Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Sunday, August 2, 2009
Kenapa Kita Tak Kenal Nabi Kita?
salam aleik..
segala puji bagi Allah Tabaraka wa Taala atas segala nikmat yang dikurniakan kepada sekalian makhluk.. selawat dan salam keatas Baginda Nabi Rasulullah Sallallahu Tabaraka wa Taala alaihi wa aalihi wasallam penghulu segala Nabi dan Rasul yang dibedah oleh malaikat akan hatinya dan dikeluarkan segala titik hitam menjadikan Baginda seorang manusia yang maksum daripada segala dosa..
kenalkah kita dengan Baginda Nabi kita Sallallahu Tabaraka wa Taala alaihi wa aalihi wasallam? ramai antara kita mengaku tulen keIslamannya.. setiap hari mengucapkan 2 kalimah syahadah dalam solat.. mengaku dan bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu sebagai Rasulullah yang diutuskan untuk umat manusia seluruhnya.. khususnya untuk kita sebagai umat Baginda yang diberikan keistimewaan 'beramal sedikit tetapi ganjaran berlipat ganda' dengan ghalib umur 63 tahun hidup didunia ini berbanding umat2 terdahulu yang mencapai umur ribuan tahun beramal demi mengejar syurga yang dijanjikan Allah.. tidakkah kita berasa beruntung menjadi umat Muhammad Sallallahu Tabaraka wa Taala alaihi wa aalihi wasallam? ya.. kita tidak sedar akan keberuntungan itu.. bahkan ramai yang hanya mengaku di mulut akan persaksian kenabian Baginda.. mengaku ikut Baginda.. tapi tak pernah kenal dan tak pernah nak ikut ajaran sebenarnya yang Baginda bawak.. wal'iyazubillah.. moga2 kita tak tergolong dalam golongan yang menentang para Nabi seperti kaum2 terdahulu yang dibinasakan oleh Allah kerana mengingkari Nabi2 mereka..
antara sunnah yang telah mati adalah apabila didengari nama Nabi yang mulia disebut maka dengan pantas disambut dengan selawat dengan suara yang kuat.. (Sallallahu alaihi wa aalihi wasallam) barangsiapa yang menghidupkan sunnah2 yang telah mati maka baginya pahala syahid.. mudah kan nak dapat pahala? selawat je pun.. tak susah mana kan.. janganlah kita jadi orang bakhil yang tak mahu berselawat kepada Nabi pabila mendengar nama Nabi disebut.. diakhirat kelak jangan marahla kalau kita tak dapat syafaat Nabi dan Nabi pun tak kenal kita sebab kita masa kat dunia pun kedekut dengan Baginda..
setiap hari dalam solat kita menyebut kalimah syahadah:
aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
rasanya tak pernah lagi ada dikalangan ummat Islam yang mengucapkan syahadah dengan menambahkan 'kana' pada kalimah syahadah kan..
aku bersaksi bahawa Muhammad itu 'dahulunya' pesuruh Allah
kalimah syahadah seperti ini batil.. tiada siapa yang pernah mengucapkannya dan tiada sapa jugak yang membenarkannya.. Rasulullah adalah tetap Rasulullah dulu kini dan selamanya.. Baginda bukan Rasul pada suatu ketika dahulu sahaja.. maka Baginda juga bukan harus dihormati dan dipatuhi suatu ketika dahulu sahaja.. Baginda perlu dihormati setiap masa dan waktu.. hingga kini.. Baginda perlu diagung2kan sebagai Nabi yang sememangnya layak untuk diagungkan setiap masa..
apa yang berlaku di Masjid Nabawi maqam Baginda yang mulia sekarang ini amat2lah tak patut.. puak2 wahabi yang gemar mensyirik dan membidaahkan orang menghalang manusia2 daripada bertawasul even untuk menadah tangan untuk berdoa dihadapan Baginda yang mulia.. angkat sahaja tangan untuk berdoa.. kita akan dihalau serta merta.. suara2 jeritan marahan makian yang ternyata kuatnya lebih tinggi daripada suara Nabi itu kedengaran ditelinga2.. SYIRIK! BIDAAH! tidakkah jeritan itu lebih kurang hajar dituturkan dihadapan Baginda Sallallahu Tabaraka wa Taala alaihi wa aalihi wasallam yang sudah jelas2 dalam Al-Quran dipahatkan larangan meninggikan suara lebih daripada suara Nabi yang mulia.. sungguh mereka itu tidak memahami dan tiadalah mereka itu tergolong dalam orang2 yang beradab..
