Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Friday, November 13, 2009

Bitwin Tu Tawzen En Siks En Tu Tawzen En Nain

Posted by The Pamiesz® | Friday, November 13, 2009 | Category: |


3 tahun perbezaan. takde banyak beza pon kan?

perbezaanya:
1. tie makin senget tapi tuannye tetap makin straight.
2. dahi makin luas menandakan title profesor tu dah tak jauh mane dah la ngan aku.
3. rambut dah makin jarang menandakan aku kene pegi buat rawatan kat yun nam hair care 1st try free. ahhh ade aku care?
4. pipi tuh macam ade span jer aku tengok. ekceli aku tengah kunyah span masa tu. [pecah rahsie] tu nampak kembong sket. [tak pon mesti cine kedai gambo ni superimposed gambo aku sebab dia tak sampai ati tengok pipi aku cekung sangat sampai dah nampak tengkorak. jeles la tuh.]
5. dah makin tinggi. [tentunya sebab aku tinggikan sebelah gambar tuh. hahaha]

persamaannya:
1. masih tetap hensem
2. masih tetap bergaya
3. masih tetap macho
4. masih tetap berwibawa
5. masih tetap berwawasan
6. masih tetap berdedikasi
7. masih tetap baik hati
8. masih belum kerja tetap

actualy dah dekat 2 tahun dah aku tak buang jamban aku. eh? jamban aku boleh diangkat kesana kemari dan dipakai buang ke? jambanG laaa. maka hari ini pabila aku pergi ke sekolah dengan janggut nostalgic camtuh maka ramai la anak murid yang mengenden2 kat aku arini:

"ustaz smart lah hari nih!"

"haihhh~ dah dekat 2 bulan saya kat skolah ni. takkan baru hari ni awak pasan saya smart?"

"ustaz.. mulut ustaz seksi la"

"hah?mulut seksi? awak nampak skirt ke kat mulut saya?"

"mulut seksi.. macam bekas pakwe siti nordiana"

hunggah la budak2 ni. maleh aku nak layan. bek aku pegi kaco budak2 tengah main treasure hunt.

"ustaz.. negeri mana yang takde sultan? cepatla ustat.. nak dua negeri nih"

"tokyo ngan australia"

"ustaz.. gunung ape yang tertinggi kat semenanjung malaysia ni ust.. gunung kinabalu bukan kat semenanjung.."

"gunung impian"

"cakapla betul2 ust.."

"betul2.. dah cakap dah. hahaha"

"ustaz.. cuba tengok hint ni. tempat yang jadi tumpuan pelajar lelaki. kat mana ni ustaz?"

"cuba tengok kat tengah2 tiang gol kat padang tuh"

hahaha. aku tak sangke diorang pegi tengok betul2. berlari pulak tuh pegi. naive naive.

ketikamana budak2 tu dah sampai depan pintu bilik kaunseling untuk chekpoin yang seterusnya, dorang ditahan oleh cekgu azam.

"hah ape hint nye?"

"disini menjadi tempat mengadu masalah. kat mana ni cekgu?"

"kome pegi cari haji said sarkawi kat bilik guru. kat situ la tuh."

naive. naive. lagi dan lagi. dorang dah ade depan chekpoin terang2 dah. boleh turun bawah balik cari haji said yang tak memasal2 tak tau ape2 tak semene2 dimintak soalan. hahaha.

lalu mereka kuar balik dari bilik guru dan naik semula ke bilik kaunseling sambil menyumpah seranah sebab rasa tertipu oleh cekgu azam yang mengatakan bilik kaunseling tu bukan tempat mengadu masalah. hahaha.

"WEH KORANG JAGA2 NGAN DUA ORANG CEKGU TU! DORANG TU PENGACAU NAK BAGI KITA LAMBAT MENANG!"

dah ade yang sound pon same jugak. dorang tetap nak pecaya jugak ape yang aku ngan azam cakap. termasuk yang tukang sound tu skali. lepas dia sound orang lain, dia pecaya jugak lagi kat aku ngan azam. hahaha.

