadi bengong dalam pelajaran aku hingga mengakibatkan aku tidak tahu menulis melainkan huruf besor.. [dah duk umah pun aku main jer keje.. tanak belajo ngan praktis menulih sniri..] ini berlarutan hinggalah aku memasuki hari pertama darjah 1..

ALAM PERSEKOLAHAN
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ (1993-1998)
KELAS 1-6 MERAH

dalam keadaan debaran hari pertama memasuki sekolah yang sememangnya pernah dirasai oleh kita semua.. aku masuk ke dalam kelas ditemani oleh abah ketika itu.. lalu untuk mencari tempat duduk dan kawan yang sesuai, mata abah ligat melihat kekanan kiri lalu ternampak kelibat seorang makhluk yang sedang duduk dengan muka yang konon nampak cam baik dan thiqah serta kerusi yang kosong disebelahnya..

"pahmi.. kamu duduk kat situ.. sebelah anak Ustaz Rahman tu.. kamu pegi kawan dengan dia.. anak kawan abah tu.." kata abah..

lihatlah bagaimana orang tua kita mendidik.. sejak awal2 lagi mereka mendidik kita untuk memilih kawan.. kalau daripada hari pertama kita bersekolah kita dah bergaul dengan orang yang salah.. maka tak hairanlah kesannya jika kita dapati anak2 kita sekarang bersikap kurang hajar dek kerana kesan daripada ibu bapa yang tak amik peduli tentang dengan siapa anak mereka bersahabat seperti yang banyak berlaku sekarang.. inilah kesan buruk yang menjadikan pelbagai masalah timbul dalam dunia pendidikan sekarang.. kesan daripada mereka bersahabat dengan orang yang salah sejak awal permulaan pendidikan lagi..

dengan muka tak tau pape.. aku pun ikutkan je cakap abah.. duduk kat sebelah mamat yang konon baik dan thiqah tu.. lalu abah kabo dia nak balik dan pegi keje.. dan mengkabokan juga bahwe mak akan tunggu aku.. masa tu mak menanti di luar kelas memegang bekal makanan dan menanti waktu rehat tiba.. beselah.. hari 1st kan.. hari2 seterusnye tu takde la dah mak tunggu.. tau dah la aku camne nak idup kat skolah..

masuk sorang cekgu pempuan.. menandakan kelas dah nak bermula.. ibu bapak mula beredar.. lalu kelas pun bermula..

"selamat pagi murid2.. nama saya Suriati.. saya adalah guru kelas kamu semua.. kelas 1 Merah.."

"ooh.. Cikgu Suriati.. nampak baik.." bisik hati kecik aku yang sebesar 2cm..

perkara pertama yang menjadi persoalan dan kegusaran serta kerisauan murid2 adalah mendapat cikgu yang garang.. first impression terhadap guru adalah dengan melihat ekspressi muka serta cara bercakap mereka samada garang atau tak.. cikgu yang garang pasti akan sangat ditakuti oleh anak murid.. manakala cikgu yang lembut tutur kata dan raut wajah pasti akan lebih menyenangkan hati murid2..

"hari ni kita belajar menulis dan melukis sikit.. keluarkan buku tulis ye.. awak semua lukis dan tulis macam yang cikgu buat kat papan hitam ni ye.."

lalu cikgu Suriati melukis gambar matahari awan bulan dan bintang serta menulis dibawahnya dengan nama setiap daripada benda2 tu.. aku diketika itu dah mula resah.. aku tengok kiri kanan.. semua budak relek jer tulis.. lalu aku mengangkat tangan..

"cikgu.. kene tulis huruf beso ke kecik?"

"awak buat macam yang saya tulis depan ni la.."

alamak.. camne ni.. aku tak reti tulih huruf kecik.. aku dah mula takut.. nanti mesti cekgu marah.. cekgu mula menghampiri..

"kenapa awak tak tulis?"

"err..cikgu.. saya tak reti.."

lalu cekgu Suriati memegang tangan aku dan menarik pensel yang ada ditangan aku membentuk beberapa huruf..

"macam ni ha.. oke.. awak sambung sendiri habiskan tulis ye.. hafizi.. awak tolong ajar dia tulis ye.." kata cikgu Suriati sambil mengisyaratkan kepada mamat yang konon baik seblah aku ni untuk membantu aku tulih huruf kecik..

lalu mamat yang baru ku tahu namanya hafizi ni pun dengan taatnya membantu aku mengajarkan bagaimanakah untuk menulis huruf kecik..

