Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 7, 2009

Jangan Tunggu Sampai Anda Dah Takde Masa Baru Nak Terhegeh-hegeh Cari Masa

Posted by The Pamiesz® | Saturday, November 7, 2009 | Category: , , , |

salam aleik

terime kasih kepada sume pengikut dan follower blog ini kerana terus setia memfolow kisah idup aku yang ntahape2 nih. apepun aku ucapkan tahniah kepada diri aku seniri sebab berjaya memonteng sekolah hari ni. nampak2nya perangai aku masa aku jadi pelajor dulu masih tak bole nak ubah sampaila aku dah jadik pengajor. haha. well takde mende pon. sebenornye skolah aku harini ada LADAP. jadah ape ladap tuh aku pon tak ingat. aku dipakse untuk sain borang wajib hadir mende tuh. sebenornye tak penting pon untuk aku. tu untuk cekgu tetap jer. aku guru ganti ade ke takde ke takde efek pon. maka janganlah salahkan aku sebab ponteng tuh. aku tak mengaku bersalah oke. janganlah tangkap aku lepas aku ceramah kat masjid nanti. penat aku nak wat sidang media ngan sidang akhbar pulak nanti. "DR. FAHMI BEKAS PENIAGA KURMA DITAHAN." tajuk berita hari itu. hahaha.


haritu ada budak masuk bilik guru. dipimpin oleh sorang kawan dia yang merupakan anak murid aku. kawan dia tuh memegang kepala sambil menutupnya dengan tali leher dan diketika itu darah memancut2 dan meleleh2 kat lantai bilik guru. meleleh2 dari celah2 kepala bertutup tali leher dia tuh la. cekgu2 pompan dah mule menjerit2 sambil menutup2 muke.

"aaaarrhhhh aku tak bole tengok darahhhhh"

tipu la tuh. tak bole tengok darah konon. padahal kome2 sume sokmo2 jer tengok darah haid. darah jugak tu kan. hahaha

dasat betul budak2 skang ni begurau. depan cekgu tanak ngaku begaduh. konon2 begurau. gurau kepala hotok dia la smpai kene jait kepala. baik tolon jaitkan aku suar aku yang koyak nih.

sorang budak india lalu kat seblah aku dalam keadaan suar dia koyak dpd bawah sampai atas dekat2 pinggang dah. daripada jauh nampak macam elvis.

"hah ni apehey pulak suor ngko camni? cekgu hapis potong ke?"

"tara cekgu. tadi suar saya sangkut kat bas. pastu koyak."

menipu mengelat memang nombo satu. tips untuk guru2 bakal guru temasuk bekas guru. kalau tanya budak2 jangan terus pecaya dengan 1st answer yang diorang bagi. itu adalah berkemungkinan besar adalah jawapan yang hanya direka2.

cekgu yang lebeh mengenali pelajar tesebut telah menceritakan bahawasanya pelajar itu sering dibuli dalam kelas dan kejadian seluar elvis itu sebenarnya adalah salah satu kesan pembulian rakan2 beliau. seluar koyak sangkut kat bas yer.. logik la suar nak koyak sampai ke pinggang. elok straight je plak tu koyaknye. nasib baik la aku tak bengong mana nak pegi pecaya [padahal mule2 jujur gile aku pegi pecaya jugak.hahaha]

ketika pelajor berpusu2 membentuk saf untuk menunaikan solat berjemaah zohor, seorang pelajar mendekati aku seraya bertitah:

"ustat kat kentin ada budak lepak2 tak pegi solat"

yesss~ kaki repot macam ni la yang amat diperlukan oleh seorang ustat yang amat berwibawa. lalu dengan langkah kaki yang perlahan aku mendekati kentin. sorang pelajar disitu tenampak kelibat aku lalu menghebohkan pada kengkawan yang asyik sedang makan nasik lemak kat situ.

"woih! ustat datang!"

berterabur habeh budak2 lari. mencicit2 mencirit2 lari.

paling bes skali... dorang lari dengan membawak dan mengimbang kestabilan pinggan yang penuh dengan nasik lemak! hahaha

menjerit2 makcik kentin. "woiiiii..pinggan aku tu kemana ngko nak bawakkkk!"

dalam berbelas2 budak monteng solat yang lari tuh, ada sorang yang tak lari. duduk relek jer ngunyah nasik lemak sambil pandang muke aku dan tersenyum. dia dah tau dia kantoi la tuh. nak lari watpe. baik abehkan nasik lemak yang lemak berkrim disukai ramai ini sambil bertenang. aku membalas senyuman dia sambil mengenyit2 mata. [kejadahnye kenyit mata?]