"ustaz.. kawasan mane yang menerima hujan paling banyak ni ustaz.."

"yang paling banyak terime ujan.. mestila kawasan yang paling banyak awan"

"hei! saya nak nama kawasan la! nama daerah!" jerit cekgu siti yang jaga cekpoint. tertekan agaknya tengok budak2 terus nak tulis apa je yang aku cakap.

"camne plak ngan kawasan yang paling sikit terima ujan ni ustat?"

ketika itu kelihatan sume peserta tengah mengibas2 baju sebab panas dan berpeluh2. yelah kan, berlari keliling skolah cari chekpoin. sape yang tak penat.

"awak panas ke?"

"panas laa ustat"

"kalo camtu sekolah ni la kawasan yang paling sikit terima ujan. sebab asik panas je kan. tulih la situ SMK Khir Johari."

"mane bole ustat. tu nama skolah. bukan daerah. lagipon kan tetiap petang skang ni slalu ujan. aritu kan siap ribut lagi"

"kalo camtu maknanya skolah ni la kawasan paling banyak terima ujan. tulih tulih."

"eeeee ustat niiii. ustat jangan duk sini laaa. ustat pegi saneeeee. pegi jauh22222!"

hahahaha.

"ni ape task awak kene buat ni?"

"ust meh sini ust tolong kitorang. kene find the words dalam banyak2 hurup nih"

"mane? mane? saya memang suka tolong2 nih"

"yeaaayyy ust nak tolonggg~"

"saya memang sukeeee sangat tolong tengok dan tolong kacau. hahaha"

"hampeh la ust.. mane ni ustaz.. takkan tak nampak.. 1 lagi ni. perkataan anaconda. cepatlaa ust tolong carikan."

"hah! saya nampak dah! saya nampak dah!"

"mane ust! maneeee?!"

"saya nampak huruf. banyak."

"eeeeeeee.. ustat niiiiii!"

hahahaha. lagi. dan lagi. hahahaha.

satu group lagi kantoi jawap soklan salah. cekgu siti dengan baik atinye menyerahkan slot denda pada aku. nahaslah korang.

"nyanyi lagu skolah"

"nyanyi lagu negaraku"

"nyanyi lagu negeri perak"

"ustaaaattt! udahla ustat!"

"oke2. last2 kalau tanak lagu negeri perak. nyanyi lagu.... selamat hari deepavali"

"cheguuu mana ada itu lagu deepavali!"

"oh tada ka? saya ingat adaa.. serupa itu lagu raya juga"

"tadaaa la cheguu"

"kalu tada.. u all nyanyi lagu.. maruku."

"cheguuuu! manaaaa adaaa lagu itu macam cheguuuuu!"

hahaha. ingatkan ade. teringin gak nak dengo lagunye itu sesedap rasanya kah. kahkahkah. dahla tuh. malas dah la nak tulis lagi 80,000 dialog kacauan aku terhadap budak2 tuh. takde paedah pon kan. duk wat orang gelak je keje. bagi hati orang gelap. huh. tapi korang bace posting aku tak gelak kan? nasib baik... lega aku.

PENGUMUMAN KHAS BUAT KAWAN2:

bini aku a.k.a hempon sony ericsson w810i aku yang sangat banyak jasanya pada aku tuh telah pon selamat dikebumikan di kedai cine tadik. rm120 jer dapat trade in. dahla bini baru nih tak sebest bini lame. function macamba.....gus jer. tensen aku. nak beli yang mahey2 duit dah takde. tak pakai hempon kang payah pulak aku nak gosok gigi. huh. nak tanak tepakse la aku terima hakikat bahawasanya hampir 1000 contact number aku kat dalam hempon lama tu tak dapat diselamatkan. makanya dengan ini aku meminta bantuan kalian kengkawan sume agar bole mengsmskan nombo telepon korang kat aku agar aku dapat menebas rumput pada keesokan harinya.

