Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 15, 2009

Saya Ada Baaaaanyaaakk Gambar Yang Besbesbesbesbes

Posted by The Pamiesz® | Sunday, November 15, 2009 | Category: , |

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

sila tengok koleksi gambo2 saye dan bace cerite2 saye. yang senyap membisu, lepas bace anda diam. anda silent reader. so stay silent. yang bisin melalak, lepas bace anda komen. anda bisin reader. anda tak bole senyap. kalau anda senyap saya akan terase blog saya sunyi sepi tanpa bisingan anda. tapi kalo nak best lagi kan, semua silent reader saya ni upgrade dorang punye maqam dan naik taraf jadik bisin reader. puh, gerenti meriah punyelah blog saya ni kalau ada 286482926 comments dalam satu posting. padahal yang bace blog ni pon stengah orang jer sehari. hahaha. stengah orang? ooo.. agaknye daripada ujung ibu jari kaki sampai ke pusat jer kot yang baca blog nih. stengah la tuh.

janganla tengok buntut saya. takde pape pon kat situ. siyes2. takde pape. betoi. sungguh. - mohd aidil adha. raya aji dah dekat nih. jaga2 lah ngko. satgi lembu habis orang mesti cari ngko nak wat korban. tapi untuk 2 orang makan jelah. sorang dapat daging stengah kilo. sorang lagi dapat tulang wat sup. haha.

mohd shafiruddin. pemes dikalangan bebudak pompan. dimane ade bebudak pempuan buat halaqah disitulah ade beliau. hingga menimbulkan kejelesan dikalangan pelajar lelaki lain yang buat2 tak reti nak mengorat.

kifli adam - pencetus dan leader kelompok pembuat bisin yang paling berwibawa. memang tinggi ciri2 kepimpinan ngko nih. mampu memimpin sekelas supaya membuat bisin beramai2.


PREPARATION KAWAD
___________________

"weh, bulu ketiak ngko tekeluar 18 helai"
"hahhh? mane? mane? aku kire tadi tekeluor 3 helai jer. camne bole naik 6x ganda?"

"ingat pesan aku ni. masa ko kawad kang jangan lupe tenggelamkan kepala dalam kolar. kalau tak sia2 jelah aku betulkan kolar ngko nih."

"aku dah kata lipat lengan ni saiz 4 jari. yang ngko pegi ukur pakai saiz jari kaki gajah tu apehal?"
"sori cekgu. saya pekak sket. tadi saya dengo cekgu sebut jari gajah"
"apekejadahnye?"
"ha tu kan cekgu sebut gajah? bukan ke?"
".............."

"cekgu bole tak kami senyum dan gelak2 macamni masa tengah kawad?"
"bole. ngko kawad kat wad psikiatri"


SOLAT ITU TIANG AGAMA
____________________

kedai kasut tempat aku beli kasut ni bulan lepas dah pon tutup dan kosong. bengkrap ke pindah tempat ke aku pon tatau. mungkin dia dah boring jual kasut lalu berpindah kepada perniagaan menjual kamera DSLR. yelah kan, kasut biasa habeh2 tinggi sepasang orang beli harge rm500. kalo DSLR sebijik paling kurang 3-5riban. tak untung lagi ke namanya tuh? kalo camtuh aku ingat besok nak meniaga jual kete ferari lah. sbijik aku jual dah dapat 2-3juta. kayoo kayoo~

الحمد لله رب العالمين ، الرحمن الرحيم
segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang bersifat dengan sifat Ar-Rahman bagi semua makhluknya dan Ar-Rahim bagi mereka yang beriman dan bertaqwa..

"ingatlah wahai anak2 ku sekalian. biarpun dimana kamu berada biarpun apa jua yang kamu lakukan biarpun berapa lama kehidupan kamu di dunia ini, janganlah sesekali kamu mengabaikan solat. kerana ia adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak."

سبحان ربي العظيم وبحمده
Maha Suci Allah Tuhanku yang Maha Agung dan dengan segala puji-pujianNya..

"jika seorang bos meminta pekerjanya untuk menyiapkan satu kertas kerja tentang kewangan misalnya untuk dibentangkan di mesyuarat penentuan tender pada keesokan harinya, adakah pekerja itu akan dengan rasa senang hati dan tak caknenye membuat task2 lain yang tiada priority dan tidak disuruh hingga akhirnya meninggalkan dan tidak melakukan task kertas kerja kewangan itu? tentunya tidak. apabila kita telah tahu priority sesuatu kerja yang patut kita lakukan, pastinya kita akan sedaya upaya menyiapkannya terlebih dahulu agar kita boleh tenang hati dan mempunyai baki masa untuk melakukan kerja2 lain. namun mengapakah ramai manusia yang sememangnya sudah mengetahui priority solat sebagai amalan pertama yang akan Allah tanya diakhirat kelak namun tiada daya tiada usaha langsung pun apatah lagi keinginan untuk manusia mengerjakannya bahkan lebih ramai pula yang meninggalkannya. tidakkah manusia itu sedar2 lagi bahawasanya mereka itu hidup dengan rezeki MAJIKAN mereka. dengan udara yang dicipta MAJIKAN mereka. dengan air yang dikurniakan MAJIKAN mereka. akan tetapi task yang diminta oleh MAJIKAN mereka tidak pernah hendak ditunaikan. Allahlah Raja kepada segala majikan yang wujud di dunia menjadikanNya MAJIKAN kita yang patut kita sembah dan beribadat kepadaNya."