Imam Malik radiallahu anhu berpendapat bahawasanya bumi Madinah lebih afdhal daripada Mekah.. kerana Nabi telah mendoakan bumi Madinah dengan 2x ganda apa yang didoakan oleh Saidina Ibrahim untuk bumi Mekah.. Imamuna Al-Syafie radhiallahu anhu pula menyatakan kelebihan bumi Mekah daripada Madinah kecuali di tempat Maqam yang mulia kerana disitu terdapatnya jasad Saidina Nabi Muhammad Sallallahu Tabaraka wa Taala alaihi wa aalihi wasallam maka tempat maqam Nabi itu lebih mulia daripada bumi Mekah.. bumi yang terdapat makhluk yang paling afdhal (Saidina Muhammad) itulah yang akan menjadi bumi yang paling afdhal..
sedangkan bumi yang tiada akal pun mendapat limpahan berkat daripada jasad Baginda Sallallahu Tabaraka wa Taala alaihi wa aalihi wasallam.. jadi mengapa pula kita sebagai umat Baginda yang ingin bertawasul memohon daripada Allah akan limpahan keberkatan Baginda Nabi dikatakan syirik pula? hagah gharibah.. tidakkah korang terasa pelik pabila tanah boleh mendapat berkat Nabi tapi kita manusia yang dikatakan semulia2 makhluk tak boleh mengambil tabaruk daripada Nabi? kalo korang tak rasa pelik maknanya korang la orang2 yang pelik tuh.. bukannya kita sembah Nabi pun.. kita pun tahu Al-Fa'il huwa Allah.. yang memberikan keberkatan tu Allah..
satu isu..
telah banyak ulama yang menulis tentang hukum menambah bacaan "Saidina" dalam bacaan solat mahupun dalam azan.. ana tak nak bincangkan hukum dan dalil rad i'tirad tu secara terperinci kat sini sebab korang leh rujuk kat kertas2 kerja lain yang lebih ilmiah.. ana cuma nak bawak korang tengok daripada sudut yang berlainan.. kita tengok daripada sudut logika..
kita diajar supaya beradab dengan Nabi.. Nabi tu pemimpin kita yang paling agung.. bagaimanakah caranya kita nak beradab dengan Baginda? tentunya dengan meletakkan panggilan2 yang baik.. dan Saidina itu merupakan panggilan yang sangat baik..
kalau korang pegi jumpa dengan Najib Tun Razak.. agak2nya ada tak yang terus datang kat dia dan pangiil dia "woih Najib".. mesti takde kan.. sedangkan pemimpin2 negara tu pun korang muliakan dengan memanggil dan meletakkan macam2 bahasa kat depannye.. Yang Berhormat lah.. Tan Sri lah.. Tun lah.. itu pemimpin negara.. takpelah mungkin korang bleh radd ana sebab ade yang panggil PM kite dulu Pak Lah je kan.. tapi kalau ulama2 pulak.. boleh pulak korang panggil Datuk Mufti.. Sahibussamahah.. Fadhilatussyeikh.. cuba korang pegi jumpa Dr Asri.. panggil dia asri je.. agak2 dia rasa tak korang hormat kat dia? ahh korang pun tanak panggil dia camtu kan.. sebab dia alim faqih muhaddith mujtahid mesti la kene hormat dan respek kan..
itu manusia biasa yang dikurniakan sedikit ilmu daripada Allah.. kita boleh pulak hormat macam tu.. tapi Nabi kita? tak boleh panggil Baginda "Saidina Muhammad"?? hagah gharibah.. pelik.. memang pelik.. pangkat Baginda jauh lebih tinggi daripada Fadhilatussyeikh.. sohibussamahah.. tan sri.. yang mulia.. duli yang maha mulia.. yang dipertuan agong.. tun.. profesor.. doktor.. Baginda langsung tak layak untuk diletakkan dengan panggilan2 seperti itu sebab martabat Baginda jauh lebih tinggi daripada semua tu.. jadi.. apalah salahnya kita beradab sikit dengan Nabi dengan meletakkan pangglan Saidina dihadapan nama Baginda yang mulia.. lagipun Nabi tu bukan kawan sepermainan korang kan yang korang bleh panggil nama macam tu jer.. hormatlah Baginda sikit..
ulama mazhab Syafie mengatakan sunat menambah bacaan saidina dalam azan dan bacaan solat.. satu pendapat.titik.
mengapa perlu mengingkari ijtihad seorang mujtahid besar? kalaupun nak berpegang dengan pendapat yang mengatakan tak boleh letak.. raikan lah khilaf ulama yang datangnya daripada mujtahid2 yang diperakui kefaqihan dan kealimannya.. kalau tanak baca saidina.. silakan.. takde sape nak marah.. tapi yang korang marah kitorang yang nak berpegang dengan pendapat yang mengatakan boleh ni kenapa? korang tanak buat korang punye pasallah.. kenapa nak tuduh kitorang masuk neraka pulak sebab nak buat? korang nak tuduh ulama2 mazhab Syafie termasuk Imam Syafie seniri masuk neraka sebab keluarkan pendapat yang membolehkan? uish.. ana tak berani nak hukumkan orang tu masuk neraka orang ni masuk neraka.. tak tau la pulak kot2 korang dah sampai maqam Tuhan pulak ke kan bleh hukumkan orang ni masuk syurga orang ni masuk neraka..