anda boleh juga memberi maklumat dengan jalan lain seperti jalan berturap ataupon jalan yang belum digazet. silalah mendropkan nombo telepon itu di ruangan komen posting ini ataupon apa2 cara jelah janji maklumat sampai dan aku tau camne nak kontek korang.

ni nombor telepon aku skarang. untuk panggil aku merepek di majlis2 korang pon bolehla kontek nombor ni. 2jam merepek aku charge RM8000. my celcom: +60134757996

segala jasa baik pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. saya berharap permohonan saya dapat dipertimbangkan dengan menggunakan timbang kati.

*sorry i masih dalam mood merepek. mane artikel ilmiah mane artikel ilmiah oh marilah datang kepadaku~

Currently have 9 Kata Komenan:

  1. mulut dah tak senget. serban ilangggg~

    kalo saye dak2 tuh, dah lame serang awak beramai2. cepok awak dengan kasut sekulah kotor then masukkan stokin basah peluh x basuh 3bulan dalam idong awak. muat kan. hahahahhaa.. (bahgianya idopku..)

    ni no saye: 999.. tolong la tepon.. tolong la..

  2. seban tak ilang la. ade kat atas rak. mulut tu tak senget pasal tengah kunyah span.

    budak2 tuh tak berani nak wat saya camtuh. sebab dorang tau apa yang saya buat tu sume sebab saya sayangkan dorang sebagai anak didik yang bakal menjadi generasi ulul albab di masa akan datang. hahaha

    tak payah la nak menipu. 999 tu nombor telepon kedai popia rahiman. macam lah saya tak tau. huh. budak2 humungusan bole la awak tipu. saya? sori naik kamben berlari la.

  3. apesal mcm banyak je perbezaan..

    makin cerah la ustaz..pakai produk ape??? hehe :)

  4. banyak ke? awak tak nampak ke lagi banyak persamaan tuh daripade perbezaan. hehehe.

    cerah ek? produk semulajadi jer. lazimi diri untuk slalu tajdid wuduk. free jer produk wuduk ni. tak payah bayor banyak2 pon. bayor bil ayor kat umah jer. :)

  5. perbezaan: pipi makin tembam, dah ikot pipi donut kanak2 ribena yg ust rindu tu...

    persamaan: janggut perang tetap menten..

    :-)

  6. salam..
    he..
    makin sehat. bermakna semakin bahagia?? hee..
    apa2pon. alhamdulillah la ust pamie masih lagi bernyawa n sehat hidup di muka bumi Allah ni :-D -

  7. kepade antum, jangan tepedaye. nampak je takde jerawat ngan kedut, padahal, huh, potoshop belake. seyezz.. caye la.. pecaye laa~

  8. nak tny sambil komen leh ke??
    1. baju kemeh dah, mase tgkap gambo pkai kain pelikat ke??
    2. kot sape ko curik??
    3. tali leher sape ko kebeh??
    4. baju sape ko pinjam??

    komen lak...
    1. makin comel lote
    2. makin kurus
    3. maikn lame tgk makin nk tgelak...

    tgkp gmbr utk pe ni?? masuk meminang ke?? bile lg nk masuk minang??

  9. Salam ya ostat..

    wahaha.. kemerepekkan anda sememangnya terserlah sejak dari awal saya menjengah ke sini, sama ada thn 2007 or 2008 masa tu.. tempat yang paling saya suka untuk senaman muka sy adalah di blog ini.. hahaha.. (^__^) kerana.. segala stress kekadang terubat jua di sini.. wahahaha.. tak bleh puji lelebih ni.. kang tuan punya blog ni makin kembang bagaikan dipam-pam.. cam rupe dia skang kan.. semakin sihat untuk menanti hari bahagia tu.. huhuhu.. =P


Leave a Reply