سبحان ربي الأعلى وبحمده
Maha Suci Allah Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya..

kata Maulana Syeikh Yusri Rusydi Al-Hasani hafizahullah: bacaan sujud ini sepatutnya kita selang selikan dengan istighfar [memohon ampun]. seperti contoh:

سبحان ربي الأعلى وبحمده
Subhana rabbiyal a'la wa bihamdihi
رب اغفر لي ولوالدي
Rabbighfir li wa liwalidayya
(Tuhanku ampuni daku dan kedua ibu bapaku)

sebanyak 3x

ataupun jika mahu memendekkan sujud sikit bacalah sekurang2nya:

سبحان ربي الأعلى وبحمده
Subhana rabbiyal a'la wa bihamdihi
رب اغفر لي
Rabbighfir li
(Tuhanku ampuni daku)

sebanyak 3x

bacaan ini adalah berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah Al-Nasr ayat 3:


Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

dalam ayat ini Allah berfirman supaya kita mengucapkan tasbih terlebih dahulu (سبحان ربي الأعلى وبحمده) dan kemudian mintalah ampun kepadaNya (رب اغفر لي) dan jika mampu untuk sujud panjang sikit maka tambahkanlah juga permohonan ampun kita untuk ibu bapa kita. (رب اغفر لي ولوالدي) moga2 kita tergolong dalam golongan hambaNya yang diterima taubat. ameen ya Rabb.

رب اغفر لي وارحمني واجبرني وارفعني وارزقني واهدني وعافني واعف عني
Ya Allah,
ampunilah daku,
rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


PERASMIAN HARI KOKURIKULUM 2009
______________________________

para pelajar menanti para perasmi datang sementara cekgu2 sebok menyiapkan tempat dan segala kelengkapan. aku? tolong jugak. tolong pukul gambar lah. heheh.

BAAAARIIIIISSSS! BAAAAAARRIIIIIISSS... SEDIEEEPP!! [teringat pulak la masa aku PLKN dulu. bunyi kawad kaki macam taik lembu jatuh ke tanah secara berjemaah. haha]

"kami bersedia menerima arahan tuan!"
"betul ke bersedia? arahan saya: blanjer saya makan cepat!"
"baik tuan! kami belanja tuan makan, tuan belanja kami henset sorang satu tuan!"

mari memijak2 tar sambil menyamakan gerakan kaki. yeayy~

kak naja the shooter

alamak, rasa nak teberrrr la plak..camne nihhh..

perasmi dah datang diiringi pasukan kompang yang memainkan irama 'potong'

ish.. begerak pulak budak nih. diri le dendiam aku nak tembak nih

"potong!potong!potong!potong!"

cekgu azam, saya berazam untuk menjadi pelajar yang baik. tapi azam jelah. tindakannye takde. azam saya biasanya tak terlunas sebab nama saya bukan azam. hahaha.

"saya bole tido bediri sambil cekak pinggang. kagum tak? kagum tak?" - cekgu hafiz abdullah merangkap warden asrama

"lambeknyooo. bile majlis perasmiannye nak stat nih. usus kecil aku dah merengek2 dah nak makanan yang dah dihadamkan dalam perut meluncur lalu kedalam saluran beliau. pendek kate aku lapor la tuh. nak makan."

"yang cekgu ni pulak asik shoot sane shoot sini. aku pon dah naik heran la ngan cekgu ni. die takde ke perasaan simpati pada rakyat yang sedang kebuluran di afrika sane tu." [ape kaitan?]

nampak sangat bosan dengo orang berucap majlis2 protokol nih. maka komiklah menjadi seri hiasan hati agar tak mengantuk dan kekal berasa gumbira berada dalam majlis.

hah! 3 ekor dah berjaya masuk dalam gua! sedap tak rasa lalat?

ni upenye keje ngko.. bawak komik pastu pasing2 kat kengkawan sape nak bace 1mukasurat bayo 2kupang. giler kayer ah cemtuh. 132ms punye komik x2kupang = rm26.40. tu baru sorang bace. kalo 865 orang yang bace? senang2 jer jadik kaye.

the back of mr lee the 2nd shooter

"ustat bak la kamera tu hadiahkan kat sayeee" - nur qyafawati aini binti thalip. ape tah makne name ngko nih. canggih sangat.

wanita bertudung merah ni merupakan geng sejati aku. kak norhimah. merangkap pengacara majlis pada hari itu. merupakan seorang yang tak makan deroyan dan tak bole bau pon deroyan nescaya akan demam dan jadik penin2. aku taklah seteruk itu. abeh2 pon aku muntah 28liter jer. hahaha. [dibelakang kak himah adalah ustaz jamhari, partner aku yang mana kami bedua dibahagi2kan kelas untuk mengajar matapelajaran pendidikan Islam untuk form1 dan form2]