"dah darjah 1.. tapi huruf kecik pun tak reti tulis.. kecik2 dah bongok.. dah tau bangang camni duk umah jela watpe pegi skolah.." kata hafizi dalam hati dia.. sebagai sangkaan buruk daripada pemikiran aku seniri yang menyangkakan mesti dia cakap aku camni masa tu.. hahaha.. malu la siot.. kelas pandai.. kelas first.. tulih hurup kecik pun tak tau.. hahaha.. hafizi diam jer masa tu.. wat2 thiqah.. dia tolong jer ajar tanpa banyak songeh.. tapi masa tu jelah.. dah beso2 remaja sikit.. sampai la skang.. pekerjaan dia duk ngungkit citer ni jelah..

"ko tak ingat ke aku yang ajor ko tulih huruf kecik? kalo tak kerana aku ada masa tu mesti sampai sekarang ko tak reti menulis.. hahaha.."

apepun.. hafizi ataupun lebih dikenali sebagai pijit sememangnya pernah menjadi guru aku satu masa dulu dan aku tetap berterima kasih kepada beliau.. dan beliau jugak merupakan sahabat baik aku yang sampai skarang aku masih rapat dengan dia walaupun kami pernah berpisah kejap setaun sebab mamat ni pindah skolah asrama penuh masa form 1.. tapi ternyata dia tak dapat tahan rindu kat aku lalu membuangkan diri seniri daripada sekolah tersebut dengan membuat kes2 budak jahat menyebabkan form 2 dia kembali sekelas dengan aku hinggalah habeh form 5.. haha.. pehtu duk hasut pulak aku jadi budak jahat kat skolah seri perak tu.. ish3.. teruk betui perangai beliau.. hahaha..

dengan cekgu saya cekgu mohd pijit waktu ni beraya kat umah cekgu saya jugak Ustazah Kiah..

selain cikgu Suriati.. banyak lagi cikgu2 yang masih aku ingat muka dan nama dorang sume.. kalau ada pun sesetengahnya aku masih ingat muka tapi dah lupa nama.. ada jugak yang ingat nama tapi lupa muka.. biasalah.. selalu sangat masak semut masak kicap.. tu yang lupa tu.. haha.. sebelum aku wat posting ni pun.. aku dah sembang dulu ngan beberapa orang kawan lama mengimbau kembali kenangan masa zaman persekolahan dulu.. antaranya Najwa.. (bukan najwa bini ko ni lotpi.. haha.. najwa ni dak kelas aku masa dajah 4-6 yang merupakan budak pempuan yang paling top ranking digilai oleh bebudak laki satu skolah masa tu.. nasib bek aku tak termasuk dalam golongan2 lelaki yang tergila2 itu.. aku cool jer ngan pempuan.. hahaha..) antaranya lagi Hikmah.. (kulaan aku yang skang tengah lajo kat Ireland..) dia pun banyak ingatkan aku tentang nama2 cekgu yang aku dah terlupa namanya.. pastu.. ada sorang lagi ni.. pijit la sape lagi.. antara dorang ni.. mamat ni la yang paling kuat sekali ingatan.. tak sia2 ko ngapal Quran pijit.. pikap otak ko.. otak aku.. kalau tak save dalam blog memang biasa tak ingat la.. hahaha.. apepun.. time kasih banyak2 sudi kongsi kenangan ngan aku.. chat ngan korang memang penat.. sakit perut aku asik gelak jer bila duk imbau kenangan lama.. terputus2 urat kentut sebab banyak sangat gelak sampai terkentut2.. tu pun nasib bek la tak tercirit2.. kalau tak penat nak basuh lantai.. hahaha.. tapi kebanyakan daripada cerita2 tu takleh aku citer kat sini.. cencored.. bukan cencurut.. kene sensor la.. takkan tulih bahse omputih sikit pun tak reti nak baca dah.. ape gune muet dapat band 18.. hahaha..