"ngko tak lari plak?"

"nak watpe lari ust..dah tau salah."

"haha. bagus2. bertenang jer ngko. pegi panggil member2 ngko yang lari tadi tuh"

"wehhh.. meh sini ust panggil. tengok aku relek jer tak kene ape pon ngan ust"

"ohoo.. tak kene ape ye.. ngko tunggu la kejap lagi"

lalu datanglah gerombolan pelajor tadi sambil memegang nasik lemak yang berjaya dihabiskan semasa menjadi pelarian.

"dah pegi surau cepat"

aku ingatkan dorang insap sebab aku berlembut. rupe2nye dorang bleh melepak2 lagi goyang kaki kat dalam kelas tak bukak2 kasut. lalu dengan jeritan yang amat padu aku mengamuk sambil menumbuk dinding dan menerajang pintu serta memboxing meja dan mewrestling kerusi [tipu la tuh]:

"bape belas jam korang nak amik masa nak bukak kasut hahh!! pegi surau cepat!!"

barula tehegeh2 dorang nak bukak kasut jalan laju2 pegi surau. jemaah yang bersolat tadi dah pon selesai. aku terus kehadapan mengimamkan budak2 yang lambat ni. selesai solat. maka bermulalah sesi membebel yang kebanyakan pelajor tak suke nak dengor. antara isi pembebelan itu adalah seperti berikut:

kalau saya tak pegi kentin tadi awak sume tak pegi la solat yer? kalau awak ponteng skolah itu undang2 skolah. tapi kalau awak ponteng solat, ni undang2 sape? ni undang2 Allah. awak sume nak masuk neraka ke? nak kene bakor ponggong kat dalam api neraka jahanam?

kenapa tak boleh nak disiplinkan diri tentang masa? cuba cakap kat saya kenapa awak sume duduk kat kentin tadi? awak tau tak yang masa tu masa solat? hah? jawaplah.

"kitorang makan ustat."

bile masa pulak awak makan saya? makan tak boleh tunggu habis solat ke? time solat, solatlah. lepas solat nak makan pegi la makan. awak pon datang skolah 12.30. solat 1.20. antara masa dekat sejam tu kenapa tak pegi makan? kenapa nak tunggu 1.20 jugak baru nak makan? tau pon tunduk. dah salah tanak mengaku. saje akai nak monteng solat kan?

awak tau tak betapa pentingnya penggunaan masa. kalau daripada sekarang awak dah bazir2kan masa, awak ingat masa2 akan datang awak boleh biasakan diri untuk sharp on time? skarang mungkin la awak tak rasa lagi. bile dah kerja nanti awak tahu la. awak ingat ade ke majikan yang nak amek pekerja yang melengah2 kerja. melenggang2 kangkung jalan. tehegeh2 datang kerja. kalau yang kerja ikut jam, lagi lah. sejam awak lewat bape banyak dah gaji awak ilang. bos pon benci. rakan sekerja pon tak suka.

tu kalau dengan majikan. dengan bos. kat dunia. dengan Allah pulak? abeh kalau dalam solat pulak, awak sengaja lewat2kan solat, sengaja tinggal solat, ingat Allah nak bagi awak pahala banyak? ingat Allah nak bagi syurga senang2 pree2? sedangkan Allah itu Majikan kita yang kita perlu memperhambakan diri kepadaNya. berkhidmat untukNya. cakap pandai. nak pahala banyak la. nak bercinta sampai syurga lah. solat caca merba. ade hati nak bercinta tunggu kat pintu syurga. pooorah.

dengolah cakap orang tua ni. jangan sesekali lalai2kan solat. korang ni dah 28 kali dah mimpi basah. tak payah la nak belagak jadi budak2 lagi. amalan korang malaikat dah tulis dah tau. dosa pahala korang dah tanggung sniri.

dan banyak lagi lah aku bebel2kan pada waktu tu. cukuplah kot aku pon dah malas nak tulis.

skarang ape yang aku nak cakap ni pulak ditujukan khas buat mereka yang masih bergelar "penuntut ilmu" ataupon dalam erti kata lain yang lebih senang, still student lah.