PERSEMBAHAN SENI SILAT GAYUNG
___________________________

dari kiri: haji said sarkowi, cekgu selva, cekgu fauzi [VIP tengok persembahan silat]

haaaaiiippppp~ sape berani cubit kuku kaki aku akan ku berikan flying kick tanda kasih sayang sejati.

cekgu hafiz samad a.k.a cekgu disiplin bersama para pelajar khusyuk nengok silat

mr lee do the shoot part. i shoot his back so that i cant be shooted by anyone. ngehngehngeh

bebudak laki yang kusut [khusyuk] jugak menengok silat

"tolong jangan silambam saya. saya hanya seorang budak PBSM. saya hanya seorang penyelamat. bukan kaki pukul. kalau orang kene pukul datang injured2 haa tu baru keje saya."

"kita haruslah menyokong perjuangan ostat pamie menambahrepekkan blog beliau agar ia tersohor di mata telur mata kerbau!"


CERAMAH MOTIVASI
_________________

disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Syirazi

bebudak nampak cam bagi perhatian sepanjang ceramah. luarannye gitulah. dalaman sape tau kan?

salin umi jangan tak salin. ngko salin ape ustat cakap ke ataupun ngko melukih muka ustat kat depan tuh jer?

bukaklah kasut anda dengan segera sebelum aku datang tolong bukakkan kasut tuh. kalau aku yang tolong bukakkan siaplah. dengan seluar2 skali aku bukakkan.

besok keje. minggu ni minggu terakhir aku berada di SMK Khir Johari Sungai Sumun. lepas ni tak tau lah kemana hala pulak rezeki aku. rezeki Allah sangatlah luas. cuma terkadang kita yang tak reti nak bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah bagi pinjam kat kita. kan? kengkadang kita tak sedar pon yang semua nikmat ni hanya pinjaman. kita lalai dan tergoda dengan syaitan dan nafsu terhadap dunia menjadikan kita leka untuk menyediakan bekalan untuk memulangkan segala yang kita pinjam ini kepada Raja Segala Raja. menjadikan kita leka dan menganggap segala nikmat ini adalah usaha kita sendiri. jerit payah sendiri. titik peluh sendiri. bole belah~ kita langsung takde kuasa nak usaha kalau Allah tak bagi pinjam kuasa kat kita untuk usaha.

apepun.. selamat berusaha dan bertawakal dalam apa jua yang anda lakukan. doa2kan juga untuk aku disini. jom solat isyak.

tatatititutuuuu~
salam ikhlas dari maxis untuk jemaah haji.

Currently have 14 Kata Komenan:

  1. a picture says thousand words...sooooo many pictures,say how many words??/ :D btw: nice shoootssssss..hAppenING!!! lIVELY!!!

  2. paling kurang pon mesti 680 000 000 000 000 000 000 000 000 000 words punye nih. camne nak sebut nombo tuh?hahaha.

    btw tengkiu tengkiu tengkiu! :)

  3. salam ustaz..

    asal cam skek je studentnye?

    (bisin x? bisin kan?)

  4. make it short n sweet~wordless,countless but..candid's the best..keep it up!

  5. memang sikit pon.. akhir taun kan. bape kerat sangat yang nak pegi skolah bile dah habeh pekse..

    saya dulu masa skolah, tengah pekse pon bole tak datang. inikan lagi bile dah habeh. kwang3..

    candid memang syok. tambah2 syok kalau ada lens banyak. nak sapot? dialu2kan. hihi.

  6. banyak nye gamba.. naik juling mate se nengok..hehe

  7. sila jangan jadi juling.. rugi la kerana gambar mata jadi juling.. hehehe

  8. tak best pon nengok gambar2 tu..skit pon tak gelak..huhu

  9. hana jeles sebab blog awak skema dan membusankan dan takde orang nak bace ke? jangan la memalukan orang camni, tak baek.. belaja dah jauh sampai mesir. kalo xmesir pom, pahang pon buleyy.. kalo nak tego, face 2 face. saye penah tego orang face 2 face, tapi orang tuh tanak terime. hatta melalui sms pon. 2 sms. saye siap mintak maaf lagi kat orang tuh. but, tu urusan die ngan Allah kan.. kite dah wat amanah kite.. *peace*

  10. haha..ade org emo..heran spe nyer blog ni..hahahaha

  11. lain org, lain prasaan..
    but i like ur photos~
    sbb gamba dak skola..w/pun cam mrapu sket.tp relax ar..xkan stp ms nk skema kn.
    stp org msti ade style msg2 utk smpaikan apa yg dia rs..
    bukn dgn ayat skema pnjg berjela sj.
    dgn gmbr pom leh bdkwh!

    b4 ni silent reader..skg br nk jadik bising reader.heh!

  12. sejak bile berkecimpung dlm dunia pemfotoan ni pamie?

  13. bestt!!!


Leave a Reply