yang pernah mengajar matapelajaran agama pada masa aku sekolah rendah tu adalah Ustaz Rahman.. bapak pijit seniri.. Ustaz Yaakob.. kawan bapak aku sniri.. skang keje kat PPD rasanya.. dekat Seri Iskandar.. sebab abang aku kabo selalu nampak beliau dan selalu gak abang aku racing ngan beliau masa sama2 balik daripada keje.. hehe.. lagi.. Ustaz Husaini.. best ustaz ni.. lawak dan sempoi.. ustaz mude la katekan.. last aku jumpa beliau sebelum gi mesir aritu beliau dah jadik abang polis.. ronda2 naik kriss kaler biru.. Ustazah Khaza.. Ustazah Safiah.. sape tak kenal.. ustazah paling garang di alam semesta.. rasanya kalau letak dorang depan murid2.. ngan letak singa depan murid2.. gerenti murid2 tak lari bila ada singa tapi lari bila ustazah ni datang.. hahaha.. lagi.. Ustaz Harun.. ngajo masa dajah 6.. pastu ada sorang lagi ustazah praktikal tu aku lupe dah name beliau.. mereka2 ni la yang menjadi asas kepada pendidikan agama Islam aku.. jazakumullah khairan kathira.. tak lupa jugak kepada ustaz ustazah yang mengajor aku kat skolah agama KAFA kat masjid Naim taman seri setia.. tak lupa ucapan terima kasih atas jasa diorang jelah.. tapi nama dorang aku lupe.. soriii.. huhuhu..

pastu wujud lagi cekgu2 lain yang mengajar aku dalam pelbagai matapelajaran lain kat skolah.. aku ni skolah kebangsaan.. sekolah yang digurubesarkan oleh Cikgu Syafie ini adalah skolah kerajaan.. bukan skolah agama.. jadi pengetahuan aku tentang agama hanya aku dapat secara umum.. tak daqiq dan detail macam budak2 skolah agama dapat.. yang ada matapelajaran khas dan detail seperti fiqh.. sirah.. bahasa arab.. Quran.. hadith.. semua tu ada matapelajaran seniri.. aku ni tak.. semua belajo secara umum dalam satu matapelajaran sahaja.. iaitu Pendidikan Islam..

antara cekgu lain yang terpahat kenangan bersama beliau adalah Cikgu Peter Lim.. mula2 aku duk ingat nama beliau peter pan.. tapi rasa macam pelik jer lalu kutanya kat kawan2 dan bila dorang sebut baru aku teringat yang peter pan tu adalah band yang menyanyikan 'lagu ada apa dengan bapakmu' bukannya seorang cekgu.. haha.. sebut jer Peter Lim.. sape yang tak kenal kat skolah sultan tuh.. cekgu yang best ajo math tapi baran ikut suke hati dia jer.. beliau pernah beberapa kali menghempuk belakang anak murid sampai menangeh dan rasa2 berpinor2 macam nak mati.. [agak2 aku pernah kene tak? hehe..] selepas menghempuk itu beliau pernah juga mengoyak buku math murid yang tebalnya 200ms hingga terbelah dua dengan barehanded seraya mencampakkan keluar tingkap daripada tingkat 2.. [seingat aku yang kene tu nama dia harivin ataupun pravind.. aku dah tak ingat..] semua ini dilakukannya hanya kerana keje skolah tak siap.. namun tidak pulak ada murid masa tu yang berani untuk mengatakan kepada cikgu secara depan2 "bodo celaka punye cekgu sakit la bangang" apatah lagi untuk membelasah cekgu dan menerajangnya dihadapan kelas mahupun menantinya dibelakang lorong degan kayu besbal dan geng mafia mahupun mencalar balarkan kete cekgu..

semua itu hanya penyakit anak2 murid zaman skarang yang memang terlebih banyak akhlak dengan cekgu.. zaman kitorang dulu bior garang mana pun cekgu bior sakit mana pun cekgu buat kat kitorang.. kitorang tetap takut dan hormat.. biar pun yang kene hempuk tu pelajar paling samseng pun.. tak pernah melawan.. [depan2 tak memang kompem lah tak berani kan.. tapi cube tunggu waktu rehat jumpe ngan kawan2.. yang kene hempuk dengan dia tu jaga lah.. habeh dia luahkan tak pueh hati dia kat kengkawan.. pendek kata sembang belakang la.. maki2 blakang2 tu biase lah kan.. sape yang nak redha tetibe kene hempuk kan.. hehe.. tapi padan muka seniri la sape suh tak siap keje skolah kan.. hehe..]