khuruj minal khilaf mustahab.. keluar daripada khilaf tu hukumnya sunat.. takde sape yang ingkar.. tapi kita kene ingat.. menjaga kesatuan umat Islam tu wajib.. antara wajib dengan sunat.. mana yang patut didahulukan.. orang yang terlebih2 mementingkan perkara sunat daripada wajib.. memang sah tak blajo usul fiqh dan fiqh aulawiyat.. negara kita malaysia dah menjadikan mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi.. ikut jelah.. kalo tanak ikut tak payah la duk pening2kan masyarakat malaysia.. jadi berpecah belah pulak sampai ada masjid salafi ada masjid sufi.. ape bende semua ni.. memecah belahkan masyarakat.. kalau semua orang2 tua tu bleh jadi mujtahid takpelah nak ajar fiqh muqaran kat orang kampung.. ini fatihah dorang pun tercabut2 gigi nak membetulkan bacaan.. tetibe pulak korang pegi ajo kitab majmuk imam nawawi dan mughni ibnu qudamah nak suruh dorang hadam qaul rajih marjuh.. agak2la weh..
Syeikhuna Yusri Al-Hasani mengatakan.. sunnahnya menambah saidina dalam bacaan solat dan azan hingga boleh membawa kepada hukum WAJIB.. dalam keadaan dunia sekarang yang mencela Nabi dan menghina Baginda.. kita perlu tunjukkan betapa kita mengagungkan Baginda sebagai Nabi kita yang sangat kita muliakan..
ulama berpendapat sunat juga ketika kita membaca bacaan ini dalam tahiyat:
akhir kata.. kesimpulannye zaman sekarang ni ramai yang mengaku kenal Nabi tapi sebenarnya hakikatnya mereka lebih jauh dan semakin jauh dengan Nabi.. nauzubillahi min zalik..
cuba kita bayangkan keadaan setiap kelakuan yang kita lakukan sekarang.. kalau Nabi ada memperhatikan kita agak2nya kita malu tak dengan Baginda.. kita tengok tv 24jam.. bilik kita kita tampal dengan gambar2 artis.. telinge kita kita hiaskan dengan mendengo lagu2 mengarut yang memujamuji wanita atau mengagung2kan hubungan percintaan tanpa batasan.. rumah kita tak pernah didengari orang dalamnya membaca Al-Quran.. cuba kita bayangkan sekejap tetibe Baginda Nabi ketuk pintu rumah kita dan datang sebagai tetamu.. apa yang kita rasa agaknye ek masa tu..
tu kalau bayangkan Nabi datang tengok.. yang hakikatnye Allah Subhanahu wa Taala memang dah kompem tengok kita 24 jam tak lepas walau satu detikpun ni kita tak pernah ingat pulak.. maksiat maksiat maksiat.. tak pernah lepa daripada hidup kita ni.. Allah.... ampunkanlah dosa2 kami ya Allah..
rajin2lah dan banyak2kanlah berselawatlah kepada Nabi Muhammad kerana satu2nya perkara yang tetap mempunyai kelebihan walaupun dilakukan dalam keadaan riak adalah berselawat keatas Baginda Nabi Sallallahu Tabaraka wa Taala alaihi wa aalihi wasallam.. tapi eloknye tak payah la nak riak2.. nak riak untuk ape pun kan.. kita cuma nak harap syafaat Baginda je kat akhirat kelak.. kita berselawat kepada Baginda sebagai tanda kita cintakan Baginda.. supaya kita dapat jumpa Baginda kat akhirat kelak dengan wajah tersenyum.. :)
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa baarik wa sallim..
penjelasan yang sgt bagus..TQ ustad pamie
time kasih kerana rajin menjenguk blog ni.. hehe..
salam..
mm.. ade yg jwb solawat dlm ati je. tp sy lebih prefer jwb kuat2 kit, takut2 ade kwn2 yg terlupa nk jwb. sy pom termsk gk golongn2 tuh (almaklum la, tym talk ke, tazkirah ke, sy pon turut sm bertalk n bertazkirah ngn kengkwn kt blkg. huhuu).. tulih penuh2 instead of akronim s.a.w pon lebih digalakkan ;)
baguih le tuh.. kalo dengan perbuatan kita buleh mengingatkan orang lain untuk buat baik sama, beso ganjaran dan saham untuk kita.. lagipun tak rugi air liur pun kalo slawat kan.. kita selawat 1x Allah selawat balik kat kita 10x.. kite selawat kat Nabi 10x.. Allah balas balik kat kita 100x.. dapat pahala pree2 jer gitu.. syaratnye mudah je.. ringan2kan mulut.. daripada mencarut2 tak tentu pasey.. baik selawat jer kan..
apepun sokong jer ape cik syaf cakap.. :)
sayu..