Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, April 12, 2009

Keharusan Solat Jamak Kerana Musafir (Bahagian 1)

Posted by The Pamiesz® | Sunday, April 12, 2009 | Category: , , |

salam aleik..

sekadar nak kongsi apa yang ana blajo arini je.. nak merapu idea banyak tapi agak2 la asik nak merapu je.. takkan datang mesir keje nak merapu je kan.. alhamdulillah subuh tadi macam biase pukul 5.30pg ana besiap2 melangkahkan kaki ke umah selangor kat depan umah ana ni je untuk menyambung lagi pengajian kitab Syarhu Al-Yaqut An-Nafis Fi Mazhabi Ibn Idris karangan fadhilah as-Syeikh al-Ustaz Muhammad bin Ahmad bin Umar As-Syatiri min kibaril ulama fi Yaman.. setiap lepas subuh kami membaca kitab ini bersama Al-Fadhil Ustaz Syed Abd Kadir Al-Jufri.. juga salah seorang moderator (ketua mod) dalam iluvislam.. banyak istifadah yang kami dapat ambil daripada beliau.. moga Allah senantiasa merahmati beliau kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami yang tak seberapa nak reti ni..

ma zilna fi kitab as-solah.. kami masih lagi berada dalam bahagian kitab yang membincangkan tentang solat.. dan tajuk yang ana nak kongsi arini adalah tentang solat jamak..

mungkin ramai yang tak berapa nak amik cakne atau tak berapa nak tau tentang hukum hakam mengenai solat jamak ni.. ramai antara kita yang bermusafir.. bahkan biasa la kita bejalan kesana kemari jauh2.. tapi berapa ramai pulak diantara kita yang betul2 mengambik tau tentang hukum solat jamak yang merupakan salah satu rukhsah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita semua..

sebelum ana gi lebih jauh.. perlulah diingat bahawasanya solat jamak dan solat qasar merupakan 2 benda yang berbeza.. ramai antara kita yang menyangka ianya adalah sama.. jamak qasar.. tanggapan itu jauh sama sekali meleset.. jamak satu sudut dan qasar adalah satu sudut yang lain.. ianya berbeza.. adapun solat qasar ana tanak bincangkan arini.. bile2 nanti la kalo ade masa.. arini nak cite pasal solat jamak jer sebab still fresh lagi ilmu pagi tadi kan.. hehe..

ana akan menterjemahkan syarah daripada kitab dan ana jugak akan menambah sedikit ta'liq (komen) untuk menjelaskan lagi apa yang telah disebutkan oleh fadhilah as-syeikh dalam kitab beliau.. yang mana tulisan bewarna biru tu adalah terjemahan daripada syarah dan yang tulisan biasa tu adalah kalam daripada ana seniri yang dhoif.. mungkin ada ana gunakan bahasa yang bukan bahasa persuratan.. ana pakai bahasa macam biasa ana tulih blog ni jela.. niatnya sekadar nak bagi lebih mudah untuk difahami.. moga tak ada kekeliruan yang timbul.. kerana menasabkan sesuatu kalam kepada bukan tuan punya kalam dan mengubah apa yang ditulis oleh ulama tanpa disebutkan perubahan itu daripada kita adalah satu penyelewengan yang besar dalam disiplin ilmu.. moga2 kita tak tergolong dalam golongan tersebut.. nauzubillahi min zalik..

Berkata Musannif iaitu Imam As-Syatiri rahimahullahu taala:

Jamak diertikan daripada mengumpulkan dua solat samada secara taqdim ataupun taakhir.. dan ia tak berlaku kecuali antara zohor dengan asar dan juga antara maghrib dengan isyak.. maka tak berlaku jamak dua solat antara asar dengan maghrib dan antara isyak dengan subuh..

berkata seseorang: aku nak wat jamak taqdim antara subuh ngan isyak sebabnye aku rasa penat.. jadi aku nak stay tido sampai syuruq.. maka ini tidaklah dibenarkan..

kata penulis blog yang dhoif:
adapun disana terdapat beberapa jenis jamak lagi yang biasa kita dengo bermain2 di mulut2 manusia..