selain itu beliau juga mengamalkan sunnah Nabi dengan melakukan perniagaan tambahan untuk mencari rezeki yang halal iaitu menjual setem dalam kelas.. hinggakan budak2 yang sepatah haram tak pernah minat hobi kumpul setem pun tetibe jadi minat.. tetiap kali dah nak habeh kelas.. beliau pun bukak la buku setem beliau tu maka berkerumunlah budak2 kat meja dia dan berebut2 cari setem yang lawa2.. habeh duit belanje skolah dibelanjekan untuk membeli setem2 yang aku pun tak tau ape pekdahnyer tu.. [termasuk la aku.. aku pikir2 balik memang takde zouq langsung kumpul setem.. baik aku kumpul duit wat beli setem tu wat gi makan eskrem ataupun cok yam pakcik kedai jimat kat tepi skolah tuh.. haha.. bayangkanla dulu aku siap curik duit mak aku lagi sebab nak wat beli setem ngan album setem yang beso dan mahal2.. adui.. bongok sungguh aku diketika itu.. mak.. sori tau duit tu.. dah mintak halal dah aritu kan.. hehe..]

lagi.. ada sorang lagi cekgu yang memang aku tak penah suka kat dia.. kat skolah aku ni ada matapelajaran muzik.. aku ni pulak memang takde bakat dalam bidang muzik.. suara dah kompem tak sedap.. main alat muzik pun sepataharam takde bakat.. semua sumbang.. maka tetiap kali untuk ke kelas Cikgu Victor Dass.. aku memang rasa penuh benci dan malas.. aku tak pernah beli pun rekorder yang dikehendaki untuk setiap murid beli tu.. [rasanyela.. kalo ada beli pun awal2 dah hilang ataupun aku tak bawak ke skolah..] kelas muzik aku ni berhampiran dengan pavillion (tempat kerusi2 panjang yang diletakkan untuk penonton yang mengadap ke padang..) maka kebiasaannya mereka yang tidak mempunyai rekorder atau tak membawaknya akan dimaki terlebih dahulu dengan satu perkataan keramat.. "COCONUTTT" lalu dihalau keluar kelas dan berdiri sepanjang masa kelas di pavilion.. hahaha.. aku rindu betui nak dengo perkataan tu.. aku pun tak tau ape logiknye cekgu tu menyebutkan buah kelapa kepada murid yang degil.. mungkin dia mahukan kami lebih banyak meminum air kelapa agar sejuk hati untuk belajar muzik kot.. hahaha.. aku adalah antara mereka yang sengaja mengCOCONUTkan diri tak bawak rekorder dan berdiri di luar kelas sebab aku lagi suke duk luar kelas daripada belajar muzik.. tehehe.. member paling COCONUT yang bersama2 mengCOCONUT diri dengan aku adalah sapuan anak cikgu usop.. ngeh3.. dia lagi anti ngan cekgu ni.. abeh keleh je mesti ngumpat cekgu ni.. kutuk macam2.. bau ikan la.. ape la.. hehe.. [cekgu ni ada lori ikan dan dia jugak seorang penjual ikan..] ada sorang lagi cekgu muzik yang bernama Cikgu Aizudin.. pernah jugak belajo muzik ngan beliau.. beliau ok sket ramah ngan budak.. tapi aku tetap tak dapat timbulkan minat terhadap matapelajaran ni.. ngeh3.. [elok la pun aku tak reti.. kalo tak rasanya skang ni aku dah ada band metal aku sniri dah.. kot2 jadi anak buah children of bodom.. dapat didikan khas daripada alexi laiho ke.. takpun joe satriani ke.. yngwie malmsteen ke kan ajak aku duel ngan dorang.. kehkehkeh..] beliau ataupun cekgu muzik len ni biasanya jadi konduktor muzik yang konduk nyanyian lagu negaraku lagu negeri perak dan wawasan2020 serta lagu skolah atas pentas setiap kali perhimpunan hari isnin.. kalau cekgu Victor main gitar.. cekgu Aizudin jadi konduktor.. gitulah sebaliknya..