sesungguhnya seorang student itu mempunyai masa yang sangat banyak dan lapang tanpa perlu memikirkan banyak perkara yang menyusahkan hidup mereka. antara perkara yang menyusahkan hidup itu adalah mencari wang. kebanyakan student ada pinjaman dan ada sumber kewangan mereka tersendiri termasuklah ibu bapa. mencari wang untuk pelajaran anak2 adalah suatu perkara yang dirunsingkan oleh ibu bapa dan tidak dirunsingkan oleh anak2. maka masa yang amat banyak oleh pelajar itu dan kelapangan otak itu sayugialah digunakan untuk mencari ilmu menadah kitab dan melazimi para masyayikh. berkali2 saya katakan bahawa anda akan menyesal jika anda tak menggunakan masa yang ada untuk mencari ilmu. anda akan menyesal jika anda membuang2 masa ketika anda belajar dan apabila sampai satu tahap anda sudah bekerja dan hati dan rohani anda menginginkan untuk diisi dengan majlis ilmu, diketika itu anda sudah tidak ada masa yang banyak untuk itu dek kerana suasana kerja yang menghalang dan tanggungjawap2 anda yang pelbagai seperti tanggungjawap terhadap keluarga dan masyarakat.

saya tak mahu mengambil contoh yang jauh. saya melihat pada diri saya seniri je. ada satu ketika jiwa saya memang betul2 rasa kosong. [hakikatnya banyak ketika] saya yang kebiasannya pasti ada kelas paling kurang 1 kelas dalam sehari di ruwaq masjid azhar. pabila sudah bekerja skang ni terkadang dalam seminggu hanya 1 kelas pengajian yang saya mampu hadiri. saya sangat tertekan. perut kalau tak dibagi makan ia akan lapar. hati dan rohani pula kalau tak diberi makan ia akan mati. saya rindu keadaan saya di mesir. dipenuhi suasana ilmu. walaupun dalam malas2 saya masih mampu meredah bas 80palang selama hampir sejam untuk ke kelas pengajian. tetapi di tempat saya sekarang, walaupun saya mempunyai semangat dan kerajinan, bilangan kelas2 pengajian yang wujud sangat terhad dan juga keadaan dan suasana kerja telah mengehadkan pergerakan saya untuk menjadikan saya seorang yang aktif duduk bersila di pengajian2 ilmu.

saya sering duduk bersendirian dan memikirkan sebenarnya apakah yang saya mahukan dalam hidup. saya tak seronok bekerja kerana ini akan mengehadkan masa untuk saya belajar. tapi adakah bermakna saya tidak perlu bekerja? adakah saya mahu lagi menyusahkan ibu dan ayah untuk menyara kehidupan saya sedangkan ini adalah masa untuk saya pula memberikan kepada mereka. tidak. saya tidak mahu lagi menyusahkan mereka.

disebabkan itu tidak bekerja bukanlah satu opsyen dan bukan juga satu solusyen.

opsyen dan solusyen yang sebenarnya saya ada hanyalah mengatur masa yang ada agar saya dapat bekerja untuk menyara kehidupan dan juga menggunakan baki masa yang ada untuk terus belajar. ya. mengatur masa dengan efektif. itulah yang terbaik untuk saya lakukan.

sekarang saya rasa sedikit tenang walaupun agak kepenatan. walaupun dengan jadual yang agak pack, saya berpuas hati kerana masa saya terisi dengan aktiviti dan saya tidak sempat untuk melepak2. itulah yang saya sangat suka. sedangkan hari yang penuh dengan aktiviti pon saya berasa boring. inikan lagi jika hari2 saya dilalui tanpa ada sebarang aktiviti. bertambah2 lah keboringannye.

setiap subuh rabu saya akan pergi ke masjid untuk menyampaikan kuliah subuh. saya membaca kitab syarah hadith empat puluh dan juga inilah medan untuk saya menyampaikan ilmu yang telah saya pelajari dan berkongsi dengan masyarakat tentang Islam yang saya kenal. disini jugalah saya menimba pengalaman dan belajar cara bercakap dan cara penyampaian yang berkesan. saya sedar saya tidak boleh hanya menerima. saya juga harus memberi. duduk bertalaqqi semata2 tidak akan menampakkan kesan kepada perkembangan dakwah Islam jika kita tidak berusaha pula untuk menyampaikannya. hakikatnya saya juga masih belajar dan sangat jauh lagi untuk capai tahap 'ulama' yang merupakan target setiap yang namanya penuntut ilmu.

jika tiada kuliah, kebanyakan daripada hari2 saya bersolat subuh di rumah. bukankah tempat bagi seorang lelaki itu adalah afdhalnya di masjid? ya, saya tahu dan sangat faham tentang keadaan itu. ini bukanlah alasan untuk saya mengelak dari ke masjid. saya juga hakikatnya sangat ingin untuk ke masjid.