1. jamak takyah
adapun jamak jenih ni tidaklah ianya terdapat dalam mana2 kitab fekah dalam mana2 mazhab.. sebenarnya ada jugak.. jamak takyah tu kire azimah la.. tak payah jamak.. amik azimah.. tak amik rukhsah.. bab ni panjang citer kene gi blajo usul fiqh la kalo nak tau pulak.. orang2 awam cam kita tak payah tau pun takpe rukhsah azimah tu ape.. janji tau hukum jamak tu je pun dah cukup dah wat beramal..

2. jamak taksir

3. jamak muzakar salim

4. jamak muannas salim

ketiga2 jenis jamak ini jugak tak termasuk dalam bab fekah kerana ianya adalah bab2 daripada abwab dalam nahu sorof.. jadi.. jangan nak dok wat pandai la bile orang tengah musapir tanye "kita nak wat jamak ape ni?" korang gatal pi jawap jamak muzakar salim plak.. kalo ade yang jawap gitu korang jangan pikir panjang amik je kaburetor RXZ baling kat perut dia banyak2 kali sampai belubang..

pastu ade pulak 1 golongan ni jauh lebih pandai dan advance serta pikap otak daripada yang sebut jamak muzakar salim tadi tu.. dialog yang berlaku antara dorang ni adalah seperti berikut:

Sipulan A: kita ni boleh wat jamak ke tak ni?
Sipulan B: tak boleh.. tak cukup 2 marhalah.. tak sakit.. tak ujan..
Sipulan A: kalau tak boleh jamak, jimak bleh?
Sipulan B: aku bleh la.. ngko tak bleh lagi.. pasal tak kawen lagi.. hahaha..
Sipulan A: sekarang jugak aku tepon mak aku mintak greenlite nak kawen.. hahaha..

abaikan golongan ini terutama sipulan A kerana beliau sememangnya tergolong dalam golongan bujang2 yang dah gersang nak kawen.. [bukan aku aaaa.. jangan tuduh2 aku okee.. hahaha]

kembali kepada syarah oleh musannif rahimahullah:

jamak taqdim antara asar ngan zohor dan isyak ngan maghrib diharuskan dengan 6 syarat:

1. mestilah bermusafir perjalanan yang jauh dan yang dibenarkan.. syarat ini telahpun disebutkan dalam syarat2 mengqasarkan solat
[jarak jauhnya perjalanan sekurang2nya 2 marhalah iaitu 82 kilometer dan perjalanan yang dibenarkan adalah bermaksud tujuan perjalanan yang bukan maksiat..]

2. niat jamak dalam solat yang pertama sebelum memberi salam
[kalau wat jamak taqdim zohor ngan asar, niat mestilah sebelum bagi salam masa solat zohor.. kalau wat jamak taqdim maghrib ngan isyak, niat mestila sebelum bagi salam masa solat maghrib..]

3. berturut2 antara 2 solat.. tak dipisahkan antara keduanya.. sebab kalau dipisahkan kaitan ataupun ikatan antara keduanya akan jadi tak wujud..
[jangan pas solat yang pertama tu bleh duk nyembang2 dulu.. makan nasik 3 pinggan dulu.. main xbox ke psp ke 3 4 round dulu.. baru nak bangkit solat kedua plak.. tak kire jamak dah gitu..]

4. memulakan dengan solat yang pertama
[dah kate pun nak wat taqdim.. takleh la gi smayang aso dulu dalam waktu zohor.. ataupun smayang isyak dulu dalam waktu magrib.. pun takleh la..]

5. tahu tentang keharusan solat jamak
[kat malaysia mungkin tak jumpe la kot orang camni.. biasa orang tau belaka bila musafir bleh wat jamak.. tapi kat mesir ni belambak2 je.. ust Syed sniri pun cite dia penah jumpe sorang ammu yang jenis jaga jugak la solat dia.. tapi dia tak tau pun yang solat ni bleh dijamakkan.. jadi orang yang tak tau ni.. dia takleh la wat jamak..]

6. kekal dalam musafir hingga takbiratul ihram solat kedua, disana terdapat satu qaul: hingga masuk waktu solat kedua
[kat nota kaki ada dituliskan tak disyaratkan kena musafir masa takbiratul ihram solat pertama.. maknanya kalau kita nak musafir tapi tak keluar rumah lagi dah boleh jamak dah.. lepas solat kat rumah tu keluar la terus gi musafir..]

syarat jamak taakhir pulak ada dua:

1. mestilah berniat sebelum habis waktu pertama
[contohnya korang kompius nak wat jamak taqdim ke taakhir.. masa tu waktu zohor la contoh.. jangan sampai dah masuk aso pun korang duk mikir2 lagi nak wat taqdim ke taakhir.. wat keputusan dalam waktu zohor tu la..]