Cikgu Sanjit Singh.. [ataupun lebih mesra dengan gelaran Bunjit dikalangan murid2..] merupakan cekgu yang paling disayangi oleh murid2 kelas 6merah.. beliau merupakan guru kelas sekaligus mengambil peranan sebagai cekgu yang mengajar BI dan jugak PJ.. beliau sangat disayangi oleh murid2 dan diingati hinggalah ke hari ini oleh setiap murid kelas itu dan berkemungkinan semua murid ini akan menyayangi dan mengingati beliau hingga ke hari kiamat dek kerana dendamnya mereka tak dapat PJ selama setaun.. hahaha.. tiap2 kali waktu PJ cekgu ni suh duk dalam kelas jer wat keje seniri.. suh ulangkaji sebab dajah 6 ni dah nak UPSR.. takleh banyak main.. kakaka.. alasan.. disebabkan keboringan dan ketensenan.. murid2 punye la boring tak dapat PJ sampai ada beberapa orang2 itu tak tau nak wat ape dalam kelas lalu mengoyak kertas tespad kosong dan digulung serta dibakar dan dihisap seperti rokok.. hahaha.. memang sah takde keje dan takde pekdah.. pastu wujud pulak la sekor makhluk membuat durjana dan merepot ke balai polis akan perbuatan mulia menghisap testpad tu.. haha.. bukan balai polis.. balai guru.. hihi.. lalu dengan muka ganas Cikgu Sanjit masuk dalam kelas dan meminta budak2 baik tersebut mengaku akan perbuatan mulia itu untuk diberikan ganjaran berupa wang tunai bernilai RM200.. siapakah agaknya budak2 baik itu dan siapakah makhluk durjana yang membuat onar dengan menjadi kaki jipang (kaki repot) tersebut? aku rasa aku budak jahat.. yang wat pasal tu budak baik2.. so.. aku tak termasuk la kan? kan? hahaha..

sebenornye banyak lagi aku nak citer pasal cekgu ni sorang2 punya peel.. tapi patah la lutut aku nak taip.. nanti korang pun patah hati kang nak bace.. hahaha.. ni baru sekolah rendah aku ni.. ada beberapa peringkat lagi aku nak tulih ni.. ambik la masa 3 hari ke 7 hari ke baca posting aku yang 1 ni je.. mau kalah panjang posting kawen nih.. hihi..

selain tu.. antara nama2 lain lagi yang aku ingat.. yang pernah ajar sains.. Cikgu Mustafa.. Cikgu Zawiyah.. Cikgu Nordin.. [ramai yang tak ingat bile sebut cekgu Nordin.. tapi bile sebut ninja turtle.. sume orang ingat terus dan tergelak.. haha.. ampun cikguuuu..] rata2 cekgu ni sume umah dorang kat pekan baru.. pastu lagi Cikgu Kadir.. bapak amin soleh kawan sekelas aku.. mengajo kemahiran hidup.. merangkap penjaga kedai buku sekolah.. kelas beliau ni memang selalu ditunggu2 oleh murid2.. sebab best.. banyak wat praktikal kemahiran hidup.. sebab tu aku terer bertukang.. cat2 umah.. menjait.. memasak.. menipu.. erkss.. menipu tu taklah.. hehe.. pastu lagi Cikgu Jumaili [masyhur dengan gelaran Jumanji oleh bebudak..] mengajar kajian tempatan.. pastu Cikgu Rosedzidan mengajar BM.. Cikgu Rohaida ajar BI.. Cikgu Rohana ajar pendidikan seni.. dan banyak lagi..

walaupun aku tak sebutkan semua nama2 mereka yang tak disebutkan disini.. mereka semua tetap aku ingat.. walau bagaimana keadaan mereka semua.. walau Muslim walau Non-Muslim.. mereka tetap pernah menjadi guru aku dan merekalah yang pernah menyumbatkan ilmu kedalam kepala hotak aku ini dan menjadikan aku adalah aku yang sekarang ini.. jutaan terima kasih buat guru2ku.. aku senantiasa mendoakan kalian agar berada dalam keadaan yang sehat dan baik.. moga kalian semua guru2ku senantiasa berada dibawah rahmat dan maghfirah Allah bagi yang muslim.. dan moga mendapat hidayah dari Allah bagi yang non-muslim..