saya mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan biasalah sebagai orang tua sudah tentunya mereka tidaklah sekuat tenaga orang muda. kadang2 mereka sakit. kadang2 mereka tak larat. bukan kadang2 lagi bahkan kebanyakan dari hari2 mereka adalah sudah kurang tenaganya. mak saya juga tidak terkecuali. maka beliau adalah salah satu sebab saya mengambil keputusan untuk menangguhkan cita2 saya untuk kembali semula ke mesir. bukankah berkhidmat kepada ibu dan ayah juga merupakan suatu jalan jihad? ya. tidaklah semua pihak itu keluar berjihad di jalan perang. bahkan ada yang keluar untuk berjihad melalui menuntut ilmu fi sabilillah dan ada juga yang tidak keluar kerana menjaga ibu dan ayah sebagai lambang ketaatan kepada mereka. moga2 saya tergolong dalam golongan ketiga ini yang mempersembahkan ketaatan kepada kedua ibu bapa dan diberikan ganjaran pahala sama juga seperti sahabat2 yang sedang berjihad menuntut ilmu disana.

setiap kali waktu solat ibu saya memanggil saya untuk mengimamkan beliau yang kini lebih banyak duduk solatnya dek kerana lutut yang kesakitan. oleh kerana itulah kebanyakan dari waktu2 solat saya adalah di rumah bagi memenuhi hajat ibu yang ingin juga mendapatkan pahala berjemaah.

waktu pagi saya pula kebanyakannya terisi dengan khidmat saya kepada ayah dan ibu. saya membantu ayah meracun kawasan kebun barang setong dua tong tige tong. juga membantu ibu mengangkat pasu2 dikebun bunganya yang sering ditukar2 kedudukannya. selesai meracun dan berkebun pula saya akan memasak. tentunya sebagai pembantu kepada ibu dan kakak ipar saya. khidmat saya sangatlah sedikit jika nak dibandingkan dengan mereka. almaklomlah saya tetap seorang lelaki dan ini tidak akan mengubah bahawasanya saya hanyalah membantu dirumah dan merekalah watak utama yang tentunya jauh lebeh penat daripada apa yang saya lakukan. sebahagian dari hari pula diwaktu pagi saya akan membawa ibu untuk ke pasar atau ke bandar untuk mencari apa2 keperluan yang ibu inginkan seperti barang2 dapor dan sebagainya. itulah rutin saya sehari2an diwaktu pagi.

rutin di waktu petang pula tidak boleh diganggu dengan aktiviti2 lain. sesi persekolahan yang perlu saya hadiri adalah diwaktu petang. dan ianya bermula pada pukul 12.30 tengahari. maka seawal 11.40 saya perlu keluar dari rumah memandu selama 30-40 minit bergantung kepada jem atau taknye jalan untuk menuju ke sekolah berkhidmat sebagai guru yang mendidik anak2 didik yang sangatlah buasnye itu. di sekolah saya tidak banyak masa yang lapang. jika ada pun ianya adalah untuk mengisi rancangan mengajar, menulis borang2 pelajar dan hal2 lain yang berkaitan dengan hal sekolah. namun begitu saya tetap cuba untuk mencuri masa untuk menterjemah dan mensyarahkan paling kurang sebuah hadith dari kitab hadith yang ada di tangan saya. walaupun terkadang masa itu tidak dapat juga saya curi, saya beralih pula kepada pembacaan kitab sebagai persediaan mencari modal2 buah2 untuk saya sampaikan kepada masyarakat. walau tidak dapat banyak, cukuplah sekadar seperenggan dua yang saya sempat baca. yang penting masa saya tidak terbazir.

sesi persekolahan habis pada jam 6.45 petang. setelah berpenat lelah dan bersabar melayan karenah anak didik yang semakin hari semakin mencabar ini, saya perlu memandu lagi selama 40 minit untuk sampai di rumah. skang maghrib pon dah awal. pukul 7 dah masuk waktu. keluar dari pagar skolah pon dah 6.50. maka pukul 7 itu saya hanya baru tiba di simpang empat. satu kawasan yang saya lalui sebelum kona ke kiri untuk menuju ke jalan ke teluk intan. disitu terdapat sebuah masjid yang bernama masjid al-aula yang menjadi persinggahan harian saya untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