2. masih kekal bermusafir hingga sempurna solat kedua .. kalau kata la dah sampai destinasi sebelum sempurna solat kedua.. maka yang pertama akan jadi qada dan yang kedua akan jadi tunai.. juga tak disyaratkan mualah (berturut2) dalam jamak taakhir
[contoh la korang musafir masa zohor.. nak wat taakhir waktu asar.. tetibe dah sampai kat tempat tujuan sebelum korang sempat wat solat tu.. maka jamakkanlah jugak solat tu walaupun dah sampai.. solat asar tu akan jadi tunai dan solat zohor yang kita dah niat jamak taakhir tadi tu akan jadi qada yang ma'zur (yang dibenarkan)]

antara yang perlu diambil perhatian: terdapat sebuah hadith dalam Sahih Muslim yang kadang2 bleh bawak kemusykilan kepada sebahagian daripada kita.. Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Ibn Abbas Radhiallahu anhuma dalam sebuah hadith yang bermaksud: (( Rasulullah SAW menjamakkan solat antara zohor ngan asar dan antara maghrib ngan isyak, bukan atas tujuan solat khauf bukan jugak sebab musafir dan bukan jugak sebab hujan ))

ulama membahaskan tentang hadith ini:

Ashab As-Syafieyah berpendapat: jamak yang dibuat oleh Rasul SAW adalah jamak suri, iaitu bermakna Baginda melewatkan solat zohor hingga dekat2 nak asar.. bila habis aje Baginda solat zohor.. masuk waktu asar maka Baginda solat asar pulak..

ulama lain pula berpendapat: kadang2 Rasul SAW buat jamak ketika ada darurah ataupun hajat ataupun keperluan, disebabkan ini sebahagian ulama mengharuskan jamak solat ketika ada keperluan.. sebabnya Ibn Abbas RA pernah ditanya tentang hadith ini dan beliau mengatakan : ( Baginda tanak menyusahkan ummat Baginda ) maka taklah dibenarkan menjamakkan solat saje2 kat tempat kita duk tanpa ada sebarang keperluan..

dalam mazhab Imam Zaid pula berpendapat bahawa diharuskan walaupun tanpa ada sebarang keuzuran dan keperluan..

[jangan nak gatey2 gi amik pendapat mazhab Imam Zaid plak.. tu mazhab syiah.. sebab tu la kita tengok orang syiah semayang 3 kali je sehari.. smayang pagi smayang siang smayang malam.. smayang siang tu dorang jamakkan zohor ngan asar.. smayang malam plak jamakkan maghrib ngan isyak.. kita yang ahli sunnah wal jamaah ni boleh jamak ketika ada rukhsah dan keperluan jer..]

ketika mana aku berada di mesir aku didatangi oleh beberapa orang pelajar dan mereka telah berkata: kami masuk imtihan (peperiksaan) sebelum zohor dan kami stay dalam dewan peksa tu sampai la lepas asar.. tak boleh ke kami jamakkan je solat? maka aku pun menjawab: kalau dah takde cara lagi nak keluar.. maka jamakkanlah..

wallahu a'lam

rasanya cukup dulu takat ni.. bahagian pertama daripada bab solat jamak.. nanti ade lagi bahagian kedua.. tak habih lagi ni.. ade semuka lagi syarah tu ana belum taip dan terjemah ni.. insyaAllah nanti ada masa kendian ana taip le..

ana tak penah rasa la keadaan exam terkena waktu solat ni sebab biase ana pekse time pagi jer.. takde la plak time nak pekse tu sume nak kene kuor plak gi smayang dhuha kan.. hehe.. tapi time exam yang menyentuh waktu semayang ni bese jer berlaku kat sini.. cume yang menariknya ust Syed cite dia pernah rasa jugak la exam sebelum asar.. habis waktu dah maghrib.. yang bestnye mesir ni.. kat mane2 pun bleh semayang kan.. dorang siap berjemaah lagi tengah2 peksa tu kat dalam dewan exam.. pas solat sambung balik la jawab pekse.. ape ade masalah..