para guru ini setiap satunya membawa watak berlainan dan cara mengajar yang berlainan.. ada cikgu yang memang sangat2 murid tunggu untuk masuk ke kelas sebab perwatakan yang baik dan cara mengajar yang jelas dan mudah difahami.. ada yang semangat mengajar.. ada yang macam tak ikhlas jer.. ada pulak yang tak berapa pandai nak susun ayat untuk bercakap dan memahamkan pelajar.. ada juga yang sangat2 slow bercakap menyebabkan murid2 tertidur dalam kelas.. ada jugak cikgu laki yang gatal.. meraba2 peha dak pempuan.. meraba2 telo dak laki.. [nasib bek aku tak pernah kene.. aku suci.. kot.. hahaha..] ada jugak cekgu pempuan yang seksi.. ngan kebaya ketatnye.. ngan bau perfume yang boleh dicium daripada kantin sekolahnye.. pegi skolah bukan untuk ngajo kot.. untuk ngorat cekgu laki gamaknye.. haha.. aku takndak kabo le sape kan.. kalo korang duk satu skolah ngan aku korang mesti tau punye sape individu itu.. hehe.. apepun pendek kata.. cekgu itu juga manusia yang kita sendiri tahu ada bermacam2 ragamnya..

menyampaikan ilmu ni pun ada malakahnya.. ada bakatnya.. lain orang sememangnya lain cara.. cara penyampaian setiap cikgu juga lain.. cara penerimaan murid2 juga berbeza.. sebaik2 guru dalam menyampaikan ilmu hanyalah Rasulullah SAW.. kalam Baginda jawami'ul kalim.. pantas Baginda menyampaikan.. sallallahu alaihi wa sallam.. pantas jua ia dihafal dan difahami oleh para sahabat Nabi yang mendengar.. radhiallahu anhum ajma'in..

guru tidak maksum.. akan tetapi guru wajib dihormati.. guru sendiri patut menjadi seseorang yang berperibadi mulia kerana dibawahnya terdapat berjuta murid dan pelajar dari generasi yang berlapis2 yang senantiasa mahu mengambil guru sebagai contoh tauladan.. jika guru sendiri menunjukkan contoh tidak baik kepada para pelajar.. nescaya pelajar juga secara langsung atau tidak akan terikut meneladani peribadi guru.. ataupun setidak2nya murid dan pelajar akan mengingati keburukan akhlak yang ditunjukkan oleh guru.. ini adalah natural.. keburukan yang ditunjukkan seseorang terutama daripada orang yang kita hormat dan respek akan lebih mudah kita ingat dan kekal dalam hati..

walaupun begitu daripada adab seorang pelajar.. tidaklah patut menjadikan keburukan guru itu sebagai satu perkara yang perlu disebut2 dan dihina2 serta direndah2kan kerana kebaikan yang sangat banyak yang telah diberikan oleh mereka itulah yang lebih patut dan lebih layak untuk dikenang2kan.. setiap manusia pasti ada aibnya.. maka tinggalkanlah aib itu supaya ianya menjadi urusan antara beliau dan Allah dan jangan kita mencontohinya dalam urusan itu sahaja sebaliknya ambillah contoh tauladan daripada apa yang benar dan haqq yang dibawa olehnya.. ini bertepatan sepertimana yang sering dikatakan oleh Syeikhuna Syeikh Yusuf Al-Hasani hafizahullah kepada kami anak didik beliau:

خذوا عنا ما يوافق ولا تأخذوا ما يخالف

"ambillah daripada kami apa2 yang bertepatan (dengan syariah) dan jangan kalian ambil apa2 yang bertentangan"

disebabkan idea terlampau banyak.. [maknanya banyak sangat la nak kene taip..] saya mengambil keputusan untuk memecahkan posting guru ini kepada beberapa bahagian.. dan saya hentikan disini dulu untuk bahagian yang pertama.. sila tunggu bahagian yang seterusnya siap dicetak keluar daripada kepala hotak ni dalam bentuk tulisan kat blog.. ngeh3.. kalau ikutkan nak cantumkan skali sume jer.. tapi kang gerenti 1st impression korang tengok panjang bebenor dah maleh nak bace.. jadi takpe.. bior dia dihapload secara berperingkat oke.. saya pun takde le penat bebenor nak menaipnye.. hihi..

selamat hari guru..
buat para guru.. bakal guru.. bekas guru.. guru sementara.. guru sandaran.. guru jadian.. gurila.. dan sebagainya..

to be continued....