saya berasa amat beruntung dan amat gembira kerana telah berjumpa dengan satu lagi tempat untuk saya lebih memenatkan diri. di masjid tersebut terdapat seorang imam yang mengadakan pengajian hampir setiap hari selepas maghrib. maka saya telahpun melabuhkan punggung saya disitu hinggalah selepas isyak. hari isnin selasa dan rabu saya akan berada di sana duduk bersila dengan pakaian kerja yang disapu2 dengan perfume bagi mengelakkan kebencian dan sumpah seranah jemaah yang bersolat atau duduk disebelah saya. sekurang2nya dapatlah saya menghilangkan kerinduan saya bertalaqqi apabila dapat duduk dalam majlis baca kitab macamnih. walaupun kitab yang dibaca adalah kitab jawi, sekurang2nya saya dapat banyak ilmu baru dan mengulangingat ilmu2 yang saya pernah belajar. [rindu sangat pengajian dan khutbah dalam bahasa arab] ini kerana ustaz yang mengajar itu juga adalah khirrij daripada mesir a.k.a anak tok guru a.k.a budak pondok yang hebat ilmunya a.k.a ustaz khairuddin mat saman. maka, pengajian ini telah menjadikan hati dan rohani saya semakin banyak dapat makan dalam seminggu. alhamdulillah kenyang. Allah masih memberi peluang untuk saya belajar walaupun telah bekerja.

tak cukup lagi dengan itu, Allah telah memperkenalkan saya dengan seorang sahabat yang mula2 dengan setianya beliau membaca blog saya. lalu setelah mengetahui kepulangan saya ke malaysia, dengan ramahnya beliau menjenguk dan bertanyakan khabar saya ketikamana saya masih bekerja di kedai PAMIN bulan puasa dulu. dan persahabatan kami terus kukuh dan kini kami yang berkongsi minat yang sama iaitu duduk bersila mendengar pengajian bertalaqqi bersama masyayikh telah berbincang dan membuat keputusan untuk membuat muzakarah setiap minggu. kami telah pun memilih 2 buah kitab untuk dibaca dalam masa lebeh kuang sejam iaitu kitab Syarah Qatrunnada dan jugak Syarah Hikam Ibn Athoillah. hari jumaat dipilih dan saya masih mengekalkan jadual yang sama iaitu saya bersolat maghrib di masjid al-aula kemudian terus menuju ke rumah Syeikh Nizam yang kini bekerja di kolej komuniti sebagai librarian. rumah dia tak jauh pon daripada masjid tuh. dekat2 area simpang pat tu jugak lah. anda semua nak join muzakarah kami? marilah. bayor kat saya yuran rm200 seminggu. hahahaha. ala kulli hal time kasih jazakumullah kheir kepada syeikh Nizam sebab sudi meluangkan masa untuk bersama2 kita berbincang tentang perkara2 ilmiah. takdelah 98jam saya merepek jer kan. ngehngehngeh.

makanya itulah rutin harian ataupun mingguan saya ketika ini. walaupun penat saya tetap berasa puas. saya merasa amat gembira dan bersyukur kerana saya masih diberi peluang oleh Allah untuk duduk dalam majlis yang dinaungi oleh sayap para malaikat iaitulah majlis2 ilmu. moga2 saya dapat terus istiqamah untuk mengikuti jalan penuntut ilmu yang disamping menjadi seorang pekerja dan pendidik yang mampu mendidik anak bangsa dan juga masyarakat dengan sabar dan tekun.

jadi kepada mereka yang masih berstatus student terutama yang berada di mesir, gunalah peluang masa yang anda semua ada untuk bertalaqqi dan bermuzakarah semaksima mungkin. kerana anda mempunyai peluang yang sangat luas dan juga komitmen yang sangat terhad kepada hal2 lain seperti pekerjaan dan sebagainya. jangan tunggu sampai anda dah takde masa baru nak terhegeh2 cari masa nak cari ilmu.

sekian dimaklumkan. peringatan buat diri seniri jua yang sering terleka.


Masjid Al-Aula, Simpang Empat


GALERI RIBUT SMK K-JO
_____________________

surau skolah. budak2 skolah ni gigi kuat sket. almaklumlah takde karies lagi. seminggu skali kene tukar cebok @ gayung baru sebab akibat dikokak oleh budak2 nih. amek wuduk pon dan lagi gigit cebok. memang rajin bab mengabiskan rete skolah.

ni gambor sebelum ribut melanda. macam takde orang jer skolah ni. ni skolah orang ke skolah jin senanye?

sedang kami menunaikan solat asar, hujan turun dengan lebatnya angin bertiup dengan kencangnya hingga menyebabkan sebahagian kawasan skolah tenggelam. tak tau ler aku ape ke name ribut nih. mungkin nama dia "NGGAK OSAH RIBBUT-RIBBUT PAKKK"

aku dan cekgu azam meredah ribut ni untuk mengutip kasut dan beg2 budak2 yang diparking di birai2 longkang. tak memasal main ujan aku masa tuh. basah kuyup. ade jugak kasut yang dah hanyut ke longkang2 beso. nasib lah labu. balik umah berkaki tapir lah ngkau.

"ustat, kenapa kami tak bole balik kelas? kenapa kene tunggu dalam surau?" tanya bebudak.
"saya takut ada yang hanyut sampai ke kuala dipang" jawap aku.
"ustat, kuala dipang tu hape?"
"erkk.." nak kene jawap ke tak ntah.

disebabkan ribut ni bebudak bole balik awal. pukul 5.30 dah balik. maka yang bergumbira sebenornye adalah cekgu2. haha. tak menadah kitab aku maghrib tuh. balik teluk intan terus singgah kedai kete pasang aksesori. hehehe.

pagi tadi sarapan pagi ngan abah kat kedai roti canai zali. secara tentibe die kabo:

"semalam ada orang datang umah nak minang ko untuk anak sedara dia. ustazah j-qaf kat selangor"

erkkkkk.. aaaaarrrkkkkk~ abahhh.. aku tak baligh lagi bahhh! hahaha.

akhir kata, hayatilah lirik lagu ni. kalau korang terer cuba bagi hikmah yang tersirat daripada ape yang terkandung dalam lirik lagu nih.

You gotta be extra careful
With the things nearest to you
You know the closer you get to something
The tougher it is to see it

Explain to me this happiness
That you just got to experience
Or maybe you are so blessed
That you can’t even remember
That you stand here now
That you live and breathe

They are just all little miracles
Just by themselves

And I’ll never take it for granted
It’s fine to say, “Never give up”
And keep “Chasing your dreams”

But the more time you spend talking big
The less you get done

I’ll press that handful of courage against my heart
And with its help, survive another day
And I’ll never take it for granted

Let’s go

oke kengkawan let's gooooo~ to the brightest future~ (^_^)

Currently have 29 Kata Komenan:

  1. ust nak terima x pinangan tu??? alamak..kecundangla saye...hihihi

  2. tipooooooooooo.. mesti awak cakap: "NNNNAAAAKKKKK SANGATTTTT SANGAAATTTT KAWENNNN" kan? hahahaaa..

  3. ostat pamies..kene wat isthikarah dulu..tunggu jwpannya..!

  4. rasa macam anak dare pulak.. rasa2nye aku ni lelaki kan? betoi ke tak nih? hahaha.

  5. ust, perlu ke bagitau satu galaksi?hahaha...

    kawen jekla..sy tgok da nazak sgt da niyh..

    ape hikmh yg tersirt drpd lagu tuh?
    klo x silap, ni poem ms sy form 3...sy bljo dlu nih...hahaha..

    let's goooo = let's marry kot..hua2..

    sy cume suke tang ni jek,

    'You know the closer you get to something,The tougher it is to see it'..

    takpun maybe ayt di bwh ni ade kaitn dgn artikel di atas..

    'But the more time you spend talking big. The less you get done'..

    mksudnye, toksah ckp bnyk, buat keje..bnyk sgt ckp, keje x jalan gak..parah ar..

    takpun...maksudnya, toksah cakap banyak, terime jek pinangan tuh..

    ah..kamu pompuan?kecelaruan identiti??check bebetol ust...aku juga keliru..(hahahhaa)

  6. chek dah. ade2. kompem dah lelaki. hahaha.

    hikmah sebenornye.. jangan cakap banyak kat ruangan komen blog orang. hahahaha. ni nak tepet orang ke atau nak nasihat diri sniri ni? hahaha.

    kenapa tiap2 kali lepas 1 ayat nak kene tulis hahahaha. bukannye gelak pon masa tulis kan. ntahapehapentah. hahaha. tulis lagi. hahaha.

  7. Salam ya ostat..

    pergh.. lebat tul hujan tu..

    wahh.. dah ade org yg masuk minang.. ape lagi.. copek2lah langsungkan.. huhuhuhu.. (^__^)

  8. hahaha...(aku juga terkena virus..ntahnye kan, bukannye gelak pun)..

    asal yg komen nih sume pompuan..??

    yg lelaki ketawa gembira krn ust da berpunye (ye2 jek aku ni)..diorg ada can nak tackle si sipot..eh..sape sipot??

    aku juga gembira..ah, adakah aku lelaki?hahaha di situ..

    oooooooo, hikmah de = jgn bnyk komen kat blog org..oh, saye klo org kate jgn, yg 2 'i like d most!'.. (argh,terase sbb sy suke menepek kat blog sipot)

    p/s : sipot telah disamarkan nama sebenar utk mengelakkan sbrg konflik antara benua..yg tahu jek tahu..

  9. bukan takat lebat dah ujan tu cik far. tu dah tahap ribut ributan cubit cubitan aku menari kau petik gitar.

    selain hahaha perkataan alternatif seperti huhuhuhu juga sering digunakan. adakah ini bermakna hehehehe dan hihihi serta hohohoho telah dipinggirkan? sama2 kita saksikan apa keputusannya malam ini.

    aah kan. lepas disebut2 barulah perasan bahawasanya yang komen ni sume pompan. aku rasa yang baca blog aku ni sume pompan lah. ntah2 aku pompan kot? [kembali meragui identiti.hahaha. eh pakai yang alternatif lah. hohohoho]

    *chek berkali2 lagi. kompem lelaki. kompem. hahaha. hehehe. hihihi. huhuhu. hohohoho. [ambek kau sume skali puas hati]

    cik f, jangan tak komen dah kat blog orang tau. [lepas ni gerenti dia tak komen dah pasal ade buh jangan. yess yess~]

  10. mane sipot nih. bese die ade je bisin2 kat sini. presure die tak abeh lagik ker. sipooooottt.. oooo sipoooottt.. tengah menyedot keeee.. hahaha

  11. hahahha...sy telah mengadakan mesyuarat tergempar utk mencari alternatif kpd hahaha..dan sy telah menggunakan prkataan 'hehhe' dan 'eheee' sejak bulan 7 lagi..perhatikan cara tulisannya..

    dan hasilnya agak memuaskan..dan ada yg jadik follower lagi..eheee...cumanya ketawa alternatif ni lebey kpd kesopanan dan kesusilaan sorg wanita..mgkin kamu boley menukarkannya kpd 'hahha' atau 'ahaaa'..walau agak pelik, terime jekla usul ini

    tulah...kamu tlh menggunakan teknik psikologi utk memaksa sy meneruskan komen di blog org..sy xde nye terasa dgn ayat kamu tuh..malah, smpat mnyatakan *ade ke aku pedulik*...hahha..

    dan, kembali kpd topik sebenor, sy juga sgt setuju dgn statement 'sekarang saya rasa sedikit tenang walaupun agak kepenatan. walaupun dengan jadual yang agak pack, saya berpuas hati kerana masa saya terisi dengan aktiviti dan saya tidak sempat untuk melepak2.' kata2 yg berbaur 'kesibukan menjana Iman'..
    (ah, aku asik bersetuju dgn kata2 pamie..lbey baek aku mencari kebenaran di sbalik statement ini)

    mksudnya lebey manyak masa lpg, lebih kosong terasa diri ini..lebey bnyk ms terisi, insyaAllah kita akan jadik muslim super walau penatnye Ya Rabbi..dan walaupun 'argh,stressnye aku,sudah ar, malas lagi nak buat'..pointer sy plg tggi adlh sms sem yg paling sibok thp petala 8..malah hmpir mencecah 4.00..haha..adakah aku sdg bangga??astagfirullah...

    yg penting tuh, masa kita terisi dgn apa..klo stkt salu komen kat blog org, boleh jalan la..ahaaa..aku terasa dgn kata2 senirik..tp, ini cumalah perkongsian..

    ok, cukuplah posting sy yg ke ntah brp kalinya di sini..

    p/s : psikologi wanita sdikit sukar difahami..mgkin sipot masih lg stress..kita doa2kan de mndpt kembali tnh jajahannya selepas hujan lebat trun..

  12. Takpe ust , semenjak baca blog ust n tau je ust rindu kat masyayikh ni , tiap kali pi syeikh yusri,syeikh ahmad,syeikh yusuf ana tengat jek kat ust..heehee , tu kira dah menghadirkan diri ust kee ??? ...

    eceh , dedulu sokmo jek mempromote diri suh dipinang ... skang dah de org pinang ni pe lagi..

  13. salam.. inilah entri paling bermakna saya baca... alhamdulillah.. sykran..
    semoga ust pamie terus istiqamah dalam mencari keredhaan Allah..

    huhu.. ade org pinang ust..
    lumrah la tu, sbgai manusia, perlu kesinambungan generasi..
    yang penting ust perlu tahu konsep kawin tu.. untuk mewujudkan baitul muslim wal mukmin.. nak lahirkan generasi para pendokong Agama ALLAH ini,.. seseungguhnya memang perkahwinan ni bukan perkara main2.. banyak tanggungjawab yang akanh dipikul.. tetapi ust pamie, tanggungjawab itulah yang akan semakin mematangkan kite,. insyaallah.. dan yang akan lebih mendekatkan pd ALLAH jika kita dapat melaksanakan tanggungjwb dgn baik..
    perkahwinan itu juga dapat melunaskan separuh agama kan?
    hmm..

    apa yang penting, ust pamie istikharah ..yer, amat penting.. sebab ALLAH sahaja yang tahu apa YANG TERBAIK buat kita, bukan org lain yang tentukan.. tetapi ALLAH..

    semoga ust pamie akan sentiasa mendapat petunjuk dr ALLAH,.


    IKLAS DR SAYA,

    ANAMUSAFIR87...

    SALAM PERJUANGAN!!~

  14. dah hampir 2 thun duk polow blog niw. but yg tang "ust pamie dipinang" tu yg ERRRRK!!! cket(die dah nak nikah ker...)
    xsabar plak rasanya nk tggu entri - ust pamie berzaujah..wehehee..

    ~lily~igt sy lagi?

  15. insyaAllah die dah nak berzaujah.elok le,sebab tahap wajib dah tu.huahuaaaaa

  16. Salam ya ostat..

    terima kasih la tolong btulkan perkataan tu yer.. maklumler sy tak paham sangat bahasa arab ni..

    adoiyai.. sy perempuanlah.. sy tak ada masalah dengan identiti sy.. bukan cam ostat tu.. huhuhu... =P

    setelah hahaha.. hehehe terlalu kerap digunakan, apalah salahnya jika kita mempraktikkan huhuhuhu pula.. (^__^)

  17. farah:

    awak dapat pointer hampir 4?wah..satu pencapaian yang mengagumkan.saya sepanjang semester kat universiti tak penah dapat pointer lebih dpd 6..sian saya kan. hahaha.

    [lambat gile baleh komen.maleh.hahaha.eh, pakai alternatif punye la.ahaaaaaaaa~ tapi macam cite afdlin shauki la plak. ah-ha.]

  18. syaf:

    nur qolbie papejelah memang chantekkk~hahaha

  19. anon:

    time kasih kerana menghadirkan saya disitu. patutla terasa terngiang2 je kat telinge akan suare para masyayikh tersebut.kem salam syeikh naaa..

    p/s= pinang tu kan sejenis pokok?hahaha.

  20. anaponmusafirjugak:

    bole tahan gak ceramah bait muslim awak nih. nak jadi fellow kanan bait muslim pmram mesir tak? hehehehe.

    ala kulli hal syukran jazakillah kheir..

    ikhlas gak dpd saya

    anaponmusafirjugak

    salam berjuangggg yeah yeah~ [perlu ke camni?]

  21. lily:

    hengat la mane plak tak hengat. tunggu jerlah entri zaujah tu. takde taun ni taun depan. takde taun depan taun depan depan. takde taun depan depan taun depan depan depan. takde taun depan depan depan taun depan depan depan depan depan depan depan depan depan depan lagi. ahahahaha

  22. ntoh @ macam aku tak tau ngko syaf:

    wajib kerrrrr.. mana awak tau.. berikan 18 sebab yang munaserawak yang menyebabkan awak menyebabkan saya bersebab sebaban sedemikian. cepat2. 10 saat dpd skang. lambat tinggal.

  23. cekgu@ustazah faarihin:

    same2.menjadi kewajipan orang yang tau untuk membagitau yang tak tau.ilmu kan kene kongsi2.hehe.

    saye dah tade masalah identiti dah skang ni.dah selesai dah sume.sume sudah potong.iklan sumbangan p1 wymax.hahaha.

  24. slm ustaz fahmi @ pamie..

    he..
    kalo ade rzki jd yg muslimah PMRM tu apa salahnye.. heee.. itu pon kalu Allah bagi chance saya belajar kat mesir. heee

    afwan kathiran..

    :-) anamusafir.. he..

  25. hahaha

    tegelak bace komen pamie kepada ntoh.. =)

  26. salam..bila baca ceramah yg agak bejela2 nih nak gelak pon ada tapi bila renung dalam2 begenang gak ayo mate keme..tak kira sape yg membaca blog awak pempuan ke..pondan ke yg penting pengisian yang sanagt meruntun hati...jazakallah..saya pon macam ustt nak sanagt dengar ayat2 allah ..kalau nak harap dari sesi kuliah haramla..ate udah yg dibelajo muzik mane mau nyer..tapi InsyaAllah banyak jalan yg Allah tunjuk...sama2 la kita bebuat dan terus istiqamah kerana allah dan teruskan berceloteh ya pahmi!!!

  27. Terima kasih untuk blog yang menarik

  28. kau ni


Leave a Reply