tapi ana rasa kejadian ni pun berlaku jugak kat malaysia.. bahkan bukan takat exam.. disana terdapat jugak lecturer2 yang tak reti agama yang buat kelas atau kuliah yang menyebabkan student2 habih tak smayang blake.. lecturer non-muslim tak payah cakap le.. memang kompem dah kalo dia buat bukan dia peduli korang smayang time ape.. korang yang penah rasa mesti ngangguk2 baca ape aku cakap ni kan.. hehe.. nak sound direct kang.. lecturer.. tak sound kang.. tak sedap hati tinggal bodo je solat kita..

ade yang jenih jaga solat sket tu cuba gak buat keras.. tak masuk langsung kelas lecturer tu sebab tanak tinggal solat.. kadang2 sampai fail subjek tu disebabkan tu.. sebenarnya tak bijak gak gitu..

ade jugak yang rasa serba salah.. masuk jugak kelas tapi hati tetap rasa lecturer ni kejam tak bagi student dia kuar solat.. pengabisnya balik qada jer dalam keadaan hati tak redha ngan lecturer tu.. yang ni pun separuh2 bijak gak la.. tapi tetap tak bijak mane gak lagi..

ade yang satu ni.. kurang bijak sket daripada lembu je.. jenih yang same2 jahil dengan lecturer tu.. masuk kelas nonong2 je cam takde pape yang berlaku.. rasa besalah pun tak.. balik qada pun tak.. ni jenih yang memang tak solat nyer la.. jenih yang ni campak laut jer bagi makan kat ikan jos.. tapi kalau campak pun rasa ikan jos pun tak lalu nak makan pasal jijik tengok ada hamba Allah yang tanak solat.. ikan jos pun tau jugak nak cari makanan yang halal.. tak ndak dia makan manusia yang syubhah2 ni.. kalo termakan mesti dia kunyah2 pastu muntah balik je.. tanak jadik darah daging dia.. hehehe..

yang paling bijak.. seelok2nya.. mintaklah izin lecturer tu jangan wat kuliah time solat.. ataupun kalau nak wat jugak.. berilah keizinan untuk keluar jap 5minit untuk solat.. ajak lecturer tu solat skali takpe.. cubalah untuk tegur dan bagitau.. tapi in case dah cuba tapi tak berkesan.. dia tetap cenggitu.. maka gunakanlah rukhsah yang ada.. agama kita dah meletakkan hukum.. Nabi pun taknak menyusahkan umat Baginda.. jamakkan lah solat tu kerana disitu ada darurahnye.. jangan lah sampai fail subject disebabkan perkara sedemikian..

wallahu taala a'la wa a'lam
hingga berjumpe lagi dalam bahagian kedua..
sebarang persoalan bolehlah ditanyakan kepada orang lain.. ana tanak jawap.. ana tak tau pape.. ana budak lughah bukan syariah.. kekeke.. :p

Rujukan:
Syarhu Al-Yaqut An-Nafis Fi Mazhab Ibn Idris
As-Syeikh Al-Ustaz Muhammad bin Ahmad bin Umar As-Syatiri
Terbitan Darul Minhaj Cetakan Ketiga 2007M/1427H
Halaman : 230-233

Syarh Al-Yaqut An-Nafis

Halaman 232-233 - Bab jamak kerana musafir

Currently have 12 Kata Komenan:

  1. Jarak 2 marhalah = 82km 2 ana amik dalam kitab Taqrirat Sadidah karangan Hasan al-Kaf.

    kalau jarak yg disebutkan oleh Imam As-Syatiri dalam Yaqut Nafis, diambil daripada pendapat Ibn Abdil Barr bahawa jarak utk qasar solat adalah 3500zira' bersamaan dengan 75km 600m.

    ada juga sebahagian ulama berpendapat jaraknya adalah 80km 640m.

    wallahu a'lam..

  2. SOLAT JAMAK ADALAH HADIAH DARIPADA ALLAH. SESIAPA MENOLAKNYA MAKA TIDAK BERSYUKUR ATAS RAHMAT ALLAH

  3. nak tny jugak soalan ni...sbb da tny byk org sume jwpan beza2...sbbnye aku penah tgok org ni buat...mana tau ko leh xplain dgn selanjutnye...

    cthnye:
    klu mastautin kat kl, pastu blik ipoh dlam seminggu...still leh jamak x dlam 3 hari tu?lpas seminggu blik plak ke tluk intan, lagi bleh jamak x?

    huhu...

  4. aku kan dah kate,aku budak lughah.blum bleh layak jadi mufti lagi.hehe

    tapi aku jawap jgak lah memandangkan ko dh tanye dan aku pun tau jawapannye kan.tak jawap kang dikire menyembunyikan ilmu plak.

    kalau ngko dah niat awal2 nak duk lebih dpd 3hari,ko dah tak dikire musapir.tapi bemukim.jadi,ko hanya bleh jamak mase spanjang pejalanan je.bile sampe je kt ipoh,spanjang sminggu 2 ko tak bleh jamak qasar.kena wat penuh.

    sama jgak bl ko balik ke t.i. dpd ipoh.kalo dh niat awl2 nk stay t.i. lbh 3hari,dlm pejalanan je buleh jamak qasar.

    lainla kalo keje ko round d world.ko stay kt 1tmpt tak lebeh 3hari,pas2 g tempat len,maka,dlm keadaan 2,ko nak jamak qasar selama 18taun pn bole.hehe

    wallahu a'la wa a'lam

  5. Islam itu memang memudahkan... Hurm..last 2week ade someone bertanyakan pd ana ttg solat jamak ni..ana pun terangkan la dlm pnjg lebornye dlm sms...turut diterangkan gak ttg qasar. Hurm...dlm sukatan pelajaran sek men ade kan... Tp mgkn depa ni jns yg jrg travel jauh2 kot... sape yg slalu travel insyaAllah tau...

  6. oh bek..tq...situasi tu bukan aku, org len aku cakp...hehe

  7. Menarik2....

    (^_^)

    tak sabar tunggu bhgn ke 2...

  8. nizaati:

    bagusla wat gitu..terangkan apa yang kita tau dan faham tentang islam pada orang yang tak tau dan nak tau..tak ramai yang ingat walaupun ada sukatan belajo mase sekolah dulu..teruskan le usaha murni enti tu..moga2 dirahmati Allah selalu..

    eyena:

    aku tengok destinasi kl-ipoh-t.intan tu macam kene dgn ko je kire aku consider ko jelah..hihi..tak kesah je sape2 pun kan..contoh je tu..hehe

    anwar johory:

    sabo2..jgn tak sabo..tgh maleh2 lagi nak menaip ni..tunggu le datang rajin kang ade le sambung tu..hehe

  9. salam ostad pamie...

    oittt ko dah tulis,leps 2 org nak tnya xnk jwb..hahaha...mana blh xkira la syariah ke lughoh
    mcm aku bdk syariah sndri nak tnya ko bleh x?hahahaha

  10. salam...

    kalau kes yg lecture buat kuliah time maghrib tu mmg dh biasa dh klau dekat fakulti perakaunan di UM ni...

    kelas dari pukul 7mlm smpai 10mlm..
    tp kitaorg keluar juga solat gilir2 buat mcm ala2 pergi tandas..

    tapi perit juga bila time bulan puasa..mmg lecture bg rehat tp kadang2 tu dia lepas lambat..buka la puasa dlm kelas jap dgn mkn sembunyi2 ja..

    tu la kenangan katakan..

  11. zicry:

    ade ke plak..patut aku arr tanye kat ko..penat2 ko syarahkan kitab majmuk imam nawawi..pastu nak tanye aku budak lughah yang kitab jurumiah pun tak abeh blajo lagi ni plak..tak patut..tak patut..hehe

    sya:

    ooo..tu lecturer yang muslim ke tak tu? mesti tak kan.. kalo muslim mesti la dia nak buke pose same jugak.. ape kehe plak nak wat keleh time buke pose kan.. hehe.. apepun pengalaman merupakan satu benda yang tinggi nilainya dalam hidup kita masing2 kan.. setiap orang akan berbeza pengalaman yang dilaluinya sepanjang hidup.. :)

  12. salam..
    memang informative, bole jadi informer..time kasih!
    ha,lagi satu..xtau pasaipa..
    tapi,sy sguh tetarik dengan ejaan ikan 'jos'..hehe


Leave